Ingatkan boleh masukan cerita Dayah tapi tak dapat juga
mungkin bab satu lagi kot. Terima kasih pada yang sudi membaca..
Dapat
sahaja SMS dari isteri arwah sahabatnya,
sarjen Johari meminta cuti. Dia kealamat yang diberi…Pagi lagi Encik Johari
sudah sampai kedepan pintu rumah sewa puan Maria. Berkali-kali dia memberi
salam namun pintu rumah tidak dibuka oleh tuan rumah. Adat memberi salam pun
dilanggarnya. Adat orang memberi salam jika tiga kali salam tidak mendapat
balasan tuan rumah, maka orang yang memberi salam diwajibkan pulang..
(Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga
kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang.)
Lama
Encik Johari berdiri diluar pintu yang tertutup ada rasa kecewa menerjah
hatinya namun dikuatkan semagat agar menunggu beberapa minit lagi Doa didalam
hati agar tuan rumah membuka pintu. Jika
yang membuka pintu bukan orang yang dicari selama ini dia akan beredar. Dan ini
menandakan cariannya untuk kali itu gagal lagi..Hai dimanakah isteri ku itulah
keluhan yang bergema didalam hatinya. Sekali lagi tanganya cuba untuk megetuk
pintu dan bibirnya juga mula terbuka untuk memberi salam..tiba-tiba dun pintu
merenggang. Hanya kelihatan sedikit
figuira seorang perempuan yang didalam
rumah seakanya dia duduk dikerusi roda. Encik Johari mengeluarkan suaranya
bertanya.
“Ini
rumah puan Maria Ong binti Abdullah ke?”. Tidak kedengaran suara wanita itu
menjawab namun bukaan pintu menjadi semakin lebar. Bagi puan Maria dia tidak
pernah lupa pada nada suara lelaki yang
bertanya. Untuk kepastian dia meneliti wajah lelaki yang berdiri diambang pintu
rumah sewanya. Encik Johari juga meneliti wajah wanita yang disebalik grill rumah
yang berkunci.
“Yah!!
Ini yah ke..Yah ini abang Yah..abang suami yah…lama abang cari Yah
Alahamdullilah akhir abang jumpa juga. Alhamdullilah..Alahamdullilah”.Tidak banyak
perubahan pada wajah isterinya biar pun mereka sudah bepuluh tahun terpisah…
namun puan Maria masih diam terkaku..Dia terkejut.
“Yah
bukalah grill ni abang nak minta maaf dengan Yah..tolonglah Yah.. bukalah grill
ni Yah”. Encik Johari mengoncang sedikit grill pintu, dia mahu dibukakan pintu
grill. Sememang sudah bertahun mereka tidak bertemu kerana masaalah keluarga.
Encik Johari meluah rasa dia mengakui
kesalahannya dan memohon dirinya dimaafkan. Akhirnya puan Maria memaafkan suaminya bila teringat
kata-kata Hidayah suatu ketika dulu. Ketika
itu Hidayah baru tiga bulan menjadi menantunya. Dia baru pulang dari kerja. Bila
melihat Nur Hidayah bersungguh membantu dirinya yang tidak berdaya timbul rasa
kasihan dihati lalu dia meluahkan rasa yang berbuku..
“Dayah
..Dayah tak serik ke kahwin dengan Johan yang ada mommy yang macam mommy ni (mommy yang sudah menjadi
OKU itu maksud puan Maria). Susah payah Dayah jaga mommy..terima kasih ye
Dayah”. Ketika itu Nur Hidayah baru selesai membersihkan dirinya. Sejak Nur
Hidayah mengahwini anaknya tugas membersihkan dirinya dia ambil oleh oleh Nur Hidayah sepenuhnya.
“Mommy
Dayah ni dah tak ada sesiapa dalam dunia ni, mama tak ada papa pun dah tak ada.
Jadi mommylah mommy Dayah didunia dan akhirat. Mommy jangan susah hati ye memang
Dayah ikhlas jaga mommy..”.
