~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 19 October 2013

Bab 19 Siapa aku dihatimu.




          Diwaktu petangnya pula, Sarah menjadi hairan melihat kekalutan suaminya. Sepanjang hari seyuman Syukri tidak lengkang dibibirnya. Bercakap denganya pun dia senyum. Sudahlah semenagnya wajah Syukri manis selalu, ditambah dengan wajah ceria nampak sangat dia sedang sangat bahagia. Ni belum lagi sampai waktunya dia sudah mahu pulang.

“Sarah!! siaplah abang nak balik cepat hari ni, jom abang teman Sarah beli makan malam Sarah”. Sarah mengerling jam dipergelangan tanganya baru 545 minit petang, suaminya sudah sibuk hendak pulang. Selalunya pukul 6 mereka tutup bengkel.

“Abang kita makan lepas Magriblah bang, makan cepat sangat nanti malam Sarah laparlah.”

“Yang sebentulnya abang nak pergi rumah Nuri, waktu ni dah sampai rumah ni rasanya”. Timbul persoalan di benak Sarah. Jika dalam perkiraannya gilirannya malam ini. Adakah suaminya terlupa malam giliranya. Mengapakah suaminya begitu beria-ia mahu kerumah isteri tuanya? Namun persoalan itu hanya bergema didalam hatinya sahaja.

            Terdetik juga dihati Sarah mengapa suaminya begitu mengambil berat keadaan Nuri. Adakah Nuri sakit, tapi tadi kata suaminya Nuri bekerja. Setelah membeli makanan terus sahaja mereka menuju kerumah Sarah walaupun mereka manaiki kereta berasingan. Syukri mahu memastikan isteri keduanya selamat sampai  dan kereta terpakir dengan selamat,  barulah dia meneruskan perjalanannya kerumah isteri tuanya.
Sampai dirumah Nuri, Nuri juga sudah pulang dari kerja dan sedang sibuk memasak didapur untuk makan malamnya. Malam itu masaknya sungguh ringkas, sayur bayam ditumis bersama ikan bilis yang ditumbuk bersama cili api, telur dadar juga ditumis bersama cili api dan bawang besar kemudian dimasukkan sedikit kicap pekat manis.

“Assalamualaikum Nuri!! abang balik ni.” Kedengaran mesra suara Syukri dimuka pintu. Nuri didapur bergegas keluar bila mendengar suara suaminya memberi salam.

“Walaikumsalam ehh bukan ke abang kat sana malam ni?”.Dengan wajah terpinga-pinga Nuri melihat Syukri sudah masuk menuju kearah dapur.

“Saja abang nak jenguk Nuri sekejap, nanti lepas Isyak abang balik sanalah, Nuri masak apa malam ni”. Tiada pelukkan mesra lagi untuknya. Dulu sebelum dia menambah cawangan, setiap kali berjumpa Nuri akan memeluknya erat dan mesra. Walaupun keadaan diri kotor dan busuk Nuri tetap memeluknya.

“Ehh Nuri abang tengah busuk ni”.

“Mana ada busuk abang sentiasa wangi pada Nuri”. Bila dilarang itulah jawapan Nuri dengan senyum manis bergulanya.

           Tetapi ialah sejak dia menambah cawangan, baru sekali itu dia pulang awal, mungkin Nuri sudah terlupa pada kebiasaan yang dulu, telah hati Syukri, ada sedikit rasa kecewa dihati Syukri. Bila mendengar jawapan suaminya, Nuri memusingkan diri  melihat apa yang dijerang diatas dapur.  Syukri sudah tahu kebiasaan isteri pertamanya dia tidak suka membeli makanan diluar.  Jika keadaan memaksanya makan diluar barulah dia makan, jika tidak dia lebih rela berlapar.

“Saya tak tahu abang balik, saya masak cinci saja, tumis bayam dengan telur dadar masak kicap cili api, tapi semuanya pedas ni, semuanya saya tumis masukkan cili api sikit”.

“Oklah tu, janji ada makanan yang masuk dalam perut jadilah”.

“Nanti saya panaskan sambal tumis pagi tadi ada sikit lagi dengan kari ikan petang semalam”.

