“Jo..I nak tahu adakah sebab perempuan tu atau sebab I
dah tak sempurna kat mata you, you tolak I dalam hidup you Jo. Untuk
pengetahuan you mereka tak buang payu dara I, yang mereka buang hanya Implannya
sahaja. Payu dara I masih utuh macam dulu hanya kecil lah sedikit dari biasa
memang payu dara I kecil kan.”
“Kenapa you tanya, you kesal pada perceraian ni ke?..tapi
rasanya..perpisahan kita atas kehendak you. Kan ustaz tu kata lafaz yang I
ucapkan setahun yang dulu sah. Ertinya selama setahun ni kita memang dah bukan
suami isteri lagi”.
“Ialah I tahu tu, tapi kalau you nak, kita boleh sahaja bernikah sekali lagi tadi
kan. I tanya sebab macam you memang dah tak nak
I jadi isteri you..kenapa sebab fizikal I ke atau ada sebab lain”.
“Bukan kesempurnaan fizikal yang I cari pada diri
seseorang wanita..tapi kita memang tak
sesuai untuk menjadi pasangan. Memang dari saat you tinggal kan I untuk kali
kedua, rasa dalam hati I dah dah tak
ada untuk you..I cuba bersungguh menghapus rasa tawar tu tapi tak boleh,
I betul-betul tak ada rasa untuk you.
I tahu you sanggup nikah dengan I dulu
hanya sebagai batu loncatan untuk kerjaya you. Sebetulnya you tak memerlukan
seorang suami pun dalam hidup you kan..”.
“Siapa kata..I manusia biasa yang ada nafsu dan ada
rasa ingin dibelai”.
“Belaian you boleh dapat walaupun you tak ada suami”.
“Johan!! You jangan nak cakap I main dengan jantan lain
dibelakang you ye. Selama ni tak pernah I cari jantan untuk membelai I. Sebab I
setia pada cinta I. I tak macam you baru setahun I pergi you dah nikah lain..you cari belaian
lain untuk memuaskan nafsu you”.
“I tak cakap pun you cari jantan untuk memuaskan nafsu
you. Tasya..siapa BELL yang selalu you call tu”. Johan sering mendengar nama
Bell disebut oleh Natasya bila berbual didalam telefon. Kalau dah bergayut
macam dah tak ingat dunia berjam-jam macam tak habis cerita... Dia selalu
menelinga dari dalam bilik mommynya sebab apa…sebab dia muskil dari gaya bahasa
yang digunakkan oleh Natasya ketika berbual dengan insan yang dipanggil Bell..penuh
lengguk kemanjaan seakan mengoda insan dihujung talian.
“Oh oh oh..you cemburukan Bell rupanya..kenapa you tak selidik dulu. Jangan cakap sebab dia you tak boleh nak
terima I sebagai isteri you lagi. Jo you tak payah nak cemburukan Bell.. Bell
tu perempuan, nama nya Isabella, yang I kenalkan dengan you masa kat hospital
hari tu. Oh ye masa tu I sebut nama dia Bella, tentu you tak sangkakan yang
selalu I call Bell tu.. Isabella kan.
Dia kawan baik I. I kawan dengan dia sejak I mula kerja jadi akauntan dulu. Kami satu tempat
kerja tapi dia dibahagian Sumber Maniusia
kami pun satu rumah sebelum I kahwin dulu. Dialah yang banyak bantu I dari dulu
sampai sekarang. Dia kawan susah dan senang Jo, susah nak cari kawan macam dia.”
Kelihatan ceria wajah Natasya bila bercerita tentang sahabatnya Isabella atau
nama singkatnya Bell.
Yang sebenarnya Johan melihat sendiri tingkah laku dua
wanita bilik dihospital ketika dia datang melawat. Dari cermin kaca dia
memandang tingkah laku Natasaya dan Bell beraksi mesra bagai pasangan kekasih.
