Putih mata Johan melihat duit yang diharap dapat menampung kehidupan dia dan mommynya untuk bulan itu dilarikan
oleh bekas ibu mertuanya....
“Jo keluarkan
berapa ratus”.
“Jo keluarkan
dua ribu..tapi bukan semua dua ribu tu Jo nak bagi dia..”
“Jo nak bagi
Didi berapa sebagai duit Iddah”.
“Pada mulanya
Jo nak bagi seribu setengah sahaja..dah banyak itu sahaja yang Jo mampu, nak
buat macam mana..yang lagi RM500.00 nak buat belanja kita dan duit tambang Jo
pergi kerja.Tapi bila aunty Kila dah pegang,
semuanya dia ambil”.
“Kenapalah Jo
keluarkan dua ribu sekali depan aunty Kila”.
“Ingat Jo malas
nak keluar dua tiga kali, kita pun tak ada
keenderaan nak keluar. Itulah ikutkan malas hati nak keluar..”
“Tak apalah Jo
dah rezeki dia..halalkan sahaja. Jo
mommy tanya ni..Jo memang dah tak sayang Didi lagi ke”.
“Rasa sayang
dan rasa cinta Jo dah tak ada untuk dia mommy. Didi ada cakap dengan Jo..Jo ni
jenis yang tak setia pada cinta..tapi kalau bercinta dengan orang seperti Didi
patut ke Jo pertahan kan cintanya sampai kehujung nyawa. Mommy nak tahu masa
kat Abedeen hanya beberapa bulan sahaja dia duduk dengan Jo. Bila dia rasa susah
semuanya tersekat-sekat dia pergi tinggalkan Jo. Berbulan-bulan baru dia balik,
duduk tak sampai sebulan pergi lagi. Jo bertahan sebab mengharapkan dia
berubah..mana tahu bila balik sini dia akan jadi isteri yang disamping Jo tapi
tidak rupanya. Bila dia tinggalkan Jo lagi balik Melaka lepas kami balik dari
Abedeen dulu, sejak tu rasa sayang Jo pada dia dah mula tawar. Masa u Jo dah
boleh agak Didi bukan isteri yang boleh diajak bersama susah dengan kita… tapi Jo
masih mencuba nak menimbulkan rasa manisnya sayang. Itu yang Jo ikut apa yang
dia minta..tapi bila dia sambung kotrak jadi modelnya sekali lagi Jo tak mampu
lagi membina rasa sayang Jo pada dia. Dia yang tak membantu Jo membina rasa sayang
Jo pada dia. Sikap dia yang menyebabkan
RASA sayang untuk dia hilang sedikit-demi sedikit dan sekarang rasa
sayang tu hilang terus. Pada
pandagan mommy perceraian ni salah Jo
ke?.”
“Entahlah..mommy
tak boleh nak berpihak pada siap-siapa..tapi selama ni mommy fikir sebab dia tak mahu jaga mommy dia tinggalkan
Jo Jadi mommy rasa bersalah pada Jo.”.
“Taak memang
sejak dari mula lagi dia suka tinggalkan Jo. Yang Jo perasan bila kawan
dia siBell tu ada, dia memang tak
perlukan dan terlupa Jo ni suami dia. Kan dulu Jo dah adakan apa yang dia
nak..dah duduk rumah ni pada Jo rumah ni dah selesa dah dan dah ada kereta tapi tetap juga dia pergi
tinggal kan Jo. Masa kat Abedeen pun
macam tulah..hanya alasan kata hidup susah bila si Bell tu datang dia terus nak
pergi tak masuk lansung tegahan dan larangan Jo. Didi ni jenis yang tak masuk didik mommy..
apa yang dia nak itulah yang akan dibuatnya.”.
“Yang
sebetulnya susah sangat ke kehidupan Jo masa kat Abedeen tu”.
“Pada Jo tak
susah sangat… Kalau
kita berjimat kita tak akan kelaparan pun..tak pernahlah pula kami tak makan sebab tak cukup duit.. tapi Didi ni
cita rasa dia cita rasa orang kaya, nak pemakaiaan dia yang serba berdiri
semuanya yang berjenama, kalau dah
berjenama tentulah mahal. Mommy tenguklah handbag dia, untuk gaji Jo sebulan yang
sekarang ni pun tak boleh lagi nak beli mommy. Sikap dia yang menghapus rasa dalam hati Jo ni. Dia buakn isteri
bersama dimasa susah. Dia juga bukan isteri pendorong kejayaan. Pada Jo.. Didi ni teman dimasa
senang sahaja, teman untuk berseronok dan teman masa kita ketawa..”.
