~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday, 27 September 2014

Bab 38 Tidak ku tahu kasih bermula.







Sementera menunggu kepututsan SPMnya Uwais dipelawa oleh Muaz bekerja dibengkelnya. Kebetulan dia sangat memerlukan pertolongan kerana salah seorang pekerjanya bercuti untuk menangani masaalah keluarganya.

“Uwais nak buat apa masa tunggu keputusan ni”. Muaz berbual-bual dengan Uwais selepas mereka sekeluarga selesai membaca Yassin dirumah emaknya minggu itu.

“Abang ingat nak cari kerjalah pak long..kalau dah ada duit sendiri senang abang nak beli barang yang abang nak guna nanti”.

“Abang nak kerja kat mana?”

“Entahlah..nak kerja kat pasar raya..tapi abang susah nak susun waktu bekerja,  sebab biasanya pasararaya ni kerja ada syif. Abang pula dah daftar untuk belajar memandu kereta dan motor.. esok dah nak mula belajar  pak long. Abang nak cepat belajar nanti cepatlah abang dapat lesen…kalau lambat-lambat nanti sampai masuk belajar semula abang tak dapat lesen lagi. Pak long! betul ke kalau selepas habis belajar 3 bulan kita tak ambil periksa dengan JPJ kena masuk belajar lagi.”

“Betullah tu. Bagus abang buat perancangan, dah penuh dah,  jadual abang masa tunggu keputusan ni”. 

“Rancangan abang nak ambil lesen memandu sahaja lah, kemudian nak cari kerja  itu saja...abang tak mahu buang masa tiga bulan ni. Lagi pun abang ni nak menyibukkan diri,  kalau tak.. abang asyik ingat pasal SPM sahaja, hari tu ada satu kertas abang tak yakin masa menjawabnya.. buat susah hati sahaja. Lagipun abang tengah tak ada kawan.. Pian pun dah pergi PLKN tentu-tentu tiga bulan dia kat sana. Abang fikir juga kalau dapat sambung belajar nanti, abang dah ada duit sedikit untuk dijadikan tambahan”.

“Kawan abang.. Pian tu dapat PLKN  kat mana?”

“Di Kem Debana Jempul Negeri Sembilan”.

“Emm jauh tu. Bang!..kenapa abang tak dapat ye bang”.

“Diorang pilih pakai computer katanya  pak long, kalau nasib baik dapatlah”.

“ingatkan abang tak nak pergi..ada juga orang yang merayu tak nak pergi kan bang?”

“Kalau dapat kena pergi pak long, kalau tak pergi nanti masuk penjara. Tapi yang sebetulnya abang suka kalau dapat pergi ..dah tak terpilih nak buat macam mana”.

“Dah tak dapat tak apa lah..itu tandanya tak ada rezeki kita kat situ. Bang! kalau abang kerja dengan pak long nak tak?” Setelah berbual agak lama Muaz menyampaikan tentang hasrat hatinya.

“Ehh nak sangatlah pak Long ..tapi abang ni tak tahu apa pun tentang injin kereta atau pun motor. Yang sebetulnya abang dari dulu lagi teringin nak kerja kat bengkel kereta..nanti senanglah abang tenguk enjin kereta sendiri kalau abang dah ada kereta atau motor sendiri”.

“Bab tak tahu tu nanti pak long ajarlah..tapi tangan abang akan kotor macam tangan pak long ni..hitam memanjang kuku Pak long ni..abang tak takut kotor minyak hitam ..kalau dah kita comot memanjang mak we pun takut nak dekat nanti”.

“Pada abang kotor tu tak apa, boleh dibasuh. Yang penting abang tahu bab-bab injin kereta ni. Alhamdullilah sangat kalau pak long nak ajar abang..bab mak we ni, abang tak pernah terfikir lagi. Abang ni SPM pun belum tahu lagi keputusannya pak long. Abang kena fikir diri sendiri dulu..nak harapkan papa fikirkan pasal abang, dia pun dah ada anak-anak lain yang perlu difikirkan..lainlah kalau adik-berdik satu emak satu bapa mungkin kita terteguk juga, tapi kalau dah lain emaknya susah sikitlah pak long..Ehh abang ni emo pulak. Bila abang boleh mula ni.” Uwais cuba menceriakan suaranya..lalu mengubah tajuk perbualan.

 Sebenarnya ketika itu melintas pertengkaran antara ibu tiri dan papanya kerana kedatangan dirinya tempuh hari. Dia bercerita tentang dirinya dengan suara yang sedeh.  Dia juga merasa cemburu melihat dua pupunya dikasihi oleh ibu dan ayah tampa berbelah bagi. Ada rasa kasihan Muaz dengan anak yang keluaraganya berpecah belah. Kasihan pada anak-anak yang terpaksa mengahadapi tempias masaalah emak  ayah. Makin kasihan dia melihat anak sepupunya yang dihadapan mata.

“Esok boleh?..pekerja pak long yang sorang tu cuti kecemasan ada hal keluarga..itu yang dia minta cuti segera tu. Kereta pula tengah banyak..buat permulaan ni abang tolong bukakan sekru-sekru pun jadilah.”.

“Esok abang ada kelas memandu pak long”.

“Tak apa, habis kelas abang datang lah bengkel pak long..boleh”

“Ohh..ok juga. Pak long abang hanya gantikan pekerja pak long tu sahaja kan.. kalau hal keluarganya dah selesai, nanti dia datang balik kerja…jadi abang macam mana? Abang kena berhenti ke pak long”.

“Abang teruslah kerja sampai keputusan SPM abang keluar atau sampai abang dipanggil untuk pergi mana-mana IPTA atau IPTS. Lagi pun Pak long nak minta tolong abang semakkan buku kira-kira pak long tu, pak long memang tak sempat nak semak. Lagi satu bang, pak long nak minta tolong abang ajarkan kakak add match..dia kata dia susah nak faham maklumlah baru pertama kali belajar… banyak sangat tak pak long nak minta tolong ni bang”. Anak Muaz yang digelar kakak adalah Siti Rahmah baru ditingkatan empat..baru hendak mengenali apa itu matematik tambahan.

“Tak lah banyak..pak long sebut serentak itu yang macam banyak. Semak kira-kira tu mungkin dalam satu hari boleh siap..abang nak ajar kakak tu waktu malam selepas magrib pun boleh..ok kan pak long”.

“Kalau abang rasa tak menyusahkan abang pak long ok sahaja..tapi kalau tak larat cakap.. jangan paksa diri..kerja kat bengkel ni tak macam kerja kat pejabat..kerja bengkel ni penat dan kotor tau”.

“In Syaa Allah boleh..mana ada kerja tak penat pak long, pekerja kontrek tu lagi penat pak long, lagi kerja mereka ditengah panas. Kalau kotor boleh basuh.”

“Ialah tu”.

