~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 2 April 2014

Bab 27 Tidak ku tahu kasih bermula,








Bagi Abdul Latif pula setelah mendengar isi hati anaknya Uwais, dia mula sedar kesalahan dirinya.Dia berazam mahu melupakan bekas isterinya Emil. Benar kata Emil, yang lepas jangan dikenang dia sudah menjadi orang lain. Azamnya mahu menyibukkan diri dengan berusha mendidik anak-anak yang sudah tiga orang bersama Zila, seperti Emil mendidik anaknya Uwais, pandai dalam pelajaran dan berpengang teguh pada ajaran ugama.Dia mahu anak-anaknya hidup dengan penuh kasih sayang dari seorang papa.Dijadikan Emil contoh untuk panduannya mendidik anak.

Tetapi tidak bagi Zila, bila mendengar apa yang diperkatakan oleh suami dan anak tirinya hatinya menjadi sedeh. Namun sedehnya hanya dipendam didalam hatinya. Tapi ingat sedeh yang terpendam lama-lama akan parah, lambat laun akan terkesan diperbuatanya.

Bagaimana dia tak sedeh, jika benar suaminya mahu bekas isterinya kembali kepadanya. Dia membayangkan apa yang dirasai diawal pernikahan mereka dulu. Tentu perbuatan suaminya yang melebihkan madunya akan dirasai semula ohh peritnya hati bila dia terkenang apa yang dirasai 6 tahun dulu. Dia masih ingat lagi. Hari pernikahanya tidak diraikan seperti meraikan pasangan pengantin lain. Mereka hanya dinikahkan disempadan bersaksikan abang dan kakaknya.Tiada upecara persandigan diatas pelamain, malah gambar untuk kenangan hari bahagia mereka pun tiada siapa yang merakamnya.Hanya kenduri kesyukuran yang dihadiri oleh jiran tetangga dua tiga pintu dari rumah mertuanya sahaja. Sebagai pemberitahuan yang dia sudah sah menjadi isteri kedua kepada cikgu Abdul Latif.


Lima hari selepas hari nikahnya, suaminya pulang semula kerumah mereka. Suaminya bekejar pulang bila menerima panggilan yang isteri tuanya sudah  pulang dari bercuti bersama mamanya. Dia dibiarkan selama sebulan tampa khabar tampa  kunjungannya. Sudahlah begitu panggilan untuk menyatakah rasa rindu dan kasihnya juga hanya menjadi harapan yang tak kunjung tiba. Walaupun pujukkan dan alasan dari emak mertuanya bertali arus menerjah lubang telinganya, namun tidak dapat meredakan rasa rindu belaikasih dari suaminya. Hanya air mata yang keluar bagai mengeluarkan segala yang terbuku dihati dan meredakan  sedikit hatinya yang lara.

 Bila melihat kesedehan menantu yang didepan mata, hati puan Rubiah jadi terhiris. Berulang kali dia menyatakan agar dia bersabar dan mengingatkan kenyataan bahawa pernikahan mereka harus disorok dari diketahui oleh isteri tua suaminya.  Puan Rubiah sedar perkahwinan  yang terpaksa tak kan dapat membahagiakan pasangan. Begitulah menantu yang didepan mata, dia tahu deritanya seorang isteri yang terabai, namun segalanya sudah terjadi, kesal juga tidak dapat mengubah apa yang terjadi. Dia mahu berusha bagai mana mahu menyuruh anak lelaki tunggalnya pulang untuk melerai rindu isteri yang baru dinikahinya. Selain tu tidak kering lidahnya menutur  kata- kata pujukkan untuk memujuk menantu yang dalam kesedehan.

Yang sebenarnya  dia akur  dengan alasan yang diberi oleh emak mertuanya, kerana dia juga tahu sebelum pernikahan mereka berlangung bakal suaminya adalah suami orang dan dia juga sangat mengenali bakal madunya.Dan dia juga tahu isi hati bakal suaminya menerima dirinya dalam keadaan separuh rela..Diatas DESAKKAN  emaknya yang ingin membalas budi. Dia mengetahui dan dia mendengar sendiri perbincagan mereka ketika rancangan pernikahan itu di bincangkan.


