Pintu rumah puan Maria
sudah sedia terbuka luas. Dari luar lagi nampak Diana Natasya duduk disofa diruang tamu dengan mata
memandang keluar, mungkin menanti kepulangan Johan, namun Johan pula selepas menaggalkan kasut tampa
salam tampa sapaan ‘Hai’ unuk Natasya
terus sahaja dia menonong masuk kebilik mommynya.
“Assalamualaikum..mommy
dah solat Asar mee?”.Untuk mommynya pandai pula dia memberi salam. Dia bertanya
solat mommynya kerana pada kebiasaan waktu
Asar mereka bertiga akan solat berjemaah dirumah. Natasya hanya dapat mendengar suara sayup anak
beranak itu berbicara kerana pintu bilik ditutup rapat, kemudian berdetap
menandakan tombol pintu dikunci dari dalam. ‘Entah
apa relevennya Johan mengunci pintu’..detik hati Natasaya.
“Sudah..lepas Jo hantar
Dayah mommy solat sendiri”. Memang sudah banyak perubahan pada diri puan Maria
sejak dia mengikuti kelas fisioterapi setiap minggu. Kini dirinya sudah boleh
menguruskan dirinya sendiri dibilik air, menyuap makanan dan perkataan yang
keluar dari bibirnya sudah boleh
difahami sedikit oleh orang yang selalu berdampingan dengannya. Mendengar
jawapan mommynya terus sahaja Dr Johan
mengelungsur keatas katil. Mata terpejam…namun keluar juga suaranya.
“mommy Jo nak tidur
sekejap”. Tiada jawapan dari mulut puan Maria..dia hanya memerhati tingkah anaknya yang diduga
sekali lagi. Melihat wajah letih dan suara sayu anaknya dia sangat bersimpati.
Dia tahu anaknya sedang bersedih dengan apa yang telah berlaku. Jodoh itu dia yang menunjukkkan..ada rasa
bersalah dalam hatinya. Tidak lama Dr. Johan melelapkan mata kedengaran suara
azan Magrib berkumandang. Dr Johan membuka mata lalu duduk sambil mulutnya
menyahuti seruan azan dengan suara perlahan.
(Hanya untuk mengingatkan
diri supaya dapat mengingatkan anak lelaki mak teh)..Sunat Azan
Orang yang melaungkan
azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis.Beliau
juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat
dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan
hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah
ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan
hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata
tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika
ada uzur.
Ketika muazzin membaca
“hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke
sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan
dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu
menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.
Disunatkan juga muazzin
memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk
meninggikan suara. Muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.
Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan
dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala
as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala
quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada
Allah”.
Azan itu hendaklah
dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.
Al-Imam al-Nawawi di
dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [1]:
"Dan ketahuilah
bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap
orang yang mendengarnya sama ada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath
atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan
orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari
menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak
dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."
Doa selepas Azan
Setelah selesai azan, doa
berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang
mendengar azan:
اللهمربهذهالدعوةالتامةوالصلاةالقائمة
Wahai Allah, Tuhan yang
menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آتمحمداًالوسيلةوالفضيلة
Datangkanlah Nabi
Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),
وابعثهمقاماًمحموداًالذيوعدته
Serta kedudukan yang
terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.
Diana Natasya diruang
tamu rasa tercabar..dirinya sudah tidak dapat menarik perhatian Johan Hamdi
lagi. Apa kah sudah pudar daya penarik dirinya sehingga tidak dapat menggugat
rasa lelaki normal dengan kecantikan dan keseksian dirinya. Hendak menerjah
masuk kebilik puan Maria terasa dirinya seperti seorang perempuan yang terdesak
pula.
