~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 19 January 2015

Nur Hidayah 2





Ohh peritnya hati bila dihati isteri sendiri sudah terisi dengan nama lelaki lain. Sakitnya hati bila isterinya sendiri membayangkan bahagia nya juga dengan lelaki lain..lelaki yang bergelar kekasih. Tengku Faris boleh membayangkan kegiatan isteri bersama keksihnya walaupun mereka belum disahkan menjadi suami isteri. Kerana dia juga begitu jika bersama wanitak yang disukainya, biar pun wanita itu bukan wanita yang sah disisnya. Mereka mendiamkan diri beberapa ketika. Akhirnya Tengku Faris bersuara mencari kepastian mengapa kasih dan cinta isteri nya beralih arah..

“Apa yang menyebabkan kan you nak balik semula pada George Kat..tak kan sebab I tengur sikit ni you dah nak tinggalkan I”.

“Bila I merasakan kita tak sesuai menjadi suami isteri. Faris! Yang sebetulnya I dah fikir banyak kali dan I dah kira baik buruknya..rasanya  perkhwinan  kita mesti diberhentikan hanya setakat ini sahaja. I tak sanggup untuk hidup disisi you lagi.”

“Tapi kenapa? apa yang menyebabkan you tak sanggup, dulu you sanggup dan sesuai sahaja hidup dengan I..ceritalah pada I supaya I tahu apa salah I”. Suaranya sudah kendur, dia merasakan bayangan perpisahan akan menjadi kenyataan. Isteri didepan mata bersungguh-sungguh meminta. Sebagai lelaki waras dia tidak mahu dirinya menjadi suami yang dayus, bila isterinya hidup sebumbung dengan lelaki lain. Dia sudah tidak ada pilihan selain dari bercerai. Itu yang menyebabkan suaranya menjadi datar tanda pasrahnya.

Untuk kebaikkan bersama akhirnya Katerina meluahkan apa yang tersimpan dihatinya. Walau sesosial mana sekali pun wanita itu, mana ada seorang isteri rela berkongsi suaminya dengan wanita lain.Tidak kiralah wanita itu sah disisi suaminya atau pun tidak..hakikatnya mereka tidak mampu untuk melihat suaminyan memeluk wanita lain.

 “I tak tahan dengan you, I tak tahan dengan sikap you yang sentiasa berselera dengan wanita lain. You anggap I ni macam tunggul yang tak ada perasaan. Tak kira depan I atau dibelakang I..you bebas dengan wanita yang entah siapa-siapa, you tidur dengan wanita tu. You nak tahu apa perasaan I..TERLUKA  Faris.. sangat sakit rasa hati ni. I tak kisah kalau setakat you menari dengan dia, bergelak ketawa dengan dia… nakkan happy, tapi kalau sampai angkut keatas katil I rasa tercabar sangat. Selama ni I tak memberi makna pada you ke?.”

“Masa tu I tak sedar, I tak tahu apa yang apa yang I lakukan..I mabuk”.

“You tahu tak betapa sakit hati I, bila lihat keadaan you yang tergolek diatas katil yang dah berserabut. Yang I heran pandai pula perempuan tu call I suruh ambil you kat bilik hotel..ertinya dia tu tahulah you tu suami orang tapi apa pasal dia nakkan you juga..ni mesti you yang menggoda cukup-cukup. Selama I berkasih dengan Gorge dulu, dia tak pernah buat apa yang you buat didepan I. Walaupun I tahu banyak juga wanita yang minat pada dia.”.  Sudah acap kali Katerina  mengambil suaminya di bilik hotel dengan keadaan yang memalukan setelah berzina dengan entah siapa. Mana tak dipanggilnya isterinya  sebab semua duit dan barangan berharga  Tengku Faris habis disapunya..nanti tak pasal-pasal Tengku Faris terpaksa mengadai baju dan seluarnya pula untuk melunaskan bayaran sewa hotel. Sipenyapu pun masih ada rasa baik hati juga rupanya.

