Anak menantu NorIza ke dapur untuk membantu mak denya
menghidang juadah hariraya. Ada yang
memotong ketupat daun palas, ada yang menyenduk lauk dan ada yang menyusun kueh
raya kedalam balang kueh.Mana kala yang lelaki kedapur juga menolong mengangkat
pinggan dan gelas.Kerana kerja beramai-ramai kerja-kerja mereka cepat selesai.
Selesai semuanya mereka keruang tamu semula,mereka
makan beramai-ramai sambil bersila. Ketika itu sampai pula Muaz sekeluarga.
“Hai lama benar orang rumah kamu bersolek Muaz, mak
tenguk tak berubah apa pun si Seha ni. Mak kenal saja Seha..”. Kha..kah
kah..kah gurau NorIza disambut gelak oleh adik-adik Muaz termasuklah pak de dan
mak de. Seha yang disebut namanya hanya tersenyum. Merah pipinya. Dia malu bila
semua memandang kearahnya.
“Bukan Seha yang bersolek lama mak..ni ha anak dara
sunti sorang ni. Tak reti-reti melilit tudung. Sekejap nak lilit macam Yuna
sekejap lagi nak lilit macam Wardina, kejap lagi nak lilit macam Najwa Latif
pula..itu yang lama. Ni belum lagi yang sorang lagi ni nak bergaya kalau dah
dua-dua anak dara Muaz nak bergaya nanti mak, tak tahulah macam mana gayanya..”
Cerita Muaz pada emaknya yang memerlinya tadi.
Anak dara Muaz yang sulong sudah berusia 11 tahun sudah pandai nak
bergaya.Muaz dan NorSaleha sudah
mempunyai lima orang anak. Yang sulong Siti Rahmah 11 tahun, kedua Abdul
Aziz 9 tahun, ketiga Siti Hajar 7 tahun, keempat Abdul Fattah 5 tahun dan
yang kelima Muhammahd Sobri hamper 6 bulan.
“Kakak apa tak
suruh ibu beli tudung kat mak cik Nah saja. Tudung sarung kan senang.” NorIza
memberi cadangan kepada cucu sulongnya. Cucunya pula hanya tersenyum sambil
memandang neneknya. Yang sebenarnya hatinya tidak berkenan tudung sarung
seperti yang dipakai oleh ibu,nenek dan makcik-maciknya. Dia mahu lain dari
yang lain.
“Tenguk-tenguk.. mana dia lilitan tudung Najwa Latif
tu. Wah cantiknya kakak lilit tudung macam Najwa Latif”.Imah membelek wajah
anak saudaranya yang digelar kakak. Nama sebenarnya Siti Rahmah. Dulu ketika
ketika Muaz membincangkan nama itu mahu diberi pada anak perempuan sulongnya
dihadapan adik-beradiknya, mereka
mentertawakan dirinya, hanya ibunya yang menyokong.
“Long kenapa bagi nama klasik sangat Long..bagilah nama
canggih sikit. Macam nama anak-anak Pak de baru ada klass. Cuba kita bagi nama
Qistina, Balkis ke”.
“Apa pulak kalssik, nama tu elok… Siti Rahmah ni isteri
nabi Yunus yang sabar tu. Semoga cucu emak ni sabar macam Siti Rahmah tu. Pada
bagi nama berjela-jela tapi ertinya entah apa-apa, baik kita bagi nama isteri
Nabi tentu ertinya elok tingkahnya pun elok. Kamu semua tahu tak, panggilan
yang kita panggil tu doa tau. Setiap kali orang panggil kita dengan erti sabar,
jadilah kita orang yang sabar, kalau orang pangil kita dengan erti cerdik maka
cerdiklah kita. Haa mak baru ingat mak ada dengar orang cakap, jangan guna
nama-nama jin untuk anak kita, takut anak kita digangu oleh jin..nama Balqis, Kistina/Qistina, Najwa,
Zakuan,Batrisha, Erisha,Mazda itu nama-nama jin. Bukan tak boleh guna nama ni,
nama-nama ni mempunyai maknanya elok tapi dia sering digunakan oleh bangsa
jin..jadi kalau kita panggil kemungkinan besar
mereka akan ada disekililng kita. Diakan mahluk Allah yang tak nampak.
