“Kenapa papa call..nak suruh abang balik Melaka ke?”
“Haah..dia kata Natasya dah meninggal”.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ehh baru empat
hari lepas dia call abang, abang kata
suaranya kedengaran ceria..dah meninggal??. Ehh jomlah cepat kita balik
Melaka..anak-anak kita tinggal ye bang”.
“Habis cuti kita macam mana..”
“Tak apalah kita dulukan lah yang perlu kita
dulukan..menziarahi orang meninggal yang
patut kita dulukan. Bercuti ni bila-bila masa pun boleh kita pergi bercuti”.
(Mak teh saja bubuh kalau terasa nak baca bacalah ini
tak termasuk dalam cerita mak teh sebab menziarahi sakit dan orang meninggal sangat besar
pahalanya,)
Adab Menziarahi
Jenazah (daripada pembacaan, pengamatan dan pengalaman): Apabila kita menerima
berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun
tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi
ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)
Mengelakkan bergurau senda dengan rakan-rakan/tetamu
yang hadir semasa berziarah dan tidak digalakkan meninggikan suara ketika
berbual-bual. Ini kerana ia mungkin akan menyinggung perasaan keluarga
tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin
akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka
sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut
perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki
kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”
Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar
membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud,
“Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah
Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT
dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahuwarhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah
dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam
urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan
agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang
ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada
kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli
keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh
jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas
kembalinya ke rahmatullah.
Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan
dukacita keluarga jenazah.
Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas
ujian Allah.
Tidak menceritakan aib jenazah.
Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa
sebelum jenazah dikebumikan.
Segerakan pengurusan jenazah.
Sembahyangkan jenazah dan mengiringinya ke kubur.
Kebaikan/hikmah Menziarahi Jenazah:
Berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga
jenazah,
Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang
kehilangan ahli keluarganya,
Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah,
Menunaikan fardu kifayah iaitu memberikan hak sebagai
seorang muslim keatas muslim yang lain,
Melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita tentang
kematian itu pasti menjemput kita suatu hari nanti,
Mengingati bahawa kematian adalah sebahagian daripada
qadha Allah yang wajib diterima oleh semua makhluknya.
Bermuhasabah diri tentang ibadat yang telah kita
lakukan selama ini. Kita akan terfikir, adakah ibadah kita selama ini mencukupi
untuk di buat bekalan di akhirat nanti…
“Ya Allah
jadikanlah akhir kehidupan kami dengan kebaikan dan rahmat-Mu dan jangan
jadikan akhir hidup kami dengan keburukan dan kemurkaan-Mu”. Amin
Tampa berlengah Johan Hamdi dan isterinya Nur Hidayah
ke Melaka. Usai menyalami dan bertanya khabar
mommynya, dia digesa kehospital.
“Apa cerita Didi ni mommy. Empat hari lepas Didi ada
call Jo, Jo dengar suaranya sihat dan gembira sahaja. Dia kata nak buat kimo
untuk kali ketiga”.
“Ehh dia buat kimo dia kena sakit barah ke Jo?.
Tapi mommy dengar cerita papa dah dua
hari Didi demam, bila demamnya makin teruk itu dia call papa minta bawakan Didi
pergi hospital. Bila dah sampai hospital papa balik..Tadi masa kami
solat subuh berkali-kali telefon bunyi rupanya aunte Killa yang call, dia minta tolong papa datang
hospital. Dia kata Didi nazak dia tak
tahu macam mana nak buat..tak lama papa pergi papa call mommy, dia kata Didi dah meninggal. Dah lah Jo
pergilah hospital temankan papa. Papa
kata aunte Killa pengsan bila doctor sahkan anak dia dah meninggal”.
“Ialah. Dayah
tunggu kat rumah dengan mommy. Nanti apa hal abang call.”.
“Ok..pandu kererta elok-elok ye bang, jangan lupa Baca ayat Seribu Dinar dan Ayat Kursyi”.
Pesanan biasa untuk suami yang di
kasihi.
“macam mana pa..jenazah ada kat mana sekarang. Jomlah
pa kita jumpa aunte Kila.” Ketika Johan tiba papanya ada menunggu di perkarangan hospital besar
Melaka
“Biarkan lah dia..Malas papa nak dengar bila dia asyik
nak salahkan papa. Sedar sahaja dari
pengsan terus sahaja dia serang papa”.
