Sambil memandu sambil berbual tidak terasa
perjalan mereka sudah sampai dihalaman rumah. Malam itu kelihatanya cikgu
Nassir berlainan benar. Mungkin dia keletihan dengan majlis walimatulurus
anak-anakya itu yang menyebabkan dia tidak banyak bercakap seperti
kebiasaan.Tetapi sikap diamnya sebelum
majlis lagi, telah di sedari oleh Emil, tapi entah mengapa mulutnya berat
hendak bertanya. Selepas solat dan makan malam dia berdahuluan meminta diri
untuk kebiliknya. Setelah siap berkemas dimeja makan, Emil mengikuti langkah
suaminya kebilik. Dilihat suaminya sudah baring dan berselimut. Ketika dia
menghampiri katil..suaminya membuka mata dan bersuara..
“Mel
abang letih sangat, rasa nak tidur ni.”
“Abang
tidur dulu..kejap lagi Emil dating”.
“Tapi sebelum tu abang nak minta maaf dengan
Emil”.Mendengar permintaan suaminya, Emil cepat memanjat katil mendapatkan
suaminya yang bersuara sayu.
“Kenapa
bang..abang macam lain sangat pula
ni..abang sakit ke?”
“Tak
lah abang rasa letih.Emil bahagia tak selama kita nikah Mel”. Ahh tu pula
soalan yang keluar dari bibir suaminya. Makin terasa keluarbiasaan suaminya
malam itu.Tapi yang sebenarnya cukgu Nassir menyembunyikan rasa sakit
didadanya. Dia mahu meluahkan rasa sakitnya tapi tidak sampai hati kerana dia
tahu isterinya juga penat, penat kenduri kahwinkan anak lagi dan penat seharian
menunggu anak menantu nak bersalin lagi.
“Abaaang
..Emil bahagia dengan abang. Bahagia sangat. Dahlah bang, abang letih ni..tidur
ye. Jangan lupa baca doa, baca selawat dan mengucap. Emil nak mandi sikit, sekejap
lagi Emil datang. Tidur ye.” Sememangnya itulah ingatan mereka suami isteri
sebelum mereka memejamkan mata. Itu pesanan Haji Mohd Noh suatu ketika dulu
ketika mereka berbual-bual selepas majlis Yassin yang selalu di adakan setiap minggu.
Mereka suami isteri sejak ditinggalkan berdua
oleh anak-anak yang sudah ada kehidupan sendiri, sering juga mengikuti majlis
membaca Yassin dirumah Haji Mohd Noh. Walau pun tidak setiap minggu Emil dan
Cikgu Nassir menyertainya. Tetapi setiap kali mereka berkunjung ada sahaja ilmu
untuk ingatan mereka dititipkan oleh bapa mertuanya itu. Pada mereka jika
perkara itu baik mereka akan mengamalkan. Kata Haji Mohad Noh ‘manalah tahu umur kita diambil ketika kita
sedang tidur. Lagi pun tidur merupakan mati sementara bagi setiap insan. Umat Muhammad seperti kita tak perlu harta
mengunung, yang kita pentingkan segala amalan baik kita diterima Nya. Mati
dalam kita mengingatiNya.Sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kita tidur melafaskan SYAHADAH itu penganan kita yang
teguh, bacalah selawat untuk syafaat kita kat akhirat nanti. Pada ayah itu yang
paling senang…tapi kalau nak lagi baik ikut ajaran Rasulullah kepada anaknya
Aisyah :
"Sebelum
engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan
kau mengkhatamkan Al Qur'an.
•
Membacalah sholawat untuku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari
akhirat kelak.
Beristighfarlah
untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim
li wali waa lidaiya wali jami il muslimina walmuslimat wal mukminina wal
mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ertinya:
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan
muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
• Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid,
bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan
kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah "
Kalau
larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah
bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.’.Terasa ada kebenaran kata-kata ayahya
Emil suami isteri mengamalkan dan mengingatkan antara satu sama lain.
“Ialah”.Sebelum
meninggalkan suaminya Emil mengucup kedua belah pipi dan juga bibir suaminya.
Sememangnya dia bahagia bersuamikan cikgu
MohdNassir. Walaupun pernikahan mereka pada mulanya di atas kehendak
anak-anak mererka, namun setelah mereka sebumbung rasa kasih tumbuh dengan
rimbun tapi tak tahu bila dia bertunas, tahu-tahu rasa kasihnya sudah begitu
teguh dihatinya.
