Johan
Hamdi dinikahkan selepas lima bulan
Diana Natasya bercerai dengan suaminya. Pada masa itu dia merasa sangat bahagia
bila bernikah dengan wanita yang berpakej lengkap cantik dan
berpelajaran.Tetapi bahagianya hanya beberapa bulan sahaja, bila Natasya mula
gelisah menjadi surirumah sepenuh masa. Ditambah bersuamikan lelaki sepertinya.
Suami yang hanya mengharap pada fizikal sahaja. Suami yang tiada harta untuk
memanjakan dirinya. Dia sedar rupa paras yang kacak sahaja tidak dapat untuk
membahagiakan isteri seperti Diana Natasya jika tidak disertakan dengan
kemewahan. Sudahlah dia tidak dapat memberi kemewahan, waktunya juga sangat
terhad untuk sang isteri yang cantik dan manja yang meminta di belai selalu. Kerana
pada ketika itu dia seorang lelaki yang sangat sibuk.. tuntutan waktunya
sebagai seorang houseman sebelum dia mendapat gelaran doktor.
Natasya menjadi rimas bila kemahuannya membeli belah
tertahan. Dia tidak mampu mengubah dirinya dari seorang isteri yang mampu
membeli apa sahaja yang diminta, kepada
isteri seorang pelajar yang serba kekurangan.Tapi mana mampu Johan Hamdi mahu mengikuti kehendak
isterinya bila barangan yang mahu dibeli semuanya barangan yang berharga ribuan
ringgit. Natasya tidak akan memakai
barangan cap ayam atau barangan yang hanya dipandanag cantik sahaja. Dia
mahukan barangan yang cantik, asli dan bermutu. Dia sudah terbiasa begitu sejak
zaman pelajar lagi. Maklumlah teman lelaki dan bekas suaminya dulu merupakan
cucu kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya diMalaysia. Cucu tunggal orang kaya.
“Jo
cantiknya handbag tu Jo..jom masuk kita tenguk”. Ketika itu waktu cuti Johan, Natasya merengek
mahu dirinya dibawa kepusat membeli belah.
“Tak
payah nak tenguklah Didi.. Terus terang I cakap..I tak mampu nak
belikan..nantilah ye kalau I dah ada duit, kita datang lagi dan beli”.
”alah
kalau kita dah balik Malaysia tak kan kita nak datang sini hanya nak beli beg
sebijik tu”.
“In Syaa
Allah kita duduk dua tiga tahun kat sini. I nak cari pengalaman kerja kat sini
dulu baru balik Malaysia..I dah cakap dengan mommy dah”.
“Kalau
dah masa tu dah lain dah dan yang ini lain. Tunggu you habis houseman beg tu
dah tak uptodate.. I nak lah handbag tu. Handbag I ni dah jemu I pakai, dah dua
tahun dah.” Handbag yang menarik perhatian Natasya sebuah handbag yang terpamer
disebalik kaca sememang ditayang untuk menarik perhatian.
“Pakailah
apa yang ada dulu..Kita kan dah janji hanya jalan-jalan sahaja kan”.
“You ni
kedekutlah.You ak sayang I ke. Kalau I ada duit sendiri I tak minta dengan
you”. Natasya tidak mahu memahami kesempitan dirinya.
Setelah
hidup menjadi suami isteri barulah Johan Hamdi mengenali siapa sebenarnya Diana
Natasya binti Sufian. Biar pun dulu mereka adalah kawan sepermainan. DULU Diana
Natasya yang dia kenal anak seorang polis yang berpangkat sarjan dan mommynya
hanya suri rumah sepenuh masa, sama macam dia. Kehidupan keluarga mereka
sederhana sahaja. Apa yang diberi oleh keluarga mereka diambil atau dipakai
tampa ada bantahan..tetapi setelah mereka menjadi suami isteri cita rasa Natasya
tidak lagi sama seperti mereka dibawah
ketiak keluarga.
Setelah
dia mengenali dunia luas dia sudah
berubah. Apa yang diunjukkan kepadanya
sering tidak menepati citarasanya atau tidak menepati piawai seorang yang
pernah hidup dalam kemewahan. Dia sering berkata..‘Cuba you tenguk ni sesuai ke
dengan I..kalau you nak bagi I, cuba you tenguk dulu jenamanya. You tau tak.. I
tak selesa pakai kalau yang bukan jenama
yang selalu I pakai..ni entah jenama
apa-apa entah..tak pernah I jumpa jenama ni..nampak sahaja cantik kalau dipakai
dua tiga hari dah terkopek sana sini’. Itu lah Diana Natasya yang yang
sudah pandai menilai barangan yang diberikan kepadanya. Ikut kualiti standard.
Jenama handbang yang dibawa oleh Natasya adalah COACH dan PRADA harga sebiji beribu ringgit Malaysia.
