Lama tak sambung cerita..yang ni pun rasa tak berapa menarik harap sudi membacanya..terima kasih.
Yang sebenarnya Dr. Johan juga tahu Nur
Hidayah lancar surah Yassin kerana dia melihat sendiri mulutnya terkumat kamit
ketika menanti arwah Tengku Faris dibilik kecemesan pada malam kejadian pukul
beberapa bulan yang lalu. Kemudian kawanya Azrul Azam juga mengatakan begitu.
Makin kuat naluri hatinya ingin menjadikan Nur Hidayah pendamping hidupnya
didunia dan akhirat.
“Entahlah
susah agaknya. Nenek sebenarnya tak berapa tahu kisah dia masa kecil. Nenek kenal
dia umurnya dah 27 tahun, masa tu kami
dijumpakan kerana arwah anak nenek nak kahwin dengan dia. Yang sebenarnya kami
termasuklah arwah papanya tak pernah tahu kewujudan dia ”.
“Agaknya
dia memang tahu hotel IMPIANA tu kepunyaan keluarga bapa biolaoginya, itu
sebabnya dia minta kerja kat situ”.
“Tak
juga..dia kata dia tak pernah berniat nak cari papa dia. Dia kerja di hotel tu
sebab nak cari rezeki. Yang ‘tunjukkan jalan’
dia kerja kat hotel tu salah seorang pekerja hotel kami..sebab masa tu hotel kami
memang tengah cari pekerja..”.
“Ohh
mungkin dah takdirkan jalan cerita hidupnya macam tu, Allah memberinya lorong
berkenalan dengan bapa biologinya..Alhamdullilah dapat juga dia kenal siapa
bapa biologinya kan nek..”.
“Johan
tak kisah ke, bila tahu dia anak luar nikah dan nikah dengan bapanya yang dah
ada HIV positiv..sejak bila Johan tahu dia anak luar nikah?”.
“Saya
tahu cerita dia, sejak dia ditahan dalam lokap..kawan saya polis yang bekerja
dilokap dimana Hidayah ditahan..dia yang cerita. Pada saya..saya tak kisah
siapa dia, yang saya pandang pengangan
ugamanya. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda,Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang
beragama, nescaya kamu berbahagia."Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ.
Betulkan macam tu nek..” .
“Betullah
tu, jadi memang Johan tak kisahlah dengan sejarah hidup Hidayah ni. Johan nak
tahu, sedeh juga jalan cerita kehidupan masa lalu Hidayah ni..dia ni hidup
sendiri sejak remaja lagi.Tapi Alahamdullilah tak pula terjebak dengan maksiat.
Arwah papanya yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh..susah pula nak
dikawal sampai dapat penyakit yang tak
ada ubatnya”..
“Kisah
manusia ni berbeza-beza nek..tapi mana nenek tahu Hidayah ni hidup sendiri dari
sejak remaja lagi?”.
“Arwah
papa dia yang cerita, bila keluarga sebelah mamanya tak mahu ambil berat pada
dia, sebab dia anak luar nikah. Keluarga sebelah mamanya berketurunan Syed, itu
yang diorang rasa malu bila ahli keluarga mereka tersalah jalan, hingga
melahirkan anak luar nikah. Walau dia ni tak berjaga dan dipantau rapi...tapi dia
ni pandai serba serbi dari kecil lagi, pandai jaga diri pandai juga dalam
pelajaran. Johan nak tahu dari TADIKA lagi dia dah menunjukkan dia ni anak yang
cerdik. Masa tadika lagi dia dah pandai membaca.. UPSRnya 5A, dia masuk sekolah
menengah Ugama..PMR dan SPM nya juga cemerlang”. Dengan bangganya Tengku
Faridah menceritakan kebijakkan cucu perempuanya dalam pelajaran, semua itu
dikutip daRI cerita arwah anaknya Tengku Faris.
