~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 23 September 2015

Nur Hidayah 61.





                    



                 Usai solat Zohor yang tertanguh sekali lagi doctor Johan dipelawa makan oleh Tengku Faridah.

“Johan jom kita makan, bibik dah hidang makan dah tu..sedap hari ni bibik masak”.

“Makan lagi ke nek.. saya asyik makan sahaja, murah betul rezeki saya hari ni. Kata nak makan malam awal lagi rasanya”. Ialah diajak makan nasi pada pukul empat petang ..nak kata makan tengahari rasanya dah lewat nak kata makan malam rasanya terlalu awal..

“Tak apalah makan two in one lah kita makan tengahari campur makan malam sekali”.

Hari itu perut doktor Johan kenyang sepanjang hari. Makin kuat naluri lelaki ingin mencari pasangan, bila kehidupan sehariannya terjaga. Terasa sudah ada suri hati yang menantinya dirumah. Tidak sempat lapar perutnya, sudah disuruh makan lagi. Sambil menyuap makan kemulut hatinya bermonolong sendiri.


“suka nenek tenguk Johan ni”.


“Kenapa nek”.


“Ajak makan senang..banyak bual..nenek yang sebetulnya jarang bercakap kalau atuk dah pergi kerja, tak ada siapa nak diajak berbual, lagi satu nenek tenguk Johan ni happy sahaja orangnya.”


“Saya kalau orang ajak makan memang tak pernah tolak nek..kan kata rezeki jangan ditolak..Saya happy sebab perut saya kenyang”.



“ Eloklah tu kalau Johan buat macam ni wajah kamu ni berseri. Orang yang tenguk pun rasa suka sahaja..Kalau kamu naik pelamin naik seri pengantin. Orang yang memandang pun bahagia tau.”.


“Ialah tu nek tapi mana tak gembira nek..perut saya hari tak sempat nak lapar daaah nenek suruh makan lagi”. Terkekek – kekek Tengku Faridah mendengar lawak spontan bakal cucu menentunya.


“Nek, Hidayah tu pandai masak tak nek”.


“Kenapa? kalau dia tak pandai masak kamu tak suka ke?”.


“Taklah tak suka..tapi saya bayangkan dia tak pandai masak sebab tak siapa yang ajar dia masak..kan kata nenek dari kecil dia hidup sorang”.



“Masak untuk diri sendiri dan keluarga pandai juga.. Dulu masa dia duduk dengan nenek dia masak juga. .nak dapat  pahala siapkan makan untuk suami katanya. Tapi dia masak ala orang negeri Sembilan lah.. siapa yang tak tahan makan pedas menangis dibuatnya. Macam arwah papanya memang menagis makan masakkan dia”.



“Ia ke nek”.Gembira hati Johan dengan pertemuan pertamanya. Mana hati tak gembira berjalan dengan Tengku Faridah dapat juga dia mengetahui serba sedikit masa lampau  bakal isteri.




            Pernikahan diantara Johan Hamdi dan Nur Hidayah berlangsung dengan meriahnya. Seperti yang dirancang pihak pengantin  lelaki membawa 7 dulang hantaran bersama mas kahwin yang dimasukkan kedalam album kecil. Ramai juga yang mengiringi kedatangan Dr Johan kerumah kediaman Tengku Faizal yang telah dihias indah oleh Tengku Faridah. Kata dulu tak ada keluarga tapi ramai juga yang datang. Itu detik hati Tengku Faridah menerima kedatangan rombongan pihak pengantin lelaki.



Berkenaan hisan rumah. Tengku Faizal dan cucunya Tengku Farid terkekek melihat gelagat Nur Hidayah diluar pagar.  Yang sebenarnya mereka berdua memerhatikan tingkah laku Nur Hidayah  dari cctv  yang sengaja dipasang diluar pagar.  Tujuan cctv itu dipasang untuk keselamatan isi rumah ketika ketiadanya kerana bekerja. Entahlah sejak beberapa bulan kebelakangan dikawasan perumahan mereka sering dimasuki orang-orang yang merampas  rezeki orang lain dengan memasuki rumah orang. Bukan diwaktu malam sahaja manusia-manusia  yang tak berhati perut ini memecah masuk, tetapi diwaktu siang juga. Mungkin kerana mereka tahu diwaktu siang ramai penghuni rumah atau kebayakkan orang lelaki pergi bekarja dan mereka mengambil kesempatan ketika itu. Untuk keselamatan isi rumah nya Tengku Faizal memasang cctv diempat penjuru  rumahnya. Dia berpesan kepada isteri dan bibik agar segera menghubungi polis atau dirinya jika melihat individu yang mencurigai berjalan atau melilau-lilau dikawasan rumah mereka.


            Dek kerana terlalu berubah hasil sentuhan idea dari Tengku Faridah  Nur Hidayah jadi tidak mengenali kediaman datuk dan neneknya. Dia keluar dari keretanya kemudian dengan bercekak pinggang memerhati keadaan disekelilingnya.  Sambil dia tertinjau-tinjau dan memusing-musingkan badan mencari kepastian.  Akhirnya dia berjalan  kepintu pagar dan meneliti nombor rumah yang sememangnya sudah sedia ada disitu.

“Ehh betul ke ni rumah atuk..ke aku tersalah masuk lorong. Tapi rasa betul. Haa rasa nya memenag ini nombor  rumah atuk. Tapi rumah ni macam rumah orang nak buat khenduri..atuk nak buat kenduri ke?..tapi dia tak cakap pun…”  Dahinya sudah berkerut..tangannya pula memegang dagu seperti orang sedang memikirkan perkara yang sangat berat. Dia mula tidak yakin pula nombor rumah atuknya. Yang sebenarnya dia berkejar kerumah datuk dan neneknya bila membaca SMS dari abangnya yang menyuruhnya datang dengan segera.


