~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 25 July 2013

Bab 31. Tidak terkikis kesal dihati.




Nakhodanya bingung kapalnya karam,
Karam nun jauh dilaut dalam,
Umpama api dalam sekam,
Luarnya elok hangus didalam.


            Atirah rupanya pandai berlakon untuk mencari mood kakaknya. Ialah bukan sekejap mereka bersama. Sedari  kecil lagi mereka sebilik. Segala rasa mereka berkongsi tidak kiralah rasa suka atau pun duka. Lagipun hanya mereka berdua anak perempuan Encik Abdul Rahim dan Puan Halimah tentulah mereka rapat.

“Tirah..kenapa cepat sangat putus asa ..kakak belum pun cakap apa-apa, dah nak mengalah” .

“Habis kakak setujulah ni.. kalau kakak setuju cakaplah, boleh Tirah cakap dengan dia esok .. yang sebetulnya dia pun susah hati juga. Nak diikutkan kata emak ayahnya dia takut tak dapat jadi suami yang baik, tak diikutkan dia tak dapat bawa calon untuk mereka..”

“Kenapa pulak macam tu”.

“Kan ada orang cakap kahwinlah dengan orang yang kita suka, InsyaAllah kita akan berbuat baik dan mengasihi..tetapi kalau kerana terpaksa mungkin secara tak sedar kita akan menzalimi mereka…jadi kakak macam mana  setuju tak?? cakaplah.” desak Atirah suara cerianya  bergema di hujung talian mahu kepastian tentenag  persetujuan dari kakaknya.

“Ialah kakak setuju.”

“Setuju apa.. setuju kalau abang Man jadi suami kakak semula?.”

“Tirah ni ...apa yang Tirah tanya..setuju itulah.” Amirah ni memang dalam ketegori orang yang pemalu. Untuk mengakui dia bersetuju untuk menjadi isteri Loqman kembali pun dia malu.

“Yess…Alhamdulliah  Tirah bersyukur sangat kepada Allah..kakak setuju. Tirah nak cakap dengan ibu kejap nak dengar suara ibu pulak.. Semoga Tirah tidur lena malam ni kak.”  ceria suara Atirah terbayang  kelakuannya dia mata Amirah.


Kemudian Amirah memanggil ibunya. Setelah bercerita dengan ibunya beberapa minit, talian di putuskan.  Tapi puan Halimah masih lagi bercerita di telefon, dengan siapa dia bercerita Amirah tidak tahu. Amirah masuk kebiliknya.Ketika dia didalam bilik bersama anaknya yang sudah terlena, terdengar puan Halimah memanggilnya, mengajaknya berbual diruang tamu. Keluar dari bilik hairan Amirah memandang wajah ceria ibunya senyumnya mahu sampai ketelinga.

“Alhamdulilah,..ibu bersyukur sangat kakak setuju terima Loqman balik.”  Itu yang keluar dari mulut ibunya bila punggung mencecah disofa ruang tamu mereka. Sambil tangan ibunya mencapai kedua belah tanganya dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

“Tirah cakap dengan ibu ke?..Tirah ni tak boleh nak berahsia langsung.” berkerut-kerut dahi Amirah. Tidak disangkanya Atirah sudah menyampaikan dahulu persetujuanya.

“Ialah berita gembira ni, Tirah pun suka kalau kakak kahwin dengan Loqman balik… tapi ibu nak tanya ni...betul ke kakak setuju?.” Amirah hanya mengangguk, ketika itu ayahnya juga menjeguk keruang tamu.

“Ayahnya! anak kita ni ha,  setuju nak terima Loqman balik.” 

“Alhamdullilah.” Hanya itu yang dilafazkan oleh ayah Amirah. Kecerian terpancar pada kedua suami isteri itu. Mereka bersyukur kepada Allah, akhirnya terbuka juga pintu hati anak sulong mereka untuk menerima seorang lelaki sebagai suami. Bertambah gembira kerana yang diterima adalah Loqman.


