Golongan wanita apabila diceraikan tidak seharusnya diletakkan di dalam
keadaan yang susah selepas diceraikan lebih-lebih lagi apabila perceraian
tersebut berlaku tanpa sebab-sebab yang patut dan munasabah seperti masalah
orang ketiga, masalah kewangan suami ataupun atas faktor dan desakan pihak lain
dan bukannya atas kemahuan isteri itu sendiri.
Bekas isteri berhak kepada taraf hidup yang sama selepas diceraikan
seperti taraf hidup semasa perkahwinan dengan suaminya dahulu walaupun di dalam
tempoh Iddah. Adalah menjadi tanggungan Suami untuk memastikan kehidupan Isteri
selesa selepas diceraikan dan tidak dibebani dengan masalah-masalah kewangan
dan lain-lain. Ini adalah selari dengan Firman Allah SWT di dalam Surah
At-Talaq : 6 yang berbunyi seperti berikut:
Yang bermaksud:
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani Iddahnya) itu ditempat yang
sesuai dengan kemampuan kamu, Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti
mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan untuk menyusahkan kedudukan mereka
(supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan
sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga melahirkan
anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal
menyusukan) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua
pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.
Habis sahaja doctor Johan
memberi penerangan dia masuk kedalam kereta dan kereta meluncur laju
meninggalkan perkarangan rumah puan Maria. Kata-kata Johan itu yang menyebabkan
Natasya menutup mulut, untuk berkata lebih dia bukannya tahu. Yang sebetulnya dalam bab ugama banyak yang
dia tak faham..Natasya hanya memerhati
kereta meluncur pergi..hatinya tidak risau kerana perkataan cerai sudah
terlepas dari bibir Johan. Dalam erti kata lain di sudah memperolehi kemenangan
untuk merampas Johan kembali.
Dalam kereta ….
“Hidayah!.. Dayah tahu kan abang tak pernah berniat nak
ceraikan Dayah ..Tadi abang terpaksa sebab abang tak mahu Dayah terus dicerca
dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Abang harap Dayah bersabar sampai abang
selesaikan kekusutan abang dengan
Natasya nanti”. Nur Hidayah hanya membisu dia tidak tahu perkataan apa yang
harus keluar dari bibirnya..yang sebenarnya dia belum boleh menerima kenyataan
dirinya sudah bergelar janda.
“Hidayah! Abang harap
Dayah akan terima abang semula bila kes abang dengan Natasya jelas nanti ye”.
“In Syaa Allah kalau jodoh kita masih panjang”.
“Memang abang berdoa jodoh kita panjang sayang..abang selalu
berdoa jodoh kita bukan didunia sahaja tapi sampai ke akhirat Dayah”.
“Emm..”Mendengar jawapan hanya emm sahaja dari mulut Nur
Hidayah, Johan Hamdi jadi tidak sedap hati..
“Dayah!! Dayah tak yakin dengan abang ke..In Syaa Allah kasih
sayang abang pada Dayah tak akan
goyah dan akan utuh sampai bila-bila..tolonglah percaya abang sayang. Abang
memang yakin abang dengan Natasya memang dah bercarai.. sebab dulu abang bagi
syarat kat dia”.
“Abang bagi syarat macam mana??”
“Kalau dia pergi juga .. abang bagi tempuh sebulan jika
dalam masa sebulan dia tak balik, abang akan
jatuhkan dia TALAK SATU. Erti talak cerai kan.”
“kenapanya abang
cakap macam tu, sekarang kan dah susah.”
“Abang memang memaknakannya Dayah..abang lebih rela bercerai
dari ternanti-nanti dia balik. Dia kalau
dah keluar rumah memang macam dah tak ingat abang. Yang sebenarnya dari awal
perkahwinan lagi abang rasa dah tak serasi dengan dia. Biar pun abang kenal
dari kami kecil lagi. Keluarga abang dengan keluarga dia sahabat baik dari mula
sebelum kami kahwin lagi.. Sesuainya keluarga tak semestinya anak juga sesuai
untuk berpasangan Dayah”.