Manalah Hidayah tak keliru..bila melihat rumah datuknya sudah berubah wajah. Cat dinding pagar rumah sudah bertukar  warna, disekeliling pagar sudah terpasang lampu lip-lap lip-lap tiga  tingkat, ditepi-tepi pagar pula tersusun pasu-pasu bunga kertas berbagai warna yang sedang rancak  berbunga, sedangkan dahulu tepi pagar rumah datuknya tidak terdapat sebarang pokok bunga. Didalam pagar pula sudah berdiri dua buah konopi yang dihias dengan kain berwarna hijau zamrud dan kuning.  idayah tak HidaYAH H HH Sungutan itulah  yang didengari oleh Tengku Farid dan Tengku Faizal kemudian mereka berdua terkekek-kekek mentertawakan tingkah laku Nur Hidayah yang kebingungan.



“Hebat tak nenek you Farid,  sampai boleh mengubah suasana rumah kita ni.. Kesian pula I tenguk Hidayah tu. Farid! pergilah you keluar nanti balik pula bakal pengantin tu  bila dia tak yakin rumah ni rumah nenek dia”.. Mendengar sungutan Nur Hidayah Tengku Faizal mengesa cucunya memunculkan diri keluar pagar.


“Tuk!! memang atuk tak bagi tahu, kita nak buat khenduri untuk dia ke tuk”.


“Bukan tak bagi tahu..tapi dia yang tak nak..dia yang nak nikah kat pejabat ugama sahaja. Bila atuk bincang dengan nenek, nenek kata macam tak patut pula kita buat macam tu pada dia..dia pun macam you, cucu kami. Lagi pun arwah papa dah pesan berikanlah  Hidayah haknya seperti  you juga. Betul tak apa yang kami buat ni Farid..you tak rasa apa ke Farid..”


“Nak rasa apa pula tuk...dia kan adik Farid. Betul kata papa tu berikanlah hak dia sebagai ahli keluarga kita. Farid tahu mungkin papa rasa bersalah diatas kesusahan dengan kehidupam dan pandangan masyarakat pada Hidayah dan mamanya di atas perbuatan papa.”


“Betul tu arwah papa you selalu cakap dia rasa sangat bersalah  dengan pandangan masyarakat pada  mereka berdua. Dia menyesal kerana sikap tak bertanggung jawabnya menyebabkan mereka berdua menanggung aib..sedangkan dia bersenang lenang tak terfikir pun akibat perbuatannya sampailah dia berjumpa dengan Hidayah. Jadi kami buat apa yang kami rasa patut Farid..Dahlah pergi you keluar tenguk Hidayah tu.”.



“Ialah tok”. Cepat sahaja Tengku Farid mengikuti saranan datuknya.  Dia menjenguk keluar pagar.


“Haa dah sampai pun pengantin..masuklah nenek tengah tunggu you kat dalam tu. Dari tadi dia risau you tak sampai-sampai. Dari lepas subuh lagi tak berhenti mulutnya suruh I call you, naik lenguh jari I tekan nombor you.. kenapa tak angkat? Nenek call tak angkat atuk call tak angkat. Sampai nenek rasa you tak setuju nikah dengan Johan, hari ni.” Memang benar  ketika dia memeriksa  telefon tangannya pagi tadi, tertera nombor 10 panggilan yang tidak berjawab dari datuk, nenek dan abangnya..


“Hsyy tak adalah macam tu..yang sebenarnya Dayah terlelap lepas subuh tadi, fon pula bawah bantal itu yang tak dengar tu.                                                                                                                                                                                         Bang!!  betul ke nikah hari ni lepas solat Jumaat. Kenapa tukar masa nikah bang..kan hari tu kata  nikahnya  esok lepas Zohor.”. Terkejut Nur Hidayah memebaca SMS dari Tengku Farid yang menyuruh datang kerumah datuknya dengan segera kerana mahu bersiap sedia untuk bernikah selepas solat Jumaat hari itu.


“Betullah..memang kita bincang esok..tapi bila semalam atuk dan abang pergi booking, jadual tuk kadi tu penuh esok..dia minta atuk buat hari ni lepas Jumaat. Itu yang abang call banyak kali tu..You tak jawab pula..kesian nenek risau betul dia. Dah pergilah masuk jumpa nenek...you ok ke?”.


 “Nak buat macam mana lagi..ok lah.(meleweh sahaja suara  Nur Hidayah menerima  peneragan abangnya) Lagi satu ni kenapa berkemah bagai ni bang, bukan ke nikah dipejabat  ugama sahaja..”


“Tak atuk minta khadi datang rumah.. nikah kat rumah. Dia kata dia nak tenguk you nikah kat rumah..Lagi pun mak Johan kan tak berapa sihat kalau kat masjid dia susah nak tenguk anaknya bernikah..”.


“Tak menyusah kan ke kalau nikah kat rumah..Dayah takut abang, atuk dan nenek nanti kena buat  banyak kerja.”


“Tak apalah hanya sekali sahaja Hidayah. Yang sebenarnya memang atuk dan nenek nak merasa cucu perempuan dia nikah dirumah ni..ikutlah cakap atuk dan nenek tu ye..dahlah pergi masuk, kesian nenek tunggu you dari selepas subuh tadi.”  Nur Hidayah tidak juga menapak masuk kerumah dikepalanya bersarang berbagai soalan. Dia tetap berdiri dihadapan Tengku Farid.

“Kenapa Hidayah??..you tak setuju ke dengan rancangan atuk dan nenek”.