“ Kat..I tak sedar apa yang I lakukan masa tu. I buat di luar kawalan. Betul Kat. Tapi kalau dengan you I melakukan dengan segala rasa  cinta dan sayang I pada you..you jangan bimbang  cinta I hanya untuk you seorang sahaja”. Memang benar apa yang terjadi luar sedar Tengku Faris. Itulah bahana air syaitan..orang waras akan jadi tidak betul bila sudah meneguknya. Dan setiap kali perkara itu terjadi, duit didalam poketnya termasuk  jam tanganya akan hilang. Nasib baik hanya beberapa puluh dollar saja duit yang ada.Tengku Faris sememangnya tidak membawa wang yang banyak  ketika berhibur ..kad kreditnya juga akan ditinggalkan dipejabat untuk keselamatan sebab dia kalau sudah berhibur tidak ingat dunia dah.

“I tak mampu mengikut cara hidup you Faris, biar pun you kata cinta you hanya untuk I..tapi pada haklikatnya bukan begitu. Kata manis you hanya dibibir sahaja. I percaya selangkah I pergi sudah berderet nama yang timbul dalam kepala you untuk you gantikan diri I ni. Dah lah Faris terimalah hakikatnya, cinta kita sudah menemui titik akhir.”.

“Bukan kita dah berjanji dulu..kita memeberi kebesasan pada diri dan pasangan walau pun kita dah kahwin. “

“Memang betul, tapi hati manusia ni cepat berubah. Maafkan I hati I yang terlupa pada janji kita. Sekarang ni I tak mampu nak pandang lagi, setiap kali I nampak you bersama dengan perempuan lain, hati ni sakit sangat..I cemburu. Hidup kita pun tak seaman dulu lagi, pantang kita berjumpa ada sahaja yang boleh buatkan kita bergaduh. Jadi lebih baik kita bawa haluan kita masing-masing. Kita bercerai. Ini keputusan muktamat I..Yang sebenarnya bab bercerai ni dah lama I fikirkan. Sebelum I jumpa Gorge lagi.Sekarang  Gorge dah muncul semula dalam hidup I. Jadi you tak payah bimbang tentang I lagi, Gorge akan jaga I pula lepas ni. ”.

“I akan cuba mengubah cara hidup I..walau pun I mengaku agak susah tapi I akan cuba. Boleh tak you tarik balik keputusan you tu”.

“Tak mungkin Faris..Hati yang sakit ni tak mampu nak dipujuk lagi Faris. Itu sebabnya I rasa nak marah sahaja dengan you. Kadang-kadang baru nak reda marah I ni..I akan ternampak lagi perbuatan you. Sakit hati I yang bertindan-tindan ni, tak tahu kat mana I nak lepaskan..itu sebabnya hati I tak pernah sejuk. Nampak sahaja muka you I terbayang perbuatan you. Lagi lama kita macam ni.. I rasa I akan dapat sakit tekanan darah tinggi.  You tak pernah nak ambil tahu rasa sakit hati seorang isteri bila melihat suaminya berpeluk dengan perempuan lain, bertambah hancur bila membayangkan apa yang you buat dalam bilik dia atas katil dengan mereka Faris.”.

“Kat bukan kah itu sememangnya kehidupan kita. Sebelum kita nikah lagi kita dah buat juga macam tu. Kenapa you nak mempertikainya sekarang”.

“Memang betul..Tapi sekarang I dah tak mampu..kalau you nak teruskan dengan cara kehidupan you, you teruskanlah..sorang. Kalau kita dah bercerai I dah tak kisah apa yang you buat. You nak peluk berapa ramai wanita dalam satu malam pun I tak kisah”.

“Tapi I kisah, I risau kehuidpan you tampa I”.

“Itu semua tak perlu lagi Faris.Lagi pun sekarang I dah jumpa balik kekasih I yang dulu..yang sehati sejiwa dengan I. Sekarang baru I tahu cinta I hanya untuk Gorge dan kami serasi bersama. Dia lebih memahami hati I. Hati wanita mana suka lelaki kesayanganya dikongsi dengan wanita lain. Tak macam you,  ugama you pun memang mengalakkan lelaki memiliki wanita lebih dari seorang betul tak.Ugama you tak menghormati perasan seorang isteri itu pasal poligami dibolehkan.”