“kenapa abang bagi dia talak, dia pergi kerja kan..dia nak
tolong abang cari duit”.
“Memang dia cari duit tapi bukan
untuk bantu abang, tapi untuk dirinya sendiri. Dari awal perkahwinan kami tiga
bulan lagi dia dah tinggalkan abang cari duit. Pada mulanya abang tak kisah sebab abang memang tak mampu
nak sediakan keperluan peribadi dia..tapi ialah lama-lama mana tahan bila rasa
seorang lelaki yang baru mengecapi alam rumah tangga dibiarkan gersang
berbulan-bulan. Entahlah dia tak pernah nak fikir darah panas abang ni..Dulu pernah
juga terlintas difikiran abang nak cari makan
luar untuk melampias nafsu abang
Alhamdullilah tak terbuat. Abang berkawan dengan anak seorang imam..dia
yang selalu mengingatkan abang tentang dosa zina dan hukuman zina. Dan dialah
yang ajar abang berpuasa untuk menahan nafsu. Abang hairan dia tak sama macam
abang, dia tak bernafsu ke? Atau dia cari makan luar??? entahlah. Mungkin nafsu
lelaki dengan perempuan ni berbeza. Untuk seorang lelaki bila dia
berkehendak fikiran jadi tak waras..tak boleh nak lupakan dengan tidur sahaja
Dayah. Kalau masa tu abang adalah abang yang sebelum pergi ke Abedeen, entah apa yang jadi pada abang, mungkin abang bertunggu tangga di bilik hotel
dengan pelacur nauzubillah...
…Yang sebenarnya abang mengenal ugama di bumi Abedeen. Ahmad
Lutfi yang bimbing abang macam mana nak menghadapi tekanan belajar dengan cara bergantung pada Allah, caranya solat malam cari
ketenangan, berzikir membersihkan hati dan berpuasa disiang hari kerana nak
jimat duit tapi semuanya di niatkan kerana Allah, kita dapat menefaat pada diri
sendiri dan pahala disisi Allah itulah kata-katanya yang abang pengang dan abang yakin. Abang sangat
bersyukur pada Allah masa abang nikah dengan dia pegangan ugama abang dah ada
sedikit dalam dada….
…Kalau betul dia isteri yang baik tentu dia tak tinggalkan
abang yang tengah susah. Tak pernah nak tolong abang tenangkan fikiran abang
yang tengah berserabut..abang sorang bertungkus lumus menghabiskan tugasan
seorang hoseman, mana nak fikir kerja dan belajar mana nak fikir dia. Dia tak pernah nak
membantu..dia tak pernah nak bersusah payah dengan abang.. Abang tak minta dia
mencari duit untuk kami. Pada masa tu semangat dan galakkan dia sangat penting untuk abang menghabiskan houseman dengan jayanya. Dayah bukan tak tahu masa houseman tu teruk, salah sikit kena marah lepas tu kerja macam tak cukup hari bertunggutangga kat hospital sampai kadang-kadang tu tak dapat tidur tak dapat makan. Kalau ada galakkan tentu ringan sikit tangguan abang. Ini tak
dia lebih rela cari duit untuk dia beli barangan peribadi dia yang
berjenama..itulah duit yang dia cari. Sungguh abang mengaku abang tak mampu nak
memenuhi kehendak dia bila dia minta handbag jenama Chenal, Prada
dan tah apa-apa lagi, itu baru handbang tak kasutnya tak baju dia. Yang
sebetulnya cukup aje pakai duit biasiswa kalau kita jimat dan berpada-pada
kalau berbelanja...
