~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 10 May 2014

Bab 30 Tidak ku tahu kasih bermula






          Bila Uwais diam, Emil juga diam menyebabkan sunyi beberapa saat diruang tamu rumah mereka. Bak kata orang malaikat lalu. Tiba-tiba Uwais dahulu memecah kebisuan mereka. Suaranya sengaja di ceriakan..

“Daah nak cuti pertengahan tahun kan ma ertinya  6 bulan lagi daah nak SPM, kalau nak dikira umur abang dah 17  tahun, dah besar abang kan ma. Ma! Mama perasan tak abang dah besar ma”. Uwais ceria memulakan cerita memancing mood mamanya.

“Mahu tak besar dah lebih tinggi dari mama. Dulu kita kongsi pakai selipar  sekarang dah tak boleh dah, selipar abang dah lagi besar dengan seliper mama.”. Keh..keh dua beranak bercerita santai diruang tamu..mengimbau masa lalu.

“Bang.. mama masih ingat  lagi masa abang masuk darjah satu, ni dah tingkatan lima, dah dipertengahan tingkatan lima pun..abang dah cukup bersedia ke dengan SPM ni”.

“Dahlah sikit-sikit ma”.

“Abang rasa abang nak pergi mana lepas SPM nanti”. Soal Emil ingin tahu perancangan anak tunggalnya yang sudah panjang mengalah. ‘Haa Dah masuk ‘line’’ detik hati Uwais SUKA.  Namun sukanya  hanya didalam hatinya sahaja tak boleh tunjuk. Jika sampai terkesan dek mamanya mahu dia melenting sekali lagi. Itu umpan yang sebenarnya tadi. Mula-mula dia mahu mamanya ceria dulu..kemudian barulah dia meneruskan misi memujuk hati mamanya supaya dapat menerima cadanganya. Dia mesti bijak menghulur umpan,  dia mahu mamanya bertanya tentang arah tujunya selepas SPM, itu  umpan paling berkesan untuk memerangkap mamanya.

“Abang rasa nak masuk tingkatan 6 sahaja lah ma. Pada abang selagi abang boleh jaga mama, abang akan jaga lah”.

“Apa abang ni..kenapa nak masuk tingkata 6 sahaja”.

“Tak apa lah ma, masuk tinggkatan 6 dapat sijil STPM dikira abang dah ada diploma apa. Kalau abang minta kerja dengan sijil STPM takan tak dapat kut”.

“Baang apa tujuan abang ugut mama macam ni..abang suruh mama terima ayah Pian tu ke?”.

“Mana ada abang ugut..abang cakap betul apa, STPM tu setaraf dengan diploma ma. Sijil tu susah nak dapatorang kata sjil STPM ni di ikhtiraf diluar negara”.

“Bang jangan lah buat mama macam ni. Kalau abang masuk tingkatan 6 sahaja, papa akan salahkan mama nanti. Abang tahu tak abang tak minta MRSM pun papa salah kan mama tau”.

“Apa pulak nak salahkan mama, memang abang yang tak mahu keluar dari Pengkalan Hulu ni ma. Pada abang, kat sini pun kita boleh hidup dengan selesa. Barang murah pun banyak. Nak makan buah, buah-buahan pun banyak kat sini, nak yang murah beli saja buah dari Siam, beras Siam, baju Siam semuanya dari Siamlah. Semuanya tu pun murah. Tak ada apa yang nak digaduhkan semua nya ada kat tempat kita ni ma”. Emil tahu anak sudah nekad jika dia tiada suami maka anaknya tidak akan keluar dari kampong mereka. Akhirnya dia mengalah.

“Bang sebenarnya mama bukan tak mahu terima ayah Pian tu, tapi mama takut dia tak mahu kat mama kalau dia tahu siapa mama. Sesiapaun kalau mereka tahu siapa mama orang tak nak mama ni bang. Abang tahu tak apa tanggapan orang terhadap seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya..lagilah kalau orang kenal siapa papa, tenguk fizikalnya sahaja orang pun tahu papa tu. Lembut, bersopan, cakap pun tak pernah tinggikan suara. Papa abang buka jenis pemarah orangnya. Tapi kalau orang jumpa mama mesti orang akan kata mama ni garang, cerewet , qeen control, sifat-sifat ni memang seorang suami tak tahan. Orang akan kata kalau mama ni seorang isteri yang baik tentu dia tidak diceraikan  oleh suami sebaik papa”.

