“Jo you tak nampak
ke selama ni kan I anggap mommy you macam mommy I sendiri..Lagi dari dulu lagi
I kenal mommy you. Tak macam x wife you, yang baru kenal.You tak pernah nak
siasat mungkin hanya depan you sahaja dia baik dengan mommy, belakang you, you tak tahu atau memang you dah dibutakan dengan jampi ilmu hitam dia”.
“I ni tak
katalah bijak sangat nak tenguk perangai orang, tapi kata orang tu sekilas ikan di air
I sudah tahu jantan-betina. I dah lama perhati sikap you pada
mommy I. Lagi pun kalau betul you sayang mommy I, macam mommy you
sendiri kenapa you sanggup biarkan dia seharian tak terurus dan tak makan masa
tu. You tinggalkan dia balik Melaka... hanya kerana you tak boleh nak terima
duduk dirumah setinggan. You bukan tak nampak mommy I ketika tu yang memang tak
berdaya nak angkat tangan dia sendiri pun.”
Kerana kesempitan hidup Puan Maria duduk dikawasan
setinggan diKampung Pandan Dalam ketika itu. Mana dia mampu untuk menyewa sebuah rumah yang sempurna, dia hanya mencari rezeki dengan
bekerja digerai makan, suaminya pula sudah lama tidak mengunjungi dirinya. Itu
kerana perkahwinan mereka tidak direstu oleh kedua belah keluarga. Melihat
keadaan rumah ibu mertuanya yang serba kekurangan Natasya pulang ke Melaka
ketika Johan tidak dirumah kerana mencari kerja. Natasya meninggalkan Johan
dengan sekeping Nota. ‘Jo kalau you tak
cari rumah sewa yang cantik sikit dari rumah mommy you I tak akan datang semula
ke KL..I nak you cari rumah kawasan PJ.’ Dan itulah rumah sewa nya
sekarang’.(Mak teh pernah duduk di kawsan setinggan Kampong Pandan Dalam dalam
tahun 90han..tapi sekarang kawasan itu sudah tiada lagi kerana projek pembinaan kondo
katanya).
“Sungguh-sungguh
I tak pandai duduk rumah setinggan, dengan air bercatu macam tu. Lagi pun orang
tua ni tak boleh nak kasi manja, nanti dia tak berusha untuk menggerakkan badan
dia sendiri. Makin lemah nanti badan dia”.
"Oh jadi macam tulah cara you tunjuk kasih sayang seorang anak pada ibunya..dengan alasan supaya dia berusha..You biarkan dia seharian tak makan dan tak minum. You tahu tak mommy I pengsan sebab kebuluran dan kekurangan air..sungguh sampai hati you buat dia macam tu..Dah lah I malas nak mengingat kisah yang dah lepas..tapi dari apa yang you buat, menyebabkan I kenal siapa you".Johan tidak dapat melupakan kejadian itu bila dia pulang kerumah melihat mommynya lemah tak bergerak kerana tidak bermaya. Dia meminta pertolongan jiran-jiran untuk menghantar mommynya kehospital. Kerana kejadiaan itu dua hari mommynya duduk di wad untuk menstabilkan semula keadaan dirinya..
"Oh jadi macam tulah cara you tunjuk kasih sayang seorang anak pada ibunya..dengan alasan supaya dia berusha..You biarkan dia seharian tak makan dan tak minum. You tahu tak mommy I pengsan sebab kebuluran dan kekurangan air..sungguh sampai hati you buat dia macam tu..Dah lah I malas nak mengingat kisah yang dah lepas..tapi dari apa yang you buat, menyebabkan I kenal siapa you".Johan tidak dapat melupakan kejadian itu bila dia pulang kerumah melihat mommynya lemah tak bergerak kerana tidak bermaya. Dia meminta pertolongan jiran-jiran untuk menghantar mommynya kehospital. Kerana kejadiaan itu dua hari mommynya duduk di wad untuk menstabilkan semula keadaan dirinya..
Disebabkan terdapat hanya sebuah kepala paip awam sahaja dikawasan itu
menyebabkan pengambilan air dibahagi-bahagi. Untuk setiap rumah diuntukkan masa hanya sejam
sahaja. Giliran untuk puan Maria mengambil air pada pukul dua pagi. Dan pada jam itu penghuni rumah puan Maria di kehendaki bangun untuk menakung air untuk
kegunaan hari itu. Jika terlepas waktu itu (pukul 2 pagi) bermakna mereka tidak
dapat bekalan air untuk hari itu. Dan setiap ahli rumah diingatkan supaya
menggunakan air seminimam mungkin. (Itu pengalaman mak teh waktu duduk rumah
setinggan dulu.)