Ketika Emil masuk semula kebiliknya
kelihatanya suaminya sudah tidur dengan lena. Sebenarnya dia juga keletihan dia
merebahkan dirinya disisi sumainya.Dia memusingkan badanya lalu memeluk
suaminya kejap.Tidak lama dia juga hilang kealam mimpi.
Terasa belum lama lenanya dia dikejutkan
dengan bunyi dengkuran suaminya yang kuat. Tidak pernah suami berdengkur begitu
kuat. Emil bangun mahu mengejutkan suaminya supaya membetulkan kedudukan bantal
mungkin kerana lehernya tidak dikedudukan yang betul menyebabkan dia berdengkur
kuat.
“Bang
bangun bang” Lembut suara emil memanggil. Namun suaminya tidak memberi tindak
balas, terus berdengur keras.
“Bang!
Bangun bang”. Kuat sedikit suaranya dan makin kuat digoncangn dibahu suaminya. Namun
cikgu Nasir tidak juga memberi tidak balas.Emil jadi cemas.
“Bang!bangun
bang..abang!!! bangun bang, jangan takut Emul macam ni bang Bang!!!!! Bangun
bang”. Emil mengoncang bahu suaminya bersungguh-sungguh hingga bergegar katil
mereka namu tiada tindak balas dari suaminya.
“Aloong!!Adik!!tolong
mama” Akhirnya Emil menjerit memanggil anak-anak tirinya di bilik berlainan.
Bila mereka tidak muncul mungkin tidak mendengar jeritanya, Emil terjun dari katilnya
dan membuka pintu bilik dari pintu bilik dia menjerit lagi sekuat hatinya.Untuk
meninggalkan suaminya dia takut. Sangat takut. Bila mendengar suara jeritan
Emil berkejaran anak-anaknya keluar dari bilik masing-masing.
“Kenapa
ma?”
“Dik
tolong tengukkan ayah..tolong dik..tolong dik”. Emil memberi laluan kepada
Sofian masauk kebiliknya. Sofian memanjat katil untuk melihat keadaan ayahnya
yang kelihatan tenang lenanya, namun dengkuran masih kedengaran walaupun sudah
agak perlahan. Emil juga mengikut langkah anak tiri bungsunya suaminya.
“Macam
mana dik..Tadi ayah berdengkur kuat, mama kejut dia tak bangun pun, ni dah ok
dah perlahan dengkurnya”. Ahmad Sofian mula memeriksa ditekapkan telinganya ke dada
ayahnya untuk mendengar degupan jantung.
Ada tetapi agak lemah. Denyutan nadi dileher dan dipergelangan tangan ayahnya juga
ada.
“Abang
long!! siapkan kereta kita bawa ayah pergi hospital cepat!!!”. Sepanjang
perjalanan, cikgu Nassir cuba dibangunkan.
“Ayah
bangun yah..ayah mengucap yah.” Ahmad Sofian berkali -kali mengulangi syahadahnya
ketelinga ayah.
Tiba dihospital cikgu Nasir diberikan rawatan
CPR . Namun sudah ditakdir Cikgu Mohad Nassir disahkan meninggal dunia dalam
umur yang hanya 6 bulan sahaja lagi mencapai angka 60 tahun.
Bila diselidiki rupanya cikgu Mohd Nassir
sudah lama tidak memakan ubat darah tingginya, itu menyebabkan jantungnya
membengkak. Mungkin sejak mereka sibuk-sibuk menyiapkan kenduri kahwin
anak-anaknya tempuh hari.Pada kebiasaannya Emil yang mengingatkan suaminya
tentang ubatnya. Bila Emil mula sibuk menyiapkan keperluan majlis dua orang pengantin perhatianya kepada
suaminya sudah terpesong.
Yang sebenarnya sudah dua kali kejadian itu
berlaku. Dulu dia sempat dikejarkan
kehospital dan dia selamat biar pun agak lama untuk pulih. Bila ditanya kenapa
dia tidak memakan ubat..
“Bang
kenapa abang tak makan ubat bang”.
“Abang
nak bahagiakan Emil, Emil muda lagi tapi kalau abang makan ubat abang tak boleh…”.
Ubat darah tinggi yang dimakan oleh cikgu Nassir mengurang daya tumpu ketika
mereka bersama. Padanya dia tidak mahu isterinya merasai kekurangan pada
dirinya.
