~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 18 March 2014

Bab 23 Tidak ku tahu kasih bermula,






“Kenapa yang boleh jadi sampai bercerai..Dia tak redha  Emil pindah sekolah ke?”.Haji Mohd Noh jadi polis penyiasat pula pagi tu.

“Yang sebenarnya Emil yang minta dia ceraikan Emil. Emil tak sanggup dimadu. Dia dah kahwin lain yah. Yang sebetulnya dah 3 tahun dia nikah lain”.

“Bila dia nikah..ayah tak tahu pun. Kat mana dia nikah???”

“Emil pun tak tahu dia nikah kat mana dan dia tak pernah minta izin untuk berpoligami dengan Emil, yah”.

“Dia bagi tahu tak kenapa dia kahwin lain..sebab dia nak anak lagi ke?”

“Dia tak cakap pula dia nak anak lagi tapi dia kata, sebab emaknya nak menantu yang boleh jaga dan temankan dia”.

“Selama ni isteri muda dia tu duduk kat kampunglah ye”.

“Ia yah”.

“Dah berapa lama Emil berpisah dengan dia?”.
“Dah  sebulan”. Melihat wajah mendung anaknya terus sahaja dia bertanya apa yang ada didalam hati anaknya.

“Ayah nak tanya..Emil menyesal ke berpisah dengan Latif.”

“Nak kata menyesal tak tahulah..tapi Emil selalu terkenang kan abang Latif. Bila dah teringatkan dia Emil jadi sedeh.Sekarang ni Emil tak boleh tidur bila teringatkan dia. Entahlah yah”.

“Kalau Emil rasa masih sayang dan susah nak lupakan dia. Emil boleh rujuk balik. Hari tu lafaz talak satu sahaja kan”.

“Emil boleh nak rujuk, tapi dengan syarat dia kena ceraikan isteri dia dulu. Emil tak mampu nak bermadu, walaupun dia janji akan lebihkan masa pada Emil”.

“Tak baik Emil bagi pilihan macam tu pada Latif. Lagi pun kesian isteri dia”.

 “Ye Emil tahu.. Emil rasa pun tak mungkin dia akan ceraikan isteri dia yang sekarang ni, sebab  isterinya sekarang dah bagi bakal dua orang anak pada dia. Yang dah ada ni nampaknya dalam dua tahun umurnya dan sekarang ni isterinya sedang tunggu hari sahaja nak bersalin, lagi pun isterinya tu tak kerja”.

“Jadi apa keputusan Emil..”

“Emil nak terus hidup macam ni. Pada Emil sorang lebih baik dari bertiga yah. Emil hanya nak cari ketenangan sahaja dan nak didik Uwais menjadi orang yang berguna. Emil nak cuba lupakan abang Latif itu sahaja”.

“Kalau macam tu dekatkan diri dengan Allah. Kalau Emil tak boleh tidur cuba buat solat malam. Solat sunat tahajud, solat sunat taubat. In Syaa Allah, Allah akan membantu Emil dapat ketenangan.”

“Emil tak pandai nak buat semua solat tu yah”.

“Tak apa, tak tahu boleh belajar..nanti ayah ajarkan. Ayah ada buku solat sunat. Baca dulu buku tu, kemudian kita belajar sama-sama ye.Yang sebetulnya buku tu ayah sediakan untuk mama Emil masa nak pergi Mekkah dulu. Masih ada lagi dalam simpanan ayah…nanti ayah ambilkan”. Lembut sahaja suara Haji Mohd Noh menasihati anaknya yang sedang ditimpa masaalah.

Bagi Haji Mohd Noh  hidup seorang hamba yang bernama manusia memang sentiasa bergelora, sentiasa bermasaalah. Itulah ujian Allah agar diri menjadi lebih matang. Namun harus ada pembimbing ditakuti kerana ujianNya kita tersasar menuju kejalanNya. Dengan ujianNya menjadikan kita melencong dan terjerumus kepada perbuatan  keji, kerana nak melepaskan rasa.

