~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 17 November 2013

Bab 52 Siapa aku dihatimu




“Kamu berterusterang dengan dia apa yang ada dalam hati kamu tu. Supaya dia tak membina harapan dengan kamu. Tadi emak dah berterus terang dengan dia, keputusan di tangan kamu. Jangan kamu tipu hati kamu sendiri kerana nak senangkan hati orang Syukri. Kalau kamu dah tetap hati, telefon dia terangkan dan putuskan pendirian kamu. Kalau ditangguh-tangguh pun tak guna juga, membiarkan dia membena harapan dengan kamu”.  

Dihadapan emaknya dan masih diatas sejadah Syukri  mencapai telefonnya untuk menghubungi Sarah. Tidak lama panggilanya sudah bersambung terdengar suara ceria Sarah dihujung talian. Mungkin dia teruja menerima panggilan dari Syukri. Tetapi yang sebenarnya Sarah menyangka Syukri mahu memujuknya kerana layanan dinginya tadi. Dia mula teruja dan membayangkan dimana tempatnya didalam hati Syukri. Tiada basa basi dari Syukri terus sahaja dia topic yang mahu disampikan.  Dihujung tali Sarah hanya mendengar memberi peluang apa yang hendak disampaikan oleh Syukri.

“Sarah emak abang dah cakap apa yang Sarah  minta dari emak tadi. Sekarang abang nak terus terang dengan Sarah. Keputusan abang tetap sama macam yang abang cakap  dalam telefon hari tu.  Abang minta maaf sebab tidak boleh nak terima cadangan Sarah untuk rujuk. Banyak buruknya dan tak ada kebaikan langsung untuk kita, kalau kita rujuk. Abang bukan suami yang baik kalau mengemudi dua bahtera. Abang tak mampu berlaku adil.” Cepat Sarah memintas kata-kata Syukri

“Bang yang dulu tu semuanya salah Sarah. Sarah yang selalu melekakan abang bila tiba giliran abang ruamh Nuri. Yang sebenarnya Sarah terdengar perbualan abang dengan Pak Su Nuri masa dia datang bengkel masa kita baru nikah dulu. Sarah dengar abang kata abang nikah dengan Sarah kerana Kesian sahaja. Jadi Sarah nak pupuk semula cinta dihati abang supaya abang sayang Sarah sorang. Sarah nak sangat mengandungkan anak abang supaya Sarah boleh minta abang tinggalkan Nuri bila Sarah mengandungkan anak abang. Tapi Allah tu Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati Sarah ni, takdirnya Nuri yang mengandungkan anak abang. Sarah tersedar dari salah perangai Sarah ni, bila Sarah tenguk CCTV abang tu. Rupanya Nuri tak pernah nak lekakan abang bila sampai giliran Sarah. Sampai masa dia sakit pun dia tak mahu abang temankan, kerana malam tu adalah malam giliran Sarah. Sekarang Sarah dah sedar Sarah tak akan mengulangi perbuatan itu, kalau abang rujuk pada Sarah…
….Kalau Nuri tetap tinggalkan abang selepas ini, Sarah akan menjadi seperti Nuri, akan masak untuk abang setiap hari bang. Sarah nak jadi seorang isteri yang menyediakan makan pakai suaminya. Itu janji Sarah pada diri Sarah bang”.  Sebenarnya Sarah cuba berbuat baik dimata Syukri dulu. Dia minta dilepaskan kerana mahu Nuri kekal disisi Syukri. Tetapi bila Nuri pergi juga walaupun dirinya sudah dilepaskan oleh Syukri timbul pula keinginan untuk hidup sebumbung kembali.

“Sarah kena ingat, anak-anak abang masih kecil perlu perhatian abang, abang tak tergamak nak biarkan Nuri membesarkan anak-anak diselang dengan ketiadaan abang. Kalau pun Nuri tetap tinggalkan abang, abang akan tunggu dia sampai luka hati dia sembuh. Abang yang buat dia terluka abang sanggup tunggu dia. Abang tak akan leraikan ikatan perkahwinan kami. Pada abang selagi abang tak lepas kan dia harapan abang untuk bersama dia masih ada.”.

“Tak apa bang itu semuanya Sarah faham. Yang Sarah mahu kita ada ikatan pun cukup, asalkan abang memilik Sarah. Abang datang lambat pun tak apa, abang tunggu Nuri pun tak apa”. Itulah janji manis sebelum terikat.

