“Oohhh..Kalau aku sekarang ni aku kena jaga hati aku
supaya tak pandang kau. Tapi tak boleh rasanya, bila kita dah duduk berhadapan
macam ni. Takkan aku nak tunduk sahaja pandang lantai sahaja.. nanti kau kata aku sewel
pula. Aku nak pergi takut kau kecik hati.”
“Waah kau dalam baik kau kenakan aku lagi kan..kau
nikan..kau ingat aku nak goda kau ke tak ada makna nya Muaz. Janganlah kau
takut…?”.
“Taak …bukan aku takut pasal goda. Tapi hukum seorang lelaki memandang rambut perempuan yang bukan mahramnya berDOSA. Yang aku
takutkan dosa, sekarang inilah hakikat kita. Sehelai rambut yang diperlihatkan
kepada lelaki yang bukan mahram, satu dosa kau dapat. Kalau sehelai rambut
SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan mahram, maka 10 dosa anda dapat.Tapi
sekarang ni aku pandang sekepala rambut kau tu..cuba kau kira berapa helai
rambut kat atas kepala kau tu yang aku terpaksa tenguk..jadi berapa dosa yang
kau dapat. Sedangkan nak menghapus satu
dosa pun susah, ini saja-saja kau cari dosa...”
“Alah apa pula nak berdosa Muaz... Kita dah lama kenal dari kecil lagi kau kenal aku dan aku pun
kenal kau. Lagi pun ayah kitakan adik
beradik satu ayah satu emak. Orang kata kalau ayah kita adik beradik anak-anak
mereka akan jadi sepupu kuat..betulkan”.
“Ye, walaupun kita sepupu kuat tapi hakikat nya kita
bukan mahram. Mel MAHRAM ertinya orang yang berlainan jantina yang halal nikah,
halal ertinya kalau kita nikah tak berdosa. Jika Allah dah jatuhkan hukum haram
pada sesuatu tu, kita tak boleh nak pinda Mel. Yang haram tetap haram yang buka
mahram tetap bukan mahram. Kecuali kalau aku jadi abang susuan kau. Tapi
hakikatnya tidak..jadi nak buat macam mana. Dosa sudah pasti Mel”.
“Alaah kau ni Muaz..aku sebetul dah lama nak tanya
kau..dari hari tu lagi aku tunggu kau ni”.
“Aku tak kisah
kalau kau nak cakap dengan aku pun, tapi kita selesaikan persoalan kita ni
dulu. Sekarang ni.. kalau kau dapat dosa aku pun sama dapat dosa, sebab aku tak
cuba mengelak pandang yang bukan hak
aku.”. Emil hanya terkebil-kebil memandang sepupunya yang sedang memberi
peringatan kepadanya. Melihat Emil terkebil Muaz mengambil peluang meneruskan
kata-katanya.
“ Jangan main-main Mel, kalau Allah kata tak boleh,ia kan
tetap tak boleh. Kalau Dia kata berdosa ia akan tetap berdosa kalau kita buat.
Kau kena ingat Mel dosa jangan dicari dan jangan ditambah kalau kita boleh
mengelak. Sebab dosa-dosa yang kita buat ni akan menutup pintu hati kita dari
menerima kebaikkan. Kau faham tak maksud aku. Maksud aku senang sahaja, kau
boleh mengelak dari berdosa tak menutup rambut tu, senang saja hanya kau
sarungkan saja tudung kat kepala kau tu dah terhindar dari dosa.. mudahkan.”. Datar
sahaja suara Muaz menasihati sepupu yang dihadapan mata. Emil tertunduk bila
mendengar kata-kata Muaz. Bila melihat Emil hanya mendiamkan diri tidak pula
bertindak seperti yang dibayangkan,Muaz mengesanya lagi..
“Dah lah Mel pergilah kau pakai tudung, makin lama aku
pandang kau, makin banyak dosa aku. Aku
takut dosa Mel. Sebab nak membersihkan dosa ni susah tapi nak dapat tu
senang.. Aku takut dosa-dosa aku
akan menutup mata hati kau
memandang perkara yang baik”. Akhirnya
Emil akur dengan gesaan Muaz.