Mereka sama juga macam kita..suka usik-usik, suka bergurau senda. Suka
mengenakan orang macam kita juga.” Ketika itu terlopong anak-anaknya mendengar
ceramah NorIza.
“Kenapa kak long tak datang dengan ayah pagi tadi,
kalau tidak mak su boleh lilitkan tudung macam Shila Hamzah.” Bisik Imah
ketelinga anak dara abangnya.
“Kakak ngantuk sangat pagi tadi, lepas subuh ingat nak
tidur sekejap lepas tu terus lena balik tak sedar pun ayah kakak pergi
sembayang raya”. Cerita anak saudara Imah.
“Apa yang dimakan dik budak-budak ni pagi tadi Seha.
Kata kamu semalam tak masak untuk
raya?”. Mak de menyelidik anak angakatnya yang didepan mata. Seha pula jika
didepan emaknya macam takut-takut sahaja.
“Sebelum Muaz kekubur pagi tadi tu..akak suruh dia
balik hantar bekalan untuk anak-anak dia
Katy. Takut pula kami pulang lambat dari
masjid kesian budak-budak lapar pula nanti. Semalam tu memang akak yang tak
bagi Seha masak kat rumah dia, supaya makan ramai-ramai dengan adik-adik dia
kat rumah akak.”
Terkena pada
batang hidung sendiri bila mendengar jawapan NorIza bagi pehak anak angkatnya.
Rasa insaf dihati Siti Khadijah mendengar kebaikkan bekas birasnya kepada anak
menantu.Inilah rahsia mengapa bekas birasnya disayangi oleh anak dan menantunya
serta cucu-cucunya. Sikap ambil berat. Dari pandagan mata kasar NorIza tidak memilih untuk menyayangi kesemua
anak dan menantunya.
“Kak ngah! Simpanan Tabung Haji kami dah penuh dah. In
Syaa Allah kalau ada rezeki mungkin tahun depan kami dipanggil untuk keMekah.
Lagi pun kami dah mendaftar nama dah lebih dari lima tahun rasanya”. Mak de
memesong cerita, untuk menutup galau dihatinya, melihat kebaikan bekas birasnya
dengan anak menantu, sebab dia tidak boleh untuk berbuat sebegitu.
“Ia Zah, kalau nak jadi mahram Uda penuhkanlah cepat. Mana tahu rezeki kita tahun ni dapat
panggilan. Nak tunggu Muaz atau Syukri
atau pun Hassan mereka ni masih penuh dengan tanggung jawab pula. Nak tunggu
diorang ni kurang sikit dengan tanggung jawap..nanti sampai tua sangat Zah”. Entah mengapa pada pendengaran telinga tua
NorIza sekarang ini selalu dia mendengar Pak de memanggilnya dengan panggilan
nama sahaja. Apakah dia tidak mendengar panggilan kakak diawal namanya.Namun
pertanyaan itu hanya bergema dihatinya sahaja.
“Ialah nanti akak minta tolong anak-anak masukkan duit
dalam Tabung Haji. Duitnya dah ada dah..tapi nak memasukkan asyik terlupa
sahaja nak minta tolong anak-anak. Kalau Uda dah dapat panggilan tolong rayukan
akak sekalilah ye. Akak rasa pun elok akak ikut Uda saja.”
“In Syaa Allah. Kalau dah ada surat dari Tabung
Haji saya bagi tahu”.