“Boleh juga, abang nak mandi dulu ye”.

           Selesai makan mereka bersiap untuk solat Magrib berjemaah. Sementara menunggu masuk waktu solat Nuri mengambil Al-Qurannya dan membaca surah Mariam. Selesai solat dan bersalaman Nuri memandang wajah suaminya.

“Kalau abang nak balik pergilah. Saya dah ok dah ni, tinggal tunggu Isyak saja kemudian saya nak tidur. Tadi kerja banyak saya tak dapat rehat, penat betul hari ni”. Nuri cuba menghidupkan suasana dulu. Suasana sebelum suaminya bernikah satu lagi. Bukan dia tidak mahu rumah tangganya ceria bahagia dan gembira seperti dulu, tapi hatinya sangat sukar untuk dipujuk. Biar pun wajahnya nampak biasa sahaja namun luka hatinya tiada siapa yang tahu.

“Tak apalah abang tunggu sampai Isyak kita solat sama-sama ye”.

“Saya nak sambung ngaji ni..tak apa ke?”

“Tak apa, ngajilah abang suka dengar suara Nuri mengaji baca kuat sikit ya sambil abang berzikir ni sambil abang nak dengar suara Nuri.”

            Sememangnya suara Nuri yang agak besar, bila mengalunkan ayat-ayat suci terasa indah. Ditambah Nuri ada mempelajari cara bertaranum ketika dia remaja dahulu. Nuri pernah menjadi wakil sekolah untuk pertandingan membaca Al-Quran kertika didarjah lima dahulu. Walau tidak memenangi apa-apa hadiah namun asas pembacaan diamalkan senhingga dia dewasa.

           Seperti yang dinyatakan selepas solat Isyak Syukri pulang kerumah isteri keduanya. Ketika itu  Sarah sedang asyik menonton drama Melayu di televisyen kedengaran orang membuka pintu grill yang sudah dikuncinya tadi. Dia mengintai dari lubang pintunya. Dia Nampak wajah suaminya. Timbul berbagai persoalan dibenaknya. ‘Dia kena halau dek isteri tuanya ke itu yang dia balik sini balik’. Sedang asyik memikir pintu dibuka dari luar, terjengul wajah suaminya dimuka pintu terus sahaja dia bertanya.

“Ehh kenapa berdiri didepan pintu ni”.

“Ingatkan abang tidur sana itu yang Sarah kunci grill.”.

“Malam nikan memang abang kat sini, abang jenguk Nuri kejap saja”.

“Kenapa dengan Nuri dia tak sihatkah”.

“Dia tu kalau sorang-sorang kadang-kadang dia tak makan, dia sanggup berlapar dari menyuap makanan kat mulut. Dia pemalas betul kalau suruh makan”.Itu komen suaminya tentang madunya, Sarah mendengar dengan rasa hairan sejak bila suaminya ambil berat tentang makan Nuri.

“Ialah mungkin dia nak diet”.

“Nak diet apanya  badan dah melidi macam tu,  lagi pun yang abang tahu kalau kita diet tak boleh tak makan tau, mesti makan tapi dalam  kuantiti yang sedikit setiap kali makan , kemudian kurangkan makan nasi, banyak kan makan sayur, buah dan ayam atau ikan, bukannya tak makan..”.

“Kenapa abang nak pastikan dia makan ke tak? selama ni abang tak kisah pun”.

“Mana abang tak kisah,  abang selalu ingatkan dia suruh makan, tapi dia tu degil, abang takut dia kena gestrik. Lagi-lagi dia tengah menandung sekarang ni”.

“Nuri menandung bang??, dah berapa bulan dia mengandung???”. Terkejut besar Sarah bila suaminya memberi tahu madunya sedang mengandung.

“Abang tahu pun malam tadi, itu pun bila abang rasa ada benda bergerak dalam perut dia, Itu yang abang tahu dia mengandung.”

“Dia tak bagi tahu abang ke dia mengandung selama ni, jadi abang pun tak tahu berapa bulanlah?”.