“Bukan..tapi…atuk dan nenek nak buat majlis juga ni, Dayah jadi tak sedap hati. Kenapa nak buat majlis, kan Dayah dah kata Dayah tak majlis keramaian..”.

“Apa pula tak sedap hati..lagi pun bukan buat besar-besaran setakat dua kemah saja pun. Nenek nak menyambut kedatangan keluarga pengantin lelaki, sebagai menghormati mereka.. nenek nak buat makan-makan  jemput orang masjid dan jiran-jiran untuk mewar-warkan pernikahan you.  Perkara tu tak salah kan, malah ugama kita pun menggalakkan mewar-warkan pernikahan seseorang..Setuju ye dengan rancangan atuk dan nenek ni..”.


“Dayah tak mahu penatkan  atuk dan nenek..nanti keluarga abang penat juga”.


“Tak apalah untuk sekali seumur hidup you Dayah..I sebetulnya gembira sangat dapat memaknakan hari bahagia satu-satunya  adik I..Terasa I  ni abang yang diperlukan oleh adiknya.”.


“Bang! Yang sebetulnya Dayah tak mahu membeza-bezakan pernikahan yang pertama dengan yang kedua.. Pada Dayah kalau yang pertama tak buat majlis, yang kedua pun Dayah tak mahu buat..nanti apa pula kata papa.. macam Dayah tak menghargai kehadiran dia dalam hidup Dayah..macam dia tak memberi erti dia dalam kehidupan Dayah.. Sedangkan Dayah sangat bahagia sepanjang hidup sebumbung dengan papa..”.


“Abang tahu dan abang faham sebab abang tenguk dengan mata abang sendiri you nampak  happy  tiap-tiap hari. Papa pun gembira sangat sejak you hadir dalam hidup dia..dia kata you sangat  bermakna dalam hidup dia. You tahu tak.. yang dulu tu bukan atuk dan nenek yang tak nak buat majlis untuk you dan papa..tapi papa sendiri yang tak nak. You nak tahu sebab apa?..sebab dia tak mahu orang kenal you sebagai isteri dia, dia nak orang kenal you sebagai anak dia.. Nikah tu hanya nak menghalalkan hubungan dia dengan you sahaja. Itu lah yang dia cakap dengan kami. I  minta  dengan  you ikutlah  cakap atuk dan nenek untuk sekali ni sahaja… Supaya lepas tanggung jawab kami. Bukankah menikahkan seorang anak atau cucu perempuannya  adalah  tanggung jawab  sebuah  keluarga. Itu pun kalau you anggap kami ni keluarga you.”.


“Abang Farid Dayah memang tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni..kalau atuk, nenek dan abang dah anggap Dayah ni ahli keluarga..Dayah bersyukur sangat..tak tahu nak tadah dengan apa untuk menerima huluran kasih dari abang, atuk dan nenek. ALHAMDULLILAH dengan Rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah. Terima kasih ye bang .”.  Nur Hidayah menundukkan wajahnya untuk menyembunyikan rasa hibanya  bila merasakan dirinya tidak lagi sebatang kara.

“Abang, atuk dan nenek lagi lah bukan tapak tangan..tu stadium Bukit Jalil kami tadahkan kalau you anggap kami keluarga you. Hidayah! Ikut sahaja cakap atuk dan nenek ye..”. Lembut sahaja Tengku Farid memujuk adiknya.

 
“Abang Farid Dayah sebetulnya tak mahu susahkan atuk dan nenek.. kalau buat keramaian  nanti nenek dan atuk penat, mereka dah tua.. Dayah  bersyukur sangat  mereka sudi sediakan tempat untuk Dayah bernikah..tak payah nak bermajlis pun tak apa.”.


“Tak ada penatnya Hidayah.. semuanya orang yang buat atuk hulur duit sahaja. Makan pun ambil dari hotel kita. You jangan bimbang semuanya tanggung beres.. pergi masuk jumpa nenek..ni dah pukul berapa ni..nak mandi nak bersolek lagi”. Hidayah akur dia mula mengatur langkah.



Tengku Farid memandag langkah longlai adiknya masuk kedalam rumah.  Ada senyum segaris terlukis dibibirnya, bila mengenangkan beberapa minggu yang lalu dia dipanggil oleh datuknya bila Johan Hamdi menyampaikan hasrat hatinya ingin mengambil Nur Hidayah menjadi suri dihatinya.


..Keluar sahaja doktor Johan dari bilik, terus sahaja Tengku Faizal menghubungi  cucunya Tengku Farid supaya masuk kebiliknya. Menerima permintaan datuknya Tengku Farid tidak bertangguh  dia memberhentikan kerja-kerjanya. Dia kebilik datuknya.


“Ada apa tuk macam penting sahaja atuk call Farid ni”.


“Penting Farid, adik you dah ada orang yang nak. Atuk nak pandangan you”.


“Maksud atuk ada orang datang kerumah meminang Hidayah?..bila  dia datang ?.. atuk tak cerita pun dengan Farid.” Terkejut besar dia bila mendengar penerangan datuknya.


“Dia tak datang kerumah...baru kejap ni dia datang jumpa atuk”.


“Dia datang meminang kat sini? Faid tak nampak pun orang ramai-ramai tuk”.


“Dia datang sorang saja..Nak kat meminang ke tu...(Tengku Faizal berjeda tidak menghabiskan patah perkataanya..) Tapi dia cakap dia suka Hidayah dan berhajat nak jadikan Hidayah isteri dia.”


“Hssy tak kan macam tu sahaja..walaupun Hidayah tu dah balu tapi nak lah beradat sikit”.