“Eloklah tu bang, Katy memang mengharap sangat dapat
pergi dengan kak ngah, nanti bolehlah kita duduk sebilik kan kak ngah. Katy
dengar cerita orang masa kat Madinah susah sikit nak jalan dengan suami, sebab
pintu masuk masjid asing-asing antara lelaki dengan perempuan. Kalau kita pergi
masjid suami isteri kena menunggu lama. Lagi pun orang ramai susah nak
tercari-cari. Katy takut tersesat kat sana nanti.”
“Hsyy kamu ni Tijah cuba jangan disebut perkataan yang
tak elok. Kita cakap ni macam doa. Kalau kat sini lagi kita berdoa macam
tu..takut jadi betul kat sana nanti”. Mohd Noh mengingatkan keterlanjuran
kata-kata isterinya.
Selesai makan dan sebelum pulang anak menantu NorIza
tolong mengemas pinggan mangkuk yang telah digunakan. Setelah selesai semuanya.
Barulah mereka mengundur diri. Sebelum pulang…
“Seha tak tinggal sini ke.Tolong emak tunggu tetamu.
Nanti kalau adik-adik kamu balik terkontang-kanteng emak sorang”.
“Biarlah dia Tijah..dia nak juga berkumpul dengan
adik-beradik Muaz. Bukan selalu mereka dapat berjumpa”. Bantah Pak de dengan
permintaan isterinya yang menghalang anak angkatnya beransur bersama keluarga
suaminya.
Itulah Siti Khadijah yang selalu mengharapkan tenaga
empat kerat anak angkatnya NurSaleha.Hanya Pak de yang selalu membela NurSaleha
kerana rasa simpatinya melihat isterinya yang bagai memperkudakan anak
saudaranya sendiri. Tetapi simpati suaminya selalu disalah anggap oleh Siti
Khadijah pula.Dia merasakan suaminya terpikat dengan kecantikan dan keremajaan
NurSaleha pula. Memang serba salah dibuatnya. Sememangnya NurSaleha cantik,
kulitnya putih gebu kemerahan.Walaupun hidung tidaklah mancung sangat tetapi
cantik terletak, matanya pula bundar. Bila dia memandang mata itu seakan merayu
minta dikasihani.
NorIza
sudah lama kasihan melihat nasib yang menimpa menantunya yang seorang itu.
Pada NorIza dirinya sama seperti
NurSaleha yang kehilangan ayah ibu ketika diri masih kecil. Namun nasib mereka
berbeza. Dari kecil hidupnya ditatang sebagai minyak yang penuh oleh ibu,datuk
dan nenek angkatnya, walau pun dirinya tiada pertalian darah sedikit pun. Namun
NurSaleha sejak dia pandai bekerja tenaganya diperah walaupun dia dipelihara
oleh emak saudaranya sendiri darah dagingnya sendiri..
Begitu juga Mohd Noh dia merasa kasihan bila isterinya
sering memerah tenaga anak angkatnya. Kasih yang diberi juga membezakan dirinya
dengan adik-adiknya yang lain. Akhirnya ketika NurSaleha berumur sembilan belas
tahun dia menemui NorIza, agar dia datang meminang NurSaleha untuk anak Muaz.
“Kak ngah boleh tolong saya tak”.
“Nak tolong apa De. Selalu akak yang minta tolong
Uda.Ni terbalik pula.Apa yang akak boleh tolong cakaplah”.
“Malu rasanya saya nak minta ni…macam perigi mencari
timba pula”.
“Haa Uda ni cakap berbelit-belit.Cakaplah cepat lama
sangat Uda kat sini syak pula siTijah tu pada kita”.Itulah Siti Khadijah sikap
cemburunya kadang-kadang membabi buta.
“Entahlah Tijah tu dengan Seha dia cemburu dengan akak
dia cemburu.Susah saya ni kak..kak!! hensem sangat ke saya ni kak”.NorIza
ketawa tertahan mendengar lawak spontan bekas adik iparnya.
