~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 16 September 2012

Bab 14. Tidak terkikis kesal dihati




Anak-anak belajar berakit,
Tepi sungai jalan disusur,
Jangan cuba cari penyakit,
Jangan digerak rimau yang tidur.


            Loqman dan Liza sudah selamat bernikah. Bahagia menyelubungi kedua mempelai. Tidak ada angin tidak ada ribut dan tampa ada perancangan Loqman bernikah dengan gadis sepejabat. Loqman betul-betul tidak menyangka dia akan bernikah sekali lagi secepat itu. Tidak sempat panjang waktu bujangnya, kini dia sudah beristeri lagi. Ini bermakna hidupnya akan ada yang menguruskan kembali dan tidur malamnya juga tidak akan sendiri lagi. Hidupnya akan berteman sepanjang masa kerana isterinya kini bekerja waktu pejabat dan dipejabat sama pula. Ini bermakna isterinya yang ini akan sentiasa didepan matanya. Loqman membayangkan keseronokkan hidupnya yang mendatang. Bagi Liza dia sungghuh gembira kerana apa yang dihajati sudah menjadi miliknya. Lelaki yang dipuja sudah berada didepan mata. Mereka sudah bebas melakukan apa saja. Mereka sudah halal kini.

            Pagi Ahadnya dalam perjalanan pulang kePetaling Jaya pasangan pengantin baru yang sedang bahagia singgah diPort Dickson..dirumah keluarga Loqman. Loqman bercadang untuk memperkenalkan isteri yang baru dinikahinya kepada papa dan mamanya. Malangnya kedua papa dan mamanya tidak dirumah. Pagar dan pintu rumah keluaganya juga berkunci. Loqman tidak mempunyai kunci pendua untuk rumah keluarganya. Akhirnya mereka pulang terus kePetaling Jaya. Dia bercadang akan kembali lagi minggu berikutnya. Serasa tidak sabar Loqman mahu memperkenalkan isteri barunya kepada kedua papa dan mamanya. Dia merasa bangga mendapat isteri yang begitu cantik, anggun dan bergaya. Selebihnya ada rasa yang sangat bangga dan merasakan dirinya begitu istimewa kerana diminati, bukan calang-calang gadis yang meminati dirinya yang kini telah  menjadi isterinya. Gadis yang cukup dengan sifat kewanitaan...orangnya cantik, lemah lembut dan berkerjaya, itulah yang ada didalam hati  Loqman yang bangga.

            Setelah tiga hari Liza menjadi isterinya, Loqman mula memahami cara kehidupan isteri barunya. Pagi Isnin itu..selepas solat subuh Loqman mengejutkan isterinya. Pada kebiasaanya dahulu, Amirah yang mengejutkan untuk bangun solat subuhnya. Kali ini terbalik pula..dia terbangun dahulu kerana waktu itu pada kebiasaan dia sudah dikejutkan oleh Amirah, rupanya sistem deria badannya masih sensitive kepada perkara yang dulu.
“Liza...Liza bangun dah 645 ni subuh...subuh dah nak habis ni..nanti tak sempat kita nak minum.”

“Haa..0645!!, kenapa abang kejut lambat sangat.. mana sempat ni.” Loqmqn terlopong memandang isterinya yang tergesa-gesa melulu kebilik air. ‘Rajin juga bini aku ni, 645 kata dah lambat, masak apa agaknya dia pagi ni tentu istimewa..’ detik hati Loqman yang cuba membayang kan menu minum paginya. Semalam mereka hanya makan diluar sahaja. Loqman tidak membenarkan isterinya kedapur maklumlah merekakan masih didalam dalam mood perngantin baru. “Apa yang ada kat dapur tu agaknya ye ..dah lama aku tak jenguk dapur, tepung ada ke..beras ada ke. Ahh biarlah dia tenguk sendiri dapur tukan dah jadi dapur dia.”  Itulah yang ada difikiranya. Entahlah sudah tiga bulan dapurnya tidak berasap.. semenjak ketiadaan Amirah, Loqman bertunggu-tangga dikedai untuk makan dan minumnya. 

            Pada mulanya dia duduk dibirai katil  kemudian dia merebahkan dirinya sambil beragan-angan akan menunya minum paginya sebentar lagi. Dia masih belum memakai uniform polisnya  lagi.. Belum sempat anganannya terbang jauh.  Dia melihat isterinya sudah keluar dari bilik air.