“Atuk rasa tak perlulah meremehkan perkara yang mudah, pada atuk tak payahlah nak meminang bagai, lagi pun meminang tu bukan perkara yang wajib..tujuan meminang tu dulu untuk membolehkan pihak lelaki melihat wanita yang akan bernikah dengan dia..ni mereka dah kenal tak perlulah meminang bagai. Pada atuk dia datang jumpa atuk pun dah memadai. Lagi pun dia kata emak dia muaalaf, keluarga sebelah ayah dia pula tak pernah terima kehadirian dia dan emak dia, jadi dia tiada keluarga yang boleh diharapkan untuk menguruskan pinang meminag bagi pihak dia. Perkara nikah kahwin ni kalau boleh kita buat senang lagi baik kan”.


“Betul juga cakap atuk tu...bukan sahaja tidak memberatkan maskahwin, mudah kan cara pun dikira memudahkan cara termasuklah dalam sunat-sunat memudahkan seseorang untuk bernikah  jugalah kan tuk”..


“Betulah tu Farid”.


“jadi macam mana? Atuk macam dah berkenan sangat ni.”.


“I tenguk dia ni  ada ugama..itu  yang I rasa dia ni sesuai dengan Hidayah”.


“Atuk tak tanya  Hidayah, dia ok ke? Jangan atuk paksa Hidayah terima kalau dia tak suka..Yang sebenarnya  ‘dia ni’  siapa..anak kawan atuk ke. Farid kenal tak dengan ‘dia ni’”.



“Ohh ye tak ye lupa pula atuk nak kenalkan dia pada Farid.  Farid ingat tak dengan doktor yang menagani kes papa..kemudian dia juga yang menangani kes Hidayah masa dia tak cukup air hari tu..dia lah”.


“Ohh doktor yang kurus rupa Cina tu..Ok juga kalau doktor tu, nampak macam pendiam orang nya..sesuailah dengan Hidayah.. Farid  call Hidayah ye tuk”.

“Kalau dah Farid cakap sesuai ..kita panggil Hidayah dia setuju tak bila kita terima doktor Johan tu”. Hasil perbincagan Hidayah dan doctor Johan akan bernikah dipejabat ugama.  Lamunan Tengku Farid terhenti bila namanya diseru oleh datuknya kerana tenaganya diperlukan.

-------------------------------------------


Langkah Hidayah yang longlai terhenti diambang pintu bila melihat keadaan ruang tamu kediaman datuk dan neneknya..Mana dia tidak terkejut bila ruang itu sudah lapang luas tidak terdapat sebarang perabut.. Pemegang tangga pula penuh berhiasa dengan bunga-bungaan. Mana kala di satu sudut ruang tamu tersergam sebuah pelamin yang sudah berhias cantik. Sedang dia mencerana apa yang dipandang didepan mata dirinya ditarik lalu dipeluk dengan kemas.


“Alahamdulillah..datang pun Hidayah, nenek dah siap ni ingat nak ajak Farid pergi rumah Dayah kat Ceras tu. Kenapa tak angkat telefon risau betul nenek...” Menceceh-ceceh Tengku Faridah. Nur Hidayah tidak dapat mencelah pada cecehan neneknya yang kebimbangan.


“Jom..jom masuk bilik tukar baju. Dayah nak mekap kat rumah ke kat salun..kalau nak kat rumah nenek boleh call dia datang sini.”.


“nek kalau tak payah make-up tak boleh ke..nak make-up susah lah nek nanti nak solat  macam mana?”.  Tengku Faridah menjarakkan tubuhnya dari tubuh cucu yang dipeluknya..matanya me andang kearah Nur Hidayah namun kepala terfikir kebenaran kata-kata cucunya.


“Dayah tak nak bermake- up ke..tapi nanti nampak pucat sangat, apa pula kata keluarga Johan..nanti diorang kata Dayah dipaksa nikah pula.” Nur Hidayah menundukkan wajah memikirkan kebenaran kata-kata Tengku Faridah.


“Nek kalau solek sikit-sikit boleh tak nek”.


“Dayah siap-siap ambil wuduk baru kita bersolek, boleh ye. Dah sekarang kita masuk bilik cuba  baju. Lagi pun tak elok bakal pengantin melongok kat depan rumah ni”. Tengku Faridah menarik tangan cucu perempuaanya masuk kebilik pengantin. Di ambang pintu bilik sekali lagi Nur Hidayah dikejutkan dengan keadaan bilik pengantin. Kali ini Nur Hidayah berpusing mengadap Tengku Faridah kemudian dia memeluk tubuh tua dengan kemas kemudian dia terisak dibahu neneknya.


“Terima Kasih nek kerana bersusah payah untuk Dayah. Nenek tak penat ke buat semua ni?”.


 Tidak lama menanti saat yang di nanti.  Seperti yang dirancang lepas solat Jumaat kediaman Tengku Faizal dibanjiri tetamu.. berlangsug upecara pernikahan dia antara Johan Hamdi bin Johari dengan pasanganya Nur Hidayah binti Abdullah. Dengan sekali lafaz sah Nur Hidayah menjadi isteri Johan Hamdi. Setelah menjamu selera para tetamu sekali lagi dijemput untuk memeriahkan hari sanding pengantin keeesokkan harinya pula.


Malam itu berlansung upecara berinai dan berandam. Nur Hidayah tidak dapat menolak permintaan Tengku Faridah yang beria-ia mahu semua dilakukan kepada seorang pengantin perempuan. Yang sebenarnya dia juga bersyukur merasai detik-detik  bagaimana seorang pengantin Melayu.












Tuesday, 22 September 2015

Bab 60 Nur Hidayah





Lama tak sambung cerita..yang ni pun rasa tak  berapa menarik harap sudi membacanya..terima kasih.