 Emil menganggukkan kepalanya memasukkan apa yang diucapkan oleh ayahnya. Keadaan menjadi sepi seketika, tidak lama lepas itu kedengaran laungan azan subuh, menyeru semua hamba yang hidup dibumiNya menyembahnya. Tunaikanlah solat subuh pada waktunya kerana  sembahyang itu lebih dari tidur. Hajah NorIza bangun menuju kebiliknya. Kemudian keluar semula bersama sehelai sejadah dan sepasang telekung. Dihamparkan sejadah ditempat solat mereka. Usai azan…

“Emil ambil lah wudu’ kita solat sama-sama. Emil nak mandi dulu ke?”

“Tak payah mandilah mak ngah Emil ambil wudu’ sahaja”.

Usai solat dan berdoa Haji Mohd Noh menasihati anaknya lagi.

“Mel..Kalau boleh kita elakan dari membuat dosa tapi mana mungkin kita ni manusia tak buat dosa. Walaupun kita kata kita tak nak, tapi secara tak sengaja terbuat juga. Kita bukannya malaikat. Pandang yang bukan hak pun berdosa tapi kita tak boleh nak mengelak. Kita ni kadang-kadang tak sengaja mengecilkan hati orang dengan percakapan kita..inilah dosa-dosa kecil kita yang kita dapat secara tak sengaja. Itu hanya satu contoh yang ayah bagi.. Itulah sebab setiap hari kita akan melakukan dosa-dosa kesil secara tak sengaja. Jadi dosa-dosa kecil nilah yang perlu dibersihkan.”

“Macam mana kita nak bersihkan dosa  kecil yah”.

“Ayah ada dengar ceramah dulu  ustaz cakap..ayah mulakan dengan wudu’ ye. Dari berwudu’pun kita boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Caranya: Selepas membasuh muka masukkan sedikit air kerongga hidung. Tapi Jangan sedut air tu dalam sangat, sekadar dihujung hidung sedikit sahaja, perbuatan tu sunat  tapi salah satu cara kita nak menghapuskan dosa-dosa kecil. Kemudian lepas solat tadi kita akan ada berzikir SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULLAH 33 kali, ALLHUAKBAR 33 kali itu pun boleh menghapuskan dosa-dosa kecil”.

“Terima kasih yah, Emil memang banyak dosa yah, sebab itulah Allah balas perbuatan Emil ni. Mak ngah Emil banyak dosa dengan mak ngah Emil minta maaf banyak-banyak, hati Emil ni selalu buruk sangka dengan mak ngah. Hati Emil ni busuk mak ngah.”.Dia sudah menangis menginsafi diri,  berpaling kearah mak ngahnya lalu memeluk dan menangis dibahunya.

“Tak apalah Mel kita maknusia ni mamang macam tu, kalau kita dah sedar janagan ulangi perbuatan tu pun dah cukup. Mak ngah pun sama. Mak ngah pun minta maaf juga kesalahan mak ngah pada Emil”

“Kalau kita nak bersihkan hati kita, selalulah berzikirlah. Mula-mula baca AlFatihah sekali, kemudian berzikir dengan lafaz Lailahaillallahseberapa banyak yang boleh. Nak senang berzikirlah  sepanjang Emil berkereta pergi dan balik sekolah, masa tu tak siapa yang ganggu Emilkan. Jadi basahkan lidah dengan zikir  masa kita seorang dalam kereta tu. Lepas tu sebelum tidur ambil juga wudu’ supaya kita tidur dengan berwudu’ sebelum mata terpejam bacalah….
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “Bertanya siti Aisyah “Ya Rasulullah !bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , bacalah surat al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat  “Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad” ( 3x )
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih” ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar” ( 3x ). Terus sahaj Haji Mohd menasihati anaknya.
In syaa Allah hati Emil akan tenang. Syaitan pun tak menggangu tidur kita”. Setelah melipat telekungnya dia bangun untuk pulang kerumahnya.

“Ayah mak ngah Emil baliklah yah mak ngah”.

“Emil tak nak minum sini dulu.”

“Tak apalah mak ngah, Emil kena kejut Uwais solat subuh..lagi nak siap-siap pergi sekolah pulak ni”. Dia melangkah menuju kekeretanya diikuti oleh ayahnya menemaninya hingga kepintu kereta.

