~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday, 3 October 2014

Bab 44 Tidak ku tahu kasih bermula.






“Abang  datang ni pun takut tak sempat jumpa papa sebelum abang  pergi..seminggu tu bukanya lama..bila  sibuk-sibuk buat persipan sedar-sedar dah sampai waktunya kan pa”.

“Betullah tu. Abang dapat kursus apa?”.

“Fizik pa…abang ingat nak jadi jurutera”.

“Tak apa belajar lah dulu nanti boleh tukar kursus rasanya. In Syaa Allah papa minta cuti minggu depan hantar abang pergi KL.”

“Tak payahlah pa, abang pergi sekali dengan ayah Nassir dan mama untuk  hantar Pian. Pendaftaran Pian di UiTM Shah Alam minggu depan ni tapi abang minggu lagi satunya.”.

“Oh Pian daftar seminggu lebih awal dari abang. Habis takkan  mama dan ayah Nasir nak tunggu sampai masa abang buat pendaftaran”.

“Taklah abang abang tumpang rumah pak ngah Syukri seminggu.Ayah dengan mama baliklah selepas Pian selesai buat pendaftaran..kan mama dengan ayah kena mengajar.. bukan waktu cuti sekolah.



 “Siapa pula yang akan bawa abang mendaftar kat UIA tu”.

“Pak nagh Syukri..mama dah minta tolong dengan dia hari tu”.

“Rasa macam susahkan Pak ngah Syukri pula..Biar lah papa yang hantar..papa ambil cuti”.

“Tak payah lah pa..tak kan papa nak ambil cuti..nanti adik-adik susah nak pergi sekolah, mereka tu masih kecil lagi. Abang dah besar. Lagi pun kata pak ngah rumah dia dekat sahaja dengan UIA kat Petaling Jaya tu, dekat juga dengan tempat kerja mak ngah Nuri, Papa jangan bimbang ye”.

“Abang tak apa ke..masa pendaftaran tak ada mama atau papa”.


“Tak apa lah pa, abang pun dah besar bukanya budak darjah satu atau pun tadika yang nak kena tunggu bila masuk sekolah. Abang yang minta macam tu, abang nak berdikari..jadi tak payahlah papa ambil cuti. Cikgu pun bukan boleh ambil cuti sewenang-wenangnya kan pa”.

Ohh anakku yang sudah matang fikiranya, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi jika mereka masih suami isteri mungkinkah mereka akan membiar kan anaknya terkotang kanting sendiri dihari bersejarah mereka. Hari permulaan mereka menempuh cabaran sebagai pelajar Universiti..TENTU TIDAK,  mereka tentu akan menemaninya hingga selesai, tidak kiralah berapa umur mereka. Ada rasa terkilan dihati Abdul Latif sebenarnya. Dia menukar cerita untuk menutupi rasa terkilannya.

Sedang berbual  Nur Fazila muncul menatang dulang. Cekap sahaja dia mendengar perkakataan MAMA yang dituturkan oleh suami dan anak tirinya. Dan perkataan mama itu menusuk kejantung hatinya lalu memarakkan api cemburu yang sentiasa berbara didalam hatinya. Sambil dia meletak piring dan cawan di atas meja, sambil dia menjeling tajam kearah anak tirinya. Dia mengharapkan perbuatanya dapat dilihat dan difahami oleh Uwais yang kebetulan sedang memandang kearahnya juga. Sememangnya Uwais faham dengan tingkah emak tirinya. Cikgu Abdul Latif tidak menyedari perlakuan isterinya meneruskan bualanya. Setelah menyiapkan hidangan dan menuang air kedalam cawan. Dia berlalu kedapur sekali lagi jelingan tajam dihadiahkan buat anak tirinya.

“Minum bang..Emm..Pian buat diploma ke bang masuk UiTM tu”.

“Tak dia masuk UiTM untuk persediaan belajar keluar negara. Dia dapat buat Medic kat Jordan.”


            Setelah menghabiskan secawan teh o dan sekeping biskut,  Uwais memohon diri untuk pulang. Kerana pandang emak tirinya tadi Uwais jadi tidak betah untuk duduk lama dirumah papanya. Dia tahu emak tirinya tidak menyenangi kehadirian dirinya..

“Pa! abang dah nak balik lah ni”. Uwais mula bangun dan menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan papanya.

“Ehh cepatnya..abang tak tidur sini ke?” Abdul Latif rasa terkilan mendengar penyataan anaknya. Rasanya banyak lagi bualan mereka yang mahu dibualkan.. tapi anaknya sudah mahu beransur pulang. Yang sebenarnya Abdul Latif rasa senang untuk berbual dengan Uwais kerana dia sudah remaja..sedangkan anak-anak yang didepan mata masih dibawah umur.

“Taklah pa..itu sebabnya abang pakai kereta atuk, memang abang nak datang sekejap saja..nak jumpa papa sebelum abang pergi UIA minggu depan. Abang niat sebelum abang pergi Petaling Jaya, abang nak tolong pak long habiskan kereta yang ada, kemudian abang pun nak cari barang apa yang nak dibawa nanti”. Dengan berat Abdul Latif menghulurkan tangan untuk disalami dan dicium oleh anak yang akan pergi belajar tidak lama lagi.

“Belajar elok-elok ye bang…solat jangan tinggal. Ni abang akan duduk kat Petaling Jaya.. bandar besar tu bang, banyak cabaranya.. perkara yang tak elok pun banyak kat sana. Ingat jaga kelakuan. Abang dah mula bergaul dengan kawan berbagai ragam, jadi hati-hati .. jangan selalu sangat keluar berjalan-jalan… ingat mama yang susah payah didik abang jadi manusia yang berguna ye bang..papa ni…”.  Abdul Latif tidak dapat meneruskan kata-katanya di merasa sebak..tiba-tiba air matanya mahu menyerbu keluar sahaja..dia menunduk menyembunyikan air matanya yang mula terbit ditubir mata.

“In Syaa Allah abang ingat pa..papa jangan bimbang dan jangan sedeh, abang akan jaga diri abang dan berusha membanggakan hati papa dan mama”. Mereka berpelukkan dengan doa dan janji dihati masing-masing. Bagi Abdul Latif mendoakan kejayaan dan keselamatan anaknya. Bagi Uwais pula mendoakan kebahagian dan kemurahan rezeki papanya. Seperti kebiasaan sampai dimuka pintu Abdul Latif mengeluarkan beg duitnya..

