Pulang cutinya kali itu Uwais terus sahaja mengarahkan
teksi yang membawanya dari Lapangan Terbang Alor Star kekampung halaman
papanya. Gembira hatinya kerana hanya sebuah rumah sahaja yang perlu dituju.
Jika dulu dia harus memikirkan yang mana satu yang mahu dijengah dahulu tetapi
kini hanya satu rumah sahaja..rumah yang
diduduki oleh papa dan mamanya. Malam itu juga ketika makan malam Emil
meluahkan apa yang ada dihatinya.
“Bang..mama dah ada calon isteri untuk abang..macam mana
abang setuju tak”.
“Siapa ma..anak siapa..kalau mama suka kira jadilah kita
jalan terus tak payah tunggu-tunggu”.
“Betul ke…abang macam dah tak sabar nak kahwin ni”.
“Ialah ma..Pian pun dah nak dapat anak..abang ni baru nak
melangkah..”
“Mama berkenan dengan anak pak long Muaz, abang ok
tak”.Mendengar kata-kata mama nya..Uwais tersenyum lebar. Mungkin hatinya
gembira.
“Ok ..kahwin dengan orang kita dah kenal ibu ayahnya lagi
senang ma. Semua nya senang papa dan mama, nenek pun senang kan nek”. Neneknya
hanya mengangguk sahaja.. dia mahu melihat tingkah cucunya
seterusnya.Kedengaran ceria sahaja suara Uwais tanda dia bersetuju.
Yang sebenarnya mereka bertiga sudah berpakat..bagaimana
mahu mengetahui isi hati Uwais. Siapakah gadis yang berada dihatinya. Jadi
mamanya berlakon sebagai wartawan edisi siasat dan watak tambahan papa dan
neneknya sebagai pemerhati…kena perhati betul-betul, setiap apa yang ada pada
gerak tubuh dan wajah Uwais.
“Emm..Mama tanyakan Hajar untuk abang..sebab mama selalu
tenguk abang selalu berbual dengan siHajar,
jadi mama rasa abang suka pada Hajar ok tak.”. Bila mendengar nama Hajar
senyuman Uwais mati serta-merta.Tingkahnya diadili oleh papa dan neneknya
dimeja makan. Dan kini mereka boleh meneka siapa gadis yang ada dihati Uwais.
Melihat riaksi anaknya Emil bertanya…
“Kenapa bang…ada masaalah ke”.
“Tak..tapi abang baru terfikir..bukan ke Hajar baru masuk
belajar diUUM..bagi ke pak long kalau mama pinang dia”.
“Yang sebetulnya abang harap mama pinangkan siapa untuk
abang..cakaplah terus terang bang..apa nak malu kita kan sekeluarga”. Rahsia
dia hati Uwais sudah tertangkap oleh
keluarganya.
“Tak lah..yang sesuai untuk abanglah ma..dengan Hajar tu
abang rasa macam adik abang sahaja, itu yang selalu abang tanya dia, lagi pun
dia tu memang bermulut becok”.
“Jadi abang suka pada kakak lah ye..cakap terus terang
kan senang..ni suka bagi orang berteka-teka..Alhamdullilah mama belum tanya pak
long lagi. Papa dengan nenek kata kena
tanya abang dulu, walaupun mama memang suka dengan kakak kalau dia jadi
menantu”.
“Kalau mama suka kakak, kenapa mama sergah-sergah abang
dengan Hajar pula”.
“ Kalau dilihat yang selalu mama pandang abang suka
bercakap dengan Hajar, tentulah abang suka Hajar kan..Jadi mama nak kepastian,
yang mama suka, abang juga suka..mama tak suka abang paksa hati abang ikut
cakap mama”.
“Kan abang dah cakap.. siapa juga yang mama suka abang
anak suka, ma”.
“Ialah di buatnya memang mama suka pada Hajar tu, abang
boleh terima ke?”.
“Tak lah ma..seperti yang abang dah cakap.. abang rasa
Hajar sebagai adik abang sahaja. Jadi
mama belum tanya lagi..habis yang kata dah tanya tadi?”.Uwais memesongkan kata
setelah diserang oleh mamanya.
“Saja nak tahu isi hati abang. Lagi pun mama tak tahu
kakak tu dah ada pilihan hati dia kebelum. Nanti kalau mama tanya terus pada
pak long..takut kakak terpaksa pula.
Mana lah tahu yang sebenarnya dia dah ada pilihan, bila ayah dia tanya dia kata
tak ada sebab takutkan ayahnya, nanti
lain pula jadinya. Abang Tanyalah sendiri dengan kakak lagi senang. Kalau dia
dah ada tak payahlah kita pergi tanya pak long lagi. Kita carilah calon
lain.”‘Uhh mama ni macam nak cari barang sahaja dia cakap ingat senang ke nak
mendidik hati suka pada seseorang..kena memakan masa yang lama tau’. Bisik hati
Uwais.