            Kerana sikap Tengku Faris Katerina sudah tersilap tafsir mengapa poligami dibolehkan dalam Isalam. Tengku Faris tidak dapat memberi gambaran yang baik mengapa Allah menganugerahkan POLIGAMI  kepada seorang suami. Bukan sewenang-wenagnya seorang suami boleh mengamalkan poligami. Jika seorang suami mampu dari segi zahir dan batin. Mampu berlaku adil mereka ini dibolehkan. Tetapi jika kita tidak boleh atau tidak yakin boleh berlaku adil maka memadailah hanya seorang isteri kamu.

“Bila you jumpa dia”. Bila bab ugama dipertikaikan Tengku Faris tidak dapat menerangkan dengan jelas, sebab dia juga jahil dalam berugama mulalah dia menukar topic perbincangan.

“Tiga bulan lepas, dia yang cari I. Dia yang nak kami bersama semula. Dia kata dia tak rasa bahagia kalau I tak ada dengan dia”.

“Bukan kah dia yang tinggalkan you dulu..you tak rasa serik ke dengan apa yang telah dia buat pada you”. Sudah tiga bulan isterinya berhubungan dengan kekasih lama namun dia baru menyedari . Tiga bulan dia ditipu oleh sang isteri mengingtkan itu darah lelakinya mengelegak.

“Tak Faris yang dulu tu I yang salah faham dengan dia. Rupa nya selama ini dia mengukuhkan ekonomi dia untuk kami hidup bersama. Faris terus terang I kata, I rasa  lebih selesa dengan dia..tapi yang sebetulnya cinta I pada dia memang masih seperti dulu. I mohon pada you lepaskan lah I, you boleh terus kan kehidupan you tampa memikirkan I lagi.”

“Begitu mudah you melupakan apa yang dia buat pada you entah-entah dia tipu you sahaja. I cakap macam ni bukanya apa sebab susah I nak lepaskan you, I masih sayangkan you.Fikir dulu sebelum bertindak I takut dia hanya  nak balas dendam dengan you sahaja.” Tengku Faris masih berusha menghalang isterinya pergi kepangkuan kekasihnya.

“Balas dendam apanya, I tak pernah buat salah pada dia. Dia pergi dulu pun kami tak bertengkar apa pun. Dahlah Faris..tak guna kalau pun you tak lepaskan I, I tetap akan pergi pada dia. I tetap akan ikut dia. You nak tahu sebabnya sebab cinta..I masih cintakan dia dan begitu juga dia.”. Begitu nekad Katerina mahukan dirinya dilepaskan untuk pergi kepangkuan kekasih lamanya.

“Kat! yang  you selalu tak balik ni sebab  you duduk dengan dia ke? You sedar tak you masih isteri I, mengapa you dah duduk dengan lelaki lain”. Berang Tengku Faris menerima kenyataan isteri bersama lelaki lain.

“Betul kata-kata you..I tak nak tipu you. I memang bersama dengan dia. Itulah, I balik ni nak beri tahu you. Baik kita akhiri ikatan perkahwinan kita. Kita berCERAI itulah jalan terbaik  untuk kita Faris”. Tengku Faris jadi terkedu mendengar jawapan isteri yang didepan mata..begitu berterus terang tampa berselindung lagi. Sememang kelihatanya Katerina nekad mahukan perpisahan. Menyedari permintaan sang isteri yang bukan main-main. Dihatinya berdetik..dia tidak boleh berkasar dengan sang isterinya jika keras layananya mungkin isteri nya akan terus meninggalkan dirinya.

“Tak kan semudah itu Kat.. I masih sayang dan cinta kan you juga.” Biar pun sudah berkali-kali Tengku Faris mengatakan cinta dan sayangnya masih utuh untuk sang isteri namun semuanya bagai tidak bermakna untuk Katerina yang sudah merasa betapa manisnya cinta kekasih lama.

