Dia juga tahu Mohd Noh rakan sekelasnya, adik
kepada Abdul Razak yang sering berkunjung kerumahnya kerana membawa emak mereka
(isteri Imam Hassan yang bernama Hassanah)
menziarahi emaknya yang tidak sihat ketika itu. Emak mereka juga sering
menemani emak angkatnya di masa dia
pergi kesekolah. Seringkali juga isteri Imam Hassan memberi lauk atau pun kueh
kepada mereka berdua. Memang banyak budi yang ditabur oleh Imam Hasan sekeluarga
kepada diri dan emak angkatnya dulu. NorIza betul-betul tidak menyangka bila
mendengar apa yang dikisahkan oleh suami yang sedang memberi kehangatan
dirinya.
“Uda
harap, apa pun kata anak-anak… Nor tetap disisi Uda”. Sambung Mohd Noh bila
NorIza tidak bersuara sejak dia membuka cerita.
“Sebelum
kita nikah tempuh hari, Nor ada bagitahu Muaz tentang apa yang akan kita
lakukan. Rasanya dia tak ada masaalah. Pada Nor
jika Muaz ok adik-adiknya pun akan ok juga.”
“Uda
tak risau tentang penerimaan anak-anak Nor, yang Uda risaukan adalah penerimaan
anak-anak Uda.” Lama mereka mendiamkan diri, kemudian Mohd Nor menyeluk poket jubahnya, ditariknya
tangan isterinya. Lalu dipakaikan gelang berbatu merah yang pernah dibeleknya
ketika diMina dulu dipergelangan tangan isterinya.
“Uda!!!”
Terkejut Noriza dengan apa yang dipandangnya. (Ketika Mohd Noh sedang
memakaikan gelang ketanganya).Uda beli juga gelang ni..buat apa membazir De”.
“Hanya
ini yang dapat Uda hadiahkan pada Nor sempena pernikahan kita. Lagi pun semalam
kan hari jadi Nor. Selamat hari jadi”. Sebuah ciuman hinggap kepipi isterinya, NorIza
jadi tersipu. Ketika itu terlupa pula mereka keadaan sekeliling dan terlupa
juga pada usia mereka. Tapi kasih sayang sememangnya tak mengenal usia dan tak
mengenal tempat kan..
“Sungguh
bermakna hari lahir yang ke 61 tahun ni De, tak pernah ada orang ingatkan
tarikh lahir Nor. Bahkan anak-anak pun tak pernah ingat tarikah lahir Nor, sebab setiap
dari kami tak pernah pun mengingatkan hari jadi masing-masing. Mana Uda tahu
hari lahir Nor?”.
“Pada
siapa-siapa Uda tak pernah ingat tarikh lahir mereka, hanya ingat tarikh lahir
sendiri sahaja, sebab arwah ayah dulu ada pesan, tak payah nak sambut hari
lahir..potong kek bagai, itu bukan budaya kita. Kalau kita ingatkan hari lahir
kita dan kita merasakan umur bertambah kemudian beribadat banyak-banyak itu tak
apa. Tapi pada Uda apa-apa tentang
Nor Uda tak pernah lupa. Dulu
masa tingkatan lima kan kita ada mengucakpan selamat hari lahir pada setiap
rakan kelas kita, dihari lahir mereka. Ketua kelas akan bagi kad yang dilukis
oleh kawan-kawan, kemudian tanda tangan ramai-ramai Nor ingat tak?. Nor ingat
tak tarikah hari lahir Uda?.”
“Tak!
Nor memang tak tahu bila tarikh lahir Uda. Nor tak pernah fikir keadaan orang
lain masa tu, Nor hanya fikir kesihatan emak sahaja. Masa sekolah pun Nor fikir
keadaan emak kat rumah..sakit ke dia. Uda nak tahu penyakit kencing manis kalau
dah kronik susah sangat nak jaga, kalau paras gula naik ataupun turun kita boleh pengsan. Ada sekali
tu emak terlupa nak ambil insulin dia pengsan kat rumah, entah dari pukul
berapa dia pengsan, sebab roti yang Nor sediakan dia tak dimakan. Lepas tu seminggu dia duduk hospital nak
setabilkan semula paras gula nya...Nor selalu bimbangkan emak, itu sebabnya Nor
tak pernah terfikir hal orang lain atau hal kawan-kawan.”.
