~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 7 October 2013

Bab 4 Siapa aku dihatimu






Sudah hampir sebulan Syukri menjalani hidup mengemudi dua bahtera. Pulang kerumah isteri muda Maisarah namanya, dia disambut dengan seyuman ceria berkicau mulutnya bercerita itu ini. Tapi bila dirumah isteri tua Nurizana wajah pilu meruntun jiwa yang  terpamir. Bibirnya pula rapat terkunci  bagai ada intan permata yang dikulum didalam mulutnya. Hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari bibirnya,  itu pun bila dia ditanya. Bak kata orang dia membuka mulutnya hanya pada yang perlu sahaja. Dulu dia tidak begitu wataknya manja celotehnya juga boleh tahan. Sejak dia memberi madu kepadanya wataknya jauh berbeza.  Ada juga rasa bersalah dibenak Syukri menyebabkan Nuri dirundung duka.


           Nurizana bekerja disebuah Jabatan Kerajaan, waktu kerjanya pula mengikut giliran. Setelah kasihnya disaingi dia lebih suka bekerja waktu malam sahaja. Syukri menyedari keadaan itu dan dia maklum mungkin dia mahu menghindari dirinya. Dia merajuk,Syukri  akan bersabar. Dia akan cuba memujuknya perlahan-lahan. Itu azamnya dalam diam.


           Awal tengahari itu Syukri menerima satu SMS dari isteri pertamanya Nuri. Jika pada kebiasaan isterinya setelah bekerja malam dia kan diberi cuti dua hari.

‘saya nak balik kampong tiga hari…’

‘bila? Abang temankan’

‘Petang ni.. tak perlu saya nak sendirian..saya nak cari ketengan saya..’

‘Angkat call abang..’  tidak lama lepas tu dering handfon Nurizana kedengaran memenuhi ruang tamu rumahnya. Sebenarnya dia baru pulang kerja giliran malam.


          Sejak Syukri menyatakan dia sudah bernikah sekali lagi mereka tidak pernah lagi membincangkan perkara itu.  Nurizana membisu seribu bahasa. Dia tidak pernah ingin bertanya dengan siapa dia bernikah sekali lagi dan bila mereka bernikah. Waktu mereka bersama juga sangat terhad kerana dia sering bekerja diwaktu malam.

“Assalamualaikum” Syukri berdahuluan memberi salam.. lembut sahaja suaranya dihujung talian. Itu nada memujuk Syukri mengharapkan suara lunaknya akan mengubati sedikit luka dihati isteri pertamanya.

“Walaimukum salam..” lemah sahaja suara Nuri dihujung talian. Dia sebenarnya dia tidak suka mendengar suara suaminya. Hatinya menjadi sedeh. Hatinya terhiris bila mengenangkan suaminya ada lain kasih dihatinya. Hatinya menjadi pilu bila mengengangkan suara lembut memujuk suaminya juga dikongsi dengan wanita lain. Akan timbul pertanyaan dihatinya siapakah dia dihati suaminya sekarang ini.

“Nuri..abang rasa sekarang ni Nuri macam nak menjauhkan diri dari abang saja. Kalau dulu hanya tiga empat kali saja Nuri kerja shift malam. Sekarang  ni,  abang tenguk hari-hari Nuri syit malam. Kenapa Nuri..” Nuri dihujung talian hanya mendiamkan diri  namun dihatinya sibuk menjawap kata-kata suaminya.

‘Sebab abang dah ada orang lain..kalau saya tak ada pun abnag tetap akan bahagia. Kecapilah bahagia abang..abang tak perlukan saya lagi’..itulah bisik hatinya. Beriring dengan air mata yang mengalir dipipi. Sekarang ini air matanya seirng sahaja menjadi temanya. Bila dia bersendirian dan bila dirinya merasa kesaorangan.