Yang sebenarnya Dr. Johan juga tahu Nur Hidayah lancar surah Yassin kerana dia melihat sendiri mulutnya terkumat kamit ketika menanti arwah Tengku Faris dibilik kecemesan pada malam kejadian pukul beberapa bulan yang lalu. Kemudian kawanya Azrul Azam juga mengatakan begitu. Makin kuat naluri hatinya ingin menjadikan Nur Hidayah pendamping hidupnya didunia dan akhirat.

“Entahlah susah agaknya. Nenek sebenarnya tak berapa tahu kisah dia masa kecil. Nenek kenal dia  umurnya dah 27 tahun, masa tu kami dijumpakan kerana arwah anak nenek nak kahwin dengan dia. Yang sebenarnya kami termasuklah arwah papanya tak pernah tahu kewujudan dia ”.

“Agaknya dia memang tahu hotel IMPIANA tu kepunyaan keluarga bapa biolaoginya, itu sebabnya dia minta kerja kat situ”.

“Tak juga..dia kata dia tak pernah berniat nak cari papa dia. Dia kerja di hotel tu sebab nak cari rezeki. Yang ‘tunjukkan jalan’ dia kerja kat hotel tu salah seorang pekerja hotel kami..sebab masa tu hotel kami memang tengah cari pekerja..”.

“Ohh mungkin dah takdirkan jalan cerita hidupnya macam tu, Allah memberinya lorong berkenalan dengan bapa biologinya..Alhamdullilah dapat juga dia kenal siapa bapa biologinya kan nek..”.

“Johan tak kisah ke, bila tahu dia anak luar nikah dan nikah dengan bapanya yang dah ada HIV positiv..sejak bila Johan tahu dia anak luar nikah?”.

“Saya tahu cerita dia, sejak dia ditahan dalam lokap..kawan saya polis yang bekerja dilokap dimana Hidayah ditahan..dia yang cerita. Pada saya..saya tak kisah siapa dia,  yang saya pandang pengangan ugamanya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ. Betulkan macam tu nek..” .

“Betullah tu, jadi memang Johan tak kisahlah dengan sejarah hidup Hidayah ni. Johan nak tahu, sedeh juga jalan cerita kehidupan masa lalu Hidayah ni..dia ni hidup sendiri sejak remaja lagi.Tapi Alahamdullilah tak pula terjebak dengan maksiat. Arwah papanya yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh..susah pula nak dikawal sampai dapat penyakit  yang tak ada ubatnya”..

“Kisah manusia ni berbeza-beza nek..tapi mana nenek tahu Hidayah ni hidup sendiri dari sejak remaja lagi?”.

“Arwah papa dia yang cerita, bila keluarga sebelah mamanya tak mahu ambil berat pada dia, sebab dia anak luar nikah. Keluarga sebelah mamanya berketurunan Syed, itu yang diorang rasa malu bila ahli keluarga mereka tersalah jalan, hingga melahirkan anak luar nikah. Walau dia ni tak berjaga dan dipantau rapi...tapi dia ni pandai serba serbi dari kecil lagi, pandai jaga diri pandai juga dalam pelajaran. Johan nak tahu dari TADIKA lagi dia dah menunjukkan dia ni anak yang cerdik. Masa tadika lagi dia dah pandai membaca.. UPSRnya 5A, dia masuk sekolah menengah Ugama..PMR dan SPM nya juga cemerlang”. Dengan bangganya Tengku Faridah menceritakan kebijakkan cucu perempuanya dalam pelajaran, semua itu dikutip daRI cerita arwah anaknya Tengku Faris.

“…Tapi yang nenek kesian masa dia konvo..dia sorang-sorang meraikan hari gembira dia, Johan. Kalau nenek tahu masa tu nenek rasa nak bagi dia sejambak ros yang berwarna warni seratus kuntum..sebab apa Johan nak tahu, sebab nenek bangga sangat nenek ada cucu yang pandai. Lulus dengan cemerlang dimenara gading.”

“Dengar nenek cerita insaf saya..sesungguhnya Allah memberi perlindungan pada hambaNya tak memilih siapa kita, anak sah taraf ke atau pun tidak. Mungkin berkat dari doa dari mamanya yang bersungguh.. bukankah doa ibu tu doa yang paling mustajab untuk anaknya. Janji kita meminta dengan Nya.. Allah mengabulkan permohonan hambanya.  Walau pun dia pernah tersalah jalan dulu kan nek”.

“Betullah tu Johan, kita ni sama sahaja walau siapa kita, kita tetap juga hamba Allah. Hanya Allah yang menentukan darjat kita  pada Nya berdasarkan iman kita. Johan! Kalau masa boleh diundur kebelakang nenek nak jaga Hidayah macam mana seorang nenek jaga dia...tapi ialah masa tak akan berundur kebelakangkan Johan. Sekarang ni nenek nak tebus rasa gembira nenek dengan buat persiapan hari pernikahannya sesempurna yang boleh. Nenek nak memaknakan hari pernikahanya dengan kamu Johan. Nenek nak hari yang bermakna untuk dia  diraikan dengan penuh kegembiraan.. harap Johan faham.”.Berkaca-kaca mata Tengku Faridah mengenangkan zaman perit Nur Hidayah.
“Sekarang saya faham kenapa nenek beria-ia mengajak saya berjumpa..tapi nek, mama dia tak balik ke masa hari graduation dia tu?”

“Papa dia cerita, masa tu mama dia dah meninggal kerana barah paru-paru..”.

“Ohh..tapi keluarga sebelah mama dia tak kan tak ada yang nak bersama dia? Bukan susah pun, duduk, dengar dan pandang dia ambil scroll sahaja kat dewan tu..”.

“Entahlah dengar cerita macam tulah…Keluarga sebelah mama dia buat macam tu sebab dia anak luar nikah,  jadi dia tak dipedulikan oleh keluarga sebelah mamanya.”

