~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 17 March 2014

Bab 22 Tidak ku tahu kasih bermula






Abdul Latif singgah dirumah Muaz. Dia ingin menceritakan apa yang terjadi. Itulah permintaan Muaz tadi.Bukan Muaz hendak menyebuk hal orang, tetapi Emil adalah sepupunya.Sepupu kuat kerana ayah Muaz dan ayah Emil adik beradik. Di pihak Seha juga Emil adalah sepupunya juga kerana emak Emil dan arwah emak Seha  adik beradik. Muaz masuk kebengkelnya memberi tahu dua orang pekerjanya, dia hendak melayani tetamunya.Mereka beriringan naik tingkat atas bangunan.

Bengkel Muaz adalah rumah kedai dua tingkat. Disebelah bawah digunakan sebagai bengkel kereta dan disebelah atas pula rumah kediaman mereka.Biar pun ruang kediaman mereka agak kecil namun Muaz dan Seha tidak kisah.Mereka ingin mencari kehidupan sendiri.Itulah yang diberi tahu oleh emaknya Hajah NorIza ketika diawal pernikahan mereka dahulu.

“Muaz bawalah Seha duduk asing dari emak.Nanti kamu berdua tak pandai hidup berkeluarga, kalau kamu asyik duduk dengan emak sahaja. Belajar jadi ketua tampa awasan dari mata mak ni”.

“Tapi ..nanti emak akan duduk sorang.Tak lama lagi Imah pergi belajar.. emak  tak apa ke kat rumah ni sorang-sorang”.

“Tak apa, emak boleh, lagi pun bukan jauh sangat kamu pindah, bengkel kamu tu dekat saja dari sini kan.”  Mendengar kata-kata enaknya Muaz akur. Bukan emaknya membenci dirinya, tetapi emak hanya mahu mengajar dirinya untuk menjadi ketua keluarga dan berdikari.

“Sebetulnya apa yang terjadi Tif.Kenapa sampai bercerai berai”.Itulah soalan yang keluar dari bibir Muaz memulakan siasatanya setelah mereka duduk dirunag tamu. Seha kedapur menyiapkan hidangan untuk menghormati tetamunya.

“Tengahhari tadi, Emil datang kerumah lama kami.Kebetulan pula isteri kedua saya ada, jadi rahsia yang saya sorok selama ini dah terbogkarlah”.

“Ohh awak dah nikah satu lagi..” terlopong mulut Muaz mendengar berita yang baru diketahuinya. Melihat sepupu isterinya terkejut terus sahaja Abdul Latif menerangkan keadaan dirinya.

“Muaz tahukan saya ni anak lelaki tunggal dari lima orang adi beradik. Emak saya tak puas hati anak saya hanya seorang sahaja. Jadi dia suruh saya kahwin dengan saudara jauh emak saya. Dia ni dah lama duduk dengan emak saya. Sejak arwah ayah saya meninggal empat tahun lepas.”.

“Kamu ikutkan cakap emak kamu dan nikah lagi lah ni, dah berapa tahun kamu nikah.”

“Dah hampir tiga tahun. Yang sebetulnya bukan sebab anak sahaja emak saya suruh saya nikah  satu lagi. Muaz pun tahu kan, macam mana sikap Emil, keras tak boleh nak diberi tunjuk ajar. Saya tahulah keluarga saya serba kekurangan duduk pun duduk kampong. Rumah pun rumah kampong. Susah rupanya kahwin dengan orang yang tak setaraf dengan kita. Dulu masa kita bercinta gambaranya lain, Emil mudah menurut kata, sekali sahaja saya suruh dia pakai tudung esoknya dia dah pakai tudung. Masa tu saya bayangkan Emil gadis yang mudah diberi tunjuk ajar. Bila dah lama kahwin baru tahu sikap sebenar Emil ni. Yang sebenarnya Emil masih tak boleh nak menyesuaikan diri dengan keadaan kami kat kampung. Dah hamper empat belas tahun kami nikah tapi Emil masih tak boleh nak terima keluarga saya seperti keluarga dia, Muaz”.