Walaupun segalanya telah dimaklumi namun hatinya tetap mengharapkan sekali dua panggilan telefon dari suaminya. Tanyalah khabar dan keadaan dirinya ketika itu. Itulah harapanya. Padanya walau hanya sekali panggilan dia dapat menentukan kehidupanya masa akan datang. Itulah sebabnya dia sangat mengharapkan sekurang-kurangnya sekali panggilan untuk menyakinkan hatinya. Dia juga mengharap alunan suara suaminya dapat meredakan sedikit rindu yang berkampung diruang hati. Selebihnya dirinya  tidaklah dianggap seperti hanya bertepuk sebelah tangan.Dia hanya mahu sedikit tempat  hati suaminya. Dengan panggilan itu dia dapat membayangkan  rasa kasih dan rindu suaminya kepadanya memang ada. Walau pun hakikatnya dia tahu itu hanya aganannya sendiri yang mengula-gulakan hatinya sendiri.Mengapa dia mengharapkan begitu? Supaya dia dapat  membohongi harapan kasihnya selama ini. Agar dia juga dapat membina anganan, dirinya  disayangi oleh suaminya dan kehadirannya dalam hidup suaminya bermakna dan dirasai.

Walaupun dia juga tahu sebenarnya pernikahan itu terjadi hanya diatas kehendenk emak mertuanya yang mahukan dirinya ditemani oleh seorang menentu dirumahnya. Dia juga tahu niat sebenar mertuanya yang hanya mahu melepaskan rasa hati yang terkilan kerana keenganan menantu perempuan nan seorang yang tidak mahu mengandaikan dirinya sebagai emak mertua. Dulu ketika Puan Rubiah menyuarakan hasrat hati untuk mengambilnya menjadi menantunya hatinya sangat gembira, walaupun dia tahu anak lelaki tunggal puan Rabiah  adalah suami orang dan perkahwinan mereka harus disorok dari pengetahuan isteri bakal suaminya.Mengapakah dia rasa begitu?. Pada ketika itu dia merasakan mampu berkongsi suami… Mengapa dia sanggup???.Kerana  cintanya untuk Abdul Latif yang sememangnya sudah lama ada dihati  dan yang kedua dia merasa kasihan melihat Puan Rubiah yang sering berkeluh kesah dengan sikap menantu terhadap dirinya. Dan dia begitu yakin suaminya akan menerima kehadiran dirinya kerana bakal emak mertuanya sangat menyayangi dirinya.

Tetapi memang benar  emak mertuanya sangat mengasihi dirinya. Dia sanggup berlakun demi dia. Bila melihat dirinya yang bersedih emak mertuanya  menghubungi anaknya mengatakan dirinya tidak sihat, dan memaksa anaknya pulang menjenguk dirinya.Hanya dari lawatan itu dapatlah dia melihat wajah suaminya semula tapi pulangnya kali itu suaminya bersama isteri pertamanya. Dia hanya dapat memandang kemesraan suaminya bersama isteri tuanya dihadapan mata. Rindunya yang bergelora membadai dalam diam. Hatinya yang terhiris banjir dengan air mata. Akhirnya dia memerap didalam bilik, sehingga suaminya berlalu, dia  hanya dapat melihat belakang kereta proton waja milik suami dan madunya berlalu pergi dengan rindu kasih yang tak terlerai. 
(Pernahkah seorang lelaki atau yang paling tepat 'suami' memikirkah hati seorang isteri yang begitu?.tak masuk dalam cerita) 

Begitu perit menjadi yang kedua yang disorok. Tidak tergambar dulunya dia akan merasai perasan yang begitu menghiris. Dirasakan dulu jika  dia dapat hidup disamping Abdul Latif walau hanya seminit dia sudah merasakan sangat bahagia. Tetapi setelah melaluinya tidak seperti anganan dalam mimpi semalam yang tak pernah muncul dialam nyatanya. Bahagia dalam mimpi rupanya derita dialam sedar.

