“Johan!! Lu bagilah kereta lu tu pada Didi”. Tegas
kedengaran suara puan Syakila seakan memberi arahan. Dan Johan tahu jika dia
ingkar akan bertalu-talu lah bebelan yang kan keluar dari bibir bekas ibu
merutanya. Dia memang sudah kenal sangat perangai bekas ibu mertuanya..Namun
dicuba juga untuk bertahan biar pun untuk seketika.
“Tapi mommy…” Belum sempat Johan menjelaskan lebih
lanjut, kata-kata sudah dipintas dengan suara garang oleh puan Syakila. Ada
juga rasa gerun yang timbul dihatinya mendengar suara garang wanita dihadapanya
yang sudah menegakkan duduknya.
“Johan!!! Lu beli kereta tu masa Didi masih jadi isteri
lu kan..kira itu harta sepencarian lah. Aku tak suka lu perlekehkan anak aku
Johan!”. Tinggi suara puan Syakila untuk mempertahan hak anaknya.
Memang benar apa yang diperkatakan oleh bekas ibu mertuanya. Kereta PESONAnya dibeli ketika Natasya masih menjadi isterinya namun enam bulan kemudian mereka bercerai, bila Natasya tetap pergi biar pun sudah dilafazkan ucapan cerai taklik kerana menyambung kontraknya dan terbang semula ke LA. Setelah setahun disana baru sekarang dia pulang semula. Ucapan cerai taklik Johan Hamdi kepada Diana Natasya ‘kalau you pergi dan dalam masa sebulan you tak balik bererti kita bercerai’. Adakah wajar kereta itu dikatakan harta sepencarian. Biarlah memang puan Syakila dan anaknya pandai untuk mengambil kesempatan.
Memang benar apa yang diperkatakan oleh bekas ibu mertuanya. Kereta PESONAnya dibeli ketika Natasya masih menjadi isterinya namun enam bulan kemudian mereka bercerai, bila Natasya tetap pergi biar pun sudah dilafazkan ucapan cerai taklik kerana menyambung kontraknya dan terbang semula ke LA. Setelah setahun disana baru sekarang dia pulang semula. Ucapan cerai taklik Johan Hamdi kepada Diana Natasya ‘kalau you pergi dan dalam masa sebulan you tak balik bererti kita bercerai’. Adakah wajar kereta itu dikatakan harta sepencarian. Biarlah memang puan Syakila dan anaknya pandai untuk mengambil kesempatan.
( Mak teh ambil contoh cerai taklik dalam https://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam)
“Ok..tapi kereta tu masih dalam ansuran bayaranya.
Nanti Jo tukar nama dan uruskan apa-apa berkenaan kereta tu dulu. Mungkin
bulan depan Jo hantar balik sini”.
Lembut suara Johan kerana memang dia tidak suka bertengkar.
“Tak boleh! aku tak percaya lu.. sekarang ni aku ikut
lu balik KL, tukar nama dan apa-apa yang berkaitan dengan kereta tu”.
“Bayarannya macam mana? ada tiga tahun lagi nak bayar
kereta tu, sebulan enam ratus..”.
“Lu bayar lah ansuran tu”.
“Ehh mana boleh, kalau Jo yang bayar pada bulan-bulan
yang akan datang, bukan dikira harta sepencarian lagi dah. Lagi pun kalau nak dikira harta
sepencarian hanya enam bulan sahaja Didi jadi isteri saya selepas kereta tu
dibeli, lepas tu kan Didi pergi LA..betul tak macam tu Didi..”. Natasya
disebelah mommynya hanya membisu dan terkebil-kebil tidak menjawab soalan bekas
suaminya.
“Aku tak kira.. lu mesti bagi hak Didi. Lu jangan rasa
lu lelaki boleh buat apa yang lu suka pada kami”.
“Habis baki ansurannya macam mana?”
“Tak apa baki
nya aku yang bayar..Dah jom aku ikut kau balik balik. Aku ikut naik kereta aku.