“Awak menyesal ke kahwin dengan Emil”.

“Menyesal tu tak lah, tapi hanya terkilan kalau sampai bercerai berai macam ni. Saya kesian dengan Uwais. Tentu dia rasa malu bila papa mama dia tak sehaluan lagi. Saya takut dia rasa rendah diri, macam manalah hidupnya nanti”.

“Yang sebenarnya Emil ni boleh dibentuk kalau kena dengan caranya. Kenapa tak ajak dia selalu balik kampong”.

“Saya sebenarnya buntu dengan tingkah Emil sejak dia dekat dengan keluarga dia. Bukan tak ajak, dia yang tak nak. Dia yang tak mahu rapat dengan keluarga saya. Balik kampung saya boleh dikira dengan jari,  walau pun dah hampir empat belas tahun kami kahwin. Kampung saya bukanya jauh, satu Pengkalan Hulu juga, tapi kalau dah nama kampong tentulah ada kurangnya. Emil pula, itu yang dijadikan alasan untuk tidak duduk lama kat rumah keluarga saya. Muaz nak tahu balik raya pun hanya balik hari sahaja.Sedangkan saya anak lelaki, keluarga saya adalah tanggung jawab saya. Entahlah susah saya nak terangkan hanya pandai-pandailah Muaz fikirkan. Saya sebenarnya serba salah..saya yang sebetulnya dapat anak sorang pun tak kisah. Kalau kita pandai didik In Shaa Allah dia akan jadi manusia yang berguna juga. Kalau dia dah berkelurga nanti boleh juga, minta cucu dari dia banyak sikitkan tapilah..kadang-kadang kita ni ada juga silapnya kan..”

“Kenapa??,  Latif tersilap langkah..Latif kena paksa kahwin dengan pilihan emak Latif ke?”

“Taklah paksa, yang sebetulnya macam ni… Selepas ayah saya meninggal empat tahun lepas emak tinggal sorang kat rumah tu. Saya nak ajak emak tinggal dengan saya, Emil tak bagi. Dia kata kalau ada orang tua tinggal serumah..ruang untuk dirinya terhad. Emak nak tinggal dengan adik-adik perempuan saya, dia tak selesa sebab kebanyakkan adik-adik perempuan saya tak kerja. Ada sorang yang kerja tapi dia duduk jauh sangat..Kat Kuala Lumpur, lepas tu mereka duduk pangsapuri pula, rumah yang bertingkat-tingakat.Emak orang tua orang kampong pulak tu mana boleh duduk rumah yang tak pijak tanah.
..dulu masa emak sakit, isteri muda sayalah yang jaga dia, masa tu saya tak nikah dengan dia lagi. Jadi kata emak sebagai membalas budi, dia mengharapkan saya jaga dia, sebab dia ni pun emak ayah dah tak ada, dan agak berumur. Entahlah Muaz kita kahwin dengan orang yang kita cinta pun terlerai juga sudahnya ikatan yang kita harapkan”. Ada nada kesal dalam keluh yang tak terlepas leganya.

“Latif menyesal ke dengan apa yang berlaku.Tapi kenapa tak fikir dulu baik buruk nya sebelum mengikut kata-kata emak Latif. Yang sebetulnya kalau Latif betul sayangkan Emil suruhan emak Latif boleh ditolak. Kan soal nikah diatas diri sendiri apatah lagi kita ni lelaki. Kalau kita tak lafaz ucap Ijab dan Qabul pernikahan tak akan terjadi atau Latif memang sukakan dia.”

“Kalau Muaz nak tahu,  pada Emil saya sayang sangat, cinta pertama dan wanita yang menepati cita rasa saya..tapi  waktu tu saya mengikut kata hati yang tercabar”.

“Pernah ke Emil mencabar supaya Latif kahwin lain?”.

