~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 1 March 2014

Bab 6 Tidak ku tahu kasih bermula.







Tahun itu pun sama, esok hari raya, ayam dan daging masih terkedang diatas meja dapur belum dimasak, matahari diluar sudah mengalah tercacak didada dilangit. Tiada lain yang diharapkan..dia hanya mengharap kan NurSaleha anak saudara merangkap anak anagkatnya datang membantu. Tetapi pada kebiasaanya bukan membantu tetapi yang mengerjakan semuanya. Dari memasak bersambung membasuh segala basuhan (Basuh bilik air dan sink yang berkulat, kain baju kotor atau langsir, pinggan mangguk yang akan digunakan untuk tetamu dihari rayanya). Mungkin kerana sikapnya yang begitu menyebabkan anak menantu rasa berat hati untuk meringankan tulang empat kerat pulang membantunya.

“Awak nak call siapa tu Tijah”. Sedang dia membelek telefonnya mencari nombor seseorang dia disergah oleh suaminya yang baru masuk menjengah dapur.

“Allah abang ni terkejut Katy. Katy baru nak pesan pada Seha suruh datang tolong Katy ni ha. Abang tenguklah semuanya belum bersiang lagi. ”

“Biarkan lah dia. Abang tenguk tiap-tiap tahun asyik dia yang menolong awak. Jadi bilanya dia nak masak kat rumah dia sendiri. Dia sekarang dah ada anak-anak dan anak-anaknya pun dah besar dah pandai nak makan. Biarlah dia cuba siapkan makan raya untuk suami dan anak-anak dia sendiri, kalau dia datang sini mana nak sempat masak untuk rumah dia.”.

“Habis saya ni siapa nak tolong. Kalau dah ada anak tak boleh nak minta tolong”.

“Yang abang  tengok awak  minta tolong kat Seha saja. Dengan anak awak sendiri ada awak minta tolong?.Awak sedar tak perbuatan awan ni macam tak sayang anak pada anak sendiri”.

“Sebab Katy sayang anaklah Katy tak suruh anak-anak Katy buat kerja bang”.

“Salah sikap awak tu. Awak tak ajar mereka perkara-perkara macam ni.. mereka harapkan awak saja. Kita hidup menongkat langit ke? Kalau kita dah tak ada dengan siapa mereka nak harapkan kalau tak pernah buat sendiri. Kita kalau sayang anak ajar mereka buat kerja, bukan suruh makan saja. Kan peribahasa kita kata sayang anak tangan-tangankan makna  tangan-tangan itu ialah suruh buat kerja.”.

“Katy kesian mereka, nanti mereka penat dengan nak layan anak lagi, layan suami lagi”.

“Ohhh macam tu rupanmya awak sayang anak.Takut mereka penat patutlah dari kecik awak hanya suruh Seha sahaja yang buat kerja rumah. Dengan Seha awak tak kesian pulak, dia tu anak awak juga..dia tu pun dah anak dah ada suami”.

“Dia tu patut buat kerja. Sepatutnya dia sedar diri dia. Katy  sanggup bagi dia makan, minum dan tempat tinggal sampai dia besar pun dah seribu rahmat untuk dia.”

“Jadi selama ni memang awak tak sayang anak saudara awak tulah. Itu yang awak kudakan dia cukup-cukup.  Awak rugi Tijah rugi sangat. Sepatutnya awak mendapat gajaran pahala yang besar tapi awak persiakan. Sekarang ni awak dapat penat sahaja membesarkan Seha".

“Kenapa abang cakap Katy macam tu. Selama ni susah payah Katy besar kan dia. Bangun malam buat susu suapkan makan dia, basuh berak kencing dia, cuci pakaian dia. Abang ingat boleh ke dia hidup macam sekarang ni kalau Katy tak buat semua itu pada dia dulu”.

“Kalau kita buat sesuatu pada anak yatim..jangan disebut-sebut jangan diungkit-ungkit,  jadi tak ikhlas apa yang kita buat Tijah. Kalau kita buat kerja untuk anak yatim dengan hati  tak ihklas Allah tak  akan bagi kita apa-apa ganjaran. Rugi awak Tijah.”