                        Pagi itu Syifa meminta ibunya menghantarnya kesekolah. Sepulangnya Amirah dari menghantar anaknya, dia kedapur semula menyambung mengoreng ‘kueh pau goring’nya yang terkendala, kerana permintaan anaknya tadi. Pau goreng adalah sejenis pau yang berintikan sambal tumis ikan bilis dan sekeping hirisan timun ditengahnya. Ianya digoreng dahulu dengan api yang perlahan.. setelah kekuningan pau tadi diangkat dari kuali, kemudian pau tadi akan dihiris dibahagian tengahnya untuk dimasukkan sambal tumis ikan bilis dan hirisan timun kedalamnya. Sedap dimakan ketika masih panas lagi. Kedua ayah dan ibunya dikeliling rumah menyiram tanaman mereka. Waktu itu baru pukul sembilan pagi, terdengar deruman sebuah kereta berhenti dihadapan rumah mereka. Tidak lama kemudian terdengar pula orang memberi salam, terdengar pula ayah dan ibunya menjawap salam.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam..Ehh..kak long pagi lagi dah sampai..pukul berapa dari rumah tadi?.”

“Ni haaa kak long kamu ni Limah tak sabar-sabar nak datang sini..nak jumpa Mirah katanya.” terdengar suara Encik Abdul Majid memberi penjelasan.

“Ialah Limah, Rahim …Mirah ada?..kak long nak jumpa dia ni.” Puan Sharifah mengiakan kata-kata suaminya.

“Ada kat dapur tu tengah goreng pau..pagi tadi Syifa merengek minta ibunya hantarkan dia pergi sekolah, tu yang tak siap lagi goreng kueh…naiklah kak.”

“Ialah Limah kak long naik dulu. Assalamualaikum !! Mirah mama datang ni.” Laung Puan Sharifah sambil menaiki tangga meluru sahaja menuju kedapur bagai tidak sabar-sabar lagi. Bila mendengar orang memberi salam bergesa Amirah mematikan api dapurnya, ingin menjengah keluar.

“Waalaikumsalam..Ehh mama! apa khabar lama tak jumpa mama.” tidak sempat Amirah meraih tangan bekas ibu mertuanya untuk bersalaman, Puan Sharifah terus memeluk dan mencium dahi bekas menantunya bila Amirah terjengul dipintu dapur.

“Mirah dah habis goreng kueh..mari kejap mama nak tanya.”

“Dah... mama nak tanya apa??” Terkejut Amirah dengan kenyataan bekas ibu mertuanya..sedang dia terpinga-pinga tanganya pula ditarik oleh bekas ibu menantunya menuju keruang tamu. Mereka duduk bertemu lutut disofa runag tamu. Kelihatanya Puan Sharifat tidak sabar-sabar hendak mengeluarkan isi hatinya wajahnya nampak sungguh gembira.  Mencecah sahaja punggung Puan Sharifah disofa terus sahaja ketopik yang hendak dinyatakan.

“Mama sebenarnya bersyukur sangat Mirah sudi terima Loqman jadi suami Mirah semula.. mama tak sabar nak Mirah jadi menantu mama balik..kalau boleh hari Sabtu ni Mirah nikah.”

“Ehh mama!! takkan Sabtu ni..tak cepat sangat ke?” Amirah terkejut dengan perancangan bekas ibu mertuanya.Tampa berbasa basi Puan Sharifah terus menyampaikan hasrat hatinya..hatinya begitu teruja. Malam tadi tidurnya tidak begitu lena menantikan pagi. Terasa lama menanti terbitnya sang mentari..tadi baru pukul tujuh, sudah digesa suaminya bersarapan dan bersiap turun ke Kuala Pilah menyampaikan hajat hatinya.

