~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 26 February 2014

Bab 3 Tidak ku tahu kasih bermula







Diruang tamu riuh kedengaran suara berselang seli, bercerita itu dan ini. Kedengaran juga suara Syukri menjawab dengan malas, tak teruja langsung menjawab soalan adik-adiknya. Yang sebenarnya Imahlah yang paling sibuk bertanya mengenai barang-barang yang dibeli bila mereka (abang dan kak iparnya) sampai disyurga membeli belah. Itu pada Imah. Didapur pula berdengung bunyi blander mengisar sesuatu.

“Mana baju dan handbag  kak Nuri  kata abang nak belikan akak handbag dan baju”. Pandangan matanya memandang kearah abangnya yang sudah duduk menyandar disofa ruang tamu bagai orang kepenatan. Anak perempuanya duduk dipangkuan sementara abang nya duduk disisi ayahnya. Melihat sahaja baba mereka disoal oleh mak sunya.

“Bang !!ada lagi beg plastic yang tertinggal dalam kereta ke? Imah pergi ambil ye. Tadi Imah buka bonet sahaja. Entah-entah ada lagi kat tempat duduk belakang”. Wahh macam polis penyiasat soalan Imah keluar bertalu-talu.Yang sebenarnya Imah bagai tak percaya hanya itu yang dibeli oleh abang dan kakak iparnya.

“Memang itu aje lah Mah oii. Abang tak sorok apa pun dari Imah, kalau ada abang memang nak suruh Imah checkkan qualitynya bagus tak bagus ori ke tipu yang kami beli tu.” Kakak  dan emak yang duduk diruang tamu mentertawakan Imah bila dia dikenakan oleh Syukri.

“Tapi takkan ini aje bang..Kalau setakat mangga harum manis ni kat KL pun ada kan bang, mangga harum manis dari Perlis  lagi sedap kata orang.”.



“Bab mangga ni abang tak tahulah tapi bab handbag dan baju..tu tanya tuannya tu, dia yang pilih, agaknya tertinggal kat sana, banyak tadi abang tenguk..tak ada ke Mah?”.Lakonan Syukri kelihatan menjadi, sebenarnya dia sedang memerli  isterinya dengan wajah masam, bukan masam kerana kepenatan tetapi masam kerana hatinya geram. Muncung bibirnya kearah isteri yang baru keluar  setelah siap kerjanya didapur. .  Nuri menatang jug air yang besar dan sepinggan besar hirisan buah mangga yang dibelinya tadi didalam sebuah dulang kecil. Rupanya dia mengupas mangga-mangga yang dibelinya tadi. Sebahagianya dikisar untuk dijadikan jus mangga dan sebahagian lagi dihiris-hiris.

Dia meletakkan diatas meja kopi. Kemudian di mengambil gelas yang sememang tersedia disitu. Nuri menuangkan segelas jus mangga lalu dihulur kepada suaminya yang sedang hangat hatinya kerana dia tidak membeli tadi. Dia mengharapkan hati suaminya terpujuk dengan kelazatan jus mangga buatanya.. Nuri tahu suamiya marah kerana sepanjang perjalanan  balik suminya tidak bersuara.Tanda memprotes sikapnya.

“Barang jualan kat sana memanglah banyak abang Ngah..kenapa tak dibeli. Orang nak tenguk yang abang dan akak beli”. Kata Imah sambil mengirai-ngirai tiga pasang baju anak buahnya kemudian mencari lagi didalam semua beg plastic yang lain dihadapanya..Muka tidak puas hati yang dipamirkan. Nuri yang mendengar dan mandang muka Imah hanya tersennyum  gelihati dengan gelagat adik bungsu suaminya.

“Rambang mata akak nak pilih lah Imah..semuanya cantik-cantik sampai tak tahu akak  nak memilih yang mana satu.” Mendengar jawapan isterinya Syukri mencebekkan bibirnya dalam hatinya mengomel. ‘orang yang tak tenguk dia memilih tu boleh dia nak tipu’ hatinya geram dengan sikap isterinya. Penat berjalan sahaja namun satu barang pun tak dibelinya.  Nuri menuang jus mangganya kedalam gelas-gelas lain untuk orang-orang yang ada dirunag tamu. Matanya mengerling suaminya yang menyandar malas sambil memangku anak daranya dan anak bujang yang tua mungkin mereka kepenatan. Dia mahu tersenyum namun ditahan takut suaminya meletop..yang sebenarnya hatinya jadi lucu melihat memek muka suaminya yang tidak puas hati.

“Ini saja ke yang abang dengan akak beli??”..Alang seorang lagi adik Syukri bertanya. Alang tergelak besar mentertawakan Syukri dan Nuri bila mererka tidak membeli. Ada juga orang yang tidak membeli di pusat bebas cukai diSempadan Thai  rupanya. Sebenarnya dia terkejut bila dibuka semua  beg plastic, yang didapati  hanya  tiga pasang baju anak buahnya, selebihnya hanya buah-buah mangga sahaja.

“Ira bagi Hadi minum jus mangga ni kok dia suka, akak nak ajar dia makan buah ni Ira”.  Nuri menghulur secawan jus mangga kepada Ira didalam gelasnya sudah tercacak sebatang straw. Nuri menggambil dua orang lagi anak-anaknya Wafi dan Su duduk rapat kepadanya.

“Meh kakak dengan abang minum jus yang umi buat ni sedaaap.Imah alang minum dulu. Tak lari quality baju anak-anak buah Imah tu. Mesti menepati quality yang dikehendaki. Imah tenguklah siapa yang memilih..” Nuri berjenaka untuk mengubati sakit hati suaminya secara halus dia memuji kerana baju-baju anaknya tadi Syukri yang memilih. Sambil itu dia menjeling suaminya dengan ekor matanya. Dia melihat cebikkan bibir suaminya. Ahh dia masih marah.

“Bang!tolong hulurkanlah air untuk emak.” Lembut sahaja suara Nuri meminta pertolongan. Nuri melebarkan bibirnya memberi senyuman, Syukri membalas dengan mencebekkan bibirnya. Namun terus sahaja dia menegakkan badannya untuk mengambil jus mangga buatan isterinya untuk emaknya yang baru keluar dari biliknya.

 Mendengar ruih suara-anak dan menantunya diruang tamu NorIza keluar dari biliknya.  Yang sebenarnya dia juga teruja mahu melihat apa yang dibeli oleh Nuri dan Syukri. Beria Nuri cuba mempromisi jus mangga buatanya, bila dilihat orang yang diruang tamu bagai tidak teruja untuk merasanya, mereka lagi teruja melihat barang yang dibelinya, tetapi kecewa kerana hanya ada tiga pasang baju anak-anaknya sahaja.

“Sambil tenguk-tenguk tu minumlah..Kalau tak cukup nanti akak ‘blend’ lagi. Akak nak tenguk pasaran dulu kalau banyak yang suka akak ‘blend’ lebih lah”. Sambil dia mempelawa keluarga suaminya minum, tersungging senyuman dibibirnya. Bukan apa dia merasa lucu melihat wajah kecewa Imah bila dilihat hanya ada tiga pasang baju kanak-kanak sahaja.Terkekek Ira mendengar gurauan birasnya Nuri, pandai juga dia berjenaka. Dia tahu mungkin dia sedang menyejukkan  marah suaminya kepadanya.Tetapi pada Syukri dia melihat dengan jelas kini Nuri sememangnya sedang gembira.