“Baang
Emil dah cukup bahagia kalau abang ada dekat Emil. Abang ada temankan Emil berbual-bual,
makan minum kita sama-sama kemana sahaja kita sama-sama. Emil tak rasa sunyi
bila abang ada dekat dengan Emil, itu sudah memadai untuk Emil, Emil bahagia
bang. Emil tak nak yang lebih-lebih Emil hanya nak abang dekat dengan Emil
sahaja. Ni macam ni abang duduk kat hospital dah dekat seminggu. Emil duduk
sorang kat rumah tu. Abang tahu tak, Emil tak lalu nak makan. Ni cuba abang
tenguk ni Nampak tak Emil dah kurus rasa melayang sahaja badan ni kalau
berjalan. Dahlah rasa penat nak mengulang abang kat hospital ni.. Emil rasa sunyi
betul bila balik mengajar, abang tak ada.
Rasa nak tidur hospital sahaja ni.” Emil
menuturkan dengan gaya manjanya. Emil saja berkata berlebih-lebih agar suaminya
tidak terlupa dan jangan buat-buat lupa untuk memakan ubat jika dia sayangkan
dirinya.
“Ialah-ialah
lepas ni abang tak akan lupa makan ubat. Ni kalau tekan darah abang ok, mungkin
esok abang boleh balik”.Ceria sahaja wajah cikgu Nassir mengingatkan janji
doctor yang memeriksanya pagi tadi.
(Ini
hanya pengalaman mak teh...tapi kalau ada doctor yang baca tentu dia marah
sebab menakut-nakutkan orang makan ubat. Seorang kawan sekerja suami mak teh,
sejak dia bertukar ubat darah tinggi menyebabkan daya tumpu ketika bersama isterinya
menjadi lemah, untuk melakukan seminggu sekali pun susah.. Dia kehospital
semula untuk mencari puncanya, doctor kata ubat itu puncanya..kerana ubat
itu terlalu tinggi dosnya. ‘Saya boleh tukar ubat dengan dos yang
rendah.. tapi encik kena kawal makan.’ Dia seorang yang tidak mengawal permakanan
walau pun sudah ada penyakit darah tinggi. Itu yang diceritakanya pada suami
mak teh).
Itu janji cikgu Nassir yang sudah hampir
seminggu duduk diwad hospital kerana menantikan tekanan darahnya stabil semula.
Dia duduk dihaspital itu kerana tidak dapat menahan rasa teringinnya dengan
makanan kegemarannya SUP TULANG. Yang sebetulnya janji cik gu Nassir memang
susah untuk dipercayai terutama bila dia
teringat makanan kegemaranya.... Bila ditegur oleh isterinya..
“Bang
janganlah abang..tak payahlah masak tulang lembu tu..tulang tu banyak kolestrol
bang. Kalau dah dimasak nanti tak cukup semangguk abang makan, nanti mudharat
pada abang..abang tak sayang Emil ke”. Emil mengumpan sayangnya kepada suami
yang macam orang mengidam bila nampak tulang lembu korban didalam palstik. Ada
orang yang memberi mereka tulang lembu korban hari di hariraya korban tahun itu.
“Sayaang
..kan abang makan ubat.. sayang janganlah bimbang, tak jadi apa kalau abang makan
sikiiit aje. Abang teringin lah Mel”.
“Kalau
makan ubat tapi tak pantang tak guna juga bang..macam kita campak ubat tu dalam
longkanag sahaja. Dah makan ubat kemudian kita berpantang makan barulah ubat tu
berkesan. Dengarlah cakap Emil bang..Emil sayang abang ..Emil tak mahu jadi
apa-apa pada abang”.
“Alaaah
Mel..abang teringin sangat nak makan sup tulang, dah lama sangat rasanya tak
makan sup tulang..dulu masa arwah ada (Arwah isteri pertamanya) dia selalu
masak sup tulang bila dapat tulang lembu korban.. masakkanlah sikit
untuk abang yaang.” Lembut gigi dari lidah cikgu Nassir memujuk
isterinya untuk menyampaikan keinginanya.
“Abang
ni degillah tak mahu langsung dengar cakap”. Walaupun suara yang keluar
bibirnya keras membantah namun tangan mencapai juga periuk untuk bersedia
memasakkan apa yang diingini oleh suaminya. Yang sebenarnya Emil tidak sampai
hati melihat wajah suami dan mendengar suara sayu suami yang berkeinginan. Hati
isteri mana yang sampai hati bila mendengar pintaan suami yang bersungguh.