Memang dahulu NorIza seorang yang sangat
pendiam, jarang nampak dirinya bergelak ketawa dengan kawan-kawan dan
sememangnya dia selalu tidak hadzir kesekolah. Bila dirisik mengapa dia tak
hadzir dari kawan-kawan perempuannya, mereka berkata dia duduk dihopital
menemani emaknya. Ialah jika dia duduk seorang diri dirumah bahaya pada
dirinya. Hendak menumpang dirumah jiran-jiran juga bahaya. Bahaya untuk seorang
anak gadis ada dimana-mana. Masaalah dirinya sebenarnya sudah dimaklumkan
terlebih dahulu oleh emaknya kepada pihak sekolah. Itulah sebabnya dia diberi
kelonggaran untuk menemani emaknya yang tidak sihat ketika itu.
Selepas makan tengahari pihak pengurusan
mengumumkan sekali lagi semua
Jemaah pada penerbangan yang ke
42 agar bersiap sedia, kerana selepas
solat zohor mereka akan diangkut sekali lagi untuk kelapangan terbang Jeddah.
Mereka digalakkan suapaya menuaikan solat jamak Zohor dan Asar untuk memudahkan
mereka nanti.
Tiba dilapangan terbang Jeddah, mereka hanya
diarah kan duduk di kerusi-kerusi yang disediakan sahaja, sementara menunggu
penerbangan mereka yang dijangka pada tengah malam nanti. Masih banyak masa
lagi untuk mereka berjalan-jalan menyelusuri Lapangan Terbang Jeddah. Sesiapa
yang suka bolehlah berjalan-jalan sekitar Jeddah sambil melihat-lihat orang
berniaga. Rupanya diJedaah juga terdapat tempat menujal kain baju dan segala
macam barang walau tidak berapa banyak pilihan yang ada. Itulah lawatan dan
pembelian terakhir sebelum mereka pulang semula ketanah air..Dan ada juga gerai
menjual buah-buahan. Mohd Noh membeli buah delima.
“Yang
sebenarny buah delima banyak khasiatnya. Kata orang kalau nakkan khasiat buah
delima makan sebiji ni biar sampai habis. Dalam banyak-banyak biji delima ni
hanya terdapat dua atau tiga biji sahaja biji yang mengadungi khasiat..
Kemudian cara memakanya kunyah dengan biji nya sekali dan telan..jangan diisap
sarinya sahaja”.Terang Mohd Noh kepada isterinya.
“Ohh...
Besar betul buahnya ye De, yang selalu Nor tengok kat Malaysia buah delima ni
kecil-kecilkan”.
“Kecil
tu mungkin negara kita tak berapa sesuai untuk tanaman delima. Yang ni buah
dari Cina rasanya, kan diCina ada kawasan sejuk, biasanya buah kalau ditanam
ditempat sejuk akan lebih besar buahnya.”
Sambil berjalan tidak lepas tangan
Mohd Noh menyulami jari jemari tangan isterinya. Kasihnya yang terpendam selama
ini bagai sudah tidak dapat dileraikan lagi. Apatah lagi sekarang ini mereka
sudah halal untuk perhubungan antara lelaki dan wanita dan Noriza juga sudah
tahu isi hatinya selama ini.
Sedang Mohd Noh dan Noriza leka melihat-lihat
barangan yang dijual Haji Abdul Rahman menghampiri mereka. Hari
dilihat sudah hamper petang …
“Ji..masa
ni kita kena cari makanan kita sendiri. Sebelum kita disuruh masuk kebilik
menunggu baik kita cari makan dulu”.
“Apa
yang kita boleh cari kat sini bang”.
“Nasi
briani..jomlah”
“Wahh
nasi beriani lagi. Rasanya sama macam
kat Mekkah juga ke bang”
“Sama
ji..berasnya pun panjang-panjang”.
“wahh
sedap tu..”
Kini Haji Abdul Rahman sudah memanggil Mohd
Noh dengan gelaran haji (ji). Maklumlah mereka kan sudah mendapat ‘Title’
itu.Tempuh hari ketika Haji Abdul Rahman memanggilnya dengan panggilan Haji,
Mohd Noh melarang.