“Akak ni tak pandai nak belilah, kalau Imah tadi entah-entah satu supermarket Imah borong. Masa ni harga tengah murah tau bang. Promosi hari raya hari tu belum lagi tukar harga.” Haa kan dah keluar kenyataan Imah yang masih belum puas meluahkan rasa terkilanya. Akhirnya itulah yang terkeluar dari bibirnya, ada nada kesal yang berbunyi.

“Kakak kamu tu rabun matanya. Semua tak cantik kat mata dia”. Syukri  bersuara. Dia juga  ingin mengeluarkan rasa geram yang mendakap hatinya sedari tadi. Geramnya dengan sikap Nuri yang tak pandai nak membeli belah. Nuri hanya ketawa mendengar komen suaminya tentang dirinya. Walaupun begitu Syukri berazam akan membelikan sesuatu untuk Nuri. Dia akan pergi membeli sendirian  bila mereka pulang keKampung Subang nanti.

“Ialah tu..kalau Imah yang pergi tadi mau dibelinya sekali dengan apek tukang jual tu sekali.” Sampuk  NorIza yang mahu duduk menyertai mereka. Kha..kah kha kah..tawa berderai mentertawakan Imah yang terkulat-kulat dikenakan oleh emaknya.

“Emak ni nak buat apa orang Siam, susah nak cop visa tiap-tiap tahun nanti..kalau handsom macam Min Ho tak apalah”. Sememangnya Imah pandai menjawap.  Kakak dan kakak iparnya hanya mencebik bila Min Ho menjadi pujaan Imah.

Kemudian Imah melihat ketiga-tiga orang anak sudaranya yang tersedut-sedut jus mangga yang kelihatan sedap. Imah mencapai gelasnya lalu diteguk seteguk jus didalam gelasnya.

“Hemmm sedapnya jus mangga ni pekat dan lazat..mak!!cuba mak rasa ni mak!!”. Imah terjerit kerana dirasakan jus mangga sangat sedap ditekaknya. Semua orang termasuklah Syukri mengambil gelas masing-masing bila mendengar komen Imah. Dan mulalah kedengaran…

“Hmmm..sedapnya”.  Bila melihat setiap orang mula menuang sekali lagi jus mangganya, Nuri bangun untuk mengisar lagi buah-buah mangganya didapur..

“Abang dengan kakak minum dengan baba ye.Umi nak kopek mangga lagi. Nanti pak de dengan pak lang pun nak juga”.  Nuri mahu kedapur lagi untuk memenuhi permintaan pelangganya.

“Nuri!!untuk Hassan dengan Pali biar bini diorang yang buat. Kamu duduk sini, dengar Imah nak komen tu. Dia nak ajar kamu membeli belah pula lepas ni”. Ha..ha..ha kena lagi Imah. Muncung bibir Imah bila diperli oleh emaknya.

Sebenarnya Hassan dan Pali kerumah Along Muaznya, mengotakan apa yang diperkatakan kepada mak denya tadi. Pagi tadi ketika Syukri dan Nuri keSempadan, keluarga pak denya datang berhari raya. Ketika  mereka melangkah hendak pulang Siti Khadijah mengarahkan Seha mengikutinya pulang kerumahnya.

“Seha!!Jom balik rumah, tolong mama masak. Ni adik dan kakak kamu ni balik tak ada siapa yang nak masakkan diorang”. Arahan Siti Khadijah tegas tetapi cepat dipintas oleh Muaz, bila matanya bertembung dengan mata Pak de. Dari isyarat mata pak de Muaz tahu dia tidak setuju Seha mengikutinya balik kerumahnya.

“Mama! tak boleh lah ma, saya nak ajak adik-adik saya ni datang makan kat rumah saya."

“Kamu dengan adik-adik kamu tu makanlah kat rumah mak kamu ni kenyang-kenyang, baru lah balik rumah kamu, Emak nak minta tolong Seha tu”.

Tak mahulah ma..dah dua hari kami makan lauk raya dah jemu.Saya nak Seha masakkan bayam masak ‘bening’.Makan dengan sambal belacan kemudian goreng ikan pekasam. Bayamnya pun dah ada kat rumah tu.” Perkataan bening dikutip oleh NorIza semasa dia dan emak angkatnya duduk di Selabgor dahulu. Bayam bening perkataan Jawa ertinya rebus bayam bersama ikan bilis.

“Dah lah tu  Tijah.. Seha kan dah ada keluarga biar lah dia dengan keluarga dia. Tijah mintalah tolong anak menantu yang ada tercongok ni. Emil dan Farah nikan ada, awak tu semua nak harapkan Seha tu saja, sampai anak sendiri tak tahu nak buat apa-apa.” Sebelum panjang leteran Pak de memburukkan anak menantunya  cepat-cepat Mak de angkat kaki. Didalam kereta HONDA CRVmilik anak lelakinya dia membebel. Ditambah pula dengan kata-kata Emil yang tidak puas hati dengan Muaz.

“Ma!! Muaz tu macam nak halang sahaja siSeha datang kerumah kita kenapa?”.  Cucuk Emil pada mamanya yang sedang memuncung masam. Marah hatinya bila perintahnya tidak diikuti.

“Menyesal mama bagi Seha tu kahwin dengan Muaz. Budak tu kecil lagi dah dipinang  jadikan isteri. Ayah kamu ni pun satu datang saja orang meminang terus sahja diterima”.

“Ayah terima pinangan Muaz tu sebab ayah kesian kan awak Tijah.Makin lama awak bela budak tu makin banyak dosa awak pada dia”.

“Apa pulak Katy nak berdosa bang. Katy dah bela dia sampai besar tampa upah apa-apa pun. Berdosa ke saya”.

“Ye memang awak bela. Sepatutnya kalau awak dah bela dari kecil..awak jadikan dia macam anak kita.Ni awak beza-bezakan kasih awak tu dengan anak yang awak lahirkan.Kemudian  bila dah besar awak jadikan dia hamba”.

“Hamba abang kata. Buat kerja rumah sikit macam tu dah abang kata saya jadikan dia hamba”.

“Awak kata sikit ? Abang ni belum buta lagi, abang  tenguk sejak dia boleh bekerja, awak suruh dia buat semua kerja rumah dari buat sarapan, megemas rumah, mambasuh kain baju, megemop lantai dan masak lagi makan kita.. awak kata sikit.  Dah tu kalau dia ada, semua orang yang kat rumah kita goyang kaki gelak ketawa depan tv, awak tak suruh pun anak-anak awak buat kerja sama dengan dia. Abang tenguk dia macam hamba awak sahaja Tijah. Lepas tu salah sikit awak herdek, bukan mama sahaja yang herdek dia.. kamu pun sama Emil. Awak ingat dia tu apa robot atau patung yang tak ada perasaan. Awak kena ingat Tijah, dia tu anak sedara awak darah daging awak. Bukan orang gaji awak.. tapi saya rasa dia bukan orang gaji awak tapi awak anggap dia tu hamba awak… Kalau orang gaji tentu awak bagi dia gaji. Ni awak surh buat kerja upahnya hanya makan minum dan tempat tinggal sahaja tak macam hamba ke macam tu.”.