“Salahkan papa kenapa?”.
“Dia salah kan papa tak dapat pujuk Jo supaya kahwin
dengan Didi. Dia kata sebab Didi bukan isteri Jo menyebabkan dia nak
cepat-cepat buat kimo. Dia nak cepat sihat sebab nak pulangkan duit yang Jo
bagi..Papa nak tanya ni, yang sebenarnya Didi ada sakit apa. Semalam aunte Kila
cakap Didi demam..baru tadi dia cakap Didi buat kimo. Kemudian dia cakap Jo ada
bagi hutang kat Didi. Tak faham papa..”.
“Yang sebetulanya Didi balik sini sebab nak sambung
rawatan kenser payu daranya. Pada
mulanya dia buat rawatan kat luar negara, bila duit simpananya habis buat kos
rawatan kat sana, dia balik sini nak cari sponser kat sini. Itu sebabnya dia
nak nikah dengan saya, dengan tujuan saya boleh tanggung kos rawatan tu. Tapi
papa yang sebenarnya duit tu bukan duit saya, manalah saya ada simpanan
sebanyak tu jadi Dayah keluarkan simpanannya. Dia kata dia ikhlas sedekah sebab
nak tolong Didi. Bila Didi tahu duit tu, duit Dayah dia tak mahu terima sedekah dari Dayah nak juga
dia bayar, jadi saya nak buat macam mana. Perkara dah senang dia yang suka
menyusah diri…”.
“Ohh dia kena barah payu dara. Aunte Kila tahu ke dia
sakit tu”.
“Mungkin dia tahu itu yang beria suruh Didi nikah
dengan saya. Kalau saya dah jadi suami tentu menjadi tanggung jawab saya
menanggung kos rawatan anaknya”.
“Emm..Jo! sebab Didi sakit ke Jo tak nak nikah dengan
dia”.
“Tak papa bukan
sebab dia sakit saya tak dapat terima dia..tapi sebab sikap dia. Satu yang
bagus Didi ni, dia tak pandai nak berpura-pura atau berlakon. Dari dulu lagi
Didi memang tak suka mommy.. sejak dia menjadi menantu mommy saya tak pernah
nampak Didi duduk berbual atau
tanya-tanya mommy. Papa nampak tak, bila dia datang rumah kita
kali terakhir, ada dia jumpa mommy, bersalam tanda kita hormat. Saya tak boleh
terima wanita yang tak suka mommy saya.
Itu sebab pertama saya tak boleh nak terima dia.Yang kedua sikap dia
dari zaman kanak-kanak sampai dia dah dewasa ni memang tak berubah. Dia tidak
suka cakapnya dibantah. Dia tak suka kehendak di dihalang dan kemahuannya mesti
dicapai walau dengan apa cara sekali pun. Yang ketiga kehidupan mewahnya tak
dapat nak diubah, walau pun dia tahu kita tak ada duit, barang pakaianya mesti
yang berjenama tinggi”.
“Mana Jo tahu..kita jangan pandang pada apa yang dia
pakai..masa ni dia mampu dan dia pula duduk luar negara barang-baranbg macam tu
murah kat sana”.
“Saya belajar sikap dia bila saya duduk sebumbung
dengan dia, dan barang-barang tu bukan
murah walau pun dia beli kat luar negara.
Saya dah ada pengalaman bila ikut dia memilih barang. Yang keempat Didi ni tak tahu nak jaga air
muka orang.. kalau dia kata tak boleh dia akan membentak dan terjerit-jerit tak
kira kat mana. Saya takut dengan sikapnya
akan menghalang saya berjumpa dengan anak-anak yang sedia ada. Saya takut
gagal adil pada Hidayah. Terus terang saya katakan dan papa jangan terasa hati,
saya tak mahu anak-anak saya merasa apa yang saya lalui dan saya sangat takut
Dayah menjadi seperti mommy. Peritnya
kehidupan yang kami lalui dulu mengajar saya menghargai anak isteri yang sedia
ada. Saya tak akan mencari tanggung jawab lain papa. Saya sangat bersyukur kerana Allah masih
memberi Rahmat dan Hidayahnya kepada saya.
Kalau tak kerana doa mommy
mungkin saya dah tersungkur dalam perjalan dunia yang sangat banyak
cabarannya”.