‘Ehh sekejapnya mandi, tak sampai 10 minit mandi dah siap, mandi kerbau ke?.. rata ke air seluruh badannya.’ detik hati Loqman lagi. Loqman terus memerhati pergerakkan isteri barunya. Dengan lagak tergesa-gesa isterinya menuju  kealamari pakaian dan menyarung sehelai baju kebaya merah jambu yang lembut warnanya.

‘Cantiknya baju dia sejuk mata memandang’ puji Loqman lagi dalam hati. Dia bangga isterinya pandai memilih warna untuk dirinya. Warna bajunya kelihatan sungguh sesuai dikulitnya yang putih gebu. Kemudian dia mencapai sebuah bag sebesar ‘toolbox’ papanya di Port Dickson.

‘Bag apa pulak itu dari semalam diusungnya bag tu..macam bag James Bond pun ada.. jangan ada senjata dalam tu sudah.’ bisik hati Loqman. Liza membuka beg itu tergopah gapah. Dia sudah duduk dihadapan cermin. Dia mengikat rambutnya tinggi seperti orang lepas bersalin. Terdetik dihati Loqman tidak sembahyang ke Liza ni. Ingatkan terkocuh-kocuh  tadi nak masak.

“Ehh you tak sembahyang ke?, hari dah pukul berapa ni nanti habis subuh.”
“Hari ni Liza tak sempat sembahyang..nanti Zohor Liza qadhalah” Loqman jadi terpegun mendengar jawapan isterinya..Hatinya bertanya lagi dengan dahi berkerut-kerut ‘boleh ke?’. Rasanya tak boleh kata suara hatinya yang ragu-ragu kerana dangkalnya ilmu ugama yang ada didalam dirinya.. Yang dia tahu solat wajib tidak boleh ditinggalkan dengan sewenag-wenagnya apatah lagi dengan alasan yang mudah. Dalam ragu kerana tidak yakin telontar juga suaranya keluar dari mulutnya untuk menegur tingkah  isterinya.

“Kan masih sempat ni, ada lima minit lagi pukul 7 masih  sempat.”

“Kalau sembahyang nanti Liza tak sempat nak make-up ...esok kejutlah awal sikit..masa abang bangun tu terus kejutkan Liza ye.” Liza meneruskan perlakuannya mengadap cermin.

             Walau pun dia berbicara dengan suaminya tetapi tanganya tidak berhenti menyapu entah apa-apa keseluruh mukanya. Dia juga tidak memalingkan mukanya untuk memandang wajah suaminya yang sedang berbicara dibelakang nya.. dia meneruskan kerjanya menyapu wajahnya dengan berus, seperti berus lukisan yang besar. Loqman bangun menghampiri dan melihat apa yang ada didalam beg yang besar disisi isterinya. Dia menyedari  dari semalam isteri barunya mengangkut beg itu  kehulu kehilir sejak dari mereka bercuti keJohor tempuh hari.

‘Maai..banyaknya berus dari sebesar-besar berus macam brus cat pun ada hingga kesekecil-kecil berus’ Loqman terpegun dan terus memerhatikan perlakuan isterinya dihadapan cermin.Penat berdiri dia duduk semula dibirai katil. Dia leka memerhati isterinya hingga terlupa soal sembahyang tadi.

            Dilihatnya isterinya menyapu berus besar kepipinya beberapa kali, kemudian yang sederhana besar, mengikut tempat yang disapunya.. kepipi hidung dan matanya. Hampir kesemua berus digunakkan setelah hampir sejam baru Liza bangun dan memandang suaminya yang terpegun memerhatikan dirinya sedari tadi. Dia bangga mungkin suaminya terpegun memandang kecantikkan wajahnya yang telah siap dirias.