“Emm sampainya hati mereka..hanya sebab anak luar nikah mereka tak dapat nak terima Hidayah sebagai ahli keluarga mereka. Yang sebetulnya anak luar nikah menjadi tanggung jawab pada keluarga sebelah ibunya kan nek..”.
Anak yang lahir di luar perkahwinan hanya mempunyai hubungan saling mewarisi dengan ibunya dan keluarga dari pihak ibunya.

“Ini semua silap anak nenek yang tak pernah berfikir akibat dari perbuatan dia. Nak di kenang dan disebut dia pun dah tak ada kat dunia ni..nenek kesian dengan nasib Hidayah, Johan. Kalau Johan dah jadi suami dia nanti, jagalah dia baik-baik ye. Nenek berharap sangat Johan dapat terima dia seadanya.  Dapat bahagiakan dia sampai kehujung nyawanya. Jangan dipandang hina pada dia kerana dia anak luar nikah. Dia tak bersalah dalam hal ni.”.

“In Syaa Allah nenek. Yang sebenarnya saya tak kisah siapa dia.. saya jadi jatuh suka pada dia, bila saya terpandang pada malam kejadian. Saya nampak dia tak berfikir tentang keselamatanya, bila dia tampa teragak-agak memangku kepala arwah Tengku yang sudah berdarah akibat luka. Sedangkan dia tahu akibat perbuatan dia. Dia lebih sayangkan akidah papa dia dari dirinya sendiri. Rasanya dia tahu arwah Tengku dah ada HIV  kan nek..”

“Tahu..kata arwah, mereka tahu sejak dari mereka belum nikah lagi. Dan Hidayahlah yang beria yang nak nikah sebab katanya nak menghalalkan hubungan mereka..”

“Apa tujuan lain dia nikah dengan arwah Tengku agaknya..mungkin dia nakkan hartanya ke nek. Maaf ye nek kalau soalan saya keterlaluan”.

 “Tak apa, dulu nenek fikir pun macam tu..tapi sebenarnya Hidayah bukan jenis orang yang macam tu.. yang nenek nampak Hidayah ni jaga sangat tingkah laku dia, dia takut sangat kalau dia membuat dosa. Johan nak tahu, nak bagi dia kereta arwah papa dia pun susah sangat dia nak terima..Mugkin betul apa yang dia cakap, dia nikah dengan arwah hanya nak menghalalkan hubungan mereka..  Dialah yang membantu papanya utnuk terus hidup dalam landasan seorang muslim. Temankan bayar puasa, teman pergi masjid…Oh jadi malam kejadian tu kamu adalah kat masjid tu ye..”.

“Ada..bila saya kata saya doctor dan cuba nak tolong tengukkan luka, arwah Tengku kata dia pesakit ADIS, dia yang minta tolong tengukkan anaknya yang sedang memangku kepalanya. Mungkin dia sedar Nur Hidayah membahayakan diri bila memangku kepalanya yang sudah mula berdarah. Tapi Hidayah tak hirau kan semua itu, dia hanya suruh arwah Tengku berISTIFAR dan MENGUCAP sahaja. Nenek tahukan kenapa arwah Tengku bimbangkan Hidayah.. HIV ni boleh menjangkit melalui darah. Kalau terdapat luka kecil di tubuh badan kita dan kemudian kita bersentuhan dengan darah pesakit.. kemungkinan besar kita akan dijangkiti melalui luka tadi..”.

“Oh! jadi selepas dipukul anak nenek tu masih boleh bercakap lagilah ye”…

“Boleh, masa tu arwah Tengku masih sedar, kemudian dia memegang kepalanya. Bila saya tanya kenapa..  dia kata dia pening. Masa tulah dia terpegang darah yang mula membasahi telekung Hidayah. Kemudian dia terbatuk  dan muntah darah sedikit. Masa tu saya dah jangka arwah Tengku mendapat pendarahan dikepalanya..saya call pertolongan cemas, tak lama kemudian bantuan sampai.. sepanjang perjalanan ke hospital arwah Tengku masih sedar dan  dia mengikuti segala apa yang diajar oleh Hidayah (berISTIFAR dan MENGUCAP).”.

“Kalau Johan ada pada malam tu tentu Johan nampak apa yang berlaku, tolonglah cerita dari awal malam kejadian tu...Nenek nak tahu sangat”.

“Saya  yang sebetulnya selalu nampak Hidayah dengan arwah Tengku kalau saya berpeluang berjemaah dimasjid tu.. Memang selalu ke mereka pergi masjid nek”.

“Memang setiap solat Isyak  dan subuh mereka pergi. Kalau Hidayah uzur pun dia tetap akan temankan papa dia pergi masjid..kata anak nenek kalau Hidayah uzur dia  tunggu dalam kereta”.

“Ohh..magrib mereka tak pergi pula”.

“Solat Magrib tak sempat, sebab setiap hari mereka berpuasa. Hidayah berpuasa juga sebab temankan papa dia buat puasa ganti. Begitu bersungguh Hidayah memberi semangat pada papanya untuk menghadapi kematian kerana  penyakitnya. Sambunglah cerita Johan yang kat masjid tu..” Pinta Tengku Faridah.