“Katy ikhlas dengan apa yang Katy buat pada dia bang. Ada Katy minta harta emak ayah dia, bayar apa yang Katy buat untuk anak mereka selama ni”.

“Memang awak tak minta bayaran, tapi awak perah tenaga dia sebagai balasan awak besarkan dia, itu yang ada dalam hati awakkan. Awak buat dia macam hamba. Sebab apa abang cakap Tijah buat Seha macam hamba..sebab awak tak pernah nak bayar gaji dia walaupun dia buat semua kerja rumah. Kemudian awak ajar  anak-anak mengarah dia sesuka hati. Awak tak pernah ajar anak-anak  hormat  atau tanamkan rasa sayang pada dia.. Sekarang saya perlu bertegas mulai dari sekarang biarkanlah dia hidup dengan keluarga dia. Janagan lagi minta dia buat itu dan ini untuk rumah ni.” Setelah meleteri isterinya yang tak betul perbuatanya,  Mohd Noh keluar dari ruang dapur. Sebelum badannya melepasi pintu dapur dia teingat sesuatu…

“Tijah! Abang tahu buku bank arwah ibu ayah  Seha masih kat tangan awak, barang kemas emak dia pun masih kat badan awak tu (Muncung nya menunjuk kerah badan isterinya yang gempal). Apa tujuan awak sebenarnya, pakai gelang dan rantai yang bukan hak awak.” Yang sebenarnya sikap Siti Khadijah ni mudah lupa, bila dileteri dia akan ingat tetapi bila suaminya tidak mengulagi pernyataanya dia lupa akan janji pada dirinya sendiri.

“Katy hanya pengang buku simpananya saja, Katy tak pernah pun keluarkan duitnya. Katy akan bagi dia kalau Seha tu betul-betul nak pakai duit. Pasal barang kemas ni Katy terpaksa pakai sebab  kalau tak pakai kita kena bayar zakatnya pula.. jadi Katy pakailah”.Bab menjawap kata-kata suaminya sememangnya Kadijah sangat pandai, tetapi jawapanya kedengaran bodoh ditelinga suaminya.

“pulangkan cepat  Tijah..Seha pun dah cukup dewasa dan dia pun dah ada keluarga sendiri. Takut lama-lama awak terlupa nak pulangkan pada yang hak. Abang bukan apa takut awak tu terambil harta anak yatim. Manalah tahu dalam hati awak..awak rasa harta emak ayah Seha tu sebagai bayaran awak jaga anak mereka. Kita ni tak lama lagi nak keMekah, takut Allah balas apa yang awak buat pada Seha kat Mekkah nanti.. ”
           
“Hsyy abang ni saya tak terniat pun.”

“Kalau macam tu eloklah. Tapi jangan lupa pulangkan hak Seha.” Mohd  Noh melangkah meninggalkan ruang dapur, tetapi langkahnya terhenti bila mendengar suara isterinya..

“Habis siapa yang nak tolong saya masak ni. Kalau tak masak kita tak ada apa nak dimakan bila anak cucu kita balik nanti”. Mohd Noh berpaling memandang isterinya kembali. Hati hangat mendengar pertanyaan isterinya.

“Biarlah..kalau diaorang yang nak makan biar lah diaorang masak sendiri. Ni kalau nak makan masa raya tentu dia tahu balik cepat tolong awak masak. Anak orang lain tahu balik nak menolong, anak awak tahu balik makan sahaja. Tu Syukri duduk KL dah sampai dah. Emil rumah bukannya jauh. Kalau sekarang ni bertolak dari ruamah tak beberapa minit dah sampai. Sepatutnya Emil semalam pun dah boleh balik..kan dah cuti sekolah. Entah apa yang dibuatnya kat rumah nak kata balik kampung Latif tak juga. Nak kata berkemas rumah.. abang rasa rumah dia tu  kemas lagi rumah orang yang ada anak ramai, anak sorang tapi macam ada anak sepuluh.” Bebel Mohd Noh dengan isteri yang terkebil-kebil bila dileteri.