Usai seruan azan Johan
Hamdi pintu bilik puan Maria dibuka dari dalam terjengul Johan Hamdi yang masih
berpakai tadi. Kemudian dia menuju kebilik tidurnya. Bilik yang dihuni bersama
Nur Hidayah selepas mereka sah menjadi
suami isteri. Bilik itu juga pernah dihuninya bersama Diana Natasya ketika
mereka menjadi suami isteri tiga tahun yang dulu. Langkahnya diikuti oleh Diana
Natasya dengan senyum simpul terlukir dibibir. Natasya beranggapan Dr. Johan
sudah tewas..dia tidak akan mampu mengenepikan dirinya yang cantik, seksi, menawan
yang penuh daya tarikkan. Sampai didalam bilik, Natasya duduk dibirai katil
sambil memerhati tingkah Johan yang membuka almari pakaianya. Dia kebiliknya kerana mahu mengambil
baju-bajunya. Senyum Natasya masih
terlukir kerana mindanya membayangkan Dr. Johan sudah mahu mencari baju tidur
sedangkan magrib baru di awal waktu..sungguh dia sudah tidak sabar menanti
malam merangkak jauh iulah yang tergambar di minbda Diana Natasya. Rupanya
tidak lama senyum yang meniti dibibirnya, bila melihat Johan mula mengeluarkan sehelai demi sehelai
pakai kerja dari almari pakaianya. Yang dikira sudah lima helai baju dan seluar
kerjanya disangkut dibahunya.
Bila merasakan tidak
cukup bahu untuk menampung segala pakaianya, Johan mengambil sehelai kain
pelikatnya lalu menghamparnya di atas lantai, kemudian mencampakkan
baju dan seluar yang tersangkut dibahunya, dia membuka laci dan
memunggah segala seluar dalam, baju singletnya dan tiga helai kain pelikat ke hamparan kain pelikat yang dibentangnya tadi.
Hampir habis baju dan seluar yang
bergantungan dialmarinya. Begitu juga dengan pakaian kecilnya.Terkebil-kebil
mata Natasya melihat tingkah lelaki dihadapannya..ringan mulutnya bertanya
untuk mencari kepastian..
“Ehh..You nak pergi mana Jo
..macam nak pindah bilik sahaja ambil baju banyak-banyak ni”.Tiada sebarang suara
yang keluar dari celah bibir Johan.
“Jo! You nak pindah bilik
ke?. You tak nak duduk sebilik dengan I ke?”. Agak tinggi sedikit suara Natasya
bila soalan tidak mendapat jawapan dari
Johan. Bila Johan tidak memberi reaksi Natasya mengeluarkan lagi apa yang ada
dihatinya. Kedengaran sedeh suara Natasya.
“Johan..kenapa you tak
hiraukan I. I sayang you Johan..cinta I pada you tak pernah berubah.” Mendengar
perkataan sayang dan cinta dari bibir Natasya Johan memalingkan diri memandang
kearahnya..
“Sayang ke kalau you
selalu tinggalkan I. Seorang isteri kalau sayang kan suaminya dia tak akan
meninggalkan walau apa pun keadaan suaminya.Yang I tahu naluri seorang isteri, dia rela menderita
bersama suaminya. Itu sebabnya ada orang cakap kesusahan suami adalah dugaan
seorang isteri. Tapi you…Yang I ingat seawal perkahwinan kita tiga bulan lagi
you dah tinggal kan I. Itu baru you diduga I tak dapat belikan you pakaian dan baranganan
mahal…you belum lagi diduga tak dapat makan sehari dua. You tak mahu langsung
nak memahami kesempitan I masa tu dan keadaan I masa tu (seorang pelajar
).Pakaian dan barangan you lebih penting untuk you dari I. Dulu I ingat masa kat Abedeen sahaja you
macam tu tapi tidak rupanya..You tak pernah nak membantu I menghilangkan
tekanan keliling. You tak pernah mahu membantu I menguruskan mommy I bila dia
diserang strok dulu.You tak pernah fikir bagai mana I nak membendung darah
panas seorang lelaki yang baru mengecapi alam rumah tangga.You hanya pentingkan
rasa seronok dan rasa puas diri you
sahaja. I tersedar yang sebetulnya you tak pernah nak rasa bersusahpayah dengan
I. Dahlah I malas nak cakap hal tu…”.
“Kenapa you tak
menghargai pengorbanan I..masa tu kita kan susah, I kenalah tinggalkan you
untuk cari duit..untuk keperluan kita juga kan.