“Ohh  patutlah waktu Magrib saya tak pernah terserempak dengan mereka... saya pun selalu berjemaah dimasjid tu kalau saya tak kerja. Pada malam tu ada ceramah ugama. Ustaz ni memang sedap bagi ceramah, jadi malam tu ramai sedikit jemaah yang hadir. Lepas ceramah arwah Tengku keluar lambat sikit termasuklah saya. Bila para jemaah dah berkurangan saya nampak arwah Tengku menghampiri ustaz dan mereka bercakap-cakap sikit. Mungkin dia bertanyakan sesuatu. Tapi masa tu Hidayah tak ada bersama arwah, mungkin dia dibahagian muslimah. Lepas habis dia bertanya dia keluar dari masjid, saya pula ambil giliran bertanyakan masaalah saya dengan ustaz yang mengajar kami tadi.  Sambil bercakap sambil kami berjalan menuju pintu. Sedang saya bercakap dengan ustaz terdengar bunyi deruman motorsikal yang kuat diluar masjid. Bunyi dekat..bukan bunyi dari jalanraya berdekatan masjid. Kebetulan pula masa tu kami dah sampai kemuka pintu keluar. Saya pandang kearah bunyi motor,  saya nampak arwahTengku sudah hamper tumbang. Dengan spontan saya dan ustaz bekejar kearah arwah Tengku.  Saya nampak juga ada dua orang yang lari meninggalkan arwah Tengku masa tu.Pada saya orang yang menjauhi arwah Tengku itulah yang memukulnya, kerana salah seorang dari mereka  memegang kayu. Antara saya, ustaz dan Hidayah, Hidayah yang sampai dulu dan terus sahaja dia duduk memangku kepala arwah Tengku yang dah terbaring  dilantai. Bila saya dekat nak bagi  pertolongan dan saya  cakap saya doktor masa tulah arwah Tengku minta tolong tengukkan anaknya.. sebab dia kata  dia adalah pesakit ADIS. Hidayah tak menghiraukan kami, dia tetap dengan gigih mengajari arwah Tengku Syahadah dan Istifar.  Saya rasa sangat tertarik melihat seorang anak yang berusha membantu papanya supaya sentiasa dalam keadaan beriman.. dia tidak langsung mengindahkan keadaan dirinya yang mungkin dijangkiti kuman yang tiada penawar.  Saya sangat kagum dengan seorang anak yang mementingkan akidah papanya dari nyawanya sendiri.  Mula saya berfikir ingin mencari isteri yang dapat mendidik anak-anak saya jadi macam dia…betul kah apa yang saya harap kan ni nek..”

“Betullah tu.In Syaa Allah berdoalah selalu…Nenek mengaku sepanjang nenek serumah dengan dia, yang nenek nampak dia adalah isteri dan anak yang baik untuk papanya.Johan! yang sebenarnya nenek menyesal sangat cakap ikut perasaan.Tapi masa tu memang nenek tak boleh berfikir dengan betul… nenek jadi tenggelam punca bila satu-satu anak nenek cedera..nenek takut kehilangan dia..tapi akhirnya itulah yang Allah bagi pada nenek. Nenek menyesal sangat kerana cakap-cakap nenek Hidayah masuk lokap dan dia tersiksa kerana cakap-cakap nenek. Nenek menyesal Johan, menyesal sangat.”

“Tak apalah nek perkara dah jadi,  tak boleh nak undurkan lagi”. Dalam pada berbual mereka sampai kebutik yang dituju..

“Johan! nenek rasa  baju untuk bersanding, kita sewa sahaja ye. Kalau nak buat baju dalam masa sebulan tentu tak sempat siap. Jom kita tenguk, Johan nak baju yang macam mana”

“Yang sebetulnya saya ni tak tahu nek..ikut neneklah, saya ikut sahaja”.

“Kalau ikut cita rasa nenek, cita rasa orang tua lah..nenek suka baju songket..Johan macam mana?”.

“Boleh lah songket. Kalau dah baju songket tentu bertanjak bagai kan nek”.

“Mestilah..itukan dah adat pakaian pengantin Melayu, berbaju songket, bersampin dan bertanjak..kenapa Johan rasa tak selesa ke”.

“Ok juga..lagi pun pakaian macam tu tak terpakai kalau hari biasa. Biarlah sekali dalam  seumur hidup saya, saya pakai songket, bertanjak dan berkeris dipinggang. In Syaa Allah hari yang bermakna untuk saya hanya sekali seumur hidup nek.. Merasa juga, saya menjadi  pahlawan orang dulu kala kan nek..”. ha ha ha. Gelak Dr. Johan gelak gembira membayangkan hari bahagia.


“Kamu ni Johan berhajat juga nak jadi pahlawan. Ehh..kamu kan dah pernah nikah dulu. Jangan yang dulu dijadikan tidak bermakna..bila kamu dapat yang baru”.


“Dulu tu saya nikah tergesa-gesa nek. Nikah kat pejabat ugama..”.


“Haa macam mana pula tu..kamu kena tangkap basah ke??”


“Ehh tak adalah tangkap basah. Masa tu saya masih belajar kat luar Negara..bila emak saya suruh balik sekejap untuk nikah dengan kawan sepermainan saya masa kecil”.


“Kenapanya yang jadi macam tergesa gesa macam tu”.


“Dari cerita emak saya, katanya kawan sepermainan saya ni dimadu dengan suaminya.. kemudian madunya tu ubatkan suami, sampai suaminya tak ingat kan dia. Lepas sahaja dia bersalin tiga hari suami tak balik jenguk dia. Kerana takut sejarah lama  berulang lagi dia minta cerai. Enam bulan Lepas edah, emak dia dan emak saya berbincang nak nikahkan dia dengan saya. Yang sebenarnya emak kami kawan baik dari sekolah sampailah mereka dah tua. Saya ikut sahaja cadangan emak. Tak ada persediaan apa pun..Saya balik pun seminggu sahaja..sebab masa tu saya sedang menjalani latihan. Jam latihan akan diguna pakai menentukan lulusnya saya dalam bidang kedoktoran. Kalau tak cukup saya akan mengulangi sekali lagi satu semesta. Itu yang macam tergesa-gesa”


“Ohh..Jadi memang tak ada bersanding bagai ke..tak ada adat meminang.”


