~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 4 March 2014

Bab 9 Tidak ku tahu kasih bermula.







Berulang-ulang NorIza membacakan Syahadah ditepi telinga bekas birasnya. Kelihatan bibir  Siti Khadijah bergerak-gerak namun suaranya tidak kedengaran, mungkin dia mengikuti apa yang diajar ditepi telinganya. Mohd Noh tiba bersama bantuan. Dua orang petugas membantu mengangkat Siti Khadijah kedalam  Ambulan untuk membawa  Siti Khadijah kehospital Malaysia yang sememangnya ada dibumi Mekkah. Tujuan utama Hospital itu diadakan adalah untuk para Jemaah haji Malayisia mendapat rawatan. Mohd Noh turut sama mengiringi isterinya ke Hospital.

“Kak!!akak baliklah dengan Abang Man dan kak Salamiah ni. Biar saya sahaja yang uruskan Tijah.Esok pagi kalau Tijah dah ok, kita pergi solat subuh sama-sama”. Kebetulan pula sedang Mohd Noh kalut mencari petugas Tabung Haji di berjumpa dengan rakan sebiliknya Abdul Rahman suami isteri dia menceritakan keadaan isteinya dia atas bukit Marwa jadi  mereka berjalan kesana.

“Ialah”.Pendek sahaja jawapan NorIza, sebenarnya dia terkejut dengan dengan apa yang terjadi pada bekas birasnya.

Setelah Khadijah dibawa oleh Ambulan,NorIza pula pulang ke hotel bersama Abdul Rahman suami isteri.Mereka sampai kebilik semula pada pukul 1 pagi. Setelah membasahkan badan untuk mencari kesegaran, mereka merebahkan badan untuk berehat lebih kurang 2 atau 3 jam. Kemudian mereka akan kemasjidil Haram semula untuk menunaikan solat subuh pula.


Dihospital Malaysia pula, keadaan Siti Khadijah bertambah teruk. Para doctor membantu dengan segala kemampuanya. Tetapi takdir Allah siapa yang mampu menghalang.Tidak disangka Siti Khadijah yang tidak mempunyai masaalah kesihatan yang teruk akan menghembuskan nafasnya yang terakhir lima minit sebelum azan subuh berkumandang pagi itu. Termagun Mohd Noh menerima perkabaran dari doktor yang bertugas, bila doktor mengatakan Siti Khadijah isterinya telah meninggal dunia.Punca kematianya adalah sakit jantung.Puas dia memikirkan… selama mereka berkahwin rasanya Siti Khadijah tidak pernah disahkan ada sakit jantung, lemah jantung atau apa-apapun berkenaan jntung. Hanya setelah umurnya meningkat pertengahan empat puluhan dia disahkan tekanan darahnya agak  tinggi. Seminggu mereka berulang alik keklinik berhampiran untuk memantau tekanan darahnya akhirnya dia dikehendaki memakan ubat untuk mengawal tekanan darahnya.Tetapi tidak lah serius.

Seseorang yang berpotensi diserang jantung koroner diantaranya yang mempunyai hipertensi (tekanan darah tinggi), Diabetes (kencing manis), Kolesterol tinggi, Obesitas, Perokok dan Genetik. Serangan ini terjadi kerana ada penyumbatan pembuluh darah pada jantung yang mengakibatkan aliran darah di dalam jantung tidak lancar.  Seseorang yang mengalami serangan jantung koroner hanya  merasakan  serangan itu tiba-tiba muncul. Tanda-tanda yang dirasakan biasanya sesak dan sakit di dada.

            Setelah disahkan kematianya, pihak Tabung Haji menguruskan semua hal ehwal jenazah Siti Khadijah. Jenazahnya akan disembahyangkan diMasjidil Haram hanya itu yang diberitahu oleh petugas Tabung Haji kepada Mohd Noh. Selepas solat subuh jenazah dikebumikan ditanah perkuburan yang telah disediakan.

Sekembalinya dari kawasan perkuburan Mohd Noh kebilik arwah isterinya untuk  menemui bekas kakak Iparnya…

“Kak! Tijah dah tak ada  kak”. Bergetar suara Mohd Noh bila dia menyampaikan perkabaran. Kini sedikit demi sedikit kebenaran menerpa hatinya. Dia sedeh sekarang orang yang sentiasa disisinya sudah meninggalkan dirinya. Ketika itu mereka berbual hanya dihadapan pintu bilik NorIza dan ditemani dengan tiga orang lagi rakan sebilik mereka. Semua rakan sebilik Siti Khadijah mahu tahu perkembangan kesihatannya.

