~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 27 February 2015

Nur Hidayah 34




Mak teh cuba nak bayangkan siasatan orang yang ditahan reman..tpi rasanya tak berapa menjadi kalau tak btul jngan marah ye...Mak teh hanya pernah dngar sikit2 sahaja. Nak tnya pd orang pernah mengalami rsa tak sampai hati sbab dia sekarang dah jdi orng baik dan dia nak mlupakan saat hitam tu...


Demi untuk mendapatkan maklumat mereka terpaksa melakukan tekanan fizikal dan mental pada yang disyaki melakukan jenayah.Nur Hidayah pun diperlakukan begitu kerana disyaki merancang melakukan keganasan hingga mampu membawa kematian kepada suaminya kerana mahukan harta. Itulah yang diperkatakan oleh ibu mangsa terhadap menantunya. Jejak kaki  dibalai sahaja tekanan fizikal dan mental telah mula diberi kepada Nur Hidayah.  Pagi itu Nur Hidayah terpanggil-panggil seorang petugas meminta dirinya dibawa ketandas, untuk dia menyucikan diri sebelum dirinya mendirikan solat subuh. Namun tiada siapa yang menghiraukan. Akhirnya Nur Hidayah mendirikan solat tampa wuduk dan telekong yang dicemari oleh darah. Petugas disitu hanya memandang perlakuan nya. Diakhir solat Nur Hidayah merinteh pilu kerana solat yang didirikan tidak memenuhi syarat yang telah ditentukan.. berwuduk dengan sempurna dan suci dari segala najis..sedangkan telekung yang dipakai  tercemar dengan  darah Tengku Faris.

“Ya Allah Engkau yang Maha Berkuasa dan Engkaulah yang Maha tahu apa yang terjadi pada hamba-hamba Mu. Dan Engkau tahu keupayaan ku sebagai hamba yang sangat terbatas. Ya Allah terima lah solatku yang tidak sempurna ini..aku tahu solat ku perlu berwuduk dan suci dari segala najis, namun aku tidak dapat melaksanakan apa yang telah Kau perintahkan kerana aku adalah hamba mu yang lemah. Ya Allah jika kerana dosa-dosaku Kau turun kan kesukaran aku untuk mengadap Mu dengan tujuan supaya  aku tidak dapat menyembah Mu dengan sempurna ampunkanlah aku. Dan jika kerana  dosa-dosa ku menyebabkan kebencian Mu kepada ku maka ampun aku Ya Allah..aku mengharapkan belas kasihan Mu, terima lah aku dan pandanglah aku sebagai hamba yang telah Kau ciptakan. Aku merayu keampunanMu dan permudahkanlah urusan ku mengadap Mu Ya Allah”…

Yang sebenarnya apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh Nur Hidayah akan didengari oleh pegawai yang bertugas disebalik dinding. Pagi itu dia diberi minuman pagi. Namun bekas untuk makanan itu sungguh menjijikkan. Hanya bekas untuk makan orang tidak berfikiran atau berperasaan sahaja yang mampu menjamah makanan yang dihulurkan. Untuk pertama kalinya dia diberi makan didalam bilik tahanan tekak Nur Hidayah tidak dapat menerima. Dia tidak memakan makanan itu. Yang sebenarnya itu adalah permulaan soal siasat yang mendera mentalnya.

Selepas minum pagi Nur Hidayah dibawa kesebuah bilik yang kelihatan suram sahaja. Ada dua orang pegawai sudah menanti dia disitu. Wajah dua pegawai itu pun garang semacam. Permulaan soal siasat lagi dia sudah diberi tekanan. Dia disoal bertubi-tubi, diherdek dan dijerkah bila jawapan tidak seperti yang diigini. Buntu hendak menjawap akhirnya Nur Hidayah menjawap tidak tahu sahaja pada soalan yang sememang nya dia tidak tahu.

Melihat kedegilah Nur Hidayah, mereka merasakan pasti  tidak akan mendapat tahu apa yang menjadi rahsia didalam hati Nur Hidayah. Untuk mengorek apa yang ada dihatinya, mereka harus mengenakan tekanan fizikal. Langkah permulaan jari-jari tangan Nur Hidayah dikepit satu persatu. Pada mulanya Nur Hidayah menjerit kesakitan.

“Kalau awak tak nak kami buat macam ni jawab soalan kami dengan jujur”. Namun ugutan mereka juga tidak membantu untuk mendapat jawapan yang mereka inginkan dari mulut Nur Hidayah.Jawapan ‘saya tidak tahu’ pada semua soalan mengecewakan mereka yang menyoal. Sebagai hukuman kukunya dikepit lagi dan lagi. Akhirnya Nur Hidayah hanya memejamkan mata dan mulutnya menyebut Astagfirullah berulang kali bila jarinya dikepit.