“Yah! Emil tak tahu macam mana nak ajar Uwais baca doa selepas solat yah.. boleh tak ayah tolong ajarkan..Emil nak Uwais tahu dalam segala segi..pandai dalam pelajaran, pandai juga dalam ugama yah. Dialah satu-satu nya anak Emil, jadi Emil nak dia jadi manusia yang baik yah. Emil nak dia pandai baca doa macam ayah. Emil tak pandai baca doa, selalu Emil Aminkan doa abang Latif sahaja.” Emil memeluk ayahnya, air matanya tak terbendung, dia menangis lagi didada ayahnya. Entahlah makin lama dia berpisah dengan Abdul Latif hatinya makin pilu bila nama itu disebut.

Yang sebenarnya hati jadi sebak bila mengenangkan nasib dirinya. Haji Mohd Noh hanya mampu menepuk-nepuk belakang anaknya. Dia  juga tak terkata. Siapa tak sayang anak. Melihat anaknya dalam kesedehan hatinya juga sedeh, bertambah sedeh mengenangkan anak sulungnya sudah bergelar janda. Namun apa yang dapat dilakukan.. percaturan Allah siapa yang mampu menjangka.

Sepanjang dia mengenali Abdul Latif, rasa dia seorang yang sabar, mampu menangani kerenah anak sulongnya yang agak garang dan suka membentak. Tetapi mungkin Emil juga ada silapnya menybabkan Latif bertindak diluar jangkaan. Haji Mohd Noh hanya menyerahkan nasib anaknya kehadrat Ilahi. Semoga ada kebaikan dihujug kepahitan yang dirasa oleh anaknya. Setelah reda tangisan anaknya…

“Kalau macam tu, pastikan semua kerja sekolah Uwais siap dulu, kemudian lepas Magrib hantar kesini, kita solat Isyak berjemaah, nanti ayah ajar dia baca doa dan berwirit lepas solat. Kalau dah pandai nanti sesekali boleh jadi Imam kita pula”. Haji Mohd Noh Menyanggupi permintaan anaknya. Ketika Emil sudah duduk dikerusi pemandu,  dia terpandang  MYVI putih elok terletak didalam garaj kereta disebelah rumah mak ngahnya.

“Yah kereta MVYI tu siapa punya yah..Hari tu Muaz yang bawa rasanya”.

“Kereta ayah..alaahh kereta secondhand sahaja Mel, senang ayah nak bawa mak ngah kamu kepasar atau pun kemasjid”.

“Yah! Emil ni anak yang menyusahkan ayah, Emil minta maaf yah. Emil rasa ayah ambil balik kereta ayah ni, sekarang ni Emil dah sedar tak sepatutnya Emil ambil kereta ayah ni. Tapi buat sementara Emil nak pakai dulu sebab Emil tak ada keenderaan nak pergi sekolah. Emil akan beli kereta secondhand pun jadilah. Lagi satu ayah ambil lah balik  duit pencen mama. Emil tahu semua itu adalah hak ayah tak sepatutnya Emil merebut  hak ayah. Emil anak yang  tak mengenag budi itu sebabnya Allah balas Emil macam ni. Maafkan Emil ayah.”.Emil tunduk memandag bawah, terasa malu hendak memandang wajah ayahnya bila merasakan dirinya yang tamak.

“Pasal kereta ni Emil pakailah ayah dah ada MYVI pun dah cukup.”.

“Tak yah, Emil akan cari kereta lain nanti, ayah pakailah kereta ni. Ayah juga ada hak atas kereta ni”.

“Tak apa Mel, pakailah.. betul kata Emil dulu kalau ayah mampu kahwin lagi ertinya ayah mampu tanggug isteri ayah dengan duit ayah sendiri bukan dengan duit arwah isteri ayah”.

“Yah jangan peril Emil lagi yah, Emil salah pada ayah.. kata-kata Emil melukakan hati ayah, tapi selepas ni Emil tak akan cakap macam tu lagi. Dulu Emil cakap dengan perasaan yang marah dan perasaan cemburu itulah sebabnya Emil cakap macam tu”. Emil keluar semula dari keretanya dan meluru memeluk ayahnya sekali lagi dan dia menangis didada ayahnya dengan rasa bersalah yang mengunung.

