~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 7 March 2014

Bab 12 Tidak ku tahu kasih bermula.



Seperti yang dijanjikan selepas minum pagi pasangan Abdul Rahman dan Mohd Noh suami isteri  berjalan kaki menuju ke Jamrah untuk menunikan wajib haji mereka. Setelah selesai 7 kali lontaran di Jamratul  Aqabah mereka bertahalul dengan mengunting sedikit hujung rambut mereka.  Tetapi untuk dua orang lelaki itu mereka mahu bercukur ketika mereka tiba dikhemah nanti.

“Nor..Uda rasa nak bercukurlah..lagi pun untuk lelaki bercukur tu lebih afdal”.
“Uda nak bercukur kat mana ada ke kadai gunting kat sini”.

“Rambut tengah pendek ni Uda nak minta Nor tolong cukurkan kat khemah boleh..Nor dah bertahalul kan”.

“Sudah..Uda ada bawa pisau cukur ke?”.

“Adaa”…

 Kini mereka sudah melaksanakan tiga dari dari enam wajib haji. Jika mereka sudah bertahalul atau berguntung atau bercukur rambut, mereka sudah  terlepas dari ikatan dan pantang larang ketika memakai Ihram. Sambil berjalan pulang mereka mengatur rancangan untuk melontar lagi keesokkan harinya.

“Noh..esok kita melontar lepas  subuh. Lepas tu kita naik bas pergi keMekkah, sampai Mekkah nanti kita singgah hotel kita, mandi dan ambil wadu’ lepas tu kita pergi buat tawaf dan saie haji kita. Abang senang hati kalau kerja-kerja haji kita dah selesai. Nanti kita tinggal fikir nak melontar Jamrah  dihari yang ketiga sahaja. Lagi pun masa ni kat Mekkah orang tak ramai lagi. Kalau kita tunggu sampai hari orang balik dari Mina, keadaan akan padat kat Kaabah nanti. Kat Safa dan Marwa lagi teruk, masa kita nak pusing kat atas bukit tu  yang selalu sesak. Ialah  bertembung mana yang nak naik dengan mana yang nak turun.”

“Ialah bang! Saya ikut abang. Kita nak minum pagi dulu tak?.”  

“Rasanya tak payah minumlah,  sampai kat Mekkah sebelum kita naik hotel tu kita cari kedai minum. Abang takut nanti lambat pula kita sampai Mekkah.Kita kena sampai Mina balik sebelum Magrib tau.Ingat wajib haji kita 3 hari bermalam diMina, ertinya tiga malam penuh kita mesti duduk dibumi Mina ni, kita dikehendaki berada diMina sebelum gelincir matahari (Sebelum Magrib).”

Beruntung rasanya menemui kawan-kawan yang tahu selok belok diMekkah dan tahu rukun dan wajib haji dengan yakin. Itulah sebabnya bersungguh pihak Tabung Haji mengadakan kursus untuk memberi pengetahuan  segala selok-selok tentang perkerjaan Haji dan Umrah. Supaya para Jemaah dapat mengerjakan rukun iman yang kelima dengan betul dan sempurna. Dengan kata lain semoga mereka mendapat haji yang MABRUR In Syaa Allah.

Untuk memastikan keselamatan para isteri, mereka menghantar hingga kekemah isteri mereka.Dihadapan pintu kemah mereka menghulur kain Ihram penutup badan kepada isteri masing-masing untuk dijadikan selimut malam nanti. Sebelum berlalu sempat lagi Encik Abdul Rahman menyatakan dari kata-katanya tempuh hari, agar NorIza memahami maksudnya…

“Inilah yang abang maksudkan Iza. Mahram untuk seorang wanita sangat diperlukan ketika kita membuat haji. Nanti selepas balik dari Mina, kita juga akan kemasjid atau melakukan Umrah lagi. Disini segalanya perlu berdua. Nak naik keatas bumbung nak sidai atau angkat kainbaju pun perlukan teman. Kat atas tu kadang-kadang ada juga pekerja warga entah mana tah, yang duduk menyorok kat situ.Tujuan utama mereka nak ‘mengular’.Tapi ialah kadang nafsu bila dah bercampur dengan bisikkan syaitan terlupa pada hukuman yang berat yang dilakukan kat sini”. Kata-kata yang penuh makna tersirat, terpahat dibenak Mohd Noh dan NorIza.Secara tidak langsung NorIza bersyukur dengan perancangan dari Allah untuk dirinya.