“Alah abang ni itukan latihan dia, sebelum dia jadi isteri yang tahu serba serbi tentang kerja rumah.”.

“Kalau itu latihan untuk jadi isteri yang tahu serba serbi..kenapa Emil tak buat? Emil juga perlu tahu kerja-kerja rumah tangga.. Emil kan perempuan juga dah jadi isteri pun. Emil dah pandai sangat ke jadi isteri yang tahu serba serbi..Ni tidak ayah tenguk Emil pun sama macam mama, Emil mengarah dia saja. Kat rumah macam mana Tif,  ada ke Emil masak dan basuh kain baju mengemas rumah untuk kamu Tif.”

“Adalah sesekali, masa cuti Yah”. Latif cuba melindungi isterinya. Walau sesekali itu amat jarang dijumpai, kerana masaknya hanyalah nasi sahaja. Lauk dan sayur  tu,  dia beli di gerai atau warung atau pu kanten sekolah. Yang sebenarnya sikap Emil lebih kurang mamanya juga kuat mengarah dan cerewit.

“Dengar sini siapa yang ada dalam kereta ni. Terutama Tijah..tak lama lagi kita nak keMekah,  jadi mulai dari sekarang jaga tingkah laku.. betulkan apa yang tak betul dari sekarang,  takut lah balasan Allah. Banyak orang cakap kalau kat Mekah balasan kejahatan kita..akan dibayar tunai disana.
…Awak sedar tak, selama ni awak dah menganiaya anak yatim. Seha tu anak yatim piatu. Awak perah tenaga dia dari dia pandai bekerja sampai dia dah ada keluarga sendiri. Kalau awak ada peluang kudakan dia, awak dera dia cukup-cukup. Ingat saya tak nampak, kalau dia datang segala kerja rumah awak serahkan pada dia. Muaz tahu apa yang awak buat pada Seha selama ni. Itulah pasal dia cuba melindungi isterinya.
…Lagi satu jangan makan harta anak yatim..Ingat Allah sayang anak yatim ni doa dia mustajab tiada hijab. Kalau didoakan awak dengan perkara-perkara tak baik Tijah..habis awak. Semua yang ayah cakap ni ada dalam Al-Quran bukan ayah saja-saja cakap. Betul kan Latif..”Mohd Noh mencari sokongan kata-katanya kepada menantu yang ada didalam kereta yang sama. Memandangkan  Abdul Latif bekas pelajar sekolah ugama tentu dia juga tahu tentang apa yang diperkatakan. Bagi Abdul Latif dia sememangnya sering menasihati anak muridnya dengan pengetahuanya, tapi entah dimana silapnya dia begitu sukar untuk mendidik isterinya. Padanya dia boleh menasihati orang tetapi tidak pada isterinya.

“Betul yah, jangan makan harta anak yatim dan jangan sakiti hati anak yatim. Kalaupun dia tak doakan kita dengan perkara-perkara tak baik tapi Allah akan balas  dosa  kita dengan siksaan dialam kubur nanti”. Sokong menantu pak de, dia juga mahu mengambil kesempatan memberi nasihat sementara ada peluang.


“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?Itulah orang yang mengherdik anak yatim.Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (Al Maun : Ayat 1 – 3)
Rasulullah SAW bersabda :
”Sebaik-baik rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dengan baik.Dan seburuk-buruk rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang tidak diasuh dengan baik.”

 Rasulullah SAW bersabda lagi :
Sesungguhnya di dalam syurga terdapat rumah yang disebut “Rumah Kesenangan”.Tidak ada yang dapat memasukinya, kecuali orang yang menyenangkan anak-anak yatim mukmin.
Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub Al Muqarrabu Ilaa Allamul Ghuyub ada memuatkan hadis-hadis berikut :
Sabda Rasulullah SAW : Anak yatim apabila dipukul maka asrasy Ar Rahman bergoncang kerana tangisan mereka. Allah SWT berkata kepada para malaikat “Wahai malaikat ku, siapa yang membuat anak yang sudah kematian ayah ini menangis?”
Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa menanggung makan dan minum anak yatim, Allah menjamin dirinya masuk syurga.
Dituturkan dari Ibn Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memelihara anak yatim di tengah kaum muslim dengan memberi makan dan minum, maka Allah akan memasukkannya ke syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak diampuni Allah (dosa musyrik).”( Al-Tirmizi)
Dituturkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang mengutusku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa pada Hari Kiamat pada orang yang mengasihi anak yatim, ramah, manis tutur katanya dan benar-benar menyayangi anak yatim dan mengambil peduli kelemahannya. Juga tidak menyombongkan diri terhadap tetangganya dengan kekayaan yang diberikan Allah kepadanya.”( Al-Baihaqi )

Didalam hati Siti Khadijah timbul kesedaran. Dia berjanji akan memulangkan harta peninggalan arwah ibu dan ayah NurSaleha nanti. Sememangnya ada sedikit barang kemas dan wang simpanan arwah ayah dan ibu NurSaleha  didalam simpanan Siti Khadijah. Mohd Noh mengetahui itu dan pada kesempatan yang ada  dia menyampaikan secara halus. Dalam diam Siti Khadijah berjanji pada dirinya sendiri, dia tidak akan memperkudakan NurSaleha lagi.

=================

 Cuti untuk hari raya anak dan menantu NorIza sudah sampai kepenghujung, malam itu dua  keluarga anak-menantu NorIza beransur pulang. Demi menyambung kehidupan sendiri mereka akur meninggalkan emak tersayang. Jika ada rezeki dan masa mereka akan tetap pulang menjenguknya.  Sambil berpelukkan itulah janji sebelum meninggalkan dirinya tadi.Tetapi sememangnya itulah azam mereka didalam hati.Tidak kira anak atau pun menantu mereka sememangnya menyayangi NorIza seikhlas hati.Keesokkan paginya pula akan tiba giliran Syukri dan Nuri pula yang pulang. Malam itu mereka merebahkan badan agak awal sedikit. Maklumlah Syukri akanmemandu selama 6 hingga ke 7 jam untuk sampai semula keKampung Subang.

Musim hari raya yang begitu bermakna bagi Syukri dan Nuri sudah berlalu.Nuri sudah mula bertugas. Syukri juga sudah mula membuka bengkelnya. Keduanya menjalankan tugas ayah dan umi pada anak-anak dengan sempurna. Begitu juga tugas sebagai suami dan isteri berjalan dengan lancar.

Sedang Syukri membelek alat ganti dibengkelnya, dua orang gadis memasuki  bengkelnya. Mereka sibuk  bercerita tentang MEGA SALE yang sedang berlangsung disebuah supermarket yang terkenal di Kuala Lumpur. Bila melihat kelibat Syukri perbualan mereka terhenti. Bila ditanya akan keperluanya memasuki bengkel rupanya Si dara mahu menukar sport rim keretanya. Syukri melayani pelangganya dengan ramah itulah adat berniaga. Tawar menawar untuk urusan jual beli.