“Terima
kasih Dayah siapkan mommy macam ni. Mommy bersyukur Johan dapat beristerikan
Dayah..dapat mommy anak yang nak jaga mommy..”. Ketika itu puan Maria sudah
rapi berbedak. Pulang dari kerja tadi Nur Hidayah terus membersihkan dan
memandikan dirinya yang sebenarnya mereka bersiap-siap untuk menunaikan solat
Asar mereka dan sejak Nur Hidayah menjadi menantunya solat lima waktu tidak
pernah lagi ditinggalkan. Puan Maria bersyukur ada anak menantu yang
sangup menjaganya. Bukan seakat menjaga makan dan minum malah membersihkan
kotoran dibadanya pun dilakukan oleh Nur Hidayah tampa rasa jijik.
“Tak
payah lah nak berterima kasih pada Dayah mommy, ini memang dah tanggung jawab Dayah sebagai
anak. Nak cari pahala dengan mama dan
papa kandung Dayah dah tak ada peluang. Hanya dengan mommy sahaja Dayah nak dapat
pahala. Mommy nak tahu ibu mertua ni
sama tarafnya dengan ibu kandung bagi seorang anak menantu. Dayah jaga mommy
bukan percuma, Allah janji ganjaran pahala untuk Dayah mommy..Dayah nak
ganjaran itu untuk hari akhirat Dayah, caranya
berbakti dengan suami dan berbakti pada ibu mertua kita supaya senang hati suami kita. Kalau suami
redha dengan kita, Allah juga akan redha dengan kita mommy. Kalau Allah redha dengan
kita apa yang kita minta In Syaa Allah akan kabulkan . Kat dunia ni Dayah hanya nak mencari
keredhaan Allah. Kata ustazah Dayah dulu, berbakti pada ibudan bapa mertua sama macam kita berbakti kepada ibu dan
ayah kandung. Dayah kahwin dengan abang Johan sebab Dayah nak pahala, supaya
masih ada harapan baik untuk Dayah bila diakhirat nanti. Lagi pun sepatutnya Dayah yang berterimakasih pada
mommy sebab sudi terima Dayah..kesudian mommy terima Dayah menjadikan Dayah
seorang isteri. Bila Dayah nikah dengan
abang Johan, Dayah dah ada keluarga
sendiri. Beruntung seorang wanita itu setelah dia menjadi seorang isteri
mommy.”
“apalah untungnya menjadi isteri Johan Dayah. Johan bukan dapat bagi kemewahan pada Dayah
duduk pun duduk rumah sewa...Dayah kena juga pergi kerja, balik kerja siapkan mommy macam ni.”
“Untung kita bukan hanya diberi kemewahan dan
duduk rumah sendiri sahaja mommy. Mommy nak tahu bila Dayah menjadi seorang isteri, Dayah dah boleh dapat pahala dengan mudah itulah
untungnya Dayah. Yang sebetulnya sangat
senang seorang wanita yang dah menjadi isteri itu mendapat pahala mommy. Bila seorang isteri
taat kepada suaminya dan menyenangkan hati suaminya, lepas tu dia taat kepada suruhan agama..diakhirat nanti
dia sudah boleh memilih mana satu pintu Surga yang dia mahu..betapa istimewanya
seorang wanita yang bergelar isteri kan mommy.” Itulah Nur Hidayah menantu yang
rajin berbual denganya. Dengan kata-kata
Hidayah yang berdengugng ditelinganya, dia menerima suaminya semula dan
memaafkan dengan ikhlas.
Ganjaran
seorang isteri yang dijanjikan oleh Allah jika dia…
1)
“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari
berpuasa setahun”.
2)
“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu
mengerjakan haji dan umrah”...
3)
“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya
daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4)
“Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada
suaminya sebagai jihad”.
5)
“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka,
pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6)
“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan
malamnya menggembirakan suaminya”.
7)
“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke
dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya,
berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada
suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Mak the ambil dari http://amalan-harian.blogspot.my/2012/07/8-ganjaran-buat-isteri-yang-solehah.html
(kalau ada yang salah maaf ye)
Kini
sudah sebulan dia tinggal bersama suaminya Encik Johari. Duduk disebuah rumah
kampong yang berhampiran dengan pantai Kelebang. Dia bahagia bila suaminya
menjaganya dengan baik malah keluarga suaminya juga menerimanya dengan baik.. Semalam dia menghubungi anaknya. Setelah
memberi salam mereka berbual panjang bertanyakan hal diri masing-masing.