Dihari kedua mereka diMina seperti yang dirancang..selepas subuh mereka meredah kedinginan pagi menuju keJamrah, untuk lontaran hari kedua..Rupanya bukan mereka berempat sahaja yang pergi. Ramai lagi para Jemaah lain dari berbagai negara memenuhi terowong menuju keJamrah. Tujuan mereka sama seperti mereka hendak memunaikan wajib haji mereka melontar ketiga-tiga Jamrahsetiap satu Jamrah  dilontar dengan 7 biji batu.  Setelah selesai melontar mereka menunggu bas yang akan keMekah di hadapan perkemahan mereka. Ketika mereka sampai diMekkah mereka singgah dahulu kehotel penginapan mereka dan mengambil kunci bilik masing-masing dilobi hotel.Setelah mandi dan berwudu’ mereka menuju keMasjidil Haram, untuk melakukan Tawaf dan Saie Haji mereka.

Oleh kerana mereka tidak mengikuti jadual perjalan yang telah disusun oleh pihak pengurusan, makan tengahari mereka tidak disediakan seperti selalu.

“Noh, Iza hari ni kita kena beli makanan sendiri untuk makan tengahhari kita..”. Kata Haji Abdul Rahman setelah selesai Saiehaji  merekadan bertahulul di atas bukit Marwa.

“Kita nak makan apa bang? ”.

“Kita cari nasi beriani..jomlah.” Mereka berempat menuju kesebuah kedai makan dan membungkus nasi beriani…

“Noh..ambil nasi setengah dan sebungkus sahaja, nanti makan kongsi dengan Izah.”

“Kenapa bang..mahal sangat ke kat sini?”

“Taklah mahal sepuluh rial saja, tapi banyak tak mampu kita nak habiskan kalau kita ambil sebungkus sorang”.

Mereka membeli nasi beriani di sebuah kedai makan. Harganya tidak mahal: nasi separuhnya hanya berharga  10 rial sahaja namun nasinya boleh dimakan untuk tiga atau empat orang.  Nasi separuh ayamnya dipotong ¼.Tetapi rasanya sangat sedap mungkin berasnya yang menjadikan rasa nasi beriani sangat sedap.

“Nor makan lagi..”Mohd Nor menegur bila melihat isterinya sudah berhenti dari menyuap. Sebenarnya mereka makan berkonsi satu bungkusan nasi. Begitu juga Haji  Abdul Rahman suami isteri.

“MasyaAllah kenyang nya. Tapi nak tinggalkan sayang,  sepatutnya kita kongsi empat orang ni”. Kata NorIza memberi kan komennya.

“Tak boleh!! abang Man tak cukup kalau kita kongsi empat orang.  Abang Man memang nak makan banyak ni”. Kha-kah kha..khagelak dua orang lelaki disitu.

“Dia memang berhajat dari semalam lagi Iza.Dia kata nak makan nasi beriani lepas tawaf dan saie.Itulah sebabnya dia tak cari kedai minum pagi tadi.Dia nak kosongkan perut.”Kenyataan suaminya diberitahu oleh Salamiah kepada kawan-kawan mereka.

“Patutlah..ingatkan abang Man terlupa nak minum tadi. Tapi  mengigil jugalah lutut saya ni nak habiskan saie tadi”..