…Beberapa minggu abang habis houseman abang kena balik sebab
mommy diserang ANGIN AHMAR atau strok. Dulu memang ada niat nak duduk lama sikit kat luar negara..nak cari pengalaman. Tapi bila mommy sakit abang balik. Balik Malaysia macam tu juga. Dia bukan
nak tolong abang jaga mommy. Dia kata mommy busuk. Ialah mana tak busuk kalau
dah sampai terbuang najis dan kencing dalam pempes dia. Tapi kalau dia tak
bantu abang siapa lagi..abang tak ada adik beradik dan saudara lain untuk
membantu. Nak cari bibik kena pakai duit juga, sedangkan duit yang ada hanya
mampu tampung makan minum yang minimum sahaja.. Mungkin Dayah tak boleh nak
menyelami susahnya abang waktu. Dayah tahu abang pernah kerja distesen minyak sebelum abang dapat buat locum kat
klinik-klinik persaoragan. Punya terdesaknya abang cari duit belanja.”
“Boleh Dayah boleh bayangkan susahnya abang Dayah pernah
susah juga ..tapi Dayah tak pernah susah yang macam tu..iala Allah nak duga
dengan berbagai cubaan.Tapi mungkin kali ni dia balik dan tak akan tinggalkan
abang lagi.”.
“Kalau dengan Natasya ni abang tak berani nak mencuba. Abang tak percaya dia berubah. Abang tenguk dia sama
sahaja, dari dulu cara dia macam tu..suka memerintah dan suka semua orang ikut
cakap dia. Kalau pun dia berubah abang tak manpu untuk hidup sebumbung dengan
dia lagi. Rasa untuk dia dah tak ada Dayah. Rasa tu hilang kerana sikap dia dulu dan kerana sikap dia tadi.”.
“Abang ceritalah macam mana sampai abang
terlepas talak untuk dia”.
“Balik dari Abedeen dia cuba memohon kerja kat syarikat lama
dia. Sebelum dia ikut abang ke Abedeen
dia kerja jadi akautan... permohonan tu berjaya dah tiga bulan pun dia kerja. Tak sangka pula kawan yang sama kerja dengan dia masa di Abedeen datang dan ajak dia jadi model lagi.. dia tak
tanya abang pun boleh ke tidak terima tawaran tu…terus sahaja dia berhenti kerja".
“Abang terpaksa benarkan dia terima tawaran tu”.
“Tak abang tak bagi.. abang terpaksa berkeras..abang memang tak benarkan dia
jadi model, pertama Dayah tahulah dia jadi model fesyen entah baju macam mana yang
diperagakan. Kalau tenguk dari segi gaya, dia sanggup memperagakan apa juga fesyen yang terdedah dan yang terselak. Keduanya agensi tu berpusat di LA (Los Angeles) ertinya abang bakal ditinggalkan lagi, pada Dayah apa gunanya kita bersuami isteri kalau adik duduk sorang.Tapi walau pun abang tak bagi, dia tetap pergi juga.”.
“Dia nak menyenagkan abang dengan pendapatan yang tinggi. Gaji akauntan hanya ringgit Malaysia..gaji model duduk pula LA tentu
guna US dollar.”.
"Memang betullah dia dapat bayaran lebih mahal tapi yang abang terkilan dia kejar duit. Kalau betul dia nak bantu abang gaji akautan tu pun dah cukup memadai. Pada
"Memang betullah dia dapat bayaran lebih mahal tapi yang abang terkilan dia kejar duit. Kalau betul dia nak bantu abang gaji akautan tu pun dah cukup memadai. Pada
abang itu hanya
alasan dia nak lari dari abang. Kalau betul dia sayang abang dan nak tolong
abang tak payah pergi jauh tak payah nak berpisah lama, kerja sahaja akautan tu.
