~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 5 October 2015

67 Nur Hidayah





“Jo you tak nampak ke selama ni kan I anggap mommy you macam mommy I sendiri..Lagi dari dulu lagi I kenal mommy you. Tak macam x wife you, yang baru kenal.You tak pernah nak siasat mungkin hanya depan you sahaja dia baik dengan mommy,  belakang you,   you tak tahu atau memang  you dah dibutakan dengan jampi ilmu  hitam dia”.

“I ni tak katalah bijak sangat nak tenguk perangai orang, tapi kata orang tu sekilas ikan di air I sudah tahu jantan-betina. I dah lama perhati sikap you pada mommy I. Lagi pun kalau betul you sayang mommy I, macam mommy you sendiri kenapa you sanggup biarkan dia seharian tak terurus dan tak makan masa tu. You tinggalkan dia balik Melaka... hanya kerana you tak boleh nak terima duduk dirumah setinggan. You bukan tak nampak mommy I ketika tu yang memang tak berdaya nak angkat tangan dia sendiri pun.”

Kerana kesempitan hidup Puan Maria duduk dikawasan setinggan diKampung Pandan Dalam ketika itu. Mana dia mampu untuk menyewa sebuah rumah yang sempurna, dia hanya mencari rezeki dengan bekerja digerai makan, suaminya pula sudah lama tidak mengunjungi dirinya. Itu kerana perkahwinan mereka tidak direstu oleh kedua belah keluarga. Melihat keadaan rumah ibu mertuanya yang serba kekurangan Natasya pulang ke Melaka ketika Johan tidak dirumah kerana mencari kerja. Natasya meninggalkan Johan dengan sekeping Nota. ‘Jo kalau you tak cari rumah sewa yang cantik sikit dari rumah mommy you I tak akan datang semula ke KL..I nak you cari rumah kawasan PJ.’ Dan itulah rumah sewa nya sekarang’.(Mak teh pernah duduk di kawsan setinggan Kampong Pandan Dalam dalam tahun 90han..tapi sekarang kawasan itu sudah tiada lagi kerana projek pembinaan kondo katanya).

“Sungguh-sungguh I tak pandai duduk rumah setinggan, dengan air bercatu macam tu. Lagi pun orang tua ni tak boleh nak kasi manja, nanti dia tak berusha untuk menggerakkan badan dia sendiri. Makin lemah nanti badan dia”.

"Oh jadi macam tulah cara you tunjuk kasih sayang seorang anak pada ibunya..dengan alasan supaya dia berusha..You biarkan dia seharian tak makan dan tak minum. You tahu tak mommy I  pengsan sebab kebuluran dan kekurangan air..sungguh sampai hati you buat dia macam tu..Dah lah I malas nak mengingat kisah yang dah lepas..tapi dari apa yang you buat, menyebabkan I kenal siapa you".Johan tidak dapat melupakan kejadian itu bila dia pulang kerumah melihat mommynya lemah tak bergerak kerana tidak bermaya. Dia meminta pertolongan jiran-jiran untuk menghantar mommynya kehospital. Kerana kejadiaan itu dua hari mommynya duduk di wad untuk menstabilkan semula keadaan dirinya..


Disebabkan terdapat hanya  sebuah kepala paip awam sahaja dikawasan itu menyebabkan pengambilan air dibahagi-bahagi.  Untuk setiap rumah diuntukkan masa hanya sejam sahaja. Giliran untuk puan Maria mengambil air pada pukul dua pagi. Dan pada jam itu penghuni rumah puan Maria di kehendaki bangun untuk menakung air untuk kegunaan hari itu. Jika terlepas waktu itu (pukul 2 pagi) bermakna mereka tidak dapat bekalan air untuk hari itu. Dan setiap ahli rumah diingatkan supaya menggunakan air seminimam mungkin. (Itu pengalaman mak teh waktu duduk rumah setinggan dulu.)