“Haa sekarang ni makan..tolong Noh habiskan nasi awak tu. Noh sampai tak berbunyi..sedapkan Noh”.
“Sedap bang.. nasinya yang sedap… panjang-panjang. Tak pernah jumpa rasanya nasi beriani yang nasinya panjang-panjang macam ni. Kalau ada jual berasnya rasa nak beli bawa balik  Malaysia jamu orang makan.”

“Ye Noh kat Malaysia susah nak dapat. Kat sini sahaja rasa dapat makan beras ni. Itulah abang nak makan puas-puas”.

Selesai sahaja merlakukan tawaf dan saie haji, selepas makan tengahari.Mereka berihat sekejap.Mereka melakukan solat Jamak Zohor dan Asar.Selepas solat mereka pulang semula keMina.Alhamdullilah sebelum Magrib lagi mereka sudah sampai semula diperkemahan mereka diMina.

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan rukhsah solat.( Sabda Rasullah SAW  maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. (Hadis riwayat Ahmad).

 Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah SWT telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.)

Ketika sampai dibumi Mina senelum masuk kekemah Mohd Noh terasa ingin mengajak isterinya melihat-lihat orang berniaga di tepi perkemahan mereka.

“Abang Man kalau nak masuk..masuklah, saya nak tenguk-tenguk kat luar ni dulu”. Ucap Mohd Noh bila mereka turun dari bas bila melihat pasangan itu seakan menantinya yang terlambat sedikit turun dari bas. Dia ingin meluangkan masa bersama isterinya berjalan-jalan sambil melihat-lihat orang berniaga. Nanti kalau berkenan dia akan membeli.Itu niat hatinya.

“ Mi nak masuk ke.. nak tenguk-tenguk dulu.” Haji Abdul Rahman bertanya isterinya disebelah.

“Tak ada apa nak belilah bang..akak nak masuk lah Noh, Iza. Jomlah kita  masuk bang”.Pasangan ituterus melangkah menuju pintu keperkemahan mereka.

Mohd Noh mencapai tangan isterinya lalu digengam, sambil berjalan perlahan menyusuri pinggir perkemahan mereka.Terdapat ramai peniaga menjual barang dari kain baju, barang kemas dan apa sahaja keperluan sampaikan keperkakas dapur..Sambil berjalan melihat-lihat mereka berbual…

“Alhamdullilah selesai sudah Tawaf dan Saie Haji kita.Tak sangka kita dah bergelaran Haji dan Hajjah.Esok masa yang ada Uda nak buat Umrah banyak-banyak, Nor nak ikut?”.

“Mestilah nak..De kalau pergi Umrah tu kena buat macam dulu ke?”.

“Ehh memanglah.Umrah yang pertama ke yang kedua ke . Selepas kita haji ke atau sebelum kita haji semuanya sama cara perlakuanya dan sama syarat-syaratnya. Kita kena keluar dari Mekkah untuk pasang niat.Tujuan kita keTa’naim adalah untuk pasang niat. Ada lagi satu tempat kita boleh pergi untuk pasang niat tapi jauhlah sikit Hudaibiah, sesekali kita pergi  nak”.

“Ehh kan kita pergi berkawan-kawan tanyalah abang Man dulu, kalau diorang pergi barulah kita pergi.”

Kini sudah menjadi kebiasaan Haji Mohd Noh suka mengengam tangan isterinya untuk mencari kehangatan.Dia  menghampiri seorang wanita yang menjual barang kemas yang berjualan dipintu masuk kekhemah lalu duduk mencangkung melihat barang yang dipamir didalam beberapa kotak kayu nampaknya..  Pada mata Mohd Noh sangat cantik batu-batu permata yang kelihatan seperti batu permata asli.Itu yang dia datang menghapiri.Mohd Noh mula membelek satu-satu.

“Nor tenguk ni cantikkan.Meh cuba muat tak kat tangan Nor.”Haji Mohd Noh menarik tangan isterinya agar mencangkung sepertinya, ditangannya seutas rantai tangan yang berbatu merah seakan batu delima. Kemudian dia mengacu gelang tersebut dipergelangan  tangan isterinya. Kelihatan sesuai dan padan.