“…Tapi
yang nenek kesian masa dia konvo..dia sorang-sorang meraikan hari gembira dia,
Johan. Kalau nenek tahu masa tu nenek rasa nak bagi dia sejambak ros yang
berwarna warni seratus kuntum..sebab apa Johan nak tahu, sebab nenek bangga
sangat nenek ada cucu yang pandai. Lulus dengan cemerlang dimenara gading.”
“Dengar
nenek cerita insaf saya..sesungguhnya Allah memberi perlindungan pada hambaNya tak
memilih siapa kita, anak sah taraf ke atau pun tidak. Mungkin berkat dari doa
dari mamanya yang bersungguh.. bukankah doa ibu tu doa yang paling mustajab
untuk anaknya. Janji kita meminta dengan Nya.. Allah mengabulkan permohonan
hambanya. Walau pun dia pernah tersalah
jalan dulu kan nek”.
“Betullah
tu Johan, kita ni sama sahaja walau siapa kita, kita tetap juga hamba Allah. Hanya
Allah yang menentukan darjat kita pada
Nya berdasarkan iman kita. Johan! Kalau masa boleh diundur kebelakang nenek nak
jaga Hidayah macam mana seorang nenek jaga dia...tapi ialah masa tak akan
berundur kebelakangkan Johan. Sekarang ni nenek nak tebus rasa gembira nenek
dengan buat persiapan hari pernikahannya sesempurna yang boleh. Nenek nak
memaknakan hari pernikahanya dengan kamu Johan. Nenek nak hari yang bermakna
untuk dia diraikan dengan penuh
kegembiraan.. harap Johan faham.”.Berkaca-kaca mata Tengku Faridah mengenangkan
zaman perit Nur Hidayah.
“Sekarang
saya faham kenapa nenek beria-ia mengajak saya berjumpa..tapi nek, mama dia tak
balik ke masa hari graduation dia tu?”
“Papa
dia cerita, masa tu mama dia dah meninggal kerana barah paru-paru..”.
“Ohh..tapi
keluarga sebelah mama dia tak kan tak ada yang nak bersama dia? Bukan susah pun,
duduk, dengar dan pandang dia ambil scroll sahaja kat dewan tu..”.
“Entahlah
dengar cerita macam tulah…Keluarga sebelah mama dia buat macam tu sebab dia
anak luar nikah, jadi dia tak
dipedulikan oleh keluarga sebelah mamanya.”
“Emm
sampainya hati mereka..hanya sebab anak luar nikah mereka tak dapat nak terima
Hidayah sebagai ahli keluarga mereka. Yang sebetulnya anak luar nikah menjadi
tanggung jawab pada keluarga sebelah ibunya kan nek..”.
Anak yang
lahir di luar perkahwinan hanya mempunyai hubungan saling mewarisi dengan
ibunya dan keluarga dari pihak ibunya.
“Ini
semua silap anak nenek yang tak pernah berfikir akibat dari perbuatan dia. Nak di
kenang dan disebut dia pun dah tak ada kat dunia ni..nenek kesian dengan nasib
Hidayah, Johan. Kalau Johan dah jadi suami dia nanti, jagalah dia baik-baik ye.
Nenek berharap sangat Johan dapat terima dia seadanya. Dapat bahagiakan dia sampai kehujung nyawanya.
Jangan dipandang hina pada dia kerana dia anak luar nikah. Dia tak bersalah
dalam hal ni.”.
“In
Syaa Allah nenek. Yang sebenarnya saya tak kisah siapa dia.. saya jadi jatuh suka
pada dia, bila saya terpandang pada malam kejadian. Saya nampak dia tak berfikir
tentang keselamatanya, bila dia tampa teragak-agak memangku kepala arwah Tengku
yang sudah berdarah akibat luka. Sedangkan dia tahu akibat perbuatan dia. Dia lebih
sayangkan akidah papa dia dari dirinya sendiri. Rasanya dia tahu arwah Tengku dah
ada HIV kan nek..”
“Tahu..kata
arwah, mereka tahu sejak dari mereka belum nikah lagi. Dan Hidayahlah yang
beria yang nak nikah sebab katanya nak menghalalkan hubungan mereka..”
