Usai
solat Zohor yang tertanguh sekali lagi doctor Johan dipelawa makan oleh Tengku
Faridah.
“Johan
jom kita makan, bibik dah hidang makan dah tu..sedap hari ni bibik masak”.
“Makan
lagi ke nek.. saya asyik makan sahaja, murah betul rezeki saya hari ni. Kata
nak makan malam awal lagi rasanya”. Ialah diajak makan nasi pada pukul empat
petang ..nak kata makan tengahari rasanya dah lewat nak kata makan malam rasanya terlalu awal..
“Tak
apalah makan two in one lah kita makan tengahari campur makan malam sekali”.
Hari itu perut doktor Johan kenyang sepanjang hari.
Makin kuat naluri lelaki ingin mencari pasangan, bila kehidupan sehariannya
terjaga. Terasa sudah ada suri hati yang menantinya dirumah. Tidak sempat lapar
perutnya, sudah disuruh makan lagi. Sambil menyuap makan kemulut hatinya
bermonolong sendiri.
“suka
nenek tenguk Johan ni”.
“Kenapa
nek”.
“Ajak
makan senang..banyak bual..nenek yang sebetulnya jarang bercakap kalau atuk dah
pergi kerja, tak ada siapa nak diajak berbual, lagi satu nenek tenguk Johan ni
happy sahaja orangnya.”
“Saya
kalau orang ajak makan memang tak pernah tolak nek..kan kata rezeki jangan
ditolak..Saya happy sebab perut saya kenyang”.
“
Eloklah tu kalau Johan buat macam ni wajah kamu ni berseri. Orang yang tenguk
pun rasa suka sahaja..Kalau kamu naik pelamin naik seri pengantin. Orang yang
memandang pun bahagia tau.”.
“Ialah
tu nek tapi mana tak gembira nek..perut saya hari tak sempat nak lapar daaah
nenek suruh makan lagi”. Terkekek – kekek Tengku Faridah mendengar lawak
spontan bakal cucu menentunya.
“Nek,
Hidayah tu pandai masak tak nek”.
“Kenapa?
kalau dia tak pandai masak kamu tak suka ke?”.
“Taklah
tak suka..tapi saya bayangkan dia tak pandai masak sebab tak siapa yang ajar
dia masak..kan kata nenek dari kecil dia hidup sorang”.
“Masak
untuk diri sendiri dan keluarga pandai juga.. Dulu masa dia duduk dengan nenek
dia masak juga. .nak dapat pahala
siapkan makan untuk suami katanya. Tapi dia masak ala orang negeri Sembilan
lah.. siapa yang tak tahan makan pedas menangis dibuatnya. Macam arwah papanya
memang menagis makan masakkan dia”.
“Ia ke
nek”.Gembira hati Johan dengan pertemuan pertamanya. Mana hati tak gembira
berjalan dengan Tengku Faridah dapat juga dia mengetahui serba sedikit masa
lampau bakal isteri.
Pernikahan diantara Johan Hamdi dan
Nur Hidayah berlangsung dengan meriahnya. Seperti yang dirancang pihak
pengantin lelaki membawa 7 dulang
hantaran bersama mas kahwin yang dimasukkan kedalam album kecil. Ramai juga
yang mengiringi kedatangan Dr Johan kerumah kediaman Tengku Faizal yang telah
dihias indah oleh Tengku Faridah. Kata dulu tak ada keluarga tapi ramai juga
yang datang. Itu detik hati Tengku Faridah menerima kedatangan rombongan pihak
pengantin lelaki.
Berkenaan hisan rumah. Tengku Faizal dan cucunya Tengku
Farid terkekek melihat gelagat Nur Hidayah diluar pagar. Yang sebenarnya mereka berdua memerhatikan
tingkah laku Nur Hidayah dari cctv yang sengaja dipasang diluar pagar. Tujuan cctv itu dipasang untuk keselamatan
isi rumah ketika ketiadanya kerana bekerja. Entahlah sejak beberapa bulan
kebelakangan dikawasan perumahan mereka sering dimasuki orang-orang yang
merampas rezeki orang lain dengan
memasuki rumah orang. Bukan diwaktu malam sahaja manusia-manusia yang tak berhati perut ini memecah masuk,
tetapi diwaktu siang juga. Mungkin kerana mereka tahu diwaktu siang ramai
penghuni rumah atau kebayakkan orang lelaki pergi bekarja dan mereka mengambil
kesempatan ketika itu. Untuk keselamatan isi rumah nya Tengku Faizal memasang
cctv diempat penjuru rumahnya. Dia
berpesan kepada isteri dan bibik agar segera menghubungi polis atau dirinya
jika melihat individu yang mencurigai berjalan atau melilau-lilau dikawasan
rumah mereka.