Sepanjang bercuti panjang Uwais juga tidak tinggal dirumah ayah Nassir, kerana dia merasa kekok bila tiada sahabatnya baiknya ketika itu. Dia lebih memilih tinggal bersama datuk Haji Mohd Nohnya.Lagi pun mudah baginya untuk menjalankan tugasnya membantu dua pupunya belajar matematik tambahan.

“Ma..selama tiga bulan ni abang rasa abang nak duduk dengan atuklah ma”.

“Kenapa pula?”

“Senang abang nak belajar baca doa dengan atuk, kemudian abang senang nak pergi rumah pak long. Pak Long minta tolong abang ajarkan  kakak (Siti Rah mah yang kini baru memasuki tingkatan 4)  add math.”. Alasan yang tidak boleh disangkal oleh mamanya.

Selepas  Emil bernikah dia tinggal dirumah suaminya cikgu Nasir. Kini Haji Mohd Noh sudah menduduki semula rumah peninggalan arwah ayahnya. Diatas desakkan Emil agar ayahnya menduduki rumah mereka dulu.

“Yah!! Emil minta maaf banyak-banyak dengan ayah, selama ni Emil salah dengan ayah dan mementingkan diri sendiri. Sekarang Emil dah sedar sangat, sebab tu lah Emil pulangkan semua hak ayah”.

Haji Mohd Noh termangu mendengar pengakuan anak sulongnya di hadapan semua sepupunya dua orang adiknya. Mana tak semuanya ada,  hari itu adalah malam hari raya pertama dan semua adik-adik dan sepupunya berkumpul dirumah pusaka Hajjah NorIza merangkap emak tirinya. Dia ditemani suami dan semua anak tirinya juga berkumpul disitu. Hari raya itu merupakan hari raya pertama nya bersama cikgu Nassir sekeluarga.

Untuk menyiapkan juadah hari raya mereka bergotong royong menyediakan. Termasuklah Emil adik beradik dan adik iparnya berserta anak-anak tirinya. Sungguh meriah hari raya tahun itu.  Semua orang yang berkaitan dengan Haji Mohd Noh dan Hajjah NorIza berkumpul dalam satu rumah biar pun agak berserabut tetapi kemeriahan sangat bererti.

Yang sebenarnya kesedaran itu datang dari anak tunggalnya selepas dia selamat menjadi isteri cikgu Nassir.

“Ma!!Kalau tak menjadi kesalahan dan mama janganlah marah dengan abang, abang nak cakap sikit dengan mama.”

“Ada apa bang..macam serius sahaja abang dengan mama sekarang ni. Abang nak apa ...cakaplah, mama dengar”.

“Walau pun siapa kita..jika ada sesuatu tak kena, kita wajib memberi peringatan. Walaupun abang adalah anak mama betul tak ma”.

“Kenapa abang cakap macam ni..mama ada buat salah ke?”.Ketika itu dia sedang berkemas melipat kain bajunya dan memasukkan kedalam beg untuk dibawa kerumah suaminya. Tangan nya yang ligat melipat baju jadi terhenti bila mendengar penyataan anaknya. Dengan wajah yang mendongak memandang kearah Uwais yang  berdiri diambang pintu bilik. Ketika dia sampai tadi Uwais menunggunya diruamg tamu..bila dia menuju kebiliknya Uwais mengekori hingga diambang pintu di berhenti disitu.

“Ada ma..tapi bukan dengan abang, mama salah dengan atuk. Dulu lagi abang dah tahu… tapi dulu kita tak ada tempat nak berpaut, jadi abang diamkan sahaja. Tapi sekarang mama dah ada pelindung mama, eloklah mama ikut pelindung mama, dan apa yang mama ambil dari atuk tu mama pulang kanlah”. Emil jadi sedar, dia tahu maksud kata-kata anak tunggalnya. Tidak disangka anaknya yang seperti tidak ambil kisah, rupanya tahu apa yang dilakukan selama ini, dia jadi sangat sedar tentang kesalahan dirinya.

Mendengar kata-kata anaknya Emil bangun dan meluru kearah anaknya, dia memeluk anaknya dengan tangisan. Pada mulanya hanya perlahan kemudian menjadi bergonyang dek esakkan yang cuba ditahan. Akhirnya dia melepaskan esakkannya menjadi gogoian, dia mengogoi didada anaknya.Dia sudah tidak dapat bekata-kata.

Mendengar ngogoian isterinya cik gu Nassir bangun dari duduknya dan berjalan menuju kearah suara tangisan isterinya untuk mencari kepastian, tetapi langkahnya jadi terhenti melihat drama sebabak antara isteri dan anak tirinya di ambang pintu bilik. Dia hanya memerhati dari jauh perlakuan isterinya. Dia tidak mahu masuk campur urusan antara anak tiri dengan wanita yang baru dua hari sah menjadi isterinya. Mungkin ada cerita di sebalik tangisan isterinya yang agak kuat. Dua hari selepas mereka sah menjadi suami isteri, Emil minta izin darinya untuk mengambil pakainya dirumah  ayahnya. Dengan senang hati dia menawarkan diri menemaninya. Padanya walaupun mereka sudah berusia namun peluang berduaan sentiasa dicari sementelah memang sudah lama dia tiada peneman setelah isterinya meninggal dunia.

Bila sudah reda sedikit esakkanya. “Terima kasih bang kerana menginatkan mama. Mama sangat bertuah ada anak macam abang. Cukup anak mama walaupun hanya abang seorang. Terima kasih ..terima kasih sangat sangat bang”.. Itu yang didengar oleh cikgu Nassir dari mulut isterinya walau pun perkataanya tersekat-sekat dek sedunya yang belum hilang.. Selesai dia meluahkan kata-kata isterinya menjingkitkan tapak kakinya lalu diciumi anaknya seperti mencium anak yang masih kecil. Isterinya terpaksa menjingkitkan kakinya kerana ketinggian anaknya sudah melebihi ketinggian dirinya. Uwais tersipu malu bila dia menyedari ayah tirinya sedang memandang perlakuan mama terhadap dirinya. Namun perlakuan mamanya dibiarkan sahaja..sesekali kena cium best juga..terasa dirinya sangat memberi makna dalam hidup mamanya.

“Terima kasih bang.Mama akan pulangkan pada atuk..mama dengar teguran abang.. abang jangan bimbang ye..mama tak marah malah berterima kasih kerana abang mengingatkan mama.” Dia berdiri tegak memandang anaknya namun air mata masih mengalir. Sememangnya dia sangat bersyukur kepada Illahi kerana dikurniakan anak sebaik Uwais. Anak yang mengingatakan diri dari rasa tamaknya, mengambil bukan hak nya. Rasa sebak yang membelit hati menyebabkan  air mata sukar untuk  diberhentikan.  Dia memeluk anaknya sekali lagi. Emil menangis semahunya didada anaknya. Sambil teresak sambil dia mengucapkan terima kasih.

“Sudahlah ma..abang cakap sikit saja mama dah sedeh macam ni”.

