~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday, 9 November 2014

Bab 59 Tidak ku tahu kasih bermula,






“Apa ceritanya kalau abang berhenti kerja dan kemundian kerja kata darat abang kata abang tak nak kahwin tu pula. Abang jangan nak ugut mama macam tu.. mama tak suka”.

“Ma abang tak ugut mama itu kenyataanya. Kalau abang kerja kat darat berapa ringgit yang abang boleh dapat ma. Sekarang simpanan abang dah kosong, abang kena bayar pinjaman bank dan kereta. Kalau setakat gaji tiga ribu sebulan. susah sikit abang nak kahwin. Ma bayaran kereta abang ada lagi lima tahun lagi Kemudian bayaran bank pula kalau nak dikira dengan gaji tiga ribu sebulan hanya habis kesitu sahaja.Kalau dah habis semuanya barulah abang mula  kumpul duit untuk buat hantaran pula ma.  Mama jangan bimbanglah, hanya dalam waktu terdekat ni sahaja. Kalau abang dapat langsaikan hutang-hutang bank abang.. kemudian hutang dengan mama kemudian projek abang sudah mengeluarkan hasil, masa tu.. In Syaa Allah abang akan cari calon dan kahwin. Bukan abang tak nak kahwin selamanya. Tapi lama sikit sebab dengan gaji tiga ribu nak langsai kan hutang bank dan bayar duit kereta, lepas tu baru dapat kumpul duit nak nikah. Kalau tak macam tu nanti abang lagi susah, lepas kahwin nak bagi anak orang makan pakai lagi. ...tapi tak apalah kan ma, janji abang kahwin”.

“Berapa banyak KEMUDIAN tu bang. Kalau macam tu abang kahwin saja guna duit mama”.

“Maa.. mama nak tanggung abang sekeluarga selamanya ke ma..kalau abang kahwin dengan hutang bank masih bertimbun tak ke abang menambah bayaran ma. Orang yang hidup ni makan dan pakai ma.. kemudian tiap-tiap tahu kalau murah rezeki abang, sorang-sorang akan keluar, kurang-kurangnya pun tiga empat orang yang akan keluar ma. Abang tak nak hanya seorang sahaja anak abang, sunyi macam abang ni.. itu pun nak makan pakai kemudian sekolah. Bukan setakat kemudian.. kemudian lagi ma. Berpuluh kemudian akan bertindan kat bahu abang ni ma, sampai bila mama boleh bantu abang. Jadi abang rancang nak langsaikan hutang dulu..tak lama rasanya lima enam tahun langsailah hutang abang tu. Haa lepas tu baru abang fikir nak kumpul duit hantaran pula”. Jauh rupanya fikiran anaknya.. hidup yang penuh dengan rancangan.

“Tadi abang ada sebut tentang projek..Projek apa yang abang nak buat bang..cuba cerita sikit dengan mama”.

“Kalau abang duduk kat darat…abang nak ushakan tanah atuk tu.. tanam pokok durian pun ok kan ma..kalau masa musim buah, abang juallah buah-buah tu, jadi abang adalah duit tambahan. Dapat untuk bayar duit buku sekolah anak pun cukuplah ok kan ma”. Bibir Uwais terkoyak dengan sengehan. Terasa dia sangat bijak memancing simpati mamanya. Dah sampai ke anak dia berfikir. Biar mamanya membayangkan anak-anaknya nanti tentu mamanya sudah tidak sabar menanti kehadiran anak-anaknya.

“Susah rupanya anak mama. Tanah atuk tu berapa batang sangat yang boleh ditanam dengan pokok durian. Yang dah ada tu lima pokok pun dah padat rasanya bang. Tak kan nak tambah lagi, kat mana pula dahan durian tu nak mencelah mencari cahaya matahari. Nanti pokok tu tak berbuah..abang jual daun durian sahajalah nampaknya..ada ke orang nak makan daun durian bang.” Penat rasa pipi Uwais menahan senyum mendengar suara sedeh mamanya..agaknya lakonannya menjadi.

“Kalau tak boleh tanam lagi, abang jaga sahajalah pokok-pokok tu.. bubuh baja banyak-banyak tentu dia berbuahkan ma. Setiap kita ni perlu merancang. Itulah rancangan abang kalau abang berhenti kerja kat atas kapal ni kemudian cari kerja kat darat. Tapi kalau abang dapat kerja dua tahun lagi kerja kat atas kapal ni In Syaa Allah abang boleh langsaikan hutang-hutang bank dan hutang dengan mama tu”.

“Dengan mama jangan dikira hutang bang..itu mama bagi pada abang. Mama Ikhlas”.

“Tak boleh ma. Bukan sikit duit mama tu, RM 50,000.00 tu. Lagi pun mama belum pergi Mekkah lagi. Abang rasa bersalah kalau sampai abang tak terbayar duit mama tu dan mama tak dapat ke Mekkah” Sedang mereka berbual pintu bilik Emil di buka dari luar. Hajjah NorIza memanggil Emil mungkin perbincangan mereka sudah selesai..

“Mel!! kita siap makan Mel..mak ngah nak ajak Latif dengan emaknya makan sekali sebelum mereka pulang”.

“Ialah mak ngah..Bang! mama nak siapkan makan malam..malam nanti mama call abang”.

“Siapa yang datang ma. Abang dengar nenek ngah sebut nama papa...papa datang dengan nenek ke ma”.

“Hmm….” Uwais sudah menjangkakan nenek dan papanya datang menentukan tarikh…

“Ma! setuju ye ma..abang mengharap sangat ni..setuju ye ma!”.

“Ialah..jangan lupa baca doa dan baca ayat Kursyi dan ayat seribu dinnar ye bang.Kalau angin kuat sangat azan ye bang..  Assalamulaikum!”.

“Walaikumsalam!”
 Entah dimana Emil belajar jika angin kuat atau hujan terlalu lebat dia melaungkan azan memanggil Pencipta Seluruh Alam seakan meminta pertolongan.

Emil ke dapur menghidang makanan yang sudah sedia dimasak oleh Hajjah NorIza. Tidaklah seistimewa mana masakan Hajjah NorIza petang itu hanya lebih banyak sedikit dari biasa. Masak lemak nenas bersama ikan kering talang, goreng berlada ikan sembilang dan kerabu taugeh dan kacang botor. Tetapi bagi perut Emil yang sememangnya sudah lapar sudah terliur melihat masakkan mak ngahnya. Terlupa lagi marahnya pada mak ngahnya tadi sambil menyenduk sambil tercubit-cubit masakkan masuk kemulutnya untuk merasa kononnya. Siap berhidang Emil menjemput tetamu kemeja makan.. Sememangnya dengan masakkan mak ngahnya dia tidak dapat mengawal selera makannya. Di meja makan Hajjah Rabiah yang teruja mahu melanjutkan lagi perbincangan mereka.

“Mel bila boleh  kita adakan majlisnya Mel”. Tanya Hajjah Rabiah tidak sabar mahu mendengar jawapan dari bekas menantu. Emil yang mula menyuap nasi kemulut terhenti suapannya.

“Mak nantilah lah lepas makan kita cakap lagi ye mak. Kita makan dulu. Saya tak boleh nak tenguk masakkan mak ngah ni..tak boleh nak fikir lain dah..Makan Mel”. Mereka meneruskan suapan. Nampak sungguh berselera cikgu Latif makan.