Kenapa you tak cuba faham… Masa dah balik sini I pergi juga sebab masa
tu kedudukkan you yang tak setabil, kerja pun belum dapat lagi I, terpaksalah
juga cari duit untuk kita..I nak tolong
menampung kehidupan kita. I tahu kewangan you tak berapa nak cukup untuk
menampung keperluan kita..nak makan pun bertahan-tahan…bukan I tak mahu jaga
mommy you.”.
“You jangan nak membelit
kata Didi”.
“Jangan panggil I Didi..sekarang
I Natasya”.
“Tak kira apa pun nama
you, you tetap you.memang I belum ada kerja tetap masa tu…tapi I tahu tanggung
jawab I, itu sebabnya I berusha cari duit..I kerja kat stesen minyak, I buat
locum.. setakat you nak makan tiga empat kali sehari memang masih mampu I
adakan. Yang sebetulnya jika kita bersederhana, you tak akan kelaparan masa tu.
I masih mampu nak sediakan makan untuk you. Satu lagi duit kerja you bukan
untuk keperluan kita, tapi duit you hanya untuk keperluan you. Walau pun I
sedar duit gaji you memang I tak berhak nak ambil.. tapi kalau betul you nak
bantu, you boleh sahaja kerja kat sini..I bukan tak tahu tempat kerja lama you
offer kat you, hanya you yang tak mahu. I tahu kerja kat sini tak glamour macam
kerja kat LA. Mana nak sama Petaling Jaya dengan Los Angeles macam langit
dengan bumi..”.
“I tak kisalah pasal glamour..tapi kerja
kat sini berhempas pulas tapi gaji sikit..”.
“Itu hanya alasan you
sahaja . You sebenarnya you tak mampu
nak hidup seadanya dengan I. You yang tak mahu memahami keadaan I. Tapi ialah
you mana mampu hidup biasa-biasa..you tak pandai hidup ala-kadar atau hidup
hanya dapat makan sahaja. Dari situ I dah nampak kita memang tak ada keserasian
dan tak sesuai menjadi pasangan suami isteri. I sedar siapa diri I..I bukan
lahir dari keluarga kaya, belajar pun atas tanggungan biasiswa sahaja..tapi
waktu tu I bertahan mungkin lama kelamaan kita boleh mencipta keserasian..
Pasangan suami isteri yang serasi adalah pasangan yang boleh bertolak ansur
bersama berganding bahu melengkapi antara satu sama lain, tapi sayang you tak
boleh nak mencari keserasian dengan I sebab keadaan I…
… I tahu you hanya serasi
dengan orang yang sanggup mengadakan apa yang you minta dengan erti kata lain
hidup dengan orang kaya sahaja. Untuk pengetahuan you..bukan kewajipan seorang
isteri mencari duit menampung kehidupan”. Johan memusingkan badannya menyambung
kerja-kerja memunggah baju- bajunya yang terkendala. Dia sudah tidak
menghiraukan Natasya yang seksi yang sedang memandangnya. Dia terus sahaja meneruskan aktivitinya. Bila
dirasakan semua pakaian yang mahu dipakai sudah mencukupi dia membunjut kain
pelikat tadi lalu dipukul di bahunya seperti pendekar bujang lapuk lagaknya. Kemudian
langkahnya menuju kepintu.
“Bertuahnya I dapat suami
macam you..suami yang tahu tanggung jawab dan suami yang memahami..lepas ni I
tak akan tinggalkan you lagi. Lagi pun you dah ada kerja dan dah ada pendapatan
tetap kan”. Johan hanya mendiamkan diri bagai dia tidak mendengar pujian yang dikeluar dari celah bibir
Natasya. Rupanya pujian nya tidak mendapat mencairkan kebekuan Dr. Johan, dia
meneruskan lahkahnya.
“Johan! You marah dengan
I ke? sepatutnya I lah yang marah dengan you sebab you tak setia..Belum
beberapa tahun I tak ada didepan mata
you ..cinta you dah berubah arah..mudah sungguh you mendapat dan membina cinta
baru.. mana janji you yang nak jaga I
hingga akhir usia I. Mudah sungguh you melupakan janji masa kita baru nikah
dulu”. Rasa berbulu telinga Johan bila Natasya bercakap tentang setia dan cinta.
