Sudah setahun Dr.Johan
dan Nur Hidayah melayari bahtera rumah tangga.. mereka bahagia. Bagi Johan
Hamdi dia bersyukur bertemu jodoh dengan Nur Hidayah. Kini kehidupan sempurna biar pun belum lagi dikurniakan
dengan cahaya mata penambat kasih. Baginya tak perlu ada anak untuk menambat
kasihnya kerana kasihnya sudah lama tertambat sejak ucapan ijab dan Qabul dihadapan
khadi dulu. Mereka berganding bahu menguruskan puan Maria mommynya. Dan dia
melihat mommnya bahagia. Bahagia mommnya adalah kebahagiaannya. Dia merasakan
Nur Hidayah adalah adalah tulang belakangnya.
Sejak dia kenal mesra
dengan Tuhan Yang Mencipta Seluruh Alam dan sejak dia menjadi hamba yang taat
Johan mengimpikan membantu mommynya beribadah juga. Namun untuk melakukan
seorang diri sukar baginya. Kini dengan kehadiran Nur Hidayah dia dapat
merelisasikan impianya. Jika ada
kesempatan solat berjemaah Johan Hamdi akan menjadi imam kepada isteri dan
mommy dirumah. Begitu juga dengan puan Maria kini solat adalah kewajiban yang
wajib ditunaikan lima waktu sehari walaupun tiada anak menantu yang menuntunnya
bersolat. Dia sudah boleh bersolat sendirian.
Tapi dugaan Allah
siapalah yang boleh menghalang. Ada juga
dugaan orang yang mahu kekal bahagia rupanya. Petang itu sepulangnya mereka
dari kerja mereka sudah ditunggu oleh seseorang diruang tamu.Tetamu yang
dulunya sangat rapat dengan Dr Johan.
Sambil berbual ceria pasangan bahagia Johan dan Hidayah masuk
kerumah setelah keduanya memberi salam.
Tertegak Dr Johan memandang wajah yang tercongok diruang tamu. Spontan bibirnya
menutur nama yang sudah lama terperosok didasar hati. Dan nama itu juga sudah hamper hilang dan pudar ditindan dengan kebahagiaannya sekarang.
“Didi!!..”..Itulah nama yang diseru bila terpandang wajah
diruang tamu yang sedang merenung kearahnya. Beberapa saat dirinya kaku diambang
pintu. Bila dia tersedar dari rasa terkejutnya. Laju lehernya memusing
kebelakang bila teringat isteri dibelakanngnya. Digapainya tangannya. Nur Hidayah
juga terpinga-pinga bila ada sorang wanita cantik dan seksi yang tidak dikenali
berada diruang tamu rumah mereka tampa ditemani oleh sesiapa. Dimanakah ibu
mertuanya?
Pada kebiasaan puan Maria
akan menanti kepulangan mereka diruang tamu dengan wajah ceria. Sejak
bermenantukan Nur Hidayah hidupnya berubah. Makan pakainya berjaga, kesihatanya
juga berpantau. Dihujung minggu dia akan dibawa kepusat terapi untuk menjalani
latihan fizikal. Kini dirinya sudah menunjukkan sedikit perubahan. Bagi dirinya
yang merasakan dirinya sudah agak ringan sedikit hasil dari rawatan terapi yang
dijalani. Walaupun belum boleh lagi
berjalan mahupun mengangkat badan dengan sedirinya namun keperluan didalam
bilik air dia sudah mampu melakukan sendiri. Pada kebiasaan dia menanti diruang
tamu dengan keadaan sudah rapi dan bersih dan bersedia bersolat dengan anak dan
menantunya.
“Ohh sayang sini”. Suara
Johan ceria sambil menarik tangan isteri untuk diperkenalkan kepada tetamu yang menunggu kepulagan mereka.
“Apa you panggil dia Jo..sayang???..Siapa dia, berani you bawa perempuan lain dalam rumah
kita ni”. Soal tetamunya garang. Dia sudah bangun dengan kedua tangan dipinggang
dan raut wajahnya nampak tegang
“Didi biar I terang kan”.
“Panggil I
Tasya..sekarang I Tasya …Natasya bukan lagi Didi”.
“Ok..Apa-apalah yang you suka..Ini isteri I nama dia…”.Terus sahaja
dimemperkatakan kebenaran dia tidak suka berselindung. Mendengar apa yang
diperkatakan terus sahaja Natasya berjalan menghampiri
Dr Johan dan Hidayah yang baru melepasi ambang pintu masuk.