“Cantik tak bang?” merujuk kepada wajah yang sudah disolek. Loqman memandang isterinya sambil tersenyum..kelihatanya hidung isterinya terletak dan terbentuk. Pipinya halus gebu bak pauh dilayang tidak menampakkan sedikit pun kesan parut atau jerawat. Matanya kelihatan seperti tergantung kerana dibayangi antara warna kelabu dan colat. Alis matanya halus tersusun cantik dan bulu matanya panjang dan lentik. Bibirnya pula tidak terlalu merah seakan bibir semula jadi tetapi nampak basah. Ditambah dengan baju yang mengikut potongan badanya.  Menyerlah betuk badan yang bak  potongan gitar.  Sungguh cantik isterinya puji Loqman didalam hati. Ada rasa bangga dihati Loqman. Dia menghampiri isterinya kerana didorong oleh gelora kelelakianya. Ketika bibirnya hendak mencecah pipi isterinya, dia segera ditolak kuat oleh si isterinya. Isterinya menjuhkan dirinya. Loqman terpinga..

“Jangan nak cium masa ni, nanti habis bedak ni tertanggal dah bercapuk-capuk pula muka Liza ni. Isteri abang juga yang tak cantik orang tenguk. Malam nanti boleh emmm.” Loqman hanya memandang isterinya yang sudah menjauhkan dirinya. Dulu ketika bersama Amirah tidak pernah Amirah menolaknya begitu...walaupun ketika itu dia sudah siap berpakaian dan hendak keluar dari muka pintu rumah. Ciumannya akan bertubi-tubi singgah keseluruh wajah istrerinya untuk bekalan agar dia tidak kerinduan ditempat kerja nanti. Perlakuan akan berhenti bila kucupan hangat isterinya singgah lembut dibibirnya.Ketika itu Amirah hanya akan berkata..

“Bang dah lah bang..kan petang nati kita jumpa lagi..” kemudian mereka akan ketawa bahagia keluar dari pintu rumah mereka. Loqman termenung sekejap mengenang kisahnya dulu dan sekarang.

             Liza tahu suaminya terpegun dengan kecantikkanya. Dia sungguh bangga. Setelah siap berdandan dan berpakaian dia mengajak suaminya ketempat kerja. Loqman yang belum memakai baju kerja segera mencapai uniform kerjanya dan tergesa-gesa menyarungkan kebadan. Isterinya sudah diluar bilik meninggalkan dirinya yang kalam kabut menyiapkan dirinya sendiri. Kedengaran suara isterinya diluar bilik.

“Cepatlah bang..nanti kita tak sempat nak singgah minum pulak, tadi tak nak pulak pakai baju asyik tenguk kita. Kita nak minum kat mana ni.” ujar Liza yang sudah bersiap sedia hendak keluar dari rumah, dia  merasa sungguh bangga kerana terasa dirinya begitu memikat hati suaminya. Kecantikan dirinya menyebabkan suaminya terlalai bersiap untuk ketempat kerja. Liza tersenyum sendirian dihadapan pintu dengan hati yang bangga.

Ohh minum kat luar rupanya..Ahh tak apalah duduk pandang isterinya yang cantik pun dah kenyang.’ Perut yang terasa lapar dipujuk dengan kata-kata itu.
            Ketika Loqman memasuki kereta, perutnya berkeruit seakan minta diisi..teringat waktu dulunya ketika bersama Amirah tidak pernah lapar ketika dia ketempat kerja. Amirah akan meyediakanya sekurang-kurangnya secawan Holick panas untuk mengalas perutnya.Tapi tidak mengapa.. hatinya dipujuk bila melihat wajah jelita isteri yang duduk disebelahnya.

“Kita nak minum kat mana? kita dah lambat ni.” sang suami bertanya siisteri disebelah yang asyik membelek muka dengan cermin muka kecil yang dibawanya.

“Kita minum kat kanten sajalah..tak sempat ni?” Balas siisteri yang tidak berpaling memandang sisuaminya yang berbicara denganya. Kerana sibuk  membelek wajahnya.

“Kenapa you asyik tenguk muka you tu..kan dah cantik.”

“Mana cukup masa tadi..banyak yang I tak touch-up ni, rasa macam tak selesalah..abang ada nampak apa-apa yang tak kena tak?” Liza menghalakan mukanya dihadapan suaminya, supaya suaminya dapat meneliti apa-apa yang kurang diwajahnya.

“Hsyy..you ni, macam mana abang nak tengok jalan ni. Dah sampai nanti tenguklah dalam bilik air.”