“Tapi yang minta cerai dulu kan mama. Mama minta cerai kerana tak sanggup dimadu”.

“Itu kita sahaja yang tahu..orang lain tak tahu”.

“Oklah!  apa kata mama jumpa dulu ayah Pian terangkan siapa diri mama, kalau ayah Pian memang tolak mama, abang puas hati dan memang muktamad  abang akan tunggu mama. Abang tak akan keluar dari Pengkalan Hulu ni, abang akan cari kerja disini ma”.

“Abang ugut mama ke? Kalau ayah Pian tak suka, takkan mama nak paksa”.

“Mana ada abang tak ugut mama. Jaga mama tanggung jawab abang ma. Tanggug jawab seorang anak lelaki yang akan melindungi mamanya. Mama mana ada lagi anak selain abang ma”.

“Tapi mama tak boleh paksa  ayah Pian untuk terima mama kalau dia tak suka kat mama”.

“Itulah abang kata, mama jumpa dia dulu bincang dan terangkan siapa mama. Kalau mama dah buat macam tu dan dia tak terima abang puas hati. Bab belajar kat mana kita bincang kemudian..ok ma, mama jumpa ye”. Sungguh licik Uwais dengan rancanganya. Emil tidak dapat mengelakkan diri lagi dari mengikuti sahaja kehenadak anak tunggalnya.

“Oklah.. Jadi bila mama boleh jumpa dia ni.” Malas sahaja suara Emil menyetujui rancagan anaknya. Uwais mengeluarkan telefon bimbitnya dia mula menghubungi Sofian untuk melangkah kemisi seterusnya. Emil hanya memerhati dan mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya.

“Assalamulaiakum…ok, bila..kat mana..ok. Nanti aku cakap dengan mama aku. Rasanya free”. Apa saja yang diperkatakan oleh Uwais, Emil tidak memahami, dia hanya menunggu sehingga Uwais habis berbual dengan Sofian.

“Mama!! kata Sofian ayahnya ajak mama jumpa malam ni. Kat restoran semalam. Lepas Isyak”.

“Kenapa cepat sangat bang”.

“Ayah Sofian kata sementara abang dan kakak-kakak dia masih bercuti.. mereka nak berbincang sama-sama ma..Jadi ye ma malam ni, nak abang teman kan ke, atau mama pergi sorang”. Lembut sahaja Uwais berkata. Tetapi Uwais sememangnya berjenis lelaki yang sentiasa ‘cool’. Dia kelihatan seorang yang sabar dan tenang seperti papanya.

“Abang rasa macam mana..mama nak pergi sorang ke atau abang ikut sekali”

“Rasanya elok mama pergi sorang, abang nak pergi rumah atuk baca Yassin”.

“Habis kalau atuk tanya nanti abang nak jawap apa”.

“Kan mama uzur abang akan cakaplah mama uzur”. Sememangnya dia sedang uzur ketika itu. Emil menyedari sememangnya anak sudah cukup dewasa untuk berfikir, mungkin ada baiknya dia menerima cadangan anak tunggalnya yang kelihatan sudah berfikiran matang malah terlebih matang jika diukur dengan usianya.


Seperti yang dijanjikan Cikgu Emil Atilia dan cikgu Mohd Nassir bertemu diRestoran Tasik untuk membincangkan hal yang diminta oleh anak-anak mereka.
Mereka hanya bertemu berdua sahaja.Tujuan utama hanya untuk berbincang dari hati kehati. Dan pertemuan itu juga di adakan di hujung restoran dikawasan tasik tempat mereka makan semalam. Hanya semalam mereka makan sekeluarga  tetapi malam itu hanya merke berdua sahaja. Ketika itu cikgu Nassir yang tiba dulu. Ketika cikgu Nassir melihat kelibat Emil yang seperti tercari-cari dia mengangkat tangan sambil melambai. Kedatanganya diiringi dengan pandangan mata cikgu Nassir dengan detik... ‘Ahh cantik sangat mama Uwais ni mahu ke dengan aku ni yang dah lah gemuk pendek pula’. Semalam dia tidak bersungguh memerhati Emil kerana dia malu dihadapan anak-anaknya.