“Apa???Isteri???bila I izinkan you kahwin lain..I tak rela
you madukan I. Ceraikan dia sekarang”.. Berkerut dahi Johan mendengar permintaan
Natasya.
“Ehh apa pula hak you nak sekat kebebasan I..kita dah tak ada kaitan apa-apa. You dengan I dah
tak ada apa-apa hubungan lagi.”.
“Siapa kata I tak ada hak dan siapa kata kita tak ada kaitan..baru
setahun lebih I tinggalkan you, you dah
tak ingat siapa I disisi you atau sebab betina ni you jadi lupa pada I. Ubat apa yang you dah bagi pada suami I haaa”
jerkah Diana Natasya di muka Hidayah.
Hidayah jadi mengundur kebelakang menjauhi.
Dia terkejut dengan jerkahan yang tiba-tiba.
“Didi!!!” Keras suara Johan mengingatkan bekas isteri bila
mendengar gelaran yang diuntukkan pada Hidayah
“BETINA”.
“Panggil I Tasya..I bukan lagi Didi yang boleh you perkotak katekkan.”
“Bukan I yang lupa Tasya..you..you yang lupa kita dah
bercerai sebelum you pergi keluar negara mengejar kerjaya you dulu”.
“Apa buktinya yang kita dah bercerai..I tak terima pun surat
cerai dari you. I nak bukti yang kita dah bercerai mana surat cerainya. Keji
sungguh you, I pergi sekejap, you dah cari betina lain, sedang kan I tak pernah
cuba cari lelaki lain dalam hidup I. Walaupun bersepah lelaki yang lebih baik
dari you kat luar sana. Mana kesetiaan you, mana rasa cinta you pada I selama
ni.. atau kesetiaan you dah terbang bila digoda dengan betina ni. Hairan I.. dengan
sekali goda you tersunggkur. Bertudung konon tapi perampas. Hei betina tak tahu
malu jampi apa yang you dah baca sampai Johan dah tak ingat I lagi. Cuba you
cermin muka you tu cantik sangat ke?? Macam jamban tak siap... You tahu tak yang
dia tu suami orang..jangan ingat nak
tumpang senang sebab dia tu doctor.”
“Diam!!! Sekali lagi you panggil Hidayah macam tu I tampar
muka you”.
“Habis I nak panggil dia apa..memang dia perampas. Dasar
betina gatal.”
“Jangan tuduh dia macam tu..dia bukan wanita yang
macam tu”. Johan menarik Hidayah dan meletakkan dibelakangnya seperti mahu memberi
perlindungan bila melihat Natasya makin agresif. Makin terbakar hati Natasya
melihat perlakuan Johan Hamdi.
“Habis kalau dia bukan betina gatal yang merampas laki orang
apa namanya..you nak bagi gelaran dia ‘anjel’.
Pandai you nak bela dia kan..memang sah you dah kena jampi..entah ilmu hitam
apa yang dia dah kena kan pada you Johan, hingga you dah tak nampak buruk nya
dia..yang lagi hebat you terus lupa pada I yang dah bertahun you kenal. Terlupa
yang I ni isteri you”.
“Isteri apanya..yang I tahu kita memamg dah bercerai”..
Kecoh diruang tamu dengan suara pertengkaran.
“Bercerai apanya Johan… mana bukti yang you dah ceraikan I, I
tak pernah terima surat cerai dari you. Selagi tak ada bukti yang kita dah
bercerai, I masih isteri you dan I ada
hak bersuara. I tak rela diri dimadu..sekarang you ceraikan betina perampas ni..ceraikan
dia sekarang”. Jerit Natasya lagi. Melihat Diana Natasya yang menjerit mengamuk
bagai hilang pertimbangan Nur Hidayah memegang lengan suaminya.
“Bang..”
“Hei!! siapa suruh you sentuh suami I..dia suami I, jangan
nak berlagak manja didepan mata I ni. Jangan cuba nak beraksi romantik didepan
I..I ni masih isteri dia.” Nur Hidayah melepaskan pegangannya dan berundur
beberpa langkah menjauhi suaminya semula.
“Sayang pergi masuk bilik, biar abang selesaikan perkara
lama abang dengan dia”.
