~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 25 October 2012

Bab 22 Tidak terkikis kesal dihati



Kalau berbiduk usah berdayung,
Kalau berdayung bilakan tiba;
Kalau duduk jangan bermenung,
Kalau bermenung kan tiba hiba.


            Tidak terkesan apa pun dihati Amirah dengan pertemuannya yang terakhir dengan bekas suaminya. Dia tidak mengharapkan lagi kehadiran lelaki yang bernama Loqman bin Abdul Majid ke kamus dalam hidupnya. Padanya semuanya berkenaan Loqman sudah menjadi sejarah.  Dia tidak merasa sedih atau marah atau pun dendam pada lelaki itu. Baginya yang sudah terjadi, biarkanlah biar lah pergi. Dia tidak mahu mengenangnya lagi. Walau apa pun kedudukan mereka sekarang, dia masih menghormati Loqman kerana dia ayah kepada anaknya dan dia juga masih abang dua pupunya. Ikhlas dari hatinya mendoakan kebahagiaan Loqman. Tekadnya padu akan membesarkan dan memberi pelajaran secukupnya kepada anaknya tampa meminta bantuan bekas suaminya. Dia juga akan membantu adik-adiknya untuk berjaya dalam pelajaran. Itulah azam dan cita-citanya.

            Kemaafan adalah jalan yang terbaik. Baik untuk diri dan anaknya dan juga baik untuk kedua belah kelaurga. Walaupun ikatan pernikahan antara mereka sudah terlerai, tapi ikatan persaudaraan antara mereka tetap utuh sampai bila-bila. Loqman pula adalah ayah kepada anaknya. Tiada sekatan jika Loqman masih ingat dan berkesempatan pada bila-bila masa sahaja dia boleh menjenguk anaknya dirumah ibu dan ayahnya diKuala Pilah. Sudah banyak kali Amirah memperkatakan kepada bekas suaminya perkara itu. Amirah redha dengan ketentuan Allah bahawa jodohnya bersama Loqman sudah tidak ada lagi. Tetapi ikatan azali antara Loqman dan anaknya tidak boleh diputuskan.

            Tetapi tidak pada Loqman sejak pertemuan mereka dihari Raya Korban hinggalah pertemuan yang terbaru ditepi padang berhadapan dengan bangunan AMCOB, dia sering mengingatinya. Pertemuan-pertemuan itu amat bermakna dan terkesan dalam dirinya.  Jiwa  sentiasa memburu bayangan bekas isterinya. Rindu sentiasa menguliti hatinya. Rasa bersalah dan rasa kesal sering mengocak ketenangan hidupnya. Makin hari semakin bercelaru fikiran Loqman. Makin hari makin tertekan jiwanya. Bukankah sudah diperingatkan oleh orang-ornag yang sudah berpengalaman perkara yang lepas jangan dikenang, jika dikenang merosak badan. Tetapi untuk menepisnya Loqman tidak mampu. Dia tidak berdaya untuk memujuk hatinya yang sentiasa bergolak. Dia tidak mampu lagi menepis rindunya yang meruntun. Dia kalah dengan gelodak jiwanya yang seakan menderanya. Benteng ketenanganya sudah mula goyah. Kerana rasa kesal  dan rasa bersalah menghunjam hati setiap kali dia menghembuskan nafasnya.

            Kini Loqman lebih banyak termenung. Dia lebih suka duduk menyendiri sambil  mem- bayangkan saat bahagia dirinya bersama Amirah. Tetapi bila dia sedar Amirah tidak lagi dalam gapainya dia mula menyesal.. menyesal dengan perbuatanya, menyesal akan kesilapanya dan rasa berdosa atas kesalahanya. Kesalnya datang mendera hati-nuraninya. Dia sudah tidak menghiraukankan keadaan sekeliling lagi. Kalau dulu dia hanya mendiamkan diri dan termenung tetapi kini dia sudah mula menangis bila kesal itu datang. Perasaan itu sudah terlahir diperbuatanya. Dia sudah tidak berselera untuk makan, makannya hanya terpaksa kerana untuk kelangsungan hidupnya sahaja. Tidur malamnya sentiasa dalam keresahan.