“Assalamualaikum”..sapa Emil sambil menarik kerusi untuk duduk dihadapan cikgu Mohd Nassir.


“Walaikumsalam”.Cikgu Nassir menghulur senyum ikhlas. Bertemu kali pertama dulu dia pandai beramah. Pertanyaan kelur dari bibirnya lancar bila diketahui itu adalah mama pada kawan baik anaknya merangkap anak murid disekolahnya juga.Tapi ketika itu dimatanya, Emil juga ramah kerana dia juga bertanya itu ini kepada dua ornag anak daranya. Kelihatanya  Emil kemaruk mahu bercerita dengan kamu sejenisnya. Mungkin Emil tidak mempunyai anak perempuan itu yang segala tajuk berkenaan wanita keluar dari mulutnya.


“Kita datang sini dengan tujuan kan cikgu..jadi kita teruslah kepada tujuan kita lah”. ‘ Waah Nampak garanglah pula cikgu Emil ni’ detik cikgu Nassir. Dia pula sudah lupa mahu memperatikkan kata-kata lembut memikat dengan seorang wanita. Entahlah skill untuk mengurat dah berkarat dan tidak pernah terfikir mahu mencari pasagan walaupun sudah dua tahunlebih arwah isterinya pergi meninggalkan dirinya.

“Ok boleh juga, cepat kita menemui kata sepakat cepatlah kita balik..tapi kita oderlah dulu sambil makan sambil kita berbincang”.

“Hssy mana boleh makan sambil bercakap cikgu”. Bantah Emil. ‘Makan sambil bercakap, nanti menyembur-nyembur makan yang sedang dikunyah buat malu sahaja detik hati Emil pula.


“Hssy cikgu..cikgu awak panggil saya..awak tu cikgu juga”..


“Tak apalah sementara kita nak berbincang ni..saya panggil cikgulah, awak pun kalau nak panggil saya cikgu pun tak apa juga”. Waah dah ada selesa mendengar bicara cikgu Emil detik hati cikgu Nassir.

“Ok..saya pergi buat order dulu ye..cikgu nak makan apa”.


“Saya rasa kita bincang dululah..” Bantah Emil lagi. Dia sebenarnya mahu cepat pulang malu berkampung dihatinya.


“Saya takut kalau kita bincang dulu, kata sepakat tidak menyebelahi apa yang ada di hati kita, mahu kita tak lalu nak makan. Nanti kita balik dengan perut yang kosong, mahu satu malam tak boleh tidur kerana perut berbunyi sepanjang malam”. Meletus tawa Emil, namun cepat ditahan dengan menutup mulutnya. Hanya badanya sahaja bergoyang sedikit kerana tawa yang tertahan. Dia merasa sangat lucu dengan kenyataan cikgu Nassir..memang lawak lah cikgu Nassir ni.


“Yang sebenarnya apa yang cikgu harapkan,  ikut cakap anak-anak atau ikut kata hati kita sendiri”. Emil memulakan perbincangan secara tak sedar. Cikgu Nasir tidak jadi membuat tempahan makanan, dia menyelesakan duduknya mengadap Emil sambil memandang tepat kewajah putih bersih milik Emil Atilia. Emil tidak bersolek. Hanya kelihatan sedikit lipstick yang terolis dibibirnya menampakkan bibirnya berwarna merah jambu. Tudungnya pula hanya tudung sarung yang ringkas.


“Sebelum saya memperkatakan apa yang saya harapkan, saya nak bagi tahu diri saya dulu, untuk cik gu menilai saya beberap minit ni. Mugkin setelah mengetahui siapa saya, cikgu  boleh memberi jawapan ye atau pun tidak. Jawapan yang akan menentukan kita jadi siapa di masa hadapan ”.


“Kalau macam tu oklah, lepas cikgu cerita tentang diri cikgu nanti saya pula beri tahu diri saya pula”.