“Bang ambillah ni papa bagi duit belanja sikit”. Abdul Latif mengeluarkan beberapa keping not RM 50 untuk anak sulongnya.

“Tak payahlah pa abang dah ada duit ni..tenguk ni (Uwais pula mengeluarkan beg duitnya dari poket belakang seluarnya)..ni duit kerja abang. Yang ni pak long kata baru bagi suku..sebab abang kata nak beli barang dia bagi duit ni tadi..yang tiga suku lagi dia masukkan dalam buku bank  abang. Yang hari tu masih ada lagi tapi abang simpan kat rumah, ingatkan abang nak guna yang dia bagi hari tu. Tadi bila abang kata nak beli barang abang pak long bagi lagi. Dia kata takut abang tak cukup duit. Entahlah pak long tu mudah sangat dia bagi duit kat abang. Itu sebabnya pak long tu murah rezeki kan pa..dia tu mudah sangat tolong orang pa. Bukan dengan abang saja dengan pekerja dia yang lain dia pun macam tu”.

“Memang pak long abang tu baik orangnya, papa tenguk  dia pun baik dengan emak ayahnya. Dia contoh yang baik bang.. dia selalu tolong orang dan baik pada emak ayahnya  tenguklah  Allah murahkan rezeki dia.”

 “In Syaa Allah pa, abang pun nak jadi macam pak long. Ni  abang nak masukkan sikit kat buku bank abang esok, Pak long pesan jangan bawa wang tunai banyak sangat.. bahaya orang tengah ramai kemudian kita masih tak kenal-kawan-kawan kita. Lagi pun setiap kolej akan disedikan tempat nak keluarkan duit mudah sangat kita nak keluarkan duit..memang macam tu ke pa..”. 
“Haah memang macam tulah..untuk kemudahan para pelajar”. Kemudian Uwais mengeluarkan duit gajinya untuk di tunjukkan duit gaji hasil kerja  dibengkel dan juga hasil gaji  menjadi guru tuition anak-anak Muaz. Ada seribu ringgit semuanya.

“Wahh banyaknya pak long bagi gaji kat abang”.

“Kerja bengkel dengan jadi guru tuition pa. Ingat nak belanja papa duit gaji pertama abang ni..tapi nantilah ye pa..kalau abang dah ada kerja tetap esok abang akan belanja papa dengan adik-adik.”.

“Masa ni tak payah belanja papa dengan adik-adik abang. Duit ni simpan untuk kegunaan abang belajar. Abang duduk jauh, papa atau mama susah nak jenguk abang. Papa tunggu gaji bila abang dah jadi jurutera. Belajar rajin-rajin ye bang. Bang! papa dengar kalau masa faundition ni kita dapat pointer 3.5 keatas nanti masa belajar  kat Universiti kita dapat biasiswa JPA jadi tak payahlah kita buat pinjaman PTPTN.”

“Ye ke pa..macam tu abang kena belajar bersungguh-sungguh lah..abang nak cuba dapatkan biasiswa JPA tu”.

“Eloklah tu..Berapa pak long bagi gaji abang sebulan?” Didalam hati Abdul Latif bersyukur dengan kemurahan hati Muaz yang membantu anaknya mencari duit belanja sebelum dia menyambung pelajarannya.

“Dia bagi seribu setengah sebulan...ni dia longgok baru  bagi abang. Abang yang minta dia buat macam tu..jadi tak payahlah papa bagi abang duit lagi. Duit mama pun abang tak ambil..lagi pun masa belajar nanti kita orang akan diberi biasiswa juga pa”.

Tetapi perbualan itu tidak didengari oleh Zila..dia terus masuk kebiliknya bila melihat suaminya mengeluarkan beg duitnya. Entah mengapa hatinya jadi sakit bila melihat tangan suamiya membuka beg duitnya tadi.  Pulang sahaja Uwais mula Zila menarik suaminya masuk kedalam bilik.Dia mahu mengeluarkan rasa tidak puashatinya yang memang sudah lama bersarang dihatinya.

“Bang!!abang ni dengan mudah sahaja nak bagi Uwais tu duit..Zila ni puaslah berjimat cermat untuk mencukupkan duit belanja kita, ni abang senang-senang bagi duit kat dia. Hari tu dia datang kan abang dah bagi dia duit..ni abang bagi lagi dia duit.”

“Kenapa dengan Zila ni..dia kan anak abang dia nak pergi belajar..apa salahnya kalau abang bagi duit belanja sikit”.

“Kenapa abang tak pernah nak nampak kebaikan Zila..selama ni tak pernah Zila minta duit poket  untuk Zila, sebab Zila tahu gaji abang hanya cukup untuk makan dan pakai kita sahaja. Zila sanggup bersusah payah pergi Ipoh berjualan kat gerai untuk mencari duit Zila sendiri..ni abang senang-senang nak bagi Uwais duit. Macam tu mana adil.  Dia bukannya susah atau terdesak..mamanya kerja biarlah mamanya yang tanggung perbelanjaan dia,  mama dia  bukanya ada tanggunan lain, hanya Uwais sorang sahaja. Tak macam abang  anak tiga, emak lagi yang abang kena tanggung. Lagi pun ayah tirinya kan cikgu, takkan dia tak bagi..dah ambil mamanya tentu dia kena tanggung  anaknya sekali”.

Panjang lebar Zila menceceh memarahi suaminya. Pandai pula dia berkata ‘sudah ambil mamanya tentu dia ambil anaknya sekali’..tapi dia.. sudah diambil papanya kenapa rasa keberatan untuk menerima anaknya pula. Itulah manusia yang selalunya ‘kuman diseberang nampak dimata tetapi gajah yang teguh didepan mata tak nampak pula’.

“Zilaa Uwais tu anak abang, selagi umurnya belum mencapai 21 tahun dia masih dibawah tanggung jawab abang. Abang memang wajib tanggung dia dari segi makan, pakai dan perbelanjaan untuk pelajaran dia. Tak macam Emil dia hanya mama pada Uwais..Kalau dia rela nak bagi bolehlah bagi, kalau  dia tak bagi pun tak apa..tapi abang ni WAJIB. Wajib ertinya tak boleh tidak, faham tak Zila… beza tanggung jawab ayah dengan ibu terhadap anaknya”.

“Tanggung jawab tu tanggung jawablah tapi berpada-padalah..ni Zila ni tanggung jawab abang juga…anak-anak yang tiga orang tu tanggung jawab abang juga kenapa abang tak beratkan..”.

“Selama ni abang tak bertanggung jawab pada Zila dan anak-anak kita  ke..tak cukup makan ke Zila dan anak-anak selama ni”.