“Ehh cepatlah cakap De, apa yang Uda nak akak tolong
ni”.Pada pandangan NorIza memanglah bekas adik iparnya masih hemsem, berbatang
tubuh tinggi setinggi lelaki Asia dia tidak berperut gendut seperti
lelaki-lelaki lain yang sudah berusia.Memang patut isterinya cemburu ..Cemburu
kan tanda sayang.tapi jangan cemburu buta, cemburu buta ni menyiksa diri dan
menyiksa orang disekelilingnya.
“Macam ni… Uda nampaknya hanya akak saja yang boleh
tolong, itu sebabnya Uda datang jumpa akak ni”.
“Ialah, kalau kamu tak cakap mana akak nak tolong. Apa
yang kamu nak akak tolong.”Geram juga Puan NorIza dengan bekas adik ipar
didepan mata.Kata-katanya tak jelas menyebabkan dia tertanya-tanya.Ketika
mereka bercakap-cakap Hassan dan Imah ada disisi mereka.Sengaja Noriza memanggil anak-anaknya duduk mendengar
apa yang mereka bincangkan. Tetapi dulu emak mertuanya tidak akan membenarkan
anak atau cucunya mendengar orang tua-tua bercerita.
“Macam ni…Muaz sekarang ni pun kan dah besar, dah dua
pulah lima umurnya. Dia pun dah ada bengkel sendiri. Nampaknya maju juga
bengkel dia tu. Uda rasa dia dah mampu menanggung seorang isteri. Apa kata akak
pinang Seha untuk Muaz”. Terkedu Noriza mendengar permintaan bekas adik iparnya.Tidak
pernah sampai kesitu akalnya.Tetapi ada juga benarnya. Anakny Muaz sudah dua
puluh lima tahun umurnya, sudah boleh berumah tangga jika dia mahu.
“Ehh dia tak sambung belajar ke de. Akak dengar SPMnya
dulu tu bagus juga, tak kan tak dapat apa-apa tawaran. Kesian dia tak diberi
peluang kalau dia nak belajar lagi”.
“Ada kak, yang last sekali dia dapat tawaran masuk
tingkatan 6.Tapi Tijah yang tak bagi. Dia kata belajar tingkatan 6 ni susah
nanti penat belajar sahaja tapi tak dapat apa. Yang sebetulnya dia yang tak
bagi siSeha tu keluar dari rumah, sebab
nanti tak siapa tolong dia buat kerja rumah. Kak!!saya bukan apa.. saya kesian
tenguk dia dikudakan dek Tijah dan anak saya yang lain. Mereka buat Seha tu macam
orang gaji kak”.
“Sepatutnya Uda carikan lah orang gaji untuk Tijah tu”.
“Bukan saya tak nak cari, tapi Tijah yang tak mahu.Hari
tu ada sorang tak sampai sebulan budak tu dah diberhentikan. Kata Tijah dia
perasan budak tu pandang saya lain macam..cemburulah tu. Itulah yang saya tanya
akak tadi.. hensem lagi ke saya ni. Akak gelakkan saya pula”.
“Teruk juga cemburu Tijah ni ye”.
“Ia kak kalau tak takkan dia nak cemburu saya dengan
akak.”.
“Biasalah tu De. Dia sayang kat kamulah de, orang kalau
sayang suaminya tentulah cemburu sikit. Cemburu tukan tandanya sayang..”.
“Entahlah kak..Oh ye saya sebetulnya susah hati dengan
perbuatan Tijah ni. Saya sebetulnya takut apa-apa yang buruk terjadi pada
keluarga saya kerana menyiksa anak yatim, kalau lagi lama dia duduk dengan
saya. Manalah tahu sesekali terdetik hati siSeha sebab tak tahan dengan
perbuatan Tijah dan anak-anak saya pada dia. Nampaknya sekarang ni makin teruk
perlakuan mereka. Kerja rumah semua dah terletak dibahunya. Kalau silap sikit
diherdek dimarah macam dia tak ada perasaan. Lagi lama Seha duduk dengan kami
lagi lama mereka menyiksa Seha tu. Kalau lah terdetik rasa sakit hati Seha tu
tak ke naya mereka semua.”