Sepanjang
menjadi isterinya dulu Natasya tidak mahu memahami kesempitan hidup seorang
pelajar sepertinya. Seorang pelajar yang bergantung dengan duit biasiswa
sahaja, walau pun ada juga sesekali dia mencari pendapatan lebih ketika musim cuti yang sangat terhad.
Perkataan BERJIMAT untuk Diana Natasya tidak pernah tercatat dalam kenyataan
dirinya. Tidak pernah berfikir jika mereka kesempitan tiada keluarga yang dapat
melihat dan membantu. Mereka hanya mengharapkan sahabat dan rakan sekeliling,
tetapi kehidupan mereka semuanya sama. Kehidupan pelajar yang jauh dari mata
keluarga hidup pun diatas tajaan biasiswa.
Tidak
mampu bertahan untuk beberapa bulan dengan kehidupan yang menghimpit, Natasya
ingin mencari kewangannya sendiri. Tetapi itulah kelebihan Natasya seorang
wanita yang cantik dan berpelajaran tinggi. Dulu dia juga belajar diluar Negara,
dia belajar disebuah university di Manchester dalam bidang perakuanan. Namun
minatnya lebih cenderung pada bidang peragaaan..Dia pernah menjadi model
sambilan ketika cuti semester berlangsung. Kebetulan dia mempunyai kenalan
dalam bidang itu. Katanya dia mahu memenefaatkan kecantikan yang dianugeahkan
kan kepadanya.
Dengan
alasan hendak mencari duit poketnya sendiri, dia meminta izin menerima pelawaan
rakannya untuk menjadi model yang berpusat dikota Paris. Dan sejak dari itu Johan
ditinggalkan.Tiga empat bulan baru
dirinya muncul untuk melaksanakan tanggung jawabnya sebagai isteri. Apa hendak
dikata dia tidak mampu mahu memenuhi apa yang diminta oleh isteri
tersayang. Dia membenarkan dan terpaksa
bersabar dengan kemahuan isteri yang dicinta ketika itu.
Walaupun
didalam hatinya sering mengeluh mengapa isterinya tidak pernah mahu memikirkan
keadaan dirinya..mengapa dia tidak pernah mahu membantu dirinya melepaskan
tekanan, tekanan seorang housemen dan tekanan seorang lelaki yang baru beberapa
bulan bergelar suami. Diana Natasya tidak pernah mahu ambil tahu darah panas
seorang suami yang berhendakkan dirinya, hinggakan dia bertanya pada sahabat
sebiliknyanya dulu bagai mana mahu melepaskan rasa kemahuan lelaki biasa
terhadap seorang isteri.
“Kau kenapa Hamdi dari semalam aku tenguk kau monyok
tak bersemangat.”
“Entahlah Fi..aku rasa macam menyesal kahwin..ingatkan dulu bila dah kahwin ada
teman nak menghibur, lepas tu ada teman
nak melepaskan rasa tertekan kita tapi….”
“Kenapa pula..kau kan senang sekarang ni balik rumah
ada yang tunggu.. sekurang-kurang nya
kau boleh cerita-cerita masaalah kau pada isteri kau”.
“Ada isteri apanya aku dah sama macam kau juga, balik
hanya dinding yang menyambut kepulangan kita, tapi aku lagi parah dari
kau..baru merasa tiga bulan dia dah pergi
Paris kerja jadi model ikut kawan dia..tinggal aku terkonteng-konteng
macam ni. Sekarang ni aku susah nak lelap mata walaupun badan rasa penat tapi
minda tak mahu berehat asyik berfikir sahaja.”.
“Ia ke ..kenapa kau tak halang..lagi pun jadi model ni
tak bagus kan ..memperagakan diri dikhalayak ramai. Tak kira depan lelaki …”
“Aku tahu… aku tak boleh nak cakap apa, bila dia
meminta tapi aku tak dapat nak bagi, itulah yang dia nak cari duit poketnya sendiri.”
“Cuba kau terangkan keadaan kau macam mana, tentu dia
faham kesempitan kau ..kita ni kalau dah jadi suami wajib berterus terang Hamdi
jangan nak tunjuk handal kita, nak memenuhi kehendak isteri sanggup buat apa
sahaja..lagi pun dari situlah dia belajar menghadapai susah senang bersama
kita.”
“Yang sebenarnya dia tahu keadaan kita Fi..dia dulu
macam kita juga belajar diatas ajaan biasiswa sahaja, emak ayahnya juga emak
ayah yang macam kita..tapi nasib dia baik bila dapat pakwe anak orang kaya dari
situlah dia berubah. Sekarang ni dia tak pandai pula nak mengubah menjadi
dirinya yang dulu.Yang lagi parah.. dia rindu pada kehidupan mewahnya. Rindu
pada barangan peribadi yang berjenama. Rindu pada pakaian yang berkualiti
tinggi…kalau aku tahu dia dah berubah macam ni, aku tak ikut cakap mak aku. Ni
dengan macam nak pecah kepala kita nak masukkan apa yang kita belajar, nak
mengadap pesakit, nak mengadap pakar, nak tahan rasa kehendak nafsu lelaki aku ni..sampai kadang-kadang rasa nak
‘cari makan luar’ sahaja Fi”.