“Bukan mencabar tetapi menuduh…Segan saya nak cerita dengan Muaz, tapi untuk pengetahun saya ceritalah juga. Macam ni dulu saya pernah melakukan satu pembedahan kecil bersangkutan dengan alat sulit saya. Yang sebenarnya sebelah buah zakar saya telah dibuang kerana masaalah kesihatan. Selepas pembedahan itu Emil sering menyalahkan saya sebab dia tidak mengandung  lagi.
…Selepas bernikah dengan saya, Emil tiada waktu kosong. Dirinya terus mengadungkanUwais ..orang kata ‘bunting pelamin’.Emil merasa sebal kerana waktu bulan madunya di penuhi dengan rasa lemah, mual dan tidak bermaya akibat alahan mengadungnya yang teruk. Selepas bersalin dia meminta izin saya agar menjarakkan kelahiran anak yang kedua. Untuk kaedah merancang lebih selamat dia mengambil suntikkan pencegah kehamilan tiga bulan sekali. Selepas Uwais  berusia lima tahun, dia tidak lagi mengambil suntikan itu lagi. Dia sudah bersedia untuk hamil kali kedua. Namun rahim bagai tidak mahu menerima benih saya lagi. Dua tiga tahun juga dia menanti, akhirnya dia keklinik pakar sakit puan untuk mencari kepastian mengapa dirinya tidak mengandung,  walau pun dia sudah tidak mengambil ubat atau suntikkan untuk mengelak kehamilan.
..Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati ada cyst didalam kantung rahimnya. Doktor mengatakan dia perlu menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Oleh kerana takutkan pembedahan, dia dan mamanya pergi menemui seorang  bomoh yang pandai melakukan rawatan pembedahan secara batin. Dua minggu selepas dia berjumpa bomoh dia pergi  untuk memenuhi temu janji dengan doctor yang mahu melakukan pembedahan. Sekali lagi bahagian abdomenya diimbas untuk melihat cyst yang perlu dibuang, ternyata cyst itu sudah tidak ada. Ertinya perubatan pembedahan cara batin Berjaya, bila cyst dah tak ada, pembedahan dihospital pun dibatalkan. Setahun lepas itu saya pula dimasukkan kehospital kerana masaalah dibahagian alat sulit saya.  Dengan keputusan sebelah kiri buah zakar saya terpaksa dibuang untuk menjamin kesihatan saya. Kerana pembedahan itulah Emil menyalahkan saya dia tidak dapat mengadung lagi.”.

“Waah ni Latif test powerlah ni”..Ha..ha ..ha dua orang lelaki kalau dah bab yang satu itu sedeh pun boleh ketawa.

“Memang test lah ni..sekarang ni anak saya dengan Zila dah nak masuk dua orang, dah terbukti.. masaalah dia tak mengandung bukan berpunca dari saya.” Ketika menuturkan kebenaran kelihatanaya Abdul Latif berkobar-kobar, mungkin rasa marah yang keluar dari hatinya dengan tuduhan bekas isterinya dulu .Tetapi tidak lama dia mempamirkan wajah tegangnya.Bila kenyataan yang baru beberapa minit berlaku tadi kembali kedalam dirinya.

“Tapi ialah mungkin ini takdir saya,saya tak pernah terfikir macam ni akhirnya takdir perkahwinan saya dengan Emil, saya terkilan dengan permintaan Emil. Saya terkilan Emil tak mahu mencuba meneruskan perkahwinan ini. Kenapa dia tak mahu percaya kemampuan saya yang boleh berlaku adil”.

Memang setiap lelaki tidak pernah memahami sakitnya hati seorang isteri jika dia diduakan betul tak.Walau apa alasan sekali pun(dia yang bersalah atau dia yang mempunyai kekurangan.) semua wanita yang bergelar isteri tetap terasa sedeh bila dirinya diberi MADU. Lagilah kalau madu yang dipaksa terima.

“Redha sahajalah Tif..mungkin ada kebaikannya segala yang terjadi. Allah Maha tahu apa yang telah diatur  untuk kita hambaNya. Lagi pun semuanya dah terlepas. Kita tunggu sahajalah apa yang akan terjadi pula dimasa akan datang. Berdoalah kalau masih ada jodoh Latif dan Emil.”.

