~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 3 November 2014

Bab 56 Tidak ku tahu kasih bermula





“Macam ni, ayah ambil iktibar pemergian abang ipar kamu cik gu Nassir. Tak sangka ajalnya sampai dulu dari ayah yang dah nak mencapai umur  80 tahun. Jadi sebelum ayah menutup mata ayah nak bersedia apa-apa yang ayah akantinggalkan. Tak banyak mana pun tapi, biasanya apa-apa tinggalan orang tua kadang- kadang akan mejadi rebutan. Ayah tak mahu kerana sedikit harta, anak-anak ayah bergaduh sesama sendiri, bermasam muka dan tak betegur sapa.Ayah nak kamu adik beradik dan sepupu-sepupu berganding bahu dan selalu bermusyuwarah untuk keluarga kita. Sebab apa yang ayah akan tinggalkan, arwah pak ngah pun ada haknya, tak secara lansung anak-anak dia pun ada hak juga..mungkin kurang sediki dari kamu anak-anak ayah. Ayah cakap ni bukan kerana mak ngah kamu sudah jadi isteri ayah tidak..ayah cakap ni sebab hak arwah pak nagah dan hak anak-anak dia. Ayah tak mahu sebab tamak kita, akan membawah susahnya kita kat akhirat kelak. Ingat ye ayah tak mahu seplepas ayah tak ada kamu bergaduh sesame sendiri kerana tak puas hati.”Apa yang diperkatakan oleh Haji Mohd Noh ada benarnya. Yang sebetulnya rumah pusaka Imam Hassan diwaris kan kepada dua orang anak lelaki beliau. Mana kala adik-beradik perempuan nya sudah diberi bahagianyang  lain.

“Kenapa ayah tak bahagi-bahagikan sorang sikit tanah tu, ikut faraid kan senang”

“Untuk dibahagi-bahagi tanah yang tak seberapa rasanya tak berbaloi..sedikit sangat seorang dapat..nanti tanah tu akan terbiar.  Ayah rasa lebih baik dijual pada yang berkehendak, biar diushakan tanah sekangkang kera tu..kalau dah jadi hak dia tentu dia sayang kalau tanah tu terbiar sahaja. Jadi sementara ayah masih ada ni ayah nak jual pada sesiapa yang nak. Ayah dah tetapkan harganya. Sesiapa yang nak nanti ayah terus tukar nama keatas namanya. Hak itu tak boleh lagi dipertikaikan dikemuadan hari.”.

Melihat anak-anak dan menantunya tidak berbunyi Haji Mohd Noh menyambung kata-katanya.

“Kamu semua setuju tak kalau rumah dan tanah ni ayah jual”.

“Kalau rumah ni ayah jual… ayah dan mak ngah nanti nak duduk mana?”

“Ayah minta ihsan siapa yang beli rumah ni benarkan kami duduk sini sampai akhir hayat kami”.

“Kalau yang beli kami adik beradik boleh lah yah, tapi kalau yang beli orang luar..macam mana? Mereka beli tentunak duduk..kalau ayah bayar sewa mungkin boleh..tapi ada ke pembeli yang sanggup buat macam tu..beli rumah kemudian disewakan, dia sendiri duduk juga rumah sewa..”.

“Ayah tak akan jual pada orang luar..ayah memang nak kamu adik beradik yang beli..dan sampai bila-bila pun ayah harap tanah dan tapak rumah ni jangan dijual pada orang luar.Ini sahaja lah tanah warisan Imam Hassah datuk kamu semua jadi biarlah kita warisi sampai bila-bila.”

“Ohh jadi kamilah yang akan membelinya”.

“Ya..kamu anak-anak ayah dan anak-anak arwah pak ngah sahaja..tapi ayah tanyakan dulu pada anak ayah..anak-anak mak ngah biar Muaz  yang tanyakan guna telefon boleh Muaz. Tapi kalau boleh cepat sikit sebab ayah nak cepat selesai dan nak cepat dapat duitnya”.

““In Syaa Allah boleh tapi kenapa ayah nak cepat, ayah nak pergi mana-mana ke? Nak pergi Umrah ke dengan duit tu.”.

“Tidak juga tapi  bila tenguk arwah Nassir..ayah rasa ayah perlu bersiap sedia juga. Dia yang berpuluh tahu lebih muda dari ayah boleh pergi dulu apatah ayah yang dah melebihi umur Rasullalh.Tapi ayah redha kalau ayah pun Allah nak cukupkan umur ayah. Sebelum ayah sakit dan meyusahkan orang nak menjaga ayah, lebih baik ayah sihat-sihat ni Allah ambil. Ayah tak mahu menyusahkan anak-anak dan isteri ayah.”

“Kenapa ayah cakap macam tu yah.Walaupun kami dah ada keluarga sendiri tapi kami masih perlukan ayah membimbing kami yah”.

“Ayah dah tua sangat..umur Rasullah pun hanya sampai 63tahu sahaja, ni ayah dah 77 tahun berapa tahun dah Allah bagi bonus kata ayah..Ok pasal rumah ni agaknya siapa yang nak beli. Sofia ke Fadzil ke”.

“Gary rasa Gary tak nak, sebab Gary dah ada rumah kat Penang,  tak kan nak bayar sampai dua rumah, kereta lagi nak makan apa kami nanti”.

“Sofea?”.

“Bang!Abang nak ke” Sofea bertanya kepada suaminya disebelahnya.

“Yah kami rasa pun tak nak, susah nak uruskan bisnes kami kalau kami duduk sini. Lagi pun tentu Umi dan Abi tak kasi..saya ni anak yang tua kena tenguk hal Umi dan Abi.”.

“Berapa ribu ayah nak jual rumah dan tanah pusaka tu”.

“Ayah dah Tanya harga pasaran…RM 200.00 ribu.”.

“Nak bayar terus ke yah”.

“Kalau boleh macam tulah..senang ayah nak bahagi-bahagikan duit tu, tapi kalau tak boleh tiga kali bayar pun boleh, tapi ayah akan dulukan pada sesiapa yang boleh bayar penuh”.

Dalam mesyuarat itu semua anak-anak Haji Mohd Noh tidak mahu kerana sudah mempunyai rumah sendiri termasuklah adik beradik Muaz.Untuk memudahkan datuknya Uwais menyanggupi untuk membeli rumah berserta tanah pusaka datuknya.Lima bulan selepas itu selesai urusan jual belinya biar pun dia terpaksa membuat pinjaman peribadi dari bank dan juga meminjam sedikit wang simpanan mamanya Emil.