Memang betul apa yang diperkatakan oleh Mohd Noh. Yang sebenarnya anaknya yang tua Emil Atilia sudah bercuti dia duduk bersenang lenang dirumahnya… dia akan mengajak suami dan anak pulang kerumah keluarganya bila masa hampir berbuka nanti. Walaupun sudah diberi amaran oleh suaminya namun Siti Khadijah tetap berdegil mahu menghubungi NurSaleha untuk membantunya memasak.

“Tijaah!!! Kalau aku nampak Seha yang masak, SIAP!!semuanya aku akan lempar ketanah. Biar sahaja tanah yang merasa lauk pauk hari raya”. Wahh..kalau sudah suaminya berAKU sememangnya dia sudah sangat marah.  Terbantut tangannya bergerak menekan nombor NorSaleha.

Dirinya harus mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya. Setelah mendengar ugutan suaminya Siti Khadijah tidak jadi menghubungi anak anagkatnya Nur Saleha. Nur Saleha aman duduk dirumah NorIza, membantu emak mertuanya memasak lauk hari raya nya.

Mohd Noh masuk semula kedapur, isterinya hanya melihat langkah suaminya mendekati  meja dapur. Tangan bercekak pinggang sambil melihat ayam dan daging yang berlonggok di atas meja. Kemudina dia mengeluarkan arahan dengan wajah marahnya.

“Tijah!!! Kalau awak tak mampu nak masak, masukkan balik daging dan ayam ni dalam peti sejuk ni. Kalau mereka balik nak makan suruh mereka masak sendiri”. Itu arahanya. Dia mesti bertegas dengan isterinya sekarang. Sebab isterinya tidak akan mendengar kata-katanya  jika dia berkata lembut.

“Abang  tu nak makan apa buka nanti?”.

“Tak payah nak fikirkan aku Tijah. Aku nak buka  nanti pandailah aku goreng telur, kalau tak berbuka dengan kurma saja pun dah syukur Alhamdulillah”.  Selepas berkata begitu Mohd  Noh  melangkah keluar meninggalkan isterinya yang terkulat-kuat bila dimarahi. 

'Dia  bolehlah nak makan kurma sahaja..tapi aku ni boleh tahan ke makan kurma saja ahhh' Sambil mengumam perlahan dia berkata pada dirinya sendiri.
  Mahu tak mahu dia kedapur juga memasak apa yang patut, sekurang-kurang makan untuk mereka berbuka nanti. Bukan untuk siapa pun untuk dirinya sendiri.


===================

Hari raya Aidul Fitri sudah hamper tiga minggu berlalu. Nuri dan Syukri sudah bekerja. Malam itu NorIza menghubungi anaknya Syukri.

“Assalamualaukum Syukri! Nuri ada?”.

“Ada,  mak nak cakap dengan dia ke?..dia tengah buat susu untuk Hadi mak”.

“Hadi dah tak menyusu dengan Nuri lagi ke Syukri.”

“Dah tak boleh nak menyusu mak, minggu lepas Nuri pergi check..dia dah mengandung”.

“Haa eloklah tu.Hadi pun dah besar dah nak masuk tiga tahun kan Hadi tu, mak kira dah 2 tahun 10 bulan rasanya, esok kalau adik dia lahir pun dia dah berumur 3 tahun 7 bulan betul tak Syukri.” Waahh emaknya ni hebat, boleh mengingati usia cucu-cucunya.

“Betullah tu mak.”

“Kenapa kamu tak tolong Nuri buat susu untuk anak, Syukri?”.

“Syukri tengah tidur kan Su ni..Lagi pun Hadi ni memang semuanya umi dia yang buat... Seminggu dua ni, perangai mengada dia tu menjadi-jadi tak boleh nak tenguk muka umi dia meragam saja mak.”

“Biasa macam tu lah budak nak beradik ni..nakkan perhatian kita. Oh ye, emak call ni nak sampaikan berita gembira Syukri. Pak de kamu dah dapat surat dari Tabung Haji. Dia kata, dia dengan mak de calon menuggu. Kalau ada kosong nanti pihak Tabung Haji akan masukkan nama mereka untuk pergi ke Mekah. Mak berharap sangat emak dapat ikut pak de dengan mak de pergi ke Mekah tahun ni. Harap kamu doakan emak dapat pergi, ye Syukri.Kamu cakap dengan Nuri sekali. Minta dia tolong doakan emak dapat pergi tahun ni”.