“Tif kamu tak makan ke kat sekolah tadi”. Hajjah Rabih menegur anaknya bila melihat anaknya makan begitu berselera.

“Makan juga mak..tapi lauk mak ngah ni sedap betul. Masak lemak nenas dengan ikan masin ni yang membuka selera”.

Selesai makan mereka menetapkan tarikh dihadapan Emil sendiri.

“Mak tunggulah Uwais balik baru bincang tarikh..”

“Mak rasa macam lambat sangat. Itu pasal emak cepat datang..Uwais balik  seminggu lebih lagi, kita bersiap dari sekaranglah, Latif pun kena pergi pejabat kadi juga nak tempah khadi... Uwais balik sahaja nanti terus nikah. Lepas tu boleh kita bincang tentang jodoh Uwais pula. setuju ye Mel. Mak bimbangkan Uwais, dah masuk 27 tahun umurnya tak pernah dengar dia sebuat pasal perempuan, itu yang emak risaukan.” Melihat emaknya begitu mengesa Emil dan melihat Emil tunduk membisul cikgu Latif mula bersuara. Tapi baru diseru nama bekas isterinya dia kelihatan sedikit terperanjat, tapi keluar juga jawaannya yang diluar jangkaan...

“Emil…”

“Ye..ye.. ye Emil setuju tapi lepas Uwis balik”. Spontan terpacul jawapan setuju. Tadi dikepalanya sedang menimbang kira bahagia si anaknya nan seorang. Yang kedua  sebenarnya dia tersentak mendengar panggilan dari bekas suaminya lalu terlatah itu pula yang keluar dari bibirnya. Kerana malu dia masuk kedapur membasuh pinggan dan berkemas.

 Diruang tamu hanya Hajjah NorIza dan Hajjah Rabiah anak beranak yang berbincang itu dan ini untuk menjayakan majlis itu nanti. Setelah kata persetujuan dia perolehi, Puan Rabiah dan Abdul Latif beransur pulang. Tidak sabar Abdul Latif menunggggu seminggu lebih untuk dia mengikat kembali ikatan halal bersama Emil Atilia.

Hajjah NorIza memasuki ruang dapur ketika Emil sedang mengelap meja makan.

“Mel! Latif kata tadi dia nak bagi hantaran 5 ribu cukup ke?”.

“Ada hantaran juga ke mak ngah..Emil ni dah janda dua kali, umur pun dah simanis 50 tahun mak ngah.”.

“Dah dia nak bagi ambil saja lah”.

“Tak menyusahkan dia ke. Dia kerja sorang anak semuanya masih belajar lagi, tulah dah tua-tua pun masih nak nikah lagi kan susah.” Mengekek Hajjah NorIza mendengar penyataan Emil.

“Kenapa mak ngah ketawa..tak betul ke?”.

“Dah Emil tak makan tua, umur 50 puluh pun masih manis menawan lagi, mana cikgu Latif tak terindu bayangan”.Mengek-ngekek dua wanita diruang dapur dengan lawak mereka. Melihat tawa mak ngah yang ikhlas selepas ditinggalkan pergi oleh ayahnya, Emil tahu makngahnya benar-benar gembira diatas penerimaan dirinya kepada bekas suami. Emil makin redha dengan ketentuan Allah. Reda tawa mereka…

“Entahlah mak ngah”.  Tetapi malam itu sebelum Emil melelapkan mata, dia cuba mengubungi bekas suiaminya bertanyakan tentang duit hantaran.

“Asalamualaikum”.

“Walaukumsalam..Emil ada apa Mel”. Hati Latif jadi berdebar dengan panggilan dari bekas isteri. Dihatinya melintas kata-kata mungkin bekas isteri mahu membatalkan persetujuanya tadi.Doa dibaca memohon kasha dari yang Maha Mengasihai agak GEMBIRA berpihak kepadanya.

“Saya nak tanya kenapa nak bagi hantaran bagai..abang peril saya ke”.

“Apa pula peril Mel..abang ikhlas nak bagi sebab abang berterima kasih sangat Emil sudi terima abang. Lagi pun abang hanya bagi Emil duit sahaja, barangan hantaran lain abang tak bagi ok ke”.

“Kalau sampai abang bagi saya hantaran berdulang-dulang lagilah macam abang peril saya. Saya sedar saya dah tua..dah dua kali..sekali janda dan sekali lagi balu.”

“Mel janganlah buruk sangka pada abang, abang ikhls nak bagi, tak terlintas abang nak peril Emil..Abang bagi sebab abang tak mahu membebankan Emil. Nanti lepas kita nikah hendak juga buat jamuan sekurang-kurangnya kenduri kesyukuran, abang tak mahu Emil guna duit Emil. Sebab abang yang beria kita nikah. Lagi pun Uwais bagi tahu abang, dia pinjam duit Emil masa beli rumah arwah ayah. Betul ke?..”

“Betul.. diakan anak saya dia perlukan bantuan saya bantulah, tapi saya masih ada sedikit lagi duit simpanan.. yang sebenarnya saya tak nak menyusahkan abang, abang kerja sorang, anak-anak abang belum ada yang kerja lagi, semua masih ditanggung makan pakai dan persekolahan mereka.” Oh Emil sungguh bertimbang rasa, usia menjadikan dia lebih bertimbang rasa dan usia mematangkan dirinya detik hati cikgu Latif.

“Tak ada bebanya Mel. Abang bersyukur Emil bagi peluang abang menebus salah abang. Terima kasih ye”.

“Terlanjur kita dah bercakap ni Emil minta..Walau apa pun nikah masa Uwais ada dirumah, jangan tiba-tiba datang nak nikah. Nikah di pejabat Ugama dan tak ada jamuan sampai mendirikan khemah, tak kiralah kat rumah mak ngah atau kat rumah abang”.

“Ok abang ikut apa yang Emil mahukan”. Janji Abdul Latif. Bila mendengar janji bekas suami terus Emil memberi salam menutup kata.

“Asalamualaikum”. Belum sempat Cikgu Latif menjawab salam talian sudah diputuskan. Namun sudah cukup untuk membuat Cikgu Latif menloncat gembira, sah Emil memang sudah bersetuju menerimanya. Terbayang wajah manis masam bekas isterinya tadi.


Harinya sampai juga Uwais pulang dari bertugas dengan menaiki taksi dari lapangan terbang Alor Star. Bermula cuti kerjanya selama sebulan. Sehari dia duduk dirumah nya kemudian dia meminta izin mamanya untuk kerumah papanya pula. Kepulanganya disambut ceria oleh papa dan neneknya yang sememang menunggu kepulanganya. Mereka mula berbincang tarikh untuk papa dan mamanya bernikah semula. Rupanya cikgu Latif sudah bersiap menghantar borang dan syrat-syarat lain untuk dia bernikah untuk kali ketiga. Sudah ditetapkan hari Jumaat  itu mereka akan bernikah. Uwais menghubungi semua saudara tirinya untuk memberitahu hari pernikahan mama mereka. Dihari pernikahan.. pukul 8.15 pagi lagi dua orang anak tiri perempuan Emil sampai dihadapan pintu rumahnya.