Dek
kerana terlalu berubah hasil sentuhan idea dari Tengku Faridah Nur Hidayah jadi tidak mengenali kediaman
datuk dan neneknya. Dia keluar dari keretanya kemudian dengan bercekak pinggang
memerhati keadaan disekelilingnya.
Sambil dia tertinjau-tinjau dan memusing-musingkan badan mencari
kepastian. Akhirnya dia berjalan kepintu pagar dan meneliti nombor rumah yang
sememangnya sudah sedia ada disitu.
“Ehh
betul ke ni rumah atuk..ke aku tersalah masuk lorong. Tapi rasa betul. Haa rasa
nya memenag ini nombor rumah atuk. Tapi
rumah ni macam rumah orang nak buat khenduri..atuk nak buat kenduri ke?..tapi
dia tak cakap pun…” Dahinya sudah
berkerut..tangannya pula memegang dagu seperti orang sedang memikirkan perkara
yang sangat berat. Dia mula tidak yakin pula nombor rumah atuknya. Yang
sebenarnya dia berkejar kerumah datuk dan neneknya bila membaca SMS dari abangnya
yang menyuruhnya datang dengan segera.
Manalah Hidayah tak keliru..bila melihat rumah datuknya
sudah berubah wajah. Cat dinding pagar rumah sudah bertukar warna, disekeliling pagar sudah terpasang
lampu lip-lap lip-lap tiga tingkat,
ditepi-tepi pagar pula tersusun pasu-pasu bunga kertas berbagai warna yang
sedang rancak berbunga, sedangkan dahulu
tepi pagar rumah datuknya tidak terdapat sebarang pokok bunga. Didalam pagar
pula sudah berdiri dua buah konopi yang dihias dengan kain berwarna hijau zamrud
dan kuning. Sungutan itulah yang didengari oleh Tengku Farid dan Tengku
Faizal kemudian mereka berdua terkekek-kekek mentertawakan tingkah laku Nur
Hidayah yang kebingungan.
“Hebat
tak nenek you Farid, sampai boleh mengubah
suasana rumah kita ni.. Kesian pula I tenguk Hidayah tu. Farid! pergilah you
keluar nanti balik pula bakal pengantin tu
bila dia tak yakin rumah ni rumah nenek dia”.. Mendengar sungutan Nur
Hidayah Tengku Faizal mengesa cucunya memunculkan diri keluar pagar.
“Tuk!!
memang atuk tak bagi tahu, kita nak buat khenduri untuk dia ke tuk”.
“Bukan
tak bagi tahu..tapi dia yang tak nak..dia yang nak nikah kat pejabat ugama
sahaja. Bila atuk bincang dengan nenek, nenek kata macam tak patut pula kita
buat macam tu pada dia..dia pun macam you, cucu kami. Lagi pun arwah papa dah
pesan berikanlah Hidayah haknya
seperti you juga. Betul tak apa yang
kami buat ni Farid..you tak rasa apa ke Farid..”
“Nak
rasa apa pula tuk...dia kan adik Farid. Betul kata papa tu berikanlah hak dia
sebagai ahli keluarga kita. Farid tahu mungkin papa rasa bersalah diatas
kesusahan dengan kehidupam dan pandangan masyarakat pada Hidayah dan mamanya di
atas perbuatan papa.”
“Betul
tu arwah papa you selalu cakap dia rasa sangat bersalah dengan pandangan masyarakat pada mereka berdua. Dia menyesal kerana sikap tak
bertanggung jawabnya menyebabkan mereka berdua menanggung aib..sedangkan dia
bersenang lenang tak terfikir pun akibat perbuatannya sampailah dia berjumpa
dengan Hidayah. Jadi kami buat apa yang kami rasa patut Farid..Dahlah pergi you
keluar tenguk Hidayah tu.”.
“Ialah
tok”. Cepat sahaja Tengku Farid mengikuti saranan datuknya. Dia menjenguk keluar pagar.
“Haa dah
sampai pun pengantin..masuklah nenek tengah tunggu you kat dalam tu. Dari tadi
dia risau you tak sampai-sampai. Dari lepas subuh lagi tak berhenti mulutnya
suruh I call you, naik lenguh jari I tekan nombor you.. kenapa tak angkat?
Nenek call tak angkat atuk call tak angkat. Sampai nenek rasa you tak setuju
nikah dengan Johan, hari ni.” Memang benar
ketika dia memeriksa telefon
tangannya pagi tadi, tertera nombor 10 panggilan yang tidak berjawab dari
datuk, nenek dan abangnya..