“Mana pernah abang bagi duit poket pada Zila”.

“Zila tak pandang ke, abang ni kerja sebagai apa..berapa gaji abang sebulan.. hanya banyak tu yang abang mampu abang bagi. Tapi abang rasa selama ni tak pernah pula orang-orang yang dibawah tanggungan abang  merempat dan kebuluran tak dapat makan atau bertelanjang kerana tak  ada baju nak pakai. Bab Zila ke Ipoh cari duit poket Zila itu diatas kehendak Zila sendiri abang tak pernah suruh Zila pergi cari duit. Yang sepatutnya tak payah lah Zila nak cari duit.. bersyukurlah dengan rezeki yang dah Allah bagi pada kita.”.

“Hanya setakat makan pakai sahaja yang abang mampu..Zila ni sesekali nak juga duit poket..duit untuk kegunaan sendiri. Memang abang tak adil pada kami selama ni.. Uwais abang mewah-mewahkan anak-anak kat sini abang bagi ala kadar sahaja”.

“Mana abang memewahkan Uwais, abang bagi dia duit kalau dia datang sini sahaja, makan pakainya atas ihsan orang sahaja selama ni. Ihsan ayah tiri dia. Abang hanya bertwakkal pada Allah supaya murah rezeki Uwais dan orang rasa senang hati bila bergaul dengan Uwais”.

“Yang abang nak sedeh-sedeh bila sebut hal Uwais kenapa?? Mama dia kan bekerja..tak kan anak sorang tak boleh nak bagi makan. Atas ihsan ayah tiri apanya”.Balas Zila.  Abdul Latif bangun dari birai katil menuju kepintu..dia mahu keluar dari bilik mereka..Malas mahu bertekak pada orang tidak mahu faham apa yang di sampaikan. Tentang kewajipan seorang ayah dan seorang ibu keatas anak-anaknya.

“Bang!!!” jerit Zila marah bila melihat suaminya bangun menuju kepintu.

“Dah lah Zila malas abang nak cakap kalau Zila tak faham apa yang abang cakapkan..”. Zila memandag langkah suaminya dengan, perasaan yang masih mendungkul geram.

            Itulah akibat  perceraian ada sesetengah orang dapat menerima anak segera dari pasangan masing-masing, ada yang tak boleh. Kalau kita yang berpendapatan sederhana duit gaji pun cukup-cukup,  macam mana nak dibahagi-bahagi duit gaji pada anak yang berlainan rumah.


Thursday, 2 October 2014

Bab 43 Tidak ku tahu kasih bermula.








Sedang dia tertelek-telek dirinya dalam pantulan cermin, pintu biliknya dibuka dari luar.Biar pun dia sedang membelek diri namun ketika suaminya masuk tadi dia tidak nampak suaminya teruja untuk melihat dirinya yang pada matanya dirinya sudah begitu sempurna.Mana tak sempurna kulitnya sudah semakin cerah badannya juga sudah lama langsing. Bila memandang sikap suaminya yang bersahaja, denagn rasa kecewa Zila melangkah lalu dia duduk dibirai katil.Dia  memerhati suaminya yang membuka baju sembahyangnya dan menyangkut kedalam almari baju mereka.

“Bang!! Tak cantik ke  Zila ni kat mata abang?”.

“Hai semacam sahaja pertanyaan Zila ni kenapa??”.

“Taklah dari mula kita kahwin sampai sekarang rasanya abang tak pernah nak pandang Zila dengan mata abang tu.”.

“Habis  selama ni abang pandang Zila dengan apa?? Zila nampak ada mata lain selain yang kat muka abang ni.”.

“Taklah..tapi dari dulu lagi abang macam tak suka nak berbual dengan Zila..Zila ni abang biarkan sahaja..abang asyik ajar anak. Dahlah kalau waktu sekolah setengah hari abang kat sekolah. Ni abang dah kat rumah abang pun tak nampak Zila ni kan”.

“ Habis Zila nak  abang buat macam mana. Zila nak abang tenung Zila saja ke.. baru Zila rasa abang pandang Zila. Habis siapa nak ajar anak-anak. Zilaa anak-anak nak kena ajar.. kalau tak jangan lah mengharap dia jadi pandai dengan sendiri..”.

“Tak lah… tapi abang tak pernah nak berbual dengan Zila..cuba abang ingat sejak abang balik dari sekolah tadi, berapa perkataan yang abang tanya Zila.Kita ni macam orang asing sahaja..tak ada perbualan. Kenapa abang macam tak macam suami orang lain yang ada cerita nak cerita dengan isterinya. Suami orang lain tu banyak sahaja tajuk yang nak diceritaka pada isterinya”.

“Habis kalau asyik nak berbual siapa pula yang nak ajar anak-anak. Zila bukanya nak tolong ajar anak. Anak-anak ni kalau tak dibantu belajar macam mana nak pandai”.

“Mana Zila pandai nak ajar anak-anak, lagi pun abang kan papa diaorang abanglah yang kena ajar. Dahlah tu.. kalau tak ajar anak abang  right buku murid pulak..masa abang memang tak pernah ada untuk Zila”.

“Zila abang ni cikgu..memang masa mengajar sampai pukul dua petang sahaja.. tapi kerja abang sampai esok pagi tak habis..dah habis mengajar abang kena semak kerja diaorang pula. Kemudian nak kena sediakan apa yang nak diajar esok.”

“Tak boleh ke abang buat masa kat sekolah sahaja”.

“Bila abang buat kat sekolah abang kena balik lambat. Dulu abang semak buku murid kat sekolah Zila menyungut, sebab abang selalu balik lambat..ni abang bawa balik kat rumah pun Zila menyungut. Habis abang nak buat macam mana..Kenapa Zila tak dapat nak terima kerja abang..kenapa Zila tak boleh memahami kerja abang. Zila mengadu dengan emak, emak bising dengan abang… jadi abang nak buat macam mana.”

“Ialah..dah lah abang asyik kat sekolah sahaja, bila balik abang mengadap anak pula.. Zila ni macam tak pernah  ada depan mata abang”.

“ Dah berapa kali abang cakap..anak- anak kena di tenguk pelajaranya. Kita ni sebagai emak ayah kena membantu anak-anak belajar kat rumah.. kalau nak anak kita pandai. Kita  tak boleh nak harapkan cikgu yang mengajar kat sekolah sahaja..”.