“Bang tak payah lah panggil saya haji bang,
malu saya.”
“Apa pula Noh nak malu, kita buat haji dengan
hati yang bersungguh semuanya. Dengan
bersungguh tertibnya dan tak ada satu pun yang tak sempurna, semuanya kita lakukan dengan sempurna…susah
kita nak pangkat haji ni. Tak ingat ke betapa susahnya kita naik bas masa kat Musdalifah nak pergi Mina.
Tak ingat ke kita betapa susahnya kita dapat melaontar Jamrah. Tak ingat ke
susahnya kita masa tawaf dan saie..jadi gelaran itu patut untuk kita. Sebab
apa??”Haji Abdul Rahman bertanya pula…Dia yang bertanya dia juga yang
menjawabnya.
…Sebab dengan gelaran itu kita dapat
mengekalkan kebaikan kita. Kebaikan ibadah kita. Kalau kita dah dipanggil HAJI
takkan kita nak pergi ketempat yang tak senonoh. Kalau kita dah dipanggil haji
takkan kita tetap melenggang kalau seruan azan dah berkumandang. Lagi satu
kalau kita dah dipanggil haji takkan kita kedekut nak menghulur sedekah. Kita
akan rasa malu pada diri kita sendiri kalau buat jahat. Setiap kali orang
panggil kita Haji setiap kali tulah menghalang kita berbuat jahat dan
kemungkaran. Pada abang gelaran haji, dapat kita meneruskan istikamah kita pada
benda-benada yang baik. Sebab kita nak kekalkan ‘haji baik’ yang kita dah dapat. Tapi kena ikhlaskan hati jangan
riak dengan perbuatan baik yang kita buat. Kalau boleh bersedekah biar orang
tak tahu kita bersedekah.”
Sepanjang bersama Haji Abdul Rahman di
Madinah, Mekkah dan Jeddah banyak dia memberi nasihat kepada Mohd Noh. Yang
sebenarnya Mohd Noh rasa bertuah mendapat kawan seperti itu.
Setelah membeli makanan mereka mencari satu
tempat yang membolehkan mereka makan sambil duduk bersila dan makan berkongsi
satu bungkusan untuk dua orang. Ramai juga Jemaah lain yang makan disitu.
Seperti yang disaran kan Mohd Noh dan Noriza berkongsi makan sebungkus nasi
bersama-sama suaminya, begitu jua dengan Haji Abdul Rahman dan isterinya Hajjah
Salamiah. Sambil makan mereka berbual..
“Nor
makanlah lagi, Uda tak habis ni kalau Nor tak tolong makan. Ni dah minta
kurangkan sikit tadi ni..kalau tak mahu segunung di bubuhnya. Pemurah betullah
peniaga kat sini bang.”.
“Nor
dah kenyanglah De”.
“Zah!
makan kenyang-kenyang nanti kat dalam bilik menunggu dah tak ada makanan lagi. Kalau kita nak beli kat
dalam tu mahal. Nanti sebelum masuk kita belilah buah ataupun makan lain
sebagai persediaan kalau penerbangan kita tertangguh. Kalau dah masuk bilik
menunggu kita dah tak boleh keluar lagi”. Beritahu Hajjah Salamiah pada
pengalaman dulunya.
“pernah
ke penerbangan tertangguh bang?”.
“Masa
balik haji yang dulu tertangguh sampai berapa jam Mi?”
“Lapan
jam. Masa tu perut akak rasa lapar sikit, akak nak belilah makanan kat dalam, tak jadi akak nak
beli Zah. Harganya mahal dua tiga kali
ganda dengan yang kat luar. Akak lebih rela tunggu sekejap..makan dalam kapal
terbang. Kita masuk persawat sejam kemudian diorang dah edarkan makanan. Kat
dalam kapalterbang tu yang paling akak suka air jus mangga dia. Pekat Zah..rasa
makan buah mangga pun ada.”
“Ia
ke kak masa datang hari tu Iza takut nak minum, takut nak buang air kecil, Iza
minta air mineral sahaja”.
“Ruginya
Zah..ha ni balik ni kang minta jus
mangga dia. Memang teringat-ingatlah lepas tu”.