=======================

            Kini sudah seminggu duduk sebumbung bersama Liza, barulah Loqman tahu rutin kehidupan pagi isteri barunya. Bagun paginya hanya untuk merias wajah sebelum ketempat kerja.  Waktu paginya habis dihadapan cermin. Tidak pernah mereka dapat minum walaupun hanya secawan air.  Tetapi hasilnya Loqman akan dapat menikmati wajah jelita isterinya setiap hari. Kesibukkan hari-harinya dan kesibukan hatinya memuji kecantikkan isteri barunya, melenyapkan wajah Amirah dimindanya. Loqman benar-benar tidak teringat kepada Amirah walaupun mamanya ada mengingatkan tempuhhari, bahawa kandungan Amirah sudah masuk bulan yang ke sembilan .. bulan itu. Dia benar-benar terlupa pada Amirah.

            Seperti yang dirancangkan pada minggu yang berikutnya Loqman pulang kePort Dickson bersama Liza. Tujuanya untuk memperkenalkan isteri barunya yang cantik angun dan bergaya kepada papa dan mamanya. Pagi itu Liza mengenakan sepasang baju kebaya hijau pucuk pisang yang agak ketat sedikit. Bentuk badan menyamai bentuk badan Umi Aida yang terpampang dipapan iklan Merie France Bodyline ditepi lebuh raya Seremban-Kuala Lumpur. Sememangnya bentuk badan Liza cantik, dengan ukuran 33-25-35 di tambah jika dia memakai baju kebaya..sungguh menyerlah potongan badannya. Dengan ketinggian 150 dan berat badan 51kg dia tidak kelihatan gemuk atau pun kurus, bak kata orang sedap mata memandang.

            Dari selepas sembahyang subuh lagi Liza sudah mengadap cermin untuk merias wajahnya. Dia tidak mahu ada cacat yang kelihatan diwajahnya. Walaupun hanya sedikit titik hitam pun. Dia ingin kelihatan benar-benar sempurna dimata kedua ibu dan bapa suaminya nanti. Loqman hanya memerhatikan sahaja. Walaupun perutnya sudah terasa lapar sedikit. Dia harus sabar, isterinya mahu merias wajah supaya nampak cantik dan dia akan bangga dengan kecantikkanya itu.

            Sambil melihat perlakuan isterinya dihadapan cermin, sempat lagi Loqman bermonolong tentang kehidupan selepas berumah tangga yang baru seminggu berlalu. Bila diingat-ingat sudah seminggu mereka menjadi suami isteri, belum pernah sekali pun Liza kedapur menyiapkan makanan atau minuman untuknya. Mungkin inilah yang dikata orang ‘senang dimata tapi sakit dihati..kerana perutnya lapar minta diisi’. Dengan Amirah dulu dia hanya melihat isterinya itu seorang wanita biasa, yang boleh dipandang disekelilingnya wanita sepertinya...tetapi jika dia dirumah  perutnya tidak pernah berbunyi minta diisi. Perkara sebeginilah yang mungkin dimaksudkan orang ‘Biasa dimata tapi senang dihati kerana perutnya tidak pernah berbunyi minta diisi..pilih lah Loqman yang mana yang disyukainya.

            Setelah siap berhias mereka bertolak dengan wajah gembira. Gembira Loqman.. isterinya yang duduk disebelah nampak sungguh ayu dan jelita. Terlupa pada perutnya minta diisi tadi. Liza lagi tidak sabar ingin menunjukkan wajahnya yang jelita kepada kedua mertuanya. Kerana hati  tidak sabar hendak mendengar segala kata-kata pujian dari mereka.
================================================
           


            Bila mendengar ada kereta masuk dihalaman rumah mereka, Encik Abdul Majid yang sedang membaca surat khabar diruang tamu meninju keluar rumah untuk memastikan siapakah yang bertandang kerumah mereka. Isterinya didapur sedang berkemas dan bersiap-siap untuk memasak makanan mereka tengah hari itu bersuara ingin tahu.

“Siapa yang datang bang?”

“Nampak macam kereta Loqman  Pah.” lalu Encik Abdul Majid duduk semula disofa ruang tamu mereka, menyambung bacaan surat khabarnya. Dia tidak teruja untuk menyambut kedatangan Loqman atau ambil tahu dengan siapa Loqman datang. Sebenarnya hati terkilan dengan perilaku anaknya sendiri.  Bila terdengar suara Loqman memberi salam, dalam hati Encik Majid dan Puan Sharifah berdetik ‘ Sahlah Loqman balik hendak perkenalkan isteri barunya’.