“ Entahlah saya memang mengharapkan masih ada jodoh saya dengan dia Muaz. Biar pun dia tu keras, degil dan garang tapi saya cintakan dia. Muaz rasa boleh ke dia menerima saya kembali”.

“Kalau Allah nak memusingkan hatinya balik kepada Latif tak mustahil. Redha sahajalah apa yang terjadi Latif”.

“Ialah apa nak dikata, nasi pun dah jadi bubur.Tapi besar harapan saya pada Muaz, tolong tenguk-tengukan anak saya Uwais kat sini. Saya mengharapkan dia akan menjadi seorang manusia yang berguna dan ada pengangan ugama. Kalau nampak dia buat perkara tak betul tolonglah tegurkan”.

“In Shaa Allah”.


Perceraian anatara Abdul Latif dan Emil Atilia belum sampai lagi kepengetahuan Haji Mohd Noh dan Hajah NorIza lagi, kerana semasa kejadian mereka masih diKampung Subang Selangor menjenguk menantunya Nurizana bersalin. Dua minggu mereka disana. Setelah memastikan menantu yang didalam pantang sudah cukup sihat, barulah  mereka  pulang semula ke Pengkalan Hulu. Mereka sampai kerumah dengan menaiki teksi dari Lapanganterbang Alor Star. Sampai sahaja dirumahnya Hajah NorIza dirumah, terus dia menghubungi anak sulongnya Muaz.

“Asalamualaikum Muaz, emak ni”.

“Waalaikumsalam mak! Muaz kenal suara mak. Mak kat mana ni. Anak-anak Syukri sihat mak. Anak Syukri yang kembar tu apa ceritanya apa nama yang dia bagi mak. Dengar mereka dapat anak kembar Muaz pun rasa nak juga mak”.

“Kamu ingat, nak anak kembar minta gitu-gitu boleh dapat ke.Itu rezeki dari Allah Muaz oii. Kalau kamu nak tahu pasal anak sedara kamu tu datang rumahlah,  nanti mak cerita. Mak call ni sebab nak bagi tahu mak dah sampai ni”.

“Haaa mak dah sampai??kenapa tak call masa kat Subang airport  mak. Ni mak lambatlah tunggu Muaz. Muaz nak mandi dulu tangan tengah hitam ni. Mak tunggu kat situ ye”.Terkejut Muaz bila emaknya mengatakan dia sudah sampai.

“Apa pula nak tungguMuaz,  mak dah sampai rumah dah. Mak dengan ayah kamu naik teksi tadi”.

“Kenapanya emak naik teksi. Kan biasanya Muaz yang  ambil mak kat airport”.

“Tak apa, ayah kata tak nak menyusahkan kamu. Dulu mak sorang memanglah bahaya naik teksi, tapi  ni emak kan dah ada teman jadi kami naik teksi sajalah tadi.Muaz!! Mak nak masak ni, kalau kamu ada masa datanglah rumah kita, rindu emak dengan anak-anak kamu Muaz.”

“In Shaa Allah mak nanti kami datang, tapi tak janjilah mak. Nak tenguk dulu kerja sekolah anak-anak kena siapkan dulu.Kalau dah pergi rumah emak tu nanti semuanya nak berkepit dengan emak…daaah tak siap kerja sekolah. Along nak call Seha ni nak suruh dia pastikan kerja sekolah anak-anak.”.Talian diputuskan, cepat sahaja Hajah NorIza menyertai suaminya didapur.

“Hai cepatnya Uda basuh beras dah lapar ke?”

“Tak lah lapar tapi kejap lagi kan dah nak Zohor sementara kita solat nanti sempatlah nasi ni masak. Nor tinggal nak masak kuahnya sahaja”.