Promisi Hajjah Salamiah. Kemudian mereka terkekek..lucu melihat gaya
Hajjah Salamiah bila dia bercakap. Sambil berbual mereka meneruskan suapan. Akhirnya
habis juga nasi beriani dibungkusan Haji Mohd Noh dan Haji Abdul Rahman.
“Haji..cepat
sikit kita siap-siap kalau ada imam yang nak imamkan solat Magrib nanti kita
masuklah. Ingat ye kita jamak solat Magrib dengan Isyak sekali”. Pesan Haji
Abdul Rahman.
Ketika mereka muncul semula dikawasan
lapangan terbang dilihat semua Jemaah Haji dari Malaysia mula mengangkat beg
jingjing mereka, bila ditanya kepada salah seorang Jemaah mereka mengatakan
mereka sudah diarahkan supaya berbaris masuk kebilik menunggu. Sebab
penerbangan mereka akan terbang selepas waktu Magrib nanti.
“Macam
mana bang kita solat kat mana? Kita solat dalam perut kapal ke?”.
“Taklah..biasanya
kita masuk dua atau tiga jam kemudian barulah kita disuruh masuk kedalam
pesawat. Kita solatlah dalam bilik menunggu nanti”.
“Kita
nak ambil wudu’ kat mana?”
“Kat
dalam tu ada bilik air..tapi masuk ni terus masuk bilik air ambil wudu’ sekali.
Takut bila dah masuk waktu, semua orang menuju bilik air kena berbaris panjang
pula nanti”.
Magrib
itu Haji Abdul Rahman yang mengimamkan solat Magrib mereka dibilik menunggu. Bagi
sesiapa yang hendak solat berimam.
Alhamdullilah tiada penagguhan pada
penerbangan kali itu. Dalam perjalanan menaiki pesawat, kerajaan Arab Saudi
menghadiahkan mereka senanskah Al-Quran yang besar untuk setiap Jemaah.
Ada rasa gerun dihati Mohd Noh untuk menemui
akak-anaknya.Takut membayangkan penerimaan anak-anaknya tentang pernikahannya
dengan NorIza. Mohd Noh tahu isi
anak-anaknya itulah sebabnya dia rasa
sedikit gementar. Sepanjang hampir enam belas
jam perjalanan mereka, tidak lepas tangannya menggengam tangan isteri
disebelahnya mencari kekuatan.
Perjalanan selama hamper 16 jam akhirnya
sampai juga. Penerbangan pesawat Boeing 777 Siri 200 itu berlepas dari Lapangan
Terbang Jeddah tepat jam 8.40 malam tadi, membawa 279 jemaah haji dari Kedah,
kini sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar pada jam
10.30 pagi. Anak-anak para Jemaah haji
sudah sedia menunggu ahli keluaga mereka
di balai ketibaan. (Perenggan ni mak teh ambil dari berita tau, jangan ambil
kisah, saja nak bagi sedap sahaja.. tak apa kan).
Urusan bagasi juga memakan masa hamper sejam,
diLapagan terbang pihak tabung haji juga siap, menanti dengan 5 litar air
zam-zam. Setelah mengambil bagasi
masing-masing mereka menghampiri anak-anak yang sedang menunggu. NorIza dinanti
oleh tiga orang anak lelaki dan anak bungsunya
Muaz, Syukri, Hassan dan NorHasimah. Semasa berjalan menuju kearah
anak-anak mereka, sempat lagi Mohd Noh menerangkan hala tuju perjalanan
hubungan mereka nanti.
“Nor!
buat sementara ni Nor ikutlah anak-anak Nor balik rumah Nor dulu. Uda ikut
anak-anak Uda. Dah dijelaskan kepada mereka nanti barulah kita tetapkan kita
nak duduk mana. Duduk rumah Nor atau rumah Uda.. Ataupun sekejap-sekejap kita
duduk rumah Uda dan sekejap-kejap lagi kita duduk rumah Nor. Buat masa sekarang
takut penerimaan anak tentang hubungan kita nanti. Uda tak bimbang anak-anak
Nor tapi anak-anak Udalah”.
“Ialah”.Kemudian
mereka menuju kearah anak-anak masing-masing.