“Kenapa Uda tak nasihatkan isteri dan anak-anak Uda
tu”.
“Berbueh dah mulut saya ni kak. Tapi disalah anggap dek
Tijah pula. Mula lah dia bercerita yang buruk
pada anak-anak apa niat saya pada Seha. Saya ni tak pernah ada niat lain
pada Seha, saya anggap Seha tu macam anak saya sendiri, dah kita bela dari kecik tak tergamak saya
nak jadikan bini kak ngah oii. Tapi lain pula yang siTijah tu fikirkan. Asalkan
perempuan semua saya nak jadikan bini. Hai susah betul saya dengan cemburu buta
dia tu.”
“Jadi akak nak tolong apa cakaplah terus terang. Nak
dia duduk dengan akak?. Uda pun fahamkan akak
ada anak-anak lelaki yang dah besar.. takut timbul fitnah pula. Lagi pun
mahu ke Tijah lepaskan Seha saja-saja duduk rumah akak”.
“Bukan nak suruh Seha saja-saja duduk rumah akak.Saya
minta sungguh-sungguh ni.. tolong jadikan Seha tu menantu akak. Pinang dia
untuk Muaz.Jadi adalah ikatan sah Seha dengan anak akak”.Rupanya memang
bersungguh Mohd Noh memintanya meminang Seha untuk Muaz detik hati NorIza.
“Tapi kalau akak pinang Seha jadi menantu, mahu ke
Tijah lepaskan dia. Nanti dia tak ada pembantu rumah pula.”
“Pandai lah saya nak buat dia cemburu.Biar dia rasa
senang lepas kan siSeha tu kahwin dengan Muaz”.
“Ialah kalau macam tu kata Uda…akak bincang dengan Muaz
kalau dia balik nanti”.
Setelah berbincang baik buruknya demi untuk
menyelamatkan NurSaleha dari deraan ibu saudara dan sepupunya sendiri, Muaz
bersetuju.Tiada adat merisik dan tiada tempuh bertunang terus sahaja majils
walimatuurusnya dilangsungkan. Hanya kehduri kecil-kecilan meraikan pernikahan
mereka dan untuk memberi tahu mereka sudah sah menjadi suami isteri kepada
penduduk kampung. Kini sudah 15 tahun
bahtera rumah tangga diharungi bersama. Dan mereka sudah ada 5 orang anak untuk
menyerikan rumahtangga mereka. Dulu yang menjadi NorIza bimbang dia takut
anaknya yang tidak dapat menerima isteri yang di suakan kepadanya. Takut pula
NurSaleha terlepas dari mulut buaya tetapi masuk pula kemulut harimau. Tetapi
tidak rupanya. Pada pandangan mata NorIza yang sentiasa mengawasi baik Muaz
mahupun NorSaleha mereka bahagia.
Walaupun tiada ‘rasa’mewarnai hati diawal pernikahan mereka dulu.
“Haah Katy akak nak ajak mereka semuanya ni kerumah
jiran sebelah menyebelah rumah.Kalau dah tertinggal memang Muaz ni tak
terpergilah jawabnya”.Akhirnya Siti Kadijah diam tidak terkata. Sememangnya dia
akan kalah bila NorIza yang berkata-kata.
Seperti yang diperkatakan keluarga besar NorIza berarak dari sebuah kesebuah rumah
jiran mereka.Hingga petang barulah
mereka menjengah rumah. Selepas membersihkan diri dan solat zohor semuanya
bergelimpangan diruang tamu kepenatan dan kekenyang makan dan minum kueh raya
dirumah orang yang dikunjungi.
Dihari raya kedua mereka menunggu para jiran pula
mengunjungi rumah mereka itulah cara hidup dikampung saling berziarah untuk
merapatkan hubungan silaturahim antara mereka. Acara hari raya mereka padat
dengan acara kunjung mengunjungi.Dan pada masa inilah mereka bertemu
kawan-kawan yang sudah merantau jauh dari Pengkalan Hulu, pulang kerana berhari
raya bersama keluarga tercinta.