“Alhamdullilah, terima kasih  De (Sebuah ciuman hinggap kepipi suaminya ucapan dan perbuatan serentak diluah) Nak masak lauk apa De.” Sekarang perlakuan itu sudah menjadi kebiasaan pada NorIza. Dia sudah pandai menghargai kehadiran suami disisinya. Bahagia hati Haji Mohd Noh menerima ciuman kasih dari isterinya. Kemudian Hajah NorIza berpaling kepeti sejuk dan membuka untuk melihat apa yang ada didalam.

“…Yang ada ikan pekasam dan telur tiga biji De”.

“Ok lah tu..Ni ada kentang ni (suaminya berpaling melihat tempat simpanan bawang dan kentang disitu). Kita masak rebus kentang kemudian pecahkan telur dua biji cukuplah. Goreng ikan pekasam tu, kemudian buat sambal belacan waah sedapnya Nor. Lapar pula perut Uda ni kalau cerita menu kita ni”.

Laju tangan Hajah NorIza mengopek kentang, dipotong enam supaya cepat empuknya.Kemudian kentang tadi direbus bersama ikan bilis. Setelah agak empuk dipecahkan dua biji telur seperti kata suaminya tadi. Noriza menghiris sebiji bawang merah dan seulas bawang putih kemudian ditumis hingga kekuningan lalu dimasukkan kedalam rebusan kentang dan telur tadi..satu menunya sudah selesai. (Kalau mak mertua mak teh dia masukkan suun. Dulu dimasukan pucuk atau tahu kering, tetapi setelah melihat didalam internet betapa kotornya cara pembuatannya sekarang sudah tidak dibelinya lagi.)

“Nor! Uda nak turun kejap nak petik pucuk ubi cicah dengan sambal belacan sedapkan Nor.” Makin bertambah menu mereka tengahari itu.Melihat menu yang menyelerakan tengahari itu mereka terus menjamu selera walau pun sudah kendegaran laungan Azan berkumandang dari surau berhampiran.

“Nor semuanya dah masak ni..Uda rasa nak makan dulu lah”.

“Dah masuk waktu ni De..”

“Tak apalah kita makan dulu, kalau solat dulu nanti solat tak husyuk sebab ingat nak makan sahaja. Lepas makan baru kita solat ye.”

            Bagi Hajjah NorIza memasak bukannya susah, sejam lebih sikit sudah siap semuanya. Ialah hanya kentang direbus hingga empuk bersama dua biji telur mungkin memakan masa  setengah jam, mengoreng ikan pekasam 15 minit dan merebus pucuk ubi pula mengambil masa 20 minit. Jika dimasak serentak mengunankan dua dapur lagi cepat masakanya.Itulah sebabnya kalau masak beramai-ramai lagi cepat siap kita memasak. Sungguh berselera mereka makan tengahhari itu, walaupun hidangan mereka sangat rimgkas.

Kini perceraian antara Abdul Latif dan Emil Atilia sudah sebulan berlalu.Ianya juga sudah disahkan dipejabat ugama.Namun perceraian itu masih belum diketahui oleh anak atau pun ayahnya sendiri.Tetapi perit juga menyimpan cerita sedeh sendirian. Kadang-kadang  tingkah Emil dilakukan diluar sedar dirinya sendiri, bila tiba-tiba sedeh menerpa hati dia akan menangis teresak-esak. Selalu diwaktu tengah malam Emil berkereta sendirian kepekan Pengkalan Hulu mencari ketenagan. Anak tunggalnya yang sudah lena ditinggalkan sendirian dirumah. Apa yang dapat dipandangnya hanyalah berderetan lampu-lampu jalan yang bercahaya suram  kekuningan. Agak reda sedehnya dia pulang semula kerumah.

Kesan perceraiannya makin dirasakan.Kini dalam seminggu ini, dia selalu terjaga diwaktu dini hari. Jika sudah terjaga matanya tidak mahu terpejam lagi. Bila matanya sudah terbuka..kemudian muncul kenyataan yang dia didalam bilik sendirian mulalah fikirannya melayang mengenang kenangan lalu. Mengenang saat bahagianya bersama suaminya hati Emil bagai disiat. Untuk mengelak dari terus mengenang,  Emil akan bangun lalu mencapai kunci kereta. Dia mahu keluar mengambil angin dinihari yang dingin. Kata orang angin dinihari adala angin dari syurga, entahlah dia tidak tahu, tetapi dirinya damai bila didakap dengan kedinginanya.