“Tak, kalau abang tak terpegang perut dia malam tadi, mungkin tahu-tahu dia beranak sahaja baru abang tahu abang ni dah nak jadi ayah agaknya”.  Ada nada kesal disitu bila berita gembira tu diketahui agak terlewat.

“Kenapa abang tak tanya  dah berapa bulan dia mengandung?”

“Sekarang ni dengan Nuri abang susah sikit, kalau tanya banyak-banyak dia akan memprotes jadi bisu nanti. Ini pun baru nak cakap banyak sikit dengan abang. Sejak abang bagi tahu kita dah nikah, dia memang tak banyak cakap lagi dengan abang. Dia hanya akan bercakap  apa yang dia rasa penting saja”. Sarah rasa terpukul bila mendengar cerita suaminya. Dia merasa terkilan dengan kehadiran dirinya rumahtangga suaminya menjadi muram. Melihat wajah sedeh isterinya, Syukri merapati isteri keduanya lalu ditarik isterinya dalam pelukkanya dengan bisikkan.

“Dahlah sayang, benda dah jadi, nanti lama-lama oklah tu. Sekarang ni pun dia dah ok dengan abang”. Sebenarnya Syukri tidak menyebelahi mana-mana pihak dipihak Nuri hatinya sayang, dipihak Sarah hatinya juga sayang. Apa nak buat dia menyayangi dua wanita dalam satu masa tapi ialah mana ada isteri yang rela kasih suaminya terbahagi dua. Terutama isteri pertama.

“Jadi abang tak tahulah kandungan Nuri dah berapa bulan?, kalau macam tu jom kita rujuk Mr.GOOGLE..berapa bulan janin mula bergerak”. Sarah kebilik mengambil laptop suaminya. Mereka sama-sama mengakses maklumat diInternet.

“Ni haa bang cuba baca ni maklumat bayi mula bergerak dalam masa 18 hingga 20 minggu, ertinya kandungan Nuri dah masuk 4bulan bang, abang rasa kuat tak pergerakkan bayi dia?”. Mereka cuba  mengagarkan berapa bulan kandungan Nuri.  Seperti polis pula Sarah mengajukan soalan-soalan kepada suaminya, untuk memastikan tekaan mereka betul.

“Taklah kuat sangat, abang tekap kuat sikit kat perut dia tu baru abang dapat rasa,  itu pun masa tu dia dah tidur kalau tak mahu kena tepis tangan abang ni agaknya”.

               Sekarang ini Syukri sangat berhati-hati dengan Nuri. Bila Nuri  mula meminta pembebasan darinya kerana kejadian dia melanggar janjinya  dahulu. Lagi pun Nuri sekarang ini sudah menjadi Nuri yang pendiam. Bila ada yang tidak kena dihatinya dia kan angkat punggung meninggalkan dirinya termagu sendirian diruang tamu. Sebenarnya Syukri buntu dengan sikap Nuri.

“Ertinya lagi lima bulan lagi abang dah bergelar ayah bang”. Gembira Sarah menuturkan. Dia mahu suaminya gembira.

“InsyaAllah hendaknya dipermudahkan semuanya Sarah, memang dah lama sangat rasanya abang nakkan gelaran itu. Tak sabar nak tenguk macam mana rupa anak abang”. Syukri bergitu gembira bila Sarah mengatakan dia akan menjadi ayah tidak lama lagi. Dia begitu teruja.

“Bang cuba abang tenguk imej orang mengandung dua bulan ni bang, perut dia dah mula terjojol nampak sangat, tak kan abang tak perasan atau saja Nuri nak sorok dari abang yang dia tu mengandung”.

“Dia tu kurus melidi, lagi pun dia tu selalu pakai baju longgar. Memang pakaian dia begitu Sarah. Nuri memang suka pakai baju longgar nak elak orang nampak dia kurus. Sarah nak tahu baju T-shirt muslimah yang dia pakai tu abang boleh pakai longgar lagi. Kalau sekarang suruh abang beli jean dia abang tak boleh nak agak berapa besar pinggang dan punggung dia. Walaupun dah hampir empat tahun abang kahwin dengan dia”.