 “Tidak Sarah! Abang nak terus terang pada Sarah, sekarang kita tak boleh hidup bersama lagi. Abang sebetulnya dah tahu apa yang arwah emak Sarah cakapkan masa dia tolak pinangan abang dulu. Sarah kena fikir, abang ni berniaga jika makbul apa yang arwah emak Sarah cakapkan alangkah dayusnya abang dan alangkah kesianya Sarah. Wanita sebaik Sarah menanggung suaminya dengan hasil duit tubuhnya. Biarlah jodoh kita hanya setakat dua tahun sahaja, itu lebih baik”.

“Abang baru tahu ke kata-kata arwah emak Sarah tu. Dulu mak tak cerita ke?”.

“Tak Sarah, emak abang bukan orang yang suka memburuk-burukkan orang”.

“Ni bila dia cerita? Sebab dia tahu Sarah nak abang rujuk ke dia cerita atau yang sebetulnya dia tak mahu abang rujkuk pada Sarah, itu yang dia ceritakan kata-kata arwah emak Sarah pada abang”.

“Taak masa abang demam hari tu, masa tu Sarah beum call abang lagi. Abang yang tanya, lepas kita bercerai kenapa dia boleh duduk lama kat rumah Sarah, sedangkan dulu nak duduk sekejap pun macam cacing kepanasan. Masa tulah dia cerita. Dan dia takut kalau doa arwah emak Sarah makbul. Satu lagi doa dia dah makbul bila Sarah tak dapat mengandungkan anak abang”. Sarah mendiamkan diri dihujung talian. Mengambil kesempatan itu Syukri meneruskan kata-katanya..

“Sarah!! Terimalah hakikatnya kita hanya layak sebagai abang dan adik angkat sahaja Sarah. Abang cerita masaalah abang dengan Nuri pada Sarah tempuh hari kerana  abang dah anggap Sarah adik abang, ahli keluarga abang. Harap Sarah tak salah angap dengan abang. Tidak sekali abang mahu meraih simpati Sarah. Dan tak terlintas langsug untuk kita rujuk. Satu lagi abang minta, jangan sekali datang rumah abang lagi.

.... Abang tak suka tipu dan abang tak suka berselindung.. memang benar  hubungan abang dengan Nuri masih seperti telur dihujung tanduk, takut dengan kedatagan Sarah kerumah abang akan mejadikan telur jatuh pecah tak dapat diselamatkan lagi. Sekarang abang sedang meraih kepercayaan Nuri pada abang. Abang merayu pada Sarah untuk sekali ini sahaja. Kasihanilah abang berikan kerjasama untuk abang menyelamatkan rumah tangga abang. Abang sangat memerlukan Nuri dan anak-anak dalam hidup abang”. Kedengaran esakkan halus dihujung talian. Syukri tahu Sarah kecewa dengan jawapanya.  Bila tiada lagi kata-kata dari Sarah, Syukri memutuskan talian. Dia memandang emaknya yang masih menemaninya sedari tadi.

“Mak harap keputusan kamu dari hati kamu sendiri Syukri. Emak tak mahu sebab emak ada sama ni, itu yang kamu jawap untuk Sarah”.

“Tak mak Syukri memang mengharapkan emak ada depan Syukri, untuk Syukri kuat menolak Sarah. Tak tahulah mak Syukri kalau depan Sarah ni rasa kesian sahaja. Syukri dengar dia menangis tadi. Mungkin dia kecewa dengan jawapan Syukri menolak dia”.

“Pada emak, biar dia yang menangis kecewa sekarang. Dari kita yang kecewa esok. Memang jawapan emak, emak mementingkan diri sediri sebab emak nak kesiankan diri sendiri dulu baru kesian kat orang Syukri.” Itulah puan Noriza jika sesiapa yang tidak kenal dirinya dia seorang yang mementing diri sendiri. Kalau anda macam mana?.


“OHH..Kenapa pula kita nak kecewa esok mak?”


“Emak bayangkan kalau kamu rujuk dan kemudian dapat anak dengan dia. Dapat anak yang tak mendengar kata kan susah. Emak kalau anak tu bodoh dia boleh dia ajar tapi kalau anak tak mendengar kata, baik kita tak payah dapat anak Syukri. Anak tak mendengarkata ni merosakkan keturunan sahaja.”.


