Usai
solat sekali lagi Dr. Johan masuk ke bilik mommynya. Ketika dia melintasi sofa
yang diduduki oleh Natasya tidak sedikit pun
Johan berpaling kepadanya, biar pun Natasya sudah bersiap seksi dengan
baju tidur cantik. Berderai aganan Natasya yang mahu Johan memandangnya tidak
berkelip. Percubaan nya mahu mencuri
perhatian Johan tidak menjadi. Sebal sungguh hatinya bila merasakan dirinya
tidak menarik malah tidak dihiraukan. Kalau mahu diikutkan hati yang sebal mahu
sahaja dia menjerit supaya Johan
memandang kearahnya. Tetapi dia sedar
Johan bukan orang yang membalas kata bila kita meninggi suara. Dia perlu
mencari cara lain untuk Johan memberi perhatian atau bertidakbalas dengan
kata-katanya.
Lama dia berfikir sambil menanti Johan keluar dari
bilik mommynya namun hampa. Bila orang yang dinanti tidak keluar dari bilik,
Natasya memilih untuk mengentuk pintu bilik puan Maria.Tiga kali ketuk Johan
masih tidak membuka pintu. Di ketuknya
lagi..dan lagi. Bila tidak dibuka juga Natasya memilih untuk memulas tombol
pintu untuk dibuka dari luar.. namun pintu bilik berkunci. Makin panas rasa
hatinya. Biar pun darahnya mengelegak dengan perbuatan Johan dia kena bertahan. Akhirnya dia
bersuara memanggil…
“Jo!!Keluarlah I nak cakap dengan you”.Lembut kedengaran suaranya seakan merayu. Mendengar suara sayu Natasya
puan Maria menasihati anaknya. Ialah
sampai bila mahu mendengar ketukkan dipintu dan suara Natasya
terpanggil-panggil..terbit juga rasa kasihan dihati tuanya.
“Jo keluar lah..tak baik Jo buat Didi macam ni”.
“Jo malas nak pandang muka dia mommy..lagi pun dia
bukan isteri Jo lagi. Apa tujuan dia pakai macam tu, kalau tak, nak goda Jo”.
“Ialah memang betul kata Jo tu, tapi sampai bila Jo nak
biarkan dia terketuk-ketuk dan terpanggil-panggil macam tu. Jo keluar.. dengar
apa dia nak cakap. Perkara ni kena selesaikan, jangan tergantung..dia susah
kita pun susah”. Puan Maria juga kasihan dengan anaknya bila jodoh yang dia
aturkan tidak menjadi. Dia yang beria
mahu bermenantukan anak kawan baiknya Diana Natasya binti Suffian itu dulu.
“Jo..boleh tak Jo khawin dengan Didi”.
“Ehh kenapa mommy..dia kan dah kahwin, mommy juga yang
cakap dia baru sahaja dapat anak.”
“Memanglah..tapi dia dah bercerai dengan
suaminya..Kesian mommy dengan Didi bila dengar cerita aunty Sakila. Kata aunty
Sakila, suami Didi kena jampi dengan keluarga bini tua dia.”.Ketika itulah dia
membuka hikayat bagaimana Diana Natasya terabai dek kerana suaminya tidak boleh
berfikir secara waras akibat jampian ilmu hitam oleh keluarga isteri tua
suaminya.
“Dulu macam mana Didi boleh kahwin dengan suami orang,
Didi tak tahu ke suaminya tu laki orang”.
“Dengar cerita
aunty Syakila mereka bercinta dari masa
zaman mereka belajar lagi. Habis belajar
pakwe Didi tu kena paksa kahwin dengan pilihan keluarga. Bila dah
kahwin, dia tak boleh nak lupakan Didi. Dia merayu nak juga kahwin dengan Didi.
Bila mereka dah kahwin keluarga sebelah isteri tuanya jampikan suami Didi ni.
Biasalah kalau dah kena jampi mulalah suaminya tak ingat pada Didi..Ada ke
patut Didi baru lepas bersalinkan anak dia, suami dia dah pergi rumah bini
tuanya tak balik-balik, dia tak hiraukan Didi…Didi tak tahan asyik kena tinggal
sahaja Didi minta cerai. Sekarang mereka dah bercerailah.”
