Johan
mengikuti permintaan mommynya. Sambil dia menyorong kerusi mommynya menuju ke
bilik mommynya..
“Mommy kalau kita tak cukup duit nanti rasa nya Jo nak
pinjam dengan Azam boleh mommy”.
“Tak payahlah kita pinjam-pinjam orang Jo. Mommy tak
mahu masaalah keluarga kita sampai orang luar tahu, walaupun Azam tu memang baik sangat dengan Jo.
Kita ikhtiarkan cara kita dulu, kalau dah tak boleh nak elak baru lah Jo pinjam
dengan dia ye”.
“Ialah..” Sampai kedalam bilik…
“Jo! buka almari baju mommy.. kemudian raba bahagian
bawah lipatan kain tu.. Mommy ada letak duit sikit kat situ”. Arah puan Maria. Johan mengikuti apa yang disuruh oleh
mommynya. Raba punya raba tangan Johan menjumpai satu demi satu lipatan duit
lima puluh dan seratus. Bila dikira setiap lipatan duit mengandungi RM500.00
ringgit. Terdapat sepuluh lipatan. Ini bermakna
Rm5 ribu duit yang disimpan oleh puan Maria dibawah lipatan kainnya.
“Wahh banyaknya duit mommy ..siapa bagi mommy duit”.
“Ada berapa puluh Jo..mommy tak pernah kira pun duit
yang Dayah bagi”.
“Dayah bagi? Bila dia bagi mommy”.
“Sejak dia jadi isteri Jo tiap-tiap bulan dia bagi
mommy Jo. Dia kata dia bagi sebagai
tanda ingatan..bila dapat gaji sahaja
dia akan untukkan sikit untuk mommy”.
“Mommy satu lipatan ni agaknya untuk satu bulan ye
mee”.
“Ialah tu sebab mommy tak pernah buka dan tak pernah
kira..main jolok bawah lipatan kain tu. Cuba raba dalam-dalam lagi mana lah
tahu ada lagi rezeki kita Jo.”.Dr. Johan mengikuti lagi suruhan mommynya. Tangannya
meraba hingga kebahagian belakang almari.
“Ialah mee..Jo dapat dua lipatan lagi mommy.” Setelah
dikira..
“Satu lipatan ni ada Rm 5 ratus mee. Kalau macam tu Dayah
bagi mommy RM5 ratus sebulan mee. Ni ada RM7,000.00 duit mommy.
Alhamdullilah..rasa bernyawa sedikit mommy”. Ni lah namanya rezeki yang tak
disangka-sangka. Riang ceria sedikit wajah Johan, namun kembali redup bila memandang wajah mommynya.
“Tapi ni duit mommy. Selama Jo dah kerja, Jo tak bagi sesen pun pada mommy..anak tak
guna betul Jo nikan.”
“Jangan cakap macam tu Jo..mommy tak kisah Jo bagi ke tidak,
Jo ada depan mata mommy pun dah syukur Alhamdullilah. Mommy tahu Jo banyak guna
duit, bayar kereta, bayar sewa rumah,
bayar bibik, tanggung makan kita
sekeluarga. Mommy tak pernah pun terfikir nak minta Jo bagi kat mommy. Ni Dayah
bagi sebab dia kata duit gaji dia tak digunakan untuk apa-apa, hanya sedikit
dia ambil untuk bayar duit kereta dia, itu pun dia kata setengah lagi Jo yang
bayarkan kan..jadi dia bagi mommy. Dah jangan
fikir yang tidak tidak.. ambil duit tu Jo fikirlah nak buat apa…nak buat
muka beli kereta pun boleh juga kan.”
“Tapi Jo tak sampai hati nak guna duit mommy.”
“Jo, kita ni
anak beranak Jo. Kalau Jo susah mommy pun ikut susah, ambil lah mommy minta Jo
beli kereta, yang kecil pun jadilah.
Senang Jo nak pergi kerja. Tak payahlah naik teksi atau naik bas. Kalau Jo naik bas Jo kena berebut dengan
orang, kerja pula tak tentu masa, ada yang balik tengah malam ada kalanya pergi
tengah malam. Lagi pun mommy nak minta Jo belikan mommy barang dapur. Mommy nak
masaklah makan kita. Dah biasa makan masakkan rumah rasa tak sedap pula makan
kedai Jo”.
“Mommy boleh masak ke?”.
“Bolehlah masak yang ringkas-ringkas. Jo makan telor
dadar dengan sayur sahaja boleh
kan..nanti Jo tolong mommy kopekkan bawang banyak-banyak lepas tu masukkan
dalam peti sejuk ye .”
“Jo ni tak kisah mommy, janji perut ada isi pun dah
cukup. Mommy nak Jo carikan bibik mee.”
“Tak payahlah Jo, mommy dah boleh buat kerja sikit-sikit ni. Lagi pun mommy tahu, Jo kalau
ada bibik Jo segan nak balik”. Begitu
berusha puan Maria mahu membantu anaknya berjimat. Dia tahu mengambil bibik
dari agensi memerlukan duit juga.
