~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 3 October 2014

Bab 44 Tidak ku tahu kasih bermula.






“Abang  datang ni pun takut tak sempat jumpa papa sebelum abang  pergi..seminggu tu bukanya lama..bila  sibuk-sibuk buat persipan sedar-sedar dah sampai waktunya kan pa”.

“Betullah tu. Abang dapat kursus apa?”.

“Fizik pa…abang ingat nak jadi jurutera”.

“Tak apa belajar lah dulu nanti boleh tukar kursus rasanya. In Syaa Allah papa minta cuti minggu depan hantar abang pergi KL.”

“Tak payahlah pa, abang pergi sekali dengan ayah Nassir dan mama untuk  hantar Pian. Pendaftaran Pian di UiTM Shah Alam minggu depan ni tapi abang minggu lagi satunya.”.

“Oh Pian daftar seminggu lebih awal dari abang. Habis takkan  mama dan ayah Nasir nak tunggu sampai masa abang buat pendaftaran”.

“Taklah abang abang tumpang rumah pak ngah Syukri seminggu.Ayah dengan mama baliklah selepas Pian selesai buat pendaftaran..kan mama dengan ayah kena mengajar.. bukan waktu cuti sekolah.



 “Siapa pula yang akan bawa abang mendaftar kat UIA tu”.

“Pak nagh Syukri..mama dah minta tolong dengan dia hari tu”.

“Rasa macam susahkan Pak ngah Syukri pula..Biar lah papa yang hantar..papa ambil cuti”.

“Tak payah lah pa..tak kan papa nak ambil cuti..nanti adik-adik susah nak pergi sekolah, mereka tu masih kecil lagi. Abang dah besar. Lagi pun kata pak ngah rumah dia dekat sahaja dengan UIA kat Petaling Jaya tu, dekat juga dengan tempat kerja mak ngah Nuri, Papa jangan bimbang ye”.

“Abang tak apa ke..masa pendaftaran tak ada mama atau papa”.


“Tak apa lah pa, abang pun dah besar bukanya budak darjah satu atau pun tadika yang nak kena tunggu bila masuk sekolah. Abang yang minta macam tu, abang nak berdikari..jadi tak payahlah papa ambil cuti. Cikgu pun bukan boleh ambil cuti sewenang-wenangnya kan pa”.

Ohh anakku yang sudah matang fikiranya, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi jika mereka masih suami isteri mungkinkah mereka akan membiar kan anaknya terkotang kanting sendiri dihari bersejarah mereka. Hari permulaan mereka menempuh cabaran sebagai pelajar Universiti..TENTU TIDAK,  mereka tentu akan menemaninya hingga selesai, tidak kiralah berapa umur mereka. Ada rasa terkilan dihati Abdul Latif sebenarnya. Dia menukar cerita untuk menutupi rasa terkilannya.

Sedang berbual  Nur Fazila muncul menatang dulang. Cekap sahaja dia mendengar perkakataan MAMA yang dituturkan oleh suami dan anak tirinya. Dan perkataan mama itu menusuk kejantung hatinya lalu memarakkan api cemburu yang sentiasa berbara didalam hatinya. Sambil dia meletak piring dan cawan di atas meja, sambil dia menjeling tajam kearah anak tirinya. Dia mengharapkan perbuatanya dapat dilihat dan difahami oleh Uwais yang kebetulan sedang memandang kearahnya juga. Sememangnya Uwais faham dengan tingkah emak tirinya. Cikgu Abdul Latif tidak menyedari perlakuan isterinya meneruskan bualanya. Setelah menyiapkan hidangan dan menuang air kedalam cawan. Dia berlalu kedapur sekali lagi jelingan tajam dihadiahkan buat anak tirinya.

“Minum bang..Emm..Pian buat diploma ke bang masuk UiTM tu”.

“Tak dia masuk UiTM untuk persediaan belajar keluar negara. Dia dapat buat Medic kat Jordan.”


            Setelah menghabiskan secawan teh o dan sekeping biskut,  Uwais memohon diri untuk pulang. Kerana pandang emak tirinya tadi Uwais jadi tidak betah untuk duduk lama dirumah papanya. Dia tahu emak tirinya tidak menyenangi kehadirian dirinya..