“Mommy percaya ke dengan cerita mommy Didi tu..”.
“Takkan aunty Shakila nak tipu mommy..kami ni dari
zaman sekolah lagi baik Jo..apa-apa masaalah mommy, mommy cerita dengan dia.
Anty Sakila banyak tolong mommy masa Jo kecil dulu. Dia suami isteri yang
tolong daftarkan Jo sekolah. Tak kan Jo tak ingat dia suami isteri yang tolong
hantar Jo masuk asrama semuanya ..lagi pun arwah papa Didi kan kawan baik papa
Jo juga. Mommy kesian dia Jo, sedeh
sangat dengan nasib Didi. Didilah anak perermpuanya sorang..orang sia-siakan
pula. Mommy pun sedeh juga Jo..sebab nasib mommy sama macam nasib Didi..hanya
mommy ni tak minta cerai sahaja.”.
“Tak apalah mommy semuanya ketentuan tuhan kita nak
buat macam mana. Bab Jo nak kahwin dengan Didi..Jo ni tak habis belajar lagi, ada
setahun lagi nak habiskan houseman ni. Lagi pun Jo rasa nak cari pengalaman
kerja dulu kat sini. Jo tengah cari hospital yang boleh terima Jo...”.
“Setahun tak lama mana Jo, pejam celik pejam celik dah
setahun..tahu-tahu Jo dah nak balik Malaysia saja. Kalau Jo nak cari pengalaman
kat sana pun tak apa mommy izinkan, berapa lama Jo nak duduk sana duduklah..
bawa Didi duduk dengan Jo kan senang. Yang sebetulnya mommy senang hati kalau
Jo dah ada teman hidup..nanti balik bawa cucu berderet-deret ye. Mommy
bayangkan kalau Jo kahwin dengan Didi
tentu Jo dapat anak yang comel. Jo tak teringin ke dapat anak-anak yang comel
macam mommynya.”. Ohh indah sungguh impian puan Maria ketika itu.
“Teringin tu teringinlah..tapi Jo takut Jo tak boleh
nak bagi tumpuan pada Didi nanti. Sekarang Jo tengah sibuk sangat dengan
houseman Jo ni. Siang malam kat hospital..balik mandi dan tukar baju sahaja
mee. Takut Didi rasa terabai nanti. Biarlah Didi kahwin dengan orang yang boleh
jaga dia dengan baik..Jo tak kisah, dengar cerita mommy Jo pun kesian dengan
Didi ialah diakan kawan Jo.Tapi kalau nak kahwin dengan dia sebab nak jaga dia,
Jo takut tak mampu..takut Didi terabai.”.
“Janganlah lah macam tu..aunty Shakila tak percaya orang lain nak jaga anak perempuan tunggal
dia tu, dia berharap sangat Jo dapat jaga anak dia. Lagi pun Jo dah kenal
dengan Didi, Jo kawan dengan dia dari kecil lagi. Kawin dengan orang yang kita
dah kenal senang Jo..senang nak
bertolakansur sebab masing-masing dah kenal. Mommy pun suka juga kalau Jo
kahwin dengan Didi.”
Puan Maria tahu Johan seorang anak
yang baik dan mendengar kata. Dan akhirnya dia
mengikuti permintaanya. Namun perkahwinan diatas aturan keluarga hanya
mampu bertahan selama dua tahun sahaja.
Entahlah dulu dia melihat ada keserasian antara Johan Hamdi dengan Diana
Natasya tetapi setelah duduk serumah lain pula jadinya. Kenal bertahun tak
menjanjikan keserasian daham hubungan rumah tangga rupanya. Yang sebetulnya puan
Maria menyalahkan dirinya diatas perpisahan mereka bedua..Kerana dirinya ditimpa
musibah (Kena strok) menjadi sebab mengapa Natasya pergi meninggalkan anaknya.