Tengahhari itu sekali lagi Nur Hidayah diberi makanan tengahhari, namun seperti diwaktu pagi keadaan bekas makannya umpama bekas untuk memberi kucing atau anjing  makan. Biar pun dipaksa Nur Hidayah tidak dapat menyuap kemulut  makan yang diberi. Pada Nur Hidayah mungkin itu petanda bahawa makan itu tidak suci untuk dimakan. Itulah sebabnya nalurinya menolak makanan yang  tidak suci untuk dijadikan darah dagingya. Makan sememangnya tidak dapat dijamah, namun air minuman yang segelas diambil, lalu dia menyisih ketepi dinding dan dia mengunakan air yang segelas itu untuk berwuduk. Selesai berwuduk dia mengangkat tangan berdoa. Dia kesudut bilik ketempat yang agak kering dan mendirikan solat zohor disitu..usai solat dia berdoa
“Ya Allah terimalah solat ku..dengan keadaan pakaian yang kotor ini..dan teguhkan lah iman ku agar tidak bersangka buruk pada Mu ya ALLAH..kerana tiada tempat lain aku menyerah diri ku hanya pada Mu Ya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Keterlaluankah permintaan ku kerana aku tahu solat ku tidak kulengkapi dengan wudu’ yang sempurna, dan pakaiku yang kotor bernajis... Namun apalah daya ku, aku hanya seorang hamba yang hanya tahu memohon kepada Mu. Ampunkan dosa-dosa ku, terimalah solat ku dan permudahkan diriku mengadap Mu disetiap waktu seperti yang telah Kau perintahkan..”.Itulah doa untuk solat Zohornya, tidak seperti doa yang selalu baca..

Selepas waktu makan tenggahari sekali lagi soal siasat dilakukan, oleh pegawai bertugas yang lain pula. Penderaan fizikal tetap dilakukan keatas  dirinya. Nur Hidayah sudah tahu jari tanganya akan dikepit dan ulangan kepitan dijari yang sudah cedera tentu akan  lebih sakitnya. Ketika dia ditanya Nur Hidayah memandang  wajah pegawai yang bertanya. Dia sudah bersiap sedia..dia dengan rela menghulur tanganya. Bila alat pengepit sudah dihujung jarinya dia mula memejamkan mata dan mulutnya membaca Bismillah seterusnya surah Yassinnya bermula. Seorang pegawai yang bertugas bagai tidak sabar dengan tingkah Nur Hidayah, dia bangun dan menghentak meja.

“Heii..awak ingat dengan bacaan Yassin awak boleh menakut-nakut kami ke..awak tak akan terlepas walau pun berpuluh kali awak bacakan Yassin untuk kami”. Namun Nur Hidayah tetap meneruskan bacaan Yassinnya. Dia bagaikan tidak mendengar jerkahan dihadapannya. Memang mahu naik hantu pegawai yang panas baran itu. Sebelum tindakkan yang lebih kasar dilakukan kepada Nur Hidayah, dia ditarik oleh rakan setugasnya keluar dari bilik siasatan untuk ditenangkan.

“Lee sabar lah..jangan kau main-main dengan surah Yassin. Malaikat akan memohonkan doa orang yang membaca  Yassin ni terima oleh Allah. Kalau dia doakanya kita dengan perkara-perkara tidak baik, macam mana  Lee.  Jaga percakapan kita, jangan takbur dengan surah-surah Allah.Kalau kita buat kerja berpada-padalah  tak lut cara macam ni, kita guna cara lain pula.”

“Aku tak tahan perangai dia tu yang tunjuk alim, tapi kejam dengan laki sendiri. Mentang-mentang dirinya muda..Angin betul aku..”.

“Kita kena sabar..memang kerja kita kerja yang mencabar perlukan kesabaran menagani kes-kes macam ni..sabar ye. Aku tak nak kita buat kerja melulu dan main hentam keromo nanti kita tak dapat apa, dapat bala adalah. Yang  sepatutnya kita tak boleh menghalang orang nak beribadat, biar pun dia tu penjenayah, baca Quran ni, macam kita berzikir juga itu kata ayah dan emak aku Lee. Lagi pun kita tak tahu lagi dia tu bersalah ke tidak. Aku rasa aku nak bagi dia..telekong emak akulah”.