“ini memangnya cantiikk, batu original dari Burma pak. Kalu bapak mahu boleh dikurang sedikit  harganya”.kata sipeniaga wanita memperkenalkan barang jualannya dan mahu melakukanya sekali. Kedengaran telor Indonesianya.

“Uda nak belikan anak-anak Uda ke?. Belilah sorang satu untuk mereka, nanti taklah salah seorangnya kecil hati kalau dibelikan hanya seorang.”.

“Tak lah.. Uda nak beli untuk Nor, kalau untuk diorang nanti banyak komplennya. Uda tak pandai nak beli untuk diorang, kalau emak diorang yang pilih mungkin mereka tak boleh nak kata apa.”

“Saya  tak naklah, saya tak suka pakai gelang tanganlah De”.

“Kalau tak nak gelang ambillah cincin atau pun rantai leher ni. Banyak yang cantik-cantik ni. Nor..Nor gelang ni dipadankan dengan cincin ni padan sangat… ”Ada seutas rantai emasberloket hijau seperti batu zamrud, nampak memancar kuning emasnya seperti emas tulinbersama  dan sebentuk cincin juga berbatu merah delima.Sememangnya barang-barang kemas yang dijual nampak asli dan cantik.

“Tak naklah. Kalau Uda taknak beli untuk anak-anak Uda,  dahlah jom kita masuk, saya tak nak..”.

“Satu pun Nor tak berkenan ke?”

“Saya sebetulnya tak suka pakai barang kemas.Kalau ada pun nanti tak terpakai sayang membazir saja”.Sememang Mohd Noh tidak pernah melihat bekas kakak iparnya merangkap isterinya sekarang memakai barang-barang kemas, sejak dari muda lagi.

“Cincin  pun tak suka?”

“Hssy lagilah tak suka..rimas saya pakai cincin, rasa macam tersangkut-sangkut bila buat kerja. Jomlah kita balik macam dah nak Magrib ni, nanti nak berbaris masuk bilik air lagi..”. Sememang waktu Magrib sudah menghampiri..lembayung senja dengan warna jingga sudah menjengah bumi Mina. NorIza bangun lalu menarik tangan suaminya yang mahu membelek lagi rantai tangan tadi.

Mohd Noh mengikuti ajakkan isterinya.Dia bangun melangkah masuk kekawasan perkemahan mereka.Sambil berjalan tanganya sudah dibahu isterinya.  Mohd Noh makin mesra perlakuanya. NorIza tidak dapat menolak ditakuti penolakkanya mengecilkan hati suaminya pula.Bukankah berdosa jika kita mengecilkan hati suami.

Kini mereka sudah dihari Tasyrik yang ketiga,ini bermakna bermalam diMina sudah sampai kepenghujungnya.Mereka sudah diberitahu oleh pihak pengurusan, mereka akan mula berangkat keMekkah semula selepas solat Zohor nanti. Mereka telah melaksanakan dengan sempurna wajib haji mereka yaitu bermalam diMina selama tiga hari dan melontar ketiga-tiga Jamrah di ketiga-tiga hari. Semua Jemaah Haji sudah bersiap sedia dihadapan jalan menanti bas tiba sahaja. Mereka akan diangkut pulang keMekah dengan bas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Diantara para Jemah  termasuklah Mohd Noh dan NorIza.

..Bagi pasangan Mohd Noh dan Haji Abdul Rahman suami isteri mereka juga sudah menyelesaikan Tawaf dan Saie haji mereka. Jika segalanya telah selesai dengan sempurna kini Mohd Noh dan NorIza sudah bergelar Haji dan Hajjah. Alhamdullilah itulah ucapan syukur yang bergema dihati mereka.