“Mama bukan apa Mirah..mama dah lama tunggu Mirah sudi jadi isteri Loqman semula, lagi pun kak ngah ada kat rumah tu, dia nak habiskan cuti bersalinya kat PD. Minggu depan dia dah mula kerja. Kalau dia dah kerja nanti susah dia nak dapat cuti lagi, lagi pun Mirah tengah cuti kan senang.. tak payah minta cuti lagi”. Kak ngah adalah kakak ipar Loqman yang nombor dua. Bekerja sebagai seorang guru di Kuala Terengganu, sudah hampir dua bulan  melahirkan anak yang ke tiga, seorang bayi lelaki. Abang Loqman yang kedua ini telah mempunyai dua orang anak perempuan. 

Setelah lama mendiamkan diri mungkin sedang berfikir. Ibu mertuanya bersuara kembali. Melihat Amirah tunduk mendiamkan diri.Puan Sharifah menyambung kata-katanya lagi...

“Mirah, ni mama dah bawakan baju untuk hari nikah Mirah esok, sama dengan warna baju Loqman. Mirah setuju ye.” Lembut suara Puan Sharifah memujuk. Amirah mengangkat muka memandang wajah bekas ibu mertuanya yang bersungguh. Melihat Amirah membatu tidak bersuara.Puan Sharifah menyambung lagi rayuannya.

“Mirah, hari Sabtu ni atau bulan depan ke…sama saja, Mirah juga yang akan nikah dengan Loqman, lagi pun bukan kita nak buat besar-besaran, nikah saja kan. Kalau Mirah dah nikah dengan Loqman senang hati mama, boleh ye Mirah mama harap sangat Mirah setuju.” Amirah sudah tidak terkata lagi, jika sudah itu yang diminta  oleh bekas ibu mertuanya, akhirnya dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Untuk membantah dia tidak sampai hati. Dengan suara perlahan dia berkata..

“Mirah ni ikut saja, mama bincang lah dulu dengan ayah dan ibu Mirah. Mirah ikut mana yang baik.”  Hanya itu yang dapat diperkatakan demi melihat kesungguhan bekas ibu mertuanya. Dia tahu sejak dari dulu lagi ibu saudaranya yang ini memang sayangkan dirinya.  Walaupun dia sudah tidak menjadi menantu mereka mereka tetap menganggap dirinya seperti anaknya.

“Mama dah minum ke?..nanti Mirah buatkan air.” Amirah bangun menuju kedapur sementara ibu mertuanya pula menjengah keluar rumah.

“Limah, Rahim dan papanya mari lah naik kita bincang hal anak kita ni.”

“Tenguk tu Limah, Rahim tak sabar-sabar kakak kamu tu.” Mereka naik kerumah bila mendengar gesaan dari Puan Sharifah. Untuk membincangkan hal anak mereka.



Mereka berbincang diruang tamu. Jika di lihat dari perbincang kedua belah keluarga, Amirah merasakan kedua ayah dan ibunya seperti sudah lama bersedia. Mereka tidak membantah apa yang diperkatakan oleh bekas besan mereka. Berdebar hatinya mengenangkan hari-hari mendatang. Tetapi keluarganya dan keluarga bekas suaminya kelihatan sungguh gembira. Mereka makan tengahhari sambil berbual ceria bersama cucu mereka yang keletah, seakan mereka meraikan sesuatu kemenangan. Selepas solat zohor barulah mereka pulang. Sepeninggalan mereka, Amirah bertanya apa yang berbuku didalam hatinya kepada kedua orang tuanya.

“Ayah,ibu kenapa ikutkan sangat cakap mak long dan pak long tu….hari Sabtu ni tak ke suntuk sangat.”

“Tak apalah kakak ada lagi tiga hari ..sempat lagi, kejap lagi  ibu telefon angah dan Tirah suruh diorang  balik tolong kita..kakak jangan bimbang. Lagi pun kita bukan nak buat kenduri besar-besaran.. nikah saja, lepas tu buat dua tiga ‘jambal’ hidangan panggil jiran sebelah menyebelah jadilah..betul tak ayahnya.”