“Jadi Jo rasa
kalau esok Jo dah senang dah ada harta Jo nak ambil dia balik jadi isteri Jo”.
“Nauzubillah..tak
mungkin mommy.. tidak sama sekali. Untuk apa isteri yang macam tu..Isteri yang
tak membantu, isteri yang tahu nak menghabiskan duit dan isteri yang tak bertimbang rasa. Bila kita susah dan menangis, dia akan tinggalkan kita
sorang-sorang...tapi yang paling penting kenapa Jo tak harap isteri macam
dia..sebab dia isteri yang susah sangat nak mendengar kata, isteri yang sangat
susah menerima teguran untuk kebaikkan. Mommy nak tahu sejak Jo serumah dengan
dia tak pernah dia solat, biar pun berbuih mulut Jo ni mengingatkan kewajipan
solat dan hukumnya kalau tak kita tak solat. Jo ada cakap kalau dia tak tahu
nak sola Jo sanggup ajar dia... Hari tu sebelum dia buat pembedahan Jo suruhlah
dia solat minta keselamatan dan kesembuhan dari Allah.. Apa dia cakap dengan Jo
mommy nak tahu..”.
“Apa yang dia
cakap?”
“Dia akan solat
kalau pembedahannya berjaya dan dia selamat dari segala bahaya selama
pembedahan berjalan..kemudian dia suruh Jo yang doakan dia..tapi tenguklah dah
seminggu dia balik dari hospital Jo tak pernah nampak pun dia solat janji apa
macam tu. Tak taku langsung musaibah akibat janji-janji dia pada Allah, tapi tak
tahulah kalau dia solat sorang-sorang dalam bilik. Yang sebetulnya bukan
sekarang sahaja dia macam tu sejak dulu lagi dia macam tu..solatnya tunggu
SERUnya sampai katanya. Tapi kalau bab bergaya SERUnya sampai sahaja..” Puan Maria memandang wajah terkilan anaknya
bercerita tentang bekas isteri yang bernama Diana Natasya binti Suffin.
“Jo! Bila Jo
cakap bab bergaya mommy tenguk handbag Didi
lebih kurang sahaja dengan handbag Dayahlah Jo”.
“Memanglah
jenamanya sama mommy PRADA. Yang Dayah
cakap dengan Jo hand bag dia tu neneknya yang bagi dia.. dah dua puluh tahun
lebih nenek dia pakai bag tu, tapi tak rosak-rosak sedangkan dia dah jemu pakai.
Nak dibuang sayang jadi dia bagi pada Dayah. Dia nak rasa juga hand bag lain ”.
“Tapi nenek
Dayah tu memeng mampu kan orangnya kan tenguklah rumah dia masa Jo nikah tu
dulu. Asyik cerita bab bergaya si Didi terlupa pula mommy nak tanya duit gaji
Jo ada berapa lagi dalam bank”.
“Mommy jangan
bimbang ada lagi. Lepas aunty Kila pergi.. Jo keluarkan lagi untuk kita lima
ratus..cukup tak untuk kita sampai cukup
bulan..tapilah bulan pun jauh lagi ni mommy”.
“Kering
langsunglah duit gaji Jo. Duit simpanan Jo pun habis juga ke?”.
“Hampir
keringlah mommy..hanya tinggal beberapa puluh sahaja”.
“Kalau dah
tinggal beberapa puluh tu kira keringlah. Bila aunty Killa dah dapat duit Jo
dia cakap apa lagi kat Jo”.
“Dia kata kalau
dia tahu Jo ni pokai dia tak hingin nak kahwin Jo dengan anak dia..Kesian Jo dengan
aunty Kila tu mommy”.
“Kenapa pula
nak kesian, dah di ambilnya duit Jo.. Jo kesian pula dengan dia”.
“Ialah dia
ingat nak tangkap ikan jerung..tapi tertangkap ikan bilis”.