“Uwais walaupun Uwais dah beli rumah dan tanah ni akut harap benarkanlah kami duduk sampai Allah mengambil nyawa kami”.

“Tuk jangan cakap macam tu tuk..sampai bila-bila pun abang benarkan atuk dengan nenek duduk rumah ni. Abang pun bukan selalu ada kat sini.Abang hanya nak senangkan atuk sahaja”.

“Terima kasih bang..” mendengar ucapan terima kasih datuknya Uwais bangun dam memeluk datuknya dia sedeh dengan ucapan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh datuk.

“Tuk jangan cakap terima kasih pada abang tuk..abang yang patut ucapkan terima kasih pada atuk”.Itulah cara Haji Mohd Noh mengelakkan perebutan harta pusaka di kemudian hari. Bila mana dia sudah tidak ada didunia lagi.

Duit jualan rumah dan tanah pusaka itu dibahagi mengikut Faraid oleh Haji Mohd Noh kepada semua anak-anaknya dan anak tirinya merangkap  anak abangnya juga. Namun untuk bahagian abangnya Haji mohd Noh memberi satu pertiga bahagian sahaja kerana dikira dari kos pembaikkanrumah  yang ditanggung olehnya seratus peratus. Kini setelah diberi penama sahlah rumah dan tanah pusaka itu adalah hak mutlak Uwais.

Panggilan Uwais kali ini terasa sangat serius suaranya pada pendengaran Sofiah dihujung talian.

“Is kau ok ke Is..”

“Pian aku tengah serabutlah Pian kalau aku cerita dengan kau boleh tak Pian”.

“Ehh kau ni Is sejak bila pulak kau tak boleh nak cerita dengan aku. Kau jangan anggap aku lain. Aku tetap aku walau pun aku dah kahwin, walau apa keadaan aku dankau kita tetap sahabat dan adik beradik dari didunia sampai akhirt. Kalau kau ada masaalah cakap sahaja dengan aku, kalau boleh aku tolong In Syaa Allah aku tolong. Aku pun macam tu juga, kalau aku ada masaalah jangan kau tak nak tolong pula sekurang-kurang kau tolong  dengar masaalah aku pun jadilah.. janji tau Is.”.

“Ialah aku cerita lah ni..Ok macam ni. Aku nak cerita pasal mama”.

“Kenapa dengan mama kita, dia ada masaalah ke”.

“Entahlah masaalah pada dia kut..Macam ni…Tiga  hari lepas nenek aku datang tanyakan mama, dia nak mama nikah balik dengan papa aku..kau rasa macam mana Pian”.

“Kalau mama setuju apa salahnya”.

“Tapi ayah meninggal tak sampai pun setahun..kau tak rasa mama keji ke kalau dia nikah balik”.

“Apa pula nak fikir macam tu. Kan mama dah lepas waktu Iddah dia dah hamper 8 bulan ayah pergi..pada aku tak salah”.

“Memang waktu Iddah dia dah habis tapi orang tak mengata ke mama cepat sangat nikah lepas kematian arwah ayah.”.

“Nafsu manusia ni tak kira tua kemuda dan tak kira lelaki atau pun perempuan. Pada aku yang dah pergi biarkan dia pergi, kita yang hidup ni teruskalah kehidupan kita. Setiap yang hidup ni ada fitrahnya. Fitrah nak hidup berpasangan makan dan minum, jadi kita  teruskalah fitrah tu. Kalau mama kata nak nikah tak ada salahnyakan”.

“Aku rasa kalau pasal nafsu..orang perempuan ni akan boleh menahan nafsunya, dan mama aku rasa dia boleh menahan nafsunya. Tapi yang aku kesiankan nenek aku. Dia kata dia rasa bersalah sangat pada papa aku kerana pisahkan papa dan mama aku. Sedangkan papa memang sayangkan mama. Dia kata sebelum dia meninggal dia nak tenguk mama nikah balik pada papa. Dia tak nak mati dengan rasa bersalah pada papa aku”.

“Oh jadi papa kau nak tak lagi dengan mama..ialah kadang orang ni tak suka bekas orang..ahh pandai lah aku kan”.

“Aku rasa papa tak kisah..tapi yang aku takut orang akan mengata mama gatal, dahlah dia dah tua, baru kehilangan ayah dan aku pula sekejap lagi dah naik kapal. Kalau dia dengar orang mengata dia tentu dia sedeh, aku kesian dia sendirian, nanti dia sedeh sorang-sorang. Aku nak Tanya pendapat kau ni sebab kau orang adik beradik boleh lah bagi sokongan kalau mama sedeh nanti.”.


“Allah Is.. kalau nak fikir apa orang kata memang tak kan habis biar pun sampai kiamat. Yang sebenarnya apa cerita dengan mama ni. Dia dah setuju ke nak nikah?jadinya bila?”.

“Yang sebetulnya mama macam berat nak terima papa aku balik, dia tak boleh nak menerima apa yang papa aku dah buat pada dia dulu.Tapi yang aku nampak papa aku memang masih sayangkan mama. Hari tu nenek aku cerita sebab apa papa bercerai denan emak tiri aku..sebab papa tak boleh nak lupakan mama”.

“Oh ye ke..tapikalau dah mama tak mahu,  macam mana. Kita tak boleh nak buat apa kalau dah tuan badan sendiri tak mahu”.

“Itu yang aku call kau..kalau boleh kau bagi jalan macam mana nak pujuk mama. Aku kan Pian teringin mama dan papa aku duduk serumah balik. Aku teringin nak kahwin diraikan dengan papa dan mama dalam ikatan sah. Aku tak mahu diraikan oleh papa dan mama yang  tiada ikatan, nanti mereka kekok mengadap para jemputan.”

“Oh itu sebabnya kau tak nak nikah lagi”.

“Tapi taklah sebab itu sahaja..memang aku belum ada calon.. belum jumpa lagilah Pian”

“mana nak jumpa kalau kau tak cari”.

“Kalau mama dan papa aku bersatu kembali aku akan cari Pian.Lagi satu yang aku bimbangkan”.

“Apa yang kau bimbangkan lagi Is”.

“Bila atuk dah meninggal ni aku tenguk nenek ngah aku tu macam tak bersemangat sahaja.Kau tahu hari-hari dia pergi kubur, aku takut apa-apa terjadi pada dia, nanti mama nak duduk mana kalau aku tak ada kat rumah.Takkan nak duduk dengan pak long aku. Walaupun mereka sepupu dan adik beradik tiri tapi mereka bukan mahram, nanti mereka kekok duduk serumah.”.