“Betul tu kakak..bab kadi pak long yang uruskan. Katanya kalau nak nikah kat rumah boleh panggil kawannya.. dia bekas kadi.  Ayah kata tadi nikah dipejabat kadi saja senang, tapi kakak kena nikah hari Jumaatlah paling lambat atau pun hari Khamis ni.” usik ayahnya. Dia tahu anaknya mengelabah dengan pernikahahnya yang tidak dirancang dan diduga.

“Haa ayah ni biar betul, kakak tak naklah tergesa-gesa sangat, ini pun macam ada yang tak kena saja ni, mak long dan pak long nak cepat-cepat ni kenapa agaknya.” Amirah mula ber prasangka buruk pula pada bekas kedua mertuanya.

“Kakak! kakak janganlah fikir yang bukan-bukan, niat mak long dan pak long tu baik.  Dia sayang sangat kat kakak. Dia tak sabar-sabar nak kakak jadi menantu mereka semula”. Terang Puan Halimah.

“Ia kakak..mungkin dia takut kakak berubah fikiran.” sambung Encik Rahim pula, tapi sememang itulah yang ditakuti oleh kedua keluarga itu. Mereka takut Amirah bertukar fikiran dan menolak Loqman semula.


            Sehari selepas pulang dari berbincang dirumah keluarga Amirah, Encik Abdul Majid menghubungi Encik Abdul Rahim. Dia memberitahu bahawa kawanya bekas kadi itu sekarang ini berada di Mekkah mengerjakan ibadat Umrah. Nampaknya anak mereka terpaksalah dinikahkan di pejabat agama saja, ini bermakna mereka akan dinikahkan selewat-lewatnya hari Jumaat.Berita itu disampaikan kepada ibu Amirah. Kemudian mereka berdua menyampaikanya pula kepada Amirah.

“Kakak meh sekejap nak…”lembut sahaja ibu Amirah berbicara.

“Ye bu, ibu panggil kakak ke?” ketika itu Amirah didapur sedang menyediakan makan makan malam mereka.  Apabila Amirah bercuti hati ibu Amirah girang kerana kerja-kerja rumah, membasuh kain baju dan memasak  dilakukan oleh Amirah tampa meminta bantuannya. Dia pula akan mengemas sekeliling rumah.

“Mari lah ibu dan ayah nak bincang sikit dengan kakak ni.” setelah Amirah duduk bersama mereka diruang tamu ayahnya membuka kata.

“Kakak! nampaknya kakak kena nikah hari Jumaat ni..sebab kadi kawan Pak Long tu tengah buat Umrah sekarang ni.”

“Ehh ayah!! sempat ke?” berkerut-kerut lagi dahi Amirah..Ahh belum masuk tiga puluh  dah berkedut seribulah muka aku ni..kerana memikirkan hal peribadi.  Pulang bercuti kali ini dia asyik terkejut-kejut sahaja mendengar berita-berita yang tidak disangka-sangka..detik hatinya.  Ini semuanya angkara Loqman.

“Sempat lah…bukan buat apa pun, nikah saja dipejabat agama..malamnya kita buat kenduri doa selamat sikit, okkan ibunya.” cadang ayah Amirah, seakan tiada masaalah baginya.

“Limah ok saja .“ dengan senang ibunya mempersetujui cadangan ayahnya. Kemudian dia  menyambung lagi, mengatur rancangan.

“Kakak jangan bimbang nanti masa kakak pergi pejabat ugama, ibu ajak dua orang makcik kakak dan jiran kita masak pun sikit saja makan untuk tiga puluh orang cukuplah kan ayahnya".

"Cukuplah tu kita khenduri doa selamat dan pemberitahuan kaka dan nikah dengan Loqman...nanti taklah timbul fitnah".