“Nuri abang nak tanya ni ..Nuri nak balik kampung ni sebab  Nuri nak lari dari abang ke?..” tiada juga  jawapan yang keluar dari mulut isterinya yang kedengaran hanya helaan  nafas halus dihujung talian, Syukri jadi buntu dengan kebisuan isteri pertamanya.

“…jawablah sayang rindu sangat abang dengan suara Nuri rasanya  dah lama sangat abang tak dengar suara sayang..”.

            Semenjak suaminya memberitahu yang dia sudah menikah sekali lagi Nuri bagai kehilangan kata-kata bila berhadapan dengan suaminya. Dia hanya berSMS jika menghubungi suaminya. Kalau boleh dia juga mahu berSMS sahaja jika suaminya memenuhi giliranya. Entahlah bagaikan ada batu besar yang menyekat suranya. Rasanya dia sudah kehilangan  banyak ‘perbendaharaan kata’ jika berhadapan dengan suaminya sekarang ini.

“Nuri janganlan macam ni, sayang abang pada Nuri tak berubah, abang sayang Nuri macam dulu juga”. Makin sedeh hatinya mendengar kata-kata sayang yang keluar dari bibir suaminya.

“Ye!! saya tahu abang sayang saya, itulah sebabnya abang beri saya madu sampai saya tak tertelan sebab rasa manisnya..manis sangat rasa nya bang. Sejak abang cakap abang dah nikah satu lagi, teringin saya nak tahu apa salah saya sampai abang mencari kasih lain, apa kurangnya saya ni, tak sempurnakah saya dimata abang, tidak cukupkah layanan saya pada abang, atau sebab saya belum lagi dapat melahirkan zuriat abang, tapi kita kan sedang  mencuba. Saya sedang berusha bang, segala ubat saya telan, segala petua sedang saya amalkan. Saya sedang berusha bang saya sedang berusha. Kenapa dengan kekurangan saya yang baru saya nak memperbaiki ni abang hukum saya macam ni, kenapa???” terjerit sura isterinya dihujung talian bersama esakkan pilu.

Pertukaran ganti namanya juga sudah berubah tidak lagi, Nuri nama manjanya bila dia berbicara dengan suaminya tetapi SAYA. Tidak pernah tergambar oleh Syukri begitu hebat luka hati isterinya dengan tindakkanya. Sudah sebulan peristiwa nikahnya baru sekarang ini isterinya pertamanya mampu melontarkan soalan itu.
      
        
Sebenarnya pasangan Syukri dan Nurizana sudah pun melakukan pemeriksaan di sebuah hospital pakar sakit puan, mencari punca mengapa mereka belum lagi dikurniakan zuriat, walaupun mereka telah berkahwin hamper empat tahun. Hasil dari pemeriksaan tersebut didapati mereka berdua normal. Isterinya juga subur, tidak ada tanda-tanda kemandulan. Untuk memberi kesan yang diharapkan, Nuri mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doctor. Dia  sudah memakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Dia juga sudah kekampung Syukri diPengkalan Hulu beberapa bulan lepas berurut untuk membetulkan kedudukan rahimnya. Itu yang dicadangkan oleh emak mertuanya dan dia menurutinya. Tetapi mungkin rezeki belum menyebelahi mereka untuk mereka menerima zuriat.

“Tak sayang,  sayang cukup sempurna pada abang, cukup layan, cukup segalanya tapi abang hanya nak menunaikan janji. Dulu abang pernah janji dengan Maisarah abang akan jaga dia sampai kehujung nyawa. Abang malu abang yang tak setia dan tak berpengang pada janji, tolong fahami abang Nuri.” 

            Sememangnya Syukri ada melafaskan janji ketika dia dan Maisarah berkasihan dahulu. Dia akan duduk serumah dan menjaga Maisarah hingga kehujung nyawa, bila tiba masanya. Itu biasalah adat orang berkasih.