            Dua hari mommynya dihospital digunakan sepenuhnya untuk mencari rumah dan kerja. Dia terpaksa bersungguh mencari kerja  memandangkan  baki duit biasiswanya sudah ditahap kritikal dan untuk sementara waktu dia bekerja disebuah stesen minyak di kawasan Petaling Jaya. Dia sedar sebelum dia dipanggil untuk bertugas dimana-mana hospital dia harus melakukan apa juga kerja  yang boleh menghasilkan duit... Manalah tahu panggilan untuk kerja dihospital memakan masa yang lama..sedangkah hari-hari yang bakal ditempuhi memerlukan duit untuk makan. Yang sebenarnya ketika itu mereka baru tiga hari pulang dari luar Negara. Bila mendengar mommynya kena serangan Angin Ahmar Johan bergesa pulang ketanah air, dia tidak dapat meneruskan rancanganya untuk mencari pengalaman diluar Negara. Kebajikanan mommynya wajib didahulukan.


“entahlah Natasya..I hairan dengan you sebetulnya”.


“Nak hairan kenapa, I memang masih Diana Natasya yang dulu tak berubah pun..atau you nampak I semakin cantik dan menarik. Atau you nampak I makin seksi ..cuba cakap I seksi ka mana”.  Natasya bangun membelek pungugng  dan melentik kan badan kemudian menolak dadanya kedepan.


“Dah lah jangan buat macam tu depan I. Yang I hairan kenapa you tiba-tiba jumpa I..I rasa you ada tujuan lain”.


“I rindukan you..rindu  sangat. Rindu waktu kita bahagia dulu. You suami yang romantik penuh dengan kelembutan. Bila bersama dengan you, I rasa jadi seorang wanita yang disanjung tinggi”.


“Liat sungguh rindu you untuk I kan ..setahun lebih baru you rasa rindukan I. Dah lah you tak perlu nak bersandewa. Semoga Allah akan tunjukkan niat sebenar you pada I. Ok good night..I harap tak payah you tayang asset you pada I. Belajarlah menyanyangi apa yang ada  kat badan you. Tunjukkan pada yang halal untuk you sahaja.  Selalu sangat ditayang pun nanti susut nilainya.”.




            Sebelum Johan meneruskan langkah  itulah kata-kata yang terluah dari bibirnya. Harapan untuk Johan mengikuti kehendaknya hancur berderai. Natasya hanya memandang langkah Johan dengan azam di hati. Dia terpaksa cepat bertindak sebelum semuanya jelas.


           Lusa yang dijanjikan telah tiba, namun Natasya dari semalam lagi tidak bermalam dirumah puan Maria. Itu yang diadukan oleh mommynya ketika dia sampai kerumah.  Entah dimana dia tidur Johan tidak mahu ambil tahu. Ketika puan Maria menjawab salam anaknya dia ada diruang tamu. Dirinya sudah rapi. Dia sudah boleh menyiapi dirinya sendiri tampa bantuan orang lain.


“Waalaikumsalam.. Nampak penat anak mommy ni”.. Johan mendekat mommynya menyalami dan mencium tangan dan kedua pipi mommya  kemudian dia duduk menyandar kesofa dengan mata yang sudah dipejamkan. Memang kelihatan wajah Johan yang kepenatan. Puan Maria memandang anaknya dengan rasa kasihan. Bila anaknya tidak membalas kata-katanya, puan Maria melanjutkan lagi bicaranya bertujuan untuk mengingatkan…


“Jadi hari ni nak pergi pejabat ugama”.


“Jadi mommy..nak ajak Didi pergi cepat sikit..Jo on call ni. Nanti kalau kena panggil tak sempat pula”.


“Jo ni asyik on call saja…tak penat ke”.


“Dah kerja Jo mee..tak tahulah sekarang ni banyak pula kes. Hospital tu tak pernah nak lengang..”


“Sebelum tu jom  makan dulu..mommy minta bibik buat jemput-jemput ikan bilis pagi tadi..kita cicah kari semalam sedap Jo.. Mommy dah makan sikit tadi.. jomlah”. mereka kedapur  untuk mengisi perut.


“emmm. Mee tolong kejutkan Didi suruh dia cepat siap. Takut kena panggil saja ni nanti..”.


“Rasanya dia tak tak balik dari semalam lagi lah Jo. Semalam lepas Jo keluar kawan dia datang..lama mereka dalam bilik bila keluar mommy nampak Didi bawa beg besar.”.


“Ehh dia dah keluar dari rumah kita ke mommy?Habis.. dia tak nak  ke pejabat ugama. Susah payah Jo cari orang nak tukar duty..emmm”.


“Ehh kata on call”.


