~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 5 March 2014

Bab 10 Tidak ku tahu kasih bermula.







Dengan sedikit masa yang tinggal, kerana tidak beberapa jam lagi mereka akan bersiap untuk keMasjid untuk solat Asar. Pulang sahaja dari perbincangan terus sahaja NorIza menghubungi anak sulongnya Mohd Muaz.

“Assalamualaikum Muaz, mak tak banyak masa nak cakap dengan along ni, mak nak kena siap-siap pergi masjid lagi long”. Kedengaran sayu suara emaknya dihujung talian. Mengapa agaknya Muaz berteka-teka didalam kepalanya.

“Tak apa mak cakap dulu apa yang penting. Dengar suara mak sedeh kenapa mak..Yang kat sini mak jangan fikirkan sangat. Semuanya ok mak”. Bimbang hati Muaz mengenangkan emaknya yang  jauh dari pandagan matanya.

“Kamu tahu tak mak de kamu dah meninggal subuh tadi. Ada tak adik-beradik Seha bagi tahu dia.”.

“Ia ke mak???.along tak tahu mak.  Diorang tak bagi tahu Seha apa-apa pun”. Terkejut Muaz mendengar berita yang disampaikan oleh emaknya. Yang dia sungguh terkejut kerana emak mertua angkatnya kelihata sihat ketika pergi keMekkah tempuh hari.

“Mungkin pak de terlupa nak bagi tahu anak-anak dia”.

 “Kenapa dia meninggal mak?.rasanya mak de tak ada sakit apa pun kan mak”.

“Kata pak de kamu dia meninggal kerana sakit jantung..mak nak cakap sebab mak de kamu meninggallah ni”.

“Janganlah emak sedeh mak..dia meninggal kat tempat yang elok mak..nanti along cakap dengan Seha…dahlah mak, emak kata tadi dah nak siap-siap nak pergi masjid lagi, nanti ditinggal kawan-kawn..cerita mak de meninggal ni kita cerita esok kalau mak dah tak sibuk  pun boleh  cerita mak”..

“Taaak mak kena cakap juga dengan kamu Muaz... Yang sebenarnya mak kena nikah dengan pak de kamu sebab mak de dah meninggal. Rupanya mak tumpang mahram mak de, kalau mak de dah tak ada, mak dengan pak de bukan mahram lagi. Untuk mengelakkan kami berdosa kami kena nikah dan di cadang kan emak nikah dengan pak de lepas asar ni Muaz.” Suara NorIza sudah bergetar, getar sebak..bila rasa hatinya diluahkan hatinya jadi sayu.

“Untuk kebaikan emak dan pak de..nikah saja lah mak. Mungkin pak de memang jodoh emak itu sebabnya dijadikan jalan perjalanan emak macam ni. Along tahu kalau mak de meninggal kat Malaysia, kalau pun pak de pinang emak.. tak mungkin emak terima. Jadi Allah jadikan jalan macam ni supaya emak tak boleh menolak jodoh yang telah Allah tentukan untuk emak”. Mudah sungguh anak NorIza memahami keadaan dirinya. Tiada soalan tiada alasan yang diberikan anaknya mempercayai apa yang diperkatakan oleh emaknya. Dihujung talian NorIza menangis teresak-esak.

“Janganlah emak menangis mak.Terima lah apa yang telah ditentukan untuk kita mak”. Lembut sahaja suara anaknya menasihati emaknya yang nun jauh diMekkah.  Memang tidak terjangkau tangan  Muaz mahu memeluk dan menenangkan emaknya yang sedag dihimpit perasaan sedih.

“Emak takut long nanti orang kata emak tua tak sedar diri, dah tua pun nak menikah lagi. Yang paling emak takut nanti anak-anak pak de kata emak ambil kesempatan.”