Bahagia rasanya  bagi pasangan yang baru sahaja menjadi suami isteri dan baru sahaja mendapat gelaran Haji. Selama mereka berada dibumi Mekkah untuk menunaikan rukun iman yang kelima dan ibadah yang sangat dituntut bagi mereka yang berkempuan, banyak pengalaman yang sungguh mencabar yang mereka lalui bersama. Walaupun ikatan halal mereka belum sampai sebulan lagi usianya, namun pengalaman dibumi Mekkah mengeratkan rasa..melahirkan kasih.

Sudah adakah rasa kasih dihati NorIza untuk suaminya.Ya memang sudah ada tetapi NorIza tidak tahu bilakah ianya bermula. Tidak pernah rasanya terjadi yang menyebabkan hatinya boleh terjatuh SUKA..seperti yang ditulis didalam novel atau drama tv atau pun apa-apalah..tiba-tiba tunduk terhantuk kepala atau tiba-tiba terpegang tangan atau secara tak sengaja terlanggar badan hingga terduduk atau tertelentang. Tetapi yang ada dihatinya ingin selalu berbakti pada suaminya. Itulah sebabnya dia rasa bahagia jika dapat membancuh air minuman atau dapat mencuci pakaian suaminya.Tetapi sememangnya itulah perasaan seorang isteri. Biar penat namun jika melihat suami gembira dengan apa yang kita lakukan untuknya kita akan rasa bahagia.Betulkan begitu?.

Seperti yang diniatkan selepas pulang dari Mina, Mohd Noh membawa NorIza melakukan ibadah Umrah beberapa kali.Rupanya seminggu selepas hari Tasyrik keadaan Mekkah beransur lapang. Ini kerana jemaah  hajidari negara jiran Arab Saudi yang berhampiranmulai pulang ketanah air mereka. Keadaan ini memberi kemudahan kepada Mohd Noh suami isteri berulang alik keMasjidil Haram ataupun ke Tan’aim untuk memasang niat Umrah mereka.Selama 18 hari sebelum tarikh mereka pulang ketanah air dimenefaatkan dengan sebaik mungkin oleh pasangan itu.Walaupun disaat terakhir mereka dibumi Mekkah hanya mereka berdua sahaja yang menunaikan ibadah Umrah ketika itu.

“Bang esok abang nak pergi Umrah tak”.

“Kamu pergilah dengan isteri kamu Noh, abang tak daya dah ni. Dah akhir-akhir kita kat Mekkah ni abang rasa penat pula..kakak kamu tu pun batuk..kamu pergilah berdua. Dah berapa kali Umrah kamu buat Noh..”.

“Dah 5 kali bang, ingat nak sampaikan 10 kali nak buatkan kaum keluarga saya dan Nor yang dah meninggal, tapi kalau tak larat nanti dapat tujuh kali pun cukuplah..yang sebetulnya niat saya sementara saya kat sini saya nak buat banyak-banyak.”.

“Eloklah tu Noh, kamu muda lagi buatlah Umrah untuk keluarga kita yang dah meninggal. Lagi pun ganjaran pahalanya sama, kita dapat pahala, orang yang kita buatkan pun dapat juga..”.Ketika itu mereka baru sahaja selesai makan malam, sebelum melelapkan mata mereka mengambil peluang berbual-bual.

“Noh!abang  tanya ni kamu janganlah kamu kecil hati pula ye”.

“Apa yang nak dikecilkan hati bang..tanyalah”.

“Macam ni… kita kat sini ada seminggu lagi..kamu tak berhajat ke nak nak merapatkan lagi hubungan kamu dengan isteri kamu tu. Kalau kita tidak didalam pakaian ihram kita ‘boleh’ Noh..”.

“Tak bang, kat sini saya tak terniat kesitu pun.”

“Noh!abang nasihat kamu jangan sampai kita tidak melaksanakan tanggung jawab kita sebagai suami kalau kita dah melafazkan ucapan IJAB QABUL kita. Sebab dengan ucapan itu sudah mewajibkan kita memberi isteri kita nafkah zahir dan batin dan wajib kita menjadi pelindung dia sampai kita menutup mata. Sekiranya sampai dia mencari fitrah dia dari orang lain kita yang akan menanggung dosanya.” Haji Abdul Rahman menghuraikan maksud ucapan Ijab dan Qabul..