“Asalamulaikum..mama kami dah sampai” jerit along diluar rumah. Sekali lagi Emil terkejut dengan kedatangn mereka. Siapa agaknya yang memberitahu mereka tertanya dihatinya. Kelihatan rumah nenek ngah sunyi sahaja seperti tiada apa-apa keramaian yang mahu diadakan.

“Ma apa kami nak buat ni, cakaplah boleh along tolong. Mama nak berinai ke, meh alaong tolong inaikan. Masih sempat lagi ni inai Mekkah ni cepat merahnya, along ada bawa inai Mekkah ni”. Riuh suara along bertanya itu dan ini tak padan dengan mengelek anak kecil, alang pula  memimpin anak sulong kakaknya.

Tetapi semuanya Emil tidak mahu. Malah biar pun hari sudah menunjukkan hamper pukul 8.30 pagi, Emil masih belum bersiap lagi, sibuk dia menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dan cucu arwah suaminya pula. Sedangkan dari perancangan yang diberi tahu oleh Uwais mamanya akan bernikah pada pukul sembilan setengah pagi di pejabat ugama.

“Mak tak payahlah sibuk kan kami ma..kami ni boleh sahaja ambil sendiri..ni kan rumah kami juga”.
“Tak..ni mama nak kasi rasa nenek ngah cuba resepi baru…PAU GORENG. Dia belajar dengan menantunya yang duduk KL tu buat..ni resepi jarak jauh ni…rasa ni.. tengah panas lagi sedap along alang kulitnya rasa rangup.. Arif punya inti kacang hitam, kata nenek ngah cucu-cucunya yang kat sana namakan kueh ni kueh DORAYAKI..kueh Jepun tu..rasa-rasa”. Yang sebenarnya Emil sedang mengoreng pau goring untuk minum pagi mereka sebelum bertolak kepejabat ugama.

Mendengar riuh didapur Hajjah NorIza menjenguk kedapur dia juga terjerit.

“Ya Allah Mel dah pukul berapa ni Mel kenapa tak siap lagi. Kan kata nak pergi pejabat Ugama sekejap lagi. Pau tu biar mak ngah yang goring Mel kamu oergi mandi”.

“Emil dah mandi sebelum subuih tadi mak ngah”.

“Kalau pun dah mandi..siap-siaplah..dah..dah biar mak ngah sambung”.

“Alang pun boleh sambung mama..mama pergilah siap..Uweek”. Alang sedang mabuk mengadung tidak boleh bercakap banyak sedikit dia menjadi loya.

Pada pandangan mata along mama tirinya seperti tidak teruja untuk menamatkan zaman balunya. Terdetik juga rasa kasihan bila pernikahannya seperti dipaksa oleh orang disekelilingnya. Bagi mereka pernikhan semula mamanya untuk kebahagian dia juga…supaya ada yang menjaga setelah ayah mereka pergi. Dia berdoa didalam hati agar mama tirinya dapat menerima apa yang mereka semua rancangkan. Dan akhirnya dia akan merasa bahagia.

Bila waktu sudah melebihi pukul 830 pagi along memaksa Emil menukar pakaian. Dia ditolak masuk kedalam biliknya.

“Ma!! Baju mana mama nak pakai..cepat!! kalau tak along yang bukakan baju mama”. Melihat mama tirinya terkebil-kebil, tampa segan silu along membuka pintu almari mama tirinya, dia yang memilih baju untuk Emil. Sepasang baju kurung bercorak seakan songket berwarna biru cair dan sehelai tudung berwarna krim.

“Nah pakai ni..along bagi masa lima minit sahaja..lepas tu along nak solekkan mama pula”.

“Iala-ialah..” Along keluar bilik untuk memberi peluang Emil menukar bajunya.

Tepat pukul 9 pagi Uwais tiba bersama papa, nenek dan tiga orang adiknya. Kerana kesuntukkan masa Uwais hanya menurunkan dua orang adik perempuanya dirumah nenek ngahnya. Dia, papa,  adik lelaki dan neneknya terus sahaja kepejabat khadi. Manakala Emil sudah menaiki kereta Muaz telah pergi berdahuluan, itu pun atas gesaan Muaz tadi. Emil ditemani oleh Muaz dan tiga orang anak tirinya dan seorang menantu perempuannya, Asma Hadija, Aisyah Humaira dan Ahmad Sofian bersama isterinya Nurul Huda.

Hanya dengan sekali lafaz Emil sah menjadi isteri kepada Abdul Latif sekali lagi. Selesai dipejabat khadi mereka semuanya kerumah Hajjah NorIza merangkap rumah Muaz untuk khenduri doa selamat dan meraikan pasangan yang baru sah menjadi suami isteri. Mereka diraikan oleh jiran tetangga yang berhampiran. Tiada terdiri walau sebuah khemah pun untuk memeriahkan sambutan pasangan pengantin, sekadar jiran taulan yang berhampiran makan berhidang didalam rumah sahaja. Muaz yang memimpinnya bacaan doa selamat. Ini semua diatas permintaan Emil atas alasan dia baru sahaja kehilangan ayah tersayang dan dia tidak tergamak untuk bergembira berlebih-lebihan.



Thursday, 6 November 2014

Bab 58 Tidak ku tahu kasih bermula







“Emil sesekali kita kena juga dengar keluhan anak..apatah lagi anak Emil hanya abang seorang. Terima ye lamaran emak Latif tu”.Sebagai jawapan Emil hanya mengangguk setuju.

“Alhamdullilah..semoga Emil mendapat keberkatan didunia dan akhirat. Mak ngah doakan dengan jodoh Emil kali kedua dengan Latif, Emil dapat kebahagiaan hingga kehujung nyawa”.Emil menekupkan tangan kewajahnya dia menangais menahan sebak. Hajjah NorIza datang kepada Emil dan memeluknya sambil memberi sedikit nasihat lagi.

“Dah lah yang lepas jangan dikenang jadikan ia satu pengajaran.Yang lepas tu mungkin Allah nak ingatkan kita tentang kesalahan kita yang kita tak sedar”.

Malam itu secara sembunyi Hajjah NorIza menghubungi Uwais untuk menyampaikan persetujuan mamanya.

“Assalamualaikum!! Bang ni nenek ngah  ni”.

“Walauikumsalam kenal abang kenal sangat suara nenek.Suara nenek dalam telefon macam suara anak dara nek merdu menusuk kehati. Ada apa nek..berdebar-debar abang ni”.
Berdebar kenapa..berdebar dengar suara nenek yang lembut ke..nenek rasa abang ni dah ada buah hati kot itu yang tersilap dengar suara nenek macam suara anak dara”.

“Entahlah..nek biar abang call nenek” Belum sempat Hajjah NorIzah menjawab talian diputuskan. Tetapi tidak beberapa minit kemudian telefon Hajjah NorIza berdering

“Kenapa bang.tak sempat nenek nak cakap abang dah putuskan line..kata suara nenek macam suara anak dara. Ni baru cakap sikit abang dah jemu nak dengar.”.

“Bukan jemu nek tapi line abang line antarabangsa nanti  lajuduit nenek kena telan. Abang ni berdebar debar bila nenek call abang ni..ada apa-apa yang tak kena kata rumah ke nek”.

“Taklah..debar abang tu mungkin  debar gembira”.