 “ Betul ke  Katy dah meninggal???”.

“Dia meninggal tadi sebelum subuh”.Terang Mohd Noh sambil menundukkan muka menyembunyikan air mata yang mahu gugur.

“dia meninggal kenapa???” Riuh rakan sebilik Siti Khadijah bertanya.

 “doctor kata di kena serangan jantung”.

“Memang dia ada sakit jantung ke??. Boleh tak kalau kami nak pergi menziarah jenazahnya. Ada kenderaan tak kalau kami nak pergi. Nanti..nanti saya nak ajak suami saya sekalilah.”.

“Jenazahnya dah dikebumikan tadi selepas subuh”.

“Ohh agaknya yang kita sembahyag jenazah pagi tadilah agaknya”. Tiga orang teman sebilik NorIza kemasjid bersama suami masing-masing. Walaupun masa itu mereka ada mempelawa NorIza pergi bersama tetapi bagi NorIza dia tidak selesa untuk pergi bersama mereka, mungkin kerana dia tidak biasa.

           Peluang untuk melakukan solat jenazah diMasjidil Haram sangat banyak. Boleh dikatakan setiap selesai solat fardhu ada sahaja pengumunan untuk para Jemaah sama melakukan solat jenazah. DiMalayisia pada kebiasaanya hanya orang lekaki sahaja yang melakukan solat jenazah tetapi yang sebetulnya perempuan juga boleh menjadi makmum soat jenazah. Apa yang patut kita laku jika kita mendengar ada kematian…

1.       Seharusnya kita cuba untuk menghadirkan diri ketika mendengar berita kematian, untuk menyembahyangkan jenazah dan mendoakan keampunan untuknya sebagai pertolongan terakhir daripada saudara yang masih hidup.
2.       Sekiranya berkesempatan, mengiringinya ke perkuburan untuk pengebumian mayat tersebut dengan berdoa semoga mayat ditetapkan pendirian oleh Allah dalam menghadapi soalan Munkar dan Nakir.
3.       Ganjaran pahala yang dijanjikan Allah kepada mereka yang menyempurnakan tanggungjawab ini amat besar, iaitu sebesar dua qirat menyamai dua buah bukit Uhud.
Persediaan solat jenazah:
          Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
          Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
          Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
          Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan imam yang di hadapan.

Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
Sahyaja aku solat keatas mayat lelaki atau perempuan empat takbir fardhu kifayah kersana Allah taala.
2. Mengangkat takbir pertama (اَللهُاَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَللهُاَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَللهُاَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut. (Tetapi biasanya biar imam sahaja yang baca kita mengaminkan sahaja.)
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَللهُاَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Norizah termagu menerima perkhabaran yang baru didengarinya.  Kini dia memikirkan tentang dirinya, bagai manakah dia mahu pergi dan pulang keMasjidil Haram jika Siti Kahdijah sudah tidak ada lagi. Dia tidak boleh lagi pergi bersama bekas adik iparnya Mohd Noh dengan ketiadaan isterinya. Yang sebenarnya dia merasa janggal jika mereka hanya berdua sahaja. Melihat NorIzah termangu-mangu dengan kabar yang diberitahu..Mohd Noh cuba mententeramkan hatinya.. 

“Kak dahlah jangan fikir pasal Tijah lagi, dia dah selamat kat sana. Kita yang tinggal ni perlu meneruskan ibadat kita. Sementara kita kat sini rebutlah pelung solat di Masjidil Haram sebanayk mungkin. Zohor nanti kita pergi masjid sama-sama ye”.


“Encik Noh!. Rasanya awak tak boleh nak pergi berdua dengan NorIza kalau tak ada isteri awak tu. Yang sebetulnya mahram awak adalah isteri awak tu Arwah Siti Khadijah dan Noriza hanya menumpang mahram arwah Siti Khadijah. Jadi kalau Katy tak ada awak tak boleh lagi pergi dengan NorIza kerana dia buakan mahram awak”.Terang puan Salamiah yang merupakan seorang Utazah yang sudah pun berpencen. Dia dahulu mengajar disekolah menengah. Mendengar apa yang dituturkan oleh Salamiah Mohd dan NorIza jadi termangu…
           
“Ohh”.hanya itu yang keluar dari bibir  Mohd Noh. Dia yang sebenarnya terlupa pada hakikat hubungan mereka.