            Liza yang didepan mata sudah tidak dihiraukannya lagi. Jika isterinya berbicara dengannya, Loqman seakan tidak mendengar.. dia hanya didalam dunianya sendiri. Yang ada dihati Loqman kini hanyalah rasa kesal dan rasa bersalah. Ditambah dengan rasa rindu yang bagai thsunami membadai dan menghempas kalbunya menyebabkan lemas dalam dirinya sendiri. Kini Loqman bagai orang yang kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan. Hari-harinya menjadi suram dan mendung.

“Bang... abang ni kenapa ..Liza tenguk dalam seminggu dua ni asyik termenung saja..abang ingatkan siapa ..abang ingatkan Amirah ke?” soal isterinya yang sedang hangat hati kerana apabila dipanggil suaminya ketika itu tidak memberi apa-apa reaksi. Tetapi dengan soalan itu Loqman menangis sambil menekup muka dengan kedua belah tangannya. Hingga teresak-esak dia menangis. Liza menjadi terkejut lalu menghampiri suaminya.

“Abang sakit ke baang?” tanyanya hairan dengan tingkah suaminya. Suaminya hanya mendiamkan diri. Dia mengesat air mata yang membasahi pipinya dengan tapak tangan lalu memejamkan matanya. Liza terkejut sebenarnya, tiba-tiba suaminya menangis teresak-esak seperti budak kecil apabila diajukan soalan yang terkandung dengan nama Amirah jandanya.

=======================================
           
            Pagi itu ketika dia membuka mata suaminya tiada dipembaringannya. Entah pukul berapa suaminya bangun Liza tidak tahu. Dia bangun pun matahari sudah tinggi mencacak didada langit. Subuhnya!! entahlah dalam mimpi mungkin. Dia menjengah keruang tamu, ohh dilihat suaminya ada duduk disofa sambil menyandarkan diri. Dia melihat tangan suaminya menyapu air mata yang mengalir dipipinya. Timbul pulak soalan dihati Liza melihat tingkahlaku suaminya.’Dia menangis lagi’. Tetapi kerana perutnya sudah menjerit minta diisi dia terus sahaja kebilik air untuk mandi kemudian bersiap untuk mencari makanan itu niatnya. Selesai mandi dia keluar dari bilik air dia memandang suaminya yang masih  duduk disofa. Kelihatannya mata suaminyanya terkebil-kebil memandang syiling seakan memikir sesuatu. Setelah siap bersolek lebih kurang dia menghampiri suaminya untuk mengajaknya keluar makan. Bukan makan pagi lagi tetapi makan tengahhari..Kiranya ‘two in one lah’ makan pagi campur makan tengahhari Perut didalam sudah sedari tadi sudah minta diisi. dia bangun pun sebab perutnya menyanyi minta diisi, . kalau tidak lebih baik dia tidur menyambung mimipinya.  Suaminya masih diam membatu duduk disofa tidak berganjak sedari tadi. Liza menjadi hairan sejak dia bangun dari tidur tadi Liza melihat suaminya sudah duduk disofa, kini dia sudah siap bersolek suaminya masih juga disitu tidak berganjak..apakah yang difikirkan oleh suminya...

 “Bang..Jomlah kita pergi makan, Liza dah lapar ni.” Seperti biasa Liza akan berwatak manja bila mengajak..tetapi ajakan manja  isterinya juga sudah tidak diperdulikkan oleh Loqman. Dia mula merebahkan dirinya pula, mulutnya tidak terbuka untuk menjawap pangilan isterinya matanya pula dipejamkan. ‘Ehh tidur pulak dia ni bila kita ajak dia makan...tadi menangis..tapi ni pejam pula matanya’ detik hati Liza bingung dengan tingkah suaminya.