“Jo ok
ke kat sana, dah makan.. Jo hari ni makan apa”. Memang akan berderet soalan
yang sama setiap kali dia menghubungi anak kesayangannya. Ialah nak
membayangkan keadaan sianak yang jauh dari pandang.
“Dah
mommy, Jo makan nasi ayam..Jo ok sahaja kat sini mommy, mommy jangan bimbang.
Sekarang Jo dah senang hati”.
“Kenapa
Jo senang hati, Jo dah jumpa Dayah ke?”.
“Jo
hanya dapat pandang dia dari jauh sahaja mommy, dia nampak sihat gembira dan macam
berisi sikit dari masa duduk dengan kita mommy”.
“Oohh
..Itu yang Jo senang hati ye. Kalau macam tu cepatlah rujuk, waktu tak tunggu
kita Jo. Jo tak kira ke.. tinggal beberapa hari sahaja tempoh eddah Jo dengan Dayah
tamat Jo.”.
“Jo rasa
nak kumpul duit dulu baru Jo kembali pada Dayah mommy. Sekarang ni Jo tengah
kumpul duit dengan buat ‘locum’ tu
pasal Jo selalu tak balik rumah. Alhamdullilah papa jaga mommy.. senang hati Jo
sebab papa dah jaga mommy kalau tidak mommy duduk sorang-sorang kat rumah...ok
ke keluarga papa dengan mommy”. Dijejak kasih tempoh hari papanya encik Johari
merayu mahu mengambil mommy duduk bersamanya diMelaka. Katanya dia mahu menebus
kesalahan yang dulu kerana mengabaikan mommynya berpuluh tahun. Pada Johan
tidak perlu papanya merayu padanya kerana jika ikatan papa dan mommynya masih
lagi suami dan isteri tidak siapa yang boleh menghalang tanggungjawab yang
tergalas dibahu papanya pada mommynya.
“Ok Jo..
atuk dan nenek su pun baik sangat dengan mommy. Tiga orang adik Jo pun ok juga
dengan mommy”. Dirinya di terima dengan
baik oleh keluarga suaminya. Tidak ada apa yang kurang tentang kehidupanya
setelah dia sebumbung semula dengan
suaminya. Yang dirisaukan hanyalah kehidupan anak tunggalnya yang kini duduk
sendirian di Petaling Jaya. Yang sebenarnya nenek Su merupakan ibu tiri
kepada encik Johari. Selepas setahun kematian isteri dalam kejadian hitam dalam
keluarga encik Johari, ayah encik Johari berkahwin dengan sepupu sebelah
emaknya sendiri. Nenek Suraya merupakan balu yang tidak mempunyai anak.
Sedikit cerita
tentang kejadian hitam yang menimpa keluarga Encik Johari. Setelah berkahwin
selama lapan tahun dengan puan Maria encik Johari dipaksa nikah dengan pilihan
ibunya Hajjah Rafeah.. diatas alasan dia mahukan cucu yang ramai bukan hanya
setakat Johan Hamdi seorang sahaja. Paksaan
ibunya diikuti oleh encik Johari. Bila sang menantu pilihan mengandung dan melahirkan anak perempuan hati
Hajjah Rafeah sangat gembira..terbukti sang menantu baru subur orangnya. Sang menantu di sanjung dan dipuji-puji.
Mengandung lagi anak kedua yang lahir juga bayi perempuan Hajjah Rafeah mula berbunyi..dia
mahu cucu lelaki untuk menyambung keturunan mereka.
Encik Johari merupakan anak tunggal kepada
pasangan Haji Darus dan Hajjah Rafeah. Pada kelahiran yang ketiga sang menantu
juga melahirkan anak perempuan..bunyi yang keluar dari bibir tua hajjah Rafeah
bertambah bisa.. akibatnya sang menantu tertekan dan mendapat kemurungan.