Dihari raya ketiga Syukri meminta izin emaknya untuk
membawa keluarganya ke sempadan.Tujuannya
untuk mengunjungi kedai bebas cukai disempadan Malaysia Thai. Niatnya
mahu membawa Nuri membeli belah disana.
“Mak esok pagi rasanya Syukri nak pergi shoppinglah
mak”.
“Kamu nak pergi dengan siapa?”
“Dengan Nuri dan anak-anak.Kesian budak-budak tu tak
ada baju baru mak”.
“Ialah pergilah. Esok pun dah tak berapa sibuk rasanya.
Kalau ada yang datang pun anak-anak pak delah agaknya. Lagi pun Ira dan Misa
masih ada tolong emak”.
“Alang dengan Hassan bila baliknya?
“Katanya balik besok malam”.
Seperti yang telah dirancang Syukri membawa anak
isterinya ke sempadan.Pusat membeli belah bebas cukai.Pada mulanya Imah juga
mahu mengikuti mereka namun dihalang oleh puan NorIza.
“Tak payah lah Imah ikut mereka.Biarlah diaorang laki
bini pergi. Abang ngah kamu tu nak cuba mencari kemesraan semula dengan kak
Nuri kamu tu, biar mereka merasa bershopping anak beranak diaorang sahaja”.
Begitu teruja Syukri membawa keluarganya membeli
belah.Pot pet mulutnya bercerita menerangkan itu dan ini sepanjang
perjalanan.Nama dan kejadian waktu dulu tempat-tempat yang dilalui juga
diceritakan kepada isteri disebalahnya. Lagaknya macam pemandu pelancung pun
ada.
Kerana rasa
terujanya sampai sahaja, dia menuju ke tempat kebarang wanita.Tempat pertama
beg tangan wanita. Terdapat berbagai jenis dan bentuk beg tangan wanita terpamir ditempat pamiran. Sambil mendukung
anaknya yang kecil Syukri turut membelek satu..satu. Mula-mula dibahagian beg
yang berjenama biasa-biasa sahaja. Dia melihat Nuri berjalan sahaja tidak
menunjukkan minat pada beg yang berjenama biasa. Pada tanggapan Syukri beg
biasa tidak menepati cita rasa isteri agaknya. Kemudian dia mengajak Nuri
ketempat beg yang berjenama. Apabila dilihat Nuri seperti tidak pandai memilih
Syukri membantu. Dicapainya yang dirasakan cantik diunjukkan kepada sang
isteri. Nuri membelek kemudian kepalanya mengeleng. Satu lagi..belek lebih
kurang geleng lagi. Hinggalah Syukri
rasa bosan dengan tingkah yang asyik mengeleng. Mengapakah semuanya tidak berkenan dihati Nuri, walaupun semua yang diunjukkan kepada
iseterinya sudah terlalu cantik pada pandangan matanya.
“Dahlah bang..jom tempat lainlah pula”.
“Ehh Kita tak beli lagi ni.Nuri nak yang macam mana?
Punyalah banyak macam ni, satu pun tak
ada yang sangkut kat hati Nuri..kang balik menyesal tak beli”.
“Tak lah..saya memang tak berniat nak beli handbeg pun.
Yang ada tu masih cantik lagi. Dahlah jom kita balik ”. Dengan rasa hampa
Syukri mengikuti langkah isterinya keluar dari bahagian beg itu. Nuri mahu menuju
kearah pintu keluar. Namun ditahan oleh Syukri. ‘Penat berjalan satu pun tak
beli’ marah hatinya
“Ehh kita belum tenguk bahagian baju-baju lagi. Kita
pergi tenguk baju dululah..alang-alang kita dah sampai jalan cukup-cukup biar
puas hati. Buakn selalu kita dapat datang sini.”.