Walaupun percubaanya gagal tapi kini Sarah akur, dia memang sudah tidak ada lagi didalam hati Syukri. Semuanya bukan salah Syukri atau keluarganya tetapi salah arwah emaknya yang memandang harta. Dia akan cuba melupakan Syukri. Janjinya dia tidak akan menggangu kehidupan bekas suaminya lagi. Sebagai mana Syukri kasihan dan berbuat baik kepada nya dulu, dia juga akan begitu. Dia ingin membalas semua budi Syukri.

======


Hampir sebulan Nuri menjadi tetamu abangnya. Hasrat hati ingin tinggal lebih lama di bumi Kangaru, agar luka dihatinya betul-betul sembuh. Tetapi memandangkan kesihatan anaknya Nuha yang rindukan babanya memaksa  dia pulang segera keKampung Subang. Kemudian dia melanjutkan sedikit  lagi cuti nya dengan mengambil cuti rehatnya yang masih berbaki untuk tahun itu. Seminggu setelah dia pulang Puan Noriza masih menemaninya dirumah. Syukri pula tinggal dibengkel.

Ketika Syukri mahu kebengkel pagi itu, sebuah teksi Airpot berhenti dihadapan pangar rumahnya. Hatinya jadi berdebar.  Bila pintu teksi dibahagian penumpang dibuka abang iparnya yang bergelar along keluar sambil mendukung Nuha. Melihat sahaja Syukri yang menghampiri teksi Nuha sudah menangis dan menghulur tangan, jelas benar rindunya anak kecil itu kepada babanya. Cepat sahaja Syukri menyambar anaknya dari dukungan abang iparnya. Dia menangis sambil menciumi anaknya. Ciumannya terhenti bila merasa  ada lagi tangan kecih yang memeluk kakinya pula. Bila dia tunduk kebawah dilihat Wafi sedang memeluk betis nya. Melihat kesibukkan Syukri melayani rindu anak-anaknya cepat-cepat Nuri meloloskan diri lalu masuk kedalam rumah. Diambang pintu masuk dia bertembung dengan emak mertuanya. Dia berhenti dan menyalami emak mertuanya. Kemudian cepat-cepat dia masuk kedalam bilik.

Agak lama dia dialam bilik sambil meyusui anaknya yang kecil. Hari sudah mahu menjelang tengahhari. Mereka sekeluarga perlukan makan untuk tengahari itu. Untuk membiarkan sahaja emak mertuanya menyediakan makan tengahhari seorang diri, rasa tidak sampai hati. Dia buang rasa marah kepada suami, Nuri kedapur. Tiada suara dia membantu emak mertuanya memasak.

Siap berhidang, emak mertuanya menjemput tetamu dan anaknya makan tengahhari.

“mak cik lepas zohor nanti saya nak keKuala Selangor. Nak jenguk nenek busu sekejap.Lusa dah nak balik dah”.

“Ohh ingatkan along tidur sini.”

“Lain kali lah, kalau saya bercuti dengan keluarga nanti bolehlah duduk lama sikit kat sini. Saya teringin juga nak kePengkalan Hulu. Nak pergi kedai bebas cukai kat sempadan tu.”

“Datanglah bawa sekali anak-anak dan orang rumah along. Kalau dah pergi bebas cukai nanti kena siapkan duait banyak sikit, kalau tak… balik nanti terkenag-kenang. Kenapa nak balik cepat sangat”.

“Kesian pula angah hendle sorang, dua tiga hari ni nak siapkan oder yang datangnya dari??, entah hari tu tak sempat nak ambil tahu hari tu. Diaorang nakkan daging halal”. Dua abang Nuri menjalankan perniagaan dan pembekal daging halal di Australia.

“Éloklah tu kita berniaga, orang berniaga ni perlu bergerak dan buat kerja kalau tak mana duit nak masuk.” Sambung puan Noriza.

“Betul tu makcik”.

Selesai makan along beransur keruang tamu, manakala Syukri masih sibuk didapur bersama emaknya. Pada kesempatan itu cepat-cepat Nuri mengamit along agar mengikutinya keluar rumah.

“Ada apa dek?”

“Long tak payah pergi rumah nenek busulah, adik nak mita tolong carikan rumah. Adik nak duduk rumah lain dengan anak-anak. Kalau along dah balik nanti susah adik nak angkat barang, anak lagi.”