Rasa teruja Puan Noriza bila mendapat khabar bekas birasnya mendapat surat dari Tabung Haji mengatakan mereka calon menunggu. Lalu berita gembira itu disampaikan kepada semua anak-anaknya.

“In Syaa Allah mak… mak!!Sempat ke mak nak siap-siap kalau dipanggil nanti”.

“Ehh apa yang tak sempatnya. Emak dah pergi kursus haji sampai habis. Telekung dan pakaian yang nak dipakai masa kat Mekah pun dah siap basuh. Emak dah masukkan dalam beg pun Syukri. Hanya tunggu panggilan sahaja lagi. Hanya mak belum tulis nama emak kat beg yang mak nak bawa saja. Kalau ada rezeki emak dapat pergi nanti, mak minta tolong along kamu tuliskan nama kat beg tu”. Begitu bersungguh  NorIza mengatakan yang dia sudah cukup bersedia untuk menjadi tetamu Allah.

“Syukri rasa mak dapat pergi tahun ni sebab duit Tabung Haji emak dah penuh kan mak. Lagi pun mak mendaftar dah lebih dari lima tahun rasanya. Kalau tak pun..nanti kalau pak de dah ada tarikh pergi, minta dia rayukan emak sekali. Rasanya boleh buat macam tu sebab dia kan jadi mahram emak.”

Seperti yang diharapkan Mohd Noh dan isterinya mendapat surat dari Tabung Haji mengatakan mereka akan menjadi tetamu Allah pada tahun itu. Mungikn sudah rezeki NorIza bila Mohd Noh  memasukkan namanya sebagai mahramnya, seminggu kemudian permohonan itu terus diluluskan. Hanya ada dua minggu sahaja waktu untuk NorIza bersiap-siap menyediakan keperluanya untuk keMekah. Dia menghubungi anak yang paling hampir.

“Assalamulaikum  Muaz!!  Pak de bagi tahu tadi, permohonan emak nak ikut pak de dan mak de keMekah dah diluluskan”.

“ Alhamdullilah.. Mak ikut sama tarikh dengan diorang ke mak.”

“ialah kan mak jadi mahram diorang”.

“Kalau macam tu, lagi dua minggulah emak pergi”.

“Haah long..kita nak buat khenduri doa selamat tak long”.

“Along rasa tak payah lah mak. Orang pergi keMekah ni fizikal nak kuat. Kalau mak penat nanti susah pulak mak beribadat. Pada along duit yang mak nak buat khenduri tu mak sedekah kerumah anak yatim,  along rasa macam tu lebih afdal mak. In Syaa Allah kalau niat hati kita ikhlas mereka akan doakan emak yang baik-baik, mak.”

“Mak ingat sebelum mak pergi nak buat doa selamat kemudian tahlil untuk arwah ayah along sekali.”

“Sebelum mak pergi bila adik-adik along balik nanti,  along akan ajak mereka baca Yassin kemudian buat tahlil untuk arwah ayah dan baca doa selamat sekali boleh macam tu mak?”.

“Boleeh..lagi afdal anak-anak yang doakan untuk emak ayah dia kan”. Puan Noriza sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang berfikiran matang dan boleh diajak berbincang.

“Emak akan suruh Misa denagan Hassan sahaja yang baliklah long”.

“Syukri mak dah bagi tahu? Ajaklah dia balik sekali mak”.

“Mak nak call dia nak bagi tahu saja, tapi mak tak kasi dia balik”.

“Kenapa mak???Mak janganlah pilih kasih nanti apa pula kata dia”.