“Apa
tujuan lain dia nikah dengan arwah Tengku agaknya..mungkin dia nakkan hartanya
ke nek. Maaf ye nek kalau soalan saya keterlaluan”.
“Tak apa, dulu nenek fikir pun macam tu..tapi
sebenarnya Hidayah bukan jenis orang yang macam tu.. yang nenek nampak Hidayah
ni jaga sangat tingkah laku dia, dia takut sangat kalau dia membuat dosa. Johan
nak tahu, nak bagi dia kereta arwah papa dia pun susah sangat dia nak
terima..Mugkin betul apa yang dia cakap, dia nikah dengan arwah hanya nak
menghalalkan hubungan mereka.. Dialah
yang membantu papanya utnuk terus hidup dalam landasan seorang muslim. Temankan
bayar puasa, teman pergi masjid…Oh jadi malam kejadian tu kamu adalah kat
masjid tu ye..”.
“Ada..bila
saya kata saya doctor dan cuba nak tolong tengukkan luka, arwah Tengku kata dia
pesakit ADIS, dia yang minta tolong tengukkan anaknya yang sedang memangku kepalanya.
Mungkin dia sedar Nur Hidayah membahayakan diri bila memangku kepalanya yang
sudah mula berdarah. Tapi Hidayah tak hirau kan semua itu, dia hanya suruh arwah
Tengku berISTIFAR dan MENGUCAP sahaja. Nenek tahukan kenapa arwah Tengku bimbangkan
Hidayah.. HIV ni boleh menjangkit melalui darah. Kalau terdapat luka kecil di
tubuh badan kita dan kemudian kita bersentuhan dengan darah pesakit.. kemungkinan
besar kita akan dijangkiti melalui luka tadi..”.
“Oh! jadi
selepas dipukul anak nenek tu masih boleh bercakap lagilah ye”…
“Boleh,
masa tu arwah Tengku masih sedar, kemudian dia memegang kepalanya. Bila saya
tanya kenapa.. dia kata dia pening. Masa
tulah dia terpegang darah yang mula membasahi telekung Hidayah. Kemudian dia
terbatuk dan muntah darah sedikit. Masa
tu saya dah jangka arwah Tengku mendapat pendarahan dikepalanya..saya call
pertolongan cemas, tak lama kemudian bantuan sampai.. sepanjang perjalanan ke
hospital arwah Tengku masih sedar dan dia
mengikuti segala apa yang diajar oleh Hidayah (berISTIFAR dan MENGUCAP).”.
“Kalau
Johan ada pada malam tu tentu Johan nampak apa yang berlaku, tolonglah cerita
dari awal malam kejadian tu...Nenek nak tahu sangat”.
“Saya
yang sebetulnya selalu nampak Hidayah
dengan arwah Tengku kalau saya berpeluang berjemaah dimasjid tu.. Memang selalu
ke mereka pergi masjid nek”.
“Memang
setiap solat Isyak dan subuh mereka
pergi. Kalau Hidayah uzur pun dia tetap akan temankan papa dia pergi
masjid..kata anak nenek kalau Hidayah uzur dia
tunggu dalam kereta”.
“Ohh..magrib
mereka tak pergi pula”.
“Solat
Magrib tak sempat, sebab setiap hari mereka berpuasa. Hidayah berpuasa juga
sebab temankan papa dia buat puasa ganti. Begitu bersungguh Hidayah memberi
semangat pada papanya untuk menghadapi kematian kerana penyakitnya. Sambunglah cerita Johan yang kat
masjid tu..” Pinta Tengku Faridah.
“Ohh patutlah waktu Magrib saya tak pernah
terserempak dengan mereka... saya pun selalu berjemaah dimasjid tu kalau saya
tak kerja. Pada malam tu ada ceramah ugama. Ustaz ni memang sedap bagi ceramah,
jadi malam tu ramai sedikit jemaah yang hadir. Lepas ceramah arwah Tengku keluar
lambat sikit termasuklah saya. Bila para jemaah dah berkurangan saya nampak arwah
Tengku menghampiri ustaz dan mereka bercakap-cakap sikit. Mungkin dia bertanyakan
sesuatu. Tapi masa tu Hidayah tak ada bersama arwah, mungkin dia dibahagian muslimah.