“Ehh ikan bilis
mahal sekilo pun mahu Rm40 ke Rm50. Itu
ikan bilis biasa kalau ikan bilis yang ada gred lagi tak daya kita nak beli.”
“Sekarang Jo
tenguk mommy ceria..cakap pun dah banyak”.
“Mommy lega
masaalah Jo dengan Didi dah selesai..harapnya jangan dia kacau Jo lagi..pasal
Jo kesian dengan aunty Kila tu
kenapa..dia ada cakap kesusahan dia pada Jo ke..atau dia nak minta Jo bayarkan
apa-apa lagi”.
“Dia tak minta apa-apa dengan Jo, tapi ialah
dia ingat Jo ni kerja doctor banyak duit
sampai sanggup kahwinkan anak kesayanganya dia dengan Jo, rupanya Jo doctor
sengkek..doktor pokai. Dulu Didi tak bantah pula bila nak dikahwinkan dengan
Jo..dia tak tau ke tangga gaji doctor
yang baru habis belajar ni sama aje
dengan graduan lain kalau mereka kerja dengan kerajaan. Gaji mula hanya Rm2
ribulebih sikit sahaja. Nanti nak potong pinjaman lagi. Emm entahlah kalau
sebut sahaja doctor berebut-rebut dia nak jadikan menantu. Yang sianak pun sama
setuju sahaja..bila dah tahu kita ni macam mana dikutuknya kita sengkek lah
pokai lah. Yang lebihnya hanya doctor ni kerja dah menunggu tak payah tercari-cari
kerja itu sahaja.” Bebel Johan hatinya sakit bila mengenangkan kutukkan bekas
isteri dan ibu mertuanya.
“Itulah kalau
dah mata duitan macam tu lah..Tapi pada mommy mereka tu orang yang tak tahu nak
bersyukur dengan rezeki yang ada. Dahlah Jo biarkanlah mereka. Jo mommy nak tanya..Bayaran Didi masuk hospital haritu Jo ke yang
bayar..mommy nak tahu sahaja..dia dibedah kerana apa. Ceritalah dengan mommy…
”. Yang sebenarnya Johan tidak menceritakan dengan jelas kisah Natasya dibedah
dan pembayaran kos rawatan dia yang menanggungnya.
“Bayar sikit
sahaja..dia buat pembedahan biasa sahaja”.
“Ceritalah Jo..
mommy nikan mommy Jo. Kalau Jo tak cerita mommy sedeh sangat. Dahlah mommy macam ni, mommy rasa mommy macam tak guna sangat”.
“Mommy
janganlah cakap macam ni, mommy sangat penting dalam hidup Jo walaupun Jo dah
besar macam ni, Jo perlukan semangat dari mommy. Jo tak cerita dengan mommy
sebab Jo tak mahu mommy susah hati”.
“Kalau Jo tak cerita
mommy lagi susah hati..Jo pendam masaalah Jo sorang-sorang..ceritalah berapa
yang Jo kena bayar untuk rawatan Didi”.
“Adalah… lebih
dari RM10 ribu.”
“Haa lebih Rm10
ribu Jo kata sikit..pembedahan apa yang sampai macam tu punya mahal”.
“Biasalah mommy
hospital swasta”.
“Jo punyalah
berjimat sampai kat Didi habis macam tu sahaja..habuk pun tak dapat.”
“. duit petik
epal dan duit cuci tandas pun habis juga mommy..Jo bertahan duit tu Jo tak guna
sebab nak dijadikan persediaan kita beli rumah tapi terpaksa Jo keluarkan bila
pihak hospital nakkan cagaran kalau tak Didi tak jadi nak dibedah. Tapi tak
apalah mungkin duit itu bukan rezeki Jo..semoga Allah gantikan dengan rezeki
yang lebih baik lagi..”. Johan menunduk menyembunyikan rasa kecewa bila duit yang
dikumpulkan dari zaman dia belajar hangus kerana kerenah bekas isteri.