“Hsyy
tak adalah macam tu..yang sebenarnya Dayah terlelap lepas subuh tadi, fon pula
bawah bantal itu yang tak dengar tu.
Bang!! betul ke nikah hari ni
lepas solat Jumaat. Kenapa tukar masa nikah bang..kan hari tu kata nikahnya
esok lepas Zohor.”. Terkejut Nur Hidayah memebaca SMS dari Tengku Farid
yang menyuruh datang kerumah datuknya dengan segera kerana mahu bersiap sedia
untuk bernikah selepas solat Jumaat hari itu.
“Betullah..memang
kita bincang esok..tapi bila semalam atuk dan abang pergi booking, jadual tuk
kadi tu penuh esok..dia minta atuk buat hari ni lepas Jumaat. Itu yang abang
call banyak kali tu..You tak jawab pula..kesian nenek risau betul dia. Dah
pergilah masuk jumpa nenek...you ok ke?”.
“Nak buat macam mana lagi..ok lah.(meleweh
sahaja suara Nur Hidayah menerima peneragan abangnya) Lagi satu ni kenapa
berkemah bagai ni bang, bukan ke nikah dipejabat ugama sahaja..”
“Tak atuk
minta khadi datang rumah.. nikah kat rumah. Dia kata dia nak tenguk you nikah
kat rumah..Lagi pun mak Johan kan tak berapa sihat kalau kat masjid dia susah
nak tenguk anaknya bernikah..”.
“Tak
menyusah kan ke kalau nikah kat rumah..Dayah takut abang, atuk dan nenek nanti
kena buat banyak kerja.”
“Tak
apalah hanya sekali sahaja Hidayah. Yang sebenarnya memang atuk dan nenek nak
merasa cucu perempuan dia nikah dirumah ni..ikutlah cakap atuk dan nenek tu
ye..dahlah pergi masuk, kesian nenek tunggu you dari selepas subuh tadi.” Nur Hidayah tidak juga menapak masuk kerumah
dikepalanya bersarang berbagai soalan. Dia tetap berdiri dihadapan Tengku
Farid.
“Kenapa
Hidayah??..you tak setuju ke dengan rancangan atuk dan nenek”.
“Bukan..tapi…atuk
dan nenek nak buat majlis juga ni, Dayah jadi tak sedap hati. Kenapa nak buat
majlis, kan Dayah dah kata Dayah tak majlis keramaian..”.
“Apa
pula tak sedap hati..lagi pun bukan buat besar-besaran setakat dua kemah saja
pun. Nenek nak menyambut kedatangan keluarga pengantin lelaki, sebagai
menghormati mereka.. nenek nak buat makan-makan
jemput orang masjid dan jiran-jiran untuk mewar-warkan pernikahan
you. Perkara tu tak salah kan, malah ugama
kita pun menggalakkan mewar-warkan pernikahan seseorang..Setuju ye dengan rancangan
atuk dan nenek ni..”.
“Dayah
tak mahu penatkan atuk dan nenek..nanti
keluarga abang penat juga”.
“Tak
apalah untuk sekali seumur hidup you Dayah..I sebetulnya gembira sangat dapat
memaknakan hari bahagia satu-satunya
adik I..Terasa I ni abang yang
diperlukan oleh adiknya.”.
“Bang!
Yang sebetulnya Dayah tak mahu membeza-bezakan pernikahan yang pertama dengan
yang kedua.. Pada Dayah kalau yang pertama tak buat majlis, yang kedua pun
Dayah tak mahu buat..nanti apa pula kata papa.. macam Dayah tak menghargai
kehadiran dia dalam hidup Dayah..macam dia tak memberi erti dia dalam kehidupan
Dayah.. Sedangkan Dayah sangat bahagia sepanjang hidup sebumbung dengan
papa..”.
“Abang
tahu dan abang faham sebab abang tenguk dengan mata abang sendiri you
nampak happy tiap-tiap hari. Papa pun gembira sangat sejak
you hadir dalam hidup dia..dia kata you sangat
bermakna dalam hidup dia. You tahu tak.. yang dulu tu bukan atuk dan
nenek yang tak nak buat majlis untuk you dan papa..tapi papa sendiri yang tak
nak. You nak tahu sebab apa?..sebab dia tak mahu orang kenal you sebagai isteri
dia, dia nak orang kenal you sebagai anak dia.. Nikah tu hanya nak menghalalkan
hubungan dia dengan you sahaja. Itu lah yang dia cakap dengan kami. I minta
dengan you ikutlah cakap atuk dan nenek untuk sekali ni sahaja…
Supaya lepas tanggung jawab kami. Bukankah menikahkan seorang anak atau cucu
perempuannya adalah tanggung jawab sebuah
keluarga. Itu pun kalau you anggap kami ni keluarga you.”.