            Bila Loqman dan Liza masuk sahaja diruang tamu, mamanya sudah berdiri menanti sambil bercekak pinggang  diambang pintu dapur memandang kearah mereka. Wajah  mamanya seperti singa lapar yang hendak menerkam mangsa. Belum sempat mereka bersalaman, mamanya sudah menghamburkan kemarahan kepada mereka berdua. Tiada salam tiada kata alu- aluan dari Puan Sharifah untuk menyambut kedatangan anak menantunya.. yang terhambur hanyalah kemarahan dari isi perut  Puan Sharifah.. Itulah cara sambutan Puan Sharifah kali ini.

“Hei Man..suami jenis apa kau ni Man.” Liza yang melemparkan senyuman manis bak madu tualangnya, terkedu mendengar jekahan Puan Sharifah bak halilintar membelah alam. Bergema suara garangnya memenuhi seluruh ruang. Langkah Liza terhenti, bersama surut senyumnya mati dihujung bibir.. dia mengambil langkah berjaga-jaga, dia mengundur dan berlindung dibelakang suaminya.

“Isteri tengah sakit nak bersalin sanggup kau kahwin lain.”

“Mama..Man kan dah cakap.. Man dah bercerai dengan Mirah.”

“Tak boleh ke kau tunggu sampai Amirah selamat bersalin dulu baru kau kahwin...Ni hari dia melahirkan anak kau.. kau nikah lain..apa jenis suami kau ni Man… tak ada perasaan lansung, tak ada hati perut..yang dia lahirkan tu anak  Man..sampai hati betul. Tak sangka betul anak yang mama didik dari kecil dengan kasih sayang..bersikap kejam macam ni.”

“Kalau Man tak nikah pun Man bukan boleh buat apa…” jawap Loqman dengan muka bersahaja..tiada langsung menampakkan wajah bersalahnya, makin terbakar hati mamanya melihat tingkah anaknya sendiri.

“Sekurang -kurangnya sabarlah dulu... tunggu sampai Mirah selamat bersalin. Man ingat orang bersalin ni senang...macam ayam nak bertelur saja ke?..kalau Man tenguk ayam bertelur pun sakit tau..apatah lagi orang bersalin.. nyawanya macam dihujung tanduk saja.. faham tak Man.” jerit Puan Sharifah lagi nadanya masih tinggi..hatinya betul-betul sakit mendengar jawapan dan perbuatan anaknya sendiri.

“Lepas bersalin kalau nak rujuk boleh rujuk, kejadian macam ni biasa terjadi, masa isteri mengadung hati tak sabar..tapi lepas isteri bersalin baru panas tu reda, masa itu nak rujuk boleh rujuk  balik, tapi kalau Man dah nikah macam ni mau ke Mirah rujuk balik dengan kamu Man.”

“Man pun tak mahu rujuk balik dengan Mirah sebab Mirah dah tak sayang Man lagi.”

“Siapa cakap..ada ke Mirah cakap yang dia tak sayangkan Man dan dia yang minta cerai dari Man.”

“Memanglah Man yang terlepas cakap ceraikan dia …lepas tu dia tak merayu nak rujuk lagi.. dia pun tak menangis masa Man cerai kan dia...dia terus saja pergi rumah kawan-kawan dia..lagi pun  dia selalu tinggalkan Man, dia selalu kerja malam.”

“Man.. mama nak tanya…patut ke dia yang merayu nak rujuk balik, sedangkan  bukan dia yang minta cerai..dia tak menagis sebab…mungkin rasa tak  percaya orang yang tak sabar-sabar nak nikah dengan dia dulu, orang yang menunjukkan rasa sayang dan kasihnya yang melimpah-limpah pada dia, tiba-tiba menceraikan dia tampa sebab. Dia terperanjat, dia terkejut dan dia rasa macam tak percaya. Dia pergi kerumah kawan dia sebab tahu dimana kedudukan dia dengan Man, selepas Man cakap ceraikan dia… dia tahu dosa ..Man”.

“Mirah memang tak sayang Man mama..dia lebih pentingkan keluarga dia dari Man suaminya.”