“Bang cuba cakap bang..abang tidur lagi ke..bangunlah siap kita pergi makan.” Liza menyedari sudah lama suaminya tidak bersuara...entah sudah beberapa hari ini terlalu sukar untuk mendengar suara suaminya. Hatinya menjadi geram pula bila dilihat suaminya diam membatu. Diam suaminya menyebabkan Liza menjadi buntu untuk bertindak. Dileteri  suaminya tapi seperti bercakap dengan tunggul kayu. Lama kelamaan Liza mengalah.  Dia penat. Dia pun diam.

“Oklah Liza masak hari ini..tapi Liza masak yang ringkas saja..Liza masak telur dadar dengan tumis sayur kobis..boleh tak?..Liza nampak ada sayur kobis dalam peti sejuk tu.”  Mahu tidak mahu akhirnya Liza kedapur juga kali ini dia mengalah. Liza cuba mencari perhatian suaminya. Dia melakukan apa yang selalu di ingini oleh suaminya yaitu memasak dirumah.

            Liza merasa dirinya sudah tidak dihiraukan lagi oleh suaminya sejak kebelakangan ini. Ingin juga dia berbual atau bercerita namun terasa dia berbual  sendirian walaupun suaminya ada didepan mata, kerana suaminya bagai tidak memberi reaksi  dengan apa yang  diperkatakan... Dia kedapur meninggalkan suaminya diruang tamu. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa sejak kebelakang ini Loqman jarang bersuara, apakah yang sedang difikirkan.
Setelah selesai  memasak dia keruang tamu, mengajak suaminya makan bersama. Rupa suaminya lena disofa yang diduduki sejak tadi. Ketika dia mengejutkan suaminya dirasanya badan suaminya panas.

“Abang demam ni..jomlah kita makan lepas tu makan ubat.” namun Loqman masih berdiam diri, ‘entahkan tidur entahkan berangan dia ni’ itu detik dihati Liza..lalu digoyangnya sedikit badan suaminya agar dia bangun.

“Bang bangunlah.. Abang demam ni kita makan…makan sikit pun tak apa..lepas tu makan ubat.” suaminya membuka mata.

“Bang jomlah kita makan.. nasi dah masak tu..lepas tu makan ubat.” Liza mengulangi kenyataanya, lalu  menarik tangan  suaminya supaya bangun.

“Pergilah... abang tak selera ni..Liza makanlah dulu.” akhirnya suaminya bersuara juga dengan suara yang garau dan lemah.

“Jangan lah macam tu..abang kena makan, sebelum makan panadol..lepas tu boleh tidur.” dengan rasa yang malas Loqman bangun...mengikuti langkah isterinya kedapur.

            Hanya dua tiga suap sahaja Loqman menjamah makanan yang disediakan oleh isterinya, dia sudah menolak pinggannya. Tekaknya terasa pahit. Dia sungguh-sungguh tidak berselera. Kemudian dia keruang tamu dan baring ditempatnya semula. Dia suka baring disofa itu.. kerana dulu ketika bersama Amirah dia sering bermanja dan baring diriba Amirah sambil menonton talivisyen disitu. Disitu juga dia merasa tenteram. Selesai makan Liza keruang tamu bersama panadol dan segelas air suam.

“Bang nah ni ubatnya…makan.” Liza menghulurkan panadol dan segelas air suam yang di bawanya tadi ketangan suaminya. Loqman bangun mengambil ubat yang diberikan dan menelanya.

“Abang kalau nak tidur.. tidurlah dalam bilik.” Liza menarik tangan suaminya agar dia tidak merebahkan badannya kembali. Dia berusha menarik tangan suaminya suaya tidur didalam bilik mereka agar lebih selesa.

===================================================
           
            Sudah dua hari Loqman demam. Tidur malamnya asyik meracau..tiada nama lain yang disebut melainkan ’Amirah’. Dalam sehari berkali-kali nama ‘Amirah’ disebutnya. Dia memanggil-manggil nama itu dengan mata terpejam dan linangan air mata. Pada mula panas juga hati Liza bila suaminya asyik memanggil-manggil nama bekas isterinya. Tetapi bila dipandang keadaan suaminya yang seakan tidak sedar apa yang keluar dari mulutnya, dia merasa kasihan pula. Dia memujuk hatinya agar bersabar sedikit, mungkin suaminya tidak sedar apa yang terkeluar dari bibirnya. Masuk hari ketiga, suaminya semakin lemah dia tidak mahu makan, hanya air sahaja yang ditelannya, itupun kalau disudukan kemulutnya. Liza terpaksa mengambil cuti selama suaminya tidak sihat.