 
 “Saya tak sangka pandai abang berjanji sana sini. Kalau dah abang janji pada dia kenapa abang kahwin dengan saya. Bukan saya yang beria dulu.”


“Sebetulnya masa kita kawan, abang dah lama putus dengan Sarah. Masa abang ajak Nuri nikah memang abang benar-benar dah jatuh cinta pada Nuri. Masa pertama kali abang jumpa Nuri dulu pun abang dah terpikat dengan Nuri.”

Ahh terpikat konon’ Nuri mencebik kata-kata suaminya. Nasib baiklah ditalian telefon kalau didepan mata tentu kedapatan tingkahnya oleh suaminya.


“Habis macam mana abang boleh nikah dengan dia kalau dah lama putus..kalau dah tak ada perasaan dengan dia?”


“Abang tak sangka setelah lama kami tak ambil tahu hal masing-masing tiba-tiba dia call abang. Katanya dia dah berhenti kerja kerana nak jaga emak dia sakit. Masa tu dah setahun lebih  kita kahwin.  Tapi abang tak pernah pergi jumpa dia. Kami hanya berhubung melalui telefon  saja. Abang memang dah tak  ada hati dengan dia. Tapi tiga bulan lepas dia datang pada abang nak minta tolong carikan kerja.  Kebetulan pula Kak Nab (Kerani dibengkel Syukri)  dah berhenti kerja, jadi  abang pelawa dia kerja dengan abang. Masa tulah dia cakap selama ni dia tunggu abang, tu pasallah dia tak kahwin. Dulu memang abang ada janji dengan dia nak jaga dia, jadi abang rasa bersalah sangat. Abang kahwin dengan dia hanya nak menunaikan janji abang, tolong faham abang Nuri. Abang memang masih sayang Nuri macam dulu juga”.

 “Kenapa abang tak cakap dengan saya sebelum abang nikah. Jika abang bagi saya pilihan saya tak sesakit macam ni, saya lebih rela dilepaskan dari abang beri saya sakit yang macam ni.” kedengaran esakkan dihujung talian.

 Hati Nuri menjadi hancur mengapa selama ini dia tidak terhidu suaminya menjalin semula hubungannya dengan kekasih lama. Jika dikira sudah dua tahun mereka berhubungan. Kerana terlalu percaya cinta suami  yang kononya seteguh Timbok Besar Negeri Cina dia buta pada keadaan.

Jika dilihat pada keadaan sekarang ..kalau bagi tahu dengan Nuri mesti abang tak jadi nikah dengan Maisarah ataupun Nuri yang akan  tinggalkan abang’..Itu bisikan dihati Syukri

“Nuri!!  abang sayang Nuri cinta abang masih teguh pada Nuri, abang tak mampu hidup tampa Nuri, Nuri jangan jauhkan diri dari abang. Tolong fahami abang sayang”.

‘ahh pandai sungguh suaminya berkata manis’

“Kalau abang sayang Nuri kenapa sampai hati abang lukakan hati Nuri”.

“Nuri! abang serba salah  sebetulnya, abang nak menunaikan janji abang pada Sarah saja. Janji yang abang dah lafazkan  lapan  tahun dulu, yang sebetulnya abang tak sangka yang dia betul-betul tunggu abang. Abang rasa bersalah pada dia sebab tak setia. Tapi dalam pada tu abang dah cintakan Nuri,  abang cintakan Nuri sangat-sangat.”

Perkenalan  Syukri dan Nurizana terjadi  ketika Nurizana menemani pak su memilih barang untuk pertunangan pak su. Beza jarak usia pak su dan dirinya hanya 4 tahun sahaja. Dua abangnya, Ahmad Lutfi dan dirinya merupakan  sepermainan waktu kecil dahulu. Sejak pertemuan yang tidak disengajakan galak Syukri menghubungi  dirinya. Hingga lama kelamaan hatinya lembut dan memilih Syukri menjadi teman hidupnya.