Erti dari Ijab Qabul :
''aku terima nikahnya nama isteri binti ayah isteri dengan Mas Kawinnya…..''
Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna "perjanjian/ikrar'' tersebut ?

''maka aku tanggung dosa2nya siisteri dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yg telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan siisteri, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak2ku''.
Jika aku GAGAL?
''maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku''.(HR. Muslim)

“Saya pun berniat macam tu bang, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai suami dan melindunginya dan memberi peringatan jika dia tersalah jalan. Tapi sebelum tu, saya nak dia merasai kehadiran saya sebagai suami dulu, saya nak membiasakan diri saya dalam kehidupan dia. Saya rasa biarlah saya memasukkan diri saya ni dalam hidup dia ni perlahan-lahan. Nanti sampai kat Malaysia barulah dipraktikkan hidup berumah tangga.
…Bang yang sebenarnya saya memang sukakan NorIza ni dari zaman sekolah dulu. Ingatkan waktu tu hanya rasa seorang remaja lelaki yang sedang nak naik, yang suka pada seorang gadis.Rupanya tidak bang. Rasa suka saya tak boleh saya padamkan walaupun saya dah kahwin dengan arwah isteri saya.Dulu memang ada niat saya nak nikah dengan dia, selepas kematian arwah abang saya. Melihat kesusahan dia selepas ditinggal suami dengan anak-anak yang masih belum bekerja saya kesian sangat.. Tapi saya batalkan bila merasakan NorIza akan lebih menderita bila bermadu dengan arwah Khadijah.
…Selepas abang saya meninggal dia bekerja dikedai makan untuk membesarkan anak-anak. Tapi memang dia padai berjimat dan pandai mendidik anak menjadi insan yang berguna..bukan tak ada duit, dia ada duit pampasan kerana arwah suaminya meninggal ketika dia sedang bertugas  tetapi disimpan untuk kegunaan anak-anak nak belajar katanya, sanggup dia kerja kedai makan untuk menampung kehidupan harianya. Tapi sekarang dia dah senang..anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dan mereka menghulur sedikit seorang menyenangkan emak mereka.
..Selepas dia menjadi balu saya hanya mampu memandang kehidupan dia dan membantu apa yang patut sahaja. Sebab saya tahu kalau saya meneruskan hajat saya hidup disamping dia..dia akan lebih menderita dengan sikap Khadijah. Sebenarnya saya tahu, saya tak mampu berlaku adil dengan sikap Khadijah, saya tak mampu melukakan hati anak-anak jika berlaku perceraian. Banyak buruk dari baik.. jadi saya lebih rela  menderita menahan hajat saya, dari dia yang menderita atau anak-anak yang menderita. Lagi pun saya tak sampai hati hendak melukakan hati isteri yang sudah melahirkan anak-anak saya. Pada saya ketika itu saya akan bahagia juga jika dia bahagia dengan kehidupanya. Tapi sekarang Allah melorongkan dia  jadi milik saya..jadi saya akan menjaganya sampai ke hujung nyawa saya bang.”.

“Ohh..dia tahu tak Noh suka dia masa sekolah tu dulu”.

“Dia tak tahu..siapa pun tak tahu rahsia hati saya ni. Termasuklah emak dan abang saya tu. Bila arwah emak saya pinang NorIza untuk arwah abang saya.. saya tak boleh nak kata apa..masa tu saya baru setahun setengah kat maktab perguruan. Habis kursus perguruan saya minta mengajar kat Sabah. Tujuan utama untuk menghapus rasa suka, sebab dia dah jadi kakak ipar saya. Sekarang ni abang dah faham kan..saya memang suka dia, tapi dia saya tak tahu. Mungkin  dia menerima saya kerana terpaksa..jadi biarlah saya masuk kedalam hidup dia perlahan-lahan. Biar dia merasakan saya ni ada dalam kehidupan harian dia disini dulu…sebelum saya menjadi suaminya yang sebenar, kemudian melaksanakan tanggung jawab saya sebagai suami.”