“Apa nak takut cakap-cakap orang mak. Takutlah siksa Allah. Siksa Allah tak siapa dapat menanggungnya. Api Neraka tu berpuluh kali lebih panas dari api kita kat dunia mak. Pasal tanggapan anak-anak pak de tu tak apa, Allah yang lebih tahu apa yang ada didalam hati kita mak. Mak relakan hati emak menerima pak de. In Syaa Allah pernikahan emak nanti akan diBerkati dan diRahmati Allah”.

“Long, mak tak tahu macam mana nak cakap dengan adik-adik along. Mak takut adik-adik along benci dengan emak. Yang mak lagi takut nanti adik-adik along tak nak jenguk mak, tak nak balik raya dengan emak”. Makin menjadi tangisan NorIza dihujung talian.


“Pasal adik-adik mak jangan bimbang, nanti along yang cerita dengan adik-adik. Tapi along percaya adik-adik along semuanya sayang emak, tak kira apa yang emak buat mereka akan menyokong emak,  sebab diorang semua tahu emak dia macam mana. Emak jangan bimbang yang kat sini ye mak, mak jaga diri elok-elok jaga kesihatan, beribadat elok-elok, along doakan mak dapat haji yang MABRUR. Dah lah mak, mak pergi siap nanti taklah ditinggal orang pergi masjid. Along doakan segala urusan emak berjalan dengan lancar dan diberkati Allah.”
                                                                                                                      


Mendengar kata-kata dan doa anak sulongnya, hati NorIza menjadi lembut dan dapat menerima apa yang telah dirancangkan. Walaubagai mana pun Perjalan NorIza ke Masjidil Haram Asar itu dengan hati yang berkecamok. Bertalu-talu soalan yang menyoalnya dengan tindakkannya ‘Betul ke apa yang dilakukannya’. Entahlah NorIza membiarkan sahaja takdir diatas dirinya semoga dia akan mendapat redha Allah.



Akhirnya mereka dinikahkan selepas Asar di hadapan Baitullah. Pernikahan antara Mohd NohdanNorIza berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz NorIza sah menjadi isteri Mohd Noh. Selesai ucapan Ijab dan Qabul mereka melakukan tawaf sunat. (mengelilingi Kaabah tujuh pusingan). Kini Mohd Noh dan NorIza telah sah menjadi suami isteri..



NorIza dan Mohd Noh yang sudah sah menjadi suami isteri berjalan pulang dari Masjidil Haram bersama-sama seperti pasangan jemaah haji yang lain. Tapi tadi sebelum waktu Asar keadaan mereka belum halal, mereka berjalan jauh-jauh dan diiringi kawan-kawan diterangi cahaya matahari. Tetapi selepas solat Isyak mereka sudah sah jalan pun hanya mereka berdua sahaja. Tidak kelihatan pula pasangan Haji Abdul Rahman dan isterinya menemani mereka. Mereka berjalan perlahan menuju kehotel ditemani cahaya lampu jalan, Mohd Noh bertanya isterinya disebelah.


“Nor esok pagi Abang Man ajak pergi Umrah. Nor nak ikut tak”. Tiada penangguhan sesi ibadah mereka diteruskan setelah mereka sah menjadi suami isteri. Begitulah gigihnya Mohd Noh dan NorIza mengisi masa mereka selama mereka berada diMekkah.

“Ehh ikutlah.Pukul berapa kita nak siap”.

“Katanya pukul 130 pagi mesti dah ada kat lobi hotel.”

“Ehh paginya”.

“Dia yang dah ada pengalaman,  Uda ni ikut saja,”.

“Ialah kalau saya tak terbangun tolong call. Manalah tahu jam tak berbunyi pula nanti”.

“Ialah..esok sebelum pergi Nor mandi sunat Ihram. Baca niat dalam hati Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala.  Tapi solat sunat Ihram kita buat kat masjid Fatimah Az-Zaharah kat  Ta’naim nanti. Dah sudah solat sunat nanti..masa nak naik teksi balik barulah kita baca niat Umrah. Kalau kita kata niat bacanya mesti dalam hati tau…” Mohd Noh mengingatkan wanita yang baru sahaja sah menjadi isterinya selepas solat Asar tadi.