“Bang bangunlah mandi lepas tu kita pergi klinik..”Loqman bangun mengikuti apa sahaja diarahkan oleh isterinya. Dia sudah seperti lembu dicucuk hidung. Dia sudah tidak dapat berfikir untuk dirinya sendiri.

            Walaupun sudah pergi keklinik namun demam Loqman masih tidak mahu kebah.Terasa panas badannya masih berbahang. Malah racaunya semakin menjadi-jadi. Yang menjadi Liza sangat bimbang kadang-kadang secara tiba-tiba suaminya itu akan menangis teresak-esak sambil memanggil nama ’Amirah’ walaupun matanya terpejam. Liza sudah tidak tahan melihat keadaan suaminya. Dia mula bimbang jika apa-apa terjadi tentu dia akan disalahkan. Pagi itu dengan hati yang berat dia mencari nombor telefon ibu mertuanya lalu menghubunginya.

“Assalamualaikum…mama ini Liza isteri Loqman…mama tolonglah datang sini.” Liza merayu ibu mertuanya. Dia sudah mati akal melihat keadaan suaminya semakin hari semakin parah.

“Waalaimkumsalam..kenapa?..mana  Loqman.” Sungguh terkejut  Puan Sharifah tiba-tiba sahaja Liza isteri Loqman menghubunginya.

“Abang demam dah pergi keklinik tapi tak baik lagi..tolong lah mama datang sini.. Liza tak tahu nak buat apa lagi.” rayu Liza lagi dengan suara yang sayu memohon simpati.

“Dah berapa hari dia demam?”

“Dah masuk empat hari…dia tak mahu makan, asyik menangis saja kalau dia tidur.” Kalau Loqman memejamkan sahaja matanya dia akan menangis dan memanggil nama ‘Amirah’ itulah yang membuatkan Liza menjadi buntu.

“Baiklah nanti papa dan mama sampai.” janji Puan Sharifah, hatinya jadi berdebar..tentu keadaan Loqman teruk..jika tidak tentu isterinya yang tidak pernah mesra denganya menghubunginya.

            Tengahari itu papa dan mama Loqman tiba dari Port Dikson. Bila dilihatnya keadaan Loqman yang tidak terurus dengan badan yang kurus, rasa macam tak percaya Loqman demam baru empat hari tapi badannya kurus macam sudah berminggu dia tidak makan.

“Loqman..Loqman…mama datang ni..kenapa dengan kamu ni Man.” Loqman membuka matanya bila mendengar suara sayu mamanya memanggil namanya.

“Mamaaa... bila mama sampai..” kedengaran suaranya yang  terketar. Dia cuba bangun tepi tidak berdaya lalu dia merebahkan kembali badannya ketilam. Kelihatannya dia begitu tidak bermaya. Seperti orang Afrika yang tidak cukup makan pun ada.  Matanya dan pipinya kelihatan cengkung, rambutnya yang panjang dan misai serta janggut  tumbuh meliar di mukanya.

“Mama baru saja sampai Man, kenapa ni Man..kata Liza Man meracau asyik panggil nama Amirah saja..kenapa Man.” Loqman mula menangis bila nama Amirah disebut.

“Man rasa kosong..Man rasa sakit sangat mama..tolonglah Man mama.”

“Man sakit kat mana biar mama picitkan.”

“Man rasa sakit kat hati Man ni mama…sakitnya mama..Amiraaahh”sambil mengerekutkan badanya dia memeluk bantal disisi sambil memanggil nama Amirah perlahan seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Puan Sharifah mengelus-ngelus rambut anaknya dengan penuh rasa kasih sayang. Itulah kasih seorang ibu..walaupun kadang-kadang anak-anak menyakiti hatinya kasihnya tetap utuh tidak berubah.