“Johan!!! I tak izinkan dia masuk bilik kita..bilik tu bilik
kita berdua..orang lain tak boleh sesuka hatinya masuk!!!” jerit Natasaya bagai
orang hilang akal bila mendengar panggilan
sayang Johan untuk wanita lain selain dirinya. Dengan laju dia berlari keluar
rumah. Johan dan Hidayah memandang hairan. Kuat menjerit sungguh si Natasya
detik hati Nur Hidayah.
“Johan!! kalau you tak ceraikan betina gatal ni sekarang, I akan jerit biar semua orang dalam taman ni
tahu yang dia dah rampas suami I. Sekarang.. I nak sekarang juga you cerai kan
dia.” Melihat keadaan Johan Hamdi yang
serba salah dan bagai enggan mengucapkan perkataan cerai untuk Nur Hidyah, Natasya mengugut lebih berani. Bagi
Johan sememang nya dia tidak mampu mahu mengucapkan perkataan cerai untuk
isteri sebaik Nur Hidayah. Diana Natasya
makin mendesak.
“Johan! you jangan nak main-main dengan I, ingat I tak
berani nak jerit ke.. sekarang Johan..sekarang!! cerai kan dia.” Suara rendah keluar
yang dari rengkung Natasya kedengaran tertahan-tahan
kerana geram dan marah.
“Kenapa you buat I macam ni Tasya..I tak pernah susahkan
hidup you selama ini. You yang pergi dari I. You yang minta cerai. You kata you
nak bebas..you yang tak nak terikat
dengan tanggung jawab sebagai isteri..you yang nak cari duit sendiri
sekarang kenapa you lupa semua yang you
minta Didi.” Sayu suara Johan mengingatkan apa yang diminta oleh Natasya
setahun lebih yang lalu.
“Bila masa I minta cerai dari you Johan..bila??. Memang I
pergi dari you kerana I memang nak cari duit yang tak mampu you sediakan..I tak
nak menyusahkan you dengan keperluanya I. I tak pandai pakai barang jenama tipu..
I tak selesa nak pakai barangan jenama murah. Itu sebabnya I cari sendiri sebab
I tak mahu menyusahkan you dengan gaya hidup I..tapi I tak minta di cerai kan..”
“Habis kenapa you pergi juga, walau pun I dah kata kalau you
tak balik dalam masa sebulan dah dikira
kita bercerai.”.
“I tak dengar pun you cakap macam tu..Kalau I dengar tentu I
tak pergi..”.
“You jangan nak membelit kata... I dah ingatkan bila I dah
cakap macam tu ertinya talak akan jatuh untuk you dan kita dah bercerai.. You
kata you tak kisah dengan TALAK yang
jatuh untuk you dan pergi you pergi juga mengapa sekarang baru
you muncul..you ingat tak, tarikh you
keluar dari rumah ni?..Kalau dalam masa tiga bulan kita bercerai boleh lah nak kata you masih tanggungan I, tapi sekarang dah
setahun lebih baru you muncul semula you bukan siapa-siapa lagi pada I ”..
“Johan !! I tak kira you nak cakap apa tentang I, I tak kira
hikayat apa yang you karang..yang I nak you ceraikan perempun tu sebelum I menjerit.. Kalau
you ak ceraikan dia I akan menjeri bagi tahu semua orang.. betina gatal ni dah merampas suami I..Perempun gatal yang dah
jampi you sampai you tak kenal siapa I. Sekarang ceraikan dia Johan.. SEKARANG!!!”. Kelihatan Natasya sudah
naik angin. Sememangnya sejak mendengar
Dr Johan memanggil Nur Hidayah sayang angin Natasya naik tidak surut
lagi.. makin kencang adalah.
“Doktor Johan tolong lah..kalau doktor tak mampu, sebab saya
tak minta sekarang saya merayu untuk kebaikkan kita..tolonglah ceraikan
saya”. Dr. Johan menghampiri Nur Hidayah
dan merankulnya kemas..namun jeritan dari Natsya menyebabkan dia meleraikan
pelukkanya. Sekali lagi Nur Hidayah merayu dengan suara sayunya.
“Tolonglah doctor..saya tak mampu dikatakan perampas..” rasanya tidak terkeluar perkataan
PERAMPAS tetapi dirinya diperkatakan
dengan perkataan tak mampu diungkap dengan kenyataan.
“Hidayah abang tak pernah berniat..tapi untuk menghindar
perkataan itu abang rela..sekarang abang ceraikan Dayah dengan talak satu”.