Dua
hari mommynya dihospital digunakan sepenuhnya untuk mencari rumah dan kerja. Dia terpaksa bersungguh mencari kerja memandangkan
baki duit biasiswanya sudah ditahap kritikal dan
untuk sementara waktu dia bekerja disebuah stesen minyak di kawasan Petaling
Jaya. Dia sedar
sebelum dia dipanggil untuk bertugas dimana-mana hospital dia harus melakukan apa juga kerja yang boleh menghasilkan duit... Manalah tahu
panggilan untuk kerja dihospital memakan masa yang lama..sedangkah hari-hari
yang bakal ditempuhi memerlukan duit untuk makan. Yang sebenarnya ketika itu
mereka baru tiga hari pulang dari luar Negara. Bila mendengar mommynya kena
serangan Angin Ahmar Johan bergesa pulang ketanah air, dia tidak dapat meneruskan rancanganya untuk mencari
pengalaman diluar Negara. Kebajikanan mommynya wajib didahulukan.
“entahlah
Natasya..I hairan dengan you sebetulnya”.
“Nak hairan
kenapa, I memang masih Diana Natasya yang dulu tak berubah pun..atau you nampak
I semakin cantik dan menarik. Atau you nampak I makin seksi ..cuba cakap I
seksi ka mana”. Natasya bangun membelek
pungugng dan melentik kan badan kemudian
menolak dadanya kedepan.
“Dah lah jangan
buat macam tu depan I. Yang I hairan kenapa you tiba-tiba jumpa I..I rasa you
ada tujuan lain”.
“I rindukan
you..rindu sangat. Rindu waktu kita
bahagia dulu. You suami yang romantik penuh dengan kelembutan. Bila bersama
dengan you, I rasa jadi seorang wanita yang disanjung tinggi”.
“Liat sungguh
rindu you untuk I kan ..setahun lebih baru you rasa rindukan I. Dah lah you tak perlu nak bersandewa. Semoga Allah akan tunjukkan niat sebenar you pada
I. Ok good night..I harap tak payah you tayang asset you pada I. Belajarlah
menyanyangi apa yang ada kat badan you.
Tunjukkan pada yang halal untuk you sahaja.
Selalu sangat ditayang pun nanti susut nilainya.”.
Sebelum
Johan meneruskan langkah itulah
kata-kata yang terluah dari bibirnya. Harapan untuk Johan mengikuti kehendaknya
hancur berderai. Natasya hanya memandang langkah Johan dengan azam di hati. Dia
terpaksa cepat bertindak sebelum semuanya jelas.
Lusa yang dijanjikan telah tiba, namun Natasya dari
semalam lagi tidak bermalam dirumah puan Maria. Itu yang diadukan oleh mommynya
ketika dia sampai kerumah. Entah dimana
dia tidur Johan tidak mahu ambil tahu. Ketika puan Maria menjawab salam anaknya
dia ada diruang tamu. Dirinya sudah rapi. Dia sudah boleh menyiapi dirinya sendiri tampa bantuan orang lain.
“Waalaikumsalam..
Nampak penat anak mommy ni”.. Johan mendekat mommynya menyalami dan mencium
tangan dan kedua pipi mommya kemudian
dia duduk menyandar kesofa dengan mata yang sudah dipejamkan. Memang kelihatan
wajah Johan yang kepenatan. Puan Maria memandang anaknya dengan rasa kasihan. Bila
anaknya tidak membalas kata-katanya, puan Maria melanjutkan lagi bicaranya bertujuan
untuk mengingatkan…
“Jadi hari ni
nak pergi pejabat ugama”.
“Jadi
mommy..nak ajak Didi pergi cepat sikit..Jo on call ni. Nanti kalau kena panggil
tak sempat pula”.
“Jo ni asyik on
call saja…tak penat ke”.
“Dah kerja Jo
mee..tak tahulah sekarang ni banyak pula kes. Hospital tu tak pernah nak
lengang..”
“Sebelum tu
jom makan dulu..mommy minta bibik buat
jemput-jemput ikan bilis pagi tadi..kita cicah kari semalam sedap Jo.. Mommy dah
makan sikit tadi.. jomlah”. mereka kedapur
untuk mengisi perut.
“emmm. Mee
tolong kejutkan Didi suruh dia cepat siap. Takut kena panggil saja ni nanti..”.