“Mama nangis gembira .. sebab abang ingatkan salah mama. Kalau abang tak ingatkan mama ..macam mana mama nak pulangkan segala yang bukan hak mama kat akhirat nanti.. tentu mama akan disiksa didalam kubur. Mama insaf sangat dengan  buruk laku mama selama ni, terima kasih ye bang. Mama bersyukur sebab Allah sayang mama. ALHAMDULLILAH..”.



Setelah selesai berkemas kain bajunya Emil mengikuti suami kerumahnya. Dalam perjalan pulang yang hanya mereka berdua sahaja. Uwais tidak mahu mengikutinya kerana dia mahu duduk untuk sementara waktu dirumah untuk mengulang kaji pelajaran bersama sahabat baiknya Ahmad Sofian.

“Kalau boleh abang tahu..kenapa Emil menangis tadi”. Cikgu Nassir menyelidik sebab tangisan isterinya tadi.

“Teruk sangat ke Emil nangis tadi bang”.

“Teruklah.. abang kat ruang  tamu pun boleh terdengar”.

“Ialah tu.. (sambil menampar manja bahu suaminya) abang ni kenapa jujur sangat..jangkanya tipulah sikit, taklah Emil rasa malu sangat”. Cik gu Nassir ketawa lepas mendengar penyataan isterinya. Dia merasa bahagia itulah sebabnya tawanya  lepas tak terkawal.

“Bang! Emil dulu sangat jahat dan sangat mementingkan diri sendiri, tamak pada yang bukan milik Emil. Yang sebenarnya rumah yang Emil duduk selama ni rumah ayah, yang lebih jelas rumah pusaka atuk. Bila atuk meninggal kami duduk rumah tu, dari rumah papan ayah betulkan rumah tu..jadi sampai macam tu, tapi pembuatanya semasa arwah mama Emil masih hidup lagi.…abang  tahu tak mama Emil meninggal kat Mekkah selepas selesai Umrahnya yang  pertama, tak sampai sehari mama meninggal, ayah nikah dengan mak ngah kat sana. Emil tak boleh nak terima..walaupun ayah bagi sebab..”.

“Macam mana mak ngah boleh ikut keluarga Emil pergi Mekkah?”

 “Abang tahukan mak ngah ni balu dah lama, masa Muaz baru habis diploma lagi, pak ngah dah meninggal dunia..jadi masa ayah dan mama Emil nak pergi Mekkah dia ajak  mak ngah sekali, kira mak ngah tumpag mahram ayah dan mama. Mama ajak mak ngah sebab mama ni mualaf,  dia tak pandai sangat baca doa dan baca surah lazim pun terhad pembacaanya. . Rupanya mahram mak ngah hanya bersangkut dengan mama, bila mama meninggal ayah dan mak ngah bukan lagi mahram, mereka hanya bekas adik ipar dan kakak ipar yang halal nikah. Jadi untuk memudahkan mereka beribadah ayah nikah dengan mak ngah. Pada Emil ayah hanya mencipta alasan sahaja untuk dia nikah lagi, selepas mama meninggal. Bila Emil dapat tahu ayah memang sukakan mak ngah dari dulu lagi, lagilah  tak Emil tak boleh nak terima…Emil rasa mak ngah pun sama macam ayah, dia nak ambil kesempatan diatas peninggalan arwah mama, dia macam nak tumpang kesenangan ayah dan mama. Abang tahu tak Emil suruh ayah ceraikan mak ngah masa tu kalau ayah nak juga duduk rumah tu. Entahlah Emil masa tu jahil , degil dan tamak betul. Sebab ayah tak mahu ceraikan  mak nagh, ayah pindah duduk rumah mak ngah.
..sekarang Emil sedar sangat, Emil salah selama ni. Tadi Uwais ingatkan Emil tentang perkara ni.. Emil sedeh sangat. Dia yang baru setahun jagung tahu yang lebih berhak, tapi Emil yang dah berumur  nak dekat setengah abad tak tahu. Jahil sunggh Emil ni..jahil kerana hati Emil ni penuhi dengan rasa cemburu..cemburu bila merasakan ada orang luar tumpang harta keluarga Emil..”.Emil mula teresak lagi. Dia meminjam bahu suaminya untuk menumpahkan rasa sedehnya. Setelah dia menjadi seorang wanita yang sejati jiwa cukup senang tersentuh. Mungkin keinsafan yang meresap didalam hatinya menyebabkan dia begitu.



Friday, 26 September 2014

Bab 37 Tidak ku tahu kasih bermula.





Asalamualaikum..Baru dapat sikit tapi tangan gatal nak post juga..mungkin cerita mak teh ni akan tersangkut-sangkut tapi akan diuhakan berjalan lancar... Selamat membaca…






Peperiksaan SPM sudah dua minggu tamat. Kini Uwais  sedang melayani bual sahabatnya yang bakal menjalani latihan PLKNdi pusat pengumpulan pelajar yang terpilih mengikuti latihan itu. Dari pusat itu nanti para pelajar akan di angkut dengan bas-bas yang telah disediakan ke kem-kem yang telah di sediakan diseluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Serawak.Sofian tercapak jauh  dikem latihan PLKN dinegeri Sembilan, Kem Divana yang terletak diJempul Negeri Sembilan, nama kem yang tertera dalam surat panggilah tempuh hari.  Ayah Nassir, mama dan dirinya berpusu-pusu dengan keluarga pelajar yang lain  untuk sesi pendaftaran dan menanti bas yang akan mengangkut mereka kem yang telah ditentukan bagi setiap pelajar. Sebelum bertolak sempat  lagimereka berbual.

Uwais hanya terseyum bila mendengar sungutan sahabatnya yang sememangnya dari awal sangat berat untuk menerima latiahn itu.Ahmad Sofian bukan orang yang suka pada kegiatan lasak.Uwais sangat tahu sikap sahabatnya yang satu itu, dia hanya suka pada pembelajaran didalam kelas sahaja. Disekolah dahulu dia mengikuti acara padang sebab terpaksa sahaja. Bila  setiap pelajar diwajibkan mengikuti acara padang..salah satu kokurikulum pihak sekolah. Dihari sukan sekolah pula dia hanya menjadi tukang sorak ditepi padang sahaja, kerana peringkat saringan lagi dirinya sudah terkeluar dari perseta yang akan bertanding ditengah padang. Sedang Uwais mengelamun mengenangkan sikap sahabat baiknya telinga disapa sungutan darinya.

“Entah apalah badi aku ni Is, tak pernah aku doa masuk PLKN ni, malas betul aku nak pergi. Orang kata masuk ni teruk, kena berkawat tengah panas bagai, kita ni dilatih macam latihan masuk askar.”

“Aku dengar pun macam tu juga, tapi kalau aku, aku suka dengan aktiviti lasak barulah rasa tercabar. Hidup ni mesti ada cabaran Pian..barulah rasa bermakna hidup kita”

“Ialah mencabar sangatlah tu..Aku hairan betul lah Is”.

“Kau hairan kenapa?”

“Ialah kau yang suka tak dapat, aku yang tak nak nijuga lah yang dipilih. Kita tukar lah Is”.