“Aku nak saja mama duduk dengan aku, tapi  dia masih mengajar..macam mana Is kami nak tolong. Hari tu kak lang dan abang Yusof kata dia dah minta tukar kampong kita, tapi tak lulus-lulus lagi”. Kak lang merupakan anak  nombor tiga arwah cikgu Nassir bekerja sebagai kerani disebuah sekolah kerajaan mana kala suaminya pula bertugas sebangai pegawai bomba. Mereka sudah memohon perpindahan kerana mahu duduk di Pengklalan Hulu untuk menjaga rumah pusaka tinggalan arwah cikgu Nassir.

“Entahlah Pian. Aku rasa macam aku nak berhenti  kerja,  cari kerja apa-apalah kat kampong kita. Tapi ialah duit simpanan aku dah kosong..aku korek semua bayar duit rumah hari tu. Aku nak bayar duit mama lagi. Yang paling penting nak bayar pinjaman bank. Kalau bertangguh makin berganda hutang aku. Interest bank ni tinggi betul kalau buat pinjaman peribadi. Aku harapkan aku dapat langsaikan hutang bank dala masa tiga bulan ni..tapi kalau mama nak  nikah dengan papa selesai masalah aku.”.

“Kau jangan pertaruhkan bahagia mama dengan masaalah kita. Aku takut kalau memang mama dah tak boleh nak maafkan papa kau,  kemudian kita paksa juga merana dia nanti, kesian mama”.

“Tulah pasal kadang-kadang aku mementingkan perasaan aku dari perasaan mamakan, tapi yang sebenarnya aku nak keluarga aku bersatu semula. Aku mengharapkan ada kebahagian papa aku bahagia dihari tuanya... Cuba kau pujukkan mama mana tahu dengan kau dia lembut hati ”.

“Sekarang aku Nampak kau memeng lebih sayangkan papa kau. Kenapa kau sendiri tak nak pujuk mama.”

“Aku tak nak nanti mama kata aku lebih sayangkan papa dari dia. Langsung terbantu semuanya. Pian! aku memang teringin sangat duduk sebumbung dengan mama dan papa macam keluarga orang lain”.





“Kau memanglah sah dah tak ada, tapi aku keduanya masih ada tercongok depan mata, tapi tak boleh nak sama-sama sebab mereka dah jadi ornag lain. Aku selalu bayangkan Pian kalau aku ada jodoh..macam mana dia orang nak menyambut tetamu kalau keadaan mereka macam tu. Bila aku fikir rasa macam malas aku nak ‘mencari’ Pian”.Kedengaran seperi orang kecewa pula Uwais dihujung talinan.Keadaan sunyi seketika bila Sofian mendengar lagi suara lemah Uwais.

“Aku kadang rasa macam tak bersemagat bila mengenangkan keadaan mama dan papa aku Pian”.

“Sabarlah Is, ini namanya dugaan..Is!  Tapi yang sebnarnya aku rasa bersyukur sangat dapat jadi anak mama..mama seorang yang sangat memahami anak-anak, aku pun tanya pada semua abang dan kakak aku, mereka pun kata tak menyesal bemamakan Emil Atilia walaupun pada mula nya mereka takut juga bila kau kata dulu mama kau garang.”

“Kau tak pernah kenal rapat dengan papa aku, papa aku pun baik, tak banyak cakap tak pernah nak marah orang, tapi kenapa didugha macam ni. Betul kata kau inilah dugaan Allah. Sepatutnya kita redha dengan apa yang ditentukan untuk kita. Entahl lah Pian aku nak cuba satukan papa dan mama kalau masih ada keserasian antara mereka lagi..aku rasa tak senang nak naik kapal lusa ni”.

“Kau jagan bimbang Is, kau pergilah kerja. Tapi berhati-hati lah, kerja  kau bahaya kalau kat tak berhati-hati, hal mama biar aku yang uruskan pandailah aku. Aku janji balik kau bulan depan papa kau dah siap sedia dengan borang nikah sekali lagi dengan mama kita”.

“Kau tak kisah ke kalau mama nikah lagi sedangkan ayah meninggal belum lagi setahun”.

Sunday, 2 November 2014

Bab 55 Tidak ku tahu kasih bermula






            Dua bulan setelah pemergian Haji Mohd Noh, Emil dikunjungi oleh bekas emak mertuanya Hajah Rabiah sekali lagi, tetapi yang membawanya datang adalah Uwais. Bila mendengar suara wanita memberi salam Hajjah NorIza menjenguk luar.

“Walaikumsalam..ehh kak hajjah masuklah”.

“Akak datang ni nak jumpa Emil..Emil ada”.

“Ada kat dalam  entah apa dibutnya kat dapur tu”.Kemudian Hajjah NorIza mengadapkan wajahnya kearah dapur dan mmemanggil anak tirinya.

“Mel emak Latif datang ni”. Bila nama nya diseru Emil menjengukkan wajah keruang tamu.

“Ehh emak..dengan siapa mak datang”.

“Dengan Uwais Mel”.

“Ehh abang katanya dia nak diduduk kat rumah emak  dua tiga  hari sebelum naik kapal”. Ketika itu Uwais masih diluar rumah membelek keretanya. 
“Emak yang minta tolong dengan Uwais ni..memang dah lama mak berhajat nak datang sini, tapi tak ada siapa nak bawa, sampai arwahnya pergi. Kebetulan Uwais ada ni mak minta tolong bawakan emak nak jumpa kamu Mel.”.

“Ehh kenapa emak nak jumpa Emil mak?”. Mendengar  perkataan bekas emak mertua Emil Hajjah NorIza meminta diri untuk memberi ruang Hajjah Rabiah memperkatakan apa yang terkandung didalam hatinya. Mungkin juga Hajjah Rabiah mahu meminta maaf diatas perkara yang dulu.

“Duduk dululah kak Yah saya kedapur dulu”.

“Tak payah susah-susah Iza..duduklah sini teman kan Emil ni”.

“Tak apa nenek ngah..nenek ngah duduklah biar abang yang buat air”.Ketika itu Uwais muncul diambang pintu masuk dia menawarkan diri untuk menyediakan minuman untuk mereka minum bersama. Uwis menuju kedapur menyiapkan hidangan.