“Habis kenapa Man panggil nama Mirah.”

“Kalau Man sebut saja nama Mirah, sakitnya Man rasa kurang sikit mama..” Loqman memejamkan lagi matanya, tapi dengan perlahan nama Amirah juga yang dihujung bibirnya.

“Man apa yang boleh mama buat cakaplah..mama akan cuba tolong Man.” Puan Sharifah memberi janjinya. Encik Abdul Majid hanya memandang dihujung katil sejak mereka sampai dia belum bersuara lagi. Dia terkejut sebenarnya melihat keadaan anaknya. Dia termangu tidak tahu apa yang harus dilakukan bila mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya.

“Mama tolong panggilkan Mirah mama..Man rasa nak sangat jumpa dia..Man rindu sangat pada Mirah mama… Man nak minta maaf pada Mirah juga. Macam nilah agaknya Mirah sakit ketika Man ceraikan dia dulu mama. Mama ..papa tolonglah Man.” Loqman memandang mamanya dengan pandangan sayu. Hati ibu bapa mana sanggup melihat anaknya yang kelihatannya sungguh menderita.

“Man.. kamu kan dah ada isteri macam mana isteri kamu nanti Man.” sampuk Encik Abdul Majid kerana perbualan mereka turut didengari juga oleh Liza di ambang pintu bilik mereka.

“Entah lah papa...tapi Man tak tahan sangat rasanya ni..aduh sakitnya Amiraaahhh.” sekali lagi Loqman memeluk bantal sambil memanggil Amirah menahan sakit lagaknya, kemudian dia memejamkan matanya. Hanya esak-esaknya sahaja yang kedengaran. Kedua papa dan mama- nya keluar dari bilik diikuti oleh Liza dibelakang.

“Macam mana ni bang..nak ikutkan ke?”

“Entahlah Pah abang pun tak tahu..Kamu macam mana Liza..Loqman suami kamu segala keputusan ditangan kamu, fikirkanlah mana yang baik untuk kamu juga.” Encik Abdul Majid berpaling, memandang Liza. Liza juga memandang kedua orang mentuanya. Pada pandangan Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah  perutnya Liza belum nampak besar lagi. Mungkin  dalam empat atau kelima bulan. Maklumlah kandungan sulung nampak kecil sedikit. Lagi pun Liza berbadan kecil molek. Kelihatannya Liza memikir-mikir kemudian dia berkata....

“Untuk kebaikan abang panggilkan saja Amirah, kalau mahu dia datang..saya tak sampai hati juga nak tenguk saja…dah dua tiga hari abang meracau panggil nama ‘Amirah’”. Sebenarnya terselit juga rasa simpati dihati Liza dengan penderitaan batin suaminya.

=============================

Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah keapartment Amirah untuk menjemput Amirah.

“Pah kita singgahlah beli apa-apa yang nak dimasak Pah, abang nampak  macam tak ada apa-apa yang nak dimakan kat rumah Loqman tu..abang dah lapar ni”.

“Ialah tadi Pah kedapur juga  tapi nampaknya hanya ada roti dengan kaya saja. Kita ambil Amirah dulu, baru pergi beli barang ye bang.” Sampai diapartment Amirah mereka terus naik hingga kepintu rumah. Encik Majid menghubungi telefon bimbit Amirah. Agak lama baru panggilanya dijawab.

“Assalamualaikum..Mirah papa ni, papa ada depan pintu rumah Mirah ni... buka pintu nak.”

“Waalaikumsalam…terpisat-pisat Amirah yang sedang tidur terkejut bila telefon bimbitnya berdering. Pagi itu dia baru saja pulang dari bekerja syift malam…selepas makan tengahhari dan solat Zohor dia tidur. Tidurnya tak sampai setengah jam telefon bimbitnya berdering. Amirah berjalan menuju kepintu dan membukanya, dilihatnya kedua bekas ibu dan bapa mertuanya berada di depan pintu.