Alam perkahwinannya sudah melangkau hamper setahun. Perut sudah memboyot kerana benih suaminya ada bernyawa didalam rahimnya, dia hanya dijenguk sebulan sekali sahaja, itu pun dengan alasan memberi duit belanja kepada emaknya. Diawal kehamilanya pun dia hanya meraikan bersama emak mertunya sahaja. Disaat kelahiran anak pertama mereka dia mengharungi kesakitannya sendirian. Suaminya pulang setelah seminggu kelahiran anaknya. Dia terpaksa disorok dirumah jiran berhampiran kerana ketika itu suaminya pulang bersama isteri tuanya. Ohh pedihnya rasa..tetapi hakikatnya dia yang memilih kepedihan itu, jadi dia harus bersabar.

Tetapi bahagia untuknya menjengah juga. Setelah hamper tiga tahun pernikahan mereka akhirnya perkara yang disorok terbongkar juga. Diakhir  cerita yang terbongkar meleraikan ikatan perkahwinan antara suami dan madunya. Mereka bercerai. Abdul Latif akhirnya milik dirinya seorang.Tidak lama perceraian mereka, suaminya berpindah dan mengajar disekolah yang berdekatan dengan kampong mereka.

 Baru tiga tahun mengecapi bahagia kerana suaminya sentiasa didepan mata. Rupanya bahagia yang dikecapi tidak bertahan lama. Rupanya suaminya tidak mampu memadam kenganan manis bersama bekas isteri dan menharapkan kenagan itu berulang lagi. Itulah maksud bualan yang baru sahaja didengarinya diantara anak tiri dan suaminya tadi. Ohh peritnya rasa..Baru panas dipertengahan hari… awan mendung sudah mahu menutupi matahari, tanda-tanda hujan mahu turun. Bakal hujankah harinya ataupun banjir lagikah hatinya. Sesekali ada juga rasa kesal menyelinap dalam hatinya kerana mengikutkan kata hati yang cinta. Tapi apa yang hendak dikata nasi sudah menjadi bubur.. Mampukah dia  mengulangi derita 6 tahun dulu. Mampukah dia bertahan dengan  rasa terpinggir. Akan sabarkah dia dengan dugaan membesarkan anak sendirian… Ahh mampukah dia. Itulah soalan yang bergema didalam hatinya, yang menanti untuk dijawab oleh dirinya sendiri..

Solan yang bergema dihati belum sempat terjawab dirinya kembali kealam nyata, bila dia mendengar pintu bilik dibuka dari luar. Wajah suaminya terjengul dimuka pintu mengajaknya solat Isyak berjemaah dirung  tamu rumah milik keluarga suaminya.


====================
Masa berlalu dengan pantas, kini Uwais sudah dipenggal pertengahan persekolahan dalam tinggkatan limanya. Dia baru sahaja selesai kertas terakhir pepereksaan percubaan untuk SPMnya. Sedang dia duduk dimejanya memerhati guru penjaga peperiksaan mengutip kertas jawapan mereka tadi, dia dihampiri oleh sahabat baiknya Ahmad Sufian.

“Is aku dengar semua soalan periksa ni adalah solan  yang dijanggkakan keluar dalam SPM nanti”.

“Entahlah Pian aku tak kisah sangat..soalan sport ke tak sport tapi yang penting kita baca semauanya. Takut kita hafal sangat solan tu tiba-tiba soalan lain pulak yang keluar..mati kutu kita kat dalam dewan periksa tu nanti”.

“Ialah Is.. ayah aku pun cakap macam tu juga. Engkau siapa yang ingatkan kau  macam tu”.

“Aku cerita dengan mama aku semalam, soalan periksa kita ni soalan spot..Dia nasihatkan aku supaya  jangan taksub sangat dengan soalan spot, yang lain baca juga. Hanya kalau soalan spot ni kita ambil perhatian lebih sikit”

“Emm.(Sambil mengangguk-anggukkan kepala)…ayah aku pun cakap macam tu juga..macam serasi sahaja ayah aku dan mama ku nikan Is.. Is aku sebut ayah aku dan mama kau ..baru aku teringat masaalah kita ni”.

“Ehhh apa masaalahnya ayah kau  dan mama aku ni”.

“Taak ada..bukan masaalah ayah aku dan mama kau..tapi masaalah kita.”