“Apa pula nak pilih kasih Muaz. Dari kamu dan adik-beradik masih kecil kasih emak pada kamu semua sama sahaja.Tak kiralah yang dah ada kerja bagus atau kerja biasa, yang ada kereta besar atau pun kecil dan yang jauh atau pun yang dekat kasih emak tak berubah. Pada emak semua anak-anak emak ada keistimewaanya.Tapi yang mak tak kasi Syukri balik sebab Nuri baru mengandung, rasanya belum sampai sebulan. Mak takut mudharat pada dia naik kereta lama-lama. Lagi pun raya hari tukan dia dah balik, mereka dah minta maaf dengan emak. Tapi masa mak balik dari Mekah nanti boleh lah mereka balik, lagi pun masa tu mungkin Nuri sempat nak minta cuti, bolehlah dia duduk lama sikit kat sinikan. Kamu kan tahu macam mana Nuri kerja, kena mohon cuti sebelum jadual tugasnya di sediakan oleh ketua dia keluar.” Sungguh prihatin emaknya, terhadap semua anak menantunya. Pada Muaz dia tidak pernah merasa emaknya melebihkan pada  seorang anak atau menantu, semuanya dilayan sama rata. Dia tidak pernah rasa terpinggir walau pun dia hanya duduk dikampung sahaja.

Dua minggu yang berbaki sebelum NorIza berlepas keMekkah untuk menjadi tetamu Allah, dia dimestikan mengabil dua suntikkan:
Semua bakal haji diwajibkan mendapat suntikan vaksin Anti Meninggococcal Meningitis iaitu ‘Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135’. Meningitis adalah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Suntikan ini harus diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berangkat ke tanah suci dan ianya melindungi selama tiga tahun.
Imunisasi Pilihan Vaksin Influenza
Suntikan ini boleh diambil sebulan sebelum berangkat ke tanah suci. Influenza secara umumnya dikenali sebagai flu, adalah infeksi saluran pernafasan.

Dengan sedikit masa yang ada bersungguh-sungguh  NorIza melancar doa dan membiasakan diri dengan solat-solat sunat yang telah diberi tunjuk ajar ketika dia mengikuti kursus haji tempuh hari. Lagi pun segala solat sunat itu sudah biasa dilakukan .Dulu dia melakukan kerana mencari ketenangan bila ditimpa musibah.Tetapi sekarang ini sudah menjadi kebiasaanya.

Seperti yang diberitahu mereka akan keMekah  pada penerbangan yang ke42. Mereka akan berada dibumi Mekah selama 44 hari. Pesawat  mereka akan mendarat diMadinah.

Akhirnya sampai juga waktu yang ditunggu oleh  Noriza dan Mohd Noh suamiisteri. Sehari sebelum dia bertolak anak menantu NorIza mengadakan majlis membaca Yassin, tahlil, dan doa selamat. Majlis diketuai oleh anaknya yang tua Muhammad Muaz bin Abdul Razak. Orang luar yang hadzir hanya pak de suamiisteri. Pak de hadzir  bila Muaz memberi tahunya..

               “Muaz hari nak berangkat dah dekat sangat ni, emak kamu tak buat doa selamat ke”. Sebenarnya Mohd Noh ternanti-nanti khenduri doa selamat bekas kakak iparnya. Dia takut NorIzah terlupa perkara itu(doa selamat).

“Kami buat adik beradik kami saja lah ayah, rasanya esok Hassan dan Pali balik.  Dia kata bertolak tengahhari lepas sekolah, mungkin petang atau pun Magrib baru sampai, esok malamnya kami baca Yassin buat tahlil untuk arwah ayah kemudian baru baca doa selamat”.

“Mak kamu tak jemput orang lain ke Muaz”.

“Saya yang tak bagi jemput orang  ayah….”.

“Kenapanya tak bagi jemput orang..sebab emak kamu tak cukup duit ke?. Kalau dia tak ada duit, kamulah yang sepatutnya keluarkan duit sikit.. janganlah nak kedekut sangat Muaz, keluarlah duit sikit jamu orang makan. Kalau kamu juga tak ada duit pakat-pakatlah dengan adik-adik yang lain bagi sikit sorang, lepas tu buat kan emak kamu tu kenduri. Nanti apa pulak kata orang kampong.. nak pergi Mekah tak buat kenduri pula.” sampuk mak de yang baru keluar dari dapur. Sebenarnya Muaz datang kerumah pak de mahu menjemput isterinya pulang setelah emak angkatnya memanggilnya datang meminta bantuan untuk berkemas beg yang mahu dibawanya pergi keMekah.