Selesai melayani pelanggannya, tengahhari itu juga Syukri kesupermarket yang dimaksudkan oleh dua orang pelangganya tadi. Kebetulan Nuri bekerja syift pagi hari itu, jadi dia tidak pulang makan tengahhari. Dia mahu membelikan Nuri sebuah beg tangan dan sepasang kasut. Dia tahu beg tangan yang selalu Nuri bawa kehulu kehilir adalah beg tangan hantaran kahwin mereka 8 tahun dulu. Mungkin beg itu berkualiti tinggi sebab itulah tahan lama. Beg itu adalah hadiah dari abang Nuri dan ianya di beli diAustrilia. Bag kulit begitu juga dengan kasutnya.

“Hello Asalamualaikum Nuri! Abang ni..hujung minggu ni kita keluar nak.Abang nak beli kasut untuk hantaran kita”.Ketika itu mereka dialam pertunangan.Dia mengajak Nuri keluar untuk mencari barangan hantaran untuk mejlis mereka nanti.

“Saya rasa tak payah lah. Saya jauh ni malas rasanya nak turun KL”.

“Habis macam mana abang nak beli kasut Nuri. Abang tak tahu saiz kasut Nuri, kalau main beli saja nanti takut tak boleh pakai pula, kalau dah dibeli tak dipakai kan sayang membazir saja.”.


“Macam nilah.Untuk kasut kita beli sendiri.Abang beli abang punya..Nuri beli Nuri punya lepas tu kita tukar boleh.”


“Ada ke kedai kasut yang elok kat Kuala Selangur tu”.

“Hei!! Jangan pandang sebelah mata tau. Kat Kuala Selangor ni semuanya ada..Supermarket pun banyak, lagi satu hand beg biar Nuri yang beli ye. Jadi abang belilah kasut dan baju abang nanti kita tukar. Boleh”.

“Habis macam mana nak bayar?”

“Nuri beli Nurilah yang bayar. Abang beli abanglah yang bayar”.Setelah berfikir akhirnya Syukri bersetuju.

“Ok kalau macam tu abang beli kasut dan baju abang. Nuri beli kasut dan handbeg Nuri. Baju Nuri rasanya emak abang dah belikan kat kampong. Berkenan atau tak berkenan kena berkenan lah ye”.

“Ok Nuri ok saja. Semua yang abang belikan untuk  Nuri, Nuri berkenan saja”. Itulah Nuri. Memang senang berurusan dengan Nuri detik hatinya ketika itu.


Oleh kerana Nuri tidak mahu mereka keluar sebelum sah menjadi isterinya jadi mereka hanya bertukar barang hantaran. Nuri membeli sendiri barangan yang di ingini begitu juga Syukri. Kemudian barang-barang tadi ditukar. Ketika barang hantaran untuk Nuri dibawa pulang kePengkelan Hulu untuk digubah, kecoh adik beradiknya bila melihat beg dan kasut kulit dari Nuri.

“Abang Syuk berapa ribu abang beli barang-barang untuk hantaran bakal isteri abang ni. Abang pinjam along ke?”.Adik nombor tiga Syukri yang bergelar alang menyiasat. Dia sudah tahu menilai sesuatu jenis barang. Dia sudah mahu menghabiskan kursus KPLInya.(Kursus Pelajar Lepasan Ijazah untuk menjadi guru).

“Apanya abang nak pinjam along. Along pun tengah kumpul  duit tu. Tak lama lagi Kak Seha kan dah nak bersalin, abang pun ada sikap timbang rasalah  lang.. abang tak akan menyusahkan along. Bab barang  hantaran tu biasa saja. Bajunya kan emak yang beli. Kain baju dan tudungnya  yang kak Nah jual. Apanya yang mahal. Abang masih mampu beli lah. Semuanya abang bayar dengan duit sendiri tak ada hutang-hutang.”.

“Alang cakap bukan abang Syuk pinjam dengan Along Muaz laaah..tapi dengan aaloong ceti haram tu. Pasal baju hantaran dia tu alang tahulah… baju tu alang yang pilih tau. Ni cuba abang Syuk tengok handbag  dan kasut dia ni, kulit ni”. 

“Pasal kasut dan handbag ni abang tak tahulah, dia yang beli sendiri sebab abang tak tahu saiz kaki dia. Bila abang ajak keluar dia tak mahu, dia kata dia nak beli sendiri. Kasut dan handbag ni kulit asli ke ni? Mana kamu tahu lang”.


“Laa..abang tak tahu menilai betullah. Ini kulit asli ni bang. Mahal ni bang. Dia anak orang kaya ke?Tinggi sungguh cita rasa dia. Dia beli abang bayarkan ke? Berapa abang kena bayar?”.Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir NorAmisha ketika itu. Mulalah adik-adiknya yang lain termasuk emaknya membelek beg dan kasuk kulit bakal isterinya..sambil terpinga-pinga.

“Taak kami tukar-tukar barang..Kasut dan handbag ni dia yang beli sendiri. Macam baju dan kasut abang itu, abang yang beli sendiri. Tulah pasal abang beli kasut BATA saja. Itu yang termampu dek abang”.


“Abang dah selidik ke siapa dia ni, jenis yang macam mana orangnya..takut tak setaraf dengan kita ni saja. Hssyy takut alang dengan sikap abang Syuk ni, macam terdesak sangat nak kahwin. Kenal tak berapa hari daaah dipinang jadikan isteri haa inilah jadinya.Tak terfikir dek alang kalau jadi macam dulu memang naya abang (Merujuk pada pinangannya ditolak ketika melamar Sarah dulu). Jangan nanti baju dan seluar dalam abang jadi macam roti kirai sudahlah”. (Mak teh agak roti kirai tu roti jala ye ke?..sila komen mana yang tahu. Sampai sekarang mak teh tertanya-tanya)Alang atau NurAmisha membebel pot pet bila membayangkan bakal kakak iparnya anak orang berada yang bercita rasa tinggi. Ketika itu NorIza juga diam tak terkata membayangkan apa yang diceritakan oleh anaknya alang.


“Seluar dan baju dalam P.Ramlee dalam filem DO-RE- Mi tu ke?”Tanya Syukri mahukan kepastian. Kha..kha. kha  tiga adik-adik Syukri (Hassan, Imah dan alang) termasuklah Puan Noriza mentertawakan Syukri gamat rumah puan NorIza ketika itu. Dimata masing-masing terbayang seluar dan baju dalam P.Ramlee dalam filem Do-Re-Me yang berlubang- lubang koyak kerana sudah reput .

“Ada ke alang ni… kenapa alang fikir abang sampai macam tu sekali.”.

“Ialah..dah tak mampu nak beli seluar dan baju dalam asyik mengikut selera bini yang berselera tinggi”.