“Kau ni Pian sekejab kata ada masaalah sekejap kata tak  ada. Ni kita pula yang kau kata ada  masaalah,hai pening aku. Baru habis kertas percubaan kau mula tak tentu arah. Aku takut lepas SPM kau jadi sewel pula nanti..Kenapa Pian?”. Berkerut-kerut dahi Uwais mencerana apa yang diperkatakan oleh sahabat baiknya namun tidak terjumpa jawapanya.

“Kau ni Is,kenapa kau doakan aku jadi sewel pula..aku ni tengah memikirkan masaalah kita ni. Kau tak pernah fikir ke yang kita hanya ada masa tak sampai 6 bulan sahaja untuk SPM?”.

“Tak pernah aku tak fikir pasal SPM kita ni Pian. Peperiksaan yang akan menentukan kita kat mana tu”.

“Haa dah tu, kalau dah SPM ertinya masaalah kita makin menghampiri kita Is”.

“Masaalah apanya Pian. Cuba kau cakap terus terang, aku ni pening jawap soalan tadi pun tak hilang lagi.. ditambah dengan cakap kau yang sungguh misteri ni”.

“Ok..ok. aku cakap terus terang kita fikirkan bersama ye..Macam ni lepas SPM nanti In Syaa Allah kita akan pergi mencari ilmu untuk hidup kita dimasa depankan.”

“Itu dah memang semestinyalah, kita terpaksa keluar mencari ilmu untuk kehidupan kita dimasa hadapan Pian. Semua orang macam tu. Lainlah kalau kita ni anak orang kaya yang bertaraf  jutawan, harta mak bapak makan tujuh keturunan tak habis bolehlah kita minta mengecualian dari mencari ilmu jauh-jauh. Lepas tu kita minta sahaja mak  bapak kita panggil orang ajar kita. Waah kalau macam tu seronok kan Pian”.

“Hooi kau berangan lebih ni..jadi  anak jutawan lah ada orang ajar datang mengajarlah.Is!  harta ni walaupun tinggi mengugung  tapi kalau hari-hari kena tarah rata juga. Lagilah memandangkan sekarang taraf hidup kita semakin tinggi”.

“Emm eloklah kalau kita sedar macam ni, ada orang tu tahu nak menghabiskan harta mak bapak diorang saja tak tahu nak cari sendiri. Tapi apa  kaitan dengan masaalah yamg kau nak cakap tadi.”

“Is! jomlah kita duduk kat belakang tu. Aku nak cerita tentang masaalah yang aku cakap tadi”.Mereka menyisih dari kawan-kawan yang mulai bising berbincang kertas yang baru sahaja mereka tamatkan tadi.
                                                                                                                                      
“Apa masaalah yang nampak macam serius sangat ni”.

“Tak lah serius sangat.. tapi aku mula susah hati bila hari berganti rasa macam laju sangat,  kita nak sampai kehujung tahun hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku rasa baru sangat kita dapat keputusan PMR, ni kita daaah nak ambil SPM pula bukan lama lagi Is, tak sampai 6 bulan hari yang penuh debaran, penuh semangat dan penuh azam kita akan tiba”.



“Jadi apa masaalahnya..aku tenguk kau ok sahaja belajar. Tak dapat kat kelas…  balik kau rujuk dengan ayah kau, apa susah. Kalau kita duduk  berbincang kau lagi edvance dari rakan kita yang lain termasuklah aku. Siapa tak kenal anak bungsu cikgu Mohd Nassir.”.

Sungguh benar Ahmad Sufian merupakan diantara 10 pelajar cemerlang disekolah mererka. Dan murid harapan sekolah yang akan membawa nama sekolah mengungguli pencapaian cemerlang sekolah mereka nanti. Uwais sangat bersyukur menjadi sahabat Ahmad Sufian dia  boleh menumpang kepandainya rakannya.

“Pasal belajar aku memang tak ada masaalah.Yang aku fikirkan, masa kita pergi belajar lepas SPM nanti. Lepas SPM nanti In Syaa Allah kita akan pergi belajar Is. Aku kalau ada IPTA atau IPTS yang ada dekat-dekat kampong kita akau tak nak pergi jauh Is, aku nak tetap duduk sini…tapi masaalahnya tak ada..aku fikirkan ayah aku akan tinggal sorang kat rumah nanti”.