Ketika sampai ditempat anak-anaknya menunggu
mereka berpelukkan melepas rindu. Imah menangis
teresak-esak melepas rindunya pada emak tersayang, anak manja emaklah
katakan.
“Cengeng..Itulah
long cakap jangan ikut..nak ikut ni mengelat buat kerjalah ni”.Muaz menujal
kepala adik bungsunya lembut. Namun tiada rasa kecil hati dihati NorHasimah dia
tahu abangnya hanya bergurau dengannya.
Mohd Noh
pula selepas di memeluk anak-anaknya dia berpusing menghampiri NorIza
yang baru dilepaskan dari pelukkan anaknya. Terlerai sahaja pelukkan anaknya,
Mohd Noh menghulur tangan kepada NorIza tanda minta disalami kerana mereka
sudah mahu berpisah buat sementara. NorIza mencapai tangan suaminya lalu dicium
kemudian mereka berpandangan sebentar dengan pandangan kasih. Yang sebenarnya
begitu berat rasa hati Mohd Noh mahu melepaskan isterinya pergi. Tangan yang
sentiasa mengengam tangan isteri selama hamper sebulan seperti meminta
kehangatan itu.
Anak-anak menyaksikan adigan itu. Bagi anak
NorIza bersyukur emak mereka bakal ada yang menjaga selepas ini. Tetapi bagi
anak-anak Mohd Noh mereka rasa meluat dengan perbuatan ayah dan mak ngah mereka..
‘macam orang tua gatal’ itulah detik hati mereka. Namun dari perlakuan
dapat megesahkan ayah mereka sudah bernikah dengan mak ngah mereka.
Dipintu keluar mereka berpisah. Sebelum
berpisah NorIza sekali lagi mencapai tangan suaminya disalami lalu diciumnya.
Bagai sudah susah untuk mereka berpisah. Melihat adigan itu makin terbakar hati
anak-anak Mohd Noh melihatnya.Terutama hati anaknya yang tua Emil Atilia dengan
bisikkan ‘mengada betul mak ngah ni’ apa
yang ada dihatinya kelihatan diraut wajahnya yang panjang memuncung. Yang mengambil
Mohd Noh hanya Emil Atilia bersama suaminya Abdul latif, Hazry Fadhil dan
isterinya Nur Farahani. Anak bungsunya Amanda Sofia tidak dapat melapangkan
masa kerana suaminya Syed Iqbal sedang berpergian kerana urusan perniagaan
diluar Negara.
Hati Emil yang belum sejuk kini dihangatkan
lagi bila melihat kemesraan ayah dan mak ngahnya tadi. Walaupun pernikahan
ayahnya sudah diberi tahu namun dia tidak mempercayai. Semalam hatinya terbakar
bila diherdik oleh Muaz. Tidak pernah dia diherdik begitu walaupun dengan ayah
atau suaminya. Semalam ketika dia menghubungi adik angkatnya Seha. Dia
mengatakan dia dirumah emak mertuanya, kerana adik ipar serta birasnya sudah
berkumpul dan membuat persediaan untuk menyambut kepulangan emak mertua yang
dijangka akan sampai esok pagi.
“Hallo
Seha! kak Emil ni. Boleh tak Seha datang rumah tolong kemas, esok ayah dah nak
balik, rumah ni bersepah lagi..”.
“Seha
kat rumah emak abanglah kak..tolong diaorang buat persiapan, emak abang pun nak balik esok”.
“Mereka
kan ramai yang nak buat kerja. Kat rumah ni tak ada siapa yang nak buat
kerja. Jadi Seha kena datang buat kerja
kat sini”.
“Err..err”
sedang Seha terfikir-fikir hendak memberi jawapan terus sahaja dia dipintas
suara garang Emil Atilia di hujung talian.
“Siap!!
kejap lagi akak datang ambil, kat rumah mak ngah kan?”.
“Ye.”
Hanya itu yang sempat dijawap oleh Seha sebelum talian diputuskan.