“Alang cakap macam ni abang jadi takut pula. Tapi kalau ikut dari cerita kawan baik abang, dia ni anak yatim piatu. Buat masa sekarang ni pun dia duduk menumpang kat rumah keluarga kawan baik abang ni. Dia ni anak sedara sepupu kawan baik abang ni. Ayah emak dia meninggal dalam kemalangan jalan raya masa umur dia 18 tahun.”

“Agaknya emak ayah dia tinggalkan banyak harta untuk dia kot. Kalau tak macam mana boleh dia mampu beli barangan kulit macam ni. Alang tahu masa kat Universiti  dulu kawan alang beli beg jenama nilah, beratus harganya abang Syuk. Beg yang dia beli tu kecik bang..kalau besar macam ni entah berapa harganya”.

“Dia anak orang kaya ke?” Syukri menyiasat kawan adiknya yang membeli beg yang berjenama sama seperti beg tangan bakal isterinya.

“Memanglah kaya, bapa ahli perniagaan,kata dia datuknya yang kaya..ada pangkat DATO’. Adik beradik tiga orang saja, dia anak perempuan tunggal. Emaknyalah yang selalu pergi luar negara uruskan hal perniagaan. Itu yang dia dapat beli barangan dari luar Negara tu. Kualitinya memang bagus sebab asli.”


Selesai barangan hantaran bakal isterinya dibelek kemudian Syukri termenung didalam biliknya. Hari bahagianya bakal tiba tak berapa hari lagi. Jika benar  bakal isterinya, seorang yang bercita rasa tinggi, apakah yang akan dihulur jika isterinya meminta itu dan ini setelah mereka sah menjadi suami isteri. Bakal kekal hingga keSyurgakah rumah tangganya nanti. Tetapi hatinya sudah tersangat suka pada anak buah sahabat baiknya Lutfi. Oh NURIZANA nama itu bergema dihatinya ketika itu.


Tuesday, 25 February 2014

Bab 2 Tidak ku tahu kasih bermula.








             Anak menantu NorIza ke dapur untuk membantu mak denya menghidang  juadah hariraya. Ada yang memotong ketupat daun palas, ada yang menyenduk lauk dan ada yang menyusun kueh raya kedalam balang kueh.Mana kala yang lelaki kedapur juga menolong mengangkat pinggan dan gelas.Kerana kerja beramai-ramai kerja-kerja mereka cepat selesai.


Selesai semuanya mereka keruang tamu semula,mereka makan beramai-ramai sambil bersila. Ketika itu sampai pula Muaz sekeluarga.


“Hai lama benar orang rumah kamu bersolek Muaz, mak tenguk tak berubah apa pun si Seha ni. Mak kenal saja Seha..”. Kha..kah kah..kah gurau NorIza disambut gelak oleh adik-adik Muaz termasuklah pak de dan mak de. Seha yang disebut namanya hanya tersenyum. Merah pipinya. Dia malu bila semua memandang kearahnya.


“Bukan Seha yang bersolek lama mak..ni ha anak dara sunti sorang ni. Tak reti-reti melilit tudung. Sekejap nak lilit macam Yuna sekejap lagi nak lilit macam Wardina, kejap lagi nak lilit macam Najwa Latif pula..itu yang lama. Ni belum lagi yang sorang lagi ni nak bergaya kalau dah dua-dua anak dara Muaz nak bergaya nanti mak, tak tahulah macam mana gayanya..” Cerita Muaz pada emaknya yang memerlinya tadi.  Anak dara Muaz yang sulong sudah berusia 11 tahun sudah pandai nak bergaya.Muaz dan NorSaleha  sudah mempunyai lima orang anak. Yang sulong Siti Rahmah 11 tahun, kedua Abdul Aziz  9 tahun, ketiga Siti Hajar  7 tahun, keempat Abdul Fattah 5 tahun dan yang kelima Muhammahd Sobri hamper 6 bulan.


“Kakak  apa tak suruh ibu beli tudung kat mak cik Nah saja. Tudung sarung kan senang.” NorIza memberi cadangan kepada cucu sulongnya. Cucunya pula hanya tersenyum sambil memandang neneknya. Yang sebenarnya hatinya tidak berkenan tudung sarung seperti yang dipakai oleh ibu,nenek dan makcik-maciknya. Dia mahu lain dari yang lain.


“Tenguk-tenguk.. mana dia lilitan tudung Najwa Latif tu. Wah cantiknya kakak lilit tudung macam Najwa Latif”.Imah membelek wajah anak saudaranya yang digelar kakak. Nama sebenarnya Siti Rahmah. Dulu ketika ketika Muaz membincangkan nama itu mahu diberi pada anak perempuan sulongnya dihadapan adik-beradiknya,  mereka mentertawakan dirinya, hanya ibunya yang menyokong.


“Long kenapa bagi nama klasik sangat Long..bagilah nama canggih sikit. Macam nama anak-anak Pak de baru ada klass. Cuba kita bagi nama Qistina, Balkis ke”.


“Apa pulak kalssik, nama tu elok… Siti Rahmah ni isteri nabi Yunus yang sabar tu. Semoga cucu emak ni sabar macam Siti Rahmah tu. Pada bagi nama berjela-jela tapi ertinya entah apa-apa, baik kita bagi nama isteri Nabi tentu ertinya elok tingkahnya pun elok. Kamu semua tahu tak, panggilan yang kita panggil tu doa tau. Setiap kali orang panggil kita dengan erti sabar, jadilah kita orang yang sabar, kalau orang pangil kita dengan erti cerdik maka cerdiklah kita. Haa mak baru ingat mak ada dengar orang cakap, jangan guna nama-nama jin untuk anak kita, takut anak kita digangu oleh jin..nama  Balqis, Kistina/Qistina, Najwa, Zakuan,Batrisha, Erisha,Mazda itu nama-nama jin. Bukan tak boleh guna nama ni, nama-nama ni mempunyai maknanya elok tapi dia sering digunakan oleh bangsa jin..jadi kalau kita panggil kemungkinan besar  mereka akan ada disekililng kita. Diakan mahluk Allah yang tak nampak. Mereka sama juga macam kita..suka usik-usik, suka bergurau senda. Suka mengenakan orang macam kita juga.” Ketika itu terlopong anak-anaknya mendengar ceramah NorIza.


“Kenapa kak long tak datang dengan ayah pagi tadi, kalau tidak mak su boleh lilitkan tudung macam Shila Hamzah.” Bisik Imah ketelinga anak dara abangnya.


“Kakak ngantuk sangat pagi tadi, lepas subuh ingat nak tidur sekejap lepas tu terus lena balik tak sedar pun ayah kakak pergi sembayang raya”. Cerita anak saudara Imah.


“Apa yang dimakan dik budak-budak ni pagi tadi Seha. Kata  kamu semalam tak masak untuk raya?”. Mak de menyelidik anak angakatnya yang didepan mata. Seha pula jika didepan emaknya macam takut-takut sahaja.


“Sebelum Muaz kekubur pagi tadi tu..akak suruh dia balik hantar  bekalan untuk anak-anak dia Katy.  Takut pula kami pulang lambat dari masjid kesian budak-budak lapar pula nanti. Semalam tu memang akak yang tak bagi Seha masak kat rumah dia, supaya makan ramai-ramai dengan adik-adik dia kat rumah akak.”