“Pa! abang dah nak balik lah ni”. Uwais mula bangun dan menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan papanya.

“Ehh cepatnya..abang tak tidur sini ke?” Abdul Latif rasa terkilan mendengar penyataan anaknya. Rasanya banyak lagi bualan mereka yang mahu dibualkan.. tapi anaknya sudah mahu beransur pulang. Yang sebenarnya Abdul Latif rasa senang untuk berbual dengan Uwais kerana dia sudah remaja..sedangkan anak-anak yang didepan mata masih dibawah umur.

“Taklah pa..itu sebabnya abang pakai kereta atuk, memang abang nak datang sekejap saja..nak jumpa papa sebelum abang pergi UIA minggu depan. Abang niat sebelum abang pergi Petaling Jaya, abang nak tolong pak long habiskan kereta yang ada, kemudian abang pun nak cari barang apa yang nak dibawa nanti”. Dengan berat Abdul Latif menghulurkan tangan untuk disalami dan dicium oleh anak yang akan pergi belajar tidak lama lagi.

“Belajar elok-elok ye bang…solat jangan tinggal. Ni abang akan duduk kat Petaling Jaya.. bandar besar tu bang, banyak cabaranya.. perkara yang tak elok pun banyak kat sana. Ingat jaga kelakuan. Abang dah mula bergaul dengan kawan berbagai ragam, jadi hati-hati .. jangan selalu sangat keluar berjalan-jalan… ingat mama yang susah payah didik abang jadi manusia yang berguna ye bang..papa ni…”.  Abdul Latif tidak dapat meneruskan kata-katanya di merasa sebak..tiba-tiba air matanya mahu menyerbu keluar sahaja..dia menunduk menyembunyikan air matanya yang mula terbit ditubir mata.

“In Syaa Allah abang ingat pa..papa jangan bimbang dan jangan sedeh, abang akan jaga diri abang dan berusha membanggakan hati papa dan mama”. Mereka berpelukkan dengan doa dan janji dihati masing-masing. Bagi Abdul Latif mendoakan kejayaan dan keselamatan anaknya. Bagi Uwais pula mendoakan kebahagian dan kemurahan rezeki papanya. Seperti kebiasaan sampai dimuka pintu Abdul Latif mengeluarkan beg duitnya..

“Bang ambillah ni papa bagi duit belanja sikit”. Abdul Latif mengeluarkan beberapa keping not RM 50 untuk anak sulongnya.

“Tak payahlah pa abang dah ada duit ni..tenguk ni (Uwais pula mengeluarkan beg duitnya dari poket belakang seluarnya)..ni duit kerja abang. Yang ni pak long kata baru bagi suku..sebab abang kata nak beli barang dia bagi duit ni tadi..yang tiga suku lagi dia masukkan dalam buku bank  abang. Yang hari tu masih ada lagi tapi abang simpan kat rumah, ingatkan abang nak guna yang dia bagi hari tu. Tadi bila abang kata nak beli barang abang pak long bagi lagi. Dia kata takut abang tak cukup duit. Entahlah pak long tu mudah sangat dia bagi duit kat abang. Itu sebabnya pak long tu murah rezeki kan pa..dia tu mudah sangat tolong orang pa. Bukan dengan abang saja dengan pekerja dia yang lain dia pun macam tu”.

“Memang pak long abang tu baik orangnya, papa tenguk  dia pun baik dengan emak ayahnya. Dia contoh yang baik bang.. dia selalu tolong orang dan baik pada emak ayahnya  tenguklah  Allah murahkan rezeki dia.”

 “In Syaa Allah pa, abang pun nak jadi macam pak long. Ni  abang nak masukkan sikit kat buku bank abang esok, Pak long pesan jangan bawa wang tunai banyak sangat.. bahaya orang tengah ramai kemudian kita masih tak kenal-kawan-kawan kita. Lagi pun setiap kolej akan disedikan tempat nak keluarkan duit mudah sangat kita nak keluarkan duit..memang macam tu ke pa..”. 
“Haah memang macam tulah..untuk kemudahan para pelajar”. Kemudian Uwais mengeluarkan duit gajinya untuk di tunjukkan duit gaji hasil kerja  dibengkel dan juga hasil gaji  menjadi guru tuition anak-anak Muaz. Ada seribu ringgit semuanya.