“Hiss kau niiih, cuba kau eja nama aku  adake berbunyi macam Ahmad Sofian bin Mohd Nassir ..kalau kau eja nama aku jadi nama kau, sekarang ni juga aku ganti kau..”.ha..ha gelak jahat Uwais mengenakan kawannya.

“Memang lah tidak Is!..” Sofian memperlahankan suaranya seakan berbisik dia mendekatkan bibirnya kecuping telinga Uwais…timbul pula idea yang tak bernas dari kepala Sofian..Tindakkan spontan Uwais membulatkan matanya yang sepet memandang kearah sahabat baiknya..Bila habis kawanya berbisik.

“Kalau kau nak masuk penjara buatlah”.Uwais mengingatkan.Rupanya sahabatnya mahu lari dari mengikuti latihan PLKNnya (Is Is! kalau aku tak nak pergi boleh tak agaknya) itulah bunyi bisikkan yang dibisikan ditelinga Uwais tadi.

“Haahlah dulu ada seorang pelajar dari Kedah kalau tak silap aku, dia kena penjara kerana tak pergi  PLKN, walau pun dia dapat.”.Mendengar perkataan penjara mengingatkan mereka berita yang mereka baca dari sebuah akhbar tidak lama dulu.

“Tahu pun kau..Pian kalau kita dah masuk penjara kerana didapati bersalah kita dapat keputusan kita bagus pun tak guna..sebab rekod kita dah buruk, nanti susah nak diterima masuk mana-mana pusat pengajian itu yang aku dengar lah Pian.”

“Eee malas betulah aku ni. Is!!yang sebetulnya aku kesian nak tinggalkan  ayah aku”.Sofian masih mencari alasan kerana tidak mahu pergi.

“Apa pula kau nak kesiankan ayah, aku kan ada ..aku ni sama saja macam kau,aku dah jadi anak dia..walaupun anak tiri tapi aku tetap ada tanggung jawab jaga dia sebagai ayah aku. Kalau aku ni perempuan aku kan dah haram kahwin dengan dia sampai bila-bila pun, sebab aku dah jadi mahram dia, kesimpulanya aku ni dah jadi macam anak kandung dia juga kan..”.

“Wah kau ni Is dah jadi macam ustaz pula..yang sebetulnya aku ni yang mencari alasan tak munasabah . Aku memamg malas nak pergilah  Is. Dulu masa sebelum SPM kita dah belajar teruk, tak ada langsung masa terluang untuk kita berihat. Ini dah selesai semuanya aku nak rehat cukup-cukup. Aku nak makan dengan tidur sahaja.Bukannya lama kita dapat berihat Is, hanya lebih kurang tiga bulan sahaja sementara tunggu keputusan peperiksaan keluar..nanti kalau dah masuk metric ke,  kolej kedah kena belajar lagi..hai..hai” Keluh Sofian lagi.

“Alah bukanya lama, 3bulan sahaja. Pergilah cuba perkara yang tak pernah kita cuba..entah-entah bila dah cuba, kau tak nak balik pula. Bab ayah tu kau jangan bimbanglah, kan dia dah ada mama. Mama akan jaga dia..aku pastikan tu”.

“Ialah Is aku percaya kau..yang sebetulnya itu hanya alasan hati aku yang tak nak pergi ni, entah lah Is. Tadi kau kata aku tak nak balik bila dah cuba buat aktiviti kat sana tu, cuba kau bagi contoh perkara yang menyeronokkan hingga aku tak nak balik tu..biar hati aku ni merelakan langkah kaki ni..”.

“Yang aku dengar kat sana ada jungle treking, flying fox..bukan tu sahaja ceramah ugama pun ada,kita diajak berQiamulai dan macam-macam lagi..makannya pun sedap. Itu yang aku kata seronok..bila dah rasa seronok tentulah kau tak nak balik. Masa yang diberi rasa macam tak cukup..kauakanrasatakpuas lagi dengan kegiatan kat sana tu nanti”.

“Hemmm kau tak sebut bab kawat..pada aku tak ada maknaya kalau bab berkawat dengan masuk hutan tu Is..salah langkah bencana yang kita dapat itu sebabnya aku tak suka bab lasak-lasak ni.”

“Pian!!atuk aku selalu ingat kan aku, kalau nak elakkan dari ditimpa musibah.. setiap kali keluar rumah bacalah Ayat Kursyi dan ayat Seribu Dinar kemudian berselawat banyak kali ..supaya kita dipelihara dan dilindungi oleh Allah. Tak ada tempat lain kita memohon perlindungan Pian, hanya pada Allah tempat kita bergantung dan mengadu. Bukan sahaja kita berdoa supaya kita dijauhkan dari kemalangan dan kecelakaan, kita juga berdoa supaya kita tak terjebak pada sebarang maksiat, dan sebanrang kejahatan kita berdoalah supaya dijauhkan dari semua benda-benda buruk Pian”.Semasa ada peluang Uwais menyampaikan pesanan atuknya Haji Mohd Noh, untuk kesejahteraan dirinya sendiri dan sahabat yang bakal menjalani latihan dan bakal jauh dari mata orang tua mereka. Bukankah ilamu Allah tu elok disebarkan untuk memberi  menefaat kepada semua yang berpegang pada Allah tuhan yang Maha Esa. Lagi pun sesiapa yang menyebarkan ilmu yang baik akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.


“In Syaa Allah aku akan ingat pesan kau tu sekarang juga aku baca.”  Mereka mendiamkan diri kerana memberi peluang Ahmad Sofian membaca apa yang diperkatakan oleh sahabatnya tadi.

“ Aku ada dengar  kalau kita mengamalkan  Ayat Seribu Dinar, Allah akan memberi pertolongan yang kita tak sangka betul ke macam tu, cuba kau tanyakan kat  atuk kau..”.

“Betullah tu, atuk aku pun cakap macam tu juga..itu sebabnya kita jangan cepat putus asa”.

“Habis kalau macam aku ni..boleh tak tiba-tiba Allah datangkan sebab.. yang membolehkan aku tak jadi pergi..itu dikira pertolongan yang tak disangka-sangka juga kan”.

“Kau ni Pian..Allah bagi seseorang dugaan ni mengikut kemampuan seseorang. Kalau tak didatangkan sebab yang menyebabkan kau boleh tak pergi, maknanya kau mampu menjalani latihan tu..pergilah..kemudian bacalah ayat-ayat tadi supaya kau dilindungi dari segala marabahaya dan segala kejahatan..” Nasihat ikhlas dari  seorang kawan.

“In Syaa Allah lepas ni aku tak akan lupa membacanya… Is! aku balik nanti agaknya keputusan dah keluar ke belum”. Lembut hati Sofian bila mendengar kata-kata sahabatnya.

“Mungkin tara-tara nak keluar agaknya. Kau sebut SPM aku risaulah..Fizik hari tu macam tak yakin sahaja aku menjawabnya”.

“Perkara dah lepas tak payah fikir lagi lah Is. Kau nak buat apa selama tiga bulan ni…”.