"Ayahnya esok pergilah beli barang-barang yang hendak kita masak. Ibu dah telefon Tirah dan angah suruh ambil cuti, diaorang akan cuti Jumaat ni.. entah-entah malam esok mereka dah sampai.” mereka sekeluarga akan sama-sama menjayakan majlis bagi menyatukan Amirah dan Loqman.

“Eloklah tu ayah setuju.” Amirah sudah tidak terkata apa..bila kedua ayah dan ibunya menyokong padu rancangan bekas besan mereka. Kelihatannya mereka sangat gembira.

“Kakak ni kalau nak nikah mesti macam tergesa-gesa saja. Dah masuk kali kedua pun macam ni juga.” rungut Amirah tapi tetap didengari oleh kedua ayah dan ibunya.

“Kenapa kakak tak setuju ke?” ayah bertanya bila mendengar rungutan anaknya.

“Bukan tak setuju..tapi kakak takut jadi macam dulu…dulu abang Loqman juga yang nak cepat, akhirnya..” Amirah tidak meneruskan kata-katanya.

“Tapi sekarang Loqman dah lain, dia dah mempersiapkan dirinya dengan ilmu agama supaya dia boleh bersabar jika ditimpa musibah dalam rumah tangga. Kata Pak Long sepanjang dia menjadi duda, dia belajar ugama dimasjid. Dia selalu mengikuti mereka mendengar ceramah-ceramah ugama. Kalau dia ada kat PD hari Sabtu dan Ahad dia ikut pak long dan mak long pergi kursus haji. Dia betul-betul berusha untuk menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab.” panjang lebar ayahnya meyakinkan anaknya. Mendengar kata-kata ayahya yang bersungguh-sungguh Amirah tidak dapat berbuat apa-apa lagi, melainkan mengikut segala yang telah dirancangkan.

“Ayahnya jangan lupa..esok bagi tahu dan jemput sekali abang Long Sudin sekeluarga..nanti kecik hati diorang tu”.

“Ialah ibunya esok balik kerja abang singgah rumah dia orang..abang pergi sorang Limah tak payah ikut. Nanti abang cakaplah sebab-sebanya tentu diaorang  faham. Yang sebetulnya abang long tu bukan cerewet sangat kalau kita berterus terang dengan dia, hanya yang dia bising tu kadang-kadang macam kita ni membelakangkan dia sebagai orang tua...dia ok kalau kita cakap elok-elok”. Amirah meninggalkan kedua ayah dan ibunya yang sedang berbincang diruang tamu, malas dia mahu mendengar perbincangan tentang dirinya.

“Ehh takkan abang nak pergi kerja juga esok...esok juga nak beli barang yang kita nak masak.”

“Tak apalah ayah kerja sehari sahaja kemudian terus memohon cuti..sambil tu abang nak jemput kawan-kawan abang untuk kenduri doa selamat malam Jumaat nanti..”
“Habis nak pergi beli barangnya bila?”

“Hari ni baru hari Rabu, esok kita beli barang yang kering pakai kereta Mirah sekali harung saja.. Jumaat pagi pula abang pergi  selepas subuh..beli barang waktu barang baru turun dari lori ni murah harganya Limah”. Encik Abdul Rahim sudah biasa pergi awal pagi jika dia kepasar membeli barang-barang basah.

“Elok jugalah tu..beras, bawang dan minyak masak abang beli petang balik kerja pun boleh kan bang..lagi pun bukan nak masak banyak sangat.. buat dalam tujuh atau lapan jambal cukuplah, kan bang”.

“Cukuplah tu..tapi kalau boleh lebihkan lah sikit abang rasa nak jemput kawa-kawan abang sekali lah Limah"

“Bang! kawan-kawan abang tu kalau yang dekat ajaklah sekali orang rumah diorang ye.. untuk meramaikan majlis kita”. Terasa sudah ada kemeriahan dihati ayah dan ibu Amirah.