             Terkena pada batang hidung sendiri bila mendengar jawapan NorIza bagi pehak anak angkatnya. Rasa insaf dihati Siti Khadijah mendengar kebaikkan bekas birasnya kepada anak menantu.Inilah rahsia mengapa bekas birasnya disayangi oleh anak dan menantunya serta cucu-cucunya. Sikap ambil berat. Dari pandagan mata kasar  NorIza tidak memilih untuk menyayangi kesemua anak dan menantunya.


“Kak ngah! Simpanan Tabung Haji kami dah penuh dah. In Syaa Allah kalau ada rezeki mungkin tahun depan kami dipanggil untuk keMekah. Lagi pun kami dah mendaftar nama dah lebih dari lima tahun rasanya”. Mak de memesong cerita, untuk menutup galau dihatinya, melihat kebaikan bekas birasnya dengan anak menantu, sebab dia tidak boleh untuk berbuat sebegitu.


“Ia Zah, kalau nak jadi mahram Uda penuhkanlah  cepat. Mana tahu rezeki kita tahun ni dapat panggilan.  Nak tunggu Muaz atau Syukri atau pun Hassan mereka ni masih penuh dengan tanggung jawab pula. Nak tunggu diorang ni kurang sikit dengan tanggung jawap..nanti  sampai tua sangat Zah”.  Entah mengapa pada pendengaran telinga tua NorIza sekarang ini selalu dia mendengar Pak de memanggilnya dengan panggilan nama sahaja. Apakah dia tidak mendengar panggilan kakak diawal namanya.Namun pertanyaan itu hanya bergema dihatinya sahaja.


“Ialah nanti akak minta tolong anak-anak masukkan duit dalam Tabung Haji. Duitnya dah ada dah..tapi nak memasukkan asyik terlupa sahaja nak minta tolong anak-anak. Kalau Uda dah dapat panggilan tolong rayukan akak sekalilah ye. Akak rasa pun elok akak ikut Uda saja.”


“In Syaa Allah. Kalau dah ada surat dari Tabung Haji  saya bagi tahu”.


“Eloklah tu bang, Katy memang mengharap sangat dapat pergi dengan kak ngah, nanti bolehlah kita duduk sebilik kan kak ngah. Katy dengar cerita orang masa kat Madinah susah sikit nak jalan dengan suami, sebab pintu masuk masjid asing-asing antara lelaki dengan perempuan. Kalau kita pergi masjid suami isteri kena menunggu lama. Lagi pun orang ramai susah nak tercari-cari. Katy takut tersesat kat sana nanti.”


“Hsyy kamu ni Tijah cuba jangan disebut perkataan yang tak elok. Kita cakap ni macam doa. Kalau kat sini lagi kita berdoa macam tu..takut jadi betul kat sana nanti”. Mohd Noh mengingatkan keterlanjuran kata-kata isterinya.


Selesai makan dan sebelum pulang anak menantu NorIza tolong mengemas pinggan mangkuk yang telah digunakan. Setelah selesai semuanya. Barulah mereka mengundur diri. Sebelum pulang…


“Seha tak tinggal sini ke.Tolong emak tunggu tetamu. Nanti kalau adik-adik kamu balik terkontang-kanteng emak sorang”.


“Biarlah dia Tijah..dia nak juga berkumpul dengan adik-beradik Muaz. Bukan selalu mereka dapat berjumpa”. Bantah Pak de dengan permintaan isterinya yang menghalang anak angkatnya beransur bersama keluarga suaminya.


                 Itulah Siti Khadijah yang selalu mengharapkan tenaga empat kerat anak angkatnya NurSaleha.Hanya Pak de yang selalu membela NurSaleha kerana rasa simpatinya melihat isterinya yang bagai memperkudakan anak saudaranya sendiri. Tetapi simpati suaminya selalu disalah anggap oleh Siti Khadijah pula.Dia merasakan suaminya terpikat dengan kecantikan dan keremajaan NurSaleha pula. Memang serba salah dibuatnya. Sememangnya NurSaleha cantik, kulitnya putih gebu kemerahan.Walaupun hidung tidaklah mancung sangat tetapi cantik terletak, matanya pula bundar. Bila dia memandang mata itu seakan merayu minta dikasihani.


            NorIza sudah lama kasihan melihat nasib yang menimpa menantunya yang seorang itu. Pada  NorIza dirinya sama seperti NurSaleha yang kehilangan ayah ibu ketika diri masih kecil. Namun nasib mereka berbeza. Dari kecil hidupnya ditatang sebagai minyak yang penuh oleh ibu,datuk dan nenek angkatnya, walau pun dirinya tiada pertalian darah sedikit pun. Namun NurSaleha sejak dia pandai bekerja tenaganya diperah walaupun dia dipelihara oleh emak saudaranya sendiri darah dagingnya sendiri..


Begitu juga Mohd Noh dia merasa kasihan bila isterinya sering memerah tenaga anak angkatnya. Kasih yang diberi juga membezakan dirinya dengan adik-adiknya yang lain. Akhirnya ketika NurSaleha berumur sembilan belas tahun dia menemui NorIza, agar dia datang meminang NurSaleha untuk anak Muaz.


“Kak ngah boleh tolong saya tak”.


“Nak tolong apa De. Selalu akak yang minta tolong Uda.Ni terbalik pula.Apa yang akak boleh tolong cakaplah”.


“Malu rasanya saya nak minta ni…macam perigi mencari timba pula”.


“Haa Uda ni cakap berbelit-belit.Cakaplah cepat lama sangat Uda kat sini syak pula siTijah tu pada kita”.Itulah Siti Khadijah sikap cemburunya kadang-kadang membabi buta.


“Entahlah Tijah tu dengan Seha dia cemburu dengan akak dia cemburu.Susah saya ni kak..kak!! hensem sangat ke saya ni kak”.NorIza ketawa tertahan mendengar lawak spontan bekas adik iparnya.


“Ehh cepatlah cakap De, apa yang Uda nak akak tolong ni”.Pada pandangan NorIza memanglah bekas adik iparnya masih hemsem, berbatang tubuh tinggi setinggi lelaki Asia dia tidak berperut gendut seperti lelaki-lelaki lain yang sudah berusia.Memang patut isterinya cemburu ..Cemburu kan tanda sayang.tapi jangan cemburu buta, cemburu buta ni menyiksa diri dan menyiksa orang disekelilingnya.

“Macam ni… Uda nampaknya hanya akak saja yang boleh tolong, itu sebabnya Uda datang jumpa akak ni”.

“Ialah, kalau kamu tak cakap mana akak nak tolong. Apa yang kamu nak akak tolong.”Geram juga Puan NorIza dengan bekas adik ipar didepan mata.Kata-katanya tak jelas menyebabkan dia tertanya-tanya.Ketika mereka bercakap-cakap Hassan dan Imah ada disisi mereka.Sengaja  Noriza memanggil anak-anaknya duduk mendengar apa yang mereka bincangkan. Tetapi dulu emak mertuanya tidak akan membenarkan anak atau cucunya mendengar orang tua-tua bercerita.