“Dulu mungkin lah sebab mommy tak sihat macam
ni..sekarang rasanya dah ok kot”.
“Tak apalah Jo biarlah mommy masak..lagi pun memasak ni
macam exercises juga kan Jo. Mommy teringin nak baik macam dulu Jo. Cakap exercises
ni mommy teringat Dayah, dia dulu selalu
tolong mommy exercises kalau tak mommy
tak macam ni, mungkin masih terbaring susah nak bergerak. Apalah khabar Dayah. Jo
ada call dia Jo, tanya khabar ”.
“Dah lama juga tak call Dayah, sebelum Didi masuk
hospital selalu juga Jo call dia. Tapi
sejak akhir-akhir ni malas pula rasanya.”.
“Kenapa? Dia tak layan kalau Jo call ke? Atau dia marah
Jo sebab Jo ada isteri lain. Cakaplah dengan Dayah kedudukan Jo dengan Didi
macam mana.”
“Entahlah mee..Jo rasa….”.
“Sekarang ni kedudukan Jo dengan Didi dah jelas. Cakaplah
dengan Dayah kedudukan Jo dengan Didi macam mana, lepas tu ajaklah Dayah rujuk?”.
“Jo malulah mommy..Jo dah tak ada apa-apa. Duit tak
ada..kereta pun dah tak ada, rumah ni
pun rumah sewa. Kalau dulu ada juga kereta, walaupun hanya PESONA yang masih
berhutang, tapi sekarang Jo habuk pun tak ada mommy.. masihkah dia pandang Jo
lagi mommy”.
“. Mommy rasa dia bukan jenis orang yang pandang pada
kebendaan Jo. Cuba lah Jo tanya Dayah dulu..kalau dia masih sudi pada Jo.. yang
sebenarnya mommy sayang Dayah Jo..”
“ Yang sebenarnya Jo pun rasa dia bukan yang pandang
pada kebendaan..tapi masaalahnya Jo lah yang rasa Jo tak layak untuk dia. Bila
merasakan diri kita serba kekurangan, Jo
serba salah nak rujuk pada dia. Jo takut dia hidup susah dengan kita mommy”.
Itulah yang ada dibenak Johan sebenarnya..dia merasa rendah diri.
“Habis Jo tak sayang dia lagi ke..ni rasa dah dua bulan
Jo jatuhkan talak pada dia, hanya tinggal sebulan sahaja lagi yang Jo boleh
rujuk pada dia. Kalau tidak nanti Jo kena nikah semula dipejabat ugama.”.
“Sayang tu sayang
mommy, tapi memandangkan keadaan Jo macam ni.. Jo kesian
dengan dia. Tunggulah sampai Jo boleh adakan semuanya..Jo akan pergi pada dia
semula”.
“Kalau macam tu, lama lah lagi Dayah dapat jadi isteri
Jo. Mommy takut dalam Jo nak mengadakan semuanya, ada orang lain pula yang nak
kat dia..Jo juga yang gigit jari nanti”.
“Kalau dah macam tu apa nak buat, Jo terpaksa redha biarlah dia dapat yang lebih
baik dari Jo..Jo hanya nak dia bahagia sahaja mommy.” Biar itu yang keluar dari
bibirnya namun kelihatan wajahnya yang sedeh. Puan Maria tahu anaknya tidak
pernah mahu melepaskan Nur Hidayah dari hidupnya. Kenyataan yang keluar dari
bibirnya yang sebenarnya mengigit tangkai hatinya sendiri, mampukah dia
menghadapi andai kata-katanya dimakbulkan oleh Allah, bukankah kata-kata itu
merupakan doa. . membangkitkan nama Nur Hidayah rindunya jadi membuak-buak..
Yang
sebenarnya sudah acap kali dia mencuri pandang bekas isteri yang bernama Nur
Hidayah dari jauh. Perlakuannya kerana desakkan rindu yang tak mampu dibendung.
Dan dari pandangan matanya kelihatanya Nur Hidayah gembira dengan kehidupan
selepas dirinya menjadi janda. Fizikal dan tingkahlaku nya yang menceritakan
itu dari pandagan mata Johan. Dari balik intaian Johan melihat perlakuan Tengku
Faizal menjaga jandanya bagai menatang
minyak yang pernuh. Jalannya berpimpin dan berhati-hati bagai takut sangat Nur
Hidyah terjatuh. Fizikal Nur Hidayah juga kelihatan berisi sedikit. Sambil
berjalan tawa ceria menghiasi wajahnya. Tiap kali dia mengintip tiap kali itu juga
Nur Hidayah memakai baju yang tidak pernah dipakai ketika bersamamnya dahulu.
Sesungguhnya jagaan Tengku Faizal lebih sempurna dari jagaanya. Bayangan Nur
Hidayah yang ceria terlerai dari ingatan bila suara mommynya meminta..