“Haa Nuri cakap terus terang, Nuri tak nak beli
baju.Kalau baju anak tak apa”. Ohh Nuri sudah berterus terang.Pada Nuri senang
begitu tidak lah mereka membuang masa membelek-belek tetapi tidak membeli.
Mereka terus ketempat pakaian kanak-kanak. Syukri mula mengacu setiap baju yang
dirasanya sesuai untuk anaknya. Banyak juga perkataan yang kelaur dari bibir
isterinya…Syukri hanya mengelengkan kepalanya dengan sikap isterinya.
“Bang kalau beli biarlah besar sikit kalau muat-muat sahaja,
tak sampai beberapa bulan dan tak boleh nak pakai, lagi pun jangan beli yang
mahal. Budak-budak kan cepat membesar nanti membazir saja”. Akhirnya hanya
beberapa helai sahaja pakaian anak-anak dapat dibeli. Terkeluh juga hati
Syukri..rupanya susah juga membawa Nuri membeli belah. Dia bukan seperti orang
mabuk shopping. Sifat berjimat masih kedapatan.Mungkin kesusahan diawal
perkahwinan mereka menyekat dirinya dari berbelanja.
“Kita nak pergi mana lagi Nuri..alang-alang kita keluar
ni biar puas kita berjalan”.
“Nuri tak tahu, tapi kalau boleh Nuri nak pergi beli
buah mangga. Kawan Nuri kata buah mangga Siam ni sedap. Lagi pun murah kalau
kita beli kat tempat dia”.
“Haa jom kita beli buah”.
Sampai di tempat buah-buahan bagai terlebih teruja Nuri
memilih. Mangga berisi warna kuning dibelinya lima kilo, mangga berisi warna
oren lima kilo lagi. Mangga ranum namun isinya manis juga dibelinya. Macam tak
cukup tangan dia menjinjing plastic berisi mangga. Sebelum mereka beredar sekali lagi dia
menoleh kekawasan menjual buah....
“Kenapa ada yang tertinggal ke?”
“Bang kalau Nuri beli sikit lagi boleh tak..Nuri rasa
macam tak cukuplah”.Syukri tersenyum melihat gelagat isterinya, yang mula
tamak.
“Pergilah abang tunggu dengan anak-anak kat kereta”.
“Terima kasih.”Bila mendapat kebenaran laju langkahnya
menuju ketempat buah yang paling hamper. Dari jauh Syukri melihat senget bahu
Nuri menjinjing plastic berisi buah.
“Kenapa Nuri beli banyak sangat ni. Nak bawa balik
Kampung Subang ke?”.
“Kalau ada lebih nanti… kalau tak cukup tak apa..kita
kan ramai.”
Baru sahaja kereta Syukri terpakir di halaman rumah
puan NorIza, dia sudah disebu oleh adik dan adik iparnya.Ira menyambar Hadi
dari dukungan uminya.
“Halololo rindunya mak de dengan anak mak de yang comel
ni. Penat jalan ye..Hadi banyak beli baju??” Sambil melarikan Hadi Ira masuk ke rumah. Riuh mulut Ira bertanya
kepada sikecil, macamlah sikecil faham pertanyannya.
Imah pula mengambil beg-beg plastic dibonet kereta.
Sebelum diangkat dia sudah menjenguk isi beg plastic dahulu. ‘Ni yang banyak
hanya buah mangga saja ni, mana baju dan handbaeg kak Nuri kata angah tadi
beria nak beli sampai dua tiga biji beg,
siap Tanya jenama apa lagi’ detik hati
Imah. Nuri hanya tersenyum bila
terpandang bibir Imah yang mencebek. Mungkin hairan dengan isi dalam beg
plastic. Dia membawa beg plastic yang mengandungi buah mangga yang paling akhir
dibelinya tadi. Dia terus menghilagkan diri menuju kedapur.
No comments:
Post a Comment