“Gembira kenapa nek..abang yang nak gembira.. ke nenek yang nak gembira.”

“Abang lah tak kan nenek, hissy mengarut sahaja abang ni..Abang tentu gembira sebab mama abang dah pinangkan sorang anak dara untuk abang, abang setuju ke?”.

“Tak mahu nek.. tak mahu..abang nak mama tu nikah dulu dengan papa..abang tak suka papa atau mama kekok bila menyambut tangan tetamu bersalaman dengan mereka masa majlis abang nanti”.

“Tak lah nenek gurau sahaja..tapi ni memang berita gembira untuk abang. Mama abang dah setuju nak nikah balik dengan papa abang..”

“Betul ke nek..abang dah melompat dah ni tapi baru sekali lompat. Nanti bila abang terlompat-lompat  macam kera kena belacan..nenek kata gurau pula tak berbaloi sungguh.”

“Perkara macam ni nenek tak gurau. Beri tahu papa cepatlah suruh nenek papa abang datang untuk tentu kan tarikhnya. Nenek suruh cepat sebab takut mama abang ubah fikiranya pula”.

Putus sahaja talian dari nenek ngahnya, Uwais menghubungi neneknya yang seorang lagi.Tujuan utama hanya untuk menyampaikan persetujuan mamanya. Sememangnya tidak berlengah Hajjah Rabiah terus sahaja mengajak anak lelaki tunggalnya kerumah bekas bapa mertuanya untuk menetapkan tarikh nikah.Terpinga-pinga Abdul latif mendengar penerangan emaknya rasa tidak percaya pun ada. Bertahun dulu puas dia merayu bekas isteri untuk dia kembali kepangkuanya, tetapi  tidak Berjaya. Mungkin untuk mengelak diri dari dirayu akhirnya Emil bernikah bersama lelaki lain. Sejak itu dia tidak mengharap lagi.

Tetapi sekarang ini rebut tidak hujan pun tidak tiba-tiba emaknya mengatakan Emil bersetuju  bernikah dengannya. Dalam hatinya tertanya bila agaknya emak pergi berbincang dengan Emil atau Emil yang menghubungi emak mahu kembali kepada nya, setelah kematian suaminya cikgu Nassir.  Tapi jika kenyataan kedua itu rasa sangat mustahil..Takut sungguh itu hanya ilusi. Berkali-kali dia mencubit pehanya untuk menyatakan dia dalam sedar. Puas dicubit sebelah kiri terasa sakitnya dicubitnya pula sebelah kanan.Namun sememangnya dia di alam sedar.

“Tif apa yang termangu-mangu ni Tif, emak cakap kamu dengar tak?”


“Dengar mak tapi betul ke? apa yang emak cakap ni”.

“Betul Tif. Mak baru cakap dengan Uwais dia telefon emak baru sekejap ni tadi..Uwais yang cakap dengan emak, mamanya setuju nikah balik dengan kamu..kalau tak percaya cuba telefon balik abang tu. Kok manalah tahu emak salah dengar tadi”. Hajjah Rabih menuturkan sepatah-sepatah semoga anaknya memahami apa yang cuba disampaikan.

Tadi usai solat Isyak cikgu Latif cepat masuk kebilik tidur. Niat hatinya hendak tidur awal sementalah dia sudah tiada aktivi mengajari anak-anak. Entah mengapa dia mudah keletihan sejak akhir-akhir ini mungkin faktur usia yang sudah meningkat. Ketika matanya sudah layu-layu hendah tidur.Tiba-tiba bergoncang pintu biliknya diketuk. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu.. emaknya,  kerana sememangnya mereka hanya tinggal berdua sahaja dirumah itu.Tiga orang anaknya duduk  berasingan dengan mereka. Anaknya yang tua duduk diKuala Lumpur mencari kehidupanya sendiri sementara menunggu hari gaduationnya, manakala yang kedua dikolej kejururawatan di Alor Star Kedah dan anaknya yang kecil di asrama. Bingkas dia bangun dan terjun dari katil untuk mengetahui mengapa emaknya begitu kalut mengetuk pintu biliknya. Cikgu Latif mengatakannya begitu dari cara emaknya mengetuk pintu.

“Tak adalah.. bukannya macam tu saya hanya terkejut sahaja dengan persetujuan Emil”.

“Kamu tak suka ke dia setuju nikah dengan kamu”.

“Suka mak.. suka sangat..ni berkat doa emak terbuka juga hati dia untuk saya balik. Terima kasih mak.” Hilang malu cikgu Latif dengan semanyum lebar nya lalu memeluk emaknya kejap. Lama pelukkan tidak dilepaskan rupanya dia sebak dan menahan esak kerana gembira.

“Eiss kamu ni Tif kenapa pula menangais..emak tak paksa kamu nikah balik dengan Emil, kalau kamu tak suka tak payahlah kita pergi. Jangan kamu menangis pula nak tunjuk kamu tak suka”.

“Suka mak saya suka”. Cepat jawapan yang kelaur dari mulut cikgu Latif. Takut pula nanti emaknya  membatalkan apa yang telah diperkatakan

“Habis yang kamu menangis kenapa?.”

“Saya gembira mak, saya yang sebetulnya dah putus asa dengan penerimaan Emil tak sangka saya masih ada harapan hidup dengan dia balik...bila kita nak pergi rumah Emil ni mak.”

“Kata Uwais tadi cepat pergi tetapkan tarikh.. takut mamanya ubah fikiran pula”.

“Ialah mak esok lepas balik mengajar kita pergi ye mak”. Lemah rasa lutut Latif mengingatkan persetujuan Emil,  namun hatinya sudah berdendang bahagia.

Keesokkan harinya usai solat Asar mereka sudah bertolak. Ketika mereka sampai dia disambut dengan rasa terkejut Emil. Emil juga baru pulang dari sekolah, baru duduk diruang  tamu untuk menghilangkan penat. Bila kedengaran orang perempuan memberi salam seakan kenal pula suara itu. Emil menjengah keluar rumah. Kelihatan sebuah kereta WAJA terpakir dihadapan rumah berdiri disisi kereta bekas emak mertuanya. Sambil menyambut salam sambil Emil membuka pintu grill rumah..

“Ehh emak..masuk mak..kenapa….”  Tidak sempat habis pertanyaanya mendengar pula laungan emak tirinya didalam rumah.

“Siapa Mel..Seha ke..kenapa dia datang..”

“Bukan Seha mak..emak….” Tidak habis juga perkataan Emil bila melihat bekas suaminya keluar dari bahagian pemandu.. cepat dia hendak menghindarkan diri, namun cepat juga Hajjah Rabiah menangkapnya lalu didakap erat.

“Terima kasih Mel..terima kasih kerana masih sudi terima Latif  semula..” Terkedu Emil tiga kali terkedu pula tu. Terkedu melihat bekas suami datang, terkedu juga menerima dakapan bekas emak mertua dan terkedu menerima ucapan terima kasih dari bekas emak mertuanya. Tapi yang kelaur dari bibir Emil..

“Mak..Emil baru balik sekolah belum mandi lagi ni mak”.