“Abang
Farid Dayah memang tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni..kalau atuk, nenek dan
abang dah anggap Dayah ni ahli keluarga..Dayah bersyukur sangat..tak tahu nak
tadah dengan apa untuk menerima huluran kasih dari abang, atuk dan nenek.
ALHAMDULLILAH dengan Rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah. Terima kasih ye bang
.”. Nur Hidayah menundukkan wajahnya
untuk menyembunyikan rasa hibanya bila
merasakan dirinya tidak lagi sebatang kara.
“Abang,
atuk dan nenek lagi lah bukan tapak tangan..tu stadium Bukit Jalil kami
tadahkan kalau you anggap kami keluarga you. Hidayah! Ikut sahaja cakap atuk
dan nenek ye..”. Lembut sahaja Tengku Farid memujuk adiknya.
“Abang
Farid Dayah sebetulnya tak mahu susahkan atuk dan nenek.. kalau buat
keramaian nanti nenek dan atuk penat,
mereka dah tua.. Dayah bersyukur
sangat mereka sudi sediakan tempat untuk
Dayah bernikah..tak payah nak bermajlis pun tak apa.”.
“Tak ada
penatnya Hidayah.. semuanya orang yang buat atuk hulur duit sahaja. Makan pun
ambil dari hotel kita. You jangan bimbang semuanya tanggung beres.. pergi masuk
jumpa nenek..ni dah pukul berapa ni..nak mandi nak bersolek lagi”. Hidayah akur
dia mula mengatur langkah.
Tengku Farid memandag langkah longlai adiknya masuk
kedalam rumah. Ada senyum segaris
terlukis dibibirnya, bila mengenangkan beberapa minggu yang lalu dia dipanggil
oleh datuknya bila Johan Hamdi menyampaikan hasrat hatinya ingin mengambil Nur
Hidayah menjadi suri dihatinya.
..Keluar
sahaja doktor Johan dari bilik, terus sahaja Tengku Faizal menghubungi cucunya Tengku Farid supaya masuk kebiliknya.
Menerima permintaan datuknya Tengku Farid tidak bertangguh dia memberhentikan kerja-kerjanya. Dia
kebilik datuknya.
“Ada apa
tuk macam penting sahaja atuk call Farid ni”.
“Penting
Farid, adik you dah ada orang yang nak. Atuk nak pandangan you”.
“Maksud
atuk ada orang datang kerumah meminang Hidayah?..bila dia datang ?.. atuk tak cerita pun dengan
Farid.” Terkejut besar dia bila mendengar penerangan datuknya.
“Dia tak
datang kerumah...baru kejap ni dia datang jumpa atuk”.
“Dia
datang meminang kat sini? Faid tak nampak pun orang ramai-ramai tuk”.
“Dia
datang sorang saja..Nak kat meminang ke tu...(Tengku Faizal berjeda tidak
menghabiskan patah perkataanya..) Tapi dia cakap dia suka Hidayah dan berhajat
nak jadikan Hidayah isteri dia.”
“Hssy
tak kan macam tu sahaja..walaupun Hidayah tu dah balu tapi nak lah beradat
sikit”.
“Atuk
rasa tak perlulah meremehkan perkara yang mudah, pada atuk tak payahlah nak
meminang bagai, lagi pun meminang tu bukan perkara yang wajib..tujuan meminang
tu dulu untuk membolehkan pihak lelaki melihat wanita yang akan bernikah dengan
dia..ni mereka dah kenal tak perlulah meminang bagai. Pada atuk dia datang
jumpa atuk pun dah memadai. Lagi pun dia kata emak dia muaalaf, keluarga sebelah
ayah dia pula tak pernah terima kehadirian dia dan emak dia, jadi dia tiada
keluarga yang boleh diharapkan untuk menguruskan pinang meminag bagi pihak dia.
Perkara nikah kahwin ni kalau boleh kita buat senang lagi baik kan”.
“Betul
juga cakap atuk tu...bukan sahaja tidak memberatkan maskahwin, mudah kan cara
pun dikira memudahkan cara termasuklah dalam sunat-sunat memudahkan seseorang
untuk bernikah jugalah kan tuk”..
“Betulah
tu Farid”.
“jadi
macam mana? Atuk macam dah berkenan sangat ni.”.