         Sunat-sunat sebelum berihram antara laian ialah :-
        1. Mengerat kuku
        2. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut.
        3. Mandi sunat ihram. Sebelum memakai ihram dan berniat di Miqat.Tujuan mandi sunat ihramadalah  untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, cara mandi sama seperti  mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah :
     "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (baca dalam hati)
        4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
        5. Memakai pakaian berwarna putih.
        6. Sembahyang sunat ihram dan
        7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah

Seperti yang telah dirancangkan pagi itu seawal pukul 145 pagi, tiga pasangan Jemaah Haji menanti taksi  dihujung jalan bangunan hotel dimana mereka menginap.  Mereka menyewa sebuah taksi pergi keTan'im untuk memasang niat Umrah. Disana nanti mereka akan melakukan solat sunat Ihram di Masjid Fatimah Az-Zahrah, selepas itu barulah mereka memasang niat Umrah. Dengan status sorang isteri NorIza mengerjakan Umrah bersama suaminya. Umrah mereka kali ini adalah Umrah mereka kali kedua.

Niat SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
"Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas.Setelah selesai solat sunat Ihram.

Ketika keluar dari tempat solat wanita, di tepi tembuk berhampiran pintu Mohd Noh sudah menanti. Mereka sama-sama  ketempat dimana teksi tadi menunggu.  Sambil berjalan sambil mereka bercerita.

“Nor! Umrah kali ni umrah kita yang kedua, ertinya umrah ni sunat untuk kita. Kalau Nor nak niatkan umrah ni untuk orang lain pun boleh tapi untuk orang-orang yang dah meninggal sahaja. Pahala yang kita dapat sama sahaja tapi yang lebihnya orang yang kita niatkan Umrah dapat juga menefaatnya. Misalnya kalau Nor nak niatkan untuk abang Ajak atau pun arwah emakNor, tapi sekali Umrah hanya untuk seorang sahaja tau”.

“Ialah saya rasa pun saya nak buatkan untuk orang juga..Uda buat untuk siapa Umrah Uda ni”.

“Uda rasa nak buatkan untuk arwah emak dulu..esok kalau kita pergi lagi nak buat untuk arwah abah pula.”

“Saya rasa nak buat untuk abang Ajak.Tapi macam mana niatnya”.

“Sahaja aku berniat umrah untuk Abdul Razak bin Hassan dan aku berihram untuknya kerana Allah Ta’ala.” NorIza mengikuti didalam hati apa yang diucapkan oleh suaminya. Tidak lama kemudian kawan-kawan mereka bersama pasangan masing-masing menghampiri. Setelah semuanya bersedia mereka mula menuju pulang semula ke Mekkah atau Tanah Haram.

Sempurna Umrah mereka pagi itu.Noriza bertahlul di atas bukit Marwa (mengunting rambutnya sedikit sekurang-kurangnya tiga helai). Manakala Mohd Noh kekedai gunting rambut yang terdapat dibelakang sedikit dari bukit Marwa. DiUmrahnya yang pertama dia tidak sempat untuk bercukur kerana ketika itu dia sibuk menguruskan isterinya yang tiba-tiba sakit dan meninggal dunia tidak lama lepas itu. Kemudian mereka masuk keMasjidil Haram untuk menantikan masuknya waktu subuh. Dengan niat duduk beriktikaf dimasjid..waktu yang ada diisi pula dengan mendirikan solat tahujud dua rekaat dan kemudian mereka mengaji pula.  Tidak lama mereka menantikan masuknya waktu subuh hanya lebih kurang sejam sahaja.