“Zila bukan nak  banyak masa abang..tapi cubalah abang bagi sikit sahaja masa supaya kita dapat berbual. Zila teringin menjadi isteri seperti isteri ornag lain yang bersama-sama suaminya. Ni abang selalu biarkan Zila sorang-sorang..Zila tak ada kawan nak berbual. Zila ni macam tunggul kayu sahaja pada abang”.

“Kalau tak nak rasa macam tunggul kayu ..Duduk sama-samalah, kita berganding bahu ajar anak..Jadi masa Zila tak adalah terluang dan Zila tak rasa jadi tunggul kayu.”

“Zila mana pandai nak ajar anak..bukan bidang kerja Zila bab ajar mengajar ni”.

“Tak kan nak ajar Sha pun tak pandai..Sha tu baru darjah dua. Takkkan nak ajar Sha mengeja BACA, IKAN dan campur tolak 1 hingga 10 pun Zila tak tahu. Zila tak kenal huruf dan angka ke?..kalau tak kenal huruf dan angka tak boleh ke tolong ajar baca ‘IQRA’”.

“Dahlah bang !!cakap sahaja terus terang yang abang nak kata Zila ni bodoh.. itu sebabnya abang tak mahu nak bercerita dengan Zila..ialah bercerita dengan orang bodoh abang takut nanti lama-lama abang pun jadi bodoh”.Zila mula naik angin, dia mula membentak bila suaminya terus membidas kata-katanya.

“Abang tak kata Zila bodoh..ada Zila dengar abang kata Zila bodoh”.Soal Abdul Latif sambil berpaling tanganya mencapai baju tidurnya. Malas dia memandang wajah isteri yang mula geram yang duduk dibirai katil tidak jauh darinya.Tetapi perbuatanya menambah panas dihati isterinya.

“Dahlah bang..abang benci sangat abang nak pandang Zila ni kan, abang memang tak suka nak pandang Zila..Kalau dah abang tak suka sangat Zila ni buang sahaja dari hidup abang”.Dalam keadaan tenang tadi.. mengapa Zila tiba-tiba naik angin. Anginnya pula sampai meminta dirinya dibuang..nampaknya angin pertengkaran sudah mula bertiup..bahang panas nya sudah mula dirasakan oleh Abdul Latif. Dia merasakan isterinya seperti mahu menghidupkan api pergeseran.

“Dah lah Zila abang dah nak  tidur ni..esok abang nak mengajar, abang nak pergi awal sedikit esok ada perhimpunan pagi..” Esok hari Jumaat perhimpunan pagi akan diadakan setiap hari Jumaat

“Abang!!!!Abang selalu biarkan Zila dengan perasaan yang tak puas hati macam nikan,  kenapa abang selalu mengelak bila bercakap dengan Zila..bodoh sangat ke Zil;a ni sampai abang tak mahu nak melayani Zila bercakap”.

“Zila kenapa nak berperangai macam budak-budak ni”.

“Abang nak kata Zila tak matanglah ni..kalauZila macam budak-budak tak guna abang simpan Zila sebagai isteri..ceraikan sahaja Zila supaya abang senang.. tak payah nak bertanggung jawab dengan isteri yang tak matang ni”.

“Kenapa dengan Zila ni..tadi elok sahaja..tiba-tiba nak marah-marah.. Zila sedar tak apa yang Zila cakap kan tu”.

“Sedar bang sangat sedar..memang dah lama Zila simpan rasa tak puas hati ni. Sebab abang selalu mengelak bila Zila nak bercakap dengan abang. Hati Zila ni tak pernah puas dengan perbuatan abang.”

“Habis Zila nak buat macam mana supaya abang boleh puaskan hati Zila”.

Abdul Latif memandang isterinya yang sudah mula bersuara tinggi.Yang dapat dilakukan hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Jika dilayan perangai tak matang isterinya mahu terlafaz perkataan yang dibenci oleh Allah.Untuk mencari jalan damai Abdul Latif mahu keluar dari bilik. Dia mahu membiarkan isterinya dengan perasaan tidak puas hatinya dengan harapan dia kan sejuk kembali. Sudah dirancang dalam minda nya dia mahu menuju tempat tidurnya..Dan dia tahu dimana tempat tidurnya malam itu. DiKERUSI PANJANG RUNAG TAMU. Itu sudah menjadi kebiasaan sekarang ini, jika Nor Fazila naik angin dia akan mengunci bilik tidurnya sebaik sahaja dia keluar dari bilik.

Entah mengapa Nur Fazila mudah naik angin jika berkata-kata dengannya. Abdul Latif tercari-cari apakah perkataan yang terkeluar dari mulutnya yang menyebabkan isterinya naik angin. Dan perkataannya juga sudah semakin berani sekarang ini Zila sudah seringkali mengucapkan perkataan CERAI kepadanya. Keesokan petangnya pulang dari sekolah isterinya tiada dirumah. Apa yang diberi tahu oleh emaknya Zila kerumah abangnya.  Itu sudah dalam jangkannya malam tadi. Itulah sikap Nur Fazila sekarang yang dengan mudah meninggalkan diri dan anak-anaknya.

“Tif kamu bergaduh dengan Zila ke? Malam tadi pun kamu tidur kat kerusi panjang tu kenapa?”.

“Dah dia kunci pintu..saya ni kalau orang dah tak kasi masuk bilik tak apa saya boleh tidur kat mana yang boleh mak”.

“Bergaduh laki bini ni boleh..tapi jangan dibuat selalu nanti jadi kebiasaan. Cuba elakkan dari bergaduh Tif. Emak pandang sekarang ni kamu berdua selalu sangat bermasam muka. Walaupun emak tak dengar kamu bertengkar, tapi emak tahu dari cara Zila layan kamu. Pagi tadi  dia tak bangun pun solat subuh berjemaah dengan kita..bangun pun bila emak dah siapkan sarapan. Cuba elak kan pergaduhan Tif..kalau kamu yang boleh sabar sabar lah..Kita ni kalau laki bini kena tolak ansur, kalau yang sorang marah yang sorang lagi kena bersabar diamkan diri..tak kiralah kita ni suami atau pun isteri..itulah caranya mengelak dari bertengkar Tif”.

“Ia mak itulah yang saya buat..itu sebabnya saya bawa diri tidur kat kerusi panjang ni..sebab tak nak berlawan kata dengan Zila lah..tapi macam nilah kalau dia marah.. dia lari pergi Ipoh pula..habis saya nak buat macam mana mak”. Hai..keluh Abdul Latif terlepas dari bibirnya. Yang sebenarnya dia tidak suka bercerita dengan emaknya keadaan rumahtangganya, tetapi kadang-kadang dia tidak tahan dengan rasa yang berperang dalam hatinya.