“Kamu ni Tijah cubalah cakap berlapik sikit. Kita nak keMekah kena jaga cakap Tijah oii, jangan sampai sakitkan hati orang.”. Sebenarnya hati  Siti Khadijah sakit, bila belum lama lagi Seha dirumahnya Muaz sudah datang untuk menjemputnya pulang. Dia mahu NurSaleha berkemas rumahnya yang masih bersepah kerana khenduri doa selamat yang mereka buat seminggu yang lalu.

“Tak mak, duit nya dah ada. Tapi saya cadangkan emak sedekahkan saja kerumah anak yatim. Biasanya emak tu kalau dah kenduri nanti dialah yang lebih buat kerja. Saya takut dia penat. Kalau penat saja tak apalah dibuatnya demam urat masa nak pergi nanti kan susah jadi nya.  Jadi saya nak baca Yassin, buat tahlil untuk arwah ayah dan doa selamat dengan adik beradik saya saja. Ok tak macam tu ayah”.

Pijar rasa muka Siti Khadijah mendengar keprihatinan seorang anak kepada emaknya. Dia mula terfikir adakah anak-anaknya juga begitu..adakah rasa kasih anak-anaknya untuk dirinya. Jika difikir macam tak ada sahaja. Sebab yang didengar ketika mereka pulang kenduri tempuhhari hanya kiriman barang yang diingatkan kepadanya, tiada doa supaya dia mendapat haji yang mabrur untuk dirinya didengar dari mulut anak-anak atau pun menantu-menantunya.

“Haah macam tu ayah rasa lebih afdal. Kalau Muaz cakap haritu ayah rasa nak buat macam Muaz juga, bersedekah pada anak-anak yatim.  Bagus..Bagus sungguh cadangan kamu tu. Sebab anak-anak yatim ni kesayangan Allah apa yang di doakan oleh anak Yatim In Syaa Allah akan didengari oleh Allah”. Didalam hati Mohd Noh akan menghadiri majlis anak-anak buahnya nanti.

Setelah Muaz membawa isterinya pulang,  Mohd Noh mengingatkan isterinya sekali lagi apa yang menjadi hak NorSaleha anak angkat mereka.

“Tijah! masa kita tak banyak lagi. Ada lima hari sahaja lagi kita nak pergi Mekah, abang harap Tijah pulangkanlah apa-apa barang atau pun duit yang menjadi hak Seha yang ada dalam simpanan awak”.

“Ehh..abang ni semua rantai dan gelang arwah emak dia Katy dah bagi masa hari raya hari tu. Siap Katy sarungkan lagi kat badan dia tu kat depan anak-anak kita yang lain”. Ketika dia menyarungkan rantai dan gelang ketangan NurSaleha anak-anaknya yang lain mengerutu tidak puas hati, terutama Emil Atilia anaknya yang tua.

“Mama!! mentang-mentang Seha selalu tolong mama buat kerja rumah, mama bagi rantai dan gelang mama tu pada dia”.

“Emil, Sofea dan Farah rantai ni sebetulnya rantai arwah emak Seha. Jadi mama terpaksa pulangkan. Ini memang hak dia”.

“Habis kenapa mama pakai??”.Emil bertanya.Entah mengapa Emil berperangai agak keras dan sudah menampakan sikap tamaknya.Dia merasakan sikap Emil sama seperti sikapnya.

“Barang kemas ni kalau tak dipakai nanti kena bayar zakat. Itu pasalah mama pakai.” Itulah jawapan selamat Siti Khadijah ketika itu. Yang sebenarnya ada niat dihatinya hendak menjadikan gelang dan rantai milik arwah adiknya menjadi hak peribadinya, tapi suaminya memaksa dia memulangkan kepada yang lebih berhak. Bayangan dihari raya tempuh hari bersepai terbang bila suaminya yang masih belum berpuas hati bersuara…


“Abang tahu Tijah masih simpan buku simapan arwah ayah  dan emak Seha.Tijah(Lembut Mohd Noh memanggil isterinya). Abang sayang Tijah, abang tak mahu dengan duit yang tak seberapa tu Tijah tersiksa nanti”. Entah mengapa mendengar suara lirih suaminya hatinya jadi tersentuh. Dia menghampiri dan memeluk suaminya sambil menangis.