“Tak apa lah nanti saya tanya suami saya. Buat sementara waktu ni biarlah Iza pergi masjid dengan kami dulu. Tapi ingat Iza kat sini nak kemana-mana perlukan orang lelaki untuk jaga kita.” Mohd Noh dan NorIzah memandang Puan Salamiah mereka tidak tahu apa yang mahu diperkatakan dengan situasi mereka sekarang ini.

Sepulangnya dari solat Zohor, selesai makan tengahari yang disediakn oleh pihak pengurusan. Mereka berbincang disatu sudut…


“Izah mehlah kita duduk sekali.Kita bincang hal kamu dan Noh”.Setelah mereka duduk.Selaku orang yang lebih mengetahui Encik Abdul Rahman membuka persolan yang mahu mereka bincangkan.Rupanya Encik Abdul Rahman merupakan bekas guru ugama seperti isterinya dan pada waktu itu merupakan imam dikampungnya.


“Noh, Izah kita kesini ni bukan saja-saja atau pun melancung. Kita kesini dengan niat hendak menunaikan rukun iman kita yang lima. Kita hendah beribadat..  Perkara ni memang wajib kita tunaikan setelah kita berkemampuan. Perkara wajib ni biarlah kita tunaikan dengan ikhlas dan suci dari segala dosa. Sekarang ni walau kat mana sekali pun, kalau kita keluar dengan yang bukan mahram kita.. kita akan berdosa. Apa tah lagi diTanah Haram ni. Sekarang ni kamu berdua sememangnya bukan mahram. Jadi yang seeloknya nikahlah supaya hubungan kita jadi halal. Jadi boleh lah kita kemana sahaja tampa was-was murka Allah.”

Mendengar cadangan Abdul Rahman supaya mereka bernikah terus sahaja NorIza memintas.

“Tapi abang Man awah isteri adik ipar saya ni baru sahaja meninggal.Rasanya terlalu janggal.Saya rasa saya boleh pergi masjid dengan kawan-kawan saya”. Sebenarnya NorIza rasa keberatan untuk bernikah dengan bekas adik iparnya, disamping itu dia juga tidak mahu menyusahkan Mohd Noh kerana dirinya. Dia tidak mahu Mohd rasa terpaksa menikahinya kerana mahu dirinya bermahram.

“Izah..Bagi orang lelaki boleh sahaja terus nikah walaupun isterinya baru sahaja meninggal sebab dia tiada masa IDDAH.Kalau perempun itu memang tak boleh sebab dia ada waktu Iddah yaitu tiga kali suci.”

“Abang Man sebenarnya Mohd Noh ni adalah adiklah adik ipar saya.”

“Izah biar abang cerita ye..ipar ni adalah mahram sementara, kalau kita sudah berpisah hidup atau pun meninggal, ipar kita sudah tidak menjadi mahram kita lagi. Dan kita boleh nikah dengan dia. Itu sebabnya tidak boleh seorang lelaki itu menikahi dua orang adik beradik sekali gus. Kalau dian nak juga nikah dia akan menceraikan isterinya untuk menikahi adik atau kakak bekas isterinya. Kan ada  peribahasa kiat ‘berganti tikar’. Ini bukan untuk perempuan sahaja untuk lelaki pun sama. Apa yang diperkatakan oleh Haji Abdul Rahman dicerana..Dulu ketika arwah suaminya masih hidup mereka hanya mahram sementara. Tetapi sejak suaminya meninggal dunia dirinya dan Mohd Noh bukan bertaraf mahram lagi..Erti bukan mahram mereka halal nikah. Sedang NorIza memikir keadaan dirinya Haji abdul Rahman bersuara…