“Ehh..mama papa masuk lah ..minta maaf lama agaknya mama dan papa tunggu, Mirah tidur tadi, lepas solat zohor apa lagi Mirah tarik bantallah. Kebetulan kawan-kawan Mirah semuanya kerja..duduklah kejap Mirah kedapur.”

“Tak payah..Mirah tak payah..mama dengan papa ni nak cepat.” Puan Sharifah mencapai tangan Amirah untuk menghalang dia kedapur.

“Kami ni datang nak minta tolong sangat-sangat dengan Mirah..kalau Mirah tak keberatan nak tolong.” Amirah terhenti dari melangkah. Dia memandang kedua bekas mertuanya dengan pandangan hairan.

“Tolong apa papa mama.”

“Tolonglah kami Mirah…Loqman sakit dia teringin sangat nak jumpa Mirah..keadaannya kurus kering dan tak terurus..kata Liza setiap malam dia meracau memanggil nama Mirah..tolong mama dan papa Mirah”.

“Kalau Mirah datang macam mana pula dengan isterinya..tak marah ke dia?.”

“Isterinya lah yang minta kami datang jemput Mirah..dia pun tak sampai hati tenguk keadaan suaminya.” Terang Puan Sharifah lagi.

“Kalau macam tu tunggu sekejap Mirah siap.” hanya sekejap sahaja Amirah bersiap, dia memakai sehelai T-shirt muslimah yang longgar dan seluar jean biru. Baju itu selalu dipakainya ketika berjumpa Loqman sebelum mereka bernikah dulu.

“Mirah dah siap ni..tapi kesian mama dan papa tak minum ni.”
“Tak apa Mirah..kita pergi beli barang nak masak dulu boleh tak Mirah..mama rasa nak masakkan untuk Loqman”.

“Boleh juga supermarket Giantlah yang paling dekat mama.”

“Jomlah… papanya kita cepat sikit kesian Loqman kita tinggalkan dia.” Sampai disupermaket mereka terus menuju ke bahagian sayur-sayuran. Dengan cepat mereka memilih barang yang difikirkan perlu.

“Mama nak beli, daging banyak sikitlah Mirah dan sayur bayam merah ni kita masak rebus sedap juga kan Mirah. Santan ni beli juga, mana tahu nak masak lemak ke tak payah kita kekedai lagi.” setelah milih mereka membayar di kaunter pembayaran. Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah hendak cepat sampai kerumah Loqman kerana nampaknya Liza belum lagi masak tengahari sedang perut mereka sudah mula lapar. Perut orang tualah katakan yang mesti diisi nasi juga kalau dah tengahhari. Apatah lagi sudah lewat tenghari tentulah perut sudah mula menyanyi-nyanyi minta diisi.

            Sampai sahaja di rumah Loqman, Puan Sharifah masuk kebilik anaknya dilihat Loqman sedang mengerekotkan badan. Kedengaran perlahan nama Amirah disebut lagi sambil memeluk bantal dia menangis teresak-esak ditemani oleh isterinya. Isterinya sedang  mengurut-urut  perlahan belakang suaminya.

“Kenapa Liza?..”Puan Sharifah bertanya.

“Entahlah mama ..abang kata sakit ..bila tanya sakit kat mana dia buat macam ni ..nak ke Amirah datang mama.” Liza sudah tidak tahan melihat perlakuan suaminya. Sedeh hatinya. Puan Sharifah sudah tahu dimana sakit anaknya.’dihatinya’.

“Ada dia kat luar tu, nanti mama panggilkan dia.” Mendengar kata-kata mamanya, Loqman mengangkatkan mukanya memandang kepintu.

“Mirah jomlah masuk bilik ..Loqman kat dalam tu.” Puan Sharifah menghampiri Amirah dan mengajaknya masuk kedalam bilik. Amirah hanya tertegak diruang tamu. Dia hanya memandang bekas ibu mertuanya dengan pandangan sayu memohon pengertian. Untuk masuk kedalam bilik itu tidak mungkin baginya. Encik Abdul Majid faham perasaan Amirah, lalu bersuara.