“Cikgu Emil tahukan saya ni balu beranak empat, umur pun dah nak sampai angaka 50 tahun depan. Dari segi fizikal pula entahlah sedap kemata yang memandang, kalau perut pun dah terlebih kedepan macam ni. Lebih dari orang perempuan mengadung sembilan bulan..” Ada gelak lucu antara keduanya mendengar kenyataan cikgu Nassir. Walau pun kenyataan cikgu Nassir mengatakan perutnya seperti perempuan mengadung Sembilan tetapi tidaklah hingga begitu hanya besarlah sedikit dari perut lelaki yang masih muda. Itu sudah menjadi kebiasaan bila umur sudah bertambah badan pula berisi sedikit..tetapi yang heran perut tulah yang kelihatan dulu.


“Ada ke cikgu cakap macam tu, itu satu kebiasaan kalau umur dah meningkat. Kalau boleh saya tahu isteri cikgu meninggal kerana apa.” Emil menjadi faham bila cikgu Mohd Nassir mengatakan dia balu ertinya dia kematian isterinya.


“Kena barah usus. Tak lama kami mengetahui dia ada kaser ususnya, rasanya tak sampai setahun. Rupanya kaser tu dah ditahap 4. Pada awalnya dia sihat sahaja tak menunjukkan pun dia ada penyakit.  Tapi bila suatu masa  dia tak boleh makan dan tak boleh nak buang air besar. Saya bawa dia ke klinik biasa sahaja. Sebab bab buang air besar ni dia dah biasa tidak ‘membuang’ tiap-tiap hari. Kadang-kadang tu sampai hampir lima hari dia tak buang air besar.”


“Ohh. Memang dari muda lah dia macam tu”.


“Saya bawa di ke klinik sebab dia tak boleh nak makan saya ingatkan dia mengadung. Di klinik kami ceritakanlah masaalah dia, masa tu  doctor beri ubat nak lawaskan buang besar sahaja. Bila ubat dah habis penyakitnya masih tak berubah macam tu juga, saya keklinik lagi nak sambung ubat, tapi doktor kata ubat nak lawaskan buang air tu tak boleh nak makan selalu, nanti perut kita jadi malas. Kami dinasihatkan pergi hospital, saya kehospital untuk rawatan biasa, tapi tak ada perubahan juga. Akhirnya arwah dirujuk kehospital pakar. Barulah dapat tahu dia mengidap barah usus. Berusha kami mengubat barahnya. Makan ubat hospital dan makan juga ubat-ubatan lain, tapi barahnya makin merebak dari barah usus merebak ke rahim kemudian keparu-paru pula. Masa doctor kata kemungkinan hidupnya hanya tinggal 6 bulan rasa gelap dunia ni”.


“Ohh doctor kata macam tu”.


“Tapi sempat juga arwah buat dua kali rawatan  kimoterapi. Rupanya kimoterapi ni siksa sungguh. Saya yang menyaksikan sendiri betapa dia menderita selepas selesai rawatan kimo dia. Pada rawatan  kimo yang  kedua dia sudah tidak mampu menanggungnya. Saya masih ingat lagi kata-katanya balik dari kimo keduanya. Dia kata dia dah sihat dan tidak akan ada lagi rawatan kimo yang seterusnya tetapi suaranya bagaikan tidak keluar dari kerongkong. Masa tu saya gembira, sebab dia sendiri merasakan dia dah sihat. Ialah pada saya tentulah dia tahu keadaan dirinya sendiri, dia merasakan dirinya bertambah baik.Tetapi rupanya kimo itu kimo terakhirnya kerana keesokkan harinya dia kembali kepada Rahmatullah”. Ketika cikgu Mohd Nassir menceritakan pengalaman bersama arwah isterinya matanya berkaca-kaca dengan suara sebak.


“Sedeh juga kehidupan yang cikgu lalui ye, ditinggalkan orang yang paling rapat dengan kita. Saya bayangkan kalau cikgu rindu tak tahu nak pergi mana nak melepaskan rindu kita, sebab orang yang kita sayang dah tak boleh kita jumpa didunia ni lagi”.