Selepas mengucapkan perkataan cerai Johan Hamdi jatuh terjelepuk. Dia merasakan
anggota badan menjadi selemah-lemahnya. Nur Hidayah terduga lagi.
“Hei you dah dengarkan apa yang Johan ucapkan, pergi cepat
kemaskan barang-barang you dan berambus dari rumah kami”. Herdek Natasya lagi.
Nur Hidayah masuk kebilik
tidur mereka untuk mengemasi baju-bajunya. Biar pun apa yang dirasa oleh Johan dan
Hidayah..jika perkataan CERAI itu sudah terucap maka sahlah dia sudah
diceraikan. Dia sudah menjandi janda. Ikatan halal mereka sudah terlerai. Kini
mereka tidak boleh sesuka hati melakukan perkara intim hubungan suami isteri.
Puan Maria hanya dapat
memandang dari ambang pintu biliknya. Air mata yang terjun dari tubir matanya
memberitahu rasa hatinya. Kemudian dia
mengekori menantu tersayang dengan kerusi roda masuk kedalam bilik. Dia membantu dengan menggunakan kemampuan
yang terbatas melipati pakaian menantu
yang dicampak keatas katil. Keduanya membisu seribu bahasa hanya tangan
yang bekerja. Bagi Hidayah laju tanganya
bekerja namun bagi puan Maria tangannya berat seberat hatinya untuk melepaskan
menantu tersayang.
Tetapi walau apa pun yang dirasa, biar apapun
yang anaknya rasa ucapan cerai sudah terlafaz. Dan ianya sah mengikut syarak
kerana ketika mengucapkan Johan dalam keadaan waras. Ruang rumah mahupun bilik menjadi
hening dari suara-suara. Setelah selesai mengemasi pakaianya Nur Hidayah merapati
lalu disalami dan dicium tangan lemah bekas emak mertuanya.
“Mommy harap Hidayah menjadi menantu mommy lagi. Mommy tahu Johan
terpaksa...berdoa ye..untuk masa itu”. Kata puan Maria penuh harap. Itu
sememnagnya harapan dari hatinya yang tulus. Dia menyayangi Nur Hidayah sepenuh hati.. Yang sebenarnya
kedatangan Nur Hidayah didalam hidupnya memberi cahaya bukan sahaja pada
anaknya malah kepada dirinya juga. Sejak kedatangan Nur Hidayah dirinya sudah
menmdirikan solat lima waktu malah di bulan puasa dia juga turut berpuasan dan
bersolat terawaih. l kadang kadang dirumah dan kadang kadang dimasjid. Tetapi yang
paling mengharukan dia bersolat sunat Idul Fitri dan Idul Adha dimasjid bersam
Jemaah wanita yang lain walau pun dia berkerusi roda.
Begitu berusha Nur
Hidayah membantu dirinya mendirikan solat.
Dan dia sangat bersyukur dapat menunaikan kewajipan kepada Allah biar
pun dibantu. Dulu dirinya bersolat ketika dirinya masih sihat. Tetapi bila
keadaan perlu dibantu untuk menguruskan diri dia sudah tidak bersolat lagi..
Tadi sedang dia berzikir
menyucikan hati, dia dikejutkan dengan ketukkan dan goncangan kuat dipintu
grill rumahnya. Kebetulan pula pintu pagar
tidak berkunci mungkin Nur Hidayah tidak sempat menguncinya tadi. Jika
Johan bertugas disyift pagi Nur Hidayah akan pulang diwaktu makan tengahari. Yang sebenarnya Nur Hidayah sudah meminta
keizinan abang dan datuknya untuk pulang makan tengahari bersama emak
mertuanya. Terlanjur makan dilanjutkan
sedikit masa makanya untuk menjadi imam kepada emak mertuanya menunaikan solat zohor. Sememang puan Maria masih memerlukan
bimbingan untuk dirinya megerjakan solat-solatnya, maklumlah dia adalah mualaf
yang tidak terbimbing dari sejak dia memeluk Islam dahulu. Dirinya memeluk
islam kerana mahu berkahwin denga suaminya yaitu ayah Johan Hamdi.