            Hari yang tidak pernah dirancangkan oleh Amirah tiba juga. Loqman tersenyum lebar dari dia pergi kepejabat kadi untuk dinikahkan hinggalah sampai para tetamu yang menghadiri kenduri doa selamat beransur pulang. Kini tinggal keluarga Amirah sekeluarga duduk menikmati makan malam bersama, temasuk Amirah tiga beranak.Tiba-tiba Syifa bersuara ..

“Ayah dan ibu dah kahwin yeeh…ayah bolehlah tidur sini…esok bolehlah ayah hantar Syifa pergi sekolah yee.” Berderai  suara ayah, pakcik, mak cik dan datuknya ketawa, ibunya hanya tersipu malu dan tekedu, mendengar pertanyaan anaknya di depan semua orang.

“Siapa yang nak hantar Syifa..semua orang nak bangun lambat esok..betulkan abang Man.” Adnan cuba mengusik anak saudaranya.

"Apa pak ni jangan jadi pemalas..atuk kata bangun lewat ni rezeki tak masuk tau"

“Betul tu pak ngah…ayah pun nak bangun lambat esok"

"Eeee apa ayah ni nak ikut jadi pemalas macam pak ngah pulak"

"Apa pulak pemalas ni ha... Lepas makan ni semua orang mesti  kemas kalau tidak, suka sangatlah tikus cicak dan lipas dengan pinggan manggkuk yang kotor ni.” Loqman pula mengiakan kata-kata adik Amirah yang kedua Adnan dengan panggilan pak ngah, sengaja dia mengusik anak dara suntinya yang becok. Mulut Syifa mula memuncung macam muncung Donald duck, memek muka dimasamkan dengan jeligan segala, dipamairkan diraut mukanya.

“Kalau macam tu atuklah hantar Syifa..selalu pun atuk yang hantarkan Syifa pergi sekolah.yeeh” Dia memberi senyuman manis khas untuk  datuknya. 

“Hari ni kita dah penat kenduri, ni nak kemas lagi..rasanya atuk pun nak bangun lambat. Atuk nak cutilah esok…ialah atuk cuti kerja dan cuti hantar Syifa esok. ” 

“Macam mana ni …semua orang malas nak hantar Syifa pergi sekolah.. nak jalan sorang-sorang nanti Syifa kena culik pula, atuuk juga yang susah nanti.”

 “Atuk kan polis tak siapa berani kacau cucu atuk.” jawab balas atuknya pula. 

“Oklah kalau macam tu biar maklang saja yang hantar.” sampuk Atirah yang datang untuk menambah lauk yang sudah habis diatas meja.

“Haa ada juga orang nak hantar Syifa..oklah mak langlah yang hantar esok pagi yeeeh” Syifa berpaling kearah mak langnya dia memberi seyuman manisnya khas buat mak langnya pula.

“Ok mak Lang hantar.. tapi Syifa kena dukung mak lang lah..mak lang tak pandai bawa motor tak pandai juga bawa kereta..nak jalan jauh mak lang penat ni.” jawab mak Lang bersyarat pula. Muka Syifa muncung kembali.

“Alaah mak Lang ni..mana Syifa larat nak dukung mak lang ..kan Syifa ni kecil lagi...ibu macam mana ni... Ibu lah hantar Syifa.” Syifa memegang lengan ibunya, wajahnya sudah mahu menangis, memikirkan tiada siapa mahu menghantar dirinya pergi kesekolah esok pagi.

“Esokkan hari Sabtu … Syifa sekolah ke?” sambut ibunya yang kesian melihat anaknya diusik.

 “Ohh..ye ke..lupa pulak Syifa..ye..ye..ye esok cuti… lupa pulak Syifa hari ini hari Jumaat.” wajahnya mula ceria. Mulutnya  becok semula.

“Itulah seronok sangat ibu dan ayahnya dia ada…sampai terlupa hari.. cucu nenek ni.” puan Halimah yang baru keluar dari dapur menyampuk.