Ketika itu Natasya baring mengiring manakala Bell dudk dikerusi sambil mengelus-ngelus tangan Natsaya
kemudian menciumnya ..kemudian bibir Bell bertukar kedahi dan selanjutnya
kebibirnya pula. Bila mendengar ketukkan
dipintu cepat-cepat Bell membetulkan duduknya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh
mommynya Natasya jika berjumpa dengan kawan yang bernama Bell akan berdakapan
dan berciuman dengan penuh ghairah diruang tamu. Kemudian mereka akan berlalu
kebilik tidur.
“I rasa dia pernah datang masa kita di Abedeen”.
“Betullah..dia yang kenalkan I dengan ajensi peragaan
tempat I kerja tu”.
“I nasihatkan untuk kebaikan you, lebih baik you
jauhkan diri dari dia. I takut you tak boleh mengubah diri kalau you terus
berkawan dengan dia”.
“Hei apa maksud
you dan apa hak you nak sekat dengan siapa I nak kawan.. INGAT kita dah tak ada
ikatan apa pun, kita bukan lagi suami isteri yang you boleh control I. Untuk pengetahuan you, walau apaun terjadi I tak akan tinggalkan dia. Dia lah sahabat
sejati I. I lebih rela kehilangan you dari kehilangan dia Johan. Dia lah kawan
yang tak pernah berubah dengan I”.
“Wahhh begitu hebat penangan seorang kawan ye. Boleh
you lebihkan kawan dari suami Natasya..nilah
salah satu sebab mengapa I tak boleh untuk terus dengan you. Ingatkan you dah berubah selera bila I nampak
you macam bersungguh-sungguh untuk kekal menjadi isteri I, rupanya tidak, you masih Diana Natasya yang
sama. You mahu jadikan I ni hanya sebagai PART TIME HUSBAND sahaja betulkan?”
“part time ke..apa ke untuk pengetahuan you...kalau
sebab dia you tak boleh nak terima I lagi… ok fine. I dah jelak dengan sikap
semua lelaki Malaysia ni, kalau dah dapat yang bertudung dan berbungkus rasa
dah macam beruntung sangat. You ingat orang yang tak bertudung macam I ni
semuanya jahat semuanya ahli neraka. Pada I, youlah lelaki yang tak sedar diri..you tak
sedar dipermainkan oleh perempuan, entah berapa pinggan nasi kangkang yang dia
dah bagi makan kat you, sampai you tak nampak keburukan dia.”
“Sebetulnya
I keliru dengan perbuatan you..adakah disebabkan permintaan you I tolak, maka
you mencari kepuasan pada kaum sejenis you, tapi tidak rupanya. Dari pengakuan
you, memang you dah lama berkawan dengan Bell, jadi I rasa I tak bersalah
dengan perceraian yang terjadi. Sekarang I dah dapat jawapanya yang I ambi dari pandangan you”.
“Apa
yang I pandang..you cuba cakap terus terang..you suka cakap berteka-teki”.
“Pandagan you pada lelaki dan minat you pada
lelaki..I yakin memang you berdua LESBIAN. Patutlah you tak kisah walaupun berbulan-bulan
malah setahun lebih tak jumpa I, rupanya
ada yang tolong puaskan nafsu you.”
“Kalau you tak ada
bukti you jangan nak tuduh I lesbian”.
“You nak bukti ke..untuk pengetahuan you rumah sewa I
tu I pasang cctv..dalam bilik tu pun I pasang cctv”. Setelah melihat tingkah
laku Natasya dan kawannya Bella dihospital Johan menukar kedudukan cctvnya
kedalam bilik tidurnya pula. Bukti sudah nyata dan dia tahu dengan pasti siapa
yang sebenarnya bekas isterinya yang bernama Diana Natasya binti Suffian.
“Hei Johan you nak mengintip I ke..I boleh saman you
tau”. Johan hanya tersenyum senget mendengar jekahan Natasya.