Bubar kenangan lama Puan Maria bila mendengar ketukkan bertalu-talu di pintu
biliknya. Sekali lagi dia menyuruh
anaknya keluar.
“Jo keluarlah..dengarlah apa yang Didi nak cakap tu”.
Seakan merayu Puan Mariah menyuruh anaknya keluar dari biliknya.
“Baiklah mommy”. Johan bangun mengangkat tubuh dari
katil mommynya. Dia berjalan longlai menuju
kepintu. Bila pintu dibuka kelihatan Natasya tercegat di muka pintu. Terus sahaja
Johan menuju kesofa lalu duduk. Natasya
mengikuti langkahnya dari belakang. Bila Natasya duduk rapat disampingnya, Johan
bangun beralih tempat memilih sofa lain lalu duduk berhadapan dengannya.
Rasa terkilan bila dirinya diperlakukan sebengitu oleh bekas suami..makin kuat
azam Natasya untuk menundukkan Johan kepangkuannya.
“Ok cepatlah cakap I dah nak tidur”. Dr Johan memandang
kearah Natasya beberapa saat kemudian dia menundukkan wajah memandang ibu jari kakinya yang sengaja
digerak-gerakkan.
“Hai cepatnya you nak tidur ..dah tak sabar ke??”. Pada
fikiran Natasya Dr Johan sudah tidak sabar mahu masuk kebilik bila melihat
keadaan dirinya yang sudah berpakaian tidur. Pada kebiasaan mana ada orang
dewasa tidur pukul sembilan lebih. Hatinya bersorak gembira bila merasakan
jeratnya sudah mengena yang sebenarnya
Natasya cepat perasan..perasan dirinya memikat, menawan dan perasan dirinya
cantik.
“Tak sabar apa??”. Spontan Johan mengakat wajah
memandang kearah Natasya yang terseyum manis..
“Tak ada apalah. Kalau you dah nak tidur jomlah I pun
letih ni..”. Kata Natasya sambil tersenyum-senyum dan suaranya pula bertukar
lembut, manja dan mengoda.
“Cepatlah apa yang you nak cakap”. Johan bersuara tegas
dan kasar bunyinya, wajahnya pula ketat dan masam.. Natasya tahu Johan dalam
keadaan marah..
“Emm tak apa ke kalau I nak minta you tukarkan semua
perabut dalam bilik kita tu..I tak boleh nak masuk bilik tu..bila teringat
barang-barang dalam bilik tu dah diguna dek orang”. Biar pun suara Johan
kedengaran keras.. tak mesra. Suara Natasya masih lembut berserta
lenggok-lenggok budak manja... Berlapis dahi Johan mendengar perminatan
Natasya. Duduknya sudah ditengkkan tanganya pula sudah dipinggang..
“Kenapa you tak pandang keliling..you tahu tak sekarang
pukul berapa..mana ada kedai perabut
yang masih beroperasi”.
“Habis I nak tidur mana malam ni..I tak nak guna barang
yang dah diguna orang”. Natasya mula merengek
macam budak-budak..kakinya pula mula menghentak perlahan dan muncung
mulut mula kelihatan.
“Suka hati youlah..you nak tidur mana I tak kisah..atau
you nak tidur hotel.. pergilah. Tapi
kalau you tidur kat hotel adakah you suruh tuan punya hotel tu tukar perabut
untuk you. Tapi.. Untuk pengetahuan you.. yang sebenarnya I tak akan membazir
duit nak tukar perabut yang ada dalam rumah ni kerana you.” Natasya tahu tiada
tanda-tanda Johan mahu memujuk bila melihat wajahnya yang garang dan suaranya
yang keras. Natasya menukar gaya tuturannya..Yang sebenarnya bila melihat
sambutan Johan dengan kedatangan dirinya tadi dia sudah merancang dua tiga plan
untuk misi menggodanya.
“Ye tak ye juga kan. Oklah..I ikut youlah..kat mana you
tidur kat situlah I tidur..I nak ikut kata pepatah duduk seorang isteri adalah
disisi suaminya”.
“Hei you siapa yang nak ikut mana I nak tidur..sedar
sikit diri you tu....you dah tak boleh ikut I”.