“Kenapa Man tak boleh faham Mirah. Man…Amirah seorang anak yang mengenang jasa ibu ayahnya, dia anak yang bertanggungjawab..dia mahu adik adiknya berjaya dalam hidup, dia ingin megeluarkan keluarganya dari kesusahan dan kemiskinan…bukan ke orang yang seperti itu bagus,  orang yang macam dia tu elok dijadikan isteri. Man pernah tak nampak Amirah mementiangkan dirinya sendiri, membeli barang perhiasan untuk dirinya sendiri, walaupun dia dah kerja dan ada duit sendiri. Mama tak pernah nampak dia memakai alat solek walau pun yang murah. Mama tak nampak dia beli barang kemas. Mama rasa dia lebih dari mampu jika setakat untuk beli seurat dua rantai dengan gaji dia. Yang mama nampak cincin yang kamu bagi tu saja. Dan mama tak nampak baju yang tak pernah dia pakai, kalau dia datang sini. Man nampak tak macam mana dan apa jenis Amirah ni. Orang yang pandai berjimat cermat, tak suka boros pada sesuatu yang tak sepatutnya, berbelanja berhemah. Man..mama boleh bayangkan manalah tahu jika satu masa Man susah nanti, kalau dia masih jadi isteri.. dia tidak akan tinggalkan Man sorang terkontang-kanteng ..sebab dia ada sifat tanggungjawab dan timbang rasa”. Bergetar suara Puan Sharifah membicarakan tentang bekas menantunya.

            Loqman hanya mendiamkan diri, ketika mamanya memperkatakan tentang Amirah..padanya memang dia tidak nampak apa kekurangan Amirah, dia juga tidak nampak cacat celam tingkahlaku Amirah. Dia tercari-cari untuk mematahkan kata-kata mamanya namun tidak berjumpa. Belum sempat lagi dia terjumpa dalam mindanya kesalahan dan keburukan Amirah, terdengar Puan Sharifah menyambung lagi kata-katanya.

“Mama nak tanya siapa yang cakap Mirah tak sayang Man? Siapa???. Jerit Puan Sharifah lagi. Tadi sudah kendur sedikit suaranya ni dah tinggi balik..bisik hati Loqman, dia yang sedang mencari ayat hendak menjawap terkejut lagi.. Liza yang berdiri dibelakang suaminya apa lagi semakin kecut jadinya. Kalau boleh dia mengecilkan badanya dia akan berbuat begitu agar tidak kelihatan oleh ibu suaminya yang sedang menyerang mereka dengan kata-kata pedas yang bertubi-tubi. Dia tidak berani menunjukkan wajah untuk membela suaminya yang dimarahi. Dia hanya mampu mendengar bebelan ibu merutanya yang sedang panas hati.

“...masa dia belum mengandung lagi ada pernah ke dia abaikan Man, tak jaga makan minum dan pakaian Man. Mama tak nampak tapi mama tahu Man. Dia yang siapkan semuanya untuk Man..Man tahu pakai dan makan saja. Man tolong pun sikit-sikit saja kan..tapi bila dia mengandung anak pertama pula, dia tak ada pengalaman dia sedang mabuk tak boleh makan, kenapa Man tak boleh nak fikir. Kenapa Man tak nampak susahnya dia? kenapa Man tak boleh nak bertolak ansur?,kenapa Man.. kenapa?? mana sifat penyayang Man,mana?? atau masa Mirah sihat saja ke Man sayang dia?.  ‘Kenapa..kenapa dan soalan lain’ yang meluncur keluar dari mulut Puan Sharifah tidak dapat dijawap oleh anaknya. Dan sememangnya solaan itu tidak boleh dijawab oleh Loqman.