Walau bagai mana pun dia pernah
berlajar bacaan dalam solat di Perkim dan dia juga bersolat ketika dirinya masih
sihat dahulu. Bila dirinya ditimpa
musibah dan tidak berdaya membuatkan dia tidak bersolat. Dia sangat bersukur
Nur Hidayah muncul dalam kehidupannya yang memberi lorongan dirinya menjadi
muslim sejati. Bila mendengar pintu diketuk dengan kuat diikuti digoncang girill pintu, bibik membuka pintu.
Bila pintu terbuka terdengar orang mengherdik bibiknya..terasa dia biasa
mendengar suara itu dulu.
“Pekak ke, ketuk pintu kuat tak dengar..sakit tangan ni
ketuk pintu tau. Buka grill ni cepat..”.
“Maaf..ibu ni siapa??” Hairan bibik dengan wanita garang yang
menerjah pintu kemudian mengherdik dirinya pula.
“I isteri doctor Johan..cepatlah buka I nak masuk”.
Mendengar bunyi kecoh
dipintu masuk Puan Maria menggelonsor dengan kerusi rodanya menjengah keluar
bilik..dilihat Bekas menantunya sudah tercegat diruang tamu. Bila mata mereka
bertentang..kelur pula kenyataan dari bibir bekas menantu merangkap anak kawan
baiknya sendiri.
“Ehh mommy..ingatkan mommy duduk rumah orang tua-tua..”.Tidak
terkeluar satu perkataan pun dari bibir puan Maria. Dia tahu kerana dirinya
ditimpa musibah menantunya pergi meninggalkan anaknya. Apa tujuan dia datang.
Apa yang tertanya dihatinya terbantut bila
tetamu yang tidak diundang mengarah bibik lagi.
“Bibik!! Angkat beg baju tu masukkan dalam bilik..kemudian
buat kan I air, I dahaga.”. Waah baru sampai da keluar aura mem besar detik
hati bibik..tapi apakan daya hendak membantah dia hanya bibik
yang mencari kehidupan dirumah orang..Itulah kesahnya beberapa jam yang
lalu.
Ketika Nur Hidayah
melepasi ruang tamu Johan masih duduk termangu diruang tamu dengan air mata
yang mengalir lesu. Melihat Nur Hidayah
menuju kepintu dengan beg pakaian dia bangun mengangkat tubuh. Dicapainya beg
pakain ditangan Nur Hidayah dibawa menuju kekereta. Dia membukan pintu
penumpang Volksiwegen Jetta untuk Nur Hidayah kemudian dia membuka pintu
disebelah pemandu. Pelakuannya ditegur oleh Natasya yang mengekorinya sampai
diambang pintu..lalu ditegur..
“Johan!!! you nak pergi
mana?”.
“I nak pergi mana bukan
urusan you”.
“Hei Johan I ada hak
dengan setiap langkah you tau you kan suami I.. Betina tu memang dah hilang
haknya keatas you macam tu juga you ..You dengan dia dah tak ada kaitan..you tak ingat ke you dah
ceraikan dia sekejap tadi..”.
Jaga sedikit mulut you
sebelum I hilang sabar ..jangan sampai tangan dan kaki I nanti ringan pada
you”.
“Ehh tak betul ke dengan
apa yang I cakap..dengan dia you dah hilang hak tapi I ni memang tanggung jawab you”.
“untuk pengetahuan you
edah seorang isteri yang diceraikan adalah tiga bulan atau tiga kali suci..dan
selama itulah dia masih didalam tanggung jawab suaminya. You tu yang dah bukan
lagi tanggung jawab I sebab kita dah bercerai setahun lebih”.
Allahu... tak habis lagi dugaan yangdatang untuk hidayah ya.... apalah yang akan jadi pada mereka seterusnya... kenapa lemah sangat dr. johan ni hingga takut amat dengan si didi tu... dah kata janda buat apa nak ikut kata dia... alahai sorry mak teh terover pulak komen... hehehe
ReplyDeletek.mid
Tak apa..mak teh ok aje..hnya kalau kita jumpa orng yg degil dan tak takut mcam didi ni mcam mna kita nak 'hendle' dulu mak teh ada dngar crita jiran mak teh anaknya terpaksa nikah dengan gadis yang duduk bertunggu tangga dirumahnya tak mahu blik2 sbab dia berkenan dng anak truna jiran mak teh tulah..
ReplyDeleteIshhhhh teruk pla pangei c johan ni
ReplyDeleteMak teh jgn bg hidayah rujuk balik ngan johan
Bg johan gila talak