“Johan!! Kenapa you buat macam ni pada I..I isteri you. Kenapa Jo, you macam tak rindu
langsung dengan I, sedang rindu I ni dah macam menara KLCC dah
tingginya. Kita kan baru jumpa tapi
you macam tak teruja langsung dengan I. Kuat sungguh jampi betina gatal
tu melekat pada you kan.” Bila merasakan
dirinya jelas ditolak sabarnya tidak dapat bertahan lagi..radang meletus juga..
“Bab you tak boleh ikut I, tak ada kena mengena dengan orang lain..hukum
ugama yang mengharamkan kita bersama.
Kita bukan suami dan isteri lagi.. ingat tu.” Johan bangun mengangkat tubuh.
“Johan!!! Kat mana I nak tidur malam ni”.
“ I tak kisah kat mana you nak tidur ..kalau you nak
tidur kat luar rumah atau pun you nak
tidur kat bilik bibik boleh aje. Sebagai tuan rumah I dah sediakan apa yang
patut untuk tetamu I.. walau pun you sebagai tetamu yang tak diundang dan tak dialu-alukan namun you
tetap I horamat sebagai tetamu...ingat Natasya
I anggap you hanya sebagai tetamu
tak lebih dari tu”. Melihat Johan tetap
mahu melangkah kebilik mommynya, sekali Natasya cuba menghentikan
langkah kakinya.
“Dulu you tak macam ni Jo..jumpa sahaja terus you
terkam I..tapi sekarang..macam I ni apa sahaja”.
“Dulu you isteri
I, tapi sekarang tidak lagi..you sudah tak ada kaitan dengan I. You tahu tak, sekarang ni I tengah
mengumpul dosa kerana memandang you yang bukan mahram I lagi. You nak
tahu..sehelai rambut you yang I pandang mendatangkan dosa pada I dan you
sekali, inikan pula I terpaksa mengadap you dengan keadaan you yang seperti
separuh bogel macam sekarang ni. Kalau hanya
bab mana you nak tidur dan bab nak tukar perabut rasanya you pun dah
jelas jawapanyakan. Kalau nak cakap hal lain I malas nak dengar. Dahlah, sekarang
kita tak sama macam dulu, kita dah jadi orang lain yang tiada kaitan. Sekarang
you jaga diri you sendiri dan I jaga diri I”. Johan berkata-kata dengan
membelakangkan Natasya. Tubuhnya sudah menghala kebilik mommynya.
“Aalah Jo hanya sekali aje I nak you hilangkan rindu I ni.. tak apa kan”.
“I tak faham sungguh
pengetahuan you dalam ugama. You tahu atau you pura-pura tak tahu. Kita
ni Islam.. ada hukum. Dari mendekatkan diri pada perkara-perkara yang boleh
terlanjur melakukan zina lagi Allah dah larang, apatah lagi melakukan... ZINA itu haram dilakukan biar pun untuk
sekali..Zina adalah salah satu dari DOSA BESAR. Allah dah tetap kan hukuman
untuk orang yang berzina. You tahu tak
apa hukuman orang yang berzina..DIREJAM SAMPAI MATI atau yang ringan sikit disebat 100 kali
sebatan..mengapa Allah menghukum dengan begitu dasyat hukuman .. disebabkan zina itu adalah perkara keji..perkara yang akan mencelarukan nasab seseorang”. Melihat
Natasya terkebil-kebil mendengar ceramah pendek yang disampaikan, Johan
menyambung lagi.
Dalil Dari Al Quran:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
“Perempuan
yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah,
dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh
sekumpulan orang-orang yang beriman. Laki-laki yang berzina tidak mengawini
melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan
yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau
laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang
mukmin,” (an-Nuur: 2-3).
“You faham tak maksud mengampiri zina.
Memgahampiri zina maksudnya dilarang
lelaki dan wanita yang bukan mahram berdekatan, berpandangan atau berbual..”.
Punyalah banyak perkataan YOU TAHU TAK yang keluar dari mulut Johan kerana
merasakan Natasya pura-pura tidak tahu apa yang haram bagi mereka berdua waktu itu.