“Kenapanya nak duduk rumah lain. Duduk sinilah anak-anak adik terutama Nuha kan perlukan baba dia”.

“Entahlah long masa kat sana hari tu, adik rasa dah cukup kuat. Tapi bila dah berhadapan, adik tak mampu rasanya”. Perbualan mereka di luar rumah rupanya didengari oleh Syukri disebalik dinding. Sedeh hatinya, rupanya Nuri belum boleh menerima dirinya lagi. Selama sebulan mereka tidak bertemu kini Nuri mahu menghidar diri lagi dari dirinya. Ternyata sudah tiada rasa rindu Nuri pada dirinya, sedangkan rindunya pada Nuri membuak-buak bak kata Nuri tempuhhari ‘seperti paip air yang pecah dibawah tanah’.  Jika tidak kerana malu, mahu rasanya dipeluknya Nuri semasa dia melintas tadi. Syukri tersedar dari sedehnya. Dengan semangat dan suara hatinya yang mengajar ..harus bertegas dia ada hak keatas diri anak-anak dan juga Nuri. Dengan suara yang keras dia menjengah keluar pintu.

“Nuri!! Masuk..abang nak cakap”. Serta merta perbincangan Nuri dengan along terhenti, dia mengikuti arahan suaminya. Bila sudah didalam rumah Syukri dengan suara tegas memberi arahan lagi.

“Ini amaran abang jangan sekali-kali bawa anak-anak  abang kelaur dari rumah abang ni. Kalau Nuri tak mampu nak serumah dengan abang biar abang yang keluar dari rumah ni. Dah pergi kemas baju-baju yang dah Nuri masukkan dalam beg tu. Ingat abang ada hak juga keatas anak-anak abang”. Syukri memperdengarkan suara garangnya.

 Walaupun hatinya mendungkul marah, namun dia mengikuti juga arahan suaminya dia masuk kedalam bilik. Sedang dia mengemas semula pakainan didalam beg emak mertuanya menjengah bilik.

“Boleh mak masuk Nuri”.

“Masuklah mak Nuri tengah kemas baju-baju ni mak”. Puan Noriza duduk dibirai katil sementara Nuri masih sibuk dengan kain bajunya.

“Nuri meh sini mak nak cakap.” Nuri menghapiri emak mertuanya dan duduk mengadap emak mertuanya. Emak mertuanya seorang yang baik Nuri tidak merasakan yang dihadapanya adalah emak mertuanya. Dia merasakan Puan Noriza seperti emaknya sendiri.

“Nuri mak harap buat masa ni jangalah putuskan hubungan Nuri dengan Syukri. Kesian kat anak dulu Nuri. Mak kesian Nuha, dia rapat sangat dengan Syukri, kalau kita dah tak ada hubungan susah nanti. Macam mana Nuha boleh rapat sangat dengan baba dia, tenguk Wafi taklah separah Nuha”.

“Entahlah mak, mungkin masa Nuri mengandung Hadi, dia kecil lagi. Lepas tu dalam masa sembilan bulan ni, memang abang yang ambil berat semuanya tentang Nuha. Masa kat rumah along hari tu pun demamnya tak berhenti baik dua tiga hari esok badanya panas lagi. Dia tidur pun meracau panggil baba dia, itu yang Nuri cepat balik. Macam mana mak rumah ni rumah abang, Nuri tak nak susahkan dia.”

“Biar dia… Nuri duduk sahaja kat rumah ni biar Syukri yang cari rumah lain, dia lelaki. Lagi pun dia yang buat hal, biar lah dia yang susah.” Kemudian puan Noriza keruang tamu menyertai along dan Syukri yang sedang duduk berbual sambil menantikan masuknya  waktu Zohor.

“Along dari sana pukul berapa?.”

“Dapat Flight petang tu yang cepat sampai tu. Nuha tak berhenti demam makcik. Dari tak pandai bercakap dah pandai dia bercakap, tapi panggil baba dengan nak susu sahaja. Terpaksalah Nuri balik dia kesian tenguk anaknya”.

“Entah babanya kat sini pun demam juga, bukannya baik sangat tu long. Tapi digagahkan juga pergi kerja”.

“Alah demam sikit aje long. Kalau buat kerja berpeluh hilanglah rasa demam tu”.

“Demam sikit jangan buat tak tahu Syukri kalau dah melarat nanti susah cari ubatnya”.