“Jo pesan dengan kawan kalau kes Jo tak dapat selesai sampai kepetang Jo minta dia ganti Jo”.


“Ohhh..Yang Didi bawa bukan beg seret dia tu, ni beg jinjing sahaja.”


“Dia tak cakap dengan mommy  dia pergi mana?.”.


“ Mana dia nak cakap dengan mommy Jo..Dari dia sampai hari tu tak pernah pun dia cakap dengan mopmmy..tapi mommy muskillah dengan kawan Didi tu”.


“Kenapa mee. Selalu ke kawan dia datang sini. Kawan Didi tu lelaki ke perempuan?”. Sambil mengunyah makan mata Johan melihat wajah berkerut mommynya.


“Dah dua kali dah dia datang sini.. Macam perempuan tapi rambutnya pendek..pakai seluar. Tapi perangai dia pelik betul..Dia kalau jumpa Didi…”.


         Bicara puan Maria terhenti bila anak nya meraba poket seluar dan mengeluarkan telefonya lalu melekapkan ketelinga. Johan bingkas menegakkan badan bila mendengar butir bicara dihujung talian. Selesai berbicara dia memandang wajah mommynya dengan mata terbuka ..tampa kata. Hairan puan Maria dengan riaksi anaknya.


“Kenapa Jo..hospital panggil ke..makanlah dulu lepas tu mandi biar segar sikit nak buat kerja”.

“Tak boleh mee..”

“Kenapa pula..ada kecemasan ke?”

“kecemasan mee..tapi kat hospital Ampang Putri. Mommy  pernah Dayah kata dia sakit apa?”.


“ehh kenapa dengan Dayah..dia sakit ??”


“itulah yang Jo tak pasti tapi kata pihak hospital tadi kata ..isteri Jo perlu pembedahan segera..Jo pergi sekarang ye mommy.”


“Ialah pergilah cepat..tenguk Dayah sakit apa pulak dia tu..tapi kesian anak mommy ni, baru makan sikit dah bekejar lagi..makin kurus dah Jo sekarang ni”. Ia Johan makin kurus  sejak kedatangan Diana Natasya bila jadual hariannya jadi tidak teratur makan minumnya juga tidak teratur.  Dia menyibukkan diri dengan kerja untuk mengelak Natasya dirumah.  Selebihnya mahu mencari penat supaya dia mudah melelapkan mata..itulah jawapan bila ditanyanya mengapa di selalu sahaja on duty.

“Jo rindukan Dayah mommy..Jo tak boleh tidur bila ingat kan dia”.

“Jo ada call dia tanyakan khabar dia”.

“ada… dia sihat katanya”.

“Mommy pun rindu sangat dengan dia Jo..Jo masih sayang dia ke?”.

“Sayang mee.. tak pernah timbul rasa benci Jo pada isteri sebaik dia mee.”.

“Jo tak nak rujuk pada dia ke”.

“Jo nak selesaikan masaalah Jo dengan Didi dulu mee”. Itu cerita mereka anak beranak ketika Johan belum melelap kan mata tiga hari sesudah dia melepaskan talak pada Hidayah.

              Johan bergegas ke hospital Ampang Putri seperti yang diminta. Kemudian dia kebahagian pengurusan bertanyakan lebih lanjut. Alangkah lapang dadanya yang memerlukan pembedahan segera bukan Nur Hidayah tapi Diana Natsya bekas isterinya.  Setelah bertemu doctor yang menangani kes Diana Natasya dia diterangkan..mengapa Diana harus mempercepatkan pembedahan keatas payu daranya. Di akhir keterangan  rupanya  dia diminta memasukan beberapa jumlah wang sebelum pembedahan dijalankan.  Johan tidak terkata dengan kerenah bekas isteri tetapi demi kemanusiaan dia mengikuti juga apa yang telah diminta kepadanya.