“Jo maafkan papa dengan sikap papa dulu, yang mengabaikan mommy dan Jo."
"Dah lama saya maafkan papa. Lagi pun saya nampak papa memang sayang mommy saya, buktinya papa masih boleh ,menerima mommy walau pun mommy tak sihat macam dulu..hanya saya sekarang cuba mengelak perkara yang boleh saya elak.".
"Betulah tu. Jo! Sebebarnya papa sangat bosan dileteri. Arwah nenek Jo dulu sangat kuat berleter, tak kena pada citarasanya dia akan berleter berhari-hari. Dia tak pernah berkenan dengan pilihan papa, dijodohkan papa dengan wanita yang sangat kuat cemburunya. Dengan dua wanita ini menyebabkan papa tak mampu nak berjalan diatas kemahuan papa. Ditambah bila mak cik bersalin dia akan jadi murung. Papa rasa kemurungan mak cik Jo tu disebabkan nenek yang kuat berleter. Bila mommy keluar dari kuartes polis, diikuti dengan kematian papa Didi, menyebabkan papa tak tahu kat mana nak cari mommy lagi. Bila aunte Kila SMS alamat mommy dua tahun lepas, papa rasa sangat terhutang budi pada dia. Itu sebabnya papa cuba pujuk Jo bila aunte Killa minta tolong Jo jadi suami Didi. Dia minta sungguh-sungguh Jo jaga Didi, dia kata Didi tak dapat terima lelaki lain sebab dia masih sayangkan Jo. Tak sangka pula dalam kesungguhan aunte Kila ada muslihat lain. Maafkan papa Jo.”.
"Dah lama saya maafkan papa. Lagi pun saya nampak papa memang sayang mommy saya, buktinya papa masih boleh ,menerima mommy walau pun mommy tak sihat macam dulu..hanya saya sekarang cuba mengelak perkara yang boleh saya elak.".
"Betulah tu. Jo! Sebebarnya papa sangat bosan dileteri. Arwah nenek Jo dulu sangat kuat berleter, tak kena pada citarasanya dia akan berleter berhari-hari. Dia tak pernah berkenan dengan pilihan papa, dijodohkan papa dengan wanita yang sangat kuat cemburunya. Dengan dua wanita ini menyebabkan papa tak mampu nak berjalan diatas kemahuan papa. Ditambah bila mak cik bersalin dia akan jadi murung. Papa rasa kemurungan mak cik Jo tu disebabkan nenek yang kuat berleter. Bila mommy keluar dari kuartes polis, diikuti dengan kematian papa Didi, menyebabkan papa tak tahu kat mana nak cari mommy lagi. Bila aunte Kila SMS alamat mommy dua tahun lepas, papa rasa sangat terhutang budi pada dia. Itu sebabnya papa cuba pujuk Jo bila aunte Killa minta tolong Jo jadi suami Didi. Dia minta sungguh-sungguh Jo jaga Didi, dia kata Didi tak dapat terima lelaki lain sebab dia masih sayangkan Jo. Tak sangka pula dalam kesungguhan aunte Kila ada muslihat lain. Maafkan papa Jo.”.
“Tak apalah pa perkara dah jadi. Mungkin ada kebaikan
dengan rentetan kehidupan saya yang macam tu. Saya menyayangi mommy dan saya
lebih menghargai isteri dan anak-anak yang
didepan mata. Papa! Saya sayang Dayah sebab dia sayang mommy sejak mula
dia jumpa mommy. Saya selalu memohon pada Allah saya hanya nak seorang sahaja
isteri didunia ni.. ”. Lama mereka dua
beranak berbual di luar bangunan hospital. Bila telefon bimbitnya bergetar
didalam poket seluarnya Dr. Johan memeriks, tertera discreen panggilan dari
isteri tersayang.
“Assalamualikum..abang dah jumpa papa..apa cerita Didi
bang.”
“Waalaikumsalam..Dah papa ada dengan abang ni. Didi
memang dah meninggal, jenazahnya sedang
diuruskan. Mungkin dalam pukul 10 nanti sampailah”.