“Taak ayah tak peril Emil. Ayah cakap yang betul, kalau ayah guna barang yang ada nama mama, ayah akan rasa malu pada diri ayah sendiri. Jadi gunalah.Hanya kalau boleh Emil bayarkanlah ansuran kereta  yang masih berbaki ni dengan pencen arwah mama..” Itu sememangnya rasa yang timbul dari hati Haji Mohd Noh, bila dia mengunakan duit arwah isterinya.

“Emil nak  tanya ayah, kalau ayah sudi jawap jawab lah tapi kalau tak Emil tak akan tanya ayah lagi. Betul ke ayah bercinta dengan mak ngah dulu..”.

“Kalau sekarang ni memanglah ayah sedang bercinta dengan mak nyah sebab diakan dah jadi isteri ayah. Siapa yang cakap ayah bercinta dengan mak ngah sebelum ni.”.

“Dulu arwah mama ada cakap dengan Emil, ayah bercinta dengan seorang wanita bernama Nor, sampai ayah tersebut dalam ngigau ayah. Masa tu mama rasa sakit hati sangat..bila ada nama wanita lain dalam hati ayah”.

“Mel!  ayah tak pernah bercinta dengan mak ngah dulu.Tapi untuk pegetahuan Emil kami dulu satu kelas, ayah memang ada hati dengan mak ngah dulu, tapi mak ngah tak tahu perasaan ayah ni. Bila habis tingkatan lima arwah nenek pinangkan mak ngah untuk awrah pak ngah. Ayah kena redha dia kahwin dengan abang ayah sendiri. Ayah bawa diri jauh dari kampung ni, suka rela minta mengajar di Sabah kat sana ayah kahwin dengan mama. Selepas ayah kahwin dengan mama ayah tak pernah lagi mengharapkan ayah dapat kahwin dengan mak ngah. Ialah dia pun dah kahwin dengan abang ayah dan mereka bahagia. Ayah pun dah kahwin dengan mama dan kami pun bahagia.Tapi sesekali entah macam mana, ada juga bayangan mak ngah masuk dalam mimpi ayah mungkin bayangan dari syaitan kot. Ayah tak pernah mengharapkan mama pergi dulu dari ayah, untuk ayah kahwin dengan mak ngah. Pada ayah mama meninggal di Mekkah itu adalah rezeki kebaikan yang Allah bagi sebab kebaikan mama.”

“Kebaikan apa yang mama dah buat yah”.

“Mama kan jaga Seha dari kecil lagi, Seha tu anak yatim. Tapi Emil tahukan macam mana mama buat pada Seha. Allah nak bagi kebaikan pada mama, Dia ambil mama masa mama bersih dari segala dosa. Dia ambil mama setelah selesai ibadat Umrahnya dengan sempurna. Emil tahu kan selepas selesai haji atau umrahnya, seseorang itu kan sebersih bayi yang baru dilahirkan. Jadi Emil boleh bayangkan kedudukan mama sekarang disis Allah kan. Kalau ayah yang dapat macam tu  pun ayah suka Mel, tapi hanya orang-orang  yang terpilih sahaja yang Allh beri. Untuk pengetahuan Emil ayah tak akan nikah lain kalau mama masih hidup Mel. Itu kenyataanya, dan mak ngah tak akan terima ayah kalau ayah nak dia masa kat Malaysia ni. Tapi walau masam mana jodoh tu samapai bila kita dah diIjab dan Qabulkan kita suadah ada tanggung jawab.”   hanya memandang ayahnya yang becerita..dia tahu.
.Seseorang yang mencapai tahap haji atau umrah yang mabrur (yang diterima) yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan ibadah haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya"Orang yang mencapai derajat haji mabrur, ia seperti bayi yang baru dilahirkan, tidak ada dosa, sebab telah diampunkan oleh ALLAH SWT.
Maka sesiapa yang mendapatkannya, ia dijamin masuk syurga ALLAH SWT, seperti Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud: "Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga".(Ini termasuklah umrah. Sebab umrah juga diistilahkan haji kecil).