Memang dia pernah berjanji akan menjaganya Natasya diawal pernikahan mereka dulu, bila
dilihat Natasya bagai hilang kepercayaan kepada lelaki dan perkhawinan. Dia
tahu perceraian Natasya dengan bekas suaminya disebabkan dirinya yang terabai,
bila bekas suaminya melebihkan isteri yang seorang lagi..maklumlah Natasya
berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri. Melihat sikap dan cara Natasya,
baru dia tersedar keberangkalian sangat tinggi Natasyalah yang meminta cerai
dengan bekas suaminya dulu... bukan Natasya yang terabai, tetapi mungkin dia
meminta bekas suaminya menceraikan isteri yang seorang lagi bila permintaannya
tidak dapat dipenuhi dia pula yang meminta cerai..Johan Hamdi sememangnya tidak
mendengar apa yang diperkatakan oleh Natasya kerana hati sibuk menganalisis
cerita lamanya. Natasya jadi hilang sabar bila dirinya tidak dihiraukan. Terasa bagai dia bercakap dengan tunggul sahaja. Buntu
kepalanya memikirkan cara bagai mana mahu menarik perhatian Johan.
“Johan, I nak you tukar
perabut dalam bilik ni. I tak mahu tidur
diatas katil yang dah diguna oleh orang lain”. Cubaan menukar topic
perbincangan untuk menarik perhatian..juga tidakmendapat tidak balas.. akhirnya memetir suara Natasya
yang terlepas untuk melepaskan rasa sebal hatinya.
“Johaaan!!!..you dengar
tak, apa yang I cakap ni. I nak you tukar semua perabut dalam bilik ni, I tak
mahu berkongsi barang dengan orang. ..tukar sekarang Johan ..sekarang!!”.Jerit Natasaya
..haa Diana Natasya sebenarnya sudah muncul ..wanita yang suka terpekek
terlolong bila kehendaknya tidak dituruti. Itulah detik dihati Johan Hamdi.
“Heii..you dah gila
ke..terpekek-pekek tengah Magrib ni. I nak solat kalau nak solat sama siaplah.”
Sebagai seorang Islam kita wajib mengajak orang muslim lain bersolat sama. Perbuatan
yang sangat mulia yaitu mengajak muslim atau muslimah untuk mengingat Allah. Mana
tahu terbuka pintu hati orang yang diajak menunaikan kewajiban seorang hamba
dengan ikhlas.Tetapi yang sebenarnya sejak Natasya menjadi isterinya dulu dia
tidak pernah melihat Natsya bersolat atau menjadi makmumnya bersolat. Tetapi
dulu dia pun begitu, solatnya lompong-lompong..solat jika terasa ada masa untuk
bersolat. Setelah dia duduk sebilik dengan Ahmad Luthfi anak seorang imam semasa
dia belajar di bumi Abedeen..dia menemui Hidayah.
Terkedu Natasya mendengar
ajakkan Johan.Dalam kepalanya ligat mencari alasan untuk tidak dia mengikuti
ajakkan. Melihat Johan melangkah keluar bilik, dia mengekori lagi. Namun
langkahnya berhenti diruang tamu bila
JohanHamdi masuk kebilik mommynya dan kedengaran suara nya berbicara
dengan mommynya. Dan sekali lagi pintu bilik mommynya ditutup dan dikunci dari
dalam.
“Mommy jom Jo tolong mommy
ambil wudu’” .
Magrib itu dia seorang
sahaja mengurusi mommynya bersiap untuk solat. Selalunya Hidayah yang membantu
menyiramkan air untuk mommynya berwuduk dan Hidayah juga yang tolong memakaikan
telekung. Bukan itu sahaja dia juga yang selalu menolong mommynya merapikan
diri memakaikan bedak dan menyisirkan rambut. Bila dipandang cara Nur Hidayah
menyiapi mommynya seperti seorang ibu yang menyiapi seorang anak yang baru
berusia tiga tahun. Tapi dari situ dia dapat menilai penerimamaan Hidayah
terhadap mommynya. Dia menerima dengan hati yang ihklas tiada pura-pura dan tidak hanya
didepan matanya sahaja..