” Sungguh puan Syakila tidak mempercayai
bekas menantunya. Betul ke kalau kita sendiri tidak mempunyai hati yang bersih,
dia juga akan beranggapan orang lain begitu juga?. Cepat sahaja puan Sykila bersiap
dia mengekori kereta Johan pulang ke Petaling Jaya. Didalam kereta mereka
berbincang anak beranak..
Didalam kereta Johan…
“Johan!..Kenapa Didi dan mommynya ikut kita balik..ada
apa-apa yang tak kena ke?”. Puan Maria hairan bila melihat kereta SUZUKI SWIFT
milik bekas besanya mengekori mereka di belakang.
“Dia nak kereta ni sebagai harta sepencarian. Dia suruh
Jo tukar nama esok..dia ikut sebab dia takut Jo tipu dia”. Terkedu puan Maria
mendengar penerangan anaknya..
“Habis Jo bagi ke..kenapa Jo tak bantah. Jo tak ingat
ke enam bulan selepas kereta ni dibeli Didi dah pergi tinggalkan Jo..masa tu Jo
dah ceraikan dia kan..kira harta sepencarian jua ke Jo. Lagi pun kereta ni
dibeli cara ansuran.”.
“Mommy macam tak kenal dengan kawan mommy tu..kalau kita
bantah cakap dia mulalah meletup-letup mulut dia..elok-elok orang tak tahu,
jadi semua orang diMelaka ni tahu. Biar
lah mee kereta kita boleh cari lain. Lagi pun Jo tak mahu cari gaduh nanti
hubungan mommy dengan dia jadi tak baik. Jo kenang juga kebaikkan dia suami
isteri tolong kita dulu”.
“Habis ansuran kereta ni siapa yang bayar..RM 600.00
sebulan kan”.
“Dia kata dia sanggup bayar. Tadi dia suruh Jo yang
bayar..dia ingat nak kenakan Jo lah tu.
Entahlah mommy aunty Kila tu pandai nak kenakan orang.. ”.
“Tapi kalau dia paksa
Jo yang bayar juga macam mana?”.
“Jo dah cakap tadi..kalau Jo yang bayar dah tidak di
kira harta sepencarian sebab Jo dan bercerai dengan Didi.”
“Mommy bimbanglah Jo..nanti surat bank datang pada Jo..tak
pasal-pasal nama Jo nanti disenarai hitam oleh pihak bank..yang lagi parah
kalau Jo diistiharkan muflis oleh pihak bank.”.
“Tak adalah nak diistiharkan sampai muflis. Mommy
jangan lah risau esok masa tukar nama Jo buatlah dengan bank sekali”.
“Mommy tak sangka macam ni jadinya..Kita ni umpama
melepaskan anjing tersepit Jo. Dulu mommy kesian kat Didi yang kononnya
teraniaya. Bodoh betul mommy percaya sangat cerita Syakila. Jo nak tahu dia
yang beria-ia minta mommy pujukkan Jo, supaya Jo tolong jaga kan anak perempuan
tunggal dia. Bila dah kita tolong.. ini pula jadinya”. Keluh puan Maria menyesal dengan tidakkannya dulu.
“Tak apalah mommy mungkin ada hikmat disebalik apa yang
terjadi..kita bersangka baik menerima takdir Allah. In Syaa Allah, kalau kita sabar apa
yang hilang dari kita ..Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi. Redza
sahaja lah mee”.
Didalam kereta Natasta pula..
“Lain kali buat macam mommy..Dengan lelaki ni kita tak
boleh berlembut nanti dipijak-pijaknya
kepala kita…Kena keras dan tegas kalau tak mahu kena buli. Kalau tenguk cara
Johan tadi, memang dia takkan bagi lu apa pun lepas dia ceraikan lu. Cuba lu
ingat, lepas lu bercerai dengan Farid dulu tak payah nak minta, lu dapat kando, dapat kereta dan dapat wang
iddah lagi, lu kahwin dengan Farid tak sampai pun setahun, ni lu kahwin dengan
Johan dekat tiga tahun tak kan Johan tak bagi apa-apa. Mana patut macam tu.”.
