~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 9 March 2015

Bagi menjawab pertanyaan



Cerita ni jadi tersngkut-sngkut..mlm ni pun tak ada post baru..dah diushakan pun tak boleh nak habis juga. Masa ni mak teh memang tngah sibuk maklumlah awal tahun..banyak kursus mak teh sibuk kursus kat tempat kerja.

Bagi menjawab pertanyaan…Anonymous8 March 2015 at 19:57
Baru keluar watak Jannah...
Mak Teh, nak tanya sikit yer. Perempuan akan jadi mahram dengan anak tiri setelah dia bersama dengan suaminya kan? Pernah baca begitu tapi tak pasti.


           Biar pun tak bersama setelah bernikah dia dikira anak atau emak atau baba tiri dan mereka akan jadi mahram hingga akhirat..ini yang mak teh tahu tapi juga tak pasti seperti anda..Tetapi yang menjadikan kita mahram adalah syarat kita bernikah..bukan perbuatan(jimak (bersetubuh) dengan pasangan.. betulkan..itu sebabnya anak luar nikah bukan mahram pada bapa luar nikahnya.


Batasan : Anak Menantu – Mertua @ Mertua Tiri

Sejak sekian lama mendirikan rumah tangga diri ini selalu tertanya2…. apakah batasan aku dengan ibu mertuaku… apakah aku dikira mahram atau ajanib??? selalu keterbatasan fikiranku bermain dan berlegar… setiap kali pulang kerumah mertua hati ini menjadi tertanya2… ya…. kalau mertua aku tahu apa hukumnya.. tapi kisah aku lain sikit… sebab aku mempunyai ibu mertua tiri…

Pada mulanya perkahwinan, aku selalu bersalaman dengan ibu mertuaku iatu ibu tiri isteriku… tapi setiap kali aku bersalaman… diri ni selalu musykil.. apakah keterbatasan aku dengan ibu mertua tiri ini??? adakah aku boleh bersalaman dengan beliau? adakah beliau boleh mendedahkan auratnya  (Rambut) dengan aku???
 jawapannya : mari kita baca kisah ini :
Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat  30 surah an-Nur

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ  وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ

Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.

Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad Shauqi pernah bermadah:

نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ   فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ

Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan.

Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?

Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram ?

Keterangannya adalah seperti berikut:

1-  Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan ke atas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu. Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut;

1- Kerabat
2- Susuan
3- Musoharah (perkahwinan)
Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas bolehlah kita katakan hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit adalah hubungan sebagai  bapa mertua tiri dengan menantu tiri.
2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa’;

وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِيْنَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).
Berdasarkan ayat tersebut jelaslah  Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم . Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana  berdasarkan hadis

وَيَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ

Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.
Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu  bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).

3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga

وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ

Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.
Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .
RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI  

1- Kedudukan bapa mertua adalah tidak sama dengan bapa mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram,  manakala hubungan di antara bapa mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.

2- Di dalam kitab مغنى المحتاح   karangan syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu)

3-Wajib bagi perempuan tersebut  sentiasa menjaga batasan auratnya seperti yang ditetapkan oleh syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain.
Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.


4-Sering menjadi persoalan, dalam situasi sebegini adakah apabila mereka bersentuhan akan membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas termaktub di dalam kitab-kitab fikh. Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang lelaki menyentuh kulit perempuan ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua mereka terbatal (Minhaj at-Tolibin)

4 comments:

  1. Assalamualaikum... mmg citer dan situasi Hidayah ni perlu research menyeluruh. Mmg bapa mertiua tiri bukan mahram isteri. Kerana istilah tiri adalah pada suami. Tapi yg selalu orang kita terlepas pandang ialah bila seorang mempunyai anak tiri... ibu bapa kandung suami/isteri akan ada cucu tiri... cucu tiri ini bukan mahram mereka dan membatalkan air sembahyang bila bersentuhan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... mmg citer dan situasi Hidayah ni perlu research menyeluruh. Mmg bapa mertiua tiri bukan mahram isteri. Kerana istilah tiri adalah pada suami. Tapi yg selalu orang kita terlepas pandang ialah bila seorang mempunyai anak tiri... ibu bapa kandung suami/isteri akan ada cucu tiri... cucu tiri ini bukan mahram mereka dan membatalkan air sembahyang bila bersentuhan.

    ReplyDelete
  3. 3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga

    وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ

    Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
    Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.
    Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .
    RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI
    Ni yang saya maksudkan. Kes Hidayah bertentangan(ibu tiri kepada anak lelaki suaminya). Adakah Tengku Farid boleh jadi mahramnya walaupun dari segi biologi mereka adik beradik.
    Walaupun sekadar bacaan tapi memang rumitkan. Maaf ye Mak Teh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Hidayah dan Tengku Faris tidak pernah bersama.
      Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya.

      Delete