“Abang tengukkan sekali cucur bawang mama tu dalam kuali ye..mama tengah buat cucur bawang tu bang. ” Kemudian Emil mengadapkan mukanya memandang makngahnya

“Emil tenguk ada baki sos mak ngah lebih tahlil hari tu, teringin pula nak makan cucur bawang mak ngah”.

“Elok lah tu, sos tu pun dah lama terletak sahaja atas meja. Kalau tak dicicah dengan apa-apa nanti membazir sahaja. Biasanya Uwais yang suka sos tu.”.

“Iza akak datang ni memang ada hajat, akak nak minta Emil untuk Latif. Harapnya Iza tak keberatan melepaskan Emil ye”. Tampa membuang masa terus sahaja disampai hajat hati Hajjah Rabiah. Tercengang-cengang Emil dan Hajjah NorIza mendengar permintaan Hajjah Rabiah emak siLatif. Tampa basa basi terus sahaja keperkara yang bersarang dikepalanya, seperti tidak sabar-sabar ingin diluahkan. Bila melihat dua wanita dihadapanya terpinga-pinga mendengar apa yang diluahkan Hajjah Rabiah meneruskan lagi misinya.

“Mak minta sungguh-sungguh dengan kamu Mel.. balik lah pada Latif. Mel emak ni dah tua Mel..emak dengan arwah ayah kamu emak lagi tua dua tahun..dia dah pergi. Tak mustahil tak lama lagi giliran emak pula. Jadi sebelum emak mati mak minta tolong sangat pada kamu..kamu duduklah dengan Latif semula.. nikah dengan dia ye”. Dengan wajah yang sedeh dan suara yang sayu Hajjah Rabiah meminta bekas menantunya bernikah semula dengan anaknya.

“Tak apa lah mak biar dia cari jodohnya yang lain mak. Kami memang dah tak ada jodoh..Emil redha macam ni mak.”. Bila Emil sudah memahami apa yang mahu disampaikan oleh bekas emak mertuanya barulah Emil dapat menbjawab.

“Dia memang tak nak dengan orang lain Mel..dia masih sayang kan kamu. Sebab yang dulu tu emak yang salah..emak yang paksa dia, emak ugut dia jadi anak derhaka kalau tak ikut suruhan emak. Emak ambil kesempatan diatas taatnya dia pada emak Mel. Emak minta maaf kerana emak pentingkan diri sendiri pentingkan kebahagiaan emak sendiri. Emak tak terfikir deritanya anak menantu, emak betul-betul minta maaf Mel. Emak merayu pada Emil sebelum emak menutup mata terimalah Latif semula..tolong ye Mel”. Merayu-rayu Hajjah Rabiah menagih kasih dari bekas menantu untuk anak lelaki tunggalnya. Tetapi itulah hati seorang ibu yang samggup merendahkan egonya demi untuk  kebahagian anaknya.
(Tak masuk dalam cerita, ada tak emak yang macam  Hajjah Rabiah ni, bila rasa dia yang bersalah)

“Mak Emil tak boleh nak tunaikan permintaan emak. Arwah suami Emil pergi belum pun setahun”.

“Tapi kamu dah lepas masa Iddah kamu Mel rasanya tak salah kalau kamu nikah lagi. Kalau sebab anak-anak Latif, kamu jadi berat nak terima Latif semula, emak rela jaga anak-anak Latif yang tiga orang tu. Kamu ajaklah Latif duduk sini”. Ketiga-tiga orang   anak cikgu Latif masih lagi belajar yang tua baru sahaja menghabiskan kursus nya di Universiti Kebangsaan Bagi Selangor dalam bidang Akautan. Yang nombor dua sedang mengikuti latihan kejururawatan di Alor Star Kedah manakala yang kecil sudah di tingkatan empat tetapi dia duduk di asrama.

“Entah lah mak..Emil berat hati bukan sebab anak-anak..tapi sebab hati  mak. Biarlah kami macam ni.”

“Mel! tolonglah emak Mel sekali ini sahaja emak minta tolong dengan kamu Mel. Mak rasa berdosa dengan kamu dan Latif..mak minta maaf Mel”. Hajjah NorIza hanya menjadi pemerhati dan pendengar perbinbcagan dua wanita yang pernah mempunyai hubungan menantu dan mentua.

“Mak!  Emil tak pernah dendam dengan mak. Kalau mak nak minta maaf.. Emil maafkan, tapi rasanya  emak tak pernah ada salah dengan Emil. Yang sebetulnya Emil lah yang banyak bersalah dengan emak sebab sepanjang Emil menjadi menantu emak dulu, Emil yang tak menjadi menantu yang baik, itu sebabnya emak buat macam tu..maafkan Emil mak:”  Keadaan jadi sunyi mendengar jawapan dari Emil...boleh dia mengaku kesalahanya dihadapan bekas emak meruanya. Muncul pula Uwais menatang dulang dengan seteko air teh o dan sepinggan cucur bawang dan tiga biji cawan.

“Jemput minum kak Hajjah. Ni tentu sedap anak bujang yang buat”. Basa basi Hajjah NorIza yang mahu menceriakan hati tetamu dihadapannya, bila melihat wajah itu keruh dengan jawapan tidak pasti bekas menantu, hanya sedikit sahaja Hajjah Rabiah menjamah hidangan yang disediakan oleh cucu bujangnya.  Lepas itu dia meminta diri. Bila mendengar neneknya meminta diri Uwais mengamit mamanya masuk kedapur.

“Ma! abang baru makan seketul ma..”.

“Ni kan bayank ni, bawalah balik rumah nenek ..kalau abang tak bawa mama yang makan sorang, mahu jadi buntal mama ni. Nenek ngah tu bukanya makan banyak.”

“Ialah memang abang minta mama bungkuskan..abang tak puas makan lagi nenek dah ajak balik..Ma! dengan sos nya sekali ye ma..”.

“Ialah..ialah”. Emil menuruti kehendak anak bunjangnya. 

           Siap berbungkus Uwais keruang tamu, rupanya neneknya sudah menunggunya diluar rumah ditemani oleh nenek ngahnya. Nampaknya mereka masih berbual. Bila melihat Uwais muncul diambang pintu cepat sahaja dia menyalami Hajjah NorIza dan minta diri untuk pulang. Didalam kereta Hajjah Rabiah meluahkan apa yang terkandung didalam hatinya.

“Bang, abang boleh tolong nenek tak”.

“Nak tolong apa nek, kalau abang boleh tolong abang akan cuba tolong”.

“Nenek minta tolong abang pujukkan mama abang nikah balik dengan papa abang”.