“Noh kena bimbing dia, kalau pun dia terpaksa menerima Noh, namun tanggung jawab dia sebangai isteri pada Noh terpaksa juga dilaksanakan, kalau tidak dia akan berdosa kerana jadi isteri yang Nuzus”.

“In Syaa Allah abang Man, NorIza ni lembut hati, sekarang ni pun saya rasa dia dah boleh menerima saya”.

“Elok lah tu Noh..abang tenguk dia ni pun seorang isteri yang baik, penuh dengan tanggung jawab. Banyakkan masa Noh dengan dia masa kat sini, lagi pun kita kat sini bukan buat apa pun balik masjid makan kemudian tidur itulah kerja kita.. Noh pergilah buat Umrah dengan dia sekurang-kurangnya dapat Noh menghampiri dia selalu.”.

“In Syaa Allah bang, esok saya nak pergi lagi tapi mungkin hanya saya berdua dengan dia sahaja. Ajak kawan-kawan lain semuanya dah penat katanya. Abang memang  tak nak pergi buat Umrah esok pagi.”

“Tak lah Noh, kamu pergilah berdua, tapi kalau  berdua tambang teksi mahallah sikit. Kalau abang dah ok dan kakak kamu pun dah ok abang nak juga pergi lagi dapat sekali atau dua kali lagi buat Umrah pun jadilah”.

Mungkin kerana usia pasangan Haji Abdul Rahman mengerjakan Umrah berselang hari ialah dia sudah memasuki usia ke 70 tahun katanya tempuh hari, itu yang  menghalang dirinya dari terlalu aktiv.Tunjuk ajar dari Abdul Rahman menyebabkan dia yakin melakukan walaupun hanya mereka dua suamiisteri keTana’im memansang niat Umrah. Maka sempatlah  mereka melakukan Umrah untuk orang-orang yang mereka sayangi yang telah meninggal dunia.  NorIza melakukan umrah untuk awrah emak angkat dan emak kandungnya kemudian datuk dan nenek angkat dan kandungnya.Dan dua kali untuk arwah suaminya.

“De! saya nak buatkan Umrah untuk atuk dan nenek saya sebelah ibu kandung saya. Tapi saya tak tahu nama mereka. Dulu awah emak angkat  saya kata, arwah emak kandung  saya pesan jangan bagi saya pada ibu bapa dia, kerana keluarga dia orang miskin. Rasanya teringin saya nak buatkan Umrah untuk mereka.”.

“Niatkan sahaja pada datuk atau nenek kandung Nor tak payah sebut nama pun tak apa, Allah kan Maha Tahu apa yang terdetik dihati kita”.

5 comments:

  1. wahhhh. kiranya cinta sejati md noh lah noriza ni. .
    alhamdulillah disatukan mereka di tanah suci.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Kalau dah jodoh tak ke mana...
    Cuma penerimaan anak2 noh la yang kita takut..
    Semua pun ikut perangai tijah suka membentak2..

    ReplyDelete
  3. Harap-harap mereka dapat mengecap bahagia di usia senja ni.. Cintani tak mengenal usia bukan... Best juga mak teh singkapkan kisah cinta warga emas ni.. Bukan cinta berlandaskan nafsu semata. Cayalah mak teh... Best sangat2. Tak sabar nak tahu macamana penerimaan anak-anak dia orang. Aank dua pihak satu keturunan lain didikan. Aish tak sabar rasanya.

    ReplyDelete
  4. Mak teh suka ungkapan puan atau cik kat atas ni Anak dua pihak, satu keturunan, lain didikan. Sedap bunyinya besar ertinya.

    ReplyDelete
  5. cepatle sambung cik teh...akak suka kisah cinta dlm ikatan pernikahan .... dn dlm landasan yg halal...
    -dibah-

    ReplyDelete