Sebenarnya, dirumah ayahnya Emil
dan adik iparnya belum lagi memasak
untuk makan malam mereka tenghari tadi mereka makan dikedai makan atas alasan
mereka penat kerana berbelanja membeli barangan dapur yang hendak dimasak untuk
menyambut kepulangan ayah mereka. Mereka sangat mengharapkan kedatangan Seha,
supaya dialah nanti yang akan menyediakan makan malam mereka. Segala
barang yang hendak dimasak sudah siap
tersedia diatas meja. Meraka berdua yang membelinya pagi tadi. Yang sebenarnya
antara mereka berdua harap mengharap. Emil mengharapkan Farahani yang memulakan
masak, begitulah sebaliknya Farahani yang mengharapkan kakak iparnya yang
mendahului. Pada Farahani…Emil sebagai anak yang tua tentulah dia yang
mengepalai urusan keluarganya, dia hanya ipar
orang yang datang itulah yang ada dikepala Farahani. Tetapi jika Emil
melakukan kerja In Syaa Allah dia akan membantu.
Tidak berlengah Emil kerumah emak Muaz yang
tidak berapa jauh dari rumah keluarganya dengan menaiki kereta Proton
PREVE kepunyaan keluarganya. Kereta itu
baru dibeli oleh mama dan ayahnya setelah mereka mendapat duit faedah pencen
mereka. Ketika dia sampai Muaz ada di bawah pokok jambu dihadapan rumah emaknya
dia sedang menjaga anak kecilnya yang sudah berumur enam bulan. Keluar sahaja Emil
dari kereta keluarganya…
“Muaz!!Mana
Seha?” garang sahaja suaranya.
“Kau
nak buat apa cari bini aku?” selamba sahaja perlakuan Muaz, pandang tak dipandangnya sahaja Emil yang
tercegat dimuka kereta yang belum bertutup”.
“Ehh
engkau ni tak tahu ke atau buat-buat tak tahu, esok ayah angkat dia tu nak
balik. Kena lah tolong kemaskan rumah
dia”
“Ayah
angkat Seha tu siapa? bukan ke ayah kau. (Sambil mengerutkan dahi Muaz
bertanya) Sepatutnya kau sebagai anak, kau lah yang kemas kan rumah keluarga
enagkau. Seha tu esok mak mertua dia nak balik, dia kenalah tolong ipar dan
birasnya yang kat sini”. Ketika itu Muaz sedang duduk dipangkin sambil memangku
anak kecilnya
“Kau
ni kan, kenapa nak mengajar bini kau jadi macam kacang lupakan kulit. Kalau kau
tak tahu biar aku bagi tahu .SiSeha tu dulu mak aku yang bela dari kecil tau..
sampai besar dan kahwin. Emak dan bapak aku yang tanggung makan, minum pakai
dan persekolahan dia. Kalau tak keluarga aku bela dia, entah apa akan jadi
dengan hidup dia. Kau jangan pula nak mengajar bini kau jadi orang yang tak
mengenag budi”. Muaz terseyum sinis memandag Emil. Rasa besar- kecil, besar-
kecil sahaja figura Emil dihadapanya kerana kegeraman.
“Jadi
kalau keluarga kau dah bela dia dari kecil kau nak jadikan dia hamba keluarga
kau sampai dia tua ke. Baru tak dikatakan kacang lupakan kulit. Kau ni datang
dari zaman mana haa. Rasanya system perhambaan dah pupus sejak datangnya Islam
kat muka bumi ni.” Berapi telinga Emil mendengar bicara Muaz.
“ Muaz!!..apa yang kau cakap
ni, apa pasal kau cakap pasal perhambaan
pula. Aku cakap pasal dia tu patut mengenang budi. Buat kerja sikit dah rasa
macam hamba..Aku nak ingatkan kau.. tak sebab mama aku bela dia kecil dulu, dia
tak akan dapat hidup dengan sempurna sampai
sekarang dan dapat kahwin dengan kau.
Kalau tak..siapa entah yang kutip dia, tak tahu rumah anak yatim mana dia
duduk..Kau memang bodoh tak tahu nak menghargai budi orang”.