“Jadi abanglah yang kena tanya dia? Mama rasa kakak dah
ada pilihan ke ma?.”
“Ialah..kalau
abang sendiri tanya pada tuan punya badan lagi senang. Zaman sekarang ni
lain bang. Pada mama kemungkinan dia dah ada pilihan sendiri tu besar, cuba
abang fikir dia pernah duduk diluar..mana tahu masa dia belajar ada orang yang
kenen-kenen dia dan dia pun suka, lain lah kalau dia tu memang tak pernah
keluar, itu pun tak boleh juga. Sebab
kakak tu cantik, lemah lembut dan bersopan ramai sahaja yang berkenan, tak anak
teruna, emaknya pula yang nak dijodohkan pada anak teruananya..Tapi kan bang,
abang jangan tak tahu dia tu kalau cuti tolong ayahnya kat bengkel. .pasang
injin buka injin bang..selembut dan sepemalu kakak, kerja lelaki dia buat.”
“Ia ke Mel..di buat kerja bengkel tolong ayahnya”.
“Ia mak..kadang-kadang ayahnya tak cukup orang itu yang
dia turun padang”.
“Selama abang kerja kat bengkel pak long, tak pernah pula
dia tolong pak long”.
“Kalau abang ada, dia segan..lagi pun abang dah tolong
ayahnya jadi tak perlu dia mengotorkan dirinya dengan minyak hitam”.
“Kenapa dia kena tolong pak long ma..adik dia si Aziz tukan
dah besar juga”.
“Entah kata pak long tak seorang pun anak lelakinya yang
berminat dengan kerja bengkel, kalau tak berminat jangan dipaksa, itu kata
paklong. Hanya dia yang berminat main minyak hitam macam abang. Dulu mama ada
dengar dia nak ambil kursus kejuruteraan juga, tapi ayahnya tak bagi takut
anaknya kerja atas kapal macam abang bercampur dengan lelaki jadi TOMBOY pula nanti”. Makin berminat Uwais mahu
menjadikan Siti Rahjmah teman hidupnya. Rupanya mereka mempunyai minat yang
sama minat pada injin. Anak lelaki Muaz ada tiga orang dan perempuan dua orang.
“Emm..Macam mana nak tanya..kakak tu kalau dengan
abang nak buka mulut pun payah..pa!
macam mana nak Tanya pa...abang bab ni tak pandailah ma”..rungut Uwais mencari
ilmu dari papanya bagai mana mahu memulakan perbualan dengan ‘kakak’ yang
bernama Siti Rahmah
“Abang kan pernah jadi cikgu tuisyen dia. Ni dia dah kerja
pura-puralah ucapkan tahniah pada orang yang pernah kita ajar. Lepas tu baru
lah Tanya tentang perasaan dia pula. Jangan terus nak masuk jarum..nanti kejung
dia terkejut. Pandai tak papa nak mengayat anak dara orang bang”.
“Papa dah ada pengalaman tu pasal papa pandai.Dulu papa
usha mama macam tu ke ma”.Berderai ketawa papa mama dan neneknya dimeja
makan.Tetapi ajaran papa nya malam itu dipratikan oleh Uwais.
Setelah mengetahui dengan yakin bahawa hati Siti Rahmah masih kosong rombongan merisik
cik gu Latif sekeluarga mengununjugi rumah Muaz. Mereka dia sambut dengan rasa
terkejut oleh Hajjah NorIza dan Muaz
suami isteri. Didapur tadi dia sudah berbisik-bisik dengan isterinya..hatinya
rasa berdebar pula melihat kedatangan sepupunya bersama suami dan emak
mertuanya sekali selepas Magrib tadi.
“Ha! Ada apa Emil datang dengan suami dan emak mertuanya
sekali. Abang rasa tak sedap hatilah
pula”.
“Hssih abang ni orang datang dia tak sedap hatilah
pula…tak ada apalah tu mungkin Emil dah rindu kat emak. Kan dah dekat tiga
bulan sejak dia nikah dia tak balik sini, nak datang sorang mestilah suaminya
tak kasi..jadi pada mereka berdua emaknya ikutlah sekali. Lagi pun anak-anak
Latif semuanya kan duduk asrama.”.
“Emm..Harap-harap macam tulah..abang kedepan ye kesian
pula emak nak layan bual tetamu sorang-sorang, mana airnya biar abang angkat
kedepan”.
Setelah berbasa basi lebih kurang terus sahaja mereka
ketajuk yang mereka mahu disampaikan.