....Tapi Man mesti ingat, dia jadi macam tu sebab dia mengandungkan anak Man. Yang mama tahu dari kawan-kawan dia, selepas Man ceraikan dia..dia tak boleh dengar nama Man ..dia akan menangis sampai tak boleh nak tahan-tahan. Sampai sekarang dia tak cakap kenapa dia diceraikan. Mama tanya dengan kawan-kawan serumahnya, mereka semua tak tahu sebabnya dia diceraikan.  Amirah tak pernah sebut nama Man sebab dia tak sanggup nak sebut nama Man, dia sedeh sangat. Mama hairan sangat.. mana letaknya sifat perikemausiaan  Man, ‘kering betul hati Man ni’ sanggup Man ceraikan isteri yang sedang mengandungkan anak Man, sanggup Man ceraikan masa tu. Man tak ada rasa simpati .. tak ada ke rasa kasihan Man melihat isteri yang sedang bergelut dengan rasa lapar, rasa letih dan rasa tak selesa kerana ingin melahirkan zuriat kita. Sepatutnya masa tulah Man tunjukkan rasa kasih Man, rasa sayang Man yang tak berbelah bagi pada dia ..ini tidak Man tinggalkan dia, Man cari dan nikah dengan perempuan lain. Cuba Man fikir patut ke buat Man macam tu.. patut ke???”. Terjerit sekali lagi Puan Sharifah melepaskan rasa tidak puas hati kepada anak yang dihadapanya. Sekali lagi Loqman terkejut mendengar jeritan mamanya. Liza dibelakangnya sudah menikus sedari tadi. Belum sempat lagi hilang rasa terkejut Puan Sharifah menyambung katanya lagi.

“Mama memang tak sanggup nak terima perbuatan Man ni..sebab apa… sebab mama perempuan, mama tahu deritanya seorang wanita masa dia mengandung, buat jerih saja mengandung tapi laki tak menghargai. Kenapa Man ni jadi suami yang tak berguna langsung”. Bila mamanya mengatakan dia  ‘suami yang tak berguna’... Loqman menjadi panas hati dia menjawab kata-kata mamanya untuk megurangkan sikap buruknya dimata mamanya...

“Betul ke itu anak Man?” Itu pula kata-kata yang keluar dari bibir Loqman dengan tujuan mencari kebenaran untuk membela dirinya.

“Haa???..siapa kata itu bukan anak Man, Siapa!!!?” Jerit mamanya lagi. Puan Sharifah sungguh terkejut bila Loqman meragui anak yang dilahirkan oleh Amirah adalah anaknya. ‘Ahh..meyesal pula aku tanya soalan bodoh ni’ kesal Loqman didalam hati. Bila melihat kemarahan mamanya makin bertambah marak. Sedang dia sangat yakin anak yang dikandungkan oleh Amirah adalah dari benihnya. Dia berkata begitu kerana mengharapkan ada sifat ragu diminda mamanya dan dapatlah dia mengurangkan sedikit perbuatan salahnya dimata mamanya.

“Jangan nak menuduh, tenguk dulu..Ada Man pergi tenguk budak tu.. ada!!!?..kalau Man tenguk baru Man tahu itu anak siapa..merah dan bengkak lagi muka dia ..dah nampak memang muka Man yang diwarisi..rambut dan kulitnya saja milik Amirah..Man tahu taak!!!.” Terjerit Puan Sharifah menerangkan kebenaran bila Loqman mempertikaikan kesahihhan anaknya, Loqman terkedu mendengar leteran mamanya..tapi perasaan egonya masih mendakap kejap hatinya.

“Man ..mama nak tanya, selama Man kawan dengan Mirah ada ke dia tergedik-gedik memikat jantan. Bersolek supaya jantan terpikat pada dia..mama tahu dihati Mirah tak pernah terdetik nak ada kekasih.. dia tak pernah berminat untuk bercinta..dengan Man ni mungkin dia terpaksa sebab Man yang tergila-gilakan dia..bila dia dah terima Man..Man buat dia macam ni..patut ke Man. Bila dia sudah bersedia hidup dengan Man dan serahkan hidupnya pada Man, Man  tinggalkan dia, Man musnahkan harapan dia...dia terkapai-kapai sendiri dia saat dia memerlukan kasih dan sayang Man. Sekarang Man tinggalkan satu lagi tanggung jawab pada dia..anak yang Man pertanggungjawabkan pada dia Man!!” berkaca-kaca Puan Sharifah menuturkan kebenaran bekas menatunya kepada anaknya. Hatinya benar-benar pedih menyatakan kebenaran itu.

            Puan Sharifah mencari wajah Liza pula, yang berselindung dibelakang anaknya. Dengan renungan mata yang tajam Puan Sharifah memandang Liza dengan garang. Terhambur kata penghinaan yang ditujukan kepada menantu barunya..Tetapi bukan kata-kata itu yang diharapkan oleh Liza sewaktu dirumah tadi.

“Inilah perempuan yang Man nak tunjukkan pada mama..”