“Betul cikgu kata, masa mula-mula dulu kalau saya rindukan dia, saya pergi pusara dia, pujuk hati sedekahkan dia Yassin atau pun sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah. Tujuan saya ke pusara dia hanya  nak tunjuk pada mata ni, biar mata ni nampak yang dia tu dah tak ada kat dunia ni. Yang sebetulnya susah betul hati ni nak menerima kenyataan..”. Cikgu Nassir menekapkan tanganya kedada menunjukkan tempat hatinya.


“Ohh macam tu cara cikgu pujuk hati cikgu, sekarang ni ke cikgu masih rindukan arwah lagi..”


“Rindu juga tapi tidak sekuat masa di mula-mula dia pergi dulu. Ialah sambil kita duduk kita terbayang apa yang dilaluinya sebelum dia meninggal dulu,  saya melihat sendiri betapa dia menderita menanggung lapar kerana tak boleh nak masuk makanan dalam perut dia. Kalau dia makan dia kan muntah kembali. Kemudian setelah disahkan mengidap kanser arwah  dikehendaki menjalani rawatan  kimoterapi, lepas rawatan kimo tu dekat seminggu dia lemah tak berdaya, sampai kadang-kadang nak angkat tangan dia sendiri pun tak berdaya. Dua kali dia buat kimo saya nampak dia serik sangat. Hati suami mana tak sedeh bila melihat isteri macam tu.. saya kesihan melihat dia menderita macam tu. Untuk apa dia panjang umur kalau dia menanggung derita. Saya relakan dia pergi itu lebih baik. Dia akan hidup dalam kenangan saya.. Dia diambil mengadap Nya ketika umurnya 45 tahun.  Sesungguhnya kematian  adalah yang terbaik untuk dia. Saya jadi redha”.


“Ohh muda lagi arwah isteri cikgu tu”.


“Dia muda 3 tahun dari saya”.


“Tapi kalau awak kahwin lain sudah pasti cikgu akan terlupa pada dia”.


“In Syaa Allah tidak. Kami ada anak. Anak-anak kami  mengingatkan saya akan kehadiran dia dalam hidup saya suatu masa dulu. Itulah yang saya nak sampaikan pada awak Emil.  Kalau awak setuju jadi isteri saya, saya masih ada kenangan bersama arwah isteri saya.Terus terang saya katakan,  saya tak mampu memadam kenangan bersama arwah isteri saya. Awak sanggup ke?”.

“Saya fahan keadaan cikgu, kenangan pada insan yang mula-mula kita memulakan hidup memang susah nak dilupakan apatah lagi bercerai mati. Bercerai ketika hati masih sayang ialah bercerai tak bergaduh.  Bab sanggup tu nanti kita bincangkan.  Sekarang ni saya pula nak cerita kisah saya dan lepas tu cikgu boleh letakkan saya dimana dalam hidup cikgu.  Saya ni janda anak satu. Janda ertinya suami saya masih ada lagi dan masih diPengkalan Hulu ni. Saya masih bertemu dengan bekas suami bila dia ambil Uwais. Pertemuan ni tak boleh nak dielak bila kami berjanji akan mengilirkan cuti Uwais sekejap dengan saya dan sekejap lagi dengan dia. Cik gu tahu tak kenapa saya bercerai?..”

“Ceritalah kenapa sampai bercerai”.

“Sebab saya tak mampu hidup bermadu. Tak mampu bila memikirkan suami saya memeluk perempuan lain selain saya dan tak mampu memikirkan kasih suami saya berbahagi-bahagi dengan wanita lain”. Cikgu Nassir memandang Emil yang kelihatan garang bila bercerita bab bermadu dan bekas suaminya.

“Cik gu nak tahu kenapa saya dimadu”…

“Boleh juga, kenapa?..” ada rasa lucu dihati cikgu Nassir dengan tingkah Emil yang menyuruh dirinya bertanya..kalau nak cerita ceritalah tak payah nak bertanya bagai gerutu hati cik gu Nassir.

“…sebab saya tak pandai mengambil hati mak mertua, dengan kata lain saya sombong dengan mak mertua saya dan yang kedua saya tak mampu memberi anak lebih dari Uwais kepada keturunan bekas suami saya. Jadi cikgu mampu ke menerima saya sebagai isteri kalau itu yang menyebabkan saya berpisah.”