Tiba-tiba bergetar telefon bimbit along diatas meja kopi. Along menghentikan bualnya untuk melihat siapa yang menhubunginya. Setelah dia selesai membaca SMS dari seseorang dia memandang kearah Syukri dan puan Noriza silih berganti.

“kenapa Long, siapa yang SMS.”


“Angah dia minta along cepat balik. Orang berniaga macam nilah bukan boleh nak bercuti lama sikit tapi masa ni memang tengah sibuk sikit. Esok pagi rasanya kena balik lah Syukri. Syukri pinjam laptop sekejab along nak book ticket besok pagi...tapi kalau ada malam ni lagi baik”. Malam itu juga along pulang semula ke Australia atas urusan perniagaanya.





Pulang dari  Australia Nuri mengambil keputusan menyewa rumah untuk diri dan anak-anaknya, kerana dirasakan dia tidak selesa hidup disisi Syukiri. Tetapi Syukri tidak membenarkan. Syukri lebih rela dia yang keluar dari rumahnya. Padanya tidak bermasaalah jika dia tinggal dibengkelnya. Sememangnya ada sebuah bilik yang telah tersedia sebuah katil untuk dirinya berehat jika dia kepenatan. Juga terdapat sedikit pakaian dan keperluan peribadi dibilik itu. Hanya makannya sahaja dia akan makan di gerai atau restoren.

Tetapi tiga hari dia  tinggal dibengkel emak nya menghuningi agar dia pulang kerana Nuha demam dan asyik memanggil nama babanya. Tengahari itu dia pulang makan tengahhari dan solat Zohor berjemaah bersama emak dan Nuri sekali. Itulah pertama kali mereka solat berjemaah selepas Nuri habis berpantang dan selepas Nuri pulang dari bercuti diAustralia.

Ketika dia selesai  menyalami tangan Puan Noriza dilihat Nuri masih duduk bersimpuh disisi emaknya. Selesai dia menyalami emaknya Nuri pula menyalami emaknya. Syukri cuba menghulur tangan ketika Nuri sudah selesai menyalami emaknya. Huluran tangan disambut baik oleh Nuri tangannya disalami dan dicium seperti biasa. Ada rasa damai disitu, damai dihati Nuri, damai juga dihati Syukri. Sebelum dia kebengkel dia bermain dahulu dengn Nuha agar rindu Nuha pada yang dapat dileraikan. Ternyata panas badan Nuha berkurangan.

“Baba pergi kerja ye sayang nanti petang baba datang lagi.” Hanya emak dan anak-anaknya sahaja yang menghantar Syukri kedepan pintu masa dia hendak pulang kebengkel tengahhari tu.

Petang itu seperti yang dijanjikan Syukri pulang kerumah, makan malam solat Magrib dan solat Isyaknya juga berjemaah dengan emak dan isterinya Nuri. Nuri juga menyalami dan mencium tanganya. Selesai solat Syukri bermain-main  dengan anak-anaknya sehingga mereka masuk tidur. Syukri juga yang akan menidurkan Wafi dan Nuha. Setelah anak-anaknya tidur Syukri pulang semula kebengkel. Tetapi malam itu sekali lagi badan Nuha panas dia menangis dengan jeritannya  sekali kalam kabut Nuri dan puan Noriza.

“Macam mana ni Nuri? Tadi Nuri bagi makan ubat tak?”

“Tak mak ingatkan dah baik. Tadikan elok saja dia main. Kenapalah anak umi ni..panas lagi badannya meh umi dukung pula”.  Bila Nuri mahu mendukung anaknya dia dilarang oleh puan Noriza.

“Nuri tak payah dukung biar emak yang dukung. Kamu baru habis pantang.  Sayang nenek, nenek sayang Nuha kenapa ni sayang nenek.”  Sambil memujuk sambil tangan puan Noriza menepuk lembut belakan cucunya, tetapi tangisan Nuha tidak mahu berhenti makin yaring jeritanya. Kasihan Nuri melihat emak mertuanya kehulu kehilir memujuk cucu yang tak terpujuk. Dia membuang rasa marahnya kepada Syukri. Dia yang menghubungi Syukri malam itu.

“Mak Nuri panggil babanya ye mak”.