“Panggillah Loqman keluar.. baring kat sofa ni, takkan Mirah nak masuk bilik pula.” tegur Encik Abdul Majid. Puan Sharifah masuk kebilik anaknya semula.

“Man marilah kita keluar, Mirah ada kat luar tu.” dengan dipapah oleh mama dan papanya Loqman keluar dari bilik berjalan perlahan. Badannya mengigil-gigil tidak bertenaga. Jika tidak disangga oleh kedua papa dan mamaya tentu dia sudah jatuh terjelepuk. Didudukan anaknya mereka di sofa diruang tamu. Mata Loqman sudah tidak lepas memandang Amirah yang sedang memandang kearahnya juga. Dengan air mata yang masih mengalir dengan suara yang kedengaran mengigil Loqman bersuara.

“Terima kasih Mirah..sudi Mirah jenguk abang  yang banyak berdosa pada Mirah..Mirah marilah sini abang nak cakap dengan Mirah.” Amirah menghampiri dan duduk diatas lantai, berteleku dihadapan Loqman.

“Kan Mirah dah cakap pada abang Man, Mirah dah maafkan abang Man..tak ada lagi dosa abang Man pada Mirah”.

“Mirah!! inilah kesilapan paling besar yang abang lakukan dalam hidup abang, kini abang terpaksa menaggungnya Mirah. Abang rasa tak sanggup nak menaggungnya Mirah.”  sayu suara Loqman bagai tidak terkeluar dari kerongkongnya. Loqman menangis lagi...dia teresak-esak. Dia sudah tidak malu lagi mengalirkan air mata lelakinya dihadapan semua orang. Rasa kesal dan rasa bersalah yang menyelubungi hidupnya yang menyebabkan dia berkeadaan begitu.

“Abang Man kena kuat ..kita ni manusia tak pernah tak buat silap..jadi kita kena kuat kerana kita ada tanggung jawab…sabarlah banyak-banyak abang Man..banyak orang yang nak bantu abang Man...redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Kalau abang Man redha abang Man akan kuat.” Loqman hanya memandang Amirah tidak berkelip seolah-olah jika dia mengelipkan matanya, Amirah akan hilang dari pandagan matanya. Rindunya yang meruntun masih lagi belum lunas lagi. Kata-kata Amirah ditelan terus kehati sanubarinya. Azamnya dia cuba “kuat” menerima takdirnya. Seakan semangatnya datang kembali..

“Laparnya perut abang ni Mirah..boleh tak tolong masakkan abang daging masak kicap dan sayur bayam rebus Mirah.. abang rasa lapar sangat ni.” setelah berkata begitu Loqman merebahkan badannya disofa yang didudukinya. Loqman sudah kehabisan tenaga, tapi yang ada padanya sekarang ini hanya semangat kerana Amirah ada dihadapannya.

“Mirah nak masak ni... abang Man tunggu dulu.” Amirah bangun menuju kedapur…sebelum masuk kedapur dia berjumpa Liza dahulu meminta izin.

“Boleh tak izinkan saya buatkan air dan masak untuk Loqman.” Amirah berdiri memandang Liza yang sedari tadi memandangnya ketika dia berkata-kata dengan suaminya.

“Janganlah cakap macam tu Mirah..buatlah apa saja.. asalkan abang sihat semula, kak Liza tak kisah. Masakkanlah apa yang abang nak.. sebab memang sudah dua tiga hari dia tak makan nasi, dia hanya minum air  dengan sedikit roti sahaja, itupun sebab nak makan ubat.” dia menuturkan dengan ikhlas tiada rasa cemburu ketika itu. Kerana dia sudah buntu melihat keadaan suaminya.
           






2 comments:

  1. Ini kes teruk ni . Amirah ni baik sangat.Liza yang mengandung ni nak buat macam mana yer. Kena sambung cepat ni tak sabar nak tunggu.

    ReplyDelete
  2. Sampai macam ni sekali Loqman.Tak MSU langsung. ^_^
    Walaupun masih muda fikiran Amirah matang.
    Tak sabar nak tunggu next part.

    ReplyDelete