Mereka menjarakkan kelahiran anak yang seterusnya. Namun kelahir terpaksa juga
diteruskan kerana keinginan Hajjah Rafeah yang mahu cucu lelaki. Tetapi
kelahiran kali keempat sang manantu pilihan juga melahirkan anak perempunan
meyebabkan Hajjah Rafeah tidak dapat menutup mulutnya. Bebelan demi bebelan dia
meluah rasa terkilan dihatinya. Encik Johari merasa sangat kasihan melihat
keadaan sang isteri yang dibebeli.
“Dah lah
mak anak lelaki atau anak perempuan
semuanya kan darah daging saya..darah daging emak juga”.
“Hei
Johari sejak bila pulak kamu pandai melebihkan bini dari emak kamu sendiri ni..Cuba
kamu tenguk bini kamu tu..mak tenguk macam orang tak beul sahaja..kadang-kadang
senyum sendiri..tiba-tiba menangis pula. Anak pun tak tahu nakdisusukan..dah
gila agaknya.”
“Ialah..dah
mak asyik nak marah Laila saja bingunglah dia..mak jangan marah dia lagi ye mak, dia belum sampai sebulan
bersalin dah mak bebelkan dia pagi petang... nanti sakit dulunya tu datang lagi”. Tanda-tanda kemurungan sudah dapat dilihat sejak Nur Laila
melahirkan anak ketiga. Dia sering berkata-kata sendirian.. namun setelah diubati
keadaannya bertambah baik.
“Tak
tahu pula emak kalau dia tu ada keturunan gila meroyan..menyesal pula mak
kahwinkan dengan kamu..dah tu asyik bagi kamu anak perempuan sahaja..”
“Tak
payahlah mak nak kesalkan, asalkan dia dapat bersalinkan anak-anak saya, saya
dah bersyukur sangat mak. Mak nak tahu dia pun memang nak sangat anak lelaki
mak, tapi dah itu yang Allah nak bagi, kita terima sahajalah... Saya ni walau
pun anak perempuan saya tak kisah…sebab itu pun anak saya juga”.
“Aku
yang kisah..aku nak cucu lelaki nak menyambung keturun keluarga kita”.
“Kan
saya dah ada sorang anak lelaki cukuplah”.
“Tak
mahu aku cucu yang lahir dari entah perempuan keturun apa..Si Maria tu Cina..
baru masuk Islam entah sembahyag entahkan tidak.. entah pandai mandi junub
entahkan tidak. Kamu tu pun satu apa dah habis ke gadis Melayu yang kamu kahwin
dengan Cina..”.
“Emmakk
sampai kesitu emak fikir, dia sembayang
mak. Sebelum dia nikah dengan saya, dia
ada belajar semua bab-bab agama kat
PERKIM mak. Kemudian saya ajar lagi kat rumah..”. Mendengar kisah isteri
pertama suaminya disebut, Nur Laila makin dilanda rasa rendah diri..Rendah diri
kerana dirinya tidak dapat mnelahirkan anak lelaki untuk suaminya. Makin
tertekan emosinya yang sememangnya sedang bercelaru. Anak yang dipangkuan merengek minta disusui tidak dihiraukan malah di bagai
orangnya gelisah kepanasan. Suami dan emak mertuanya tidak pula menyedari
keadaan dirinya kerana asyik bertekak.
“Dah
jangan kau sebut pasal betina tu lagi, aku tak suka..pergi keluar aku
nak cakap dengan siLaila ni kejap..pergi!!”
“Apa
lagi yang mak nak cakap mak..terima sahajalah ketentuan takdir kita mak..kalau
mak nak cucu lagi tahun depan saya akan ushakan cucu lelaki..saya nak tanya
doctor macam mana nak dapat anak lelaki..”.
“Kamu ni
mengada-ngada betul dah pergi keluar..kamu tak dengar ke aku suruh kau keluar..sekarang
dah pandai kamu dak memenangkan bini kamu ye”. pekek emaknya yang kegeraman. .’Emm
tak boleh nak dia ajak bergurau’ detik hati encik Johari dengan sikap
emaknya yang sentiasa bengkeng.