“Aku rasa nak cari kerja lah Pian, aku nak cari duit poket sikit, kau tak apalah..kau dah ada duit elaun PLKN ni”.

“Banyak mana lah duit elaun tu”.

“Tapi sekurang-kurang kau ada juga duit..aku ni kalau tak kerja, ertinya tak ada langsung tau”.

“Kau apa susah mintalah kat mama sikit”.
           
“Tak maulah ..kita dah besar Pian dah boleh cari duit sendiri kalau kita rajin. Lagi pun kita nikan lelaki.. kudrat kita dah boleh membela diri sendiri. Kalau orang dulu kan tara-tara kita ni tanggung isteri kan”. Ha..ha..ha. Dua sahabat melepas kan tawa kuat tak ingat orang keliling.

“Hssy kau ni Is, keputusan belum lagi keluar dah ingat nak tanggung isteri, dah ada calon ke dalam hati kau tu”.

“Aku kata bukan aku..orang dulu, kau ni cepat sangat salah tafsir. Kita ni lama lagi, kurang-kurang pun 10 tahun lagi,  dapat kerja kemudian nak kumpul duit pula. Jangan kahwin sahaja, tapi tak pandai nak bagi perlindungan dan makan pakai anak isteri, tapi sekarang semua orang dah pandai menilai… kalau kewangan tak mantap siapa nak kita kan”.

Asyik berbual masa makin menghampiri tidak disedari. Sehinggalah  kedengaran pengumuman melaungkan agar semua para perserta berbaris untuk menaiki bas yang akan membawa mereka kedistinasi yang telah ditetapkan. Ayah Nassir, mama dan dirinya memandang  Ahmad Sofian didalam barisan menuju kepintu kemudian menaiki tangga bas satu persatu  hinggalah bas meninggalkan mereka tidak lepas mata mereka bertiga memandang Ahmad Sofian yang juga memandang kearah mereka. Bila bas bergerak masing-masing mengangkat tangan dan melambai. Sedeh dirasakan, tidak kiralah cikgu Nasir atau pun Uwais. Mereka berdua memang tidak pernah berpisah. Itulah pengajaran pertama untuk seorang anak meninggalkan keluarga mereka kelak.


 Uwais sudah ditinggalkan kesaorangan bila sahabat baiknya menjalani latihan PLKNnya. Dia meminta kebenaran mamanya untuk meluangkan masa bersama papanya.

“Mama abang rasa nak duduk rumah papa sehari dua boleh ma”.

“Boleh..pergilah..tapi jangan lupa kelas memandu abang..Bila abang nak memulakan kelas memandu abang tu”.

“Ada lagi lima hari..tapi abang risau nanti mama tak ada kawan”.

“Apa pula tak ada kawan..ayah kan ada”.

“Ohh ye tak ye juga..abang ni selalu terlupa mama dah ada kawan sekarang ni. Kalau macam tu esok abang pergilah..cepat abang pergi cepatlah abang balik.”.

Selepas tamat periksa Uwais kerumah papanya, untuk meraikan rasa merdekanya bersama papanya. Hendak bermerdeka bersama sahabat baiknya Sofian dia sudah dikem latihan PLKN, tetapi kedatanganya di sambut dengan  jelingan tajam dari emak tirinya pula. Hanya sehari semalam Uwais dapat bertahan bila dia juga terdengar pertengkaran emak tiri dan papanya didalam bilik mereka.Uwais mengesyaki pertengkaran itu adalah disebabkan kedatangan dirinya.

“Bang!! Kenapa abang suka sangat ajak anak abang datang sini..abang nak tanya khabar janda abang tu ke?”.

“Hai Zila kenapa ni? Angin tak ada rebut tak ada … tiba-tiba nak naik angin..kenapa?”. Meleweh suara cikgu Latif menegur tingkah isterinya yang mempertikaikan kedatangan anaknya.

“Apa abang kata tak ada angin..tu yang datang tu angin pada Zila”.

“Apa yang anginnya..dia kan anak abang, dia dah habis periksa biarlah dia datang sini, lagi pun memang dah lama dia tak datang sini”.

“Abang sukalah dia datang, sebab boleh tanya tentang janda abang tu”. Abdul Latif hanya membiarkan sahaja Zila membebelkan dirinya. Tetapi rupanya dengan cara mendiamkan diri menyebabkan angin Zila semakin mengganas.

“Kalau abang diam betullah tu.. suruh dia balik bang..saya tak suka dia cerita tentang mamanya pada abang..kalau dah macam tu macam mana abang nak lupakan dia..”.

“Mana ada dia cerita tentang Emil..dahlah biar dia..dia kata nak duduk sini dua tiga hari ..nak merasakan merdeka bila dah habis periksa..”. Bila nama Emil disebut makin marak marah Zila dalam hati. Pada pendengarannya nama Emil begitu lembut disebut oleh suaminya. Ialah bila hati sudah cemburu syaitan berbisik menghasut itulah jadinya. Entah mengapa rasa cemburu Zila makin berganda bila usia makin meningkat.

“Apa abang kata? Dia nak duduk sini dua tiga hari?? Tidak! bang biar pun sehari Zila pun tak suka..kalau abang tak boleh nak cakap suruh dia balik..Biar Zila yang cakap.. Zila tak suka dia datang sini..sekarang ni kan abang tengah cuba nak lupakan janda abang tu..kalau dia selalu datang kemudian, duduk lama-lama dengan abang, macam mana abang nak lupa pada janda abang tu”. Abdul Latif memandang isterinya yang sedang membebel..tetapi hatinya juga berkata bagai mana  mahu dia memadam ingatanya pada Emil..serasa tidak mungkin, itu kenyataanya. Abdul latif  melihat betapa bersungguhnya isterinya mahu menyuruh anaknya pulang. 

 “Sekali Zila cakap suruh anak abang tu balik tahulah apa yang abang nak buat.. jangan sekali halau anak abang masa dia jumpa abang.  Dia tu tetap anak abang walau bukan  Zila yang mengandungkan dia”. Pertengkaran didalam bilik rupanya didengari oleh Uwais. Kerana meja tempat dia minum berdekatan dengan bilik papa dan ibu tirinya. Cepat dia menghabiskan minum paginya. Melihat kelibat papanya keluar dari bilik terus  dia meminta diri untuk pulang semula kerumah datuklnya.

“Pa! abang rasa abang nak baliklah pa”. Mendengar permintaan anak sulongnya cikgu Latif tidak jadi melangkah kerunag tamu..dia menarik kerusi dan duduk menemani anak yang sudah pun menghabiskan minum paginya.

“Kenapa cepat sangat nak balik bang, kata nak sampai dua tiga hari kat sini. Papa tak habis lagi nak tanya pasal periksa abang..boleh ke abang jawap semua soalan SPM hari tu”.

“In Syaa Allah pa..semua yang abang baca kebanyakkannya keluar pa..doakan abang dapat semuanya A ye pa”.