 Dia akan berkereta seorang diri hingga kepekan, agak lama dia berkereta dia pulang semula kerumahnya. Bila dia melalui rumah ibu tirinya kelihatan ruamhnya sudah terang, Lampu dibahagian runag tamunya sudah terpasang.  Dia melihat jam didasbod keretanya ‘emm baru pukul 435 pagi’ detik hatinya. Sudah tiga kali dia melihatnya keadaan itu.Terdetik dihatinya awalnya ayah dan ibu tirinya bangun untuk menanti masuknya waktu solat subuh.

Dalam pada berfikir, tangannya memusing strering kereta membelok kearah rumah emak tiri dan ayahnya tinggal. Lama dia merenung rumah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meluahkan apa yang menghimpit fikiranya selama ini. Dia keluar dari kereta. Dia ingin melepaskan rasa sedeh yang menghimpitnya kepada ayahnya. Dia memberi salam. Lama salamnya terbiar sepi. Ketika kakinya mahu melangkah menuju kekeretanya semula kedengaran pintu rumah dibuka.

“Walaikum salam..Ehh Emil..ada apa Mel..ada apa-apa  yang tak kena dengan Uwais atau Latif. Kenapa tak call ayah saja, bahaya Emil keluar sorang-sorang pagi-pagi buta macam ni.”.Bimbang seorang ayah tidak kira masa. Biar pun anaknya sudah tua bangka, biar pun anaknya sering menyakiti hati dengan kata-katanya,  rasa bimbang ayah tetap ada untuk dirinya Emil jadu terharu dengan bimbang ayahnya. Pertanyaan ayahnya tidak dijawab dia meminta kebenaran masuk kerumah pula.

‘Yah!Emil nak masuk boleh..”

“Ehh Mehlah masuk..meh lah masuk..tadi masa Emil bagi salam ayah tengah solat”. Haji Mohd Noh membuka luar daun pintu rumah.

Emil mengikuti langkah ayahnya masuk kerumah. Dilihat disudut ruang tamu ibu tirinya sedang bersolat. Hajjah NorIza melakukat solat sunat TASBIH sebab itulah lama sedikit.

“Terima kasih yah..Emil tak ganggu ayah ke ni”.

“tak ada apa yang nak diganggu Mel. Ayah dengan mak ngah sebenarnya nak solat sunat sahaja, sementara menunggu masuk waktu subuh. Tapi ayah bimbangkan Emil ni..lain kali jangan keluar gelap-gelap buta macam ni, bahaya.”

“Tak apa yah, Emil akan jaga diri. Yah!! Emil nak minta maaf dengan ayah.. Emil banyak salah denagn ayah, Emil sakitkan hati ayah.”.

“Setakat nak minta maaf tak payahlah bahayakan diri datang pagi-pagi buta macam ni. Kalau Emil call minta maaf pun ayah akan maafkan. Ayah takut apa-apa terjadi Emil keluar sorang diri macam ni, Emil kan perempuan... Kenapa tak minta Latif temankan”.
           
“Yah boleh ke Emil nak bercerita sedikit dengan ayah”.

“Boleh Mel, bila-bila masa pun Emil boleh cerita dengan ayah. Emilkan anak ayah”.

“Yah Emil memang dah tak ada teman sekarang ni yah….”  Diperkataan ini, sedeh Emil sudah menyerbu dadanya.Dia mengelunsur dari duduknya dan memaut kaki ayahnya  yang sudah duduk disofa. Mukanya disembamkan kepangkuan ayahnya. Habis basah jubah putih yang dipakainya kerana airmatanya. Haji Mohd Noh hanya mengelus-gelus kepala anaknya yang bertudung kemudian dia menepuk-nepuk perlahan belakang anak sulongnya untuk menenangkanya. Agak reda sedikit tangisan anaknya. Dia membuka mulut bertanya.