“Emm (senyuman sinis Muaz
masih masih menghiasai bibirnya) Nak mengenang budi ke, tak mengenang budi ke, sekarang
ni dia tu dah jadi bini aku hak akulah. Segala perbuatan dia diatas rela aku. Kalau
aku tak bagi dia pergi, dia memang wajib tak pergi, dia memang wajib ikut
kata-kata aku. Untuk pengetahuan kau, sekarang (telunjuk Muaz menunjuk-nunjuk
kebawah dua tiga kali) aku yang tentukan sama ada dia nak membalas budi
keluarga kau atau pun tidak..kau fahammm”. Hati Muaz hangat bila mendengar kata
kasar Emil dan melihat penderaan Seha akan bersambung lagi, walaupun emak
angkat nya dikhabarkan sudah meninggal dunia. Sampai bila kah Seha isterinya
akan terlepas dari terpaksa melakukan
kerja-kerja untuk Siti Khadijah dan anak-anaknya atas alasan membalas budi.
“Heai Muaz!!! Kami pun ada hak
keatas dia tau, dia tu adik angkat aku merangkap sepupu aku, anak angkat BAPAK
aku. Kelaurga aku yang bela dia sampai besar jangan kau buat-buat lupa
pulak”. Muaz masih meneruskan senyumnya mendengar pernyataan cikgu Emil Atilia
yang sudah bercekak pinggang nak tunjuk garang didepannya. Dahlah bahasanya
juga macam bahasa samseng beraku dan kau sahaja. Muaz mengangkat anak lelaki kecilnya lalu bangun,
sambil mendukung anak dia merenung Emil…
“Hei Emil! kau sekolah ke
tak sekolah, ada ugama ke tak ada ugama. Aku nak sekolahkan kau sekarang. Aku
nak tanya kau ni, siapa lebih berhak keatas seorang isteri antara suami dan
ayahnya. Yang aku tanya ayah kandung…inikan pula bapak angkat. Sampai bila-bila
pun bapak angkat tak akan menjadi mahram
pada anak angkat perempuan dia tau, kalau dia tak menyusu dengan emak angkatnya
masa kecik dulu sampai kenyang. Sekarang
ni kau faham tak apa yang nak aku sampaikan… cikgu Emiiil”.
“Ehh geramnya aku, nanti kau
Seha”.gerutu Emil perlahan. Sampai bergerak rahangnya menahan geram dengan
jantan didepannya yang celupar mulutnya. Itu pada Emil Atilia yang angkuh.
Walaupun perlahan suara Emil namun masih didengari oleh Muaz, lalu dengan
garang dia memberi amaran…
“Ingat Emil!! kalau kau
paksa Seha pergi rumah kau, masa aku tak ada naas kau. Ingat aku tak berani
pukul kau. Pada aku.. aku tak akan jadi GENTELMEN kalau dengan perempauan macam
kau. Aku rela masuk JEL (Penjara) dari
memandang sahaja bini aku kau kudakan.. ingat tu”.Lurus tanganyan menunjuk
kearah muka Emil yang nampak garang juga. Namun amaran Muaz nampak begitu
tegas, dia tidak boleh memperlekehkan amaran Muaz.
Emil masuk semula kedalam
kereta keluarganya. Berdentum pintu kereta baru ayahnya dihempasnya demi melepaskan geram.‘Mentang-mentang bukan kereta dia bagai nak
tercabut pintu kereta dikerjakan’ detik hati Muaz. Dia memandang dengan
senyum sinis yang tersungging sambil mengerotkan bibirnya, kereta Emil yang menderoom meninggalkannya.
Sebaya la Noh dgn Nor ni yer.
ReplyDeletePadan dgn muka si Emil. Lepas ni jangan harap dapat buli Seha lagi.
Jgnkan muaz geram...
ReplyDeleteKita yg baca pn naik sakit hati...
Camanala cikgu nak ngajar anak murid jd manusia kalau dpt yg berperangai cam cikgu emil ni..
Elok la muaz basuh dia...
Memalukan betullah....saya seorg guru sendiri bila membacanya...tidak ada langsung ciri2 ketokohan dan ilmu seorg guru.....tak layak betullah..muaz sungguh sweet mempertahankan seha......itulah peranan suami......
ReplyDeletetakut pulak lpas ni emil adik beradik yg pemalas membuli pn noriza pulak klu en md noh x bertegas dgn anak2 dia yg mengada tu.
ReplyDelete-dibah-
harap2 pm noriza dpt hidup bahagialah dgn suami dan anak2. harap2 jg pak uda dpt menangani anak2nya yg mcm sengal je tu dan dpt hidayah akhirnya dgn kasih sayang puan noriza.
ReplyDelete