“I
tenguk dia ni ada ugama..itu yang I rasa dia ni sesuai dengan Hidayah”.
“Atuk
tak tanya Hidayah, dia ok ke? Jangan
atuk paksa Hidayah terima kalau dia tak suka..Yang sebenarnya ‘dia
ni’ siapa..anak kawan atuk ke. Farid
kenal tak dengan ‘dia ni’”.
“Ohh ye
tak ye lupa pula atuk nak kenalkan dia pada Farid. Farid ingat tak dengan doktor yang menagani
kes papa..kemudian dia juga yang menangani kes Hidayah masa dia tak cukup air
hari tu..dia lah”.
“Ohh
doktor yang kurus rupa Cina tu..Ok juga kalau doktor tu, nampak macam pendiam
orang nya..sesuailah dengan Hidayah.. Farid
call Hidayah ye tuk”.
“Kalau
dah Farid cakap sesuai ..kita panggil Hidayah dia setuju tak bila kita terima
doktor Johan tu”. Hasil perbincagan Hidayah dan doctor Johan akan bernikah
dipejabat ugama. Lamunan Tengku Farid
terhenti bila namanya diseru oleh datuknya kerana tenaganya diperlukan.
-------------------------------------------
Langkah Hidayah yang longlai terhenti diambang pintu
bila melihat keadaan ruang tamu kediaman datuk dan neneknya..Mana dia tidak
terkejut bila ruang itu sudah lapang luas tidak terdapat sebarang perabut..
Pemegang tangga pula penuh berhiasa dengan bunga-bungaan. Mana kala di satu
sudut ruang tamu tersergam sebuah pelamin yang sudah berhias cantik. Sedang dia
mencerana apa yang dipandang didepan mata dirinya ditarik lalu dipeluk dengan
kemas.
“Alahamdulillah..datang
pun Hidayah, nenek dah siap ni ingat nak ajak Farid pergi rumah Dayah kat Ceras
tu. Kenapa tak angkat telefon risau betul nenek...” Menceceh-ceceh Tengku
Faridah. Nur Hidayah tidak dapat mencelah pada cecehan neneknya yang
kebimbangan.
“Jom..jom
masuk bilik tukar baju. Dayah nak mekap kat rumah ke kat salun..kalau nak kat
rumah nenek boleh call dia datang sini.”.
“nek
kalau tak payah make-up tak boleh ke..nak make-up susah lah nek nanti nak
solat macam mana?”. Tengku Faridah menjarakkan tubuhnya dari
tubuh cucu yang dipeluknya..matanya me andang kearah Nur Hidayah namun kepala
terfikir kebenaran kata-kata cucunya.
“Dayah
tak nak bermake- up ke..tapi nanti nampak pucat sangat, apa pula kata keluarga
Johan..nanti diorang kata Dayah dipaksa nikah pula.” Nur Hidayah menundukkan
wajah memikirkan kebenaran kata-kata Tengku Faridah.
“Nek
kalau solek sikit-sikit boleh tak nek”.
“Dayah
siap-siap ambil wuduk baru kita bersolek, boleh ye. Dah sekarang kita masuk
bilik cuba baju. Lagi pun tak elok bakal
pengantin melongok kat depan rumah ni”. Tengku Faridah menarik tangan cucu
perempuaanya masuk kebilik pengantin. Di ambang pintu bilik sekali lagi Nur
Hidayah dikejutkan dengan keadaan bilik pengantin. Kali ini Nur Hidayah
berpusing mengadap Tengku Faridah kemudian dia memeluk tubuh tua dengan kemas
kemudian dia terisak dibahu neneknya.
“Terima
Kasih nek kerana bersusah payah untuk Dayah. Nenek tak penat ke buat semua
ni?”.
Tidak lama
menanti saat yang di nanti. Seperti yang
dirancang lepas solat Jumaat kediaman Tengku Faizal dibanjiri tetamu..
berlangsug upecara pernikahan dia antara Johan Hamdi bin Johari dengan
pasanganya Nur Hidayah binti Abdullah. Dengan sekali lafaz sah Nur Hidayah
menjadi isteri Johan Hamdi. Setelah menjamu selera para tetamu sekali lagi
dijemput untuk memeriahkan hari sanding pengantin keeesokkan harinya pula.
Malam itu berlansung upecara berinai dan berandam. Nur
Hidayah tidak dapat menolak permintaan Tengku Faridah yang beria-ia mahu semua
dilakukan kepada seorang pengantin perempuan. Yang sebenarnya dia juga
bersyukur merasai detik-detik bagaimana
seorang pengantin Melayu.
No comments:
Post a Comment