Lagi pun abang dengar dia cakap masa dia
mula kerja dulu bos dia tu bayar gaji ikut pengalaman dia..sebelum dia kahwin
dengan abang dia dah kerja dua tiga tahun denga syarikat tu…Ni nak juga dia pergi
LA kalau dah kat LA takkan sebulan dua boleh balik tentu makan bulan-bulan tak
pun tahun.. .jadi abang cakap ‘kalau dia
terima, abang hanya bagi tempuh sebulan sahaja.. kalau dia tak balik dalam
masa sebulan abang jatuhkan talak satu untuk dia..Walaupun abang dah cakap terang-terang macam tu dia tetap pergi. Baru sekarang ni dia balik ertinya dah jatuh talak kan dalam ertikata lain abang dah
ceraikan dia kan?. dari masa dia pergi dulu kalau abang kira-kira dah setahun
lebih dia pergi..jadi pada Dayah dah jatuh talak kan Dayah”.
“Hukum menjatuh kan talak ni mesti ada saksi..siapa saksi
nya masa tu”.
“Mommy..tapi mommy dah macam tulah..masa tu mommy dah kena
strok boleh ke dia jadi saksi..Dayah?”
“Entahlah bang..Dayah tak berapa pasti. Abang kena pergi
pejabat ugama tanya pada Ustaz..bab talak ni bahaya bang.. kalau tak betul
nanti abang berdosa. Kalau memang belum jatuh talak untuk dia abang kena
bertanggung jawab, kalau tak abang akan tanggung dosa. Kalau memang dah jatuh
talak, kemudian abang bersama (jima') dah dikira abang berzina pula dengan
dia, murah rezeki sangkut pula benih abang dalam rahim dia, maka akan lahir seorang lagi anak tak sah taraf
macam Dayah ni. Masaalah abang ni kena tanya pada yang lebih arif.. pergilah
pejabat ugama”.
“Terima kasih Dayah kerana mengingatkan abang tentang
kemungkinan-kemungkinan yang mungkin terjadi..In syaa Allah abang akan
kepejabat ugama nak selesaikan hal ni. Tapi janji dengan abang ye..kalau
perkara ni dah selesai nanti terima abang semula ye”.
“In Syaa Allah kalau jodoh kita masih panjang”.
“Janganlah cakap macam tu, berdoalah supaya jodoh kita
panjang..Kasih sayang abang pada Dayah tak pernah goyah walau pun dia datang pada abang.. perkataan cerai tu tadi
terpaksa Dayah..Tadi abang terpaksa bila dia nak menjerit nak memalukan Dayah. Abang tak mahu dia dan orang keliling kita
cop Dayah macam tu. Abang memang tak rela.”
Ketika Anda mengatakannya dengan tegas dan jelas bahwa Anda telah
menceraikan isteri Anda, maka di mata Allah SWT tidak ada lagi tempat untuk
mengelak. Bahkan meski sebenarnya saat mengucapkannya, Anda sama sekali tidak
berniat untuk mentalaknya. Atau hanya sekedar menggeretak atau karena emosi
sesaat. Namun di sisi Allah SWT, ucapan Anda telah tercatat sebagai talak yang
bersifat rasmi, sah dan berkekuatan hukum tetap. Anda tidak bisa lagi
mencabutnya, mengubahkan atau pun meralatnya lagi. Sekali Anda ucapkan, maka
jatuhlah talak satu Anda kepada isteri Anda. Demikian para ulama telah sepakat
atas masalah talak kepada isteri. Khususnya ketika lafdz talak itu diucapkan
secara sharih .
beritaislamimasakini.com/apakah-jatuh-talak-ketika-diucapkan-saat-marah.htm
http://www.salaf.web.id
“Ia Dayah tahu, tapi jodoh kita ditangan Allah..jika memang
sampai sini jodoh kita, abang carilah wanita lain untuk jadi isteri atau kalau memang
jodoh abang dengan Natasya akan bersambung mulakan lah hidup dengan baik. Didiklah dia baik-baik seperti
abang didik Dayah”.