“Ok.. aku nak cari tudung dulu, tapi kau jangan pergi aku
nak dengar kau cakap”.
“Untuk apa?. Aku ni biasa-biasa aje. Dah lah baik kau
tolong mak dan bini aku buat kerja kat
dapur tu”.
“Taak aku nak jumpa kau susah, esok-esok aku tolong
diaorang.Tapi hari ni aku nak cakap dengan kau, tolong aku, Muaz”. Seperti
merayu suara Emil meminta Muaz menunggunya.
Yang sebenarnya dia mahu tahu pandangan Muaz tentang sayang
seorang suami kepada isterinya. Minggu lepas bekas suaminya menghubunginya dan
meminta agar mereka kembali bersama. Ketika Emil duduk semula diruang tamu
setelah menyarung tudung dikepalanya Muaz bertanya…
“apa yang kau nak cakap dengan aku, macam penting
sangat”.
“Aku hanya nak tanya macam mana rasa hati sorang suami kalau dia sayang
dengan isteri dia?”.
“Pada aku..kalau kita sayang isteri kita, kita kenalah…
mula-mula jaga pandangan mata kita, supaya kita tak memandang yang bukan hak
kita. Kalau memandang yang bukan hak kita, syaitan suka sebab dia boleh menghasut
supaya kita jatuh suka kepadanya.
…Kemudian jaga lah hati kita supaya jangan terdetik kita
nak kahwin lain. Semua orang pun tahu seorang isteri kalau dicarikan pesaing(madu,
kekasih atau yang sewaktu denganyalah) hatinya akan terluka. Untuk tidak melukakan
hatinya kita jangan buat apa yang dia tak suka.”
“Jadi kau ni sayang sangat lah kat Seha tu?”.
“Ehh memanglah aku sayang kat dia, diakan isteri aku”.
“ Aku nak tanya kau kenapa sampai kau sayang sangat kat Seha
tu. Aku tahu dulu kau kahwin dengan si Seha tu pun ayah aku yang suruh kerana
dia nak selamat kan dia dari terus terusan menjadi hamba mama akukan?”.
“Aku sayang dia sebab dia pun sayang aku”.Selamba sahaja
suara Muaz.
“Dia cakap ke dia sayang kau, tapi Muaz kadang-kadang apa
yang terucap kat bibir tak sama dengan kat hati, macam Latif rasanya beribu
kali dia cakap dia sanyag aku, tapi kau tenguklah dia kahwin juga dengan orang
lain.. Jadi kau percaya ke kata-kata dia..”
“Bab Latif aku tak tahu, tapi untuk pengetahuan kau, Seha
tak pernah cakap dia sayang kat aku, mungkin dia nak cakap dia sayang aku, dia
malu.Tapi dia nyatakan sayang dia pada aku dengan perbuatanya. Dengan apa yang
dilakukan untuk aku, jadi aku yakin dia sayang aku”.
“Waah hebatnya Seha…kalau boleh aku nak tahu,
perbuatan macam mana yang melambangkan
sayang dia pada kau Muaz. Diselalu peluk kau ke, atau pun selalu cium kau, itu yang kau membayangkan dia sayang kau sangat-sangat.”.
“Hissy kau ni, sampai kesitu kau fikir, dasyatnya otak kau Mel. Aku heran dengan kau ni Mel, yang kau sampai jadi
penyiasat rumah tangga aku ni kenapa?”
“Jawap aje lah Muaz aku sungguh-sungguh nak tahu ni..nanti
aku cerita sebab apa aku nak tahu..”.Melihat kesungguhhan Emil, Muaz meneruskan
cerita kehidupan rumahtangga bahagianya bersama NurSaleha.
“Seorang isteri kalau sayangkan suaminya mestilah..pertama
menjaga makan pakai suaminya. Sanggup sakit dan bersusah payah mengandung
melahirkan kemudian menjaga anak-anak suaminya. Menjaga anak bukan setakat memberi makan pakai sahaja . Mendidik
macam mana nak hidup dengan keadaan yang baik dalam linkungan redha Illahi.