“Nauzubillah min zalik..jangan kau fikir sampai kesitu
Hamdi..Zina sangat di benci oleh Allah, kalau tak kan dia bagi hukum zina tu
berat ..Hukum seorang yang berzina adalah rejam sampai mati kalau yang dah
bernikah, kalau orang yang berlum bernikah dipukul 100 kali. Hukuman ni bukan
hukum manusia tapi ni hukum Allah, Hamdi.”
“Tapi kadang-kadang aku tak mampu nak menahan Fi, berat
sungguh panggilan nafsu..sungguh ini pengalaman aku Fi, kau tak pernah rasa
jangan kau cuba masuk dalam dunia ruamah tangga kalau kita tak betul-betul dah
bersedia”.
“Aku faham perasaan kau..dulu ayah aku ada
berpesah..supaya berpuasa untuk menahan
nafsu kita Hamdi..cubalah kau puasa kemudian kau berdoa supaya Allah dapat
membantu kita menahan nafsu kita..sebab nafsu ni Allah juga yang bagi..Dari Dia
perasaan tu datang dan Dia juga yang dapat melegakan”.
“Ialah aku nak puasa lah esok..”.
“Baguslah tu selain dapat menahan nafsu dapat juga kita
berjimat. Aku pun nak puasa kerana Allah esok. Selain dapat temankan kau,
dapat juga akau pahala puasa sunat. Lagi
pun esok dah masuk bulan Rejab esok kau niatlah puasa bulan Rejab..Puasa
dibulan Rejab ni bagus Hamdi…bla..bla..”. ceramah Almad Lutfi lagi. Itulah
Ahmad Lutfi sahabat susah senang nya di bumi Abedeen.
(Maaf ye panjang sangat imbauan masa lalu Johan Hamdi.
Mak teh nak cerita lagi kalau rasa bosan abaikanlah ye).
===================
“You jangan panggil dia betina..dia adalah isteri
I..”. Habis sahaja dia menuturkan
kenyataanya dia mengaur langkah mahu masuk
kebilik mommynya. Malas dia mahu melayan kerenah Natasya dan hati nya sangat
sakit mendengar panggilan untuk Nur Hidayah.
“Hei Johan!! you nak tidur mana??”
“Jangan you kesah mana I nak tidur, you jaga diri you
dan I jaga diri I”
“Macam tu cara hidup suami isteri”.Mendengar kenyataan
Natasya sekali lagi Johan berpaling namun masih berdiri di ambang pintu bilik
mommynya. Natasya mesti diingatkan sekali lagi dengan kenyataan diri mereka.
“ I memang yakin you memang bukan isteri I
lagi..Perkataan cerai memang dah I
ucapkan setahun lebih dulu. ... kita dah tak ada ikatan lagi. Kita dah
bercerai. I masih ingat lagi memang I dah lafazkan cerai pada you. I belum lupa
lagi..memang I dah melafazkan sebelum
you pergi tanda tangan kontrak untuk you jadi model kat LA tu dulu. Jadi sekarang kita bukan lagi
suami dan isteri dan you memang sudah
tidak halal untuk I. You bukan lagi isteri I. I nak menghindar dari pandang you..
you tahu tak kenapa…”.Diana Natasya terkebil-kebil mendengar patah bicara Dr.
Johani.
“You tahu tak makin lama I tenguk you yang seumpama
bogel, makin banyak dosa yang I kumpul. Kalau you nak tahu sehelai sahaja I
pandang rambut you I dah dapat dosa, inikan pula aset yang tak sepatutnya I
tenguk lagi, tapi sengaja you tayangkan. Kalau you nak kutip dosa you
kutiplah..Tapi I tak mahu.. dah jangan panggil I lagi..jangan ketuk pintu bilik
mommy I lagi.” Johan meloloskan diri
kedalam bilik. Natasya memandang dengan mata yang terkelip-kelip. Belum sempat
Natasya bersuara untuk membalas pintu bilik puan Mariah sudah ditutup rapat malah terdengar ‘klik’ bunyi tombol pintu
ditekan. Sebal hati Natasya dengan tingkah Johan Hamdi. Kerana hatinya yang geram suara
yang terlepas memetir juga.
“Johan!!! tukarkan cadar katil tu..tak sanggup I nak
tidur bekas orang..tukar Johan, tukarkan
sekarang”. Jerit Natasya namun Johan Hamdi tidak membuka pintu bilik mommynya
lagi.. Sebal sungguh hatinya bila kehendaknya tidak diikuti oleh Johan.