“Macam ni…Muaz sekarang ni pun kan dah besar, dah dua pulah lima umurnya. Dia pun dah ada bengkel sendiri. Nampaknya maju juga bengkel dia tu. Uda rasa dia dah mampu menanggung seorang isteri. Apa kata akak pinang Seha untuk Muaz”. Terkedu Noriza mendengar permintaan bekas adik iparnya.Tidak pernah sampai kesitu akalnya.Tetapi ada juga benarnya. Anakny Muaz sudah dua puluh lima tahun umurnya, sudah boleh berumah tangga jika dia mahu.


“Ehh dia tak sambung belajar ke de. Akak dengar SPMnya dulu tu bagus juga, tak kan tak dapat apa-apa tawaran. Kesian dia tak diberi peluang kalau dia nak belajar lagi”.


“Ada kak, yang last sekali dia dapat tawaran masuk tingkatan 6.Tapi Tijah yang tak bagi. Dia kata belajar tingkatan 6 ni susah nanti penat belajar sahaja tapi tak dapat apa. Yang sebetulnya dia yang tak bagi siSeha tu keluar dari rumah,  sebab nanti tak siapa tolong dia buat kerja rumah. Kak!!saya bukan apa.. saya kesian tenguk dia dikudakan dek Tijah dan anak saya yang lain. Mereka buat Seha tu macam orang gaji kak”.


“Sepatutnya Uda carikan lah orang gaji untuk Tijah tu”.


“Bukan saya tak nak cari, tapi Tijah yang tak mahu.Hari tu ada sorang tak sampai sebulan budak tu dah diberhentikan. Kata Tijah dia perasan budak tu pandang saya lain macam..cemburulah tu. Itulah yang saya tanya akak tadi.. hensem lagi ke saya ni. Akak gelakkan saya pula”.


“Teruk juga cemburu Tijah ni ye”.


“Ia kak kalau tak takkan dia nak cemburu saya dengan akak.”.


“Biasalah tu De. Dia sayang kat kamulah de, orang kalau sayang suaminya tentulah cemburu sikit. Cemburu tukan tandanya sayang..”.


“Entahlah kak..Oh ye saya sebetulnya susah hati dengan perbuatan Tijah ni. Saya sebetulnya takut apa-apa yang buruk terjadi pada keluarga saya kerana menyiksa anak yatim, kalau lagi lama dia duduk dengan saya. Manalah tahu sesekali terdetik hati siSeha sebab tak tahan dengan perbuatan Tijah dan anak-anak saya pada dia. Nampaknya sekarang ni makin teruk perlakuan mereka. Kerja rumah semua dah terletak dibahunya. Kalau silap sikit diherdek dimarah macam dia tak ada perasaan. Lagi lama Seha duduk dengan kami lagi lama mereka menyiksa Seha tu. Kalau lah terdetik rasa sakit hati Seha tu tak ke naya mereka semua.”


“Kenapa Uda tak nasihatkan isteri dan anak-anak Uda tu”.


“Berbueh dah mulut saya ni kak. Tapi disalah anggap dek Tijah pula. Mula lah dia bercerita yang buruk  pada anak-anak apa niat saya pada Seha. Saya ni tak pernah ada niat lain pada Seha, saya anggap Seha tu macam anak saya sendiri,  dah kita bela dari kecik tak tergamak saya nak jadikan bini kak ngah oii. Tapi lain pula yang siTijah tu fikirkan. Asalkan perempuan semua saya nak jadikan bini. Hai susah betul saya dengan cemburu buta dia tu.”


“Jadi akak nak tolong apa cakaplah terus terang. Nak dia duduk dengan akak?. Uda pun fahamkan akak  ada anak-anak lelaki yang dah besar.. takut timbul fitnah pula. Lagi pun mahu ke Tijah lepaskan Seha saja-saja duduk rumah akak”.

“Bukan nak suruh Seha saja-saja duduk rumah akak.Saya minta sungguh-sungguh ni.. tolong jadikan Seha tu menantu akak. Pinang dia untuk Muaz.Jadi adalah ikatan sah Seha dengan anak akak”.Rupanya memang bersungguh Mohd Noh memintanya meminang Seha untuk Muaz detik hati NorIza.


“Tapi kalau akak pinang Seha jadi menantu, mahu ke Tijah lepaskan dia. Nanti dia tak ada pembantu rumah pula.”


“Pandai lah saya nak buat dia cemburu.Biar dia rasa senang lepas kan siSeha tu kahwin dengan Muaz”.


“Ialah kalau macam tu kata Uda…akak bincang dengan Muaz kalau dia balik nanti”.


          Setelah berbincang baik buruknya demi untuk menyelamatkan NurSaleha dari deraan ibu saudara dan sepupunya sendiri, Muaz bersetuju.Tiada adat merisik dan tiada tempuh bertunang terus sahaja majils walimatuurusnya dilangsungkan. Hanya kehduri kecil-kecilan meraikan pernikahan mereka dan untuk memberi tahu mereka sudah sah menjadi suami isteri kepada penduduk kampung.  Kini sudah 15 tahun bahtera rumah tangga diharungi bersama. Dan mereka sudah ada 5 orang anak untuk menyerikan rumahtangga mereka. Dulu yang menjadi NorIza bimbang dia takut anaknya yang tidak dapat menerima isteri yang di suakan kepadanya. Takut pula NurSaleha terlepas dari mulut buaya tetapi masuk pula kemulut harimau. Tetapi tidak rupanya. Pada pandangan mata NorIza yang sentiasa mengawasi baik Muaz mahupun NorSaleha mereka  bahagia. Walaupun tiada ‘rasa’mewarnai hati diawal pernikahan mereka dulu.


“Haah Katy akak nak ajak mereka semuanya ni kerumah jiran sebelah menyebelah rumah.Kalau dah tertinggal memang Muaz ni tak terpergilah jawabnya”.Akhirnya Siti Kadijah diam tidak terkata. Sememangnya dia akan kalah bila NorIza yang berkata-kata.


          Seperti yang diperkatakan keluarga besar  NorIza berarak dari sebuah kesebuah rumah jiran mereka.Hingga  petang barulah mereka menjengah rumah. Selepas membersihkan diri dan solat zohor semuanya bergelimpangan diruang tamu kepenatan dan kekenyang makan dan minum kueh raya dirumah orang yang dikunjungi.


                 Dihari raya kedua mereka menunggu para jiran pula mengunjungi rumah mereka itulah cara hidup dikampung saling berziarah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara mereka. Acara hari raya mereka padat dengan acara kunjung mengunjungi.Dan pada masa inilah mereka bertemu kawan-kawan yang sudah merantau jauh dari Pengkalan Hulu, pulang kerana berhari raya bersama keluarga tercinta.


Dihari raya ketiga Syukri meminta izin emaknya untuk membawa keluarganya ke sempadan.Tujuannya  untuk mengunjungi kedai bebas cukai disempadan Malaysia Thai. Niatnya mahu membawa Nuri membeli belah disana.


“Mak esok pagi rasanya Syukri nak pergi shoppinglah mak”.