“Nama dia Norliza mama..Liza....” belum habis Loqman mahu meperkatakan tentang isteri barunya cepat sahaja Puan Sharifah memotong kata-katanya.
“Kalau macam nilah gaya dia... mama percaya, apa yang Man cakapkan tadi tu betul. Cuba Man tenguk berapa tebal bedak yang dia tampal kat muka dia. Tenguk mata dia sampai tak larat nak buka sebab tebal dek bulu mata palsu. Cuba Man tanya berapa jam dia mengadap cermin. Nak tunjukkan dia tu cantik..cantik palsu. Memang mata hati Man buta nak pandang mana yang asli mana yang palsu, mana intan mana yang kaca. Kalau muka pun muka plastik orangnya pun sama plastik juga”. Liza terkedu mendengar cercaan ibu mertuanya. Air matanya sudah merembes..tiada kata pujian rupanya bertandang pertama kali kerumah ibu mertuanya seperti yang diharapkan. Dia yang sedang terkejut mendengar cercaan, ibu mertuanya.

            “Hei perempuan yang tak ada perasaan..kau satu tempat kerja dengan Loqmankan, Tentu kau tahu Loqman tu laki orang, tentu kau tahu juga isterinya sedang mengandung kenapa kau goda suaminya..kau hasut..mungkin kau juga yang kata itu bukan anak Loqmankan..tentu kau juga yang kata Amirah dah tak sayang Loqman lagi ..di saat Loqman kebingunan dan keliru kau cucuk dan hasut hatinya. Dasar perempuan perampas tak ada dalam keturunan aku yang sanggup nak rampas laki orang tau. Pada aku biar aku tak berlaki, jadi anak dara tua..dari merampas hak orang itu bukan perbuatan aku hee..” Liza  terkejut lagi dengan tengkingan Puan Sharifah. Rupanya puan Sharifah belum habis lagi mengeluarkan isi hatinya. Dengan nada kegelian umpama terlalu jijik puan Sharifah menyatakan pendirianya.  Liza terkedu dengan kata-kata ibu mertuanya..kerana semuanya betul pandai betul orang tua ini menilik.

“Mama jangan salahkan Liza ..dialah yang selama ini temankan Man dan bagi peransang masa Man tengah susahhati.”

“Heii Man, teman apa..perangsang apa yang dia bagi kat Man haa!! lepas tu pujuk Man jadi suami dia kan..kalau tak, tak kan jadi macam ni…tak sabar nak nikah”. kedua-duanya tertunduk tiada ayat lagi nak dihujah untuk ‘menegakkan benang yang sememangnya basah mana boleh tegak.’

‘Perempuan gatal.. ada saja  peluang  tak tunggu  lagi, terus sapu asalkan dapat kan, aku nak tenguk muka kau pun tak lalu, dia ingat cantik sangat.cantik palsu, baik aku tenguk muka lembu lagi senang hati aku. ’ Walaupun kata-kata Puan Sharifah perlahan sahaja diucapkan tapi masih jelas dipendengaran dan terus menusuk ke jantunghati  Loqman dan Liza.

            Encik Abdul Majid hanya memerhati perbalahan itu. Dia  mendiamkan dirinya sahaja disofa yang didudukinya..baginya sudah cukup apa yang di perkatakan oleh isterinya.. semuanya betul..Loqman memang sudah melampau. Encik Abdul Majid sudah tahu perangai isterinya.. maklumlah sudah berpuluh tahun hidup sebumbung  bersama isterinya nan seorang itu. Baginya isterinya seorang yang baik hati dan penyayang, tetapi bila tidak kena pada tempatnya dia akan bertindak sedemikin rupa seperti orang yang tidak berperasaan sahaja. Bak kata pepatah ‘Sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya’.
           

3 comments:

  1. Mungkin ada sedikit kelainan dari crita
    diPenulisan2u..masa hantar kePenulisan2u tak sempat nak semak. Bila baca balik ada pula yang tak kena harap maaf

    ReplyDelete
  2. pergh.. rasa puas ati je liza ngan lokman kene marah dengan Pn sharifah tu.. ahahahah... padan muka ngan lokman n liza

    ReplyDelete
  3. Sukanya dia nampak orang kena marah..tapi apa pun mak teh ucapkan berbnyak terima kasih kerana sudi membaca..

    ReplyDelete