“Tak apa Mel emak cium wangi sahaja lagi ni”. Terus sahaja hidung emak mertuanya hinggap kepipinya.  Terkejut sungguh Emil dengan tingkah bekas emak mertuanya. Kata orang tu terkejut beruk tapi ini memang Emil yang terkejut bukan beruk yang terkejut. Mahu sakit jantung secara tiba-tiba bila Emil diserang dengan gangguan emosi hari itu. Tetapi mulut nya terus sahaja menyuruh tetamunya masuk kedalam rumah.

“Masuklah..masuklah”. Tidak kira siapa pun yang datang jika datang secara baik ..dia dikira sebagai tetamu dan mereka wajib dihormati. Bila soalannya  tidak berjawap Hajjah NorIza mencari jawapan sendiri. Dia keluar  keruang tamu mencari kepastian.

“Oh kak Yah..oh! Latif pun ada mehlah duduk. Udah solat saya baring tadi sambil tunggu Emil balik..nak ajak makan sama tapi lambat pula Emil balik hari ni”. Hajjah NorIza berbasa basi meramah kan diri.

Emil menuju kedapaur untuk membuat sedikit minuman. Di lihat diatas dapur mak ngah nya sudah bersiap dengan makan malam yang agak istimewa juga. Terdetik dihati Emil mak ngah tahu kah yng mereka hendak datang. Adakah mereka berpakat. Rasa menggigil badannya kerana marah. Agak lama Emil didapur Hajjah NorIza mencarinya didapur.

“Mel meh lah keluar emak Latif dengan Latif tu nak bincang dengan kamu tu..dah tinggalkan dulu meh kita keluar”.

“Mak ngah tahu ke mereka nak datang”.

“Tahu..ingatkan dia orang datang tengahhari, itu yang mak ngah masak tu”.

“Kenapa mak ngah tak cakap dengan Emil”.

“Emil kan pergi sekolah..emak Latif telefon tadi pukul sepuluh. Lagi pun ingatkan dia beri tahu kamu”.

“Diaorang datang nak apa mak ngah”.

“Entahlah mak ngah pun tak tahu..hanya emak Latif  kata dia nak datang sahaja pagi tadi”. Tadi rasanya dia hendak marahkan emak tirinya tapi bila soalanya dijawab dengan jujur oleh Hajjah NorIza, Emil tidak jadi marah. Dia melihat riak wajah mak ngahnya seperti dia juga tidak tahu tujuan bekas-bekas nya datang. Emil keluar menatang dulang dan seteko air. Manakala Hajjah NorIza membawa sebekas keropok Kelantan yang digoreng oleh Emil.

“Mel kenapa susah-susah Mel, emak datang ni nak tetap kan tarikh meh lah duduk sini.” Rasa bagai mahu terlepas dulang yang ditatang bila mendengar apa yang apa tag keluar dari mulut  bekas emak mertuanya. Begitu cepatkan persetujuannya sampai ketelinga mereka. Rasa nya baru semalam dia mengaku bersetuju untuk menerima cikgu Latif dihadapah Hajjah NorIza.  Kini persetujuan sudah diketahuinya pula oleh bekas emak mertuanya siapakah yang menyampaikan persetujuannya. Bila melihat wajah bekas menantu yang berkerut dan memandang kearah emak tirinya terus sahaja Hajjah Rabiah menerangkan.

“Uwais yang bagi tahu emak malam tadi, dia kata Emil setuju nak terima Latif semula..tu yang emak datang cepat-cepat nak tentukan tarikh..Emak gembira Mel..terima kasih ye kerana maafkan emak”. Mendengar suara penuh harap bekas emak mertunya hati Emil tidak jadi mahu memberontak..jika dia membentak mungkin mendatangkan malu pula nanti. Memang benar Emil sekarang sudah lain, Emil sekarang sudah pandai untuk menjaga perasaan orang lain dan Emil sekarang adalah seorang yang lembut hati.

“Kalau macam tu emak bincanglah dengan mak ngah apa-apa keputusan Emil terima”.

“Betul ke ni Mel..kalau macam tu meh lah kita berbincang  Zah..perkara yang baik ni tak payah nak tangguh-tangguh”. Mereka meneruskan perbincangan manakala  Emil masuk kebiliknya. Di bilik dia menghubungi anak bujangnya. Dia membiarkan emak tiri berbincang bagi pihak dirinya.

“Abang abang tengah buat apa tu”. Tampa salam Emil terus bertanya anaknya dihujung talin. Bagi Uwais dia tahu mamanya sedang dilanda angin tak baiknya bila tampa salam menyergah dirinya.

“Abang tengah tak buat apa ma..abang dalam bilik abang ni. Semua operasi diberhentikan sebab angin tengah kuat ni”.

“Bahaya tak bang”. Lembut sedikit suara Emil bila membayangkan anaknya dalam sitiuasi tidak elok.

“Tak ada lah ma..hanya kita tak boleh nak buat kerja sahaja”.

“Habis kapal tu tak bergoyang-goyang ke”.

“Ma..kapal ni  tak bergerak ma..di ada tiang sampai dasar laut..mama jangan bimbang. Ma mama call kenapa ada apa tak kena kat rumah ke ma”.

“Ohh”. Emil baru tersedar tujuan asal mengapa dia menguhubungi anak bujangnya.

“Bang..siapa yang bagi tahu abang, tentang mama setuju nikah balik dengan papa”.

“Nenek Ngah..” Belum habis anaknya berkata-kata Emil memintas…

“Ohh abang berpakat dengan nenek ngah ye…Abang suka ugut mamakan..nak berhenti kerjalah tak nak kahwin lah..ingat mama boleh terima ke rancangan abang tu..lepas tu suruh papa datang dengan nenek nak tentu kan tarikh konon. Nenek ngah ni pun nak kena dengan mama”. Marah Emil dihujung talian dia sememng tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Uwais dan Hajjah NorIza.

“Mama janganlah marah nenek ngah. Dia cakap dengan abang jangan hantar surat berhenti kerja sebab mama dah setuju nikah balik dengan papa. Dia sebenarnya terkejut bila along kata abang nak berhenti kerja. Jadi sebelum abang hantar surat berhenti, dia call abang bagi tahu persetujuan mama. Yang suruh nenek dan papa datang.. abang. Sebab abang rasa teruja sangat mengingatkan kita dapat berkumpul semula dalam satu rumah. Ma selama mama bercerai dengan papa. Mama kahwin dengan ayah bila abang balik rumah ayah abang nampak mama dan ayah bahagia sangat, bergelak ketawa bergurau senda dimeja makan, makan pun berselera. Tapi bila balik rumah papa, muka mak cik Zila masam, papa pun selamba menyuap makanan yang macam tak ada rasa. Abang tahu papa tak gembira. Ni sekarang ni ayah dah taka da..balik rumah papa makcik Zila pun dah tak duduk dengan ayah, abang rasa macam suram sahaja dunia abang. Jadi abang nak suasana gembira dalam keluarga kita. Abang yakin kalau kita bersatu dibawah satu bumbung kita akan bahagia macam keluarga orang lain.”

“Dulu papa yang tak setia dengan mama”.