Dituruti
juga kehendak emaknya untuk ditinggalkan
dirinya bersama menantu yang belum lepas pantang lagi. Baru mencecah kaki encik
Johari dianak tanggak paling bawah dia mendengar pekikkan emaknya meminta
tolong.. kemudian kedengaran suara bayinya tetapi tiba-tiba senyap. Bekejar
encik Johari menuju kebiliknya. Alangkah terkejut apa yang dilihat.. emaknya
sudah terbaring berlumuran darah dan
bayinya dibawah kaki isterinya. Ditangan isterinya sebilah gunting yang berlumuran dengan darah. Gunting itu biasa
diletakkan dibawah bantal bayinya. Mata
isterinya meliar seperti mencari mangsa.
Di akhir
cerita Hajjah Rafeah meninggal kerana tusukkan gunting tepat mengenai
jantungnya, dan bayi perempunnya yang belum mencapai usia sebulan meniggal
kerana terpijak oleh emaknya sendiri. Itulah
kisah hitam yang meragut nyawa emaknya Hajjah Rafeah. Dan dengan kisah itu
isterinya yang bernama Nur Laila dimasukkan kepusat rawatan sakit mental
diTanjung Rambutan. Dia disahkan mengalami ganguan mental tahap merbahaya yang membahayakan orang disekelilingnya.
“Papa
dan atuk sihat juga ke mommy.”
Lagi satu sejak papa Jo urutkan tapak kaki
mommy…momy dah rasa bertambah baik. Sekarang
mommy dah tak banyak guna kerusi roda..tangan mommy yang sebelah kiri ni pun
dah boleh digerak-gerak jarinya. Mommy dah jalan pakai tongkat sahaja Jo..” Encik Johari ada mengikuti kursus urutan REFLEKSOLOGI
ditempa kerjanya, dan pengetahuannya yang sedikit itu dimenefaakan pada
isterinya pula.
REFLEKSOLOGI (Hanya
untuk pengetahuan mak teh copy dari :
http://alansarhealth.com/kelebihan-refleksologi-kaki/
Refleksologi merupakan teknik rawatan urutan kepada
titik refleksi . Kaedah ini adalah dengan memberikan urutan refleksologi kepada
tapak kaki kerana tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi. Cara rawatan ini
berasal dari China dan telah diamalkan berdekat lamanya sebelum berkembang ke
seluruh dunia. Antara keistimewaan rawatan secara urutan refleksologi ini
adalah ia mudah, selamat dan berkesan. Rasa sakit semasa urutan refleksologi
merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan pada tubuh badan anda.
Ketidakselesaan pada tapak dan tulang kaki boleh
menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit bahu, tulang
belakang, tulang kaki, sembelit dan bahagian paha kerana keadaan kesihatan kaki
memberi kesan besar terhadap organ dalaman manusia. Rawatan urutan refleksologi
membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik kerana ia disifatkan
sebagai terapi yang sangat berkesan dengan mengaplikasi urutan pada titik
refleksi tertentu di tapak kaki.
refleksologi kaki al ansar health
Refleksologi juga adalah sebagai rawatan yang berguna
untuk kesihatan badan kerana refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan
mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali berkerja pada tahap yang
maksimum.
Kaki adalah bahagian tubuh badan yang sangat kompleks
meliputi 26 tulang,107 ligamen,19 otot dan 57 sendi. Kecederaan sendi ,ligament
dan tulang mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa
lenguh lutut, kebas, tegang pada bahagian paha dan masalah buang air besar.
Tulang tapak kaki manusia diciptakan tuhan agak melengkung. Ia bagi memberikan
kekuatan yang maksima untuk menyokong dan menahan berat badan manusia. Walaubagaimanapun,
kedudukan tulang tapak kaki pesakit akan berubah jika ia menerima tekanan
secara berlebihan.
Maksud titik refleksi adalah titik pusat urat saraf.
Setiap titik refleksologi ada kaitan dengan organ tubuh badan tertentu, jadi
dengan membuat urutan pada bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah
pesakit. Setiap titik refleksologi yang diurut akan membantu membaik pulih
organ tubuh badan yang berkaitan.
Tak sabar dah nak baca perihal dayah.... thank mak teh atas n3 baru... harap cepat2 sambung n3 baru pasal dayah... tak sabar nak baca.
ReplyDelete