“Lut kau kenalkanlah aku dengan anak sedara kau tu, aku tenguk kau dah nak kahwin aku pun rasa nak kahwin juga lah Lut. Aku tenguk anak saudara kau pun ok apa. Cantik, sopan.. pandai lagi.. tolong ye”. Rayu Syukri pada teman baiknya.

“Tenguklah macam mana nanti”.

“Jangalah macam tu Lut..aku sungguh-sungguh ni”.

“Aku tak suka kau main-mainkan perasaan dia,dia tu baik, hati nurani dia bersih lagi, tak tercemar lagi dengan cinta sang jejaka..”.

“Kalau macam tu lagi baik,  aku lagi suka cintanya hanya untuk aku sorang,  aku nak akulah cinta pertama dia, aku janji tak akan main-main dalam soal perasaan aku pada dia. Aku tak akan dia tunggu aku lama kalau dia setuju saja kita sanding sama-sama boleh, aku sungguh-sungguh ni.” Begitu bersungguh Syukri meyakinkan teman baik tentang hasrat hatinya ingin berkenalan dan menyunting Nurizana pada ketika itu. Sememangnya dia begitu teringin berumahtangga. Ingin hidupnya ada yang menemani.

“Nanti aku bagi kau nombor dia, kau cubalah sendiri”.

Pertama kali Syukri menghantar  SMS kepada Nuri tidak dilayan sehinggalah lima kali SMS baru lah orang dihujung talian memberi tindak balas.

‘Siapa ni??” macam tak tahu bahasa. Kalau orang dah tak balas ertinya orang tak suka’.

‘Amboi garangnya’.

‘Mestilah…saya akan  garang pada orang yang saya tak kenal’.

‘Kalau awak dah kenal  awak tak garang lagi lah..ok saya kenalkan diri saya, saya Syukri bin Abdul Razak , kita ada jumpa beberapa hari lepas, ingat lagi tak’.

‘Rasanya saya tak jumpa orang beberapa hari lepas’.

‘Apa pulak tak adanya, Hari tukan Nuri temankan  Ahmad Lutfi bin Haji Abdul Wahab pak su awak tu beli barang dia nak bertunang,  yang bercakap-cakap dengan pak su Nuri sayalah’.

‘Pun saya tak kenal..ok asalamualikum..jangan SMS lagi saya tak kenal’. belum sempat Syukri menjawab salam talian sudah diputuskan. Tak apa  esok SMS  lagi bisik hati Syukri sambil memerhati muka screen telefonnya dengan senyuman meleret. Yang sebenarnya hatinya rasa tercabar dengan sikap garang Nuri.



5 comments:

  1. nak kesian kat yang mana satu ni...

    ReplyDelete
  2. Yang mana-manalah tapi mak teh nak cerita sakitnya hati seorang wanita yang dimadu. Tak kiralah isteri pertama atau isteri kedua tetap sakit tapi yang pertama lebih parah sebab dia tak diberi pilihan mana tahu balik saja suami kata dia dah nikah. kalau yg kedua sakit dimadu dia yg pilih sendiri. betul tak. Lagi pun yg kedua rasanya lebih disayangi sebab suami baru dapat.

    ReplyDelete
  3. Assalmualaikum. Sedih cerita ni perlu ke kita menunaikan janji sebelum ini konon nak hidup bersama hingga ke hujung nyawa sedangkan kita telah berkahwin? Susahkan kalau selalu ikut kata hati tanpa memikirkan perasaan pihak yang lain.

    Mak Teh rasanya ada perenggan di Bab 3 diulang dalam Bab 4 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah ditolak mentah² dulu. Menunaikan janji tu cuma alasan Syukri nak tambah cawangan. Takde kena mengena dengan janji lama. :)

      Delete
  4. Sebab sedih mak teh malas nak tengok dua tiga kali, tapi hati nak share crita sorry.

    ReplyDelete