“Cubalah beli
kereta Jo. Ehh Jo cuba ambilkan buku ASB mommy dalam laci almari mommy
tu..kalau ada bakinya boleh juga tambah untuk bayar muka beli kereta. Hari tu
Dayah ada kemaskan laci mommy tu dia jumpa buku ASB mommy. Cari kereta secondhand pun tak apa
cepat sikit dapatnya, kalau kereta baru
nak tunggu tempahan pula.” Yang sebenarnya sebelum suaminya meninggalkan
dirinya dulu, ada sedikit simpanan untuk kegunaan diri dan anaknya. Ketika itu sudah hamper setahun suaminya
berkahwin lain kerana mengikuti kehendak ibu mertuanya. Dan dari simpanan ASB
suaminya lah dia menampung perbelanjaan awal
persekolahan Johan dan menampung kehidupan sebelum dia datang dan bekerja dikedai
makan ke Kuala Lumpur ..
“Ialah nanti Jo cari kereta yag cantik sikit..”.
Sudah
sebulan Johan duduk bersendirian, bila mommynya dibawa oleh papanya pulang ke Melaka.
Dengan pertolongan puan Syakila jejak
kasih Encik Johari mencari isterinya yang bernama Maria Ong Abdullah akhirnya berjaya
juga. Dua minggu setelah Natasya duduk diMelaka dia sudah benar-benar sihat.
Kereta Suzuki Swiftnya juga suadah ada pembeli, jadi sebelum dia keluar negara semula kerana mahu
menyambung kontrak peragaanya dia mengingatkan mommynya.
“Mommy! mommy
dah bagi uncle Johari alamat aunty Maria ke?”.
“Biarlah..malas mommy nak ada kaitan dengan siMaria tu.
Benci pula mommy ingatkan perangai siJohan tu”.
“Kenapa pula? Jo cakap apa dengan mommy hari tu”.
“Dia tak cakap apa pun tapi mommy terkilan, dia bagi lu
duit Iddah sikit sangat.. ada ke patut hanya Rm2 ribu sahaja. Jo ni buat
lu macam tak ada harga. Lu ingat
tak Farid bagi lu berapa dulu..itu tak campur
kondo dan kereta SUZUKI lagi.. Menyesal pula mommy suruh lu bercerai
dengan siFarid tu dulu. Kalau kita sabar sikit entah-entah dia pun dah ceraikan
isteri dia tu tentu lu dah senang sekarang.”
“Biarlah mommy..tapi yang Didi tahu Jo ni memang tak
ada duit. Itu pasallah Didi kerja jadi model. Masa Abedeen dulu nak beli baju
dan kasut pun tak dapat, apatah lagi nak
ganti handbang..Kalau Didi nak juga alamat tak makan lah kami”.
“Kan dia tu doktor..”
“Doktor baru nak kerja mommy..gaji dia tu lebih banyak
lagi gaji Didi masa Didi jadi akautan tu dulu. Dahlah mommy biarkan lah dia.
Tak lama lagi Didi nak sambung kontrak Didi jadi model nanti pendapatan Didi
tiga empat kali ganda dari gaji dia mommy”.
“nak pergi LA lagi ka?”.
“Ialah mommy..”
“Carilah kerja ka sini Didi..banyak kerja kat Malaysia
ni”.
“Kat Melaka ni kerja apa yang boleh Didi buat mommy.
Lagi pun gaji kat sini sikit. Mommy jangan bimbang Didi kerja dulu jadi model
nanti kalau dah cukup banyak simpanan Didi, Didi balik sini duduk dengan mommy. Masa tu
kalau dapat kerja gaji sikit pun tak apa”.
“Bila lu nak pergi lagi”.
“Bella kata minggu depan..tulah kalau boleh sebelum
Didi pergi mommy bagi tahulah dengan uncle Johari alamat aunty Maria”.
“Kenapa yang lu baik sangat dengan si Maria tu dia dah
jampi lu ka”.
“Tak ada jampi lah mommy, tapi Didi nak balas budi Jo yang dah bayarkan
duit pembedahan Didi hari tu”.
“Alahhh duit itu anggaplah duit hantaran dan duit iddah
lu Didi. Mommy menyesal kahwin kan lu
dengan si Johan tu..lu tak dapat apa-apa. Adakah patut lu hanya dapat duit mas
kahwin Rm22.50 sahaja. Tak patut sungguh tak patut Johan buat lu macam ni”. Kenyataan
itu sudah di ulang beberapa kali bagi
meluah ketidak puasan isi hati nya, bila merasakan anaknya bagai tidak bernilai
dimata Johan Hamdi anak sahabat baiknya dulu.
“Dahlah mommy perkara dah lepas. Lepas ni memang Didi
tak nak balik lagi dengan dia. Mommy mana nombor uncle Johari meh sini Didi
SMSkan alamat aunty Maria pada dia.”
Ingatkan dah kena tazkirah dengan farid dulu si Didi ni betul² insaf. Payah juga kalau ada mak mcm pn syakila ni.
ReplyDeleteRindu pulak dengan Dayah mak Teh. Lama dah tak keluar.
Maaf ye lama tak buka blog..dah lepas post dah tak tenguk dah..sejak cuti sibuk memanjang. Bab ni kluar lah Dyah..tpi mungkin dua tiga hari lagi lah kot..
ReplyDelete