“Kenapa nek, mama tak nak rujuk balik dengan papa ke?” Tadi Uwais sibuk didapur menyudahkan cucur bawang yang dimasak oleh mamanya. Dia tidak mendengar apa yang dibincangkan diruang tamu.

“Entahlah tapi nampak tadi macam mama berat nak terima permintaan nenek.”

“Dah mama berat hati nak buat macam mana nek..kalau dipaksa juga susah juga nanti”.

“Tapi nenek berharap sangat mama abang balik pada papa abang. Abang bukan tak tahu papa masih sayangkan mama abang tu. Abang nak tahu sebab papa bercerai dengan makcik Zila..sebab papa tak boleh nak lupakan mama abang. Ini satu pengajaran pada nenek bang, jodoh yang nenek paksa tak menjadi bila dalam hati papa memang sayangkan pilihan hatinya.”

“Dulu kenapa papa nikah dengan makcik Zila”.

“Itu semua nenek yang salah bang. Nenek yang paksa papa..nenek cakap kalau papa tak ikut cakap nenek dia akan jadi anak derhaka..itu yang dia ikut cakap nenek nikah dengan makcik Zila. Masa tu nenek marah sangat kat mama abang.. Lama nenek pendam rasa marah nenek pada mama abang sejak mereka baru nikah lagi nenek dah marah. Ilah dulu mama abang tak suka balik jenguk nenek. Nenek rindu suara riuh anak cucu tapi mama abang walaupun dekat nak datang jenguk nenek seminggu sekali pun susah. Tapi sekarang nenek sedar seorang isteri untuk suami bukan untuk emak mertua.  Tetapi jika seorang isteri itu boleh menerima emak mertua itu adalah bonos yang diberi oleh Allah kepada keluarga mertua. Tetapi semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri..abang kena ingat tu”. Bagi Uwais tidak berapa memahami apa yang disampaikan oleh neneknya mungkin ada cerita lain disebalik kata-kata  ‘semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri’..

“Abang tak faham maksud ‘semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri’”.

“Bang semua yang Allah beri pada kita adalah ganjaran ..kadang-kadang didunia lagi Allah dah bagi kita ganjaran tak kiralah ganjaran baik atau ganjaran buruk. Setelah lama nenek berfikir tentang diri nenek ni, nenek baru tersedar. Sebab apa mama tak nak balik kampong duduk kampong sama nenek dalam erti kata lain tak mahu jaga nenek..sebab nenek pun macam tu juga dulu. Dulu nenek tak mahu jaga emak mertua nenek yang sakit nyanyuk. Puas juga atuk abang merayu minta jagakan emak dia yang dah uszur. Bukan susah pun bang, atuk sanggup sediakan orang gaji  untuk jaga moyang abang. Yang diperlukan hanya dia duduk serumah dengan nenek sahaja, tapi masa tu nenek berkeras tak mahu. Akhir nya moyang abang duduk dengan sepupu arwah atuk abang dikampungnya, sehingga dia meninggal. Sekarang nenek insaf sangat perbuatan nenek Allah balas didunia lagi. Nenek menyesal kerana mensia-siakan emak mertua nenek.. sedang emak mertua sama tarafnya  macam emak sendiri. Bukan mama sahaja yang tak nak jaga nenek..mak cik Zila sebelum dia bercerai dengan papa abang pun dah ada bunga-bunga tak menghormati nenek dan melawan cakap nenek”.

“Terima kasih nek kerana cerita dengan abang perkara macam ni. Ini pengalaman nenek menjadi pengajaran pada abang”.

“Tapi sekarang dengan dosa nenek ni melibatkan papa abang pula. Nenek kesian dengan papa abang.. dia masih muda, kalau nenek meninggal nanti dia tak ada siapa yang nak jaga makan minum dia, tak ada teman kat rumah.  Tak sepatutnya dia terima balasan macam tu kerana kesalahan nenek. Yang sebetulnya papa abang anak yang baik, anak yang mendengar kata, anak yang patuh pada suruhan emaknya, tapi nenek dah ambil kesempatan diatas kebaikan dan kepatuhanya pada nenek. Kalau boleh sebelum nenek menutup mata, nenek nak pulangkan orang yang papa sayang kepangkuanya semula..Nenek minta tolong abang pujukkan mama abang..tolong ye bang.”

Setelah mendengar cerita neneknya siang tadi kepala Uwais mula bekerja keras mencari  jalan untuk memujuk mamanya pulang kepangkuan papanya. Sudah sering kali dia mendengar pengakuan papanya yang masih sayangkan mamanya. Tapi apa yang boleh dia buat kalau mama sendiri susah melupakan apa yang telah dilakukan oleh papanya pada dirinya dulu. Hatinya sungguh tercalar dengan tidakkan papanya yang bernikah senyap-senyap seakan dirinya ditipu. Sesungguh memang sangat sakit bila suami mencuri kerelaan dalam bermadu. Uwais mengharapkan sebelum dia naik kekapal semula, dia boleh menyelesaikan masaalahnya namun dia buntu. Tiba-tiba dia teringatkan sahabatnya merangkap saudara tirinya Sofian.

“Hallooo Asalamualaikum bro..apa khabar dah nak bertambah ahli keluarga ke?”.

“Waalaikumsalam..belum ada rezeki lagi lah bro..kau apa khabar, cuti kau sampai bila ni”.

“Lusa aku dah nak naik kapal Pian.”

“Kau kat mana ni kat rumah mama ke kat rumah papa kau”.

“Kat rumah akulah”.

“Oh terlupa aku kau dah ada rumah”.

Tiga hari selepas pengkebumian Cikgu Nassir, Hajji Mohd Noh mengambil keputusan untuk menjual rumah pusaka yang diduduki kepada semua anak-anaknya.

“Anak-anak ayah, sementara kamu semua ni berkumpul ayah rasa, ayah nak buat satu pengumuman. Bagi pihak Emil ayah dah Tanya dia kata dia wakilkan Uwais bagi pehak dia. Lagi pun dia siang-siang hari kata dia tak mampu.”.

“Pengumuman apa yah”.

Maaf ye malam ni hanya sampai disini sahaja. Siang tadi kehulu kehilir dengan anak perempuan mak teh nan seorang tu. Dia nak beli barang ayahnya tak kasi pergi sorang..jadi mak teh lah jadi bodyguard dia.

Saturday, 1 November 2014

Bab 54 Tidak ku tahu kasih bermula



14 hari setelah pemergian cikgu Nasir mengadap Ilahi, Emil berpindah kerumah ayahnya Haji Mohd Noh. Biar pun anak-anak tirinya menyuruhnya agar dia tetap tinggal dirumah peninggalan arwah ayah mereka.