“Tak guna kita bersama lagi Faris, bila  dalam hati I memang dah penuh dengan bayangan  Gorge.  Lagi pun you sanggup ke melihat I intim dengan dia. I takut you yang hilang sabar nanti. Sebelum terjadi perkara buruk baik kita berpisah. Bila kita dah tak ada ikatan you tak sakit hati bila nampak I dengan Gorge..you tak jadi lelaki dayus. Perceraian adalah jalan yang paling tepat Faris . Lagi pun tak lama lagi Gorge  akan balik ke Kanada,  I nak ikut dia. Kami akan menetap kat sana. Kami nak mulakan hidup baru.I bercadang nak membina keluarga dengan dia.” Tengku Faris hanya dapat memerhati wajah isterinya yang rancak menceritakan impian masa depanya bersama lelaki lain.  Impian bahagia sorang isteri, tetapi impiannya bukan dengan dia sebagai suami. Dia memandang juga wajah isteri yang kelihatan bahagia bila nama Gorge  disebut. Apakah yang dia rasa..PEDIH..hatinya terhiris pedih dengan kata-kata yang terluah dari bibir isterinya.

“Tiga tahun kita bersama tak pernah you berbincang pasal anak dengan  I”.

“Kan masa awal pernikahan kita, you yang kata tak nak ada anak..you yang nak kita enjoy. You yang nak kita happy tampa ada gangguan”.

“Memang benar I yang minta, tapi semua itu demi untuk membahagiakan you, supaya you tak sibuk hendak menjaga anak.Dan kita boleh mengecapai masa bersama tampa gangguan”.

“Faris I rasa gembira hidup dengan you..tapi dengan Gorge I  gembira dan rasa bahagia sebab dia lelaki yang I cinta. You mesti faham rasa cinta ni tak boleh dipaksa. Yang sebenarnya selama kita bersama,I memaksa hati I mencintai you tapi tak berjaya..Cinta I untuk you tak pernah hadir walaupun sudah lima tahun I berusha”.

“Habis selama kita bersama  ni, tak bermakna apa punlah pada you”.

“Entah lah Faris..I tak boleh nak paksa hati I lagi, lepaskan lah I. You carilah wanita yang lebih sesuai untuk you. I jujur macam ni sebab tak nak menipu you. I rasa bersalah setiap kali I bersama Gorge..kemudian bila balik sini I terpaksa juga memenuhi permintaan you sebab you masih suami  I.”

Rupa perkahwinan yang sudah menjangkau usia tiga tahun tidak memberi erti kepada seorang KaterinaTeoh Abdullah.  Wanita yang mengejar cintanya dulu. Sanggup dia memeluk Islam demi mahu bernikah dengannya.Terbayang lagi tingkah Katerina ketika dia mahu bersama denganya dulu, nampak bersungguh-sungguh dengan cinta untuk dirinya.Tetapi dia sendiri yang mengakhiri sebuah pernikahan yang banyak meminta pengorbanan.Korban pertama dia sendiri melerai ikatan perkahwinan bersama Najlah dan korban kedua Katerina mengorbankan ugamanya dan memeluk Islam sebagai syarat untuk bernikah denganya.

Tengku Faris termenung sendiri mengimbau kenangan lalu.  Rumahnya terasa kosong  kekosong hatinya walaupun perabut dirumah nya masih utuh seperti biasa, tidak sebiji pun terluak.Makin dikenang makin terasa perit hatinya. Dia rasa ingin menjerit meluahkan apa yang tersepit dalam  ruanghatinya yang terasa sesak dek kesedehan. Mungkin factor usia menyebabkan dia sangat terkesan dengan perpisahan yang entah kali keberapa. Dulu dia tidak pernah merasa sedeh bila meninggalkan, tetapi kali ini sedeh itu yang mendakap dirinya. Baru lah dia tahu rasa pedih akibat ditinggalkan.