“Terima kasih bang kerana mengingatkan Katy yang selalu terlalai ni”. Erat dakapan ditubuh suaminya, suaminya pula menepuk-nepuk perlahan belakang badannya.

“Kita manusia ni memang selalu macam ni, kita akan tamak dengan harta dunia yang tak boleh dibawa mati. Tak bermakna apa pun kalau pun dapat ditanam bersama  dengan kita didalam kubur nanti. Tetapi kita tak pernah nak menghayati balasan Allah..Sebab kita tak nampak balasan yang Allah bagi, kalau kita buat jahat atau pun baik. Hanya abang tak mahu bila dah sampai masanya, kita dah tak boleh nak buat apa-apa, masa tu  barulah kita menyesal, tapi sesal masa tu dah tak berguna lagi. Tijah faham kan apa yang abang maksudkan ni”.  
(Ada orang masa nyawa hendah dicabut  (sakaratul maut) kita tak boleh bercakap atau tak ingat apa-apa. Mak teh pernah mendengar  untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku ..semasa azan berkumandang janganlah kita meneruskan perbualan kita. Berhentilah sekejap untuk menghormati seruan azan. Ini tak masuk dalam cerita hanya tiba-tiba mak teringat mak teh masukkan untuk peringatan kita semua.Wallahhualam.

“Faham bang, Ialah Katy akan pulangkan. Sebelum kita bertolak”.

“Jadi esok kat majlis kak ngah pulangkan hak Seha, minta maaf dengan dia. Dan jangan lupa minta halal semua perbuatan awak pada dia. Lepas tu minta maaf juga pada kak ngah sekeluarga”.

“Takkan Katy nak minta maaf pada Seha yang bertaraf anak pada Katy bang”.

“Apa salahnya, buat salah ni tak kira tua ke muda emak ke anak. Macam abang sekarang ni abang nak minta maaf pada Tijah kalau ada kesalahan abang pada Tijah. Abang minta halal apa-apa yang abang terambil atau masih berhutang  dengan Tijah ye.”Mohd Noh menghulur tanganya kepada isterinya untuk meminta maaf. Namun tanganya tidak disambut, tetapi isterinya mendakapnya erat.

“Abaaang” Sambil mengongoi didada suaminya Siti Khadijah menginsafi diri. Reda tangisanya..

“Ialah bang Katy ikut cakap abang. Katy maafkan abang.. Katy minta maaf juga dengan abang”. Dalam hati Khadijah akan mengikuti nasihat suaminya. Pada majlis itulah dia kan  mengambil peluang untuk memulangkan apa yang menjadi hak kepada NurSaleha anak saudaranya . Mohd Nor bersyukur jika firasantnya benar.. pada pandagan mata Mohd Noh  kelihatan isterinya sudah lembut hati bila mendengar kata-katanya. Mungkin keberkatan ketanah suci sudah menjengah hati isterinya yang sentiasa degil.

3 comments:

  1. Alahai Nuri mengandung lagi... Harapnya mengandung kali ini dia dapat merasai kasih sayang dan keperihatinan suaminya... Biarlah terbalas kesabarannya dulu.. Janganlah sakit hati lagi.

    ReplyDelete
  2. Semengnya ngandung kali ini Nuri dijaga baik oleh suaminya. bab Nuri sedeh dah habis dah Syukri sudah menjadi suaminya yang bertimbang rasa. Mak teh nak crita yg sedap-sedap shaja diakhir crita mak teh ok tak macam tu.

    ReplyDelete
  3. Setuju sangatlah tu mak teh... Seronok baca cerita yang santai-santai, romantik habis dan penuh dengan nasihat. Seronok sangat baca coretan mak teh , penuh dengan pengajaran. Syabas.

    ReplyDelete