“Farid anak orang kaya..Jo ni apa yang ada…aunty Maria
pun duduk rumah setinggan yang sewanya hanya RM150.00 sahaja sebulan mommy”. Dulu
sebelum puan Maria diserang strok dia duduk dirumah setinggan yang hanya
mempunyai satu bilik sahaja. Duduknya
pula disebelah rumah orang. Ruang rumah
mereka hanya berpisah dengan sekeping papa playwood sahaja, dengan kadar sewa
RM100.00 sebulan. Itulah rumah yang mampu disewanya. Dia pula bekerja disebuah
kedai makan. Yang diketahui tuan kedai makan tersebut adalah rakan kepada rakan
arwah Suffian suami kepada Syakila. Dan majikanyalah yang mencari rumah untuk
dia menyewa.
“Jangan kira orang lah Didi, kita kena dulukan hak
kita. Fikirkan diri kita dulu.. Masaalah kaya tak kaya, diaorang punya pasallah”.
“Mommy sanggup ke nak bayar ansuran kereta PESONA tu”.
“Berapa ansuran kereta dia sebulan”.
“Dulu Jo kata
Rm600.00 sebulan”.
“Banyaknya..ingatkan dia tipu tadi..ialah mana tahu dia saja nak takut-takutkan mommy..”.
“Alah dia beli buta-buta guna duit bank, tak ada duit
muka langsung..mommy nampak tak sengkeknya dia tu.. langsung tak ada apa. Didi
tak terkilan bercerai dengan dia mommy.”.
“Kalau mommy tahu dia tu tak ada duit, tak hingin mommy
nak bermenantukan dia Didi. Tak guna betul Maria tu, dulu dia cerita anaknya
doctor pakar kat luar negara, itu yang mommy suruh Didi kahwin dengan dia”.
“Itulah lain kali jangan percaya cerita orang
mommy..kawan baik kita sendiri pun jangan percaya. Emm mommy mampu ke nak bayar
Rm600.00 sebulan untuk kereta tu..kalau tak mampu tak payahlah ambil. Rm600.00
selama tiga tahun lama tu”.
“Ambil saja pada kita tak dapat apa-apa dari perceraian
lu lagi rugi kita”.
“Didi memag tak boleh nak tolong mommy..duit yang ada
sikit Didi nak simpan untuk Didi pergi LA nanti. Kalau mommy tak mampu nak
bayar minta tolong sorang sikit dengan
abang dan adik”.
“Abang dengan adik lu tu anak tak guna, dari dulu
sampai sekarang asyik tak cukup duit sahaja, silap hari bulan diaorang pula
minta duit dekat mommy ni”. Itulah warna dua orang anak lelaki puan Syakila tak
seorang pun boleh ditumpangi untuk kehidupannya.
“Tak kan abang pun minta duit kat mommy dia kan dah ada
bini. Kan dia ada bisnes besar bulan-bulan ribu-ribu masuk. Adik tu kan dah ada
kerja takkan tak ada duit..tanggung diri sendiri saja pun tak kan tak cukup
duit gaji.”
“Entahlah Didi..abang lu tu dapat bini yang kuat belanja
macam tulah..kalau dapat duit lebih sikit, bukan nak simpan..shopping sampai
tak ingat dunia. Bisnes dia pun..kadang-kadang untung tapi selalu sangat
paras-paras hidung emm.. Adik lu tu pula asyik nak tukar kerja saja..kerja dua
tiga tahun berhenti, cari lagi kerja baru.. jadi macam mana gaji nak naik. Ni
sibuk nak kahwin pula..tapi tak pernah pula bawa awek jumpa mommy..”.
“mommy tak suruh
adik cari mak we anak orang kaya..boleh dia tumpang sikit”.