“Ma duduklah sini ma..rumah ni kosong juga kalau mama tak duduk”.

“Tak apalah mama nak duduk dengan atuk, senang mama nak pergi sekolah. Lagi pun kat rumah ni mama akan duduk sorang, nanti mama asyik teringatkan ayah sahaja”.

“Habis rumah ni”.

“Siapa  yang paling dekat dialah yang bertanggung jawab menjenguk rumah ni, atau alang sahaja tukar kerja kat sini. Walau apa pun angah sebagai anak lelaki tua, uruskan apa-apa berkitan dengan arwah ayah. Bincang dengan adik beradik elok-elok siapa yang nak duduk rumah ni. Lagi satu tanyakan pada kawan-kawan arwah ayah,  ada tak arwah ayah berhutang dengan mereka, kalau ada jelas kan segera. Ini duit sedekah yang diorang bagi kita, bayarkan dengan duit ni. Yang selebihnya kalau ada bahagian harta yang nak dibahagi-bahagi, angah bahagilah dengan adik-beradik dengan adil ye ngah. Buku bank semuanya ada, mama letakkan dalam almari baju ayah. Mama tak payah nak kira”.

“Jangan macam tu ma, mamakan isteri ayah”.

“Tak apa, mamakan kerja, mama hanya nak tanggung diri sendiri..mama sorang berapa ringgitlah sangat mama nak guna duit. Kamu semua sekarang sedang membina keluarga, banyak nak pakai duit”.  Mereka adik-beradik sepakat, kereta yang masih berbaki setahun sahaja lagi pembayaranya diserahkan kepada Emil. Ini juga untuk kemudahan Emil kesekolah. Tetapi Emil juga tidak mahu.

“Ma janganlah macam ni ma..tak ada satu pun barang untuk dijadikan kenangan mama pada ayah”.

“Apa pula tak ada..ayah dah bagi mama empat orang anak untuk mama. Kamu semua mahram mama sampai akhirat  cukup bermakna untuk mama. Anak mama dah ada lima orang sejak mama nikah dengan ayah. Kereta tu kalau kamu semua nak bagi mama..mama ambil dan mama bagi pada alang..dalam kamu empat beradik alang yang belum ada kereta. Nanti senang dia nak pergi jenguk suaminya.”  Aisyah Humairah masih belum mendapat pertukaran tempat bekerja untuk mengikuti suaminya kerana mereka baru sahaja sah menjadi suami isteri.

“Habis mama nak pergi sekolah naik apa”.

“Pakai kereta abang..lagi pun kereta abang tu nak kena panaskan juga injinya”.

“Tak kan abang tak nak berjalan atau nak duduk rumah papa abang..”

“Kalau abang pergi rumah papa dia, mama pinjam kereta atuk atau pun kereta  MYVI pak long Muaz”. Setelah Emil memulangkan semula kereta PREVE ayahnya. Muaz yang mengambil kereta MYVI Haji Mohd Noh dengan menyambung bayaran ansuran kereta itu. Tamat perbincagan Emil mengemasi barangannya.  Sedang  Emil berkemas anak-anak tirinya seorang demi seorang masuk didalam bilik tidurnya. Menemani dan menolong apa yang patut, sambil itu  sempat juga mereka berbual-bual..’

“Ma! Ayah kata mama nak hantar surat pencen sama dengan ayah, mama dah hantar. Tapi mama kan masih boleh mengajar umur mama pun baru 50 tahun ada 10 tahun lagi mama mengajar sebelum bersara wajib, kenapa mama nak pencen juga.”.

“Ayah yang nak kami pencen sama-sama, dia kata kalau dia pencen sorang dia tak ada kawan kat rumah..tapi mama pun suka pencen, dah 25 tahun mama mengajar ngah..mama cadang nak menikmati waktu berpencen ni dengan berjalan-jalan. Mama cakap juga dengan ayah sebelum majlis adik dengan alang hari tu. Itu yang ayah bercadang nak pergi Umrah”.

“Mama dah hantar lah surat pencen tu”.

“Belum lagi, ingatkan balik cuti ni nak hantar sama dengan ayah. Kami buat surat tu pun masa sibuk-sibuk buat majlis adik dengan alang hari tu. Masih tak siap sepenuhnya lagi surat tu. Tapi sekarang ni rasanya mama tak jadi pencenlah ngah”..Sayu suara Emil menceritakan kegiatan terakhirnya bersama arwah suaminya.

“Kenapa ma..mama takut tak cukup duit belanje ke?”.

“Bukan tak cukup duit belanja.. mama pun dah tak ada tanggungan. Lagi pun Uwais pun bagi mama duit setiap bulan. Tapi kalau mama pencen… ayah  dah tak ada, nanti mama sorang-sorang duduk rumah..baik mama mengajar ada juga teman mama bercakap kat sekolah tu. Balik sekolah kan dah penat, mama taklah  teringatkan ayah sangat”. Tahun itu merupakan tahun terakhir bagi cikgu Nassir mengajar. Umurnya  akan mengijak ke usia 60 tahun. Dijangkakan dia berpencen wajib diakhir tahun itu. Walaupun Emil masih boleh mengajar 10 tahun lagi namun dia meminta isterinya berpencen sekali bersama nya.

“Sayang  meh  kita pencen sama-sama Yang. Nanti kalau abang pencen sorang abang tak ada kawan duduk kat rumah ni. Jemu pula rasanya tunggu sayang balik mengajar.” Emil mengikuti saranan suaminya untuk bersara awal. Biar pun umurnya baru mencecah 50 tahun. Mereka sama-sama menulis surat untuk bersara.

Sudah enam bulan pemergian Cikgu Nassir. Emil yang menetap bersama ayah dan emak tirinya meneruskan kerjayanya sebagai guru. Hubungan nya dengan empat orang anak tiri tetap akrab. Jika ada waktu cuti dia akan dikunjungi oleh mereka. Emil juga sudah mendaftarkan upah haji untuk arwah suami dan arwah isteri suaminya dengan pencen suami yang diterimanya. Ketika anak suaminya yang bergelar angah mengunjunginya setelah arwah ayahnya pergi..

“Asalamualaikum ma..minta maaf ma baru dapat jenguk mama”.