Mak ngah pun macam tu..dia tak pernah niat nak nikah dengan ayah dan dia sebetulnya tak tahu ayah ada hati dengan dia dulu. Mak ngah ni sangat sayangkan anak-anaknya dia menjaga hati semua anaknya. Tapi untuk memudahkan kami beribadat kat sana kami nikah”.

“Ialah yah Emil faham tu, Emil hanya nak tahu cerita sebenarnya sahaja, sebab dulu mama ada cerita kan..tapi sekarang ni Emil dah dengar sendiri dari mulut ayah, Emil tak salah kan ayah..setiap manusiakan Allah bagi dia perasaan. Tak salah perasaan ayah tu dan Emil hormat ayah kerana ayah pandai jaga perasaan ayah, setelah ayah dan mak ngah ada pasangan sendiri. Emil minta maaf yah kerana buruk sangka denagan ayah dan mak ngah, nanti cakapkan juga dengan mak ngah Emil minta maaf pasal  ni…Yah selama hamper setahun ni ayah bayar dengan duit apa..ansuran kereta ni?”. Emil memesongkan ceritanya. Dia bertanya kereta ayah dan arwah mamanya masih dalam bayaran ansuran rupanya.

“Ayah guna duit pencen ayahlah, tapi sekarang ayah kena bayar juga duit ansuran kereta MYVI..tulah kalau boleh Emil tolong bayarkan kereta ni, ayah rasa legalah sikit”. Haji Mohd Noh tergelak sikit untuk menceriakan hati anaknya. Tetapi didalam hati Emil berjanji, dia  akan membayar semula duit ansuran kereta yang telah dikeluarkan oleh ayahnya sejak kereta itu berpindah tangan. Dia sudah memasuki kereta semula untuk pulang kerumahnya.

“Mel! ayah ni bukan apa,  ayah hanya nak mengingatkan Emil sahaja. Yang sebetulnya adik-adik Emil pun ada hak keatas kereta ni, jadi untuk tidak kita terambil hak adik-adik Emil, Emil tanyalah pada mereka dua orang tu. Kalau kata mereka rela dan menyerahkan hak mereka pada Emil, Emil boleh lah pakai kereta ni sampai bila-bila”.

“Baik yah Emil ikut cakap ayah, nanti Emil call diorang tanya, Assalamualikum Yah..”. Kelihatan Emil sudah menjadi seorang wanita yang lembut hatinya.Syukur  ALHAMDULLILAH bergema dihati Haji Mohd Noh.

Dari hari kehari Emil sudah mula berubah. Segala apa yang diajari oleh ayahnya dilakukan dengan tekun, kini dia sudah beroleh ketenangan jiwa. Sejak itu juga setiap hari selepas solat Magrib dia dua beranak kerumah emak tirinya untuk anaknya belajar. Itulah ushanya mahu menjadikan anaknya seorang lelaki Islam mengamalkan pegangan ugama Islamnya. Pandai bersolat untuk dirinya dan pandai juga menjadi imam kepada makmumnya.Tidak kira lah makmumnya nanti mamanya ataupun isterinya kelak.

Sepulangnya dia dari sekolah petang itu, masih didalam kereta lagi Emil menceritakan keadaan dirinya dengan papa Uwais.Walaubagaimana pun kisah dia dan bekas suaminya, anaknya harus tahu. Biar mereka sama menangani dan memikirkan bersama. Dia tidak mahu lagi merahsiakan perkara yang terjadi dalam rumahtangganya sebab yang disebelahnya juga adalah ahli rumahtangganya juga.

“Uwais mama nak cerita dengan Uwais..pasal mama dan papa”.

“Kenapa dengan mama dan papa..sekarang ni rasanya papa dah tak datang jenguk kita kat sini lagi kan mama. Rasanya dah dua bulan lebih papa tak datang”.

“Yang sebetulnya macam ni. Mama dengan papa dah berpisah. Ingat tak masa kita balik rumah kita dulu..kita tak jadi tidur kat rumah kita tu.”

“Ingat”

“Masa tu mama terjumpa isteri baru papa. Petang tu bila papa datang mama minta cerai dengan papa. Mama minta maaf sebab pentingkan diri sendiri, mama tak fikirkan perasaan Uwais. Tapi terus terang mama katakan  mama tak mampu hidup bermadu, mama tak mampu kongsi papa dengan isteri papa yang lain..harap Uwais memahami mama”.