“Mestilah..anak-anak mommy kan ada muka mana masuk
dengan orang yang biasa-biasa. Tapi kan bini abang lu pun anak orang kaya..itu
pasal sangat pandai bershopping. Entahlah Didi… Mommy kalau dengan abang dan
adik lu tu, mommy jadi pening kepala nak fikir..Dah tak payah cerita pasal
merekalah. Didi jangan takut, mommy akan
bayar kereta tu sendiri nanti…..
….Didi nak tahu dua bulan sudah mommy ada terjumpa dengan
papa Johan tau..dia Tanya mommy kat mana mommy Johan duduk”. Puan Syakila
menukar topik perbualan. Dari hatinya
sakit mengenangkan tingakah laku dua anak lelaki dan menantunya baik dia
berceria hal lain.
“Uncle Johari ke??”.
“Ialah..mana ada lagi papa Johan yang lain”.
“Manalah tahu papa tiri dia ka. Habis mommy bagi alamat
aunty Maria”.
“Sejak lu kata lu dah bercerai dengan Johan, mommy dah
buang alamat dia..tapi uncle Johari ada bagi nombor dia pada mommy. Dia minta
tolong kalau mommy terjumpa alamat atau Maria sekali lagi dia minta mommy bagi
tahu dia. Didi rasa patut ka mommy bagi tahu aunty Maria, Didi”.
“Jangan bagi tahu aunty Maria..mommy bagi sahaja alamat
rumah aunty Maria pada uncle Johari..
biar dia cari sendiri”.
“Emmm ialah
besok-besok mommy bagi tahu Johari kat mana siMaria ni duduk”.
Johan mengambil cuti segera untuk menguruskan pertukaran nama kereta Pesona yang dimiliki. Segala urusannya selesai dengan mudah dan lancar. Biar lah begitu, dia tidak mahu lagi berurusan dengan bekas isteri dan emak mertuanya lagi. Perkara yang lalu biar lah berlalu, itu yang ada dihati Johan. Dia pualng kerumah dengan wajah yang letih.
“Kesian anak mommy..Jo baik sangat senang orang nak
kenakan Jo. Bertegas lah sikit..”. Sememangnya Johan seorang yang lembut hati. Orangnya agak
pendiam, dia tidak suka bertengkar apatah lagi bergaduh. Mungkin dengan sifat
itu orang mudah menmgambil kesempatan pada dirinya.
“Habis nak buat macam mana mommy..Jo malas nak
bising-bising. Mereka tu pernah berbudi dengan kita, itu yang Jo kenangkan.
Tapi lepas ni Jo tak nak ada kaitan dengan mereka lagi”.
“Mommy doakan pun macam tulah juga. Semoga diorang tak
kacau kita lagi”.
“Mommy jomlah
kita makan…Jo beli nasi campur saja ni.
Tapi Jo minta asingkan kuahnya tadi.”
“Jo beli kuah apa?”.
“Asam pedas mommy”.
“Elok lah tu, nanti kalau ada lebih buat kuah makan
malam pula. Yang sebetulnya mommy masak
nasi tadi..agaknya dah masak kebelum cuba Jo tolong tengukan. Untuk makan malam
nanti kita goreng telur dadar boleh tak Jo.”. Johan menjinjing plastic yang
mengadungi nasi campur untuk makan tengahari mereka dua beranak. Laju perlakuan Johan menghidang makan diatas meja. Diangkatnya sekali periuk nasi keats meja makan.
“Boleh saja mommy.” Di meja makan sambil makan mereka berbual.
“Kesian mommy masak guna tangan sebelah. Yang
sebenarnya Jo lagi suka nasi yang kita masak dari nasi kedai ni mommy.”
“Tak apalah buat kerja macam bua exsecaise juga kan.