Bagi cikgu Nassir bila melihat isterinya
mencapai periuk dia tahu dia berjaya memujuk isterinya memasakkan sup tulang
untuk nya. rasa mahu melompat hingga kebintang bagi mengambarkan rasa sukanya.
“Ni yang
sikit sahaja ni....abang nak lepaskan ketagih abang..tolong ye Yang”. Cikgu
Cikgu Nassir mengambil sepotong tulang lembu diunjukan dihadapan mata
isterinya. Emil mengalah dengan kehendak suaminya lalu periuk yang ditadah
menerima seketul tulang pilihan suaminya.. Melihat hanya seketul kecil tulang
korban didalam periuk, cikgu Nassir mengambil seketul lagi dan lagi.
“Yaang
yang ni yang.. yang ni banyak dagingnya.Ni sedapnya yaaang..haa yang ni pun ok
ni, ni tulang rusuk ni, sedap yaang
daging kawasan ni lembut cepat sahaja masaknya”.Ahkirnya cikgu Nassir yang
memilih tulang-tulang untuk supnya. Bila periuk sudah ditadah mana boleh untuk
dimasak hanya seketul tulang, apatah lagi dibantu pula oleh orang yang
berhajat.
Dari janji seketul tulang menjadikan setengah
periuk pula. Emil mengeluh didalam hati. Bila tiba bab makan begitu juga.
“Abang
makan semangkuk sahaja tau.” Ketika itu Emil mengoreng bawang untuk dimasukkan kedalam sup yang sudah
hamper masak. Bau sup semerbak memenuhi ruang dapur. Cikgu Nassir pula sudah
mengambil sebiji mangguk.
“Ialah..habis
yang banyak ni siapa nak makan..tak kan Emil nak makan sorang-sorang ni”.
“Ni
yang lebih ni Emil nak bagi Muaz. Anak dia ramai bolehlah tolong habiskan sup
ni”. Sementara menunggu masa untuk memberi sup kepada keluarga Muaz, cikgu Nassir sudah menceduk dua mangkuk sup
untuknya. Ketika Emil menceduk sup untuk
Muaz, berbunyi lagi suara cik gu Nassir dimeja makan.
“Sayaang
tinggalkan semangkuk untuk abang untuk
makan malam. Abang nak makan dengan roti nanti.”. Sememangnyanya cikgu Nassir
HANTU sup tulang. Emil menurutkan kerana
kasihkan suaminya.Tetapi kerana
kasihankan suaminya, akhirnya mereka ditimpa musibah bila tekanan darah
cikgu Nassir mencanak hingga 200/180. Dia hamper hilang pengimbangan badan
kerana tekanan darah yang terlalu tinggi. Bila diselidiki cikgu Nassir juga
tidak memakan ubat. Sudahlah makan tidak berpantang ubatnya juga diabaikan. Dia
dimasukkan kehospital. Seminggu dia dirawat untuk menurunkan tekanan darah tingginya.
“Sampai
hati abang..abang tak sayang Emil kan”. Lawatan Emil dengan muka yang masam dan
sedeh.
“Sayang
abang sayaang Emil”.
“Habis
kalau abang sayang Emil kenapa tak makan ubat. Dah lah melantak sup sampai tak
ingat orang. Abang memang sajakan tinggalkan Emil, abang suka lah duduk hospital
macam ni.” Menceceh-ceceh Emil dipertemuannya dengan suaminya dihospital,
hatinya geram dengan sikap suaminya yang tidak perihatin dengan kesihatan
dirinya sendiri.
“Sorry
ye yang, yang sebetulnya abang terlupa sangat..tapi baru tiga hari sahaja abang
tak makan ubat tu..sorry ye abang terlupa sangat. Balik ni hari-hari abang
mesti makan ubat..abang janji”.Itulah janji cikgu Nassir bila sudah terkedang
diatas katil hospital.Tapi terlupa untuk kali entah keberapa menamatkan
riwayatnya. Biar apa yang terjadi itu adalah ketentuan Allah. Terlupa hanya
sebagai SEBAB sahaja untuk Allah
mencukupkan hayat seseorang hambaNya. Jika redha dengan ketentuannya kita akan
mendapat pahala.