“Jantan tak
guna..jantan tak boleh pakai”.Kata yang keluar dari bibir Natasya
untuk melepaskan hati yang kegeraman.. tapi terasa belum terlepas lagi
sebal hatinya lalu dia memetir memanggil bibik minta ditukarkan cadar tidurnya…
“Bibik!!! Tukar kan cadaraar cepat!!!”. Berdezup bibik
keluar dari biliknya bila mendengar suara mem baru menjerit minta cadar bilik
tuanya ditukar.
Sudah tiga hari Natasya duduk dirumah puan Maria.
Kelibat Johan jarang ditemui kerana kesibukkan kerjanya. Petang itu ketika dia
sampai dari kerja, Natasya ada tercongok di ruang tamu sambil membaca majalan
fesyen yang dibawanya.
“Natasya sorry ye..I sibuk sangat tiga hari ni”.
Natasya menyembunyikan senyum di balik majalah yang dibaca mendengar ucapan Sorry dari Johan. Terasa dirinya sudah
dapat menjerat perasaan Johan namun belum sempat senyumnya berkembang mekar…
“Esok siaplah..kita kepejabat ugama selesaikan masaalah
kita..Sorry sekali lagi menyebabkan you tunggu lama untuk menyelesaikan
masaalah kita ni”. Cepat sahaja Natasya menutup majalah yang dibacanya..
“Esok tak boleh lah Jo..I ada hal nak selesaikan”.
“You nak selesaikan apa..selesaikan hal kita dululah”.
“Hal kerja I tak boleh nak tangguh.”
“Habis bila yang you boleh..I hanya esok dapat free
sikit..itu pun I tukar duty dengan kawan”.
“Lusa lah kot..” Mendengar jawapan Natasya terus Johan menuju kebilik mommynya seperti biasa..dan akan
keluar lagi ketika solat Magrib kerana dia akan menjadi imam kepada mommy dan
bibik. Lepas itu mereka akan makan malam,
selesai solat Isyak, dia akan duduk dibilik mommynya hingga ke subuh pagi
esoknya. Tiga hari dirumah puan Maria rutin Johan sudah dibaca oleh Natasya. Namun hari itu dia
cuba menahan..
“Johan!..cuba duduk sekejap dengan I ni, you kalau
balik terus sahaja masuk bilik mommy, tak berapa jam duduk you keluara
semula..you ni macam tak suka I balik. Dah tiga hari I kat rumah ni, tapi you
tak pernah nak tunaikan tangung jawab you pada I. I ni manusia biasa Johan.
Kalau you marah pada perkara dulu I minta maaf”.
“Natasya dah berapa kali I cakap kita bukan suami
isteri lagi. Dosa jangan dicari...Pasal maaf I dah pun maaf kan you..”.
“Alaah..kan ada jalan nak menghapus dosa, nanti kita
bertaubat lah. I minta dengan you sebelum kita sahkan dipejabat ugama, kita masih belum tahu
kedudukan kita kan..dalam Islam kalau was-was
dikira boleh kan”.
“Was-was apa nya.. I yakin”.
“Tapi Johan I masih sayangkan you..kita rujuk”.
“Tak ada istilah rujuk kalau dah lebih tiga bulan kita
bercerai… Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru”.
Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan
dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula Sekiranya ingin
bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.
“Kalau macam tu kita nikah balik..I masih sayang kan
you Jo”.
“Hei!! You inga boleh nikah kat mana-mana ke..depan
bibik atau depan mommy..kena nikah kat pejabat ugama..depan khadi. Tapi pada I
setelah cerai I ucapkan untuk you, I tak pernah lagi mengharap you kembali pada
I dan I tak pernah berniat untuk kita
kembali sebagai suami isteri. Pengalaman yang you bagi selama kita menjadi
suami isteri cukup membuat I pasti kita bukan pasangan yang serasi.
Sekarang carilah kehidupan you dan I
cari kehidupan I sendiri.”
“Lelaki kalau dah jumpa dengan perempuan bertudung
memag macam you ye..I tak tahu jampi apa yang dah X you tu jampi pada you,
hingga you jadi tak sedar macam ni”.
“Dia jampi I dengan pengertian, kasih sayang, tolak
ansur dan menerima mommy I seperti mommynya sendiri. Itulah jampi dia sampai I
terlupa pada you. Terlupa untuk suka dan tertarik pada you. Ingat!! lusa jangan
lupa kita kepejabat ugama sahkan perceraian kita dan dapatkan bukti yang I memang
dah ucakpan perkataan cerai untuk you”.
Susah betul kalau bercakap dengan orang macam Didi ni. Kita yang baca pun rasa macam nak hilang sabar.
ReplyDelete