..Kalau dia menyayangi
anaknya tentu sekali dia akan
menyayangi dan menghormati emak suaminya, seperti emak dia sendiri. Sekarang Seha
dah buat semunya itu pada aku jadi aku yakin dia sayang kat aku, sebagai
balasanya aku pun sayang kat dialah”.
“Muaz apa yang kau maksudkan Mendidik anak dengan baik dalam lingkungan redha Illahi?”
“Ohh mendidik anak bukan sahaja memantau pelajaran dia
sahaja tapi mendidik untuk mejalani hidup seharian..Aku bagi kau contoh kau
tenguk anak aku yang tua tu sejak dia berumur 7 tahun lagi keluar pakai tudung,
kalau tak ibu dia ingatkan boleh agaknya dia buat macam tu. Kemudian solat..kau
pun tengukkan anak-anak aku sekecil lima tahun pun boleh duduk solat bersama
kita. Ertinya tak mengganggu masa kita solat. Kalau ibunya tak ajar atau
biasakan dengan orang bersolat, kau fikir boleh tak dia tak menggangu orang
bersolat dan kau agak boleh tak dia berdiri sama dengan kita solat”. Emil
terbayang anak Muaz yang berumur lima tahun bersolat bersama mereka sehingga
selesai solat.Terfikir dibenaknya bagai manakah Seha mengajar anaknya
berdisplin.
“Itu hanya satu contoh yang aku bagi. Bab mendidik anak
dalam linkungan redha Illahi. Bab kemahiran hidup aku tak cakap lagi dengan
kau. Cuba kau tenguk anak aku yang tua sekarang dia dah pandai masak, yang
sebetulnya Seha ajar dia masak masa umurnya 9 tahun lagi, lepas tu pandai jaga adik. Sekarang ni memanglah kita nampak kepandaian
dia tu untuk kesenangan ibu dia, tapi kita fikir tak, kemahiran itu untuk hidupnya kalau dia dah jauh
dari kita dan bila dia dah berumah tangga nanti.. Dari segala yang aku cerita
kau boleh tak bayangkan kebaikkan anak aku dapat dari didikan ibu dia yaitu isteri aku”.
“Alah itu secara kebetulan sahaja. Kalau dia tak minta
tolong anak kau tentu dia penat, anak kau ramai kecik-kecik pula tu”.
“Kau memang tak mahu mengakui… apa yang dia buat tu
semuanya kerana nak mengajar anak tentang kemahiran hidupkan. Tak apalah tapi
pada aku itu adalah ajaran seorang isteri yang sayang pada suaminya.”.
“Kalau kau adakan dia orang gaji tentu dia tak suruh anak-anak
dia buat”. Bantah Emil dengan apa yang di lakukan oleh Seha.
“Aku sayang dia itulah sebabnya aku tak ambil orang gaji.
Kau nak tahu seorang isteri kalau dia melakukan sesuatu untuk suaminya dengan
niat kerana Allah dia dapat pahala, ni aku bantu dia dapat pahala lah ni. Lagi
pun kata mak aku, kalau anak atau suami
yang selalu makan air tangan orang memasakkan makanan untuknya dia akan sayang
dan selalu ingat pada orang tu. Itulah sebab nya mungkin aku pun sayang kat dia
dan tak terniat pun nak cari lain. Macam tu juga dengan anak-anak aku, kalau
tak mana mungkin, dia ikhlas tolong ibu dia buat kerja.”
“Pada aku itu tanggung jawab seorang isteri atau ibu, tak
menunjukkan dia sayang kau?”
“Emil kalau dia tak sayang, dia tak buat semuanya itu pada aku. Dia
sanggup mengandungkan anak aku sampai lima kali. Kau tahukan betapa tak
selesanya wanita yang sedang mengandung. Mula menangdung makan pun tak lalu, kerana
hormone dalam badan dia tak setabil. Bila perut dah besar berjalan pun susah,
nak baring tidur pun tak selesa..Bila bersalin sakitnya hanya Allah sahaja yang
tahu sakitnya, kata orang sakin nak bersalin kesakitan yang dua dari segala
sakit, sakit yang paling sakit bila nyawa kita nak didicabut dari jasad kita. Aku
tenguk dia bersalin dah 5 kali. Aku tahulah macam mana sakitnya dia.