“You nak saman apanya, rumah tu rumah sewa I, lagi pun
I pasang cctv sebelum you datang bertamu
lagi. Tujuan I pasang dulu untuk memantau mommy kat rumah dengan bibik. Hanya I
nasihatkan you bertaubatlah..Allah murka pada golongan umat nabi Lut. Perbuatan
songsang ni balasannya api neraka Natasya”.
“Hei Johan!! syurga neraka tu semua urusan tuhan lah
you tak boleh jadi pengadil I masuk syurga atau neraka”.
“I bukan cakap saja-saja bukti dah jelas, I hanya nak
mengingatkan supaya you dapat menjauhkan diri dari perkara mungkar ..kan dah
dibagi pengajaran macam mana Allah menimpakan bala pada kau nabi Lut yang suka
pada kaum sejenis..you tak takut ke”.
“Ingat I tak tahu ke kaum Nabi Lut tu dia orang ska
lelaki dengan lelaki”.
“Sama aje lelaki suka lelaki atau perempuan suka
perempuan..konsepnya kan sama suka sesame jenis..perbuatan songsang..hukumnya
neraka jahanam”.
“Dah lah Jo tak payah nak berceramah dengan I, benci I
dengar..baru tahu sikit dah tunjuk pandai”.
“I bukan nak tunjuk pandai..kita ni sesama Islam wajib
ingat mengingati..kalau you tak suka nak dengar apa boleh buat, tanggung jawab
I ..I dah laksanakan”. Dalam pada
bertegang urat, akhir nya perjalan dari pejabat ugama kerumah Puan Maria sampai
juga. Sebelum keluar dari kereta sempat lagi Johan berkata…
“You siap-siaplah I hantar you balik Melaka. Kedudukkan
kita pun dah jelas kan tak elok kita duduk serumah lama-lama.”
“I pun tak hingin nak duduk rumah you lama-lama. You tak bau ke rumah you bau
busuk, tah macam bau dalam longkang
sahaja baunya. Heran I, boleh you duduk dalam rumah yang berbau macam tandas
ni”. Itulah warna Diana Natasya yang sebenar, kalau tak dapat apa yang
dihajatinya mula lah mengutuk sehabis buruk.
Johan Hamdi hanya tersenyum dan mengangkat kedua belah bahunya tanda
tidak kisah mendengar cecehan bekas isteri. Dia kedalam bilik mahu menyiapi mommynya untuk sama-sama menghantar
Diana Natasya kerumah keluarganya di Melaka.
Mendengar
ada kereta berhenti diluar rumah, Puan Sakila menjenguk keluar, memang benar pendegaran telinganya bila dia
melihat ada sebuah PESONA mematikan injinnya betul-betul diluar pagar rumahnya.
Bila Johan keluar dari pintu pemandu dengan cepat Puan Sakila bekejar kerahnya
dengan rasa hairan…
“Ehh Johan!! ada apa hal lu datang.” Kata-kata yang
keluar dari celahan bibir puan Syakila. Bila Natasya pula yang keluar dari
bahagian belakang kereta, dia lagi bertambah terkejut.
“Ehh Didi..Kenapa lu balik dengan Johan? bukan lu kata
lu sudah bercerai dengan Jo masa lu nak pergi LA dulu ka? Bila
lu balik dari LA mommy tak tahu pun”. Riuh mulut puan Syakila bertanya
itu ini kepada anaknya, Namun tidak satupun soalanya berjawab. Mendengar kata yang keluar dari
bibir bekas ibu mertuanya Johan memusing
badan memandang bekas isteri dibelakangnya.
“Memang I dah jangka you hanya berpura-pura
Natasya..You nak I tanggung kos pembedahan you, you katalah you masih isteri I
kan”.
“Lu bedah apa pulak Didi..Dulu sebelum pergi LA lu dah
bedah tetek lu… ni bedah apa lagi”. Puan Syakila masih ingat lagi setahun yang
lalu Diana Natasya menjual kondiominium pemberian bekas suami pertamanya kerana
mahu menampung kos pembedahan payu daranya, walau dia menentang tindak tanduk
anak perempuan tunggalnya namun tidak diidahkan.