“In Syaa Allah..kalau abang dah berusha tentu akan berjaya tu. Kan Allah dah janji berusha dulu kemudian berdoa..In Syaa Allah Dia akan makbulkan doa kita..Tapi kenapa  abang nak cepat balik..abang dapat masuk PLKN ke?”.

“Tak pa..Abang tak terpilih tapi kawan abang Pian tu dapat.. dia dah pergi pun dua hari lepas..abang nak balik cepat bukan apa, mama suruh abang ambil lessen kereta. Sambil abang tunggu keputusan SPM ni, mama kata lebih baik abang ambil lessen..tapi abang kena pergi buat pendaftaran dulu. Lebih cepat abang buat pendaftaran, lebih cepat abang dapat belajar memandu, cepatlah abang dapat lessen nanti.” Pagi tu Uwais pulang sendiri dengan menaiki bas. Bila anak tirinya pulang kedengaran lagi sungutan Zila.. namun tidak diindahkan oleh Abdul Latif, malas dia mahu melayani rasa tidak puas hati isterinya.

“Kalau datang menghabiskan duit sahaja”. Itulah sungutan Zila yang terlepas dari hati yang cemburu. Hatinya jadi hangat bila matanya melihat huluran duit dari tangan suaminya untuk anak sulongnya. Untuk menyejukkan hatinya yang panas Zila merajuk dan pulang kerumah abangnya di Ipoh.Tujuan utama mahu mengumpul duitnya sendiri.. dan akan dihabiskan untuk membeli produk kecantikan diri. Pemergian Zila juga tidak dihalang oleh Abdul Latif. Sekarang ini Abdul Latif tidak mahu menyibuk dengan kegiatan isterinya. Sebab makin ditegur makin keras jadi tingkahnya.

Baru sempat semak..banyak rupanya yang tak betul...





Thursday, 22 May 2014

Bab 36 Tidak ku tahu kasih bermula.






             Setelah siap menyalin lauk pauk kedalam manggkuk, Puan Rubiah menyuruh tiga orang cucunya makan. Dua tiga hari ini cucunya sudah menyungut kerana masakannya tidak menepati pawai selera mereka.  Puan Rubiah keruang tamu. Dari jauh dia melihat anaknya larut dalam menungnya dengan wajah yang sedeh. Lama dia memerhati dengan langkah perlahan dia menghampiri anaknya  namun tidak disedari. Kemudian dia berhenti, lama dia berdiri tidak jauh dari anaknya, namun tidak juga anaknya menoleh ke arahnya, menandakan kehadirianya sememangnya tidak disedari. Akhirnya dia memilih untuk duduk dihadapan anaknya. Dia meninggalkan tiga orang cucucnya didapur  yang sedang mengadap hidangan dengan berselera sekali maklumlah nasi kenduri yang dibawa oleh Uwais tadi. Cecah sahaja punggungnya kesofa terus sahaja dia bersuara.

                 Yang sebenarnya hati Latif menjadi hiba, mengenangkan Emil sudah menjadi hak orang, jika dia masih janda dia masih ada peluang memiliki Emil, dia hanya perlu perkataan 'ya' dari Emil sahaja, tetapi kini harapanya tinggal hanya harapan sahaja, itu yang disedehkan. Berita itu Muaz sendiri yang memberitahunya tadi, itu yang membuatkan dia termenung, cinta dan deritanya bergelut didalam hatinya. Dia tersedar dari menungnya bila melihat emaknya duduk disofa dihadapanya.

“Dah  4 hari kamu kemalangan, baru Uwais nak datang jenuk kamu Tif. Inilah anak ajaran Emil, bagus betul Emil ajar anak kan Tif. Tak kan dia tak tahu kamu kemalangan, takan sepupu dia tu tak bagi tahu dia hari tu. Itulah, emak ni.. kalau perangai Emil memang mak tak setuju dari dulu lagi.”  Berapi-rapi Puan Rabiah memburukkan dan  mencari salah bekas menantu yang tidak disukainya dulu. Tapi puan Rubiah mungkin terlupa, seseorang itu akan berubah mengikut masa dan keadaan. Kalau tidak tak kan ada orang yang terlebih dahulu makan garam, memadahkan: Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, inikan pula hati orang.

“Mak jangan buruk sangka kat orang mak, berdosa.Yang sebetul nya itulah yang saya pesan pada Muaz hari tu, masa dia tolong saya kemalangan hari tu”. Kerana hatinya yang hangat, cepat sahaja kata-kata anaknya dipintas..rasa tidak puas hatinya mahu diluahkan dengan segera.

“Kamu pesan pada sepupu dia tu, bagi tahu Emil, supaya Emil jenguk kamu sakit kemalangan.Tapi tenguklah anaknya sahaja yang datang, itu pun dah dekat nak baik sakit kamu, baru datang dijenguknya kamu”.Yang sebenarnya Puan Rubiah sengaja mencari keburukan bekas menantunya, supaya anaknya sedar dan supaya anaknya tidak mengharap lagi  pada wanita yang buruk  perangainya. Secara halus dia menyampaikan isi hatinya ‘tidak guna kalau memiliki  isteri yang seperti Emil.’

“Bukan pesan suruh jenguk mak,  tapi saya pesan jangan bagi tahu diaorang. Saya tak mahu dengan berita kemalangan saya yang tak seberapa, menghilangkan rasa gembira diorang nak menerima orang baru.”

“siapa yang nak terima orang baru..Emil..Emil nak kahwin ke Tif?”.

“Pandai mak teka. Uwais cakap dengan emak tadi ke?”.

“Emil nak nikah Tif..bila???”Tidak dihiraukan soalan anaknya, Puan Rabiah bertanya mencari kepastian.

“Dia dah nikah lepas Jumaat tadi mak, yang Uwais bawa tadi nasi kenduri dialah tu mak”. Latif menuturkan dengan suara yang sebak bersama tangan menyapu tubir matanya. Terkedu Puan Rubiah melihat kesedehan anaknya, terdetik hatinya mengakui kata-kata Zila sememangnya anaknya masih menyimpan rasa kasih untuk bekas isterinya. Anak lelakinya menangis kerana bekas isterinya kahwin lagi.  Tetapi hatinya merasa sedeh melihat kesedehan yang ditanggung oleh anaknya kerana tidakkanya dulu. Dia kasihan melihat anak yang tidak banyak cakap meluahkan apa yang terkandung dihatinya dengan air matanya.

                 Dia datang memeluk anaknya yang sudah mengalirkan air mata. Tadi dia mahu memburuk-buruk Emil supaya anaknya dapat merelakan percerian yang sudah terjadi. Tetapi  dia tersalah kata pula. Rupanya masih begitu kuat sayang anaknya kepada bekas isterinya. Bukankah lelaki dan air mata itu luar biasa.

“Dahlah Tif..jangan menangis. Emak yang bersalah dengan kamu Tif, mak minta maaf sangat-sangat.”