“Papa terpaksa ma..dia anak yang baik dan sedar syurganya dibawah tapak kaki ibunya..nenek ada cerita dengan abang hari tu hari dia datang rumah kita sebelum abang naik kapal dia kata dia yang paksa papa nikah dengan makcik Zila, kalau papa tak turutkan kata dia papa jadi anak derhaka. Tapi sekarang nenek dah menyesal bila nampak papa tak bahagia bila dipaksa kahwin dengan mak cik Zila.
…Diapun sedar sebab apa mama tak mahu jaga dia…sebab dia pun tak nak jaga ibu mertuanya dulu. Allah dah balas bila menantunya pun tak nak duduk dengan dia. Tapi sekarang dia tak mahu papa menderita kerana kesalahan dia. Maafkanlah nenek ma..maafkan lah papa. Dan bagi lah abang rasa hidup sebumbung dengan papa dan mama. Rasanya dulu sekejap sangat abang dapat merasai kasih sayang papa dan mama. Rasanya sekejap sangat kita berkumpul dibawah satu bumbung”. Bila Uwais mendiamkan diri….

“Habis yang abang tak nak kahwin”.

“In Syaa Allah lepas mama nikah dengan papa, abang akan cari calon. Abang nak diraikan oleh mama dan papa yang dah ada ikatan sah..nanti mama dengan papa tak kekok melayan tetamu masa majlis abang”. Anaknya memang licik memaksanya dalam kelembutanya. Tapi diakui Uwais mempunayi sifat papanya dan dia juga memiliki sifat keras hati dirinya.

“Kalau mama tak nak balik pada papa..Abang serius ke nak berhenti kerja ..kenapa?”.

“Bila ayah dah tak ada atuk pun tak ada..mama adalah tanggug jawab abang sepenuhnya. Mama tak ada mahram lain selain abang ma. Abang lebih pentingkan keselamatan mama. Abang tak boleh nak harapkan pak long, dia bukan mahram mama. Abang tak nak susahkan dia..kalau mama terpaksa tumpang rumah dia. Tapi mama jangan susah hati abang memang rela hati, jaga mama, melindungi mama sebab itu memang tanggung jawab abang. Abang tak rasa terbeban dengan tanggung jawab abang ni. Syurga abang dibawah tapak kaki mama. Tentulah abang jaga dengan sepenuh hati abang”.

Jika sampai disini tak apa ke, kiranya jadilah Emil nikah dengan Abdul Latif..takut mak teh tak sempat nak sambung. Terima kasih ye kerana sudi membaca  kemudian memberi semangat dengan komen-komen anda. Hanya mak the nak menyampaikan kalau kita berbuat baik kita akan dibalas baik. Biar pun selalu digambarkan emak tiri tidak disukai oleh anak-anak tirinya. Tetapi In Syaa Allah kalau kita baik dengan anak-anak tiri, mereka juga akan baik kepada kita dan boleh menjadi seperti anak sendiri juga. Tetapi hakikatnya emak/bapa tiri dan anak tiri adalah mahram sampai akhirat. Tidak seperti ipar mereka mahram sementara, berpisah kita dengan saudaranya kita halal pada mereka .

Tuesday, 4 November 2014

Bab 57 Tidak ku tahu kasih bermula





“Is! aku cukup bersyukur mama sudi jadi isteri ayah aku.Yang aku tenguk sejak ayah nikah dengan mama, hidupnya gembira setiap hari. Yang sebetulnya ayah dah lama tak gembira..sejak ibu aku disah kan sakit. Dia sebenarnya susah hati dan sedeh tenguk keadaan ibu. Suami mana yang tak sedeh bila tenguk isteri tak berdaya, tak boleh nak makan. Kau tahu Is, lepas ibu menjalani rawatan kimoterapi, ibu aku nak angkat tangan pun tak boleh Is. Masa tu aku pernah tenguk mata ayah merah bila dia keluar dari bilik air dia menangis tapi menangisnya dalam bilik air”.

“Kenapa dia malu ke kalau orang Nampak dia menangis”.

 “Tak dia tak malu.. hanya dia tak mahu ibu nampak dia sedeh dan lemah. Dia nak kita tunjuk  kuat didepan ibu supaya ibu bersemangat melawan penyakitnya. Itu yang dia selalu cakap dengan aku. Tapi memang betul ayah kalau depan ibu.. dia buat-buat ceria sahaja. Mungkin  juga ayah tak nak ibu rasa bersalah kerana dia sakit.. Itu sebabnya selepas ibu meninggal aku berniat nak carikan pasangan untuk ayah, sebab aku rasa ayah dah puas jaga ibu sakit jadi aku nak ayah gembira.  

….Tak sangka mama serasi jadi teman ayah berbual, sejak dari dulu  memang ayah suka berbual, makan pakainya mama jaga dengan baik. 10 tahun mama menyempurnakan kehidupan ayah, aku sangat bersyukur. Dulu aku takut juga, ayah dan mama tak sesuai jadi pasangan bila dengar kau cakap, mama  garang. Tapi Alhamdullilah mama yang kau gambarkan, tak sama bila dia dah jadi isteri ayah. Lagi pun mama dah tolong ayah melaksanakan tanggung jawabnya sebagai seorang ayah yang mencarikan semua anak-anak nya kehidupan sendiri. Dan yang paling kami tak sangka mama kumpulkan duit pencen arwah ayah..kemudian suruh angah daftar haji..bukan untuk ayah sahaja tapi untuk ibu kami sekali. Kami sungguh terharu Is. Mama ingat ibu kami”. Dihujung talian sayu Sofian bercerita.. Uwais hanya menadah telinga mendengar.

…Is! Yang sebenarnya  aku tak terkilan ayah pergi cepat.. sebab dia dah merasa bahagia dengan kehidupan rumah tangga dia. Sekarang  ayah dah tak ada, jadi biarlah mama meneruskan kehidupan dengan fitrah manusia hidup. Hidup berpasangan, hidup yang nak kan teman.” Uwais ralit mendengar luahan hati sahabatnya. Tapi hatinya berdetik juga kalau kita berbuat baik pasti akan dibalas baik juga.Dia melihat adik-beradik Sofian sayang dan sangat baik kepada mamanya, walaupun mamanya merupakan mama tiri mereka.

“Terima kasih Pian kerana memahami aku. Lega rasanya bila dengar cerita kau.”

“Sama-sama Is, kau jangan bimbang,kau pergilah kerja elok-elok ye ..mama kat sini biar aku yang uruskan”.

Dua minggu Uwais diatas kapal menyambung tugasnya. Emil didatangi oleh dua orang anak perempuan tirinya. Kakak Long (Asma Hadija) dan kak Lang (Aisyah Humaira). Emil menyambut mereka dengan gembira sekali. Rindunya menggunung kerana lama sudah tidak berjumpa.

“Alolo..kenapa cucu nenek datang tak cakap. Rindunya nenek pada Arif…Adam dah pandai apa ni”.

“Dah pandai ketawa mengekek nenek.”Jawap ibunya Asma Hadija.

“Mehlah masuk..masuk.. mak buyung  dah berapa bulan..bila bersalin ni lang”.

“In Syaa Allah lagi  4 bulan ma”

“Hiaah macam tak nampak sahaja perut alang ni dah 5 bulan?.Kosong sebulan ye lang? alang dah pergi buat pemeriksaan ibu mengandung.”