Selesai solat subuh mereka pulang semula kehotel penginapan. Mereka berjalan perlahan, sambil melihat-lihat orang berniaga disepanjang jalan perjalanan mereka menuju kehotel. Dimerata-rata tempat terdapat orang berniaga. Barang barang jualan mereka, mereka lambakkan sahaja diatas jalan. Tetapi yang kesihanya bila datang penguatkuasa kerajaan Arab Saudi mereka dengan cepat membungkus barang-barang mereka untuk melarikan diri dari ditangkap, kerana mereka berniaga secara haram. Begitu mencabar orang mencari rezeki, tetapi terpaksa juga demi untuk kelangsungan hidup. Sambil berjalan Mohd Noh mencapai tangan isterinya lalu digengam. Ahh sungguh romantic perlakuanya  entah mengapa begitu cepat Mohd Noh menjadi mesra kepadanya tanya NorIza kepada dirinya. NorIza hanya membiarkan segala perlakuan Mohd Noh kerana dia sudah halal berbuat begitu..


“Nor tahu tak kalau suami isteri pengang tangan macam ni maka berguguran segala dosa-dosa kecil pada pasangan itu”.


“Ohh”.Dia juga turut mengengam jemari suaminya yang bersulam dengan jari jemarinya.

Noriza mengangkat sedikit tanganya..melihat tanganya yang didalam gengaman Mohd Noh.  Dulu bekas adik iparnya kini dia adalah suaminya, perancangan Allah siapalah yang tahu. Namun ada damai disitu. Ada rasa bahagia yang singgah dihatinya. Terasa keselamatan dirinya terjaga. Bila semua rasa dirasai bibirnya mula tersenyum manis.

Melihat isterinya tersenyum Mohd Noh  tahu perlakuanya disenangi oleh isterinya. Bagi Mohd Noh dia tidak menyangka kasih yang dulu diharapkan, dapat digapainya ketika dia dibumi Mekkah yang penuh Barakkah. Walaupun usia nya kini sudah mencapai 60 tahun namun Allah masih mengabulkan harapan dan impianya suatu ketika dulu. Bergema ucapan  ALHAMDULLIAH berulangkali didalam hati.

“Nor nak beli apa-apa tak?”.

“Rasa tak dulu, nanti nak tanya kak Salamiah kat mana nak cari barang yang ok. Kalau tak beli kat sini pun tak apa masa kat Madinah hari tu pun saya dah beli juga. Hanya kalau nak tambah sikit lagi. Uda nak beli ke? Belilah untuk anak-anak Uda.”


“Uda rasa tak payahlah arwahnya dah beli banyak sangat untuk mereka masa kat Madinah hari tu. Nanti terlebih berat pula. Setiap orang hanya dibenarkan membawa 30kg sahaja.”.


“Kalau terlebih macam mana??”Terkejut NorIza bila mendengar penerangan suaminya.


“Kalau terlebih...berapa lebihan kilo yang dibenarkan bayarlah. Setiap kilo kena bayar  18 rial, lepas tu kalilah dengan kilo yang terlebih tu kalau terlebih sampai 10 kilo maknanya kita bayarlah 180 rial bersamaan dengan lebih kurang RM 180.00 duit Malaysia… takkan nak ditinggal pula barang yang kita dah beli.. kan.”


“Ialah tu tak kan nak ditinggalkan..”.Mereka berjalan lagi sambil berpegangan tangan.Tetapi keadaan seperti itu biasa dibumi Mekkah. Jemaah haji wanita yang masih bertelekung berjalan dengan gaya berkasih sayang dengan pasanganya yang merangkul bahu mereka.


“De hari ni rasanya saya nak basuh bajulah. Baju saya yang dari Madinah ada yang tak basuh lagi.. Ni kain Ihram Uda ni rasanya dah dua kali pakai, Uda ada lagi kain ihram yang lain ke? Mana tahu esok pun nak pergi buat Umrah lagi”.