“Haah panggilah Nuri. Takut menangis banyak sangat kembung pula perutnya kerana masuk angin.”. Sekejapan itu juga Nuri menghubungi suaminya. Tampa salam terus sahaja dia menyampaikan…

“Bang boleh balik rumah tak, Nuha ni panas balik badannya. Dia tengah menangis ni. Emak yang dukung”.  Tidak lama menanti,  Syukri sudah sampai entah berapa laju dia memandu. Keretanya sudah dihadapan pagar.Tetapi yang sebenarnya kedudukan rumah dan bengkelnya tidak sejauh mana. Jika jalan lengang seperti waktu itu pukul 1 pagi hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai. Pintu pagar juga sudah siap terbuka, Nuri yang membukanya sebelum Syukri sampai tadi.

Mendengar Syukri membuka pintu. Menjerit suara puan Noriza memberi arahan..
“Syukri sebelum masuk tu baca ayat Kursi dulu. Kemudian bagi salam”. Tampa banyak tanya Syukri mengikuti arahan emaknya.

Malam itu Syukri bermalam serumah dengan Nuri, tetapi hanya diruang tamu diatas tilam nipis yang selalu digunakan oleh Nuri bersama anak-anaknya dulu. Nuha tidur didadanya sampai kepagi.  Sememangnya Nuha anak babanya. Dialah anak yang paling rapat dengan Syukri. Pagi itu sewaktu minum pagi Puan Noriza mengeluarkan pendapatnya. Ketika itu Nuri didapur, dialah yang memasak sarapan pagi mereka sekeluarga pagi itu.  Dia sudah boleh kedapur tempuh pantang bersalinnya sudah lama  berlalu.

“Nuri mehlah duduk sini sekejap kita bincang pasal Nuha sikit”. Nuri datang keruang makan, tangannya dilap dengan kain tuala lap tangan. Dia menghampiri meja dan duduk bertetangan dengan puan Noriza. Mereka berdua seperti mengadap guru besar sekolah yang sedang menanti hukuman lagaknya.

Pagi tadi mereka solat subuh berjemaah. Selesai solat dan doa, ketika Syukri memusing untuk bersalaman dengan emaknya dilihat Nuri masih lagi bersimpuh disisi emaknya. Selesai dia menyalami emaknya Nuri pula menghulur tangan kepada emakanya. Kemudian Syukri mencuba menghulur tangannya  kepada Nuri, tidak disangka huluran tanganya juga bersambut.  Nuri menyalami dan mencium tangannya seperti biasa. Ingatkan waktu siang matahari cerah sahaja Nuri sudi menyalami tanganya detik hati Syukri. Tetapi yang sebenarnya acara salam menyalami dan mencium tangan berjalan lancar jika mereka berdua solat berjemaah. Ialah mereka berdua orang masih dalam ikatan perkahwinan, walau dalam keadaan perang dingin. . (Nuri tidak menegurnya sejak Nuri pulang dari Australia).

“Syukri, Nuri mak rasa nama untuk Nuha tu tak sesuai untuk dialah”.

“Habis mak!! macam mana? nak pergi tukar nama lain ke mak?. Kalau kita nak tukar nama kena pergi pejabat pendaftaran bubuh @ selepas nama asalkan Nuri”. Nuri hanya terkebil-kebil memandang suami disisinya.

“Tak lah sampai pergi pendaftaran tukar nama, kita tukar panggilan dia saja lah, kita panggil dia Syuhadah atau Su sahaja. Orang tua kata mungkin dia tak tahan nak bawa nama Nuha. Macam mana Nuri, kamu setuju tak?”

“Boleh aje mak untuk kebaikan, lagi pun Syuhadah nama dia juga”.

“mak bukan apa dulu dia asyik demam mungkin sebab nak beradik. Ni adik dah keluar dia masih juga demam, cubalah kita tukar panggilan dia pula. Mulai hari ni kita panggil dia Su ataupun Syuhadah ok ye kamu berdua setuju ye”.

Syukri dan Nuri serentak menjawab “setuju mak”. Terkekek puan Noriza mentertawakan anak menantunya.  Reda tawanya dia memberi komen.

“Kamu berdua ni macam budak sekolah  pulak. ‘Setuju cikgu’’’  Tawa puan Noriza bersambung lagi.

Nuri menekup mulutnya menahan tawa. Manakala Syukri hanya mencebek mendengar komen emaknya.

15 comments:

  1. Alahai Sarah. Susahnya nak faham orang dah tak nak.
    Susahnya nak sembuh luka Nuri. Anak2 juga jadi pengikat. Kalau sarah tau dia orang tak serumah mau laju dia merayu lagi.