“Muaz kami datang ni ada hajat”.
“Hajat apa tu Tif, besar sangat ke hajatnya, sampai mak
cik pun datang ni..memang saya terkejut melihat awak datang sekeluarga ni..ada
hal keluarga kita ke Mel”.Tidak tentu arah Muaz melayani tetamu berbual.
“Memang besar lah Muaz tu yang emak saya datang sekali
ni.”
“Apalah hajat nya tu Tif”. Sampuk Hajjah NorIza tidak
sabar yang sebenarnya dia juga berdebar bila mendengar Latif berkata berkenaan
hajat.
“Sebab perkara ni perkara besar..saya minta emaklah yang
sampaikan mak”. Pinta Latif menyerahkan tugas menyatakan hajat mereka kepada
emaknya. Makin berdebar hati Muaz dan Hajjah NorIza.
“Iza Muaz kami datang ni sebab nak menyampaikan hajat
kami dengan anak dara yang ada kata rumah ni..untuk dipasangkan dengan cucu
makcik yang tua tu Muaz”.
“Ohh tak terfikir kami sampai kesitu hajat mak cik, saya
ni tak pandai nak jawab lah mak cik.. Mak macam mana nak jawab mak, Muaz bukannya pandai bab-bab macam ni.”
Sungguh terkejut Muaz bila mendengar apa yang diucapkan oleh emak cik gu Latif.
“Muaz panggil Seha duduk sekali kat sini, biar dia pun
dengar sama perbincangan kita ni. Ini melibatkan anak kamu berdua”.Ujar Hajjah
NorIza yang mahu menantunya juga turut serta dalam perbincangan mereka.
“Nanti saya panggil isteri saya”.Seha dipanggil kedepan.
Mereka sama mendengar apa yang mahu diperkatakan oleh sepupunya sekeluarga.
Sementara didapur Muas berbisik pada isterinya.
“Ha mereka tu
datang pasal nak tanya anak dara kita Ha..kalau yang abang faham tadi
untuk Uwais..tak untuk anak Latif yang dengan isteri mudanya.”
“Abang ni..mana ada isteri muda lagi dah, mereka kan dah
lama bercerai”.
“Ialah..ialah..abang tengah mengigil ni, anak dara kita
dah ada orang tanya ni, Ha”.
“Tapi untuk anak kita yang mana bang..anak dara kita ada
dua”.
“Nanti kita pastikanlah yang mana satu jom kita keluar, mak suruh Ha keluar
kita dengar sama-sama apa yang mereka nak cakapkan”. Bila Muaz dan isterinya
duduk semula diruang tamu mula mereka menyambung perkara yang tertunda kerana
dia memanggil isterinya tadi.
“Macam ni Iza, Muaz dan Seha kami ni rasanya nak
mengambil anak dara yang ada dirumah ni untuk dijodohkan dengan Uwais”.
“Anak dara kami ada dua orang..yang mana satu yang mak
cik hajat kan agaknya.”
“Besar harapan kami berhajatkan pada yang tua..yang
bernama Siti Rahmah. Harapnya tiada halangan dari kamu sekeluarga Muaz”.
“Kami memang tak ada halangan..walau macam mana pun kami
perlu juga masa bertanya pada tuan badan nya sendiri..jadi berilah kami masa
seminggu untuk kami berfikir dan berbincang”.
Setelah kata persetujuan diterima dengan kata janji
keluarga Muaz akan memberi jawapan dalam
masa seminggu sahaja lagi, mereka beransur pulang. Tetapi malam itu mereka
bermalam dirumah tinggalan arwah Haji Mohd Noh yang sudah menjadi milik Uwais.
Seperti yang dijanjikan..setelah seminggu berlalu Muaz
memberi jawapan melalui telefon. Dia sekeluarga bersetuju dengan permintaan
keluarga cikgu Latif.
“Ok Kalau macam tu hari Sabtu ni kami datang lagi untuk
mengikat janji kita. Kami perlu juga memberi cincin sebagai tanda”.
“Perlu ke bercincin tanda Tif..kita cakap ni dah kira
janjilah”.
“Ehh jangan lah macam tu Muaz..kita ikut adat lah..tapi
Uwais pesan dengan saya yang dia tak mahu keramaian. Majlis mengikat tanda
hanya kita-kita sahaja boleh tak Muaz”.
“Boleh..kalau itu yang dimahukan”.
Cikgu Latif menunaikan janjinya, dia datang sekali lagi
kerumah keluarga Muaz. Yang datang hanya cik gu Latif suami isteri dan emaknya
Hajjah Rabiah. Dan mereka juga di sambut oleh Muaz suami-isteri dan emaknya Hajjah
NorIza.