“Kamu cuba pandang anak-anak,  kalau hati tengah marah kesian anak-anak yang akan melihat emak ayahnya bermasam muka… tak mesra satu sama lain..tak nampak sinar kasih sayang..jadi macam mana anak-anak nak mencari kasih sayang dari dua orang emak ayah yang dah macam tak ada rasa kasih lagi dimuka kamu..macam ni kesian anak-anak kena tinggal dek emak dia”.

“Tapi saya nak buat macam mana..semalam tu nak kata gaduh..pada saya macam tu tak lah bergaduh, hanya bertekak sikit sahaja..tapi tak tahulah saya, pada saya sikit pada Zila mungkin besar kot”.

“Apa yan g menyebab kan kamu bertekak dengan dia Tif”.

“Alaah dia kata saya tak hiraukan dia..asyik ajar anak sahaja..emak pun nampakkan balik sekolah dah petang..nak semak kerja sekolah murid, hanya malam sebelum anak-anak tidur saya ajar anak. Kalau tak dia ajar anak-anak macam mana pula anak-anak nak pandai mak.  Nak harap cik gu kat sekolah sahaja pun tak boleh. Mak tahu tak dalam kelas tu lebih dari 20 orang murid mana nak tertenguk kita”.

“Ialah mak faham tu..tapi cubalah kamu bagi masa pada dia Tif..mak pun risau rumah tangga kamu ni sentiasa sahaja berangin..mak tahu kalau dia pergi Ipoh itu tandanya hatinya tengah marah”.

“Mak saya tak nak anak-anak saya tercirir kerana asyik nak melayan dia sahaja mak..jadi biarkan lah dia..pada saya sekarang saya dah tak kisah apa dia nak buat.. buatlah..saya tetap dengan cara saya..saya tak nak memperjudikan nasib anak-anak yang tiga orang tu.”.

“Cuba kamu ajak  sekali dia ajar anak-anak Tif....jadi kamu taklah teruk sangat nak mengajar pelajaran sekolah lagi mengaji lagi..sampai tiga orang. Waktu belajar pun boleh dikurangkan..”.

“Saya dah ajak mak..minta tolong ajarkan Sya..tapi dia tak nak..”

“Ehh..siSya tu kan baru darjah dua takkan dia tak boleh nak ajar??”

“Dia kata dia tak pandai nak mengajar..tu yang dia terasa dirinya bodoh..itu yang menyebabkan kami bertekak tu. Pada saya dia hanya nak mencari alasan sahaja mak..nak cari jalan supaya senang dia nak pergi rumah abang dia..Biarlah mak saya pun dah tak kisah dia ada ke tak ada ke..macam dah biasa dia buat macam ni”.

“Ialah Tif mak tenguk sekarang ni selalu sahaja dia merajuk bawa diri pergi rumah abang dia. Seronok agaknya duduk rumah abang dia tu. Kamu tak risau ke bila Zila selalu pergi rumah abang dia..bukan sehari dua dia kat sana tu..kurang-kurang pun seminggu. Bulan lepas dekat dua minggu dia kat sana kan”. Bulan lepas Zila dapat mengumpul duit untuk membeli produk Aura White untuk memutihkan kulit badannya itulah terpaksa lama sedikit dia bekerja berjualan.

“Seronok mungkin ..biarlah mak. Saya dah tak kisah mak jika itu yang membuatkan dia rasa bahagia”.

“Jangan macam tu Tif, kena tegur sikit..nanti jadi kebiasaan dengan senang dia tinggal kamu Tif. Tif perasan tak,  mak rasa Zila sekarang ni dah lain lah Tif”.

“Lain macam mana mak”.

“Dia dah pandai nak melawan..dia dah pandai tak nak dengar apa yang emak cakap. Dengan kamu pun dia macam tu ke Tif”.

‘Memang macam tulah mak..dia sudah pandai membesarkan dirinya. Mungkinkah seorang isteri akan  berlagak bila dia sudah pandai mencari duit poketnya sendiri’. Tetapi semua kata-katnya hanya bergema didalam hati Abdul Latif sahaja. Dia tidak mahu ibunya tahu mereka sering bertengkar. Abdul Latif tidak mejawap pertanyaan emaknya. Dia hanya memandang emaknya sambil terseyum palsu.  Bagi Puan Rubiah senyuman anaknya yang memberi jawapan. Dia tahu anak lelaki tunggalnya sememangnya tidak suka membuka buruk orang lain. Itu sememangnya sikapnya sedari dahulu.

Didalam hati Puan Rabiah rasa terkilan menantu yang dipilihnya serasa tidak dapat membahagiakan anak lelaki tunggalnya.




                  Rasanya baru semalam keputusan anaknya diraikan kini Abdul Latif menerima satu lagi berita gembira… anaknya telah diterima  masuk ke Universiti Islam Malaysia yang terletak di Gombak Selangor. Uwais akan mejalani Foundationnya disitu. Seminggu sebelum tiba hari pendaftaran  Uwais kerumah papanya. Dia memandu sendiri kereta PREVE datuk Mohd Nohnya.

“Wah..abang  pakai kereta atuk bang..”.

“Haah pa..pak long kata elok pakai kereta atuk sebab abang nak berjalan malam takut kereta Kancil pak long tu meragam”. 


Bagi pula atuk abang pakai kereta dia..percaya dia abang bawa kereta dia malam-malam macam ni".


"Sejak abang dah ada  lessen abang  selalu jadi driver atuk pa..Kalau pergi masjid mesti abang yang bawa kereta. Atuk dah tak berapa awas berjalan waktu malam..tapi abang jadi driver atuk tak ada gaji pa”. Uwais bergurau dengan papanya.

“Wahh abang sekarang ni macam mata duitan pula semua kerja nak ada gaji”.

“Mestilah pa..kata orang, sekarang ni semuanya duit.. berjalan sikit pun nak pakai duit..tapi untuk atuk abang ikhlas jadi driver dia”.

“Eloklah tu..kalau kita buat kerja ikhlas untuk orang tua kita, Allah akan balas kebaikan juga untuk kita. Baik anak papa ni, ikhlaskan hati kita kalau kita tolong orang..kalau tak dapat duit kat dunia ni, kita akan dapat ganjaran yang baik kat akhirat kelak itu yang lebih baik kan bang”.

“Terima kasih pa dengan ingatan papa”.