“Tapi I yakin I
masih isteri you Johan..I tak pernah dengar
you cakap you ceraikan I, lagi pun mana bukti yang you dah ceraikan I, I
tak terima pun surat cerai dari you pun”.
“Tapi I yakin kita memang dah bercerai ..I dah lafaz
cerai untuk you sebelum you meneruskan hajat you menerima tawaran jadi model tu
dulu. Ok kalau you nak bukti esok kita pergi pejabat ugama sahkan perceraian
kita..nanti kat sana kita boleh minta surat cerai untuk mengesahkan kita dah
bercerai”.
“Jo apa kata sebelum kita kepejabat ugama, you temankan I tidur dulu malam ni. I
rindukan you sebagai suami I Jo”.
“Ehh you kata you uzur tadikan..”.
“Maksud I uzur I tadi tu sebab penat..”.
“Uzur yang membolehkan kita tak solat adalah uzur
sariee..Uzur kerana seorang wanita tu didatangi haid atau nifas kalau orang
bersalin..tak ada istilah uzur dan tak solat kerana penat atau sakit. Orang
sakit nak mati pun masih wajib solat tau…dengan kelonggaran boleh solat duduk
atau pun baring. Tak mampu bergerak boleh guna pergerakan mata...kalau tak
larat sangat ikut bacaan dalam hati..sekarang you nampak tak betapa solat itu
sangat dituntut.”.
“Oklah lain kali I akan solat dengan you..teman kan I
tidur malam ni ye”.
“Tak boleh…kenapa you tak boleh nak faham”.
“You yang tak
faham keadaan I..Sampainya hati you..I ni baru balik..bukan dekat perjalanan
yang terpaksa I tempuh hanya untuk jumpa
you”.
“Jangan you nak bersandewara Diana Natasya!! you yang
pilih keadaan ini. Memang dari dulu lagi perangai you macam ni. I dah belajar
bersabar bila kena tinggal.”
“Terima kasih Jo kerana memahami I, I janji lepas ni I
tak akan tinggalkan you lagi dan I akan beri layanan istimewa untuk you malam
ni”.
“Tidak..tidak
sekali, I tak pandang janji istemewa you, sebab istimewa you akan mecampakkan I
kedalam api neraka. Pada I hukum tetap hukum,
yang haram tak boleh nak dihalal kan kerana kehendak kita. Siapa yang
melanggar hukum dia berdosa.. hukuman dosa kena campak dalam api neraka..I tak
tak mahu tu..I akan berusha menghindar dosa..sebab I tak mahu dibakar dengan
api neraka..”.
Bab kena tinggal memang sudah lali pada
diri Johan dari diawal perkahwinan
mereka lagi. Dia bersetuju bernikah dengan Natasya kerana ingin membantu dan
memenuhi permintaan mommnya. Dia
menerima Natasya seadanya. Bagi Johan dirinya
dia tidak kisah dengan perkahwinan itu, walau pun yang bakal menjadi isterinya adalah
seorang janda beranak satu. Niatnya ingin memberi perlindungan kepada seorang
janda apatah lagi janda beranak satu yang teraniaya itu merupakan teman sepermainannya dulu. Niat
dihatinya dikuatkan lagi bila mendengar pandangan sahabat sebiliknya.
Bila mengenangkan dirinya masih bergelar pelajar. Dia
takut dia tidak mampu mengimbagi tangung jawabnya sebagai pelajar dan sebagai
suami dalam satu masa, lalu dia bertanya pendapat sahabat sebiliknya. Dia
menceritkan serba sedikit kisah mereka. Tidak disangka sahabat sebiliknya menyokong cadangan mommynya..