“Kenapa ni Mel..cuba cerita dengan ayah..Emil ada masaalah ke”. Lembut sahaj suara ayahnta bertanya.

“Yah!!Emil dah bercerai dengan abang Latif yah”.Bersambung lagi tangisanya bila kenyaatan itu diluahkan kepada ayahnya. Walaupun berita itu mengejutkan, namun Haji Noh cuba bertenang. Tangisan anaknya yang bersambung dibiarkan sahaja oleh  Haji Mohd Noh. Padanya biar dia melepaskan duka dihatinya agar dia mendapat kelegaan.Nanti setelah agak tenang emosinya dan mampu bercerita barulah dia bertanya. Dengan sabar sang bapa menanti redanya tangisan anak dipangkuannya.

Setelah selesai solat sunatnya Hajah NorIza  mengangkat sejadahnya hendak masuk kedalam bilik. Dia tidak mahu mengganggu perbualan meluah perasaan antara suami dan anaknya. Emil menyedari perbuatan emak tirinya. Lalu bertanya kepada ayahnya.

“Kalau mak ngah rasa tergaggu Emil balik dululah yah”. Langkah Hajah NorIza  terhenti bila mendengar kata-kata anak tirinya.

“Mak ngah tak rasa terganggu..kalauEmil nak cerita dengan ayah Emil ceritalah. Hanya mak ngah tak mahu Emil rasa terganggu bila mak ngah terdengar Emil cerita dengan ayah Emil. Manalah tahu Emil malu kalau mak ngah dengar.”.

“Tak mak ngah mehlah duduk sini.” Emil menepuk sofa disisi ayahnya. Hajah NorIza yang masih bertelekung menghampiri mereka. Terus sahaja Haji mohd Noh menyoal anaknya…




5 comments:

  1. Kannn...hikmah disebalik perceraian. Emil dah tak biadap dengan ayahnya. Semoga jumpa jodoh yang lain. Tak suka hdp madu2 ni.

    ReplyDelete
  2. Huaaaa sedihnya...... emil pun kesian, latifpun kesian juga walaupun ada rasa geram pd dua2 orang ni.... Tak tau nak komen apa dengan mereka ni..... Apapun tindakan emil gi jumpa ayah dia tu amat baik... sekurang2nya ayahnya ada buah fikiran yang berguna nanti... harap dia rujuk balik dengan latif... Sabor je le...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik perpisahan Emil dan Latif. Semoga Emil mendapat suami lain yg dpt membimbingnya. Juga tak suka kehidupan berpoligami.
    Biarkanlah Latif berbahagia bersama Zila & anak2 dan dpt melayani ibunya yg dah uzur. Jika Latif kembali rujuk kpd Emil, dia tidak akan dpt berlaku adil kpd isteri2nya dan berbakti kpd ibunya.

    ReplyDelete
  4. betul kata muaz yg sebenarnya llatif blh mnolak permintaan mak dia supaya bernikah dgn zila. saja nk test power...ego lelaki. dh sebulan bercerai x de jenguk uwais pun.
    sebenarnya emil ni baik dn lembut hati tp latif yg x pandai memujuk dn bimbingnys. tambahan pula emil pun asyik melayan dn temankn arwah mak dia.
    biarle emil dn uwais temu ketenangan dgn hj md noh dn hjh norizah.
    x suka poligami ni sb x ada maknanya adil.
    -dibah-

    ReplyDelete
  5. tu orang cakap, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya..
    tenang2 encik latif siapa tahu gelodak hatinya...
    banyak pengajaran yg kita dapat dalam cerita ni..
    suami yang baik jangan di injak2 kepalanya..
    dapat pulak isteri yang kalau kata dia..kata dia je..
    akhirnya terlerai kasih...
    papepun ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..
    peringatan pada diri sendir juga ni...

    ReplyDelete