“Iza kita ni bukan nak pergi masjid sahaja. Sementara ada waktu, sementara orang tak ramai lagi, seeloknya kita pergilah buatlah umrah banyak kali. Bukan senang kita nak kesini lagi. Kita kena tunggu giliran, kita kena kumpulkan duit. Jadi sementara kita ada peluang ni buatlah umrah, buatkan umrah orang-orang yang kita sayang yang dah meninggal dunia.. Pergi umrah ni yang selesa sebelum subuh. Jadi kita kena pergi pukul 1 atau 2 pagi. Kita pergi pun bukan jalan kaki, kita pergi kena sewa teksi untuk keluar dari Tanah Haram ke tanah halal. Jadi kalau pergi mesti ada orang lelaki dalam teksi tu. Cuba Iza bayang kan elok ke kita tumpang mahram orang yang kita tak kenal pada pukul 2 atau 3 pagi. Ialah pada Iza  ok, tapi kita tak tahu orang yang kita tumpang tu selesa tak dengan kita. Dulu Mohd Noh dengan Siti Khadijah lain, sebab Iza memang dah kenal mereka dan memang dah sedia maklum Iza tumpang dia dari Malaysia lagi. Itu soal nak buat Umrah.
…Satu lagi masa kita nak pergi Mina nanti. Selepas kita WUKUF, kita akan ke Musdalifah. Kita dikehendaki mabit diMusdalifah sampai tengah malam, lepas tu kita akan keMina. Ketika itu bukan pehak Tabung Haji lagi yang menguruskan kita. Jadi keenderaanya terhad. Pada saya masa nilah yang paling kritkal ketika kita melakukan Haji. Kalau kita lambat kita akan sampai diMina subuh dah pergi, sedang kita datang sini nak beribadat apa yang kita dapat jika kita tertinggal solat subuh sedang subuh tidak boleh dijamak dengan mana-mana solat. Jadi masa ni kita kena berebut sikit, kena berani. …Masa haji saya lima tahun dulu saya dan isteri saya duduk ditangga bas yang terakhir, tapi itulah kita kena berani, keadaan masa tu memaksa kita berani.Yang sebenarnya saya dah pergi haji dua kali yang saya ceritakan ni pengalaman haji saya yang pertama… lima tahun sudah.
…Kemudian masa kita nak pergi melontar, kita tak tahu lagi kita duduk kat mana masa diMina nanti. Kita tak tahu berapa jauh kita nak ke Jamrah tempat kita nak melontar tu. Kita pergi dan balik jalan kaki tau..tak ada keenderaan awam. Masa kat sini, seorang wanita tu memang sangat perlukan mahram untuk melindungi kita Iza. Iza faham tak apa yang saya nak sampaikan.

“Faham Abang Man. Saya sebenarnya tak mahu Uda rasa serba salah dan rasa terpaksa.Saya dah tua rasanya tak berbaloi Uda berkorban hanya kerana nak memberi saya mahram.”

“Nur! Uda  dah tak pernah ingat nak seronok, bila pandang rambut kita dah banyak putih dari hitam. Bukankah rambut putih tu mengingatkan kita pada kubur.. Yang  Uda selalu mohon pada  Allah semoga Allah kurniakan Uda teman untuk beribadat, itulah impian Uda. Tak pernah pula tersasul mulut Uda ni minta yang muda untuk menemani hidup setelah rambut ni jadi putih Nor. Uda takut  kalau dapat yang muda nanti dia tak boleh ikut gaya hidup orang tua macam kita. Umur extra yang Allah bagi ni Uda nak berusha mencari redha dia Nor.”. Timbul rasa hairan dihati NorIza bila dua tiga kali Mohd Noh menukar panggilan dirinya menjadi NOR pula.

“Uda..Uda tak takut ke anak-anak marah. Bila belum sempat beberapa hari mama mereka meninggal ayahnya dah menikah lain…”

“Nor! Uda lebih rela menerima marah anak-anak dari menerima murka Allah. Kita ke sini nak beribadat. Tak kira apa cara sekali pun Uda nak mengapainya dengan keredaanNya”. Bila melihat NorIza seperti susah mahu memberi keputusan  Abdul Rahman memberi pandaganya.