“Ialah Uda rasa ihram ni dah kotor, dah dua kali pakai. Kalau kita cuci mana nak sidai?. Uda rasa macam nak hantar dobi saja lah Nor”.


“Saya tak suka kalau kain yang diguna untuk kita bersolat dihantar kekedai dobi”.


“Kenapa pula??Takut dia basuh tak bersih?”


“Dulu arwah emak ada ajar saya.Kalau pakaian yang diguna untuk kita bersolat mestilah dicucur dengan air yang mengalir, kalau tak solat kita tak sah. Takut kedai dobi tak buat apa yang kita buat. Orang kata kalau dah was-was baik tak payah kan.”.


“Ialah memanglah macam tu tapi emak mana yang ajar tu”.


“Emak Uda lah..isterinya Imam Hassan yang namanya Hassanah tu”.Terkekek-kekek dua pasangan jemaah haji yang sambil berjalan sambil berbincang, sambil menghibur hati sambil juga membina kasih.Tangan Mohd Nod sudah dibahu isterinya pula. Sudah adakah  bimbit kasih dihati mereka yang baru sah halal selepas Asar semalam. Entah ..tapi untuk hati Mohd Noh kasihnya untuk NorIza memang sudah lama ada. Hanya menanti kasih yang bersemi dihati NorIza sahaja..


“Ohh kalau macam tu kena cuci sendirilah nampaknya. Emak tak cakap dengan Uda macam tu pula dulu”.


“Ialah tak kan nak cakap dengan Uda, bukan ke Uda ni lelaki, kalau lelaki tentulah dia jadi suami. Biasanya yang mencuci baju ni kan isteri”.


“Betulah tu..nampaknya kena cuci sendirilah”.


“Memang kena cuci sendirilah..nanti lepas minum Uda bagilah baju-baju Uda yang kotor biar saya cucikan. Saya ada bawa sabun basuh dari rumah. Hanya nak cari timba sahaja, kat mana kita boleh cari timba..de. Kat Madinah hari tu saya basuh kat sink bilik air sahaja basuh pun tak banyak masa tu, kotor sehelai dua saya basuh, yang ni tak sempat nak basuh tu yang jadi banyak tu.”

“Kat bilik Uda tu ada baldi entah siapa punya..sementara kita belum ada ni boleh pinjam diaorang punya dulu kot. Baju-baju Uda, biar Uda cuci  sendiri.”


“Biarlah saya cucikan, sayakan dah jadi isteri Uda, saya nak cari pahala cucikan baju suami. Cuci baju untuk suami kira ibadah juga kan de. Lagi pun kat sini bukan buat apa pun lepas ni balik minum, kemudian tidur.”.


Bergetar jiwa Mohd Noh mendengar pengakuan NorIza. Hatinya bahagia mendengar apa yang diperkatakan oleh NorIza. Mendengar ayat itu dia tahu dirinya sudah diterima dalam hidup NorIza. Makin kejap gengaman tangannya mengengam tangan NorIza. Dalam hatinya bergema ucapan Alhamdullilah syukurnya kepada Allah yang Maha Mengasihani kerana melimpahkan Kasih yang banyak tak terhingga kepada dirinya.


Rupanya tidak susah mencari semua barang dibumi Mekkah, semuanya ada terjual disitu.Mereka singgah disebuah kedai runcit. Sama seperti diMalaysia mereka dengan mudah berbicara dengan para penjual disitu, tidak timbul langsung masaalah bahasa kerana rata-rata penjual diMekkah memahami bahasa Malaysia, walaupun pada jawapan mereka kebanyakkan menggunakan bahasa Indonesia.


Di sepanjang jalan masuk kehotel penginapan mereka pula kelihatan para peniaga warga Indonesia menjual makanan ala orang Malaysia. Mereka menjual nasi lemak, mee hoon dan me goreng dan segala macam kueh.