“Aku rasa elok juga kau tolong teman sepermainan kau tu
Hamdi. Lagi pun jika kita menolong janda kita dapat pahala.”Ahmad Luthfi merupakan
anak seorang imam. Sejak mereka bermukim
di bumi Abedeen mereka sudah duduk sebilik. Dari Ahmad Luthfilah Johan Hamdi mendalami ilmu
ugama.Dan dari Ahmad Ahmad Luthfilah dia
belajar bersolat dengan betul. Dengan Ahmad Luthfilah dia belajar memohon pada yang
Maha Berkuasa ketika dia kesusahan menghadapi cabaran belajar dan menangkis
kehidupan social dibumi yang dihuni dengan berbagai fahaman ugama.
“Ia ke..bukan kita tolong balu sahaja ke yang dapat
pahala”.
“Taak tolong janda pun dapat pahala..Lagi satu aku ada dengar
orang cakap.. tapi cakap-cakap ni tak ada dalam hadis atau pun ayat Quran yang
menyatakan cakap-cakap ni betul ke tidak…”
“Apa dia??”.
“KATA ORANG …Jika seorang teruna menikahi janda dan dia adalah seorang yang baik ..In
Syaa Allah segala doanya akan dia kabulkan oleh Allah walaupun dia hanya
mengucapkan selawat nabi kemudian berdoa. Itulah kelebihan teruna yang sanggup membela
nasib para janda Hamdi. Kalau orang ni pandai menggunakan kelebihan dia, dia boleh
mengubati orang juga tau..tak susah baca selawat keatas nabi lepas tu baca
doa..In Syaa Allah. Tapi kau memang masih teruna kan..”. kah..kah..kah meletus tawa
dua teruna dibumi Abedeen ketika itu..
“In Syaa Alllah atas nasihat dan peringatan kau aku selamat dari maksiat yang berleluasa
di keliling kita. Maksud kau dia boleh jadi bomoh macam tu..tapi kenapa ye
bolah jadi sampai macam tu..”
Ya dulu
ketika sampai di bumi Abedeen dan mula belajar, dia juga mula terikut-ikut cara
hidup masyarakat keliling..Bila tidak mampu mahu melepaskan tekanan betapa
susahnya mengahadapi pelajaran, rakan-rakan lain yang sepertinya mengajaknya ke kelab malam
untuk berhibur melepaskan tekanan. Alhamdullilah sebelum dia tersesat jauh
Allah memberinya rakan sebilik yang alim yang kuat dengan pengangan
ugama..Ahmad Lutfi namanya anak seorang
Imam dari Tangjung Karang Selangor Malaysia.
“Hamdi buat apa you pergi kekelab malam yang tak ada
faedahnya..badan penat, duit habis..esok pagi nak bangun pun susah.” Ketika itu
dia mengeluh duit biasiswanya sudah menghampiri paras kritikal. Hanya makan
roti dan air kosong untuk menyambung hidup yang jauh dari mommynya di Malaysia.
“I nak lepaskan tekanan I ni ..I tak sangka macam ni
punya susah belajar medic..I rasa macam tak mampu nak masukkan pelajaran yang
diberi Fi..you ok ke..you boleh nak tangkap apa yang pensyarah tu bagi..I susah
betul nak faham bahasanya lain betul
dengan bahasa Inggeris kita kan.”.
“I pun sama macam you Hamdi..tapi bukan cara kekelab
malam kalau kita nak melepaskan tekanan. Kita mohon pada Allah.. minta Allah
terangkan hati lapangkan fikiran kita semoga dengan hati yang lapang fikiran
yang tenang pelajaran mudah masuk meresap kedalam otak kita. You tahu bab hati
dan perasaan kita Allah yang pengang Dia yang BERKUASA MENAJAMKAN fikiran kita,
Dia yang BERKUASA MEMENANGKAN fikiran kita..apa-apa pun tentang diri kita, fizikal dan jasmani kita ditanganNya Hamdi.
Semalam I tenguk you mabuk.. betulkan. You tak terfikir ke segelas air syaitan
yang you teguk boleh menampung dua tiga hari kehidupan kita kat sini..Kita ni
bukan anak orang kaya yang duit tak payah fikir, call sahaja orang tua, dia
orang akan hantarkan sekejap tu juga. Tak terbayang dek aku kalau aku minta
duit dengan keluarga aku, kemudian mereka bergadai atau berhutang dengan orang.