“Dah ma, nurse kata 4bulan lebih. Tapi alang ni tengah tak lalu nak makan ma. Makan sikit uweek..makan sikit uweek.mana nak berisinya ma. Memang tak berhoneey moon ma, kosong sebulan dah lekat..tapi adik belum ada apa-apa pula. Dah 6 bulan dah.” Semua soalan untuk alang kakaknya along yang tolong menjawab.

“Lain orang lain lah long biar lah dia berdua puas-puas. Ni alang pun dah lain dulu macam berteh goring tak sempat panas dah meletup-letup dalam kuali. Ni asyik menyengeh saja. mulut pun dah pindah ke mulut along pulak. Kenapa Lang”.

“Mama jangan tak tahu..dia kalau buka mulut katanya dia jadi loya..dia tak boleh ada angin masuk dalam mulut dia..macam-macam ragam orang mengandung ni kan ma”.

“Patutlah jadi pendiam simulut murai ni.. walau macam mana pun makan sikit ye lang, nanti anak tak cukup zat nanti. Cari makanan yang kita boleh makan, kemudian kalau masak jangan gunakan minyak banyak sangat”. Bila sampai diruang tamu kelihatan Hajjah NorIza keluar dari biliknya.

“Mak ngah!ni anak-anak Emil datang mak ngah”.

“Apa khabar nek”.

“Alhamdullilah baik..Duduklah..oh dah ada yang kecik ye.” merujuk anak along yang kedua yang diberi nama Adam. Emil kedapur menyediakan minuman sementara Hajjah NorIza melayan tetamu diruang tamu. Along mengekorinya kedapur.

“Ma janganlah susah-susah ma..kita datang nak jumpa dia, dia pula sibuk kat dapur”.

“Mama goreng mihoon perencah udang kering pagi tadi..tapi tak habis, banyak lagi ni ha..agaknya mama masak tak sedap, nenek pun tak lalu nak makan.. along tolong bawakan ke depan. Ni bawakan sekali sosnya kalau alang nak makan pedas bubuh sos ni.” Seingat Emil anak tiri yang bergelar alang suka pedas.

“Sekarang dia tak makan pedas lagi ma..tak tahan katanya sejak dia mengandung makan yang dia suka semua jadi tak sedap ma..berubah betul dia tu”. Tetapi bila makan dihidang di meja kopi ruang tamu..tidak menyempat alang menyenduk mihoon buatan Emil.

“Laju kau makan lang ok pula mihoon mama ni.”.

Huusyt..dia tengah nak makan jangan ditegur..biar dia makan”.

“Alang rasa sedap mee hoon ni ma, siapa masak nenek ke?”Sambil makan mereka berbual memang anak-anak tiri Emil menyenangi dirinya.Selesai makan mula along meluahkan apa yang telah mereka rancangkan.

“Ma..hari tu Pian ada call along..dia minta tolong sampaikan rayuan dia pada mama. Dia nak balik jumpa mama tapi tak sempat asyik on call memanjang maklumlah doktor baru belajar”.

“Ada-ada saja along ni kalau nak mengata adik tu..rayuan apa long”.

“Adik kata hari tu Uwais ada call dia”.

“Haa Abang  cakap apa dengan adik”. Cepat sahaja Emil meminta hendak tahu apa cerita Uwais pada anak tiri bungsunya.

“Dia kata dia nak berhenti kerja kat kapal..nak cari kerja dekat-dekat sini”.

“Kenapa dia nak berhenti kerja kapal tu, dia kena buli ke..mama tenguk elok sahaja tak macam stress atau pun sedeh kalau dia balik cuti..sekarang ni lagi teruk dia kerja,  asyik nak over time sahaja..nak kumpul duit katanya. Dia ada cerita dengan adik dia nak kahwin tak long”.

“Bukan dia kena buli tapi dia kesiankan mama tak ada kawan”.

“Ehh apa pula mama tak ada kawan long, nenek ngah ni kan ada. Kalau malam  anak pak long Muaz yang bungsu tu datang sini, dia tu pun dah tingkatan tiga.. dah besar, lebih tinggi dari mama ni.   Sambil belajar dengan mama dia tolong teman kami kat sini”. Anak Muaz yang bungsu sudah ditingkatan 3. Dia akan mengambil peperiksaaan PMR tahun itu. Dia belajar bahasa Ingeggeris dengan Emil.

“Lagi satu ma..adik cerita abang tak nak kahwin. Dia susah hati nanti mama dengan papa kekok menyambut tetamu, sebab mama dengan papa tak ada ikatan. Dia tak nak menyusahkan mama dan papa jadi dia ambil keputusan tak nak kahwin”.

“haa..apa abang ni. Hee geramnnya mama..abang ni nak kena dengan mama. Suka betul dia ugut mama”.

“Dia ugut mama kenapa ma..dia cakap yang betul tu ma. Abang tu kalau ada masaalah, tempat dia nak melepaskan rasa hatinya mesti adik. Macam tu jugalah adik.Tapi kenapa mama kata dia ugut mama”.

“Sebelum dia naik kapal..dia ada bawa nenek dia datang jumpa mama. Rupanmya nenek abang nak mama nikah balik dengan anak dia. Tapi mama rasa berat hati..”

“Anak nenek tu papa abang ke ma. Kenapa mama berat hati ma..”

“Ialah..janda mama”.ha..ha..ha Lepas kuat suara along dan Emil bila terasa lucu kata-kata yang keluar dari bibir mama tirinya. Alang pula menutup mulutnya dengan tapak tangan takut masuk angin kedalam mulutnya kalau dia ketawa lepas seperti kakaknya. Hajjah Nor Iza juga turut ketawa geli hati dengan kenyataan Emil. Bila tawa along reda…

“Ok lah tu ma”.

“Tak nak lah. Mama masih ingat arwah ayah..”  Bertukar sayu pula suara Emil bila teringat arwah suaminya.

“Maa yang pergi biarlah pergi ma..lagi pun ada cara lain yang lebih afdal untuk mengingati ayah. Tiap-tiap minggu mama bacakan Yassin untuk arwah ayah  itu sudah cukup memadai ma. Mama bagi lagi duit untuk haji arwah ayah dan arwah ibu. Angah kata dia dah pergi daftarkan upah haji ayah dan ibu kat Tabung Haji. Ni bulan haji tak lama lagi.. In Syaa Allah tertunailah haji mereka. Terima kasih ma di atas ingatan mama pada arwah ibu. ”

“Yang sebetulnya duit tu duit pencen arwah..mama tak tokok pun dengan duit mama”.

“Kami bersyukur mama terima ayah jadi suami dan tak salah Pian carikan teman untuk arwah ayah dulu. Tapi sekarang ayah dah tak ada…kita yang hidup wajib meneruskan kehidupan dengan cara orang hidup ma. Terima lah papa abang, mama pun dah kenal dia dah lama. Dulu abang ada cerita dengan along, masa along nak nikah..kata nya mama kenal papa dia, sejak mama belajar diIPG lagi.”.

“Yang sebenarnya mama tak boleh nak melupakan apa yang papa abang buat pada mama”.

“Maa memaafkan.. kan suruhan Rasullah.Selalu kita dengar orang cakap sedang kan nabi pun boleh memaafkan umatnya inikan kita manusia biasa. Manusia ni kan tak sempurna selalu buat silap. Jadi maafkanlah dia..mungkin dia tersilap, diakan manusia biasa yang tak sempurna dan selalu tersilap. Semoga Allah memberkati kita ma”.