Dulu sewaktu Diana
Natasya masih menjadi isterinya tidak pernah Johan Hamdi melihat mereka duduk
berbual, biar pun bukan sehari dua mereka berdua kenal antara satu sama lain.
Mommnya mengenali Diana Natasya sejak dia
baru lahir lagi. Bila ditanya mengapa Natasya tidak suka berbual dengan
mommynya.. Kaanya dia tidak suka berbual bersama orang yang sudah berumur
kerana cerita mereka berbeza.Tetapi tidak pada Hidayah dia suka bertanya itu
dan ini dengan mommynya kerana dia ingin memahami.
“Sayaang faham ke apa
yang mommy cakap tu…mommy cakap Cina
tu”..
“itu sebabnya Dayah kena
selalu berbual dengan mommy supaya Dayah faham apa yang mommy cakap. Jadi kalau abang
kerja hari Sabtu dan Ahad tak adalah Dayah mati kutu tak bercakap”. Apa yang melintas diminda Johan jadi terbubar
bila mendengar suara pelat dari mommnya
menjawab ajakkannya tadi.
“tak apa Jo mommy boleh
buat sendiri”.
“Tak apa mee..masa Jo ada
ni biar Jo tolong. Selalu Dayah yang tolong mommy hari ni Jo uruskan mommy Jo sendiri”.
Yang sebenarnya latihan
fizikal yang dijalani setiap minggu sangat membantu memulihkan kesihatan
fizikal puan Maria, ditambah lagi dengan latihan yang dibantu oleh NurHidayah
ketika dia dirumah. Nur Hidayah akan menyuruhnya berjalan berpengang dinding
atau berjalan dengan menolak kerusi, dan sesekali jika Johan dan Hidayah bercuti
mereka akan membawa mommynya berjalan di atas rumput. Kata orang dengan cara
itu boleh meransang perjalanan darah ditapak kaki.
Terjemahkanwww.revasi.com/.../jalan-tanpa-alas-kaki-tingka...
Efek pijakkan dan
sentuhan tanah maupun rumput akan menstimuli otot dan saraf tubuh ... Salah
satu fungsi berjalan tanpa alas kaki akan merangsang saraf. Anda dapat
mempraktikkan berjalan tanpa alas kaki ini di atas rumput atau tanah atau jalan
tar...Berjalan tanpa alas kaki dapat mengubah keaktipan elektrik dalam otak
yang dapat menstablikan detak jantung, meningkatkan penyaluran glukosa,
meningkatkan antioksidan dalam tubuh, mengurangi risiko peradangan, mengurangi
stres, meningkatkan sel-sel darahmerah, menghilangkan racun dalam tubuh,
meningkatkan kekebalan tubuh, dan konduktivitas kulit yang lebih baik. Ini yang
dikatakan oleh seorang pakar kesihatan dan ahli saraf di Inggeris.
“Mommy kena jalan juga
sikit..perlahan-perlahan supaya kaki mommy ni bergerak. Nanti kalau tak ada
pergerakkan kaki mmommy ni akan mengecut atau jadi pengkar mee..jalan
perlahan-lahan ye,Dayah tolong..”
“kan kita dah buat
eksesais tiap-tiap minggu. Mommy kesiah Dayah baru balik kerja.”.
“Tak apa mee..Kita kena
buat hari-hari kalau nak cepat baik..ni masa Dayah ada Dayah tolong mommy.
Dayah kesian mommy..nanti mommy tak
boleh nak berjalan lansung..nanti kalau dah ada cucu mommy tak dapat nak dukung
.” Ha.. ha..ha Hidayah dan puan Maria gelak suka bila menyebut penambahan ahli
keluarga. Itulah cara NurHidayah memberi
semangat kepada emak mertuanya supaya
berusha mahu menjadikan dirinya sihat. Reda gelak nya puan Maria menyambung
kata.
“Mommy takut jatuh nanti,
kalau mommy jatuh susah kauorang nak jaga mommy lagi...”.
“Kan Dayah ada..Dayah
jaga mommy jangan sampai jatuh”.
“Mommy kesian Dayah baru
balik kerja, tak penat ke”.