“Izah suka ke..kalau Izah datang kesini hanya dapat menunaikan sekali Umrah untuk diri sendiri sahaja. Sedangkan jika berkorban sedikit sahaja.. Kita akan dapat mengUMRAHkan orang-orang yang kita sayang yang telah meninggal dunia. Itu satu, yang kedua suka ke Izah melepaskan peluang solat berjemaah di Masjidil Haram dengan janji pahala berganda-ganda, kerana terpaksa solat dibilik sendirian walaupun masih juga dapat pahala lebih dari solat kat Malaysia tapi diMasjidil Haram, Allah menjanjikan yang lebih 100,000 kali banyak dari dimasjid atau tempat lain. Sebab apa Izah tak dapat.. sebab Izah tak ada mahram, kalau pergi sendirian Izah akan berdosa. Perkara mudah Zah jangan jadikan susah. Berkorban kerana mahukan keredaan Allah. Izah beribadatlah dalam keredaaNya semoga apa yang kita cari lebih bermakna dan mudah dilaksanakan dengan Rahmat dan Kasih Sayangnya.”

“Uda!Uda tak mahu berbincang dulu ke dengan akak-anak, minta pendapat mereka”.Belum sempat Mohd Noh memikirkan jawapan untuk soalan NorIza AbdulRahman menjawabkan lagi bagi pihaknya.

“Untuk masa sekarang ni kita kena cepat..kalau kita terleka atau bertangguh kita akan susah atau pun kita akan terlepas. Keadaan kita sekarang ni makin hari orang yang sampai makin ramai. Dari Malaysia sahaja dua tiga penerbangan yang akan sampai, dari Negara lain kita tak tahu. Bulan haji hanya sekali dalam setahun Zah, itulah sebabnya orang berebut-rebut, takut kita tak jumpa bulah haji ditahun hadapan kerana umur kita Allah yang pegang. Masa yang ada hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita menunaikan Umrah. Niatnya Umrah kena diniatkan di tanah halal. Seminggu sebelum tarikh waktu WUKUF kerajaan Arab Saudi tidak akan membenarkan sesiapa pun keluar dari  diTanah Haram. Begitu juga sebaliknya sesiapa pun dari tanah halal tidak dibenarkan memasuki Tanah Haram. Lepas tu selama seminggu kita menanti kan waktu untuk berwukuf  kita hanya dapat berulang alik keMasjid sahaja. Kalau solat Subuh kita kena cepat sebab bila orang dah ramai tempat dalam masjid jadi terhad. Pada pandangan abang baik  percepatkan pernikahan Noh dan Izah”.

“Rasanya baru sangat arwahnya pergi”.NorIza bersuara perlahan namun masih didengari suaranya oleh sesiapa yang ada disitu.

“Yang pergi biarlah dia pergi, lagi pun dia pergi ditempat yang sangat suci. Tentu dia tenang disana. Dia pergi dalam keadaan bersih, lepas selesai ibadah Umrah dia. Kita yang hidup ni yang masih mencari keredahanNya. Jadi rebutlah selama mana kita kat sini, bukan selalu kita dapat kesini. Ini pun rezeki Allah kerana Kasihnya kita terpilih menjadi tetamuNya. Kalau Allah tak bagi kita, walau dah berpuluh tahun mendaftar dengan Tabung Haji nama tetap tak naik juga”. Nasihat Haji Abdul Rahman kepada sesiapa yang ada disitu, supaya menginsafi dan menghargai rezeki yang Allah beri.(Dapat pergi keMekkah. Rebutlah solat diMasjidil Haram jangan solat kat bilik hotel sahaja).

              Jika kita  meninggal dunia di Mekah, masya-Allah, ribuan yang bersolat untuknya di Masjidil Haram. Bahkan ramai pula yang rebut-rebut untuk mengangkat jenazah yang dibawa masuk ke Masjidil Haram.  Bagi jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah, mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala atau Al Syarayek. Begitu juga Mohd Noh hanya sekejap sahaja dia dapat memegang pengusung jenazah isterinya ketika itu, dia sudah ditangan orang lain, lain dan lain. Hingga sudahnya dia hanya dapat memandang dari jauh sahaja jenazah isterinya dibawa pergi.

Sabda Rasullah swa yang bermaksud :"Tiada seorang Muslim yang meninggal dunia lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa'at mereka untuknya (yakni bagi jenazah).  Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad.

“Kalau macam tu saya kena bincang dulu dengan NorIza sekejap”.Ujar Mohd Noh mencari kata setuju NorIza.

“Bincanglah, carilah kata sepakat. Semoga segalanya dalam lorongan Allah”.