Aku tak sanggup nak bebankan orang tua
aku Hamdi dan aku rasa kau pun macam tu juga kan..tak kan kau nak susahkan mak
kau kan. Ingatlah kita kat sini bergantung pada duit biasiswa ”.. Ketika itu
dia diam mendengar ceramah dari rakan sebiliknya. Dia sedar hanya mommy yang mengambil
berat tentang dirinya. Mommynya pula
hanya bekerja di sebuah kedai makan dan tinggal pun dikawsan stinggan di Kampung Pandan. PAPA..Papanya entah kemana, entah masih ada
lagi dibumi Allah ini entah kan tidak, sebab sudah berbelas tahun dia tidak pernah
dijenguk oleh ayah kandungnya sendiri. Tadi dia mengeluh kerana duitnya hamper
kering kerana berbelanja tidak beringat sedangkan bulan masih jauh lagi mahu
berganti.
“Hamdi I Tanya you jangan salah faham ye..walau
pun I rasa tahu tapi nak kepastian
sahaja..you Islam ke”.
“I Islam..kenapa???”.
“Kalau macam tu kita ada cara nak melepaskan masaalah
kita. Kita ada Allah untuk meminta..solat lepas solat kita berdoa. You tahu tak
DOA adaklah senjata orang mukmin. Kita beristifar selalu supaya hati kita
tenang dan bersih barulah pelajaran boleh masuk dalam kepala.” Sejak hari itu
dia mula belajar solat dengan cara yang betul..berpuasa dan beristifar.
Banyak kelebihan ISTIFAR (Tak termasuk dalam cerita
hanya untuk peringatan mak teh dan siapa yang sudi nak tahu)
Erti sebutan istifar
AstaghfirullahalAdzim: Aku
memohon keampunan dari Allah swt
1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
2 – Dimakbulkan Permintaan & Hajat
3 – Bertambah Kekuatan
4 – Mudah Mendapat Zuriat
5 – Menyembuhkan Penyakit
6 – Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
7 – Dijauhkan dari Azab & Bala
8 – Ditambah Nikmat & Kekayaan
9 – Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke
Syurga
10 – Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar
dari Kesusahan & Kesedihan
11 – Menggembirakan Allah & Dicintai Allah
http://tazkirah.net/11-kelebihan-istighfar-yang-patut-anda-tahu/
“Alah kau ni asal boleh ubatkan orang dah dipanggil
bomoh..”.
“Ialah kalau tak nak panggil apa..doktor macam
kita..tapi doktor jampilah”.
“Doktor kampung…”ha..ha..ha..
“Doktor kampong apanya
kan kau tu bakal doctor keluaran University of Aberdeen,Scotland”.
“Ehh you betul-betul nak jadi doktor jampi ke. Kau ni
percaya saja cakap aku. Itu hanya orang cakap..Tapi yang pasti! Kalau
kau nak tahu..membela seorang janda atau balu merupakan satu jihad……
Dari Abu Hurairah, berkata, “Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
السَّاعِيعَلَىاْلأَرْمَلَةِوَالْمَسَاكِيْنِ،كَالْمُجَاهِدِفِيسَبِيْلِاللهِ،وَكَالَّذِييَصُوْمُالنَّهَارَوَيَقُوْمُاللَّيْلَ
“Orang yang berusaha menghidupi para janda dan
orang-orang miskin laksana orang yang berjuang di jalan Allah. Dia juga laksana
orang yang berpuasa di siang hari dan menegakkan shalat di malam hari.”(HR.
Bukhari no. 5353 dan Muslim no. 2982)
Mendengar
kata-kata sahabatnya akhirnya dia
bersetuju berkahwin dengan teman sepermainannya, merangkap anak kawan baik
mommy dan papanya dahulu. Selain mahu membela nasib kawan sepermainan dia juga
mahu mencari KEBERKATAN dan KEREDAAN dari Allah. Dia mahu berkahwin kerana
Allah bukan kerana tuntutan nafsu sahaja.
Stress juga dgn prangai natasha tu. tp bagus untuk wujudkan konflik. hehe
ReplyDelete