“mak tak salah, sayalah yang salah, saya tak pandai nak didik isteri supaya sayangkan emak juga”. Latif berkata dengan tangis yang tertahan. Walau pun ditahan namun tangisan tetap tidak mahu berhenti. Dia tetap menangis dan teresak dibahu emaknya, dia merasakan pedih hatinya bila harapanya berderai.

“Kalau kamu menangis macam ni mak rasa bersalah sangat pada kamu. Dahlah jangan diingat lagi Emil tu ye, dia dah jadi hak orang, nanti kita dapat dosa.” Datar sahaja suara Puan Rubiah menasihati anaknya. Makin disuruh jangan menangis makin kuat pula esak anaknya, bergegar badannya dengan esakkan anaknya yang tidak dapat ditahan lagi.

“Ia mak saya tahu, saya tengah pujuk hati saya lah ni mak.” Latif cuba menahan tangis  namun dia tidak mampu.Tangis anaknya menyiat hati puan Rubiah. Bahagiakah dirinya dengan esakkan anaknya sekarang ini. Jawabnya..kalau masa boleh diundur dia lebih rela dirinya yang menangis. Tapi apakan daya segalanya sudah terjadi, kemenanganya dulu sudah tidak bererti.

                 Kemenangannya dulu bila berjaya memaksa anaknya bernikah dengan NorFazilah, itu kejayaan pertama. Kejayaan kedua bila menantu pilihanya mengandung, kejayaan ketiga bila anaknya menceraikan isteri pertamanya dan kejayaan keempat anaknya berpindah dan duduk bersamanya dikampung mereka. Tetapi sekarang adakah dengan kejayaan-kejayaan itu dia gembira dan bahagia hingga keakhirnya.

            Sudah 8 hari Zila meninggalkan rumahtangganya. Tanggungjawabnya kepada anak-anak tertanggung di atas bahu emak mertuanya, tetapi tanggungjawap dia kepada suaminya tak tahu nak jawab macam mana. Sementa lah suaminya sedang sakit kerana kemalangan tempuhhari.Tetapi ‘sebab’ kemalangan itu lah dia mengeraskan hati membawa diri ke Tanjung Rambutan Ipoh rumah abangnya. Suaminya kemalangan kerana ‘asyik terkenangkan jandanya’ itu yang menjadikan hatinya tersangat sakit.

            Di Ipoh dia gembira dan seronok, seronok kerana dia bekerja dan bakal ada duitnya sendiri, duit dari titik peluhnya.  Gembira kerana dikelilingi oleh pelanggan dan kawan-kawan. Tetapi walaupun hatinya seronok dapat mengumpul duit, namun tanggungjawabnya tidak membenarkan dia terus tinggal di Tanjung Rambutan Ipoh. Hari Ahad hari tidak berjualan, selepas minum pagi dia mula mengorak langkah pulang semula kePengkalan Hulu. Harapanya dia akan datang lagi itulah janjinya didalam hati.

“Makcik! rasanya Isnin ni Zila dah balik”.

“Kenapa tak terus duduk sini sahaja. Kalau rumah Miza tu sempit mehlah duduk rumah makcik.”

“Tak apalah makcik, Zila tak mahu susahkan mak cik”

“Tak susah pun, makcik pun duduk sorang sahaja selama ni. Kalau ada orang temankan, mak cik suka juga. Yang sebetulnya mak cik berniaga ni, hanya nak cari kawan berbual sahaja, sambil-sambil tu cari duit belanja”. 


              Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja  berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah  jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.

              Zila sudah sampai dirumah keluarga suaminya. Dirinya terasa kekok dengan sambutan dingin emak mertua dan suaminya sekembalinya dia dari Ipoh. Namun digagahi nya juga menyapa dan menyalami suami dan emak merutanya. Bermula dari saat itu Zila merasakan emak mertuanya sudah tidak ramah dan mesra lagi seperti selalu. Kini suaminya juga sudah mulakan tungas sebagai pendidik walaupun tanganya masih dikendung, mungkin belum pulih sepenuhnya.

               Dalam keadaan kekok dan dingin kini sudah sebulan berlalu. Sejak dia pulang dari Ipoh dia sudah mula melakukan rawatan muka dirumah. Semua prudak kecantikan yang dibelinya tempoh hari digunakan setiap hari kini sudah mendapat melihat hasilnya. Hasilnya: Kulit mukanya sudah menjadi putih mulus dan cantik. Zila gembira dengan perubahan pada wajahnya. Tidak rugi dia bekerja dan ditabur duitnya untuk produk kecantikkan bila melihat hasilnya.  Dia berazam akan menambah koleksi barangan kecantikan untuk  dirinya. Jika itu niatnya dia harus keIpoh lagi utnuk mengumpul duit.

                  Bukan dia tidak mahu meminta duit dari suaminya, tetapi dia harus faham dengan sara hidup yang tinggi sedangkan suaminya bekerja sendirian untuk menangung emak dan mereka sekeluarga. Suaminya juga harus memberi sedikit sara hidup untuk anak tirinya juga. Dia akur dengan tanggung jawab suaminya. Pernah dulu dia mengambil sedikit  duit belanja dapur. Dia ditegur oleh emak mertuanya bila menyedari makan untuk mereka BERCATU.

“Zila! kenapa sekarang ni mak rasa macam sikit sangat kamu masak lauk, Latif kurangkan bagi duit belanja dapur ke?”.

“Tak mak, abang bagi macam biasa sahaja.”

“Habis tu harga barang naik sangat ke, sampai kita tak cukup belanja. Kalau tak cukup kamu minta tambahlah dengan suami kamu tu”.

“Mak tak payah mak, yang sebenarnya memang Zila yang berjimat nak ajar anak-anak makan apa yang ada mak. Zila ingat nak tolong abang berjimat. Kan tak lama lagi Umar pun dah nak masuk tingkatan satu..takut kalau sekolah menengah banyak nak pakai duit”. Umar merupakan anak Latif yang tua bersama Zila. Anak keduanya diberi nama Umairah dan yang ketiga Uqasha.  Bagi Abdul Latif dia tidak mahu membezakan anak-anaknya biar pun mereka berlainan ibu yang melahirkan. Dia mahu anak-anaknya merasakan ikatan darah mereka, benih mereka adalah dari papa yang sama. Dia juga bersyukur Uwais tidak mejauhklan diri dan membenci dirinya. Sememangnya Uwais anak yang baik tidak mencampurkan hal dirinya dengan pertelingkahan mama dan papanya.

“Pasal duit simpan pandailah Latif yang uruskan, pasal makan ni kamu kena bijak, jangan dicatu makan anak-anak. Anak-anak tara nak besar ni perlukan zat makanan yang cukup supaya otak dia bijak.”

“Mak! kan saya dah masak sedap tu mak, ayam sup memang yang diaorang suka mak”.

“Kamu ni Zila, kamu tak perasan ke yang kamu masak tu kaki ayam, dengan leher ayam sahaja. Semuanya tulang, nak makan apa. Cuba kamu fikir macam mana nak makan kalau tak ada dagingnya, kalau dah kaki dengan leher sahaja.”. Bebel emak mertuanya melihat masakkanya tengahhari itu.