Setelah menyisih jauh sedikit dari rakan-rakan.Mereka berbincang.
“Macam mana Nor sudi ke awak nikah dengan saya”.Terus sahaja Mohd Noh ke pokok yang mesti ditentukan. Rakan-rakan mereka sedang menanti keputusan mereka berdua.(Wahh Mohd Noh menggunakan bahasa buku pula bila dia melamar NorIza)


“Akak tak tahu, akak tak dapat nak fikir… tapi yang paling saya risaukan penerimaan anak-anak. Kita mesti berbincang dulu dengan akak-anak. Setuju ke mereka dengan rancangan ni”.

“Nak tunggu keputusan anak-anak memakan masa, sedang masa kita kat sini makin lama makin singkat. Lagi pun Nor kita ni emak dan ayah, persetujuan anak-anak tak perlu. Tapi kalau nak bagi tahu tu tak apa..Masa tak menunggu kita, malah cepat sungguh dia berlalu. Betul kata abang Man manusia makin hari makin ramai. Lagi pun seminggu sebelum hari WUKUF kita sudah tidak dibenarkan keluar dari tanah Haram ni. Masa tu kita dah tak boleh nak buat Umrah.”.

“apa pendapat Uda?”

“Kalau saya, saya setuju”.Begitu yakin Mohd  menyatakan persetujuanya. Serasa dia memangnya sudah bersedia untuk menerima NorIza dalam hidupnya. Melihat NorIza masih termangu-magu bila mendengar jawapanya, Mohd Noh menyambung lagi, supaya Noriza tahu tujuan mereka disatukan. Dihalalkan perhubungan.

“Kenapa saya  setuju sangat kalau kita nikah. Kita nikah bukan kerana nafsu..tapi mencari keredaanNya. Nor suka ke kalau balik dari sini dengan dosa yang berkepuk. Kita tak dapat apa yang kita kerjakan, penat nya mungkin lagi penat. Ialah orang kalau berdosa semua yang kita buat tidak dapat pertolongan dari Allah. Sedang kita kesini hendak membersihkan diri supaya  balik nanti umpama bayi yang baru dilahirkan.. bersih dari segala dosa. Kita hendak mencari HAJI MABRUR Nor.”. NorIza menarik nafas dalam-dalam, dibenaknya mengiakan kata-kata  bekas adik iparnya.

“Kalau dah itu yang Uda katakan, saya mengikut saja, tapi sebelum tu bagi tahulah pada anak-anak tentang tujuan kita ni, saya takut disalah angap oleh anak-anak nanti. Saya tak mahu nanti kita memiliki tapi dalam pada tu kita akan kehilagan pula”.

“Ialah kita bagitahu. Saya bagi tahu anak-anak saya dan Nor bagitahu anak-anak Nor”.

Setelah kata sepakat dipersetujui, mereka kepejabat Tabunbg Haji menemui pegawai yang bertugas. Rupanya pihak Tabung Haji juga sedang mencari Mohd Noh dengan tujuan yang sama, untuk menyelesaikan masaalah mereka. Dengan perancangan akhirnya mereka akan dinikahkan selepas Asar di hadapan Baitullah.



3 comments:

  1. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Bertemu jodoh pula puan Noriza di Mekah ya.. macam mana lah penerimaan anak2 Pak Uda dan adik beradik syukri ya. Rasanya anak2 puan noriza lebih mudah kut kerana mereka dididik penuh kasih sayang dan mendengar kata. Anak2 Pak Uda pulak? Alahai tak sabar pulak nak tahu seterusnya. Terbaiklah mak teh. Cinta di ufuk senja. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Anak&menantu Noriza rasanya takde masalah sebab dah terdidik dgn baik. Kita tunggu reaksi anak2 Mohd Noh.
    Best la citer travelog haji ni. Buat keinginan berkobar2 nak kesana. Semoga mdpt undangan & dipermudahkan.
    Disini sering juga prmpuan ikut solat jenazah. Bukan ape, solat ni mudah cuma tak biasa. Bila ada yg mengajak(perempuan juga) baru tak rasa segan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah byknya dpt ilmu mengerjakn haji.
    keredhaan allah yg di cari anak anak patut faham ...rasanya anak menantu noriza x de masaallah.
    kiranya ini kisah hidup mak syukri pulak ya sufi.
    akak sukaaa.
    -dibah-

    ReplyDelete