“Tidak Dayah abang tak yakin dapat melentur Natasya seperti
bentuk yang abang inginkan. Dua tahun
kami serumah ajak solat dan pakai yang tertutup sikit pun dia tak pernah nak ikut.
Dia tak tahu perbuatan dia abang juga yang tanggung dosanya. Kalau dia masih
isteri abang mungkin abang bertahan dan mencuba, tapi kalau benar talak dah
jatuh, abang lebih rela dia mencari lelaki lain untuk membimbing dia.Tapi
kuat naluri abang ni… rasanya dia datang
pada abang bukan sebab dia masih sayangkan abang..abang merasakan dia nak sesuatu dari abang. Abang tahu sangat
sikapnya. Dia suka mengambil kesempatan.. ”
“Jangan buruk sangka bang tak baik..berdosa kalau perkara tu
tak betul”.
“Ialah…kita perlu bersangka baik”.
Dalam pada berbual mereka
sampai semula dihotel milik Tengku Faizal. Kebetulan Tengku Faizal masih belum pulang
kerumah. Selepas kenalanya
meninggalkannya di masuk semula kepejabatnya untuk mengambil beberapa fail yang
mahu dibawa keluar daerah bersama Nur Hidayah keesokkan harinya.
“Jom kita jumpa atuk, tu kereta atuk masih ada, atuk tak balik lagi”. Tadi yang
sebenarnya mereka pulang agak awal sedikit dari kebiasaan. Memandangkan
kerja-kerja Nur Hidayah sudah selesai dan dijangkakan esok Nur Hidayah akan
mengikuti Tengku Faizal keluar daerah, Tengku Farid mencadangkan dia pulag
lebih awal dari biasa. Usai solat Asar
mereka berdua menemui Tengku Faizal dibiliknya. Doktor Johan menceritakan apa yang terjadi..
“Entahlah Johan atuk tak boleh nak masuk campur urusan rumah tangga
kamu berdua..tapi atuk doakan semoga jodoh kamu berdua masih ada”.
“Saya minta tolong pada atuk, selama Dayah dalam iddah ni
tolong jagakan dia untuk saya tuk”.
“Tak apalah bang..Dayah nak minta penyewa rumah Dayah tu
keluar. Biar Dayah duduk rumah tu semula”. Rumah Nur Hidaqyah yang diCeras baru
beberapa bulan diduduki oleh penyewa baru.
Setelah Nur Fatihah
mendirikan rumah tangga bersama Inpektor Azrul Azam dia pindah mengikuti
suaminya duduk di kuarters polis di Petaling Jaya. Nur Hidayah menyewakan apartmennya
kepada sepasang suami isteri yang baru mendirinkan rumah tangga. Baru beberapa
bulan sahaja penyewa baru menduduki aparmentnya.
“Tak Dayah abang tak
izinkan, abang lebih suka kalau Dayah duduk dengan atuk dan nenek, sementara abang selesaikan hal
abang ni. Lagi pun mereka baru sahaja masuk rumah tu..takkan nak suruh mereka keluar
pula, tentu mereka susah nak cari rumah. Kita buat baik pada orang.. orang akan doakan kita perkara yang baik-baik untuk kita..betul tak tuk”.
“Betul cakap Johan tu Hidayah..Duduk lah dengan atuk. Nenek
tentu suka kalau Dayah duduk dengan kami. Ikut cakap Johan tu duduk dengan
kami.”. Sebelum berlalu sempat lagi Dr Johan mengingatkan kedudukan mereka.
“Hidayah! Ingat ye
kita macam ni hanya sementara sahaja”. Dihadapan Tengku Faizal, Johan memberi
ingatan kepada isteri yang terpaksa diceraikan.
Kesian dia orang berdua ni, baru nak bahagia dah datang langau ganggu.
ReplyDeleteMak Teh, Natasya ni bukan dikira isteri nusyuz ke?
Mak Teh tak nak buat watak Dayah pragnent ke? Hehehe....
This comment has been removed by the author.
Delete