“Muaz ni cincin belah rotan sebagai tanda”. Sebentuk
cicncin tampa bunga dan batu dihulur didalam bekas baldu. Muaz menyambutnya.
“Dan yang duit hantarannya..Uwais kata lima belas ribu”.
“MasyaAllah..banyak nya kenapa sampai lima belas ribu Tif..rasa saya nak jual anak pula”.
“Bukan nak jual anak..tapi kata Uwais kakak baru sahaja
kerja dan Muaz pun anak yang kerja baru kakak seorang, jadi biarlah dia yang
tanggung perbelanjaan nikah kahwinnya..terimalah”.
Dihari pernikahan pihak
keluarga lelaki membawa 7 dulang hantaran bersama 3 ribu mas kahwin yang
diletakkan didalam sebuah album agar mudah pihak khadi mengira jumlah hantaran
yang diberi. Ketika lagi beberapa minit pihak khadi tiba, Muaz menjengah bilik
pengantin anak perempuan tuanya yang sedang disolek. Hatinya ingin melihat anak
daranya yang akan menjadi isteri orang tidak berapa minit lagi.
“Kak Nah fesyen apa yang kak Nah siapkan untuk kakak
ni..saya tak suka sanggulnya tinggi macam tu..macam sanggul bini Firaun”.
“Alah Muaz.. nilah fesyen orang sekarang Muaz, apa yang
tersebut bini Firaun pula”.
“Saya tak suka lah kak Nah..buka ye rendahkan sikit sanggul
tu”.
“Nanti tak cantik orang tenguk Muaz..sesekali biarlah
kakak nampak lain dari yang lain”. Sejak mula disanggul Siti Rahmah sudah membantah
tidak mahu rambutnya disanggul sebegitu.
“Biarlah tak cantik orang tenguk..lagi pun cantikannya
hanya untuk bakal suaminya sahaja. Buka ye sanggulnya rendahkan jangan sampai nampak
tertunjul macam tu”.
“Mana sempat Muaz..kejap lagi khadi datang”.
“Tak apa kak Nah, mereka boleh tunggu untuk menghindar dosa..
minta tolong sangat-sangat kak Nah buka sanggul tu, buat macam biasa sahaja”.
“Hssy kamu ni anak beranak sama sahaja..tak yahu
berfesyen langsung”. Biar pun Muaz mendengar apa yang diperkatakan oleh kak Nah
merangkap mak andam anaknya namun Muaz menyambut dengan seyuman sahaja. Akhirnya terlerai juga sanggul tinggi yang mencungkit
dikelapa Siti Rahmah, di atas ketegasan ayahnya, Muaz.
Berikut keterangan dari Imam
Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim .Tiga glongan wanita yang
bakal dimasukkan kedalam neraka.
1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang.Ada beberapa
tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.
- Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan
bersyukur kepada Nya.
- Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap
sebahagian lain.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan
bentuk tubuhnya.
2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.
Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..
- Maa-ilaat yang dimaksudkan adalah tidak taat pada Allah
dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksudkan adalah
mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian
dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa
menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal.
Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya
bergaya seperti itu.
3.
Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta.
maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar
kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya sehingga kain tudungnya kelihatan terjungkit tinggi.
Keterangan lebih lanjut: Lihat Syarh kitab Shahih Muslim,
terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).
Masya ALLAH, Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar
kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita marilah berjalan dengan
bimbingan Al-Quran dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh
dari norma Al-Quran. Aamiin.
Usai upecara pernikahan
antara Uwais dan Siti Rahmah, para tetamu dijamu makan nasi minyak dibawah
khemah. Sungguh meriah majlis yang dihadiri sahabat handai dan kenalan Muaz dan
tidak ketinggalan para kenalan Haji Mohd Noh. Bagi Uwais dan Siti Rahmah
sememangnya sudah ada rasa suka dihati mereka,
suka sejak dulu lagi, tapi mereka
malu untuk meluahkan. Di akhir cerita perkhawinan Ahmad Uwais dan Siti
Rahmah membawa bahagia kepada mereka berdua.
Cerita hanya sampai disini. Mereka
semua bahagia dan gembira. Rasanya kalau
ada melintas ilham untuk mak teh bercerita tentang alam rumah tangga antara
Uwais dan Siti mahu juga mak teh berkongsi cerita, dalam tajuk yang lain pula tapi sedeh sikit ok ke. Ada
orang tak suka baca cerita sedeh termasuklah mak teh. Untuk pengetahuan yang
meminati cerita mak teh..lepas ni mungkin tahun depan baru dapat mak teh
masukkan cerita dalam blog mak teh ni.
Jumpa lagi In Syaa
Allah. TAMAT.