“Rasanya dia
tak tak balik dari semalam lagi lah Jo. Semalam lepas Jo keluar kawan dia
datang..lama mereka dalam bilik bila keluar mommy nampak Didi bawa beg besar.”.
“Ehh dia dah
keluar dari rumah kita ke mommy?Habis.. dia tak nak ke pejabat ugama. Susah payah Jo cari orang
nak tukar duty..emmm”.
“Ehh kata on
call”.
“Jo pesan
dengan kawan kalau kes Jo tak dapat selesai sampai kepetang Jo minta dia ganti
Jo”.
“Ohhh..Yang Didi
bawa bukan beg seret dia tu, ni beg jinjing sahaja.”
“Dia tak cakap
dengan mommy dia pergi mana?.”.
“ Mana dia nak
cakap dengan mommy Jo..Dari dia sampai hari tu tak pernah pun dia cakap dengan
mopmmy..tapi mommy muskillah dengan kawan Didi tu”.
“Kenapa mee. Selalu
ke kawan dia datang sini. Kawan Didi tu lelaki ke perempuan?”. Sambil mengunyah
makan mata Johan melihat wajah berkerut mommynya.
“Dah dua kali
dah dia datang sini.. Macam perempuan tapi rambutnya pendek..pakai seluar. Tapi
perangai dia pelik betul..Dia kalau jumpa Didi…”.
Bicara puan
Maria terhenti bila anak nya meraba poket seluar dan mengeluarkan telefonya
lalu melekapkan ketelinga. Johan bingkas menegakkan badan bila mendengar butir
bicara dihujung talian. Selesai berbicara dia memandang wajah mommynya dengan
mata terbuka ..tampa kata. Hairan puan Maria dengan riaksi anaknya.
“Kenapa
Jo..hospital panggil ke..makanlah dulu lepas tu mandi biar segar sikit nak buat
kerja”.
“Tak boleh
mee..”
“Kenapa
pula..ada kecemasan ke?”
“kecemasan
mee..tapi kat hospital Ampang Putri. Mommy pernah Dayah kata dia sakit apa?”.
“ehh kenapa
dengan Dayah..dia sakit ??”
“itulah yang Jo
tak pasti tapi kata pihak hospital tadi kata ..isteri Jo perlu pembedahan
segera..Jo pergi sekarang ye mommy.”
“Ialah pergilah
cepat..tenguk Dayah sakit apa pulak dia tu..tapi kesian anak mommy ni, baru
makan sikit dah bekejar lagi..makin kurus dah Jo sekarang ni”. Ia Johan makin
kurus sejak kedatangan Diana Natasya
bila jadual hariannya jadi tidak teratur makan minumnya juga tidak teratur. Dia menyibukkan diri dengan kerja untuk
mengelak Natasya dirumah. Selebihnya
mahu mencari penat supaya dia mudah melelapkan mata..itulah jawapan bila ditanyanya
mengapa di selalu sahaja on duty.
“Jo rindukan
Dayah mommy..Jo tak boleh tidur bila ingat kan dia”.
“Jo ada call
dia tanyakan khabar dia”.
“ada… dia sihat
katanya”.
“Mommy pun
rindu sangat dengan dia Jo..Jo masih sayang dia ke?”.
“Sayang mee..
tak pernah timbul rasa benci Jo pada isteri sebaik dia mee.”.
“Jo tak nak
rujuk pada dia ke”.
“Jo nak
selesaikan masaalah Jo dengan Didi dulu mee”. Itu cerita mereka anak beranak
ketika Johan belum melelap kan mata tiga hari sesudah dia melepaskan talak pada
Hidayah.
Johan bergegas
ke hospital Ampang Putri seperti yang diminta. Kemudian dia kebahagian
pengurusan bertanyakan lebih lanjut. Alangkah lapang dadanya yang memerlukan
pembedahan segera bukan Nur Hidayah tapi Diana Natsya bekas isterinya. Setelah bertemu doctor yang menangani kes
Diana Natasya dia diterangkan..mengapa Diana harus mempercepatkan pembedahan
keatas payu daranya. Di akhir
keterangan rupanya dia diminta memasukan beberapa jumlah wang sebelum
pembedahan dijalankan. Johan tidak terkata dengan kerenah bekas
isteri tetapi demi kemanusiaan dia mengikuti juga apa yang telah diminta
kepadanya.
Hampir dua tahun yang lepas Diana Natasya melakukan
pembendahan untuk membesarkan dan memperelokan sedikit bentuk payu daranya.
Yang sebetulnya pembedahan itu dilakukan sebelum dia menjadi model di Loas Angles dulu.