“Jenazahnya nanti nak dibawa kemana bang..ada ke adik
beradik dia yang nak uruskan mandi dan kapankan jenazahnya nanti. Nak harapkan
aunte Kila tentu dia tak boleh nak berfikir dengan waras sekarangkan. Kalau abang tak nak susah minta pihak
hospital mandi, kapan dan solat kan
jenazah sekali nanti sampai kita boleh terus kebumikan”. Pengalamannya
menguruskan kematian mamanya dulu dijadikan pengajaran oleh Hidayah.
“Ok nanti abang bincang dengan papa..kejap lagi abang
call Dayah Asalamualaikum”.
“Waalaikumsalam”.
“Macam mana pa. Kalau kata Didi dah boleh bawa balik,
kita mesti siapkan tempat nak mandikan dan kapankan. Jangan jenazah dah sampai
kita baru nak cari orang mandikan
jenazah dan baru nak cari kain kapan. Papa dah hubungi anak-anak aunte Kila
ke.”
“Ini yang susahnya Jo, aunte Kila kata dia call abang
dan adik Didi dari semalam lagi tapi tak ada yang angkat. Bagi SMS pun tak
berbalas. Susah betul dapat anak-anak yang tak boleh dibawa berbincang masa
susah”
“Kalau macam tu tak apalah kita uruskan semuanya. Papa
duduk sini kalau-kalau aunte Kila nak kan pertolongan papa. Biar saya pergi
taman perumahan mereka bagi tahu jiran dan iman mereka tentang kematian Didi.
Sebelum tu jom kita minta kunci rumah
aunte Kila, boleh nanti Dayah dan mommy berkemas apa yang patut kat rumah dia.”
“Ok..jomlah”. Tapi bila melihat sahaja encik Johari
dirinya terus diterpa dan dipeluk oleh puan Syakila. Fikirannya bagai tidak berfungsi. Sambil
memeluk dia menangis mengogoi di dada
encik Johari tampa rasa malu. Encik Johari pula yang malu bila mata-mata jururawat dan doctor memendang kearah mereka. Johan hanya
memenadang dari jauh. Jika dia yang menghampiri entah apa pula tindakan yang
diambil oleh bekas emak mertuanya. Mungkin juga dia akan dipukul kerana tidak puas hatinya.
“Dahlah Kila sabar lah. Malu aku kau buat aku buat
macam ni. Cuba kau tenguk semua orang pandang kita”. Encik Johari memujuk dan
menenangkan isteri arwah sahabatnya selain itu menyedarkan perlakuan
Syakila, mereka bukan mahram.
“Anak aku dah mati Ri..anak aku dah mati..kesianya
aku..hu..hu”. Rintih puan Syakila yang tidak dapat menerima kenyatan dengan
kematian anak perempuan tunggalnya.
“Ialah aku tahu..kau duduk sini aku nak uruskan jenazah
Didi lah ni, kau bersabar ye..ini hanya ujian Allah tabah ye. Mana kunci rumah
kau, aku nak tolong kemas rumah kau sebelum
jenazah dibawa balik”.
“Didi yang pegang kunci rumah..Didi kenapa Didi mati
dulu dari mommy. Ri kenapa Didi mati dulu dari aku Ri”. Memang kepala puan
Syakila tidak dapat berfungsi lagi. Encik Johari mendudukkan puan Syakila di
kerusi berhampiran kemudian terus dia mendapatkan Johan semula.
“Jo macam mana ni Jo papa tak dapat kunci. Ada ke dia
kata kunci rumah pada Didi. Aunte Kila macam dah tak boleh nak berfikir. Macam
mana ni Jo..apa kita nak buat, kat mana kita nak letak jenazah ni nanti.”.
“Macam nilah pa kita minta pihak hospital, mandi, kapan
dan solatkan sekali jenazah. Nanti bolehlah jenazah singgahkan sekejap kat
surau taman, kalau kariah taman nak solatkan sekali lagi pun boleh.. tak payah
solat pun boleh, sebab jenazah dah disolat kan kat sini..tinggal kebumikan
sahaja, jadi tak payahlah jenazah masuk rumah aunte Kila”.
“Boleh ke macam tu”.
“Boleh pa..uruskan jenazah ni kan yang seeloknya harus
segera dikebumikan..ok saya nak balik dulu. Kita kena bagi tahu imam taman pereumahan aunte Kila juga kan tentang kematian Didi, lepas tu nak minta orang siapkan lubang kubur. Papa kena uruskan yang kat
sini jumpa pegawai yang bertugas buat permohonan mandi, kapan dan solatkan jenazah sekali. Lagi pun kalau aunte Kila nak apa-apa pertolongan
nanti.”.