“Ok apa mak tu, pandailah dia orang nak makan,  gigit sikit-sikit kemudian isap, kan dah rasa ayamnya.”

“Zila!..kamu ni, makan budak-budak bukan sekadar nak dirasa, tapi nakkan zat nya. Kalau hanya tulang mana nak datang zat protinnya, setahu emak daging yang ada zat protin. Protin bagus untuk otak. Supaya anak kita mudah belajar nanti. Kalau makan rasa sahaja, nanti makan nasi sahaja yang banyak, silap-silap budak-budak jadi gemuk. Kalau dah gemuk budak malas nak bergerak”. Pandai juga Puan Rubih berceramah tentang pemakanan, ialah bukan dia buta ilmu dia juga bersekolah dulu hanya tiada rezeki keluar bekerja sahaja.

“Alah protin bukan dari daging ayam sahaja dari sayur pun ada protin. Zila kan dah masakkan masak lemak pucuk ubi. Mak pucuk ubi ni banyak hasiatnya mak”. Bangkang Zila mahu menegakkan pendirianya tentang masakkanya tengahari itu.

(Tak masuk dalam cerita saja mak teh nak tulis untuk pengetahuan pemabaca, mak teh terjumpa dalam MR.GOOGLE: Khasiat daun pucuk ubi kayu. Mengenyangkan bila dimakan, dapat menghilangkan pening atau sakit kepala selain dapat menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Pucuk ubi kayu banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C. Serta mengandungi bahan meniral seperti Kalsium,posforan, zat besi dan serat. Protin dan kabohidrat serta tenaga yang diwujudkan dalam pucuk ubi kayu menyihatkan kita. Jika sebagai rawatan pula pucuk ubi boleh menyembuhkan penyakit cirit birit dengan meminum air rebusan pucuk ubi. Caranya pucuk ubi direbus dengan 900 cc air didihkan hingga menjadi 450cc sahaja, minum setelah air menjadi suam. In Syaa Allah, kita mencuba, Allah yang memberi kesembuhan. Petikan ini diambil dari ANIM AGRO TECHNOLOGY by Anim Pct 11, Putrajaya.)

“Kamu ni Zila banyak pula jawapan kamu nikan, pucuk ubi tu untuk  emak dengan kamu memanglah sedap, budak-budak mana makan sangat pucuk ubi tu”.

“Mak! sebetulnya, bukan Zila tak nak masak daging ayamnya mak, tapi Zila akan goreng petang nanti kita makanlah sama-sama dengan abang sekali.Tengahhari ni kita makan lah dulu apa yang ada”. Sudah menjadi kebiasaan cikgu Latif makan tengahari disekolah,  hanya makan malamnya sahaja dia  makan dirumah bersama anak, isteri dan emaknya. 

“Latif tu tak payah kamu risaukan makan dia, dia dah tua tak perlukan banyak protin lagi, ni anak-anak yang baru nak besar dulukan keperluan mereka dulu”.

              Tengahhari itu Zila masak masak lemak pucuk ubi bersama ikan kering gelama dan sup ayam untuk anak-anaknya. Tetapi diwaktu petang barulah Zila akan mengoreng ketulan dada dan peha ayam untuk mereka sekeluaga, itulah perancanganya. Sudah dua bulan perancangan itu berjalan dan dia sudah dapat menyimpan sedikit duit untuk kegunanan dirinya sendiri. Sebenarnya dengan duit itu dia ingi membeli crem pencerah untuk mencerahkan sedikit kulit mukanya.

             Yang sebenarnya Zila teringin menjadi cerah seperti Emil. Pada Zila yang memandang, kerana  kecerahan wajah Emil membuatkan dia nampak cantik, mungkin itu yang menyebabkan suaminya susah mahu melupakan bekas isterinya. Emil bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk menjadi putih, dia tidak perlu produk kecantikan untuk memutihkan kulitnya, seluruh kulit dibadan putih, dia memang semula jadi putih. Yang susahnya hanya dia, dia yang perlu produk kecantikan untuk memutihkan wajahnya. Dia berkulit hitam manis.

              Tetapi kini dia tidak perlu bimbang lagi, dia sudah tahu dimana mahu mendapatkan duit untuk membeli produk pemutihan. Dia akan keIpoh rumah abangnya untuk menjadi pembantu gerai makan, bekerja seminggu dia sudah boleh mengumpul RM 200.00 lagi. Satu lagi perkara yang masuk dalam perancangan dirinya,  dia mahu meluruskan rambutnya, kerana Emil berambut lurus, lurusnya juga lurus semula jadi, sedangkan dia berambut keriting kasar semula jadi. Oh..oh banyaknya kelabihan yang diberi oleh Allah pada Emil itu yang selalu melintas dibenak NorFazilajh bila membanbdingkan dirinya dengan bekas madunya.

             Manusia memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Ada orang suka berambut ikal hingga sanggup membuang duit ke salun untuk menjadikan rambutnya ikal mayang cantik beralun. Begitu juga yang suka berambut lurus juga sanggup membuang duit ke salun untuk meluruskan rambutnya hingga kelihatan rumbutnya seperti lidi penyapu. Tetapi yang untung siapa agaknya. Manusia memang begitukan tidak mensyukuri apa yang diberikan kepadanya.

                Hari berganti, bulan berlalu tahun pula menghampiri. Kehidupan rumah tangga Emil Atilia dan Mohd Nassir serta anak-anak mereka gembira dan bahagia. Begitu juga kehidupan keluarga Abdul Latif dan Nor Fazila walaupun kadang-kadang bergoncang namun sesekali ada juga gembira dan bahagianya. Walau apapun cabaranya kehidupan wajib diteruskan. Anak-anak mesti diberi perhatian kerana merekalah bakal peneraju negara ataupun dunia dimasa akan datang.

                Ahmad Uwais dan Ahmad Sofian sudah mendapat keputusan SPMnya. Ahmad Sofian mendapat 8 A+ (Straight A) dan Uwais mendapat 7A 1B. Biar pun dia hanya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan itu, dia masih dapat membanggakan dan menggembirakan mama dan papanya. Bagi Abdul Latif dan Emil biar pun sudah berlainan rumah dan berlainan pasangan namun kegembiraan mereka adalah kegembiraan yang sama. Gembira kerana kejayaan anak mereka dalam pelajaran.

Cerita ni mungkin tamat hingga disini sahaja. Entahlah sekarang rasanya mak teh dah tak ada cerita. Mak teh hanya suka baca cerita orang sahaja.

Satu lagi mak teh nak tanya ok ke mak teh cerita bab rumah tangga yang bermasaalah bercerai atau berpoligami. Pada mak teh sudah ramai penulis yang bercerita tentang percintaan agung para remaja hingga kejinjang pelamin bahagia hingga keakhirnya. Coretan ini hanya mahu mengingatkan dalam bahagia kadang2 ada dugaan. Harus diingat juga jangan sampai anak2 terbiar kerana masaalah rumahtangga yang kita hadapai.