Lepas habis dia bertanya dia keluar dari masjid, saya pula ambil giliran bertanyakan
masaalah saya dengan ustaz yang mengajar kami tadi. Sambil bercakap sambil kami berjalan menuju
pintu. Sedang saya bercakap dengan ustaz terdengar bunyi deruman motorsikal yang
kuat diluar masjid. Bunyi dekat..bukan bunyi dari jalanraya berdekatan masjid. Kebetulan
pula masa tu kami dah sampai kemuka pintu keluar. Saya pandang kearah bunyi
motor, saya nampak arwahTengku sudah
hamper tumbang. Dengan spontan saya dan ustaz bekejar kearah arwah Tengku. Saya nampak juga ada dua orang yang lari meninggalkan
arwah Tengku masa tu.Pada saya orang yang menjauhi arwah Tengku itulah yang
memukulnya, kerana salah seorang dari mereka memegang kayu. Antara saya, ustaz dan Hidayah,
Hidayah yang sampai dulu dan terus sahaja dia duduk memangku kepala arwah
Tengku yang dah terbaring dilantai. Bila
saya dekat nak bagi pertolongan dan
saya cakap saya doktor masa tulah arwah
Tengku minta tolong tengukkan anaknya.. sebab dia kata dia adalah pesakit ADIS. Hidayah tak menghiraukan
kami, dia tetap dengan gigih mengajari arwah Tengku Syahadah dan Istifar. Saya rasa sangat tertarik melihat seorang anak
yang berusha membantu papanya supaya sentiasa dalam keadaan beriman.. dia tidak
langsung mengindahkan keadaan dirinya yang mungkin dijangkiti kuman yang tiada penawar. Saya sangat kagum dengan seorang anak yang
mementingkan akidah papanya dari nyawanya sendiri. Mula saya berfikir ingin mencari isteri yang
dapat mendidik anak-anak saya jadi macam dia…betul kah apa yang saya harap kan
ni nek..”
“Betullah
tu.In Syaa Allah berdoalah selalu…Nenek mengaku sepanjang nenek serumah dengan
dia, yang nenek nampak dia adalah isteri dan anak yang baik untuk papanya.Johan!
yang sebenarnya nenek menyesal sangat cakap ikut perasaan.Tapi masa tu memang nenek
tak boleh berfikir dengan betul… nenek jadi tenggelam punca bila satu-satu anak
nenek cedera..nenek takut kehilangan dia..tapi akhirnya itulah yang Allah bagi
pada nenek. Nenek menyesal sangat kerana cakap-cakap nenek Hidayah masuk lokap
dan dia tersiksa kerana cakap-cakap nenek. Nenek menyesal Johan, menyesal sangat.”
“Tak apalah
nek perkara dah jadi, tak boleh nak
undurkan lagi”. Dalam pada berbual mereka sampai kebutik yang dituju..
“Johan!
nenek rasa baju untuk bersanding, kita
sewa sahaja ye. Kalau nak buat baju dalam masa sebulan tentu tak sempat siap.
Jom kita tenguk, Johan nak baju yang macam mana”
“Yang
sebetulnya saya ni tak tahu nek..ikut neneklah, saya ikut sahaja”.
“Kalau
ikut cita rasa nenek, cita rasa orang tua lah..nenek suka baju songket..Johan
macam mana?”.
“Boleh
lah songket. Kalau dah baju songket tentu bertanjak bagai kan nek”.
“Mestilah..itukan
dah adat pakaian pengantin Melayu, berbaju songket, bersampin dan
bertanjak..kenapa Johan rasa tak selesa ke”.