    ReplyDelete
  2. Yesss...Nuri dah balik. Bukan syukri je sekolah, Nuri pun dah mcm bdk sekolah dibuat dek pn Noriza. Pakej mak syukri ni. Tegas, berterus terang, open minded, boleh melawak lagi.

    ReplyDelete
  3. Wah seronok, nuri dah balik. tak sabar nak tahu macamana syukri nak pujuk si nuri agar lembut lagi kepada nya. Ayat macamana harus diluahkan kepada nuri agarkembali meniupkan rasa cinta dan kasih rindu nuri kepadanya. Adakah nuha yang menjadi pengikat kembali kasih yang telah tercalar di hati ibunya terhadap babanya. Aaahh tak sabar nak tahu episod seterusnya mak teh...

    Poyo betul sisarah. masih tak serik2 nak goda balik si syukri. Itu sudah lumrah kehidupan manusia, Mampukah syukri menetapkan hati dari terus tergoda dan melupakan si sarah sebagaimana ucapannya dihadapan puan noriza.

    Puan noriza seorang ibu dan ibu mertua yang amat baik. Syabas mak teh. Sambung lah cepat mak teh tak sabar nak tahu n3 seterusnya. teruja tahap petala dah ni.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih mak teh utk n3 ni..akhirnya nampak hati nuri dah makin lembut..tp x berapa thhrill la mak teh cara derang nak berbaik2 selain dr anak2 dan ceramah puan nuriza..

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah terbalik. Rindu Syukri pada Nuri membuak2 bagai 'paip air yang pecah dibawah tanah'. Nuri plk dah tak heran.
    Takde dialog antara mereka rasa macam lemau la pulak. Tapi tetap excited nak tunggu bab seterusnya.
    tq Mak Teh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuri dah takde perasaan lagi pada syukri. Berpisah sebulan pun tak rasa rindu. Sebab Nuha asyik demam je dia balik awal. Syukri kena gigih berusaha nak takle Nuri semula, bukan dengan kata² tapi perbuatan.

      Delete
  6. sweetlah part yg last tu, sayang mak teh dari Zurich

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah agak lembut hati nuri untuk serumah dengan syukri biarpun hanya kerana keadaan kesihatan nuha. Sekurang-kurangnya itu permulaan bagi pertautan kembali kasih mereka dan sebagai satu landasan percantuman kembali rasa cinta rindu dan kebahagiaan rumahtangga mereka. Moga hati nuri makin terubat dari kelukaan yang parah tu. Sekurang-kurangnya syukri masih ada ruang untuk menunjukkan ketulusan kasih sayangnya pada rumah tangga, anak-anak dan terutama pada nuri. Semoga mereka kembali mengecap sejuta kebahagiaan tanpa sekatan lagi. Sekurang-kurangnya keberadaaan puan noriza di rumah mereka dapat menjadi jambatan pengikat kasih kembali dalam rumah tangga nuri- syukri.

    ReplyDelete
  8. minta-minta jgn le si sarah pasang perangkap kenakn si syukri klu dia tahu si syukri menginap di bengkel sorang-sorang. bukan blh aci si sarah tu...banyak muslihat.
    klu si syukri masih tak sedar dn bertegas dgn si sarah tak tau le nk ckp...mmg dia tak serik dn tak syg kn nuri dn anak-anak le.
    bila nuri nk berbincang dgn si syukri....tak sabar
    -dibah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la. Rasanya selagi dia belum dapat boipren lain kalau ada peluang dia takkan lepaskan.

      Delete
  9. demi anak ..maybe nuri terpaksa membenarkan suami duduk serumah... harap syukri berubah

    ReplyDelete
  10. moga syukri-nuri bahagia kembali. Malah kasih sayang tmbah erat dan sukar untuk rungkai lagi. Bahagia sampai hujung nyawa. Harap syukri dah serik nak buat perangai poyo tu lagi.

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak baca n3 baru mak teh

    ReplyDelete
  12. Ye la. Ternanti2 mlm ni syukri tidur mane. Ekekeke.....

    ReplyDelete
  13. LOL. kita pun sakit perut. nak tahu juga. seharian asyik buka blog nie. sayang Mak Teh dari Zurich belum nak tidur

    ReplyDelete