… Bila anak masih kecil dia mengorbankan masa tidur dan
masa senangnya dengan suaminya. Misalnya dia tengah peluk aku tiba-tiba anak
menangis nak kan susu, dia bangun . Aku nampak semua apa yang dia buat pada aku,
jadi tak aku tergamak nak kongsi kasih sayang aku pada dia yang tak sebearapa
ni dengan perempuan lain.”
“Wahh baiknya kau Muaz.Tapi pada aku itu memang fitrah
seorang isteri mengandung dan bersalin kemudian jaga anak”.
“Taak aku tak kata itu fitrah, dia ada pilihan, kalau nak
bersalin sekali atau pun banyak kali. Nak jaga sendiri anak dia atau dia minta
aku carikan orang untuk jaga anak kami. Pada aku sebab dia sayang aku sebab
itulah dia buat semuanya untuk aku. Jadi aku tak sanggup kasih aku untuk dia dibahagi
dengan wanita lain. Aku selalu bayangkan kalau aku ada isteri lain selain dia,
rasanya aku tak adil, ialah masa aku dibelai
penuh, balik rumah dia aku dapat kasih saying, balik rumah yang satu lagi pun aku
dapat juga kasih saying..tapi masa dia, dahlah diselang dengan anak..aku bahagi
lagi dengan wanita lain, patut ke. Sebab aku rasa tak patut aku tahan hati aku.”
“Waah baiknya kau Muaz.”
Bukan aku baik tapi aku menghargai apa yang telah dia
buat pada aku itu sahaja”.
“Aku dengar orang lelaki cakap..kalau seorang lelaki tu
tak fikir untuk mencari kasih lebih dari seorang ertinya dia tu lelaki tak
normal”.
“Alah itu hanya cakap orang yang ada kepentingan sahaja. Pada aku kalau
kita tak mampu menangani jangan dicuba itu sahaja.Poligami bukan sahaja
melukakan hati isteri malah melukakan hati anak juga. Kalau hati anak dah luka
takut dia memberontak. Itu yang banyak remaja rosak akhlak. Kesian remaja kita
tak dapat meneruskan hidupnya menjadi orang yang berguna, Mel”. Emil
terkebil-kebil memandang sepupunya mungkin sedang memikirkan apa yang didengari
dari bibir sepupunya tadi. Mengapa bekas suaminya tidak memikir seperti Muaz
berfikir, walau pun dia seorang guru.Tetapi Muaz hanya seorang makanik kereta
sahaja namun fikiran melangkaui jauh kehadapan. Hendak dikira umur mereka tidak
jauh berbeza hanya Muaz tua setahun dari bekas suaminya.
“Kenapa kau tanya semua ni Mel. Kau ada masaalah ke?”.
“Taklah aku tak ada masaalah pun tapi minggu lepas, Latif
tanya aku dia kata dia nak rujuk. Jadi aku nak tahu tahap dia sayang aku dulu
dan tahap dia sayang isterinya sekarang”.
“Jadi apa keputusan kau.. kau setuju ke?”.
“Aku tak kata pun aku setuju, tapi aku rasa tak sedaplah
bila dengar dia cakap macam salahkan aku”.
“Macam mana dia cakap yang sampai dia salahkan kau. Salah
kan kau pasal apa..pasal perceraikan kau ke?”
“Dia tak salah kan aku sebab bercerai tapi dia salahkan aku sebab Uwais tak nak
minta sekolah berasrama, dia takut lepas
SPM pun Uwais tak nak pergi mana-mana kerana bimbang kan aku yang duduk sorang.
Itu yang dia ajak aku rujuk dengan dia balik. Tapi pada aku untuk rujuk pada
dia tu tak mungkin, kau tahukan hati aku ni macam mana. Sungguh aku cakap.. aku tak sanggup hidup
bermadu. Dan yang satu lagi.. aku tak
dapat nak meredakan rasa sakit hati aku dengan perbuatan dia dulu..tak jujur
pada aku. Pada aku sekali dia buat esok lusa dia akan buat lagi. Yang
sebenarnya aku malas nak fikir macam-macam, nak fikir tentang madu lagi, nak
fikir kenapa dia lambat baliklah, nak fikir kena giliran lah, itu semuanya
menyakitkan hati aku Muaz. Aku dah selesa hidup macam ni, aku hanya fikir hidup
aku dengan Uwais sahaja.Tapi bila aku fikir… aku memanglah senang, tak fikir
banyak. Tapi anak aku? kau fikir Uwais
macam mana? Dia rasa ralat tak aku bercerai debngan papa dia. Aku nak tanya
pendapat kau, kau rasa aku ni mementingkan diri sendiri ke?.”