“Abang dah tak kerja dengan pak long lagi ke bang..itu yang banyak masa jadi driver atuk tu”.

“Tak lah, hanya sesekali sahaja atuk dan nenek ngah pergi masjid dalam seminggu tu mungkin tiga hari atuk pergi masjid, itu yang pak long  suruh abang tolong atuk..kalau malam tu abang ikut atuk pergi masjid abang cutilah ajar kakak dan angah..atuk dah tua pa.. matanya dah tak was sangat jadi pak long takut apa-apa jadi kat atuk dan nenek ngah itu yang dia suruh abang bawakan tu”.


Melihat kedatangan anak tirinya Zila jadi tak senang duduk. Hatinya yang sememangnya ada rasa syak wasangka berbisik-bisik dengan perkara yang menyesakkan minda dan hatinya..perasaan tamak mula berperang dalam hatinya. Dia sudah dapat membayangkan kedatangan anaknya, suami akan menghulur duit diakhir pertemuan mereka. Syaitan mula berbisik ‘penat sahaja kau berkorban mencari duit poket sendiri jadi penjual digerai ..anak dia datang senang-senang sahaja dia bagi duit..bukan sikit tau seminggu kau kerja bertungkus lumus digerai   ‘ itulah kata-kata hatinya yang mula tamakkan duit suaminya. ( tak masuk dalam cerita hanya  mak teh nak Tanya:  adakah hati orang yang macam tu untuk anak suaminya jika nya rasa keterlaluan bagi tahu ye..)

                 Zila kedapur menyiapkan sedikit juadah untuk memyambut kedatangan anak tiri yang tidak dialu-alukan, itu pun setelah disuruh oleh suaminya. Uwais datang selepas waktu Magrib bagi keluarga cikgu Abdul Latif waktu itu sudah lepas waktu makan malam. Uwais berkira-kira sebelum dia datang kerumah papanya..jika dia datang pada waktu siang tentu sahaja papanya berada disekolah dan dia juga sibuk  bekerja dibengkel... sebab itulah dia datang selepas Magrib.

“Zila buatlah air..abang nak minum dengan Uwais ni…abang dah makan bang..”.

“Ehh tak payah lah pa..abang dah makan tadi dengan atuk masa ambil kereta atuk kat rumah dia. Abang datang hanya nak bagi tahu papa, minggu depan abang kena mendaftarkan diri di UIA (Universiti Islam Antara Bangsa)Petaling Jaya. ” Uwais terus sahaja menyatakan tujuan dia datang dihadapan ibu tirinya agar dia tau tujuan kedatanganya. Walaupun mendengar jawapan anak tirinya Nur Fazila tetap meneruskan langkahnya kedapur tampa sebarang kata. Dia teringat dulu ketika dia membantah permintaan suaminya dia dimarahi kerana  anak suaminya berkecil hati dan pulang dengan cepat..


Bab cemburu ni mak teh ada seorang jiran yang mengaku dirinya sangat cemburu bila melihat suaminya berbual atau menegur jiran wanitanya. Itu sebabnya dia tidak keluar rumah kerana bimbang jika dia duduk diluar rumah berbual dengan jiran2 suaminya akan tumpang sekaki. Setelah suaminya meninggal dunia barulah jiran itu berbual bersama kmi masa tulah dia cerita rahsia hatinya. Jadi mak teh bayangkan pada Zila tapi yang dicemburukan oleh Zila adalah duit suaminya dan bekas madunya juga... Adakah cemburu ni satu penyakit hati?.

Wednesday, 1 October 2014

Bab 42 Tidak ku tahu kasih bermula.






Hanya ni yg dapat mak teh postkan..sorry ye ayatnya juga rasa macam tak padat.




“Tak payah pa… abang dah ada duit, (Uwais membuka mulut beg duitnya kelihatan 10 keping not lima puluh) ni haa duit gaji yang pak long bagi.  Tak sangka pak long bagi dua gaji pa, gaji kerja kat bengkel dan gaji untuk mengajar anak-anak dia. Ini baru bagi setengah dari gaji sebulan, yang lainnya dia nak masukkan dalam buku bank abang. Dia bagi ni sebab dia suruh abang beli barang-barang yang nak dibawa masa abang belajar nanti..” Penolakkan pemberian papanya tidak dilihat oleh ibu tirinya kerana dia sudah masuk kebilik mahu menyejukkan hatinya yang panas.

“Ohh..”. terkebil-kebil mata Abdul Latif bila mendengar cerita anaknya. Terdetik dihatinya akan kebaikan hati sepupu bekas isterinya. Sungguh dia mengotakan janjinya kerana tolong ‘menengokkan’ anaknya.

“Ia pa dia cakap macam tu kat abang semalam. Dulu abang ada cakap kat dia, kalau dia nak bagi abang gaji..abang minta dia masukkan duit tu dalam buku bank abang. Pada abang macam tu lagi selamat, kalau duit kat tangan tak terasa kita guna berlebih-lebih pula”.

“Pandai abang..Eloklah macam tu duit simpan, nanti masa pergi belajar dah senang, sebab abang dah ada duit sendiri..duit biasiswa kadang lambat dapatnya. Kalau dah dapat biasiswa jimat-jimat ye”.

“Baik pa.papa jangan bimbangkan abang, pandailah abang jimat”.

“Ni papa bagi sikit untuk tambah-tambah abang kat sana..”.


“Pa..papa kerja sorang, adik-adik nak sekolah juga tak payahlah bagi abang.. betuul… sekarang abang pun dah besar dah pandai cari duit sendiri..papa jangan kecil hati abang tak ambil duit papa ye. Mama pun bagi abang duit juga tapi abang tak ambil pa sebab abang nak guna duit titik peluh abang ni. Lagi pun duit yang papa bagi setiap bulan mama simpan untuk kegunaan abang belajar nanti. Rasa nya duit tu dah lebih dari cukup untuk abang gunakan. Abang dengar tak lama tunggu duit biasiswa kalau kita masuk Metrikulasi, jadi papa jangan risaukan abang. Lepas ni papa tak payahlah bagi abang duit lagi. Duit papa gunakanlah untuk adik-adik..”. Bila Latif tetap menghulur duitnya, Uwais tetap menolaknya dengan lembut itulah yang keluar dari mulut anaknya yang kedengaran sangat ikhlas. Mendengar kata-kata anaknya yang memahami dirinya hati Abdul Latif sangat terharu.Dia bangun memeluk anaknya dengan kemas ada air mata yang bertakung ditubir matanya.