“Meminang ke tak saya tak tahu..sampai sahaja kat rumah emak esoknya saya dah disuruh bersiap pergi nikah.. kenduri doa selamat pun tak ada nek. Maklumlah masa tu yang ada emak dan emak mertua saya sahaja..mereka pun bukan orang melayu sejati. Emak saya memanglah mualaf yang dah dibuang keluarga.. sebelah ayah saya pula memang tak pernah menerima kehadiran kami. Sebelah bekas isteri saya pun macam tu..yang  ada hanya keluarga sebelah emaknya nenek dia berketurunan Cina Baba mualaf juga”.


“Ohh kesahnya kalau macam tu..kali yang kedua ni buat betul-betul. Haa ni pilih warna apa”. Sambil mereka memilih sambil mereka berbual hal keluarga masing-masing. Sehari suntuk Doktor Johan menemani nenek bakal isterinya membuat persediaan pernikahannya. Dihujung hari, siap dibeli baragan yang hendak dijadikan barang hantaran sekali.


“Nek.. barang apa lagi yang kita nak sediakan untuk hantaran ni”.


“Untuk pihak lelaki siapkanlah tujuh dulang..pihak kami akan balas dengan 9 dulang”.


“Habis ni hanya ada lima barang sahaja ni”.


“nak cukupkan tujuh kamu belikanlah buah-buahan..bagi buah-buahan tempatan pun tak apa.. nenek suka mangga, belimbing besi pun dah cukup. Ehh nenek lebih-lebih dari pengantin perempuan pula.. Johan tak kisah ke”.


“oklah nek..nenek kan nenek pada pengantin perempuan..kan tersebut juga pengantin pada hujung gelaran nenek tu”..ha ha ha terletus juga gelak perlahan di hujung bicara mereka. Hati mereka bahagia itu yang muncul sifat gembira.


“Nek takkan nak bagi buah-buahan tempatan..kan Nampak murah sahaja”.


“Tak apa..walau pun tak nampak grand tapi dia banyak khasiat kan. Kita makan nakkan khasiatnya bukan nak nampak grand nya. Satu lagi belikan lah coklat atau kek..untuk manisan,  ini supaya hubungan kita suami isteri sentiasa manis sepanjang perkahwinan kita. Tentu Johan nak yang macam tu kan.. nak perkahwinan tu manis kekal sepanjang hayat dan terus hingga kesyurga.”


“Oh macam tu..agaknya simbolik pada bunga rampai tu untuk perkahwinan kita wangi ye nek”..Dah macam budak tadikan pula gaya bahasa doctor ni.


“Ialah.. buah dan coklat tu  dah dekat harinya barulah beli. Nanti rosak pula”.


“Ok nek..kita nak solat kat mana ni dah pukul tiga ni..kita tak solat lagi makan tengahari pun belum”. Seronok juga berjalan dengan Tengku Faridah bualnya tak pernah kering. Jangan fikir keluar dengan mak we yang muda seksi sahaja seronok,  keluar dengar orang lama pun seronok juga tau..


“Nenek rasa kita solat kat rumah nenek sahaja..Johan ada nak beli barang lagi ke?”.


“Rasanya itu sahajalah nenek. Kalau tak cukup esok saya beli sendiri.”


“Johan ada yang nak tolong gubahkan hantaran…kalau tak ada minta diorang gubahkan pun boleh rasanya?”.


“Nanti saya tanya emak kawan baik saya..mungkin dia boleh tolong. Kalau dia tak boleh nak tolong saya masukkan dalam kotak tak apa kan nek”. Terlintas di fikiran Johan emak Azrul Azam, dia akan meminta bantuannya nanti. Dia ingin merasai kesibukkan persiapan menjelang hari pernikahannya. Dibenak doktor Johan juga akan meminta ahli keluarga Azrul Azam menjadi wakil mengiringi dirinya kemajlis itu nanti..


“Boleh nenek tak kisah. Kalau dah tak ada apa, jomlah kita balik, kalau sampai waktu orang balik kerja jem pula nanti..kita solat kat rumah lebih selesa ye Johan”.


“Kita tak makan dulu ke nek..depan tu ada KFC tu”. Muncung Johan Hamdi terarah ke restoran makanan segera diseberang jalan.


“Nenek yang sebetulnya tak lapar lagi..Johan tahu tadi nenek makan pagi dua kali..makan masa dengan atuk kemudian Johan tadi..itu yang tak lapar ni..Johan dah rasa lapar ke..kalau Johan lapar jom makan nenek teman”.


“Saya pun tak lapar lagi saya makan pulut kuning tadi banyak. Lepas tu rasa lempeng, sedap pula..makan sampai tak hingat.. walau pun perut dah kenyag. Saya tak pernah makan lempeng nek dan  tak tahu lempeng ni sedap. Ingatkan nak jamah sikit sahaja tapi bila dah rasa macam tak boleh berhenti pula saya makan..nampak tak menarik tapi bila makan sedap pula”.Johan berkata perlahan dihujung ceritanya seolah-olah untuk dirinya sendiri tetapi masih didengari oleh Tengku Faridah.


“Tu Johan tak cicah dengan kuah lemak atau pun kari, lagi sedap Johan”.


“Ye ke nek teringin pula saya nak rasa”. Kuat sedikit suara Johan seakan teruja mendengar cerita bab makan.


“Tak apa esok kalau dah kahwin dengan Hidayah suruh dia masak, dia pandai juga masak lempeng tu”. Tergelak lagi dua manusia yang baru berkenalan tetapi sudah ada keserasiaan.