Sedeh hatinya bila isteri tercinta meninggalkan dirinya. Sedeh hatinya menerima hakikat isterinya meminta perpisahan kerana mahu bersama lelaki lain yang dicinta. Sungguh dia berterus terang tampa berselindung yang dirinya sudah menemui cinta sejati dan perkahwinan mereka selama ini satu kesilapan.Rupanya cinta sejatinya bukan untuk dirinya selama ini..cinta sejatinya diuntukkan pada kekasih lama yang meninggalkan dirinya dulu. Dirinya hanya dijadikan tempat persinggahan sementara.‘Cinta I memang untuk dia Faris. I tak pernah terfikir nak beri pada  you walaupun you suami I dan tidak juga pada orang lain’ ..Itulah kata yang terluah dari dua ulas bibir isteri yang selalu dikucup bila mereka berdekatan. Biar pun lembut sahaja nada yang beralun ketika menuturkan kata-kata itu, namun bagi Tengku Faris kata-kata itu seperti letupan  peluru mesin gun yang menyerang  bertubi-tubi mengenai jantung hatinya, tampa sempat dia mengelak. Hatinya hancur tak berupa lagi.

Yang sebetulnya Tengku Faris rasa terkilan dengan pengakuan isterinya.Padanya, dia mahu isterinya menipunya sedikit, supaya hatinya tidak sesakit sekarang.Keluh yang keluar diri bibirnya entah yang kalikeberapa.Keluahan kesal dan keluahan kecewa. Dulu Katerina yang bersungguh menyakinkan cintanya, hingga sanggup menukar agama.Tapi apalah sangat memeluk ugama Islam kalau sekadar diatas kertas sahaja.

Sejak dia memeluk Islam lalu bernikah denganya tidak pernah sekali pun Katerina  solat lima waktu. Puasa dibulan Ramadan jauh sekali. Baginya untuk apa berlapar dahaga sepanjang hari seperti mahu menyiksa diri sahaja. Jika dia sang suami  yang mengajak memeluk Islam tidak melakukan segala perintah ugama anda fikir boleh ke yang menjadi pengikut pula yang berdahuluan melaksanakan. Dia juga tidak pernah mahu membimbing sang isteri menjadi Islam yang sebenarnya.Tujuan memeluk Islam hanya kerana dia mahu bernikah bukan kerana Allah dan bukan kerana Islam itu ugama yang benar.

Tapi apa yang mahu di herankan dia juga pun sama, Islamnya juga diatas dasar keturunan. Kerana  ayah dan ibunya Islam..secara langsung menjadikan dia juga penganut ugama Islam. Tetapi hukum hakam Islam sudah lama dilupakan. Sejak umurnya 19 tahun dan duduk diluar Negara, solat lima waktu dan puasanya sudah tidak pernah dilakukan lagi. Ketika di Malaysia lagi, dia akan bersolat dan berpuasa ketika dihadapan daddy dan mummynya sahaja. Tambah menjadi..bila dia sampai dibumi Qeen Elezebeth. Sememangnya dia sudah terlalu jauh dari mengamalkan Islam. Sudah berbelas tahun dia menjalani kehidupan yang sebegitu. Dari umurnya 19 tahun hingga kini umurnya sudah menginjak keumur lima puluh satu.

Sudah sebulan Katerina pergi dari dirinya. Untuk mengubati hatinya yang kecewa dia kekelab malam seperti biasa. Mencari ramai lagi Katerina disana. Namun semuanya tidak berhasil. Hatinya masih sedeh bila dia berpijak semula dibumi nyata bila kesan iar mabuk sudah hilang dari menguasai dirinya. Dan sampai bila dia mahu bergantung dengan hayalan bila meneguk air syaitan. Dia tidak mahu menjadi penagih alcohol..itu akan merosakkan dirinya sendiri.

Tadi terbuka sahaja matanya dia memandang keadaan sekelilingnya mengenal pasti dimana dirinya. Ohh… Dia tidur diruag tamu rumahnya, entah siapa yang menghantarnya pulang malam tadi. Mungkinkah dia memandu pulang sendiri kerumah dalam keadaan mabuk entahlah. Duduk seorang diri dia memikirkan apakah caranya dia mahu menghapus rasa kecewa. Dia tidak mahu terus merosakkan dirinya sendiri dengan perlakuan meneguk alcohol untuk menghilangkan resah. Dicarinya telefon tangan di poket seluar. Jarinya menekan nombor daddy di Malaysia, menyalur masaalah yang menekan fikiranya.