Mommy pun macam tu juga tapi nasi ni jangan buang masuk peti sejuk esok pagi
boleh kita buat nasi goring. Jo nanti
kalau Jo dah tak penat tolong mommy kopekan bawang kemudian masukkan dalam
peti sejuk senang mommy tinggal tumbuk saja bila nak masak..Kalau Jo dah siapkan
semua bahan mommy tinggal tumbuk senang.. kita masak yang ringkas-ringkas
sahaja lah ye Jo. .”.
Bibik telah berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerenah Natasaya tempuh hari. Dalam pada berbual sempat juga Johan termenung mengingat kejadian tadi. Kejadian di hadapan mesin ATM selepas semua urusan tetang pembayaran kereta PESONAnya selesai. Ulang tayang apa yang terjadi dimesin ATM menerjah minda Johan..
Bibik telah berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerenah Natasaya tempuh hari. Dalam pada berbual sempat juga Johan termenung mengingat kejadian tadi. Kejadian di hadapan mesin ATM selepas semua urusan tetang pembayaran kereta PESONAnya selesai. Ulang tayang apa yang terjadi dimesin ATM menerjah minda Johan..
“Mommy…”
“Aku dah tak ada kena mengena dengan lu. Ni sebagai
duit iddah Didi. Dah lah masa nikah dulu lu hanya bagi maskahwin RM22.50 saja tak
ada barang hantaran, tak ada duit hantaran. Ni dah bercerai lu kena bagi dia duit
iddahlah. Ingat senang-senang lu kahwin free dengan anak orang ka. Anak aku ada
harga lah ”.
“kan aunty juga yang suruh saya kahwin dengan Didi..Aunty
tak tahu ke masa tu saya tak kerja lagi.”
“Kalau aku tahu lu pokai tak hingin aku nak suruh lu
kahwin dengan Didi. Banyak lagi orang yang nak dengan Didi tau. Dah duit ni
Didi punya”.
"Tapi.."
"Tak ada tapi..tapi". Putih mata Johan memandang bekas ibu mertuanya meninggalkan dirinya yang terkebil-kebil. Nasib baik ketika itu tiada orang yang mahu menggunakan perkhidmatan itu. Terbubar kisah dihadapan mesin ATM tadi bila suara mommynya menerjah gegendang telinga.
"Tapi.."
"Tak ada tapi..tapi". Putih mata Johan memandang bekas ibu mertuanya meninggalkan dirinya yang terkebil-kebil. Nasib baik ketika itu tiada orang yang mahu menggunakan perkhidmatan itu. Terbubar kisah dihadapan mesin ATM tadi bila suara mommynya menerjah gegendang telinga.
“Hari ni Jo kerja tak?”. Bila soalan tidak berjawab puan
Maria menangkat kepala memandang kearah anak tunggalnya. Dilihat anak nya
seperti sedang berfikir..
“Jo..Joo!..kenapa Jo”.
“Ehh ada apa mee”.
“Jo fikir apa”.
“tak ada apalah me”..
“Cakaplah dengan mommy. Joo! kat dunia ni hanya kita
berdua saja. Mommy hanya ada Jo dan Jo pun hanya ada mommy sahaja. Walaupun
mommy macam ni tapi mommy ni mommy Jo, ceritalah masaalah Jo pada mommy,
sekurang-kurangnya mommy boleh juga dengar apa masaalah Jo. Biar kita susah
sama susah..lagi pun masaalah Jo masaalah mommy juga biar kita sama-sama yang
tanggung. Jo cakaplah dengan mommy. Tadi aunty Kila cakap apa..dia minta duit
lagi ke”. Puan Maria sudah boleh meneka apa yang terjadi pada anaknya.
“Haah mee dia minta duit Iddah untuk anaknya”.
“Berapa yang dia minta”.
“Dia tak minta..dia hanya ajak Jo keluarkan duit.. Masa
keluarkan duit tulah dia terus ambil sahaja duit yang keluar dari mesin ATM”.
apasal dgn Johan ni?
ReplyDeletenak brlembut pn brpada2 la.
dlm Islam pn, kt brhak mempertahankn hak kita mggunakn cra yg btul.