“Nor nak beli nasi lemak mee hoon ke?atau pun kueh?”.Mohd Noh berhenti dihadapan seorang penjual, yang menjual berbagai jenis kueh, nasi lemak dan juga mee goreng.


“Saya lebih suka makan roti yang enam biji satu rial tu. Cicah dengan teh susu pun sedap. Kalau Uda nak,  Uda beli untuk Uda sahaja”. Mohd Noh tidak jadi membeli bila isterinya tidak mahu.Sungguh berbeza antara isterinya yang dulu dengan yang ada sekarang ini. Arwah isterinya dulu sangat suka makan kueh-kueh. Akhirnya dia juga mahu makan roti enam biji satu rial yang banyak terdapat dikedai-kedai runcit ditepi-tepi hotel penginapan mereka.


Ketika sampai diruang hotel mereka akan melintasi pintu bilik Mohd Noh  dahulu sebelum sampai kepintu bilik Noriza.


“Nor!!tunggu kejap Uda ambil baju-baju kotor Uda dulu”.


“Tak apalah saya hantar roti dan susu ni dulu, nanti saya datang lagi”. NorIza berjalan terus kebiliknya. Dia mengambil cerek letrik yang disediakan, mengisi air dan menjerangnya. Pada perkiraanya sementara dia mengambil baju-baju kotor suaminya tentulah air yang dimasaknya sudah mahu mendidih. Selesai tugasnya dia membuka pintu.


Ketika pintu biliknya dibuka Mohd Noh  sudah tercegat dimuka pintu dengan sebaldi kain baju yang hendak dicuci. Ditanganya juga terdapat  koleh kosong dihulur ketangannya.

“Uda nak minta tolong Nor bancuhkan air. Nor minum apa pagi ni”.

“Saya nak minum teh susu.Tapi susunya susu tepung boleh”.


“Boleh aje. Yang selalu Uda minum kat Madinah hari tu pun susu tepung  juga Nor. Ni bancuh penuh dalam koleh ni separuh bagi Uda”.


“Ok..Uda balik bilik dulu saya nak rendam kain, Nanti air dah siap saya datang bilik Uda. Lepas minum nanti kita kita cari tempat sidai baju, kata kak Sal boleh jemur baju kat bumbung hotel ni.”


Mereka minum bersama pagi itu disatu sudut yang membolehkan mereka minum berdua. Mudah sahaja mereka mencari keserasian antara mereka. Mungkin pada NorIza mereka dibumi yang jauh dari anak-anak menyebabkan dia memerlukan tempat bergantung. Lagi pun mungkin mereka sudah kenal lama jadi kebiasaan tu sudah ada hanya mereka mahu mencari kebiasaan alam rumah tangga sahaja.


Selepas minum NorIza mencuci pakainya dan pakai suaminya, selepas itu mereka kebumbung hotel dengan menaiki lif, sampai di tingakat yang terakhir mereka menaiki satu lagi anak tanggu untuk sampai kebumbung hotel. Seperti yang diberi tahu, sememang dibumbung hotel terdapat tempat untuk menyidai baju. Mohd Noh yang sudah  sudah bersiap sedia dengan segulung tali ditangan. merentang tali dikawasan yang masih kosong. Mereka berdua bekerjasama memulas kain yang sudah dibasuh.Terutama memulas kain ihramnya yang tebal dan berat. 


“Kuat angin bertiup kan De..Alhamdullilah kak Salamiah ingat kan saya beli pengepit baju”.