            Selesai makan, mereka sekeluarga sama-sama berkemas dan membasuh pinggan mangkuk. Tidak terkecuali Loqman dan Amirah. Mereka juga tolong berkemas. Loqman sibuk mengangkat pinggan kotor. Amirah pula mencuci pinggan yang telah dilonggokkan ditempat basuhan. Terdapat tiga buah besen besar yang berisi air. Satu besen yang agak kecil sedikit air sabun, satu besen lagi air bersih yang telah dicampurkan dengan kulit limau kasturi dan sebesen lagi air yang bersih. Kata puan Halimah supaya mudah membilas pinggan mangkuk, itulah fungsi air bilasan dicampur kulit-kulit limau kasturi. Melihat isterinya membasuh pinggan seorang diri, Loqman menghampiri.

“Biar abang tolong bilas..mana yang dah basuh?” Loqman menghulur bantunan bila dilihat isterinya membasuh pinggan sendirian. Amirah menunjukkan pinggan yang telah dicuci untuk dibilas sahaja.Manakala ibunya dan Atirah sibuk memanaskan lauk-lauk lebih kehenduri tadi. 

“Bang masukkan pinggan yang Mirah dah sabun ni dalam dalam besen yang ada kulit limau”.

“Kenapa?”

“ nak buang air sabunnya, nanti baru masukkan dalan besen air bersih tu ye.” terang Amirah.
Kemudian datang pula Adnan membawa sebuah lagi besen besar.

“Abang Man dah bilas masukkan dalam besen ni, nanti angah angkat tanggkup kat dalam, ibu dah sediakan tempat tu.” setelah habis kerja-kerja mengemas, Loqman bersuara...

“Abang nak mandi dululah Mirah.. abang tak solat Isyak lagi ni..Mirah dah solat?”

“Belum juga..abang pergilah mandi dulu nanti Mirah ambilkan tuala dan kain abang. Kain abang, .abang letak kat mana?”

“Rasanya masih dalam kereta tak ambil lagi..biarlah abang ambil sendiri..Mirah kita sembayang berjemaah ya ..abang tunggu.”

“Ialah..”sepatah jawab isterinya..Loqman berlalu mengambil pakaiannya didalam keretanya.


            Malam itu buat pertama kalinya Amirah solat berimamkan suaminya. Diperkahwinannya yang dahulu, Loqman tidak pernah mengajak Amirah sembahyang berjemaah bersamanya. Maklumlah waktu itu ilmu agamanya hanya boleh untuk diri sendiri sahaja. Sejak dia menjadi duda dia berazam mempelajari ilmu agama sebanyak mungkin, supaya  dia dapat membimbing isteri dan anak-anaknya kelak kejalan yang diredai Allah. Semoga bahtera rumah tangganya diberkati Allah dan dapat bertahan bila dilanda badai dengan iman didada. Selesai solat Amirah bersalaman dan mencium tangan suaminya. Loqman mengesut merapatkan dirinya kepada isterinya, telekong isterinya ditanggalkan kemudian dia mencium dahi isterinya. Dengan mata berkaca dia berkata dengan perlahan..

“Terima kasih Mirah kerana sudi terima abang kembali walau pun abang banyak buat salah pada Mirah... terima kasih kerana bagi abang peluang membetulkan diri abang ni.” air matanya meleleh dipipinya, dia rasa terharu dan dia rasa bahagia diatas penerimaan Amirah dan keluarganya.

“Mirah berterima kasih juga kerana abang masih boleh menerima Mirah seadanya, Mirah ni banyak kekurangannya bang.”

“Jangan cakap macam tu..abang yang banyak kurangnya Mirah.” Loqman menarik isterinya dalam pelukanya dan mengucup umbun-umbun isterinya dengan rasa syukur yang tak terhingga. Dia berjanji didalam hatinya akan menjadikan peluang kedua yang diberikan kepadanya satu yang membahagiakan rumah tangga mereka.