“Yang along beria ni kenapa??” Emil sudah naik angun bila digesa..Sifat kepala anginnya, akan muncul kembali semula bila rasa dirinya tidak disokong.

“Adik yang suruh along sampaikan rayuan dia. Dia kesiankan abang. Kalau abang tak kahwin dengan siapa dia nak menumpang hidup kalau papa, mama dan  nenek-nenek dia dah tak ada nanti. Nak tumpang pada kami, anak kami bukan mahram dia, nanti dia sorang-sorang kat dunia ni. Lagi pun Pian kesian kan mama juga, nanti mama tak ada cucu. Anak-anak kami tak sama dengan cucu dari darah daging sendiri ma”.

“Kenapa  baik sangat dengan mama ni, along alang”

“Sebab mama baik sangat dengan kami. Kami tak pernah rasa mama emak tiri kami ma, walaupun hakikatnya ibu sendiri tak sama dengan ibu tiri tapi kami tak rasa macam tu,  mama bagi kami kasih sayang ibu, disaat kami memerlukan Ma. Terima kasih kerana sudi jadi mama kami walaupun sekejap.” Emil menekup mukanya menahan tangisnya. Bangun dua anak tiri mendakap untuk melegakan hati masing-masing.Selesai sesi meluah perasaan dua anak tiri Emil memohon diri. Sebelum pulang sekali lagi rayuan disampaikan.

“Ma terima balik ye papa abang”.

“Ialah nanti mama fikirkan. Kesian anak mama ni tak berbuyi lansdung dari tadi…rindu mama dengan suara alang”. Emil cuba memesongkan kata malas dia mahu mendengar kata-kata berkaitan dengan bekas suaminya.

“Sunyi ma ..sejak dia ada ‘roommate’ tertutup mulut dia tu, kalau tak ada hal yang penting memenag dia tak bercakap.  Kalau room mete dia ada pun, roommate dia yang bercakap bagi pikhak dia”. Laju tangan alang menampar sayang kakak disebelahnya. Untuk membela diri bersuara juga alang.

“Serkarang ni  tak boleh bercakap sangat kalau buka mulut angin masuk dalam mulut rasa loya pula…”.Uweeek kedengaran dihujung kata terkejut semua orang.

“Dah..dah jangan cakap..ok..ok alasan diterima”.  Emil menutup bualan sambil mengosok-gosok perlahan belakang anak tirinya yang bergelar alang.

Pulang sahaja anak-anak tiri Emil Hajjah NorIza pula mengambil peranannya.

“Mel kita duduk kat sini sekejap Mel”.

“Ada apa mak ngah”. Dia bertanya begitu, namun dalam hati sudah dapat menjangka apa yang mahu diperkatan oleh emak tiri merangkap emak saudaranya. Setelah Emil duduk dihadapan emak tirinya…

“Mel mak ngah rasa betul kata anak-anak perempuan Emil tadi tu. Yang dah pergi biarlah dia pergi, bukan kita nak melupakan dia.. tapi ingati ‘dia’ dengan sedekahkan Yassin, Al Fatihah atau Al-Ikhlas pada dia. Emil berilah peluang kedua untuk Latif..mungkin dengan peluang kedua Emil dapat kebekatan. Mak ngah bukan nak menyibuk tapi kita anak beranak perlu ingat mengingati antara satu sama lain. Mak ngah dah tua Mel berapa hari sahajalah lagi umur mak ngah. Nanti kalau mak ngah dah tak ada, Emil nak duduk dengan siapa. Mak ngah takut dengan apa yang disampaikan oleh along tadi”..

“Takut apa mak ngah”.

“Takut abang tak kahwin kerana bimbangkan mama nya, yang  tak ada siapa nak jaga. Dahl ah anak Emil hanya sorang tu sahaja.”.

“Emil akan paksa dia mak ngah..mahu tak mahu nanti kalau dah ada calun  Emil akan panggil tuk Khadi”.

“Jangan buat macam tu Mel, nanti jadi macam Latif..dua-dua menderita kerana mengikutkan kat kita. Mak ngah tenguk Uwais ni ikut tingkah laku Latif tapi hatinya keras ikut macam Emil. Nampak lembut tapi keras kat dalam. Emil nak tahu sayang Uwais dengan Emil..dulu kalau giliran dia berhari raya rumah papanya, dia tak berhenti dia talipon suruh orang tengukkan Emil. Bila tanya kenapa call kami, dia kata Emil tak angkat pasal dia guna telefon papa dia. Gary pernah mengadu dengan arwah ayah, sebab abang gesa dia balik cepat suruh temankan Emil kat rumah. Tu sebabnya ada sesekali arwah ayah Emil temankan Emil tidur kat rumah, sebab kesian dengar dia bimbangkan Emil yang duduk sorang kat rumah.”.

“Ia ke mak ngah”.

“Iaaa buat apa mak ngah nak tipu..kalau tak kena gaya, apa yang along cakap tu akan dibuat oleh Uwais Mel. Emil tak sayang ke kalau dia berhenti kerja, kerja bukan senang nak dapat sekarang. Lagi pun gaji dia dah banyak kalau kerja tempat lain dapat ke, dia dengan gaji yang sebanyak tu. Pada mata mak ngah abang ni akan lebih sayangkan mama dia dari duit Mel. Bertuah sangat Emil dapat anak macam Uwais walau pun sorang tapi dia anak yang sangat baik dan sangat sayangkan orang tua nya.”  Emil menundukkan kepalanya. Namun dikepalanya menimbang kira akan kebenaran kata-kata Hajjah NorIza.

“Yang sebetulnya abang tak perlu bimbangkan Emil..mak ngah kan ada..kan sejak  arwah abang Nassir tak ada mak ngah tak pernah tinggal Emil”.

“Apa yang nak diharapkan mak ngah yang dah tua ni Mel sehari dua boleh lah, untuk tahun tu mak ngah tak jamin..bila-bila pun kalau dah sampai umur mak ngah kita tak boleh nak minta tunggu walau sesaat pun. Emil nak tahu mak ngah dengan arwah ayah Emil hanya berbeza dua  hari sahaja. Tarikh lahir arwah ayah Emil  2 hb Feb. mak ngah 4 hb Feb tahun yang sama. Kalau umur mak nagh  sampai pun mak ngah redha..sebab mak ngah nak mati macam arwah ayah Emil..tak menyusahkan anak-anak dengan sakit kita Mel”.

“Mak nagh kenapa cakam macam tu ..Emil dah tak ada sesiapa dah”.

“Itu kenyataannya Mel. Hari yang berganti menyebabkan umur kita berganti juga..kalau kita sedar itu adalah  peringatan untuk kita bersiap sedia untuk mati Mel. Jadi terimalah permintaan emak Latif ye. Arwah suami Emil pun suka kalau kehidupan Emil terjaga.”.Lembut sahaja Hajjah NorIza memohon persetiujuan Emil, supaya dengan bahasa lembutnya dapat melembutkan hati Emil yang agak keras bila bersangkutan dengan bekas suaminya. Emil hanya tunduk membisu mungkin memikirkan baik buruknya jika dia mengikuti kata-kata orang disekililingnya.