“Wahh banyaknya pak long bagi gaji kat abang”.

“Kerja bengkel dengan jadi guru tuition pa. Ingat nak belanja papa duit gaji pertama abang ni..tapi nantilah ye pa..kalau abang dah ada kerja tetap esok abang akan belanja papa dengan adik-adik.”.

“Masa ni tak payah belanja papa dengan adik-adik abang. Duit ni simpan untuk kegunaan abang belajar. Abang duduk jauh, papa atau mama susah nak jenguk abang. Papa tunggu gaji bila abang dah jadi jurutera. Belajar rajin-rajin ye bang. Bang! papa dengar kalau masa faundition ni kita dapat pointer 3.5 keatas nanti masa belajar  kat Universiti kita dapat biasiswa JPA jadi tak payahlah kita buat pinjaman PTPTN.”

“Ye ke pa..macam tu abang kena belajar bersungguh-sungguh lah..abang nak cuba dapatkan biasiswa JPA tu”.

“Eloklah tu..Berapa pak long bagi gaji abang sebulan?” Didalam hati Abdul Latif bersyukur dengan kemurahan hati Muaz yang membantu anaknya mencari duit belanja sebelum dia menyambung pelajarannya.

“Dia bagi seribu setengah sebulan...ni dia longgok baru  bagi abang. Abang yang minta dia buat macam tu..jadi tak payahlah papa bagi abang duit lagi. Duit mama pun abang tak ambil..lagi pun masa belajar nanti kita orang akan diberi biasiswa juga pa”.

Tetapi perbualan itu tidak didengari oleh Zila..dia terus masuk kebiliknya bila melihat suaminya mengeluarkan beg duitnya. Entah mengapa hatinya jadi sakit bila melihat tangan suamiya membuka beg duitnya tadi.  Pulang sahaja Uwais mula Zila menarik suaminya masuk kedalam bilik.Dia mahu mengeluarkan rasa tidak puashatinya yang memang sudah lama bersarang dihatinya.

“Bang!!abang ni dengan mudah sahaja nak bagi Uwais tu duit..Zila ni puaslah berjimat cermat untuk mencukupkan duit belanja kita, ni abang senang-senang bagi duit kat dia. Hari tu dia datang kan abang dah bagi dia duit..ni abang bagi lagi dia duit.”

“Kenapa dengan Zila ni..dia kan anak abang dia nak pergi belajar..apa salahnya kalau abang bagi duit belanja sikit”.

“Kenapa abang tak pernah nak nampak kebaikan Zila..selama ni tak pernah Zila minta duit poket  untuk Zila, sebab Zila tahu gaji abang hanya cukup untuk makan dan pakai kita sahaja. Zila sanggup bersusah payah pergi Ipoh berjualan kat gerai untuk mencari duit Zila sendiri..ni abang senang-senang nak bagi Uwais duit. Macam tu mana adil.  Dia bukannya susah atau terdesak..mamanya kerja biarlah mamanya yang tanggung perbelanjaan dia,  mama dia  bukanya ada tanggunan lain, hanya Uwais sorang sahaja. Tak macam abang  anak tiga, emak lagi yang abang kena tanggung. Lagi pun ayah tirinya kan cikgu, takkan dia tak bagi..dah ambil mamanya tentu dia kena tanggung  anaknya sekali”.

Panjang lebar Zila menceceh memarahi suaminya. Pandai pula dia berkata ‘sudah ambil mamanya tentu dia ambil anaknya sekali’..tapi dia.. sudah diambil papanya kenapa rasa keberatan untuk menerima anaknya pula. Itulah manusia yang selalunya ‘kuman diseberang nampak dimata tetapi gajah yang teguh didepan mata tak nampak pula’.

“Zilaa Uwais tu anak abang, selagi umurnya belum mencapai 21 tahun dia masih dibawah tanggung jawab abang. Abang memang wajib tanggung dia dari segi makan, pakai dan perbelanjaan untuk pelajaran dia. Tak macam Emil dia hanya mama pada Uwais..Kalau dia rela nak bagi bolehlah bagi, kalau  dia tak bagi pun tak apa..tapi abang ni WAJIB. Wajib ertinya tak boleh tidak, faham tak Zila… beza tanggung jawab ayah dengan ibu terhadap anaknya”.