Semenjak  Nuri mengetahui dirinya mengandung, dia tidak lagi mengeluarkan  perkataan minta dirinya dibebaskan kepada suaminya. Senang hati Syukri bila Nuri tidak lagi mempersoalkan hal itu lagi. Kini dia sudah mengulangi amalan lamanya pulang makan tengahhari bersama isteri tuanya. Sarah pula makan berteman kan Mariam.

“Hai sekarang ni banyak masa kak Sarah  makan tengahhari dengan Yam”.

“Suami akak balik temankan isteri tuanya makan. Kalau isterinya tak kerja dia makan kat rumah dialah. Tujuan utama dia nak pastikan isteri dia tu makan makanan yang  berzat”.

“Kenapa pulak macam tu dia tak sihat ke”.

“Tak lah tak sihat, tapi dia dah mengandung, kenalah jaga makan, supaya anak dalam kandungan dapat cukup zat yang diperlukan”.

“Ohh!! dia mengandung, ingatkan akak yang mengadung. Tak disangka dia boleh mengadungkan, dah  berapa tahun diorang dah kahwin kak”.

“Kalau Allah nak bagi Yam. Kata suami akak diorang dah kahwin hampir empat tahun”.

“Dulu ada ke diorang cek doctor, ialah nak tenguk tahap kesuburan dia tu”.

“Dah check dah, doktor kata mereka berdua tu normal, mungkinlah masa tu belum rezeki lagi ni dah dekat empat tahun baru Allah bagi rezeki kat diorang tu.  Akak ni tah bila, risau juga. Dah lima bulan akak kahwin tapi masih tak nampak hasilnya”. Ada nada sayu pada suara Sarah. Sebenarnya Sarah begitu teringin rahimnya diisi dengan janin. Agar dia dapat merasai pergerakkan yang dilihat imej dalam internet tempohhari. Dia membayangkan keseronokkanya.

“Janganlah akak bimbang nanti adalah tu, ni tah-tah dah ada, kadang-kadang isteri tua mengandung dia akan menjangkit kat isteri muda pulak”.

“Mana nak adanya akak ni tengah naik bendera merah, bulan tengah mengambanglah Yam. Hai pagi tadi tenguk dah ada dah, hampa betul rasanya”.

“Kak Sarah! kalau Yam bagi petua macam mana nak mengandung, akak percaya tak”.

“Cakaplah dulu, barulah akak boleh percaya”.

“Yam dengar kalau kita pergi kePulau Dayang Bunting kat Langkawi, mandi dan minum airnya  katanya boleh mengandung,  ramai orang dah cuba kak.”.

“Akak pun dengar juga cerita tu, tapi takutlah perkara tu syirik nanti”.

“ehh akak jangan meminta atau memohon pada pulau tu, kita pergi sebagai syarat saja. Memohon dan meminta tetap pada Allah.”

“Ia tak ia juga. Tapi buat masa sekarang ni suami akak tengah nak pastikan gaya permakanan isteri tua dia tu, mungkin bulan depan ke akak ajak juga dia pergi kesana, tapi nak ke suami akak kesana.”.

“Apa pula tak nak, akak cakaplah elok-elok, kita berikhtiar nak mengandungkan anak dia bukan anak orang lain, lagi pun nanti masa isteri tua dia tu dalam pantang tentu giliran rumah akak penuh, masa tu peluang untuk akak  mengandung tentu tinggi”.

“Ialah nanti aka cuba pujuk suami akak, sekarang ni biar dia jaga pemakan isteri dia dulu, dua bulan lagi tentu isterinya dah cukup zat yang diperlukan untuk baby dia kan Yam. Tapi kalau pergi dua bulan lagi boleh ke? takut isteri tua dia dah nak bersalin pulak, takkan nak tinggalkan isteri dia yang tengah tunggu hari”.

“Cuba akak kira sekarang ni dia dah berapa bulan”.

“Suami akak cakap kandungan dia dah bergerak tapi tak kuat sangat. Akak anggarkan kandungan dia baru empat bulan, sebab kandungan mula bergerak antara 18 ke 20 minggu”.