“Perkara macam ni
kena tanya perasaan kau sendiri, kau tak boleh, kau buat tu untuk senangkan
hati orang lain, walaupun dia tu anak kau sendiri. Kalau kau buat juga kadang-kadang
lebih teruk jadinya. Kau tak bahagia..
orang keliling yang pandang kau pun turut tak bahagia juga. Anak, emak, ayah
dan orang sekeliling tak tahu perasaan kau, perasaan kalau dipaksa atau kerana
nak menyenagkan orang lain dia akan menyiksa diri kita sendiri, kalau dah kita
siksa perasaan kita, lambat laun kita akan meyusahkan orang lain juga”.
“Apa yang patut aku buat Muaz. Aku tak tahu nak buat macam
mana.. untuk kebahagiaan anak aku. Kalau boleh.. aku nak anak aku tak terasa
satu kekurangan walaupun papa dan mama dia tidak tinggal serumah lagi. Dia lah
satu-satunya anak aku, aku nak dia jadi orang yang berguna. Aku tak nakdia
menjadi remaja yang memberontak kerana masalah perceraian kedua papa dan
mamanya.”.
“Untuk mendapat
gambaran yang jelas, kau bincang dengan anak kau. Tapi bila pandagan kita
bercanggah dan kau tak dapat terima, kau jelaskan apa rasa yang kau rasa.. In
Syaa Allah dia akan faham.. Uwais pun dah besar, dah tahu nak memikir dan dah
boleh diminta memberi buah fikiran. Kalau kau tanya dia, kau dah bagi gambaran kat dia, yang kau
sangat menghargai dia. Secara tak langsung kau dapat menjana fikiran dia
menjadi matang Mel. Hanya yang penting..
Kau jangan memaksa perasaan kau kalau memang kau tak suka, sebab kalau apa yang
kau paksa juga kau yang akan menanggungnya.”.
“Terima kasih Muaz..jawapan dah ada dalam hati aku ni.
Memang betul kata kau anak aku tu dah besar dan dah boleh fikir. Sekarang ni
pun aku dah nampak sikap dia, dia lembut hati dan senang mendengar kata..aku
harap dia akan menjadi lelaki yang berfikiran macam kau. Aku bersyukur dapat anak macam Uwais walau
pun sorang anak aku..”
“Eloklah macam tu Mel..kau bimbinglah dia menjadi anak
yang boleh kau harapkan masa kau tua nanti.”
“Aku nak tanya macam mana kau boleh berfikir macam ni
Muaz..Aku rasa kau berfikir tak seperti Latif berfikir”.
“Jangan bandingkan fikiran orang Mel. Mungkin dia ada
sebab.. Aku ni tak ada apa masaalah, mak aku dan adik-adik adik semuanya ok. Tapi
aku pandang keliling kita..keadaan keliling pun boleh mematangkan fikiran kita...
Tapi pada aku, aku kutip rasa insaf ni dengan pergilah dengar ceramah ugama
selalu. Yang sebetulnya kalau kita solat berjemaah kat surau atau masjid lepas
solat mereka akan bagi ceramah.”
“Bilanya yang kau pergi siang kau kerja kat bengkel.Macam
ni.. malam kau datang rumah mak kau”.
“Bila kita sempatlah Mel. Aku datang sini bukannya selalu,
hanya setiap hanya hari Khamis malam Jumaat sahaja, nak temankan emak baca Yassin.
Selebihnya aku nak ajar anak-anak dan
isteri aku baca Yassin juga”.
“Baiknya kau Muaz..untung emak dan ayah kau dapat
engkau”.