“kau jangan nak bersubahat dengan dia pula Zam..”. Pegawai yang dipanggil Lee bernama Azli dan yang dipanggil Zam bernama Arul Azam. Dua orang Inpaktor bahagian jenayah berat.

“Bersubahat apanya sekurang-kurang aku menolong dia nak mengadap Allah dengan pakaian bersih. Aku tolong kerana Allah.Dah jom kita masuk.”. Ajak Azrul Azam untuk menyambung tugas mereka yang terhenti. Ketika mereka masuk semula kedalam bilik siasatan kedengaran Nur Hidayah sudah menghabiskan bacaan Yassinnya. Duduk sahaja dua pegawai penyiasat dihadapannya.. Nur Hidayah membuka mulut.

“Tuan maafkan saya..saya tidak membacakan Yassin untuk tuan berdua, saya baca Yassin untuk diri saya dan untuk suami saya..saya mengahrapkan kami reda dengan dugaan yang diberi dan meneguhkan pendirian dan iman kami, agar tidak bersangka buruk kepada Allah.”  Tidak diambil hirau segala kata-kata Nur Hidayah..siasatan diteruskan.

“Kenapa awak lebih rela dikepit jari dari memberi tahu apa yang awak dah rancang terhadap suami awak”. Nur Hidayah membisu. Sebenarnya dia tak tahu mahu menyatakan perkara yang dia tidak tahu.

“Cuba awak cakap, siapa yang awak upah untuk memukul suami awak. Mereka tu penagih dadah. Mungkin kalau awak bagi tahu kami siapa mereka, kami boleh menangkap bos mereka. Awak tahu tak perkara dadah ni mengacam Negara..merosakkan anak bangsa. Awak suka ke Negara kita jadi huru hara? Dan  orang awam terancam keselamatanya.”.

“Saya pun tak mahu Negara kita huru hara tapi saya memang tidak tahu siapa mereka encik.”  dengan jawapan itu jarinya dikepit hingga pecah hujung jarinya. Sebutan Astagfirullah berlagu di bibir Nur Hidayah dalam nada bergetar, pegawai wanita ditepi pintu yang berkawal  sudah mengeluarkan air mata bila dia mendengar suara sayu mendayu Nur Hidayah berlagu menyebut istifarnya. Sepanjang hari itu Nur Hidayah diberi tekanan..namun mereka tidak mendapat apa-apa klu untuk menyabitkan kesalahan terhadap Nur Hidayah.

“Berhenti dari beristifar. Ingat dengan istifar awak boleh menolong awak yang dak buat jahat ke?.. Janagn nak tunjuk alim tapi hati jahat macam hantu. Awak sedar tak awak sanggup membunuh kerana nak harta. Lagi pun macam mana awak bersolat.. telekong awak yang kena darah, bukan sikit. Awak tak tahu ke darahkan najis dan pakaian awak  dah dekat dua hari tak bertukar. Boleh  sah ke solat awak itu.Kalau dah tak sah solat awak boleh ke doa awak tu diterima..Dah tak guna nak berlakon.”

“Apa yang kita mampu buat kita buat kita buat dengan ikhlas..penerimaannya urusan Allah dan Dia Maha Mengetahui apa  yang ada didalam hati hambanya. Dan dia juga tahu apa  lakukan oleh semua hamba-hambanya..kita ikhlas melakukan untuk Nya lepas tu kita bertawakal, selebih urusan Dia.” Tenang sahaja jawapan Nur Hidayah kepada pegawai yang mempertikaikan tindakkanya. Bagi Nur Hidayah bab ibadat harus diperkatakan dengan jelas tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran  jika kita ikhlas melakukan.

“Pandai awak berlakon baik ye, tapi sampai hati awak upah orang  bunuh suami awak sendiri.  Isteri jenis apa awak ni. Cakap siapa yng awak upah untuk bunuh suami awak tu. Cakap!!!”. Tengking pegawai yang menyiasat mendiamkan kata-kata Nur Hidayah. Namun terdetik di hatinya adakah Tengku Faris sudah meninggal dunia maka dia dituduh menjadi pembunuhnya.

“Jawap!!!. Kalau tidak malam ni bogelkan dia biar dia tidur diatas simen biar dia kesejukan..” Jerit pegawai bertugas..

“Apa yang saya nak jawab kalau memang  saya tak tahu..”.. Sememangnya dia tidak tahu dan tidak kenal.Sekali lagi  hujung jarinya tadi dikepit dengan kuat tadinya hanya  pecah sedikit tetapi kepitan dengan hati yang geram menyebabkan lukanya bertambah besar dan berdarah dengan banyak.. Nur Hidayah beristifar berulang kali bagi menahan kesakitan.. dia merintih dengan perlahan seakan berbisik dengan dirinya sendiri.