“abang faham ma..mama janganlah sedeh abangkan  ada untuk  jaga mama. Harap mama sabar sahaja dengan dugaan rumah tangga mama”. Sambil memandu Emil mencapai tangan anaknya lalu digengam untuk mencari kekuatan mungkin. Ada sebak yang berkampung didalam hatinya.Tapi yang menjadikan dirinya sebak kerana sikap anaknya yang kelihatan sudah matang walaupun umurnya ketika itu baru sahaja 13 belas tahun. Dia sudah pandai memikirkan keadaan dirinya ketika itu.

“Abang jangan benci papa ye, dia tak salah, mama lah yang salah, mama yang minta papa abang ceraikan mama. Sesekali kalau papa ajak abang pergi rumah dia pergilah. Walaupun mama dah berpisah dengan papa abang..namun abang tetap anak papa”. Sekarang Emil sudah insaf dan merasakan dirinyalah yang bersalah diatas apa yang terjadi. Sikapnya yang menjadi punca mengapa suaminya terpaksa mengikuti kata-kata  bekas emak mertuanya untuk menikah seorang lagi.

“Ialah ma abang faham”.

“Sekarang ni dah jelaslah hanya abang anak mama, kalau abang sayang mama belajarlah bersungguh-sungguh ye, walau hanya abang anak mama boleh juga mama sandarkan harapan mama nak menumpang hidup dengan abang bila mama tua nanti. Satu lagi jom kita belajar baca doa lepas solat dengan atuk, mama teringin solat beimam kat rumah bang”.

“In Syaa Allah ma, bila kita nak mula belajar baca doa dengan atuk ma”.

“Secepat yang mungkinlah, tapi sebelum pergi rumah atuk, pastikan dulu kerja sekolah abang siap dulu. Setiap kali  lepas Magrib kita pergi rumah atuk nak”. Sejak hari itu bermulalah rutin Emil dan anaknya kerumah Hajah NorIza. Kini  hubungan Emil dan ayahnya sudah baik seperti dulu, seperti arwah mamanya masih hidup. Dia juga sudah boleh duduk berbual dengan mak ngahnya yang merangkap ibu tirinya. Hidupnya makin tenang kini.

6 comments:

  1. Amin... ada hikmahnya disebalik setiap yang berlaku. Emil dah jadi bertambah baik. Tak sangka latif tak jengukpun uwais anaknya selepas bercerai... Begitulah lelaki, bila dah temui bahagia baru anak yang di tinggalkan terus hilang juga ke? Moga emil lebih tenang dan bahagia disamping ayah dan mak ngah nya... Dengan mendekatkan diri dengan Allah, maka kita makin tabah. Semakin menarik cerita ni mak teh.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah emil dn uwais temu ketensngan.
    tp latiff smpi 2 bln x jenguk uwais anaknya. mana tanggungjwb dia?
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Latif sibuk dgn anak baru sampai lupa anak sulungnya. Mak teh tak nak selit kisah mak latif ke. Bahagia ke dia dgn rumahtangga baru anaknya hingga runtuh rumahtangga yang dah berbelas tahun.

    ReplyDelete
  4. Best citer mak teh ni. Mula2 menyampah sungguh dengan si emil ni. Kesian latif bila dpt bini mcm tu. Tapi sampai part ni jd terbalik pulak. Kesian sgt kat emil. Menyampah plk dgn latif.

    ReplyDelete
  5. Best cerita ini. Hikmah di sebalik penceraian Emil ialah ianya dpt mengubah Emil menjadi wanita muslimah dan ibu yg lebih baik. Jika masih berumahtangga dgn Latif, mungkin ianya tidak dpt mengubah Emil ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  6. Kdgkala cerita sebelah pihak tidak memadai perlu mendengar cerita dua2 pihak.....bila sudah tahu kebenaran rasa sakit hati pd latif...inilah lelaki habis madu sepah dibuang...moga emil temui cinta baru.kenapa lelaki begitu??!!!!!!!

    ReplyDelete