“Walaikumsalam, tak apa ngah mama tahu angah dan Ikin sibuk dengan kerja dengan sikecik ni lagi. Dah lima bulan cucu nenek. Montelnya..Fauzan  dah makan ke Ikin montel betul. Geram nenek”. Emil mendukung cucu anak lelaki tua arwah suaminya sambil mencium-cium pipi si kecil bertubi-tubi.

“Dah ma nurse kata baby lima bulan dah boleh bagi makan.”

Mereka berbual-bual diruang tamu disertai dengan haji Mohd Noh sekali. Lama juga Amad Salman dirumah Haji Mohd Noh. Sudah makan tengahari dan solat zohor berjemaah, dia memohon diri. Sebelum beransur Emil menyampaikan niatnya.

 “Ngah! Mama dah kumpulkan duit pencen arwah ayah ni, angah uruskan, kalau ada masa pergi daftarkan upah haji arwah ayah dan arwah ibu angah sekali ye”. Ketika itu tampa malu angah meluru kearah ibu tirinya dan memeluk sambil menangis.

“Mama!!..”

“Tak apa ngah, hanya ini yang mampu mama buat untuk arwah berdua. Lagi pun  mama hanya nak menyampaikan cita-cita ayah,  kami kan bercadang nak pergi Umrah lepas pencen nanti”.

“Sepatutnya duit tu duit mama..untuk arwah ayah dan ibu  nanti kami adik beradik urus kan ma”.

“Tak apa ngah, adik beradik banyak duit nak digunakan, mama ni dah tak ada siapa yang mama nak tanggung. Yang mama bagi ni duit pencen ayah, mama tak tokok pun dengan duit gaji mama.”. Tertunai haji untuk arwah cikgu Mohd Nassir dan arwah isterinya tahun itu.

Sudah menjadi hukum alam dan janji Allah kepada setiap makhluk ciptanNya. Setiap yang hidup pasti mati..pada Usia muda atau tua. Mati tetap akan kita tempuhi.  Bagaimana dan dimana kita  menempuh kematian itu semua urusan Allah. Begitu lah putaran alam ini. Baru enam bulan Emil merasai kehilangan orang yang paling hampir  denganya kini dia kehilangan lagi. Tampa tanda tampa ingatan Haji Mohd Noh menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pagi itu selepas solat subuh…

“Nor! Uda nak baring sekejap ye..Uda rasa letih pula hari ni”. Sememangnya kedengaran lemah suara Haji Mohd Noh walau bagaimana pun tunai sudah solat subuh yang diimaminya. Bila melihat suaminya mula membaringkan diri  disejadahnya dia ditegur oleh isterinya.

“Ehh kenapa Uda baring kat situ baringlah dalam bilik De, selesa sikit...”.Lemah juga kedengaran suara isterinya, kerana dia demam sudah seminggu baru nak kebah.Tadinya solat subuhnya ditunaikan dalam keadaan duduk sahaja.

“Bang tolong atuk masuk bilik”.

“Tak apa bang, atuk memang nak baring kat sini sahaja senang nanti... Abang pergi tolong mama kat dapur.” Uwais mengikuti saranan datuknya, dia mengekori langkah mamanya kedapur. Hajjah NorIza kebiliknya  mengambilkan sebiji bantal untuk suaminya. Kedengaran dua beranak berbincang untuk makan pagi mereka.
“Mama nak masak apa pagi ni”.

“Mama nak masak bubur untuk  atuk dan nenek. Atuk tu pun sejak nenek demam, dia pun tak lalu nak makan. Untuk kita, kita  masak lain abang nak masak apa”.

“Masak cucur tepung  perencah ayam ma..abang nak cicah dengan asam pedas ayam yang mama buat semalam..ni asam pedas ni ada lagi ni”. Sedang mereka bercakap-cakap kedengaran suara Hajjh NorIza meminta pertolongan.

(Cucur tepung perencah ayam ni mak teh ubah suai..yang sebetulnya resepi cucur udang tapi mak teh tukar udang digantikan dengan dada ayang yang dipotong kecil-kecil).

“Emil! Abang!!..datang sini Mel tolong mak ngah Emil!!”. Yang sebenarnya..ketika Hajjah NorIza menghapiri suaminya kerana mahu memberi nya bantal kelihatannya dada suaminya berombak deras. Bila dihampiri desahan nafas suaminya agak kuat dan dia seperti tercungap-cungap.  Suara cemas Hajah NorIza membawa kaki Emil dan Uwais berlari dari dapur keruang solat mereka. Dilihat dada ayahnya berombak deras.

“Mel call Muaz cepat Mel. Bang bacakan Syahadah kat telihnga atuk bang. Uda ikut  De..” Uwais  memabcakan Syahadah ketelinga datuknya perlahan dan teratur suaya datuknya dapat mengikuti apa yang diucapkan. Kelihatannya  Haji Mohd Noh menggerakkan bibirnya mengikuti apa yang dibisikkan ditelinganya.

“Sebut Allah De..Allah..Allah”.Dada Haji Mohd Noh yang berombak deras makin lama makin perlahan pergerakanya. Dahi nya merenek peluh dan ketika itu Muaz sampai hanya berkain pelikat dan berbaju Melayu.

“Mak..kenapa dengan ayah mak”.

“Ajar ayah baca syahadah Muaz cepat”. Muaz mendekat dan membisikkan Syahadah ketelinga ayah saudara merangkap ayah tirinya juga. Bila sudah tiada pergerakkan didadanya Muaz mula memeriksa pernafasan ayah tirinya. Jari telunjuknya didekatkan kehidung ayahnya.

“Mak rasanya ayah dah tak ada mak”.Mendengar kata-kata Muaz, Emil dihujung kaki ayahnya mula teresak.

“Ma sabarlah ma..tak baik menangisi sesuatu milik Allah ma..Semuanya milik Allah, kita hanya peminjam, kalau Allah nak ambil redhakan sahaja”.  Uwais menyabarkan mamanya.

“Rasanya baru sangat ayah pergi ni atuk pula bang”.

“Sabar ma..tu dugaan mama, kalau mama sabar dan redha mama dapat pahala. Kerana mama tak menafikan hak  Allah.”

Muaz bingung, Emil bingung, Hajjah NorIza juga bingung…tidak tahu apa yang mahu dilakukan dulu.

“Bang apa kita nak buat ni bang”.Tanya Muaz pada anak buahnya yang juga termangu. Pemergian Haji Mohd Noh memang tidak dijangka itu yang mereka rasa sangat tidak percaya. Yang demam berhari-hari adalah isterinya tetapi yang pergi suaminya pula tetapi itulah percaturan Allah.