“Ya Allah jika ujian ini untuk menghapus kan dosa-dosa ku aku reda ya Allah. Aku lehih rela disiksa oleh hambamu, dari bakaran api neraka Mu di akhirat kelak.”

==============
Kemudian kedua pegawai menyisih kehujug bilik dan berbisik-bisik. Mereka keluar dari bilik siasatan meninggalkan Nur Hidayah yang menahan denyutan dijari-jarinya.

“Aku rasa memang dia tak tahu lah Li..kalau tak takkan dia tak cakap. Kebanyakkan pesalah kena kepit sekali dua sahaja dia dah ikut apa yang kita nak”.

“Ahh mungkin ketua pengadar tu boyfriend dia, itu yang sanggu bertahan tu.. mana tahu. Jangan kau tertipu dengan gaya alim dia tu Zam”.

“Aku rasa tak Lee..kalau boyfriend sekali pun tak kan dia mampu bertahan sampai pecah jari-jari dia. Lee apa kata kita guna cara lain pula”

“Cara apa??”.

“Cuba kita check telefon dia kalau-kalau ada klu kat situ”.  Ketika dia mula melangkah kakinya ke penjara, semua barangan peribadinya diambil dan disimpan oleh pegawai yang bertanggung jawab.   Mereka mula mengambil dan memeriksa semua panggilan masuk. Pada malam kejadian mereka telah menujumpai sebaris nombor telefon antara bangsa membuat panggilan untuk Nur Hidayah.

“Ni aku rasa bukan line kita ni.. Rasanya line Singapore..kau check dengan Talecom 

================
Malam itu selepas solat magrib Nur Hidayah didatangi oleh seorang pegawai polis wanita menyuruh membuka telekongnya..

“Buka telekong awak tu..” Lama pegawai wanita menanti Nur Hidayah menanggalkan telekongnya..namun Nur Hidayah hanya membatukan diri..

“kenapa awak tak nak ikut arahan kami..buka telekung tu..”

“Kalau puan bagi saya tudung lain dan jaminan aurat saya tidak siapa yang akan melihat”. Begitu berani Nur Hidayah menjawab.

“Malam ni kami akan paksa awak buka telekong awak..Malam ni buka telekong dia dan biarkan dia kesejukkan tidur atas simen( pegawai tadi berpaling memberi arahan pada orang bawahanya yang ada ditepi pintu sebagai pengawal) Saya tahu bila saya datang telekong awak dah tak  membungkus awak faham!!..”.

Selesai solat Isyak, sekali lagi para petugas mendengar rintihan Nur Hidayah memohon pertolongan dari yang Maha Mengasihinya. rintihan sayu meminta kepada Allah dalam doanya..

“Ya Tuhan ku, segala yang terjadi adalah ketentuan Mu dan segala yang bakal terjadi juga dibawah kekuasaan Mu. Jika benar aku adalah hamba mu yang teraniaya maka kasihanilah aku. Aku hamba mu yang tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang akan dilakukan oleh hambamu juga. Aku memohon pertolongoan Mu ya Allah ya Tuhan ku… lidungilah maruahku, lindungilah aibku dan lindungilah aurat ku dari pandangan bukan yang berhak.. Ya Allah.

Rintih Nur Hidayah dengan esakkan mengadu kepada Tuhannya. Sayu rintihannya didengari oleh semua petugas sebalik dinding kaca. Semuanya  terkaku dan terkedu mendengarnya. Malam itu tiada siapa yang berani untuk menanggalkan pakaiannya, seperti apa yang telah diperintahkan oleh ketua mereka tadi. Diawal pagi lagi mereka dikejutkan dengan pelawat yang mahu berjumpa dengan banduan yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah. Dia membawa sepasang telekong, T-shirt muslimah dan seluar bersama pakaian-pakaian kecilnya sekali.





3 comments:

  1. Ya Allah... takkan tiada siapa pun keluarga Tengku Faris selain Tengku Faridah tahu Hidayah dalam tahanan...

    ReplyDelete
  2. Tgku Faizal sekeluarga tengah kalut menguruskan Tg Faris yg koma kmudian meninggal. Betmbah sibuk dengan keadaan tg fridah myebabkan mreka trlupa pd Hidayah.

    ReplyDelete
  3. Sapa yang datang hantar pakaian??? Tak sabar nak tau ni mak Teh.

    ReplyDelete