“Untuk yang pertama bab tambah isteri memanglah tidak. Kalau tak menjadi kesalahan apa yang  saya nak katakana ni, saya menerima cikgu Emil kerana anak-anak saya nakkan  saya berteman. Selama ni Sofian ada teman kan saya kat rumah. Bila mengenang tidak lama lagi Sofian juga akan keluar belajar dan anak-anak lain bekerja mereka meminta saya mencari teman dulu, sebolehnya sebelum Sofian menduduki SPMnya nanti. Walaumacam mana pun saya bersyukur sangat dapat anak-anak yang memikirkan kebajikan saya.  Untuk bab yang kedua emak  dan ayah saya dah tak ada lagi, kiranya saya ni anak yatim piatulah, tapi saya masih berhubungan dengan bekas emak mertua saya. Dan yang ketiga saya tak mengharapkan sangat anak kerana tara-tara umur saya ni, rasa dah tak sanggup bangun malam nak buat susu anak. Awak masih nak anak lagi ke?”.


“Tak lah nak anak, kalau ada rezeki terima, kalau tak ada cukuplah Uwais sorang. Lagi pun betul kata cik gu tara-tara umur saya ni, saya dah malas nak melayan  anak kecil”. Setelah selesai cerita mereka mereka mendiamkan diri beberapa minit, mungkin memikirkan apa yang patut mereka ambil setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak..


“Jadi apa keputusan perbincagan kita, sudi ke awak terima saya jadi suami, dah lah tak hensem anak yatim piatu pula tu”. Mereka sama-sama ketawa mendengar kata-kata cikgu Nassir. Cik gu Nassir berkata lucu untuk menghapus kekok antara mereka. Pada Emil dia terhibur dengan kata-kata cikgu duda dihadapanya.


“Yang sebetulnya saya yang  tanya  macam tu, sebab saya ni perempuan, lelaki sepatutnya lebih bebas memilih yang terbaik untuk dirinya..”


“Saya sudi saja, cikgu macam mana?”


“Saya sebenarnya dah malas hidup berdua..tapi bila mengenangkan Uwais saya jadi serba salah. Yang sebenarnya macam ni, dulu selepas keputusan PMRnya dia tak minta sekolah lain kerana dia bimbangkan saya tinggal sorang. Bekas suami saya salahkan saya. Dan sekarang kerana bimbangkan anaknya yang mungkin tak nak pergi belajar kerana bimbangkan saya, dia ajak saya rujuk pada dia. Saya serba salah..Tapi untuk saya kembali pada dia itu tidak mungkin sebab saya tak mampu”.


“Tak mampu apa? Cik gu terpaksa tanggung…” perkataan cikgu Nassir tidak sampai kepenghujungnya. Dia tidak mahu meneka..


“Saya tak mampu bermadu”. Cikgu Nassir memandang kewajah sayu Emil dan ketika itu juga Emil memandang kearahnya.


“Tapi kalau memang bekas suami masih sayangkan cikgu dan dia lepaskan isterinya yang sekarang ni, cikgu nak lagi pada dia?”.


“Saya tak kejam  cikgu,  isteri dia dah lahirkan tiga anak untuk dia dan isterinya tu tak kerja. Saya memang tak galakkan dia menceraikan isterinya kerana saya. Kalau dia buat juga macam tu, saya tak akan terima dia langsung. Sebab apa saya cakap macam ni sebab kalau dia boleh buat isterinya macam tu, dengan saya lagilah.. saya ni hanya lahirkan sorang sahaja anak untuk dia. Bila-bila masa dia boleh buat macam tu dengan saya. Entahlah yang sebetulnya hati saya dah tertutup untuk dia. Saya baik dengan dia kerana anak sahaja. Kalau nak ingat kisah lama, sebut nama pun saya malas. Malas nak mengingat apa yang dia buat dibelakang saya. Sakit hati bila di tipu macam tu”.







2 comments:

  1. moga dpt merasa nasi minyak cikgu emil dn cikgu nassir
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. masing2 boleh terima kisah lalu. Senang nak bina masa dpn bersama. Pasti ayah emil pun akan beri nasihat yang baik2. Sian cikgu latif. Gigit jari ler...

    ReplyDelete