Tapi entahlah nasib mungkin tidak menyebelahi dirinya. Perkara yang peratusannya sangat kecil, terjadi pada dirinya bila silikon
yang tertanam kedalam payu daranya mengalami kebocoran..itulah sebabnya dia
harus segera dibedah untuk mengelakkan risiko yang boleh membahayakan kesihatan. Bahan kimia dalam silikon boleh
masuk dalam kelenjar, cairan tulang belakang, otak, hati, dan ovarium. Silikon
yang telah bocor akan mengental atau membeku.
Kebocoran silikon memicu berbagai penyakit, dan boleh melemahkan daya
melawan kekebalan tubuh, serta boleh menyebabkan barah. (Bahagian yang mak
teh bold kan tulisanya mak teh ambil dari google bahaya silikon pecah didalam tubuh badan
manusia).
Sungguh dia sangat gembira hasil pembedahan payu
daranya. Dirinya kelihatan semakin cantik dan menarik. Ramai yang mengatakan dia seksi kerana bentuk payu
daranya yang mengiyurkan. Bangga dirinya bila orang berebut-rebut mahu dirinya
memperagakan fesyen yang dihasilkan. Rasanya belum lama dia merasa gembira dan
berbangga dengan asset yang diubah
bentuk, dia merasakan ada yang tidak kena pada payu daranya. Kadang-kadang dia
merasakan sakit di dadanya, walaupun kesakitan yang dirasa hanya sesekali
sahaja namun dia merasa bimbang. Bimbangnya makin mengunung bila dia juga menemukan benjolan aneh di ketiaknya. Dia kehospital untuk mencari kepastian. Alangkah terkejut
dirinya bila disahkan silicon yang tertanam di payu daranya mengalamai sedikit
kebocoran. Rupanya benjolan yang terhasil adalah dari Gel implan yang mengental
dan membeku. Untuk menjimatkan kos
rawatan dia pulang keMalaysia. Untuk mempercepatkan rawatan dia kehospital swata. Sudah
hamper sebulan dia menjalani pemeriksaan diakhir keputusan untuk mengelakkan
sebarang risiko yang lebih merbahaya dia terpaksa mengeluarkan silicon yang ditanam
didalam payu daranya.
Natasya sudah
selesai menjalani pembedahan payu dara dengan jayanya. Hampir dua minggu
Natasya duduk dihospital. Setelah
memastikan kesihatan pesakit mereka benar-benar sihat, dia dibenarkan pulang. Dia dihantar oleh sahabat
baiknya Bella kerumah Johan. Berbakul-bakul pesanan yang diberikan kepada bibik
untuk memastikan kesihatan Natsya terjaga. Bibik hanya mengangguk tanda faham menerima pesanan dari Bella.
Sudah tiga hari sejak Natasya pulang dari hospital dan setiap hari juga Bella
akan datang menjenguk Natasya. Bila Johan ada dirumah mereka akan berkampung
didalam bilik. Entah apa yang dilakukan oleh dua orang perempuan didalam bilik
Johan tidak pernah ambil tahu.
Pagi itu Johan
pulang dari kerja, dia melihat Natasya ada duduk santai ruang tamu dengan
majalah fesyen ditangan. Kelihatannya di sudah benar-benar sihat lalu Johan
duduk disofa ber hadapan denganya.
“Natasya! I
tenguk you dah ok..boleh tak kita kepejabat ugama hari ni”.
“Emmm..memang
you nak sangat menghalau I dalam hidup you kan Jo. Apatah lagi dengan keadaan I
yang dah tak sempurna ni”.
“Bab sempurna..
semua orang didunia ni tak ada yang sempurna..I pun tak sempuran Natasya, jadi
kenapa nak cari yang sempurna..hal kita tak berkait dengan sempurna. Sekarang I
cerita bab mahram dan halal haram kedudukan kita. Lagi satu bukan nak menghalau
you…you nak tahu adat bertamu..Tetamu hanya duduk tiga hari sahaja dirumah
kenalanya. Lebih tiga hari dia akan maklum untuk keluar dari rumah kenalanya. I
dah cakap siag-siang hari tu kan..I hormat
you sebagai tetamu tak lebih dari itu. Jadi you kena faham”. Lembut sahaja suara Johan, bagi menghormati bekas
isteri sebagai tetamunya.
Baik sangat Jo ni. Sebab tu senang si Didi nak amik kesempatan.
ReplyDeleteJo kena bertegas jangan sampai dibuli didi. Hidayah apa khabar ya.. Tak sabar nak baca seterusnya mak teh.
ReplyDelete