“Kamu nak pergi dengan siapa?”


“Dengan Nuri dan anak-anak.Kesian budak-budak tu tak ada baju baru mak”.


“Ialah pergilah. Esok pun dah tak berapa sibuk rasanya. Kalau ada yang datang pun anak-anak pak delah agaknya. Lagi pun Ira dan Misa masih ada tolong emak”.


“Alang dengan Hassan bila baliknya?


“Katanya balik besok malam”.


           Seperti yang telah dirancang Syukri membawa anak isterinya ke sempadan.Pusat membeli belah bebas cukai.Pada mulanya Imah juga mahu mengikuti mereka namun dihalang oleh puan NorIza.


“Tak payah lah Imah ikut mereka.Biarlah diaorang laki bini pergi. Abang ngah kamu tu nak cuba mencari kemesraan semula dengan kak Nuri kamu tu, biar mereka merasa bershopping anak beranak diaorang sahaja”.


           Begitu teruja Syukri membawa keluarganya membeli belah.Pot pet mulutnya bercerita menerangkan itu dan ini sepanjang perjalanan.Nama dan kejadian waktu dulu tempat-tempat yang dilalui juga diceritakan kepada isteri disebalahnya. Lagaknya macam pemandu pelancung pun ada.


                   Kerana rasa terujanya sampai sahaja, dia menuju ke tempat kebarang wanita.Tempat pertama beg tangan wanita. Terdapat berbagai jenis dan bentuk beg tangan wanita  terpamir ditempat pamiran. Sambil mendukung anaknya yang kecil Syukri turut membelek satu..satu. Mula-mula dibahagian beg yang berjenama biasa-biasa sahaja. Dia melihat Nuri berjalan sahaja tidak menunjukkan minat pada beg yang berjenama biasa. Pada tanggapan Syukri beg biasa tidak menepati cita rasa isteri agaknya. Kemudian dia mengajak Nuri ketempat beg yang berjenama. Apabila dilihat Nuri seperti tidak pandai memilih Syukri membantu. Dicapainya yang dirasakan cantik diunjukkan kepada sang isteri. Nuri membelek kemudian kepalanya mengeleng. Satu lagi..belek lebih kurang  geleng lagi. Hinggalah Syukri rasa bosan dengan tingkah yang asyik mengeleng. Mengapakah  semuanya tidak berkenan dihati Nuri,  walaupun semua yang diunjukkan kepada iseterinya sudah terlalu cantik pada pandangan matanya.


“Dahlah bang..jom tempat lainlah pula”.


“Ehh Kita tak beli lagi ni.Nuri nak yang macam mana? Punyalah banyak macam ni,  satu pun tak ada yang sangkut kat hati Nuri..kang balik menyesal tak beli. Ambil sahaja abang yang akan bayarkan..”.


“Tak lah..saya memang tak berniat nak beli handbeg pun. Yang ada tu masih cantik lagi. Dahlah jom kita balik ”. Dengan rasa hampa Syukri mengikuti langkah isterinya keluar dari bahagian beg itu. Nuri mahu menuju kearah pintu keluar. Namun ditahan oleh Syukri. ‘Penat berjalan satu pun tak beli’ marah hatinya


“Ehh kita belum tenguk bahagian baju-baju lagi. Kita pergi tenguk baju dululah..alang-alang kita dah sampai jalan cukup-cukup biar puas hati. Buakn selalu kita dapat datang sini.”.


“Haa Nuri cakap terus terang, Nuri tak nak beli baju.Kalau baju anak tak apa”. Ohh Nuri sudah berterus terang.Pada Nuri senang begitu tidak lah mereka membuang masa membelek-belek tetapi tidak membeli. Mereka terus ketempat pakaian kanak-kanak. Syukri mula mengacu setiap baju yang dirasanya sesuai untuk anaknya. Banyak juga perkataan yang kelaur dari bibir isterinya…Syukri hanya mengelengkan kepalanya dengan sikap isterinya.


“Bang kalau beli biarlah besar sikit kalau muat-muat sahaja, tak sampai beberapa bulan dan tak boleh nak pakai, lagi pun jangan beli yang mahal. Budak-budak kan cepat membesar nanti membazir saja”. Akhirnya hanya beberapa helai sahaja pakaian anak-anak dapat dibeli. Terkeluh juga hati Syukri..rupanya susah juga membawa Nuri membeli belah. Dia bukan seperti orang mabuk shopping. Sifat berjimat masih kedapatan.Mungkin kesusahan diawal perkahwinan mereka menyekat dirinya dari berbelanja.


“Kita nak pergi mana lagi Nuri..alang-alang kita keluar ni biar puas kita berjalan”.


“Nuri tak tahu, tapi kalau boleh Nuri nak pergi beli buah mangga. Kawan Nuri kata buah mangga Siam ni sedap. Lagi pun murah kalau kita beli kat tempat dia”.


“Haa jom kita beli buah”.


             Sampai di tempat buah-buahan bagai terlebih teruja Nuri memilih. Mangga berisi warna kuning dibelinya lima kilo, mangga berisi warna oren lima kilo lagi. Mangga ranum namun isinya manis juga dibelinya. Macam tak cukup tangan dia menjinjing plastic berisi mangga.  Sebelum mereka beredar sekali lagi dia menoleh kekawasan menjual buah....


“Kenapa ada yang tertinggal ke?”


“Bang kalau Nuri beli sikit lagi boleh tak..Nuri rasa macam tak cukuplah”.Syukri tersenyum melihat gelagat isterinya, yang mula tamak.


“Pergilah abang tunggu dengan anak-anak kat kereta”.


“Terima kasih.”Bila mendapat kebenaran laju langkahnya menuju ketempat buah yang paling hamper. Dari jauh Syukri melihat senget bahu Nuri menjinjing plastic berisi buah.



“Kenapa Nuri beli banyak sangat ni. Nak bawa balik Kampung Subang ke?”.


“Kalau ada lebih nanti… kalau tak cukup tak apa..kita kan ramai.”


Baru sahaja kereta Syukri terpakir di halaman rumah puan NorIza, dia sudah disebu oleh adik dan adik iparnya.Ira menyambar Hadi dari dukungan uminya.


“Halololo rindunya mak de dengan anak mak de yang comel ni. Penat jalan ye..Hadi banyak beli baju??” Sambil melarikan Hadi Ira  masuk ke rumah. Riuh mulut Ira bertanya kepada sikecil, macamlah sikecil faham pertanyannya.


            Imah pula mengambil beg-beg plastic dibonet kereta. Sebelum diangkat dia sudah menjenguk isi beg plastic dahulu. ‘Ni yang banyak hanya buah mangga saja ni, mana baju dan handbaeg kak Nuri kata angah tadi beria nak beli sampai dua tiga biji  beg, siap Tanya jenama  apa lagi’ detik hati Imah.  Nuri hanya tersenyum bila terpandang bibir Imah yang mencebek. Mungkin hairan dengan isi dalam beg plastic. Dia membawa beg plastic yang mengandungi buah mangga yang paling akhir dibelinya tadi. Dia terus menghilagkan diri menuju kedapur.