“Didi buat apa lu nak bedah-bedah tetek lu tu..buang
duit saja.”
“Alah mommy muka saja cantek tak boleh juga. Nak jadi
model ni mesti siap dengan pakej…muka dan body mesti ‘cun’ baru lah orang berebut nak pakai Didi. Didi nak besarkan sikit
payau dara Didi ni..Lagi pun Didi tak minta duit mommy”.
“Habis lu nak dapat duit dari mana. Pembenadahan
plastik ni mahal kan”.
“Didi rasa nak jual lah kondo yang Farid bagi tu..boleh
buat duit tambang kapal terbang sekali.”
”Kalau mommy .. mommy sayang jual kondo tu, kalau lu
sewa tiap-tiap bulan dapat juga lu duit sewa. Nanti kalau lu duduk Malaysia tak
payah kerja lu dah ada duit tiap-tiap bulan”.
“Mommy jangan bimbang, Didi jadi model ni pun dapat banyak
duit juga.” Apa yang baru terbayang dimindanya terhenti bila mendegar suara
anaknya sambil melangkah mahu masuk kerumah..
“Dah lah mommy Didi penat ni”.
“Tunggu dulu sementara Johan ada ni mommy nak
selesaikan hal kita. Dulu Didi tak cakap pun nak bercerai dengan si Johan ni, tahu-tahu
dah bercerai sahaja lu tu apa tahu bab bercerai berai ni”.
“Apa lagi mommy..Didi letih lah”.
“Johan apa you lu bagi pada Didi selepas lu ceraikan
dia..tak kan senang senang macam tu saja lu ceraikan Didi”.
“Nak bagi apa pula?” Johan tercengang hairan.
“Hei lu jangan buat tak tahu..kalau dah bercerai lu
kena bagi Didi, wang iddah dan harta sepencarian..ni lu tak bagi apa pun pada
Didi. Ingat lu kawin dengan Didi dua tahun lebih..tak kan tak bagi apa pun”.
“Dah lah mommy tak payah nak minta apa-apa pada dia
mommy..Johan ni bukan ada duit. Dia tak ada harta apa pun..”
“Ehh dia kan doctor..mommy dia cakap dulu dia doctor
pakar kerja luar negara tentu banyak duit dia”.
“Itulah mommy dengar sangat cakap aunty Maria suruh
Didi kahwin dengan Johan. Mommy nak tahu, masa kat luar negara tu Johan belajar bukan
kerja. Makan pun guna duit biasiswa..itu pasal Didi
kerja jadi model..sebab nak shopping pun
susah, berkira takut tak cukup duit untuk makan. Balik sini pun dia belum dapat
kerja lagi, duduk pun rumah setinggan.. mommy tak ingat ke Didi lari balik sini
sebab tak tahan. Dah lah mommy..tak guna nak bising-bising lagi”. Natasya mula melangkah masuk kerumah mommynya. Sambil
berjalan beriringan dengan mommynya dia mengeluarkan racangannya selepas itu.
Sementara Johan tolong mengambilkan beg pakai Natasya dibelakang keretanya.
Puan Maria hanya memandang sahaja dari
dalam kereta, tiada rasa mahu beramah mesra dengan sahabat baiknya merangkap
bekas bisannya.
“Mommy Didi rasa nak jual kereta SUZUKU SWIFT Didi
tulah”.
“Nak buat apa?? Habis mommy nak pakai kereta apa..macam
mana mommy nak buat kerja kalau tak ada kereta”. Puan Syakila menjalankan rawatan berbekam dan urutan refleksologi dari rumah kerumah itu
kepandainya. Dia ada mengikuti kurus Fisioterapi ketika suami masih hidup lagi.
Jika dia diperlukan dia akan datang kerumah pelanggannya. Itulah sebabnya
disangat memerlukan keenderaan untuk memudahkan dia bergerak. Natasya menceritakan
mengapa dia perlu menjalani satu lagi pembedahan. Dia akhir ceritanya dia menyatakan
tujuan dia mahu menjual kereta SUZUKI SWIFTnya.