“Tanggung jawab tu tanggung jawablah tapi berpada-padalah..ni Zila ni tanggung jawab abang juga…anak-anak yang tiga orang tu tanggung jawab abang juga kenapa abang tak beratkan..”.

“Selama ni abang tak bertanggung jawab pada Zila dan anak-anak kita  ke..tak cukup makan ke Zila dan anak-anak selama ni”.

“Mana pernah abang bagi duit poket pada Zila”.

“Zila tak pandang ke, abang ni kerja sebagai apa..berapa gaji abang sebulan.. hanya banyak tu yang abang mampu abang bagi. Tapi abang rasa selama ni tak pernah pula orang-orang yang dibawah tanggungan abang  merempat dan kebuluran tak dapat makan atau bertelanjang kerana tak  ada baju nak pakai. Bab Zila ke Ipoh cari duit poket Zila itu diatas kehendak Zila sendiri abang tak pernah suruh Zila pergi cari duit. Yang sepatutnya tak payah lah Zila nak cari duit.. bersyukurlah dengan rezeki yang dah Allah bagi pada kita.”.

“Hanya setakat makan pakai sahaja yang abang mampu..Zila ni sesekali nak juga duit poket..duit untuk kegunaan sendiri. Memang abang tak adil pada kami selama ni.. Uwais abang mewah-mewahkan anak-anak kat sini abang bagi ala kadar sahaja”.

“Mana abang memewahkan Uwais, abang bagi dia duit kalau dia datang sini sahaja, makan pakainya atas ihsan orang sahaja selama ni. Ihsan ayah tiri dia. Abang hanya bertwakkal pada Allah supaya murah rezeki Uwais dan orang rasa senang hati bila bergaul dengan Uwais”.

“Yang abang nak sedeh-sedeh bila sebut hal Uwais kenapa?? Mama dia kan bekerja..tak kan anak sorang tak boleh nak bagi makan. Atas ihsan ayah tiri apanya”.Balas Zila.  Abdul Latif bangun dari birai katil menuju kepintu..dia mahu keluar dari bilik mereka..Malas mahu bertekak pada orang tidak mahu faham apa yang di sampaikan. Tentang kewajipan seorang ayah dan seorang ibu keatas anak-anaknya.

“Bang!!!” jerit Zila marah bila melihat suaminya bangun menuju kepintu.

“Dah lah Zila malas abang nak cakap kalau Zila tak faham apa yang abang cakapkan..”. Zila memandag langkah suaminya dengan, perasaan yang masih mendungkul geram.

            Itulah akibat  perceraian ada sesetengah orang dapat menerima anak segera dari pasangan masing-masing, ada yang tak boleh. Kalau kita yang berpendapatan sederhana duit gaji pun cukup-cukup,  macam mana nak dibahagi-bahagi duit gaji pada anak yang berlainan rumah.


2 comments:

  1. Zila in dh di selubungi dgn hati yg Kotor SB tu dia x nampak dimana tanggungjwb seorng suami / tgjwb Isteri / tgjwb ayah / tgjwb IBU dn anak.
    SB tu juga dia seesenang hati je blh kluar Rumah ke Ipoh dn tinggalkn suami dn anak smpi 2 minggu tnpa mnta izin.
    Spnjg tmpoh prkahwinan mreka x pernah ke mrka solat brjemaah? dn br bincang bab agama?
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Kesian betul nasib nasib cg latif ada isteri tak reti bahasa macam si zila ni. masih tak sedar lagikah emak cg latif tentang tekanan yang di alami oleh cg latif dengan sikap zila ni. Sudah tiada rasa kasih seorang nenek kah di hati emak cg latif pada uwais? Sedangkan dia cukup tahu uwais adalah anak kandung cg latif. sepatutnya dia harus menegur sikap zila yang tak semengah tu biar kasih bapa dan anak tidak terputus. Alahai sedihnya nasib cg latif dan uwais.

    ReplyDelete