“Ok
juga..lagi pun pakaian macam tu tak terpakai kalau hari biasa. Biarlah sekali dalam
seumur hidup saya, saya pakai songket,
bertanjak dan berkeris dipinggang. In Syaa Allah hari yang bermakna untuk saya
hanya sekali seumur hidup nek.. Merasa juga, saya menjadi pahlawan orang dulu kala kan nek..”. ha ha ha.
Gelak Dr. Johan gelak gembira membayangkan hari bahagia.
“Kamu
ni Johan berhajat juga nak jadi pahlawan. Ehh..kamu kan dah pernah nikah dulu.
Jangan yang dulu dijadikan tidak bermakna..bila kamu dapat yang baru”.
“Dulu
tu saya nikah tergesa-gesa nek. Nikah kat pejabat ugama..”.
“Haa
macam mana pula tu..kamu kena tangkap basah ke??”
“Ehh
tak adalah tangkap basah. Masa tu saya masih belajar kat luar Negara..bila emak
saya suruh balik sekejap untuk nikah dengan kawan sepermainan saya masa kecil”.
“Kenapanya
yang jadi macam tergesa gesa macam tu”.
“Dari
cerita emak saya, katanya kawan sepermainan saya ni dimadu dengan
suaminya.. kemudian madunya tu ubatkan suami, sampai suaminya tak ingat kan dia.
Lepas sahaja dia bersalin tiga hari suami tak balik jenguk dia. Kerana takut
sejarah lama berulang lagi dia minta
cerai. Enam bulan Lepas edah, emak dia dan emak saya berbincang nak nikahkan
dia dengan saya. Yang sebenarnya emak kami kawan baik dari sekolah sampailah
mereka dah tua. Saya ikut sahaja cadangan emak. Tak ada persediaan apa
pun..Saya balik pun seminggu sahaja..sebab masa tu saya sedang menjalani
latihan. Jam latihan akan diguna pakai menentukan lulusnya saya dalam bidang
kedoktoran. Kalau tak cukup saya akan mengulangi sekali lagi satu semesta. Itu
yang macam tergesa-gesa”
“Ohh..Jadi
memang tak ada bersanding bagai ke..tak ada adat meminang.”
“Meminang
ke tak saya tak tahu..sampai sahaja kat rumah emak esoknya saya dah disuruh
bersiap pergi nikah.. kenduri doa selamat pun tak ada nek. Maklumlah masa tu yang
ada emak dan emak mertua saya sahaja..mereka pun bukan orang melayu sejati.
Emak saya memanglah mualaf yang dah dibuang keluarga.. sebelah ayah saya pula memang
tak pernah menerima kehadiran kami. Sebelah bekas isteri saya pun macam
tu..yang ada hanya keluarga sebelah
emaknya nenek dia berketurunan Cina Baba mualaf juga”.
“Ohh
kesahnya kalau macam tu..kali yang kedua ni buat betul-betul. Haa ni pilih warna
apa”. Sambil mereka memilih sambil mereka berbual hal keluarga masing-masing. Sehari
suntuk Doktor Johan menemani nenek bakal isterinya membuat persediaan
pernikahannya. Dihujung hari, siap dibeli baragan yang hendak dijadikan barang hantaran
sekali.
“Nek..
barang apa lagi yang kita nak sediakan untuk hantaran ni”.
“Untuk
pihak lelaki siapkanlah tujuh dulang..pihak kami akan balas dengan 9 dulang”.
“Habis
ni hanya ada lima barang sahaja ni”.
“nak
cukupkan tujuh kamu belikanlah buah-buahan..bagi buah-buahan tempatan pun tak apa..
nenek suka mangga, belimbing besi pun dah cukup. Ehh nenek lebih-lebih dari
pengantin perempuan pula.. Johan tak kisah ke”.
“oklah
nek..nenek kan nenek pada pengantin perempuan..kan tersebut juga pengantin pada
hujung gelaran nenek tu”..ha ha ha terletus juga gelak perlahan di hujung
bicara mereka. Hati mereka bahagia itu yang muncul sifat gembira.