            Pagi itu, pagi lagi Amirah sudah bangun, setelah mandi dan bersolat subuh berjemaah dengan suaminya, dia kedapur. Mengemas mana yang masih perlu dikemaskan. Kemudian dia memasak sarapan pagi. Memandangkan masih ada lagi lauk-lauk khenduri yang masih tidak habis dan boleh dimakan lagi, Amirah memasak nasi goring dan memanaskan lauk-lauk baki semalam. Dia bersiap cepat kerana pagi itu juga mereka akan kePort Dickson pula, kerumah keluarga Loqman. Malam tadi Puan Sharifah menghubungi Loqman, menyatakan keluarga mereka akan mengadakan sedikit makan-makan untuk keluarga dan jiran-jiran berdekatan rumah mereka. Ketika Amirah sedang leka di dapur Puan Halimah menegurnya di pintu dapur.

“Cepatnya kakak buat sarapan.”

“Oh ibu...malam tadi mak long telefon katanya rumah dia nak buat jamuan makan tengahari ni..jadi kami kena pergi sanalah pagi ni..taklah pagi sangat..dalam pukul sembilan ke pukul sepuluh agaknya bertolaklah.”

“Eloklah tu..cepat sampai nanti boleh tolong sikit-sikit..mak mentua kakak pun bukan ada sesiapa nak tolong, kan katanya kak ngah Loqman tu baru habis pantang tak kan dia yang nak buat kerja yang berat-berat. Keluarga abang Long Loqman tak balik kan Mirah”. 

“Tak sempat balik bu..buat khenduri mengejut macam ni mana sempat nak minta cuti”.

“Tak apalah Mirah..Mirah dan Loqman  pun dah selamat nikah.. pergilah  kesana cepat sikit boleh tolong-tolong mana yang patut.”

“Ialah bu lepas sarapan nanti kami bertolak… Syifa dah bangun bu.”

“Sudah agaknya..dah bunyi riuh suaranya dalam bilik kamu tu dengan ayah dia.” Setelah lama mendiamkan diri dan Amirah mula menyambung kerjanya ibunya memanggilnya anak sulongnya perlahan...

“Amirah”.

“Ye bu..” Amirah memberhentikan kerjanya dan berpaling memandang ibunya semula. Dia ingin memberi tumpuan apa yang hendak diperkatakan oleh ibunya. Jika ibunya memanggil dengan namanya pasti ada perkara yang serius yang hendak diperkatakan.

“Kalau kita memaafkan suami kita, biar lah kemaafan yang tulus ikhlas, jangan ada dendam lagi dihati kita. Dendam ni umpama ‘api didalam sekam’ dalam sebuah rumah tangga. Kemudian jangan ungkit perkara yang lepas..sebab ungkitan ni umpama duri yang mencucuk hati.. walaupun tusukkanya tidak parah tapi sakitnya berpanjangan jika selalu di cucuk”. Amirah memasukkan kata-kata ibunya kedalam hati dengan rasa insaf.

“Baiklah bu, kakak ingat pesan ibu tu dan terima kasih diatas tunjuk ajar dan nasihat ibu.” Amirah menghampiri ibunya dan memeluk ibunya erat. Dia menangis didalam pelukkan ibunya...mukanya disembamkan di bahu ibunya.

“Kenapa kakak menangis?”

“Kakak rasa bertuah sangat, kakak tak pernah kesaorangan, ketika kakak susah ibu dan orang-orang disekeliling kakak memberi sokongan padu, memberi bimbingan supaya kakak tak sesat jalan. Ini masa kakak bahagia ibu masih berdiri disisi kakak memberi tujuk ajar, Alhamdulillah kakak bersyukur sangat-sangat.” Esak Amirah didalam pelukkan ibunya.


1 comment:

  1. Alhamdulillah, terbina semula ikatan perkahwinan antara Amirah & Luqman. Harap2 mereka dpt menepis musibah2 yg akan dtg dgn tenang...

    ReplyDelete