“Yang sebetulnya nak menjadikan diri kita beruntung pada
emak dan ayah kita, adalah diri kita sendiri dan hasil dari didikan mereka. Aku
rasa ayah kau pun didik kau macam emak aku didik aku juga. Kita ni Mel, kan
Allah bagi akal takkan kita tak boleh nak bezakan mana yang baik dan mana yang
buruk. Kalau ambil keputusan, jangan fikir diri kita sahaja, kena fikir orang
keliling juga.”
“Macam mana boleh jadi hati kau bersih Muaz”.
“Taak mana ada hati aku bersih..hanya aku kalau bertindak,
tenguk keadaan keliling aku, kemudian bersabar. Kalau kita ditimpa masaalah
kita perlu bersabar.”
“Macam mana nak sabar Muaz kalau.. kita yang terkena”
“Memang tak mudah
untuk "sabar" dalam menghadapi masalah. Yang sebenarnya bersabar
menyuruh kita bertenang. Bila fikiran tenang
tindakkan kita pun dalam fikiran yang waras. Itulah sebab kita perlu
bersabar selalu.”
“Tapi aku
kalau dah sedeh aku tak ingat orang, itu yang aku terkeluar perkataan yang
menyakitkan hati orang. Macam masa aku tahu Latif kahwin dulu, aku tak tahu
macam mana nak cakap betapa sedehnya hati aku Muaz. Sampai aku dah tak fikir apa yang aku minta.”
“Kau tak
sedar ke masa kau minta cerai?”
“Bukan aku tak sedar..hanya aku nak hilangkan
rasa sakit sedeh tu dengan bercerai..aku tahu aku akan rasa sedeh berpanjagan
bila aku masih terikat dengan dia.”
“Oh ingatkan
kau tak sedar masa kau minta cerai hari tu.. dan kau nak rujuk balik dengan dia”.
“Untuk rujuk
pada dia dalam waktu terdekat ni memang tak mungkin. Kau tahu sampai sekarang
sedeh tu masih terkesan kat hati aku ni. Itu pasallah aku tak sanggup nak
kembali pada dia.”
“Aku faham perasaan kau, sedeh kau..tapi aku tak dapat nak tolong dalam soal perasaan dan
soal hati ni.. Rasa hati kau hanya kau sorang
yang tanggung, tak ada siapa yang mampu mengalihkan rasa tu. Hanya aku
dapat bagi nasihat sahaja. Kau memohonlah pertologan dari Allah. Ingat Mel, kesedihan
bukan menghancurkan, rasa tu boleh menjadikan kita lebih dewasa. Kadang-kadang
dengan kesedehan kita boleh melihat mana
yang baik, mana yang buruk. Kalau kita memang orang cerdik..kita tak akan membenci,
dengki, dan iri hati pada orang yang membuatkan kita mendapat sedeh.."Be
positive", berserahlah pada ketentuan yang telah diuntukkan pada kita. Cara
tu kita boleh mendidik hati kita redha dengan apa yang terjadi”.Tutur Muaz
datar, lembut sahaja suaranya. Itulah nasihat seorang abang kepada adiknya.
“Aku
bersyukur dapat abang sepupu macam kau Muaz. Terima kasih Muaz”.Mata Emil sudah
berkaca-kaca kerana hatinya tersentuh dengan nasihat Muaz. Dari berkaca sudah
bertakung air matanya hanya tinggal untuk gugur sahaja. Bila dia tegur oleh Muaz dengan
guaruan.
“Ehh kau ni
dah bertukar watak pula... Aku cakap
yang kau sedeh kenapa?”
“Macam mana
kau boleh berfikiran matang macam ni Muaz, apa yang kau cakap berharga pada aku.
Terima kasih banyak-banyak Muaz. Terimakasih juga sebab kau tak benci dengan
aku, walaupun aku banyak sakitkan hati kau dan mak kau.”
“Biasalah aku selalu berfikir.. ‘Be positive’”.
Masa berlalu dengan perancang yang penuh dikelapa
masing-masing. Bagi Emil azamnya mahu menjadi seorang mama yang berjaya mendidik anak menjadi seorang manusia
yang bejaya. Biar pun dengan ketiadaan seorang lelaki yang bergelar suami
disisinya. Dia akan menjadikan dirinya mama dan papa kepada anak tunggalnya Uwais.