“Haai kau ni Pian. Ayah kau tukan jantan, jadi apa masaalahnya kalau dia tinggal sorang kat rumah. Lainlah kalau mama aku. Sepatutnya akulah yang bimbang nak tinggalkn mama aku kat rumah sorang, walaupun dia dah berumur tapi hakikat nya dia tetap seorang perempuan. Perempuan bahaya untuk dia sentiasa ada.Tak kira tua ke muda.”

“Mama kau dah tua ke Is, aku tenguk tua lagi ayah aku”.

“Tua lah dah empat puluh tahun umur dia”.

“Ehh tua lagi ayah aku..ayah aku dah dekat 50 umurnya, rasanya tahun dia dah 49 tahun. Kau tak bercadang nak kasi mama kau kahwin lagi ke Is”.

“Kita ni anak, mana boleh carikan jodoh untuk emak ayahnya”.

“Ialah tapi kalau mama kau tu, ada lelaki yang nakkan dia… kau izinkan tak dia kahwin lagi..atau kau mengharapkan papa kau juga yang kahwin semula dengan mama kau”.

“kalau ada jodoh dia aku tak kisah..tapi nak kata tunggu papa aku rasanya tak mungkin.  Mama aku berpisah dengan papa sebab papa aku nikah lain, mama aku pula tak sanggup hidup bermadu. Kau tahu kan mama aku tu garang sikit orangnya”.

“Tapi pada aku.. mama kau tak lah garang sangat biasalah orang perempuan mana sanggup berkongsi suami.”

“Pandai pula kau bab-bab macam nikan Pian”.

“ Cuba lah kau tenguk cerita-cerita kat tv tu..aku tenguk kat tv lah yang aku tahu hati perempuan dengan bab berpoligami ni”.

“Ialah tu”.

“Is!!”

“Emm” Uwais menoleh kearah sahabat yang memanggil.

“Kalau papa aku kawin dengan mama kau kau kasi tak?”

“Hissy kau ni sanggup ke kau nak menjadikan anak tiri mama aku. Mama aku garanglah..silap hari bulan kau kena jeruk nanti”.

“Tak kan kena jeruk punya..aku tenguk mama kau tu ok apa”.

“Aku takut papa kau yang tak nak dengan mama aku Pian. Biasa orang ni kalau berpisah mati dia tak akan lupa arwah isteri dia sampai bila-bila pun”.

“Kalau perempuan mungkin ia tapi kalau lelaki lainlah Is, sebab lelaki ni dia tak pernah nak buat kerja rumah semua harapkan isteri buat untuk dia. Bila isteri tak ada mula lah rasa janggal nak uruskan hidup dia.Lagi pun ayah aku suka bercerita, dulu masa arwah ibu aku masih hidup tak pernah akau tenguk dia duduk termenung, ayah aku rajin berbual mengenai anak-anak murid dan kawan-kawan dia pada ibu aku. Masa ibu dah meninggal dia akan bercerita pula kat  adik-beradik aku. Sekarang ni, dia akan bercerita dengan aku sebab dah tak ada orang lain kat rumah. Tapi kalau aku pun dah keluar belajar dengan siapa pula dia nak bercerita. Itu yang aku kenangkan.”

“bab mama ku ni..aku takut ayah kau tak boleh nak terima.”
“Kenapa pula..sebab garang??”.

“Itu salah satu sebabnya. Tapi aku nak cakap dengan kau supaya kau dapat timbangkan cadangan kau tu”.

“Ok aku, dengar cakaplah”. Dua orang anak memikirkan hal orang tua mereka yang bakal ditinggalkan kerana mencari Ilmu.

“Macam ni. Aku ada tanya pak Long aku sebab-sebab mengapa mama dan papa aku bercerai”.

“Ehh kau kata mama kau anak sulong dan papa kau anak lelaki tunggal, mana pula datangnya pak long kau  tu Is.”.

“Pak Long Muaz ayah siSiti Rahmah tu, abang sepupu mama aku, dialah yang aku maksudkan”.

“Siti Rahmah budak tingkatan tiga yang comel tetapi garang tu ke?”

“Ialah..budak yang kau gelar ibu kucing beranak kecil tu”.Keduanya ketawa lucu bila mengenagkan sikap garang dua pupunya Siti Rahmah yang tak mesra alam dengan kaum yang berlainan jantina dengannya.