“Kalau macam ni cepat kering rasanya kain baju kita Nor..nanti balik Zohor lepas makan tengahari kita angkat ye”. Keadaan yang kering dan angin yang kuat menyebabkan kain baju mereka mudah kering. Walaupun mereka mencuci dengan menggunakan tangan sahaja.
                                                    

Seperti yang diperkatakan  oleh Encik Abdul Rahman tempuh hari, mereka hanya sempat untuk melakukan tiga kali Umrah sahaja. Memandang jemaah yang datang dari berbagai pelusuk dunia datang mencurah-curah menyebabkan keadaan di bumi Mekkah padat dengan lautan manusia. Untuk memastikan kesihatan dan tenaga yang mencukupi ketika tibanya hari Wukuf diPadang Arafah nanti, para petugas Tabung Haji menasihati agar jemaah Malaysia tidak mengerjakan Umrah buat sementara waktu. Mereka hanya berulang alik keMasjidil Haram untuk melakukan solat atau pun tawaf sunat. Walau bagai mana pun mereka terpaksa juga keluar awal untuk mencari tempat solat didalam Masjidil Haram.

                                                                                               
Pagi itu dalam perjalanan pulang dari masjid Mohd Noh bertanya kepada isterinya disebelah.


“Nor! Apa Nor buat bila dah selesai solat atau pun tunggu masuknya waktu solat macam sekarang ni kita datang awal dari biasa, banyak masa kita kat Masjid”.


“Kalau lepas solat Magrib saya buat solat taubat dan Istikarah, kalau tunggu subuh tu saya buat solat hajat. Kalau masih ada waktu lagi saya mengaji saja..Tapi kalau semuanya dah buat dan tak rasa tak nak mengaji saya pandang Baitullah sambil berzikir. Dulu Ustaz kata kalau kita pandang Baitullah sahaja pun kita dapat pahala”.



“Ialah memanglah macam tu. Masa kat sini kalau boleh kita beribadah biar yang berkenaan Baitullah.Tulah pasalnya tawaf sunat lebih banyak ganjaran pahalanya dari solat sunat. Tapi ialah nak tawaf masa ni orang tengah ramai sangat.. dengar cerita dah mencecah 3 juta orang kat sini sekarang ni”.


“oh ramainya”.


“Uda nak bagi tahu, kalau Nor rasa dah tak nak mengaji, lepas solat magrib jangan bercakap lepas tu Nor buatlah solat Awwabin, solat ni 6 rakaat tiga kali salam. Solat ni bagus untuk kita menguatkan iman kita Nor. Lepas tu sementara menunggu masuknya waktu subuh kita boleh buat solat sunat Tasbih.  Kita datang untuk solat Subuh pun cepat sekarang ni, Uda rasa kalau Nor buat solat sunat Tasbih sempat rasanya. Nanti Uda bagi fotostat solat-solat sunat yang Uda dah asingkan. Yang sebenarnya sebelum pergi hari tu Uda buatkan untuk arwah Tijah. Nor ambillah nanti ye ada Uda simpan kat bilik Uda.”


“Alhamdullilah..terima kasih De”. Kejap tangannya mengengam tangan suaminya tanda ucapan terima kasihnya dengan perbuatan.

4 comments:

  1. Hehehe... romantik juga pak uda dgn mak noriza ni ya... best cerita ni... jodoh mereka memang kehendak Nya. Tak boleh nak mengelak puan noriza. Harap mereka bahagia di usia senja tu sebab berteman... Bukan orang muda aje yang boleh rasa bahagia berdua. Yang dah berusia pun perlu juga kecap bahagia.Tak sampai sehari pak uda bergelar duda. Alhamdulillah. Moga bahagia.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. moga pn noriza dn md noh bhgia dn peroleh hj mabrur.
    minta2 anak md noh x le meroyan.
    suka cite ni sb byk ilmu mnunaikn haji. suka juga sb kisah alam warga emas dn keredhaan.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Ni pengalaman mak teh tunai haji ke? Seronok baca dia orang bertenaga & bersemangat. Ibadah haji perlu kekuatan fizikal juga.
    Begitu memahami Muaz dgn keadaan maknya yg jauh dr anak2.

    ReplyDelete
  4. Mak teh pergi 2003, masa tu di kawasan masjid kucing ada sebuah pasar nama pasar zink.tapi mungkin skarang dah tak ada...

    ReplyDelete