“Nanti abang cuba call Pian”. Uwais menekan nombor sahabat baiknya.

“Helo Assalamulaikum Pian!!..aku ni Uwais”.

“Kenapa Is, pagi lagi kau call..kau ingat aku tak bangun subuh ke?”. Sofian yang tidak tahu apa yang menimpa sahabatnya mula bergurau. Sememang itu kebiasaan mereka jika dapat berhubung atau pun bertembung.

“Pian! atuk aku meninggal.. apa nak buat”.

“Haa..Bila atuk kau meninggal tak dengar dia sakit pun”.

“Ni baru sekejap ni tak sampai pun 10 minit..tapi aku tak tahu nak buat apa”.

“Pertama sekali kau kena bagi tahu pihak hospital untuk mengesahkan kematiannya. Nanti diaorang datang buat pengesahan.
Kedua, kau kena buat repot kat balai polis, bawa sekali surat yang pihak hospital bagi. .
Ketiga, kau kena bagi tahu orang surau. Kau Tanya pak long kau, dia ada masuk mana-mana kairat kematian tak, nanti diorang akan sediakan semuaya untuk menguruskan jenazah. Dan yang last jangan lupa call papa kau. Diakan kecik hati masa ayah meninggal kita tak bagi tahu dia”. Uwais memberi tahu pak longnya apa yang diberi tahu oleh Sofian tadi. Hajjah NorIza pula bila dirinya sudah di alam nyata barulah meminta Emil menghubungi adik-adiknya..

“Mel call adik-adik Emil bagi tahu”.

“Baik mak ngah.” Kemudian Emil menghubungi semua orang yang bersangkutan dengan Haji Mohd Noh. Termasuklah anak-anak Hajjah NorIza. Hajjah NorIza pula mula menyusun segala perabut untuk memudahkahkan para penziarah untuk menzirahi jenazah suaminya. Melihat emak tirinya berkerja keras Emil melarang.

“Mak ngah dah lah tu nanti Uwais yang buat, demam  mak ngah  baru baik, nanti demam semula dah lah pergi dudu dekat ayah bacakan Yassin atau sekurang-kurang bacakan surah Al-Ikhlas untuk ayah. Tu ayah pun tak bertutup lagi. Mak ngah ada kain batik lepas ke?kat mana biar Emil ambilkan”.

“Ia tak ia pula Mel..hati bingugng sampai tak tahu apa yang kita buat. Nanti mak ngah ambil”.  Hajjah NorIza kebilik mengambil kain batik lepasnya. Lama dia didalam bilik sehingga Emil mencarinya. Rupanya dia sedang menahan menangis. Diurutnya dada berulang kali. Melihat keadaan emak tirinya Emil meluru dan memeluk lalu menyabarkan tetapi dia juga turut menangis.

“Tak sangka ye Mel ayah dah tak ada..agaknya teruk sangat ayah jaga mak nagh demam ye Mel”.

“Sabarlah mak ngah..janganlah menangisi yang telah pergi. Ayah pergi bukan teruk jaga mak ngah demam dia pergi sebab janjinya dah sampai mak ngah. Jangan menangis ye..kalau mak ngah menangis Emil ikut menangis.”.

“Mak ngah tak nak menangis tapi air mata ni tak nak berhenti keluar Mel. Mungkin dah lama sangat air mata mak ngah ni tak keluar itu yang banyak sangat, tak boleh nak berhenti Mel”. Bergoyang badan dua wanita yang menahan sebak kerana ditinggalkan. Mereka redha dan tidak meratap pada yang telah pergi namun sedih yang menderu tidak mampu membendung air mata dari keluar.

Tersebar sahaja pemergian Haji Mohd Noh ketelinga jiran tengga dan juga kenalannya menderu mereka datang berziarah.Tidak ketinggalan cikgu Latif bersama emaknya Puan Rabiah.Yang sebenarnya yang wajib bagi setiap umat Islam menziarahi orang sakit dan orang meninggal. Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Kewajipan orang Islam kepada orang Islam yang lain ada lima perkara:  menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin.

Puan Rabiah mendatangi Emil dibilik ayahnya. Kelihatan Emil husyuk membaca Yassin. Perlahan Puan Rabiah menghapiri lalu duduk dihadapan Emil. Bila Emil mengangkat wajah kelihatan wajah sembab bekas menantu kerana menangis.

“Ehh emak..dah lama mak sampai?” Emil melepaskan buku Yassin kecil kepangkuanya lalu menghulur tangan bersalaman dan mencium tangan bekas ibu mertuanya. Tidak kira apa setatus kita pada yang lebih tua, mereka wajib dihoirmati. Biar pun yang menhulur salam itu adalah musuh kita, itu adalah adat orang Melayu. Yang tua perlu dihormati. Tetapi Emil tidak menganggap bekas ibu mertuanya adalah musuhnya.

“Baru saja..tunggu Latif habiskan waktu dia mengajar...itu yang lambat sikit. Sabar ye Mel”.

“Terima kasih mak”.

“Bila nak kebumi?”

“Mugkin lepas zohor..nak tunggu kejap kalau ada adik-adik saya sampai ..kalau lepas zohor tak sampai juga Muaz kata nak terus kebumi saja”.

“Eloklah tu tak elok tunggu lama sangat kesian arwahnya”.

“Sambunglah Ngaji..mak nak keluar cari emak tiri kamu”.Emil meneruskan bacaan Yassinnya.

Seperti yang dirancang selepas waktu Zohor jenazah Haji Mohd Noh diusung keperkuburan. Semua anak-anak dan anak-anak tiri almarhum pulang untuk menziarahinya buat kali terakhir. Hanya Syukri tidak dapat pulang kerana isterinya tidak dapat bercuti segera kerana kekurangan kakitagan ditempat kerjanya.

Dalam perjalanan pulang Hajjah Rabiah menyuarakan apa yang ada dihatinya.

“Tif yang mana satu suami Emil tak nampak pun, yang mak tenguk dia asyik berkepit sahaja dengan Uwais dan adiknya Gary sahaja.

“Suami Emilkan dah meninggal. Baru enam bulan lepas”.

“Ia ke..kamu tak pergi ke masa dia meinggal..mak tak dengar pun kamu pergi masa dia meninggal..kalau kamu bagi tahu mak, nakjuga mak pergi ziarah”.

“Abang terlupa nak bagi tahu, dah selesai kebumi baru dia call saya”.

“kesian Emil..kuat juga dia tu emak tenguk..”.