          Hampir dua tahun yang lepas Diana Natasya melakukan pembendahan untuk membesarkan dan memperelokan sedikit bentuk payu daranya. Yang sebetulnya pembedahan itu dilakukan  sebelum dia menjadi model di Loas Angles dulu. Tapi entahlah nasib mungkin tidak menyebelahi dirinya. Perkara yang peratusannya sangat kecil, terjadi pada dirinya bila silikon yang tertanam kedalam payu daranya mengalami kebocoran..itulah sebabnya dia harus segera dibedah untuk mengelakkan risiko yang boleh membahayakan  kesihatan. Bahan kimia dalam silikon boleh masuk dalam kelenjar, cairan tulang belakang, otak, hati, dan ovarium. Silikon yang telah bocor akan mengental atau membeku.  Kebocoran silikon memicu berbagai penyakit, dan boleh melemahkan daya melawan kekebalan tubuh, serta boleh menyebabkan barah. (Bahagian yang mak teh bold kan tulisanya mak teh ambil dari google  bahaya silikon pecah didalam tubuh badan manusia).

                 Sungguh dia sangat gembira hasil pembedahan payu daranya. Dirinya kelihatan semakin cantik dan menarik. Ramai  yang mengatakan dia seksi kerana bentuk payu daranya yang mengiyurkan. Bangga dirinya bila orang berebut-rebut mahu dirinya memperagakan fesyen yang dihasilkan. Rasanya belum lama dia merasa gembira dan berbangga dengan asset yang  diubah bentuk, dia merasakan ada yang tidak kena pada payu daranya. Kadang-kadang dia merasakan sakit di dadanya, walaupun kesakitan yang dirasa hanya sesekali sahaja namun dia merasa bimbang. Bimbangnya makin mengunung bila dia juga  menemukan benjolan aneh di ketiaknya.   Dia kehospital  untuk mencari kepastian. Alangkah terkejut dirinya bila disahkan silicon yang tertanam di payu daranya mengalamai sedikit kebocoran. Rupanya benjolan yang terhasil adalah dari Gel implan yang mengental dan membeku.  Untuk menjimatkan kos rawatan dia pulang keMalaysia.  Untuk mempercepatkan rawatan dia kehospital swata. Sudah hamper sebulan dia menjalani pemeriksaan diakhir keputusan untuk mengelakkan sebarang risiko yang lebih merbahaya dia terpaksa mengeluarkan silicon yang ditanam didalam payu daranya.

       Natasya sudah selesai menjalani pembedahan payu dara dengan jayanya. Hampir dua minggu Natasya duduk dihospital.  Setelah memastikan kesihatan pesakit mereka benar-benar sihat, dia  dibenarkan pulang. Dia dihantar oleh sahabat baiknya Bella kerumah Johan. Berbakul-bakul pesanan yang diberikan kepada bibik untuk memastikan kesihatan Natsya terjaga. Bibik hanya mengangguk  tanda faham menerima pesanan dari Bella. Sudah tiga hari sejak Natasya pulang dari hospital dan setiap hari juga Bella akan datang menjenguk Natasya. Bila Johan ada dirumah mereka akan berkampung didalam bilik. Entah apa yang dilakukan oleh dua orang perempuan didalam bilik Johan tidak pernah ambil tahu.

           Pagi  itu Johan pulang dari kerja, dia melihat Natasya ada duduk santai ruang tamu dengan majalah fesyen ditangan. Kelihatannya di sudah benar-benar sihat lalu Johan duduk disofa ber hadapan denganya.

“Natasya! I tenguk you dah ok..boleh tak kita kepejabat ugama hari ni”.

“Emmm..memang you nak sangat menghalau I dalam hidup you kan Jo. Apatah lagi dengan keadaan I yang dah tak sempurna ni”.

“Bab sempurna.. semua orang didunia ni tak ada yang sempurna..I pun tak sempuran Natasya, jadi kenapa nak cari yang sempurna..hal kita tak berkait dengan sempurna. Sekarang I cerita bab mahram dan halal haram kedudukan kita. Lagi satu bukan nak menghalau you…you nak tahu adat bertamu..Tetamu hanya duduk tiga hari sahaja dirumah kenalanya. Lebih tiga hari dia akan maklum untuk keluar dari rumah kenalanya. I dah cakap siag-siang hari  tu kan..I hormat you sebagai tetamu tak lebih dari itu. Jadi you kena faham”. Lembut  sahaja suara Johan, bagi menghormati bekas isteri sebagai tetamunya.





2 comments:

  1. Baik sangat Jo ni. Sebab tu senang si Didi nak amik kesempatan.

    ReplyDelete
  2. Jo kena bertegas jangan sampai dibuli didi. Hidayah apa khabar ya.. Tak sabar nak baca seterusnya mak teh.

    ReplyDelete