“Maafkan papa bang, kalau papa bertegas dulu, kita tak akan jadi macam ni. Kita takkan duduk berasing-asing rumah dan kita boleh ambil berat antara satu sama lain..maafkan papa bang”.

“Tak apa pa, ini aturan hidup yang Allah bagi pada kita pa.Kita kena redha dengan ketentuannya”.Mendengar jawapan anaknya Latif menarik anaknya dalam pelukannya sekali lagi. Sungguh pandai Emil mendidik anak menjadi dia seorang remaja yang berfikiran matang dan bertimbang rasa.

Setelah kereta kancil anak nya bergerak meninggalkan perkarangan rumah kampungnya, Cikgu Latif mencari isterinya. Dia mahu memberi peringatan kepada isterinya ..mungkin dengan tingkahnya tadi anaknya merasa dirinya tidak disenangi itulah sebabnya anaknya bergesa pulang. Cikgu Latif meninggikan suaranya memanggil isteri yang perlu diajar.

“Zila!!!”.

“Ada apa bang yang terpekik-pekik”.  Zila juga bersuara agak tinggi kerana hatinya juga sedang hangat.

“Zila memang sengajakan cakap macam tu tadi depan Uwais ..kenapa Zila benci sangat dengan dia..”.

“Zila cakap apa bang..pasal makan malam tu ke..tak betul ke sekejap lagi kita nak makan malam..dan memang bukan kebiasaan kita ada minum petang…Zila ni dah emak abang ajar, kalau makan petang nanti semuanya tak lalu nak makan sebab dah kenyang. Abang ni memang suka mencari kesalahan Zila kan..Kalau anak abang yang tu datang mula lah abang nak tinggi suara dengan Zila.. Bencilah macam ni”. Pada Nur Fazila hatinya yang panas menjadi bertambah panas bila didimarahi disebabkan anak tirinya, yang lagi tepat anak suaminya yang bersama Emil.

Melihat keadaan isterinya juga sedang marah cikgu Latif menyabarkan diri dan mengunci mulutnya. Dia berlalu membawa dirinya kedalam bilik tidur mereka. Jika dia sama baran tentu sahaja perang antara mereka akan meletus itulah kebiasaan cik gu Latif. Menyimpan amarahnya.


Petang itu juga Uwais pulang semula kerumah datuk dan neneknya.Biar pun sudah pulang namun hati Zila masih tidak puat hati dengan tingkah suamimnya tadi. Entah mengapa makin meningkat usianya rasa cemburu dihatinya semakin berkembang mekar hingga tidak boleh dibendung lagi. Jika dulu boleh lagi rasa cemburunya ditutupi dengan tingkahnya yang lemah lembut dan mengikut kata tetapi sekarang ini..TIDAK BOLEH. Bertambah tidak boleh jika bersangkutan dengan EMIL janda suaminya atau bekas madunya. Baginya mendengar nama Emil disebut sahaja api cemburu marak menyala.Tahap kepanasan dihatinya mahu mencapai tahap didih.

Untuk memuaskan hatinya dia mengikuti langkah kaki suaminya kedalam bilik. Yang sebenarnya hatinya masih tidak puas bila suaminya melarikan diri ketika dia sedang marah. Dia mahu meluahkan apa yang menjadi bara didalam hatinya.

“Bang!! Berapa kali Zila nak cakap..Zila tak suka Uwais datang sini”.

“Zila dia tu anak abang apa salahnya kalau dia datang sini jumpa abang. Abang ni kan papa dia”.

“Kan dia dah ada ayah tiri. Kenapa yang  dia nak jumpa abang..apa-apa masaalah rujuklah pada ayah tiri dia tu. Kan sama sahaja ayah tiri dengan ayah betul”.

“Kenapa yang Zila benci sangat dengan Uwais tu.Nak berapa kali abang cakap dia tu anak kandung abang…Siapa kata ayah tiri sama dengan ayah kandung?”

“Zila bukan benci dia, tapi Zila nak tolong abang lupakan mama dia. Kalau dia selalu datang sini macam mana abang nak lupakan mama dia kan muka dia tu macam muka mama dia..”.

“Zila! Sama ada Uwais datang sini atau pun tidak, tak ada kena mengena dengan abang boleh melupakan mama dia. Ini soal kenangan, soal hati… Zila.”

“Zila yakin abang dapat melupakan mama dia  kalau abangtak selalu jumpa anak dia tu”.

“Cuba Zila fikir boleh ketika melupakan orang yang pernah tidur sebantal dengan kita”.

“Tapi abangkan dah janji nak lupakan dia..mana janji abang”.

“Bila abang janji macam tu..bila??..dalam mimpi ke..Biar berapa lama pun dan biar apa pun yang  terjadi kenangan abang pada Emil tak mungkin hilang Zila.. itulah kenyataanya”. Abdul Latif tidak terfikir jawapanya menghiris pedih hati isteri yang didepan mata. Cemburu Zila membakar ruang hatinya. Sudah jelas suaminya sememang tidak dapat melupakan bekas isterinya. PANAS..hatinya terbakar dengan kenyataan suaminya.

Untuk meredakan panas dihatinya keesokkan harinya dia keIpoh kerumah abangnya. Sambil dia bekerja di gerai makan, sambil dia menghibur hatinya, sambil juga mengumpul duit. Kali ini kumpulan duitnya sudah di niatkan untuk membeli produk kecantikan yang diberi nama Aura White untuk mencerahkan kulit badanya pula.Dia mahu kelihatan cerah berseri dimata suami. Rupanya kerja bersambil-sambil makin lama makin menjadi kebiasaan pada Zila. Dia mula memudahkan rasa tanggung jawap pada suami dan anak-anak. Dia mula mementingkan diri sendiri. Apabila sudah pandai mencari duit sendiri bertunas pula rasa ego dihati. Dia merasa besar diri kerana dia sudah boleh berdikari.

Bagi Abdul Latif pula ‘sambilan’ isteri menjadi kan dia lali ditinggalkan. Biar pun kadang-kadang hamper dua minggu isterinya meninggalkan dirinya. Begitu juga dengan anak-anaknya, kehilangan ibunya sudah menjadi kebiasaan pada mereka.Kini jika ibu mereka tiada dirumah mereka tidak lagi tercari cari.