“Ohh ayah dia…kau rupanya ada kaitan dengan dia, patutlah kau berani tumpang kereta ayah dia balik sekolah, apa yang ‘siayah kucing betina beranak kecil’ tu cakap kan”.

“Hssy kau ni jangan mengata dia macam tu dia dua pupu aku tu."

 "Lain macam kau ni Is kau ada apa-apa ke dengan dia".


"Kau ni dahlah janga fikir dia. Pasal ayah dia tu, dia ada cakap sebab papa aku nikah lain..yang pertama sebab nenek aku nak cucu dari anak lelaki lebih dari seorang. sedangkan mama aku tu ditunggu-tunggu tak mengandung lagi. Yang kedua mama aku ni garang dan tak suka balik kampong. Pian!!kalau ayah kau pun nak anak lagi macam mana? Aku rasa mama aku dah terbukti.. hanya aku nilah sorang anak dia. Kalau garangnya tak berubah sanggup ke ayah kau. Aku takut kakak kau yang dua orang tu nanti kena gulai dengan mama aku”.

“Uwais!! (sambil menutup mulut kerana tidak mahu ketawanya pecah) Ayah aku tu dah 50 tahun umurnya takkan lah nak beranak kecil lagi, dia bukan tak ada anak yang terdesak sangat nakkan anak. Kami dah ada 4 orang, yang nak menyambung keturunan dia. Dan kalau mama aku nak gulai kakak aku, diorang bukan ada selalu kat rumah. ..cuti semesta sahaja diaorang balik. Kalau balik semesta ni dia kena gulai semesta depan tak payahlah balik. Takkan mama kau sanggup cari sampai kat tempat kakak aku belajar sebab nak gulai anak tiri. Lagipun depan ayah aku takkan dia berani buat macam tu kan”.

“Jadi kau memang berhajat sangatlah nak jadikan mama aku tu mama tiri kau”.

“Kalau kau setuju..kecil tapak tangan tu padang sekolah aku tadahkan”.

“Waah kau ni Pian pandai pula berbahasa kiasankan”.

“Ehh siapa tak kenal anak bungsu cikgu Mohd Nassir..jadi macam mana kau setuju tak”. Uwais gelak lucu melihat tingkah sahabatnya. Dia merasa lucu mahu menerima risikan sahabatnya untuk jodoh mamanya.

“Kau macam bersungguh ni..kau dah tanya ayah kau ke?..memang dia dah berkenan dengan mama aku ni”.

“Ehh aku memang bersungguh ni Is..Tapi aku belum tanya lagi kat ayah aku. Aku nak tanya pendapat kau dulu lepas tu kita mulakanlah misi kita sama-sama. Ok, apa macam”.

“Haa jangan buat kerja gila Pian…nanti bila aku cakap dengan mama aku dan mama aku setuju, alih-alih ayah kau pula yang tak mahu.. malu besar nanti mama aku. Dahlah Pian hal orang tua biarlah diorang selesai kan sendiri.”

“ Jangan lah fikir macam tu Is..kalau kita tak tolong memikirkan hal orang yang kita sayang, siapa lagi yang akan memikirkan.  Kau tak kesian kat mama kau ke, bila mengenangkan dia akan duduk sorang. Kau tak fikir ke bahaya dia dan siapa akan tolong dia masa kau tak ada nanti. Bukan sekejap tau kita pergi belajar sekurang-kurangnya 4 ke 5 tahun. Lepas belajar kita kena pergi kerja pula. Kalau kita ni perempuan tak apalah, kita tunggu sijil STP sahaja. Mesti laku punyalah”.

“Hebatlah kau Pian belum SPM lagi kau dah fikir sijil STP pula”.

“Kalau aku ni perempuan aku memang fikir sijil STP tu, dah 18 tahun kan umur kita ni dah layak pun dapatkan sijil STP tu.. tapi masaalahnya aku ni lelaki. STP yang aku maksudkan tu bukan sijil untuk lepas tingkatan 6, tapi STP yang aku cakap ni SAYA TUNGGU PINANGNAN, sijil nikah Uwais oii.” Ha ha ha dua anak remaja ketawa besar dibelakang kelas hingga mencuri  tumpuan rakan lain yang sedang berbincang kertas periksa yang baru selesai.  Reda ketawa, mereka menyambung perbincangan mereka semula.Ahmad Sufian yang membuka cadangan untuk difikirkan oleh mereka berdua.