Dulu diawal dia menjadi pelajar Johan mencari duit poket
ketika cuti semesta. Pada cuti semesta yang panjang dia keladang epal untukmengambil
upah memetik epal dan bila cuti semesta yang pendek mereka akan bekerja mencuci tandas awam pula. Kerja-kerja itu
dilakukan bersama sahabatnya Ahmad Luthfi. Itu sebabnya mereka tidak pulang ke
Malaysia dimusim cuti semestanya. Mereka juga tidak mengembara meluaskan
pandagan seperti kebanyakkan pelajar lain memenuhi waktu cutinya dengan
mengembara seluruh Eropah. Baginya lebih baik dia mencari duit belanja untuk
kegunaanya diwaktu susah almaklumlah mereka jauh dari ibu ayah jauh juga dari
saudara mara. Jika rezeki mereka agak berlebihan mereka akan menghantarnya
sedikit untuk memebantu keluarga
diMalaysia. Hanya diakhir-akhir pengajian mereka tidak lagi mencari duit poket
kerana kesuntukkan masa… separuh dari waktu mereka dihabiskan dihospital.
(mak the dengar anak saudara jiran mak teh buat kerja
cuci tandas masa dia kerja di luar Negara upahnya sangat mahal sungguh berbaloi
sebab tandas mereka tak lah kotor sebab mereka ada sivik yang tinggi. Sekarang
budak tu dah berjawatan tinggi. Kalau ada yang tahu bab cuci tandas ni
kongsilah sikit)..
“Yang sebetulnya
Didi sakit apa sampai yang nak kena bedah..mommy tenguk dia ok sahaja”. Selidik
puan Maria..Dia merasa kasihan melihat anaknya yang seperti di pergunakan oleh
orang kerna sikapnya yang baik.
“Dia nak kena
buang Implan yang ditanam dalam payu dara dia.”
“Haa dia pernah
buat pembedahan besarkan payu dara ke Jo..mommy tak pernah dengar pun”..
“Jo pun tak
tahu dia pernah buat pembedahan payu
dara..tapi silicon dalam payu dara dia bocor..kena buang cepat kalau tak nanti
dia masuk dalam saluran urat saraf lain,
merbahaya pada kesihatan Didi. Dia boleh dapat sakit barah mommy.”.
“Hai..hai tak ada
penyakit cari penyakit.. lepas tu menyusahkan orang..lagi pun bedah-bedah dan
tambah tambah ni berdosa kan Jo. Dah lah sakit, buang duit, lepas tu Allah pun
tak suka, itu namanya cari penyakit dan cari dosa sahaja..satu perbuatan yang tak
mendaangkan faedah langsung”.
Sebagai contoh, jika melakukan pembedahan plastik pada
wajah, maka hukumnya adalah haram kerana ia mengubah wajah itu secara kekal.
Begitu juga dengan jika melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk tujuan
kecantikan, maka hukumnya adalah haram. Ia berbeza jika ada isu perubatan di
situ..
sebagai contoh, jika seorang wanita dewasa mempunyai
payudara yang kecil (macam budak belum akil baligh), maka ia dikira suatu
kecacatan dan ada maslahah tertentu untuk dibesarkan (supaya boleh menjadi
wanita yg normal dan boleh menyusukan anak), maka ketika ini harus melakukan
pembedahan pembesaran payudara. Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga
menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka
haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya. Mak the copy dari blog.cc.net.my/2015/hukum-membesarkan-payudara-dan-zakar/
“Tak apalah Jo
benda dah lepas nak buat macam mana kan..habis Jo nak pergi kerja macam mana
ni”.
“Naik bas lah
mommy..kalau naik teksi takut tak cukup pula bajet kita untuk sebulan ni..kita
hanya nak habiskan bulan ni sahaja..Bulan depan dah ada gaji tak kisah sangat”.
“Duit dalam simpanan
bank Jo habis langsung ke?..”
“Adalah lagi seratus
rasanya..kalau duit gaji tinggal puluh-puluh sahaja.”.
“Dah lah
cepatlah habiskan makan Jo tu”.. Selesai makan Johan berkemas dan membasuh
cawan yang digunakan.
“Dah Jo..Jo
masuk bilik mommy”.
“Ada apa
mommy..Jo rasa nak kemas bilik Jo tu dululah mommy. Nak tukar dan basuh cadar
tu”.
“Yang itu
nanti-nantilah masuk bilik mommy dulu”. Johan mengikuti suruhan mommnya.
No comments:
Post a Comment