Waktu berlalu tidak pernah berhenti. Setiap setiap hari umur insane  menambah. Begitu juga dengan anak-anak Abdul Latif dan NurFazila  anak nya yang tua yang  diberi nama Umar Aziz  sudah masuk ke darjah enam, ini bermakna dia akan menduduki peperiksaan UPSRnya. Dia harus membantu anaknya bersedia dengan peperiksaan besar itu. Manakala anaknya perempuanya yang diberi nama Umairah didarjah empat dan anak yang bungsu nya yang diberi nama Uqasah sudah didarjah dua mereka semua mesti dibantu untuk memastikan pelajaranya betul-betul dapat diterima dengan baik.Walaupun disekolah mereka sudah menerima pelajaran dari guru, namun pemerhatian dirumah harus diteruskan jika mahu anak-anak dapat menerima pelajaran dengan kefahaman yang mantap.

Bagi Abdul Latif, dia menjadikan bekas isterinya contoh. Jika dia mahu anak yang  Berjaya dalam pelajaran mereka mesti dipantau setiap masa. Ini sudah terbukti cara dia mendidik anaknya Ahmad Uwais yang sudah menjadi anak yag cemerlang dalam pelajaran. Bila mengenangkan Uwais  makin gigih Abdul Latif mendidik anak. Namun kegigihan dirinya mengurangkan perhatianya pula pada isteri yang mengharap perhatian dirinya.


            Bagi Zila yang sudah berkerja keras untuk membuatkan suaminya memandang dirinya dengan perasaan kagum, terasa tidak berbaloi bila suaminya bagai tidak menyedari perubahan pada dirinya. Dia merasakan dirinya kian hari kian berubah dari segi warna kulit. Jika dulu suaminya pernah berkata dirinya kelihatan janggal bila kulit mukanya kelihatan putih tetapi tangannya masih hitam seperti iklan terlajak laris tu. Kini setelah dia menggunakan produk Aura Waithe  kulit tanganya kelihatan semakin cerah tapi mengapa perubahan itu tidak disedari oleh suaminya. Atau suaminya sengaja pura-pura tidak melihat perubahan itu.

…. Dia sering bertanya pada dirinya sendiri, adakah  dirinya begitu tidak menarikah dimata suaminya.Itulah pertanyaan yang sering bergena dihatinya.Pertanyaan yang tiada jawapan menjadikan dirinya begitu kecewa. Yang sebenarnya dia ingin sekali mendengar suaminya berkata dirinya cantik dan menwan. Ingin sekali dia mendengar kata-kata sayang dan cinta untuk diri terluah dari bibir suaminya.

….Sudah hampir 13 tahun perkhawinan mereka tidak pernah sekalipun suaminya mengucapkan kata sayang kepadanya.Tetapi yang sebenarnya cikgu Abdul Latif sememangnya begitu. Cik gu Latif seorang yang agak pendiam dan pemalu. Dia meluahkan rasa sayang dengan perbuatan. Padanya jika segala tanggungjawap dan keperluan zahir dan batin sudah disediakan dan dilaksanakan itu sudah cukup menyatakan rasa sayangnya. Dulu ketika bersama Emil dia tidak juga mengatakan sayangnya berulang kali. Tapi jika kita sudah bersama sedari awal kita dapat memahami setiap gerak dan merasai kasihnya walaupun tidak terucap… betulkah begitu.

Entah mengapa sekarang suaminya tidak lagi berlama disekolah. Sebelum  masuknya waktu Magrib suaminya sudah bersiap sedia diruang tamu untuk menunaikan solat Magrib berjemaah bersama emak, anak-anak dan juga dirinya. Kemudian dia akan mengajar anak-anaknya mengaji  selesai mengaji dia akan membantu anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah. Itulah perubahan diri suaminya yang menjadi perhatiannya sejak dia pulang dari Ipoh seminggu yang lalu.

Sejak tadi Zila memerhati suaminya yang sedang mengajari anak-anaknya diruang tamu. Dari mengaji Al-Quran hinggalah kini mereka mengulangkaji  mata pelajaran disekolah. Dari anak lelakinya yang tua hinggalah kepada anak bungsunya semua Abdul Latif sendiri yang mengajarnya. Zila hanya memerhati, padanya.. dia ayah tentulah dia yang wajib mengajari anak-anak. Entah mengapa ada rasa kekok untuk sama membantu anak-anaknya belajar. Lagi pun dirinya tidak dipelawa untuk turut sama mengajari anak-anak mereka. Kalau anda perlukah pelawaan itu..perlukah seorang ibu dipelawa untuk membantu suami mengajari anak-anak jika itu sememangnya anak-anak itu lahir dari rahimnya.

Apa yang ada difikiran Zila… Rupanya dia berada diruang tamu itu bukan berniat untuk membantu suaminya mengajari anak-anak. Dia hanya  mahu mencuri perhatian suaminya.Sejak dia pulag dari Ipoh  selepas solat Isyak sebelum mereka bersiap-siap hendak tidur, dia akan bersungguh dia mempersiapkan diri diri secantiknya. Padanya hanya itu kesempatan yang ada, bila waktu siang suaminya penuh disekolah waktu terluang suaminya hanya waktu itu sahaja. Tetapi alangkah hampanya biar pun sudah lama dia turut berada disitu tidak sekilas pun suaminya menoleh untuk memandang dirinya.Tumpuan nya hanya lah anak-anak yang depan mata.  Untuk memujuk hatinya yang kecewa dibisikkan kata .’ gaya tak berpaling tapi mata menjeling’..dan jelingan itu tidak dilihat dimata kasarnya. Itu aganan Zila. Kemudian dia tersenyum sendiri.

Ohh!! Zila mengapa dia begitu mengharap dirinya dipandang oleh suaminya. Sambil memandang suaminya yang seakan tidak menyedari kehadiran dirinya, akhirnya dia bosan tercatuk seorang seperti tidak dihiaukan. Malas mahu bersama mereka diruang tamu …dia membawa diri menuju kebilik tidurnya. Dengan perasaan hampa Zila kedalam bilik membelek wajah dan membelek dirinya.Dia berdiri dihadapan cermin besar didalam bilik mereka. Cermin panjang setinggi dirinya yang dibeli atas permintaan dua bulan lepas. Hmm dirinya sudah langsing hasil dari diet makannanya. Dia sudah tidak memekan nasi sejak tiga bulan sudah. Walaupun sudah langsing dia masih tidak menjamah nasi kerana mahu mengekalkan kelangsingan dirinya. Yang sebenarnya Zila  cantik orangnya. Dirinya tinggi semampai, berhidung mancung walaupun kulitnya agak gelap sedikit tapi wajahnya ada iras-iras Fauzia Ghaus.