“Aku ada satu rancangan..hal jodoh ni biar mereka yang tentukan sendiri. Kita jangan paksa mereka menerima cadangan kita”.

“Wahh kau ni banyak akal lah Pian, tak sangka aku.. dah lah pelajar pandai. Merangcang masa depan pun pandai juga rupanya”.

“Rasa nak terbang aku kalau kau puji aku macam ni. Tapi yang sebenarnya aku kesian kat ayah aku..aku takut dia kesuyiaan kalau dia tinggal sorang nanti. Nak harap adik beradik aku yang lain sampai bila. Kita nikan makin lama makin dikejar dengan tanggung jawab. Takan selama nya kita nak hidup sendiri.. Sampai masanya kita akan berkeluarga sendiri juga Is. Kalau kita dah jadi ayah macam mana kita nak ambil berat selalu dengan ayah kita. Aku rasa kakak aku yang tua tu tunggu masa sahaja. Tamat sahaja dia belajar mungkin tak sampai dua tahun adalah orang nakkan dia..”.

“Untung ayah kau dapat anak macam kau Pian”.

“Alhamdullilah..tapi mama kau pun untung juga dapat anak macam kau Uwais. Untuk jadi anak yang menguntungkan kedua ibu ayah kita, marilah kita susun satu rancangan untuk jodoh diorang. Kalau rancangan kita berjalan dengan lancar dan mereka ada jodoh..kau rela tak aku jadi saudara tiri kau”. Uwais tergelak lucu lagi mendengar bicara temanya.

“Aku tak kisah kau  atau sesiapa pun yang akan jadi saudara tiri aku, yang penting bakal ayah tiri aku tu memang menerima mama aku seadanya…aku suka saje kalau mama aku bahagia Pian.”

“Kalau macam tu jom kita cari jalan. Mula-mula atur satu pertemuan antara ayah aku dan mama kau, supaya dengan pertemuan itu mereka boleh menilai sesuai atau tak mereka berpasangan nanti”. Kali ini gelak mereka ditahan supaya tidak mencuri tumpuan rakan sekelas mereka yang lain. Entah mengapa mereka merasa lucu menjadi ejen penemu jodoh kepada mama dan ayah mereka.

Berjayakah mereka?  tunggu ye mak teh tengah nak cari ayat cerita yang seterusnya. Tapi lambatlah sikit….nak fikir nak ke cik gu Emil Atilia dengan ayah si Sufian.


8 comments:

  1. wahhh...pandainya budak berdua ni memikirkan masa depan kedua ibu bapa mereka. Anak-anak yang penyayang betul
    Mudah-mudahan berjaya
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Macam tu sekali Zila diawal perkahwinan. Dalam hati Abdul Latif langsung takde cinta tapi sebab nak test power(zila jadi bahan experimen), anak jadi juga. Bahagia yang dirasa atas sakit hati orang lain macam ni la jadinya. Orang yang disakiti boleh menerima kenyataan, tapi pihak yang menyakiti jadi huru hara dihati.
    Budak dua orang ni dah plan strategi. Bab akan datang kisah cikgu emil dan cikgu nasir pulak la yer.

    ReplyDelete
  3. Saya gambarkan ayah Sufian tu segak orangnya... dan sesuai dengan mama Uwais. Harap mereka ni berjodoh.

    ReplyDelete
  4. Ok, tak sabar nak tunggu entry selanjutnya....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua, dah lama tak masik blog nie, saya peminat dari zurich, belum baca dari mula cuma baca bab ini, baru perasan, yg jalan ceritanya kisah bermadu lagi. Nak tanya sikit boleh, tapi jangan marah, kenapa penulis suka sangat cerita berpoligami?

    ReplyDelete
  6. hsri hari akak buka blog mnanti sambungan.......
    -dibah-

    ReplyDelete
  7. blum ada sambungan? x sabar juga nk tahu kedudukan emil dn keputusan peperiksaan anak dia.
    -dibah-

    ReplyDelete