“Nek
takkan nak bagi buah-buahan tempatan..kan Nampak murah sahaja”.
“Tak
apa..walau pun tak nampak grand tapi dia banyak khasiat kan. Kita makan nakkan
khasiatnya bukan nak nampak grand nya. Satu lagi belikan lah coklat atau
kek..untuk manisan, ini supaya hubungan
kita suami isteri sentiasa manis sepanjang perkahwinan kita. Tentu Johan nak
yang macam tu kan.. nak perkahwinan tu manis kekal sepanjang hayat dan terus hingga
kesyurga.”
“Oh
macam tu..agaknya simbolik pada bunga rampai tu untuk perkahwinan kita wangi ye
nek”..Dah macam budak tadikan pula gaya bahasa doctor ni.
“Ialah..
buah dan coklat tu dah dekat harinya
barulah beli. Nanti rosak pula”.
“Ok
nek..kita nak solat kat mana ni dah pukul tiga ni..kita tak solat lagi makan tengahari
pun belum”. Seronok juga berjalan dengan Tengku Faridah bualnya tak pernah
kering. Jangan fikir keluar dengan mak we yang muda seksi sahaja seronok, keluar dengar orang lama pun seronok juga tau..
“Nenek
rasa kita solat kat rumah nenek sahaja..Johan ada nak beli barang lagi ke?”.
“Rasanya
itu sahajalah nenek. Kalau tak cukup esok saya beli sendiri.”
“Johan
ada yang nak tolong gubahkan hantaran…kalau tak ada minta diorang gubahkan pun
boleh rasanya?”.
“Nanti
saya tanya emak kawan baik saya..mungkin dia boleh tolong. Kalau dia tak boleh
nak tolong saya masukkan dalam kotak tak apa kan nek”. Terlintas di fikiran
Johan emak Azrul Azam, dia akan meminta bantuannya nanti. Dia ingin merasai
kesibukkan persiapan menjelang hari pernikahannya. Dibenak doktor Johan juga
akan meminta ahli keluarga Azrul Azam menjadi wakil mengiringi dirinya kemajlis
itu nanti..
“Boleh
nenek tak kisah. Kalau dah tak ada apa, jomlah kita balik, kalau sampai waktu
orang balik kerja jem pula nanti..kita solat kat rumah lebih selesa ye Johan”.
“Kita
tak makan dulu ke nek..depan tu ada KFC tu”. Muncung Johan Hamdi terarah ke
restoran makanan segera diseberang jalan.
“Nenek
yang sebetulnya tak lapar lagi..Johan tahu tadi nenek makan pagi dua
kali..makan masa dengan atuk kemudian Johan tadi..itu yang tak lapar ni..Johan
dah rasa lapar ke..kalau Johan lapar jom makan nenek teman”.
“Saya
pun tak lapar lagi saya makan pulut kuning tadi banyak. Lepas tu rasa lempeng,
sedap pula..makan sampai tak hingat.. walau pun perut dah kenyag. Saya tak
pernah makan lempeng nek dan tak tahu
lempeng ni sedap. Ingatkan nak jamah sikit sahaja tapi bila dah rasa macam tak
boleh berhenti pula saya makan..nampak tak menarik tapi bila makan sedap pula”.Johan
berkata perlahan dihujung ceritanya seolah-olah untuk dirinya sendiri tetapi
masih didengari oleh Tengku Faridah.
“Tu
Johan tak cicah dengan kuah lemak atau pun kari, lagi sedap Johan”.
“Ye
ke nek teringin pula saya nak rasa”. Kuat sedikit suara Johan seakan teruja
mendengar cerita bab makan.
“Tak apa
esok kalau dah kahwin dengan Hidayah suruh dia masak, dia pandai juga masak
lempeng tu”. Tergelak lagi dua manusia yang baru berkenalan tetapi sudah ada
keserasiaan.
Salam....akhirnya...berjumpa lagi kita ye cik sufi jamal...lama sungguh menunggu...baru sekarang dapat merasa....he he he !!!! TQ.....
ReplyDelete