“Didi nak buat pembedahan nak masukkan semula implan
dalam tetek Didi ni. Ni tenguk dah kecil sebelah mana cantik..nanti tak ada
sapa mahu ambil Didi pakai baju diaorang”.
Puan Syakila terdiam mendengar rancagan anaknya memang benar apa yang
dilihatnya payu dara anak nya jelas kelihatan kecil sebelah. Kepalanya ligat
memikir..
“Kalau macam tu you kena ambil kereta yang Johan pakai
tu..tak kiralah Pesona pun jadilah untuk
mommy buat kerja”. Itulah yang difikirkan.
“Mommy..” Yang sebenarnya Natasya rasa keberatan bila
mengenangkan dia sudah mengambil semua duit simpanan Johan untuk kos pembedahanya tempuh hari. Dia tahu Johan
tidak berduit dan berharta. Ada juga rasa kasihan bila melihat kesusahan bekas
suami yang baru mahu mengumpul harta diatas ushanya sendiri. Johan bukan
anak orang berada yang boleh dia
bergantung harap pada harta keluarga. Mommynya pula sudah tidak berdaya untuk
menguruskan diri pun dia meminta bantuan orang lain. Rasa kasihan Didi melayang
pergi bila mendengar suara mommynya disebelah.
“Ehh itu
hak lu lah Didi..dia beli kereta tu masa lu masih jadi bini dia kan”. Puan Syakila
terbayang ketika Johan mengambil anaknya diMelaka setelah hamper dua bulan dia
meninggalkan suaminya kerana kesusahanya duduk dirumah setinggan. Dia juga yang
mengajar anaknya bagai mana seorang suami berusha mahu memberi keselesaan pada
seorang isteri.
“Didi lu
mesti tegas..you suruh Johan cari rumah sewa yang cantik sikit. Kemudian
carikan kereta yang elok kalau tak dapat jangan balik, duduk sini dengan
mommy”. Natasya mengikuti segala ajaran mommynya. Dan dua bulan kemudian Johan
datang memandu kereta nasional baru PESONA. Namun keluar juga sungutan dari
mulut anaknya.
“Tak ada
klass langsung beli PESONA..belilah sekurang-kurangnya VIOS ke baru ada klass”.
“Tak apalah..nanti-nanti dia beli lah. Diakan baru
balik luar Negara kerja pun belum dapat. Nanti kalau dia dah ada kerja tentu
dia belikan Didi BMW, diakan doctor pakar”.
“Doktor
pakar apanya doktor sengkek adalah. Mommy Didi nak bawalah SUZUKI Didi tulah”. Kereta SUZUKI SWIFT yang digunakan oleh puan Syakila adalah pemberian dari suami pertama Natasya, namun dijaga oleh puan Syakila kerana dia mengikut Johan Hamdi yang masih belajar diluar negara ketika itu.
“Kalau
lu bawa mommy nak pakai kereta apa. Lagi pun kalau lu bawa Suzuki tu nanti
Johan tak akan pandai nak berusha lagi untuk belikan lu kereta yang lagi
cantik”. Itu cerita setahun dulu masih melekat dimindanya.
Johan
terjengul dimuka pintu dengan beg baju anaknya, terus ringan sahaja mulut puan
Syakila menyuarakan kehendak hatinya..
Adoii la..ingat dah selesai masalah si didi. Rupanya dengan maknya pulak. Memang anak beranak spesis suka ambil kesempatan.
ReplyDeleteBila pulak Johan nak rujuk dengan Dayah. Tak sabar nak tunggu mak teh.
Hok aloh.... ada juga manusia tak mengenang dek untung macam puan suhaila tu ya... memang acuan didi menurun dari mak dia... naik menyampah pulak kita ya... betul juga, bila lagi johan nak rujuk degan dayah...
ReplyDelete