 “Hello daddy, mommy apakhabar..lama Ris tak call..”

“Orang sibuk mana nak ingat daddy dan mommy kat sini..Ris apa khabar”. Seperti orangh merajuk sahaja Tengku Faizal melayani panggilan anaknya. Pada Tengku Faizal walaupun anaknya jauh diperantauan dia tidak pernah lupa pada anaknya. Itulah seorang anaknya yang dihgarap menggantikan dirinya kelak..tetapi masih adakah harapan itu..anaknya masih belum puas hidup merantau..walaupun usianya sudah menjangkau angka lima puluh.

“Khabar tak baik lah daddy”.

 ‘Ini mesti kisah rumahtangganya yang bermasaalah’ detik hati Tengju Faizal.

“Apa yang tak baiknya Ris..cuba cerita dengan daddy”.

“Ris dah bercerai dengan Katerina..dia pergi pada bekas kekasih dia di Kanada..Dia tinggal kan Ris daddy.” sayu sahaja suara anaknya dihujung talian menceritakan hal dirinya.

“Entahlah Ris... daddy tak tahu macam mana nak tolong Ris, rasanya masaalah Ris, Ris yang buat sendiri....dulu dah elok dengan Najla...Ris tinggalkan dia. Daddy tak tahu wanita yang macam mana yang Ris nak. Daddy tenguk Najla tu dulu baik, cantik.. sempurna sebangai wanita... tapi Ris pergi pada Katerina..ni sekarang dia pula yang tinggal Ris”. Tengku Faizal sering bertanya didalam benaknya..anaknya yang seorang itu berganti isteri seperti menukar baju..walaupun sudah ada isteri dirumah masih ada lagi kawan wanita yang rapat dan mesra..hendak dinasihati ..aduhai dia lebih bijak menjawab...dan yang paling ditakuti terlalu sangat dinasihati takut dia tidak mahu pulang terus keMalaysia.

“Dulu Ris rasa nak hidup dengan wanita Asia yang sama adat resam dan cara hidup...Najla berbeza dari kita cara makan lain.. Ingat Ris dulu Ris nak serumah dengan orang Asia..budaya sama masakan pun hampir sama..tapi entahlah dah nasib Ris agaknya.. Ris ni asyik tersalah pilih saja. Ris sedeh sangat ni daddy. Ris sedeh sorang.” Keluh Tengku Faris Ikhwan dihujung talian.

“Kalau nak daddy tolong baliklah.. duduk sini, kahwin sahaja dengan orang Malaysia. Kita anak beranak sama-sama menyelesaikan masaalah. Ni Ris kat sana beribu batu, naik kapalterbang pun mahu 10 jam baru sampai, jadi macam mana daddy dan mummy nak tolong. Balik ye sebelum terlambat. Daddy dan mummy sentiasa menunggu Faris balik.” Mendengar kata-kata daddynya melintas juga keinginannya untuk pulang ketanah tumpah darahnya.

Sebenarnya Tengku Faizal, sangat bersimpati dengan nasib anaknya..Sudah masuk ke angka lima puluh usia anaknya.. tetapi masih tercari-cari suri yang sudi menemani diwaktu susah dan senang. Bila melihat kebahagian Tengku Raihana dan Doktor Muhammad Razlan hatinya jadi cemburu. Tetapi apalah yang hendak dikata anaknya sememangnya tidak pandai menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca.



4 comments:

  1. Menarik jln cerita. Selagi masih diberi peluang utk bernafas sehari lagi, pintu taubat masih terbuka.....

    ReplyDelete
  2. Kisah bapa mertua Nur Jannah rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak teh ni susah nak mencari watak..tu yg cerita bersmbung-smbung. ok ke..

      Delete