“Alah Dayah bukan buat
kerja berat pun kat office tu..kira-kira nombor sahaja..meh Dayah tolong tarik
tangan mommy..Dayah teringin teguk mommy jalan tampa kerusi roda..Dayah
teringin nak ajak mommy shopping satu KL ni”.Ha ha ha..mereka berdua ketawa
lagi. Yang sebenarnya puan Maria rasa sangat bahagia.
Dengan usha yang
bersungguh dan hati yang bahagia dapat dirasakan keadaan dirinya semakin pulih,
biar pun masih menggunakan kerusi roda. Dia sudah boleh mengerakkan kaki dan
tangannya dan mengangkat tubuhnya untuk naik kekerusi roda dengan sendiri. Jika
latihani berterusan kemungkinan besar dia boleh mengurusi dirinya sendiri tampa
bergantung pada orang lain.
Setelah sempurna berpakaian untuk bersolat mereka keruang
tamu, dilihat bibik sudah siap membentang sejadah. Natasya pula duduk
menyandarkan diri disofa ruang tamu. Ketika mereka bersolat diruangtamu
berimamkan Johan Hamdi. (Johan Hamdi, puan Maria dan bibik). Natasya hanya
memandang sahaja. Tadi bila Doktor Johan mengajaknya sekalilagi, dia mengatakan
dia sedang uzur.. Usai solat dan bersalaman dengan mommynya dan sebelum dia
menyorong kerusi roda mommynya masuk kedalam bilik..
“Bibik cepat siapkan
makan malam..saya letih malam ni..jadi nak cepat makan”.
“Baek pak”. Johan Hamdi
menyorong kerusi roda mommynya melintasi
Natasya yang masih duduk disofa namun tidak dijelingnya Natasya yang duduk
memandang kearahnya. Melihat tingkah
Johan Hamdi timbul rancangan dikepalanya..
‘Oh aku mesti cari jalan supaya Johan pandang aku sampai sayang dia nak berkelip
mata’..itu azam yang berputik hati
Natasya.
Tidak lama bibik
berhidang dia keruang tamu dan mengetuk bilik puan Maria. Dia mengajak ahli
rumah puan Maria dan Natasya makan malam. Ketika dimeja makan sekali lagi Johan
Hamdi tidak menghiraukan kehadiran Natasya. Dia tunduk menyuap nasi biar pun
Natasya duduk bertentangan dengannya. Tiada sapaan atau perbualan yang keluar
dari bibir orang yang dimeja makan. Tidak seperti selalu riuh mulut Johan
bersamaaan riuh mulut Hidayah dan puan Maria..riak Dr. Johan yang selamba
membuatkan Natasya rasa makin tercabar. ‘Dibuatnya kita macam tak bermakna langsung
pada dia’…itulah kata-kata yang bergema dihati Natasya..emmm ligat kepala
Natasya mencari jalan mencairkan kebekuan Dr. Johan.
Tidak lama lepas makan
malam kedengaran sayup laungan azan Isyak bersahut-sahutan. Mereka terus
mengerjakan solat Isyak manakala Natasya mengambil perluang mempersiapkan diri dengan
pakaian tidur. Dia memakai baju tampa
lengan yang beropol dibahagian bahunya. Kainnya dari jenis kain satin tetapi agak
nipis yang berwarna merah pekat menyerlahkan
lagi kulit putihnya yang gebu. Dibahagian belakang dan dadanya agak terdedah
menampakkan lurah dalam yang terbentuk dalam
hasil apitan gunungnya yang besar.. wahh
kelihatan putih dan montok. Rambutnya
pula sengaja di ikat ekor kuda tinggi menampakkan
leher jinjangnya yang putih hangat. Uhh sungguh seksi. Untuk lelaki normal
hidangan yang dihidangkan itu sangat
menyelerakan kehendak nafsu batin.
Jangan la si Johan ni tergoda. Teruk sungguh perangai si Didi. dah kata uzur lagi nak goda² nafsu org. Hiiii....
ReplyDeleteuzur yg diuzurkan sendiri.........bak nafsu didi tak uzur...he..he...iman dr jo kan kuat tak tergoda punya..hanya hidayah di hati..he..he..he
ReplyDelete