“Bila suami akak dapat tahu yang isteri dia menagdung?”

“Minggu lepas..”

“Haa ialah tu, kalau minggu lepas baru empat bulan campur lagi dua bulan baru enam bulan, kira oklah tu. Untuk akak bulan ni memang sah  tak  ada kan. Bulan depan kalau naik lagi bendera Jepun akak tu,  barulah minta suami akak keLangkawi apa macam bagus tak cadangan Yam kak”.

“Ok juga cadangan Yam tu, terima kasih ye kerana bagi jalan kat akak” Ceria sedikit wajah Sarah. Dalam benaknya berharap dia masih ada harapan untuk mengandungkan anak suaminya.

6 comments:

  1. Amboi Sarah. Tak menyempat2 nak mengandung. Nak ke Dayang Bunting bagai. Apa lah kawan tu pun. Sabo2lah lepaskan Nuri dulu. Nuri 4 tahun dah berusaha dan menunggu. Nuri pulak jangan bagi muka kat Syukri. Apa punya laki, bini mengandung pun tak peka.

    ReplyDelete
  2. Asyik dtng umah nuri nk makan je. Bkn nk tanya keadaan nuri. Haish. Bini ngandung pn xtau bpe bulan. Sabar sngt nuri. Tue pn first time blk umah awl sjk kwen lain. Kalo nuri tu xpretnant xmngkn c syukri tu blk awl agknya. Sedih khdpn nuri. Bila lah c syukri tu nk sedar?

    ReplyDelete
  3. dgn sisarah pun mengutuk nuri kurus melidi..klu kurus melidi yg beria ia nk kawin dgn nuri dulu sape?.
    klu nuri x ngandung x sempat pulak nk balik awal dn balik mkn tgh.
    jgn lembut sgt dgn syukri..nuri bertegas dn luahkn smua yg terbuku dihatitentang hati ibarat ditoreh kering dn ketidakadilan syukri.
    syukri ambil mudah je perasaan nuri sb nuri berdiam saja. dia x mnta maaf pun.nuri mmg seorg isteri yg berpegang pdxagama....walaupun bercerai adalah sesuatu yg tidak disukai oleh allah tp ia tetap perkara halal....dr nuri semakin kurus mkn hati dn bertambah dosa kerna dlm hati berdetik dn syukri dgn ketidak adilannya akan bertambah dosa.
    -dibah-

    ReplyDelete
  4. betul. Syukri pun terus mengumpul dosa berbohong. Bercerai memang tak mudah sebab talak ditangan suami. Kalau suami bertimbangrasa drpd isteri mkn hati baik diceraikan. Yang jadi susah sebab suami perasan bagus.

    ReplyDelete
  5. si syukri tu mmg perasan...ambil mudah je masalah dia dgn nuri...bila nuri ajak ke.pej agama dia hilang dn senyapkn diri smpi seminggu...bila dia balik tgk nuri tak memberontak dia anggap mcm masalah dh selesai. bila tahu nuri dh mengandung lagi dia lupakn peradaan nuri yg dh semakin kecut....tp isteri menganfung brape bulan pun tak tanya...blg pulak bergoogle dgn sarah utk semak usia kandungan..bukan ke sepatutnya dia berbincang dgn nuri tsnya krsihatan nuri dh buat pemeriksaan dgn doktor nk mkn apa ke?
    klu dia bw sisarah gi langkawi mmg sah nuri x dimana pun dihati dia. masa dia kahwin dgn nuri ada dia bwa nuri gi honeymoon atau bercuti..rasanya tak kan sb masa tu tgh kais pg mkn pg tp bila dh senang terlampau sibuk pulak kan tambahan pula.nuri jenis yg tak meminta.
    kesian nuri
    -dibah-

    ReplyDelete
  6. Kes macam ni memqang biasa untk istri dim'sia, tutama Melayu, orng kta lelaki melayu ni tak romantic . Lgi stu nak crita lelaki melayu klu pencen bnyk yg tambah cawangan sebab bru dapat duit bnyak.btul ke? Smuanya psal lelaki melayu ptng ni.

    ReplyDelete