“Ialah.. pergilah Jo tenguk apa yang patut nak
buat..lagi pun tak kan mommy dan Dayah yang pergi cari imam dan penggali kubur
pula..Papa nak jumpa pihak hospital. Kalau kita buat dua urusan sekali harung
tentu cepat selesai”. Memang tidak boleh terpandang kelibat encik Johari puan
Syakila mula menangis dan mengongoi siap peluk lagi dengan kata-kata yang
meruntun hati.
“Ri anak aku dah mati Ri.. anak aku dah mati”.
“Kila apa guna
kau menangis mengogoi macam ni, bukan Didi boleh hidup semula. Cuba kau
baca Fatihah sedekah pada Didi ada juga faedahnya”. Bila makin kuat tagisan
puan Saykila Encik Johari meninggalkan nya sahaja disitu. ‘biarlah dia berhenti
sediri menangis” bisik hatinya yang kerimasan dengan perlakuan isteri sahabat
baiknya yang tidak terjangka.
Sebelum urusan memandikan jenazah dimulakan seorang
ustaz dan seorang ustazah datang menemui encik Johari.
“encik ..apa kaitan jenazah dengan encik ke dan dia Islam ke?”.
“In Syaa Allah Islam..yang sebetulnya dia anak kawan
saya, saya hanya tolong menguruskan sahaja”.
“Oh..yang sebtulnya saya nak minta izin nak cukur
rambut dan nak buang kukunya yang bercat. Ialah kita nak berjumpa Allah Tuhan Yang Maha Agong tentulah nak suci dari
segala hadas. Warna rambut dan cat kuku ni akan menyebabkan mandi hadas dan
wuduk kita tak sah”.
(Tak termasuk dalam cerita siapa yang tahu tolong
kongsi dalam ruangan komen..ini hanya pengalaman, mak teh dulu ada dengar satu
cerita..hamba Allah wanita ni meninggal kemalangan sebelum dimandikan kuku yang
bercat kena dicabut betul ke)
“Tak boleh ke cat kukunya tu dibuang dengan cecair yang
boleh menaggalkan cat?”.
“Kalau nyawa masih dibadan boleh tapi bila jasad dah
sejuk cat kuku tak boleh nak ditanggalkan lagi..jadi terpaksalah kita cabut
kukunya. Kita buat bukan untuk menyiksa mayat tapi untuk kebaikan dia juga..”.
“Ialah buatlah ustaz”.
“Perkara macam ni jadikah iktibar, ini untuk
mengingatkan diri saya juga..kalau kita ada nak-anak perempuan tegahlah dia
dari memakai cat kuku. Kadang-kadang anak-anak perempuan ni nak melawa dicatnya
kukunya masa dia sedang uzur sareii. Tapi
ialah ajal maut kita tak tahu..muda belia, sihat segar bugar pun boleh
malaikat ambil nyawa kita kalau dah sampai ajal kan”. Sungguh terkesan apa yang
dilalui oleh encik Johari hari itu. Insaf dirinya.
Diatas pebincangan antara Dr. Johan dan imam surau
jenazah Natasya akan disolatkan sekali lagi oleh kariah taman selepas waktu zohor. Dr. Johan, isteri dan mommynya berkampung
disurau taman menanti ketibaan jenazah. Bila telefon Johan berbunyi..
“Siapa yang call bang, Papa ke? jenazah dah nak balik
ke bang”.
“Dah Dayah mereka tengah siapkan van jenazah, mungkin
sempat kita Zohor dulu. Dayah
siap-siaplah ambil wuduk masuk waktu
kita solat. Kata imam tadi dia nak jenazah disolatkan oleh kariah taman.”
“Ialah..Mommy sebelum orang datang surau ni kita ambil
wuduk dulu.. nanti senang.” Selesai berwuduk
Puan Maria dan Hidayah duduk diruangan yang dikhaskan untuk wanita.”
“Mommy bawa telekung?”.
“Tak Dayah..mommy lupa tadi bila hati libang libu dengar
Didi dah meninggal”.
“Tak apa mommy pakai baju kurung ni pun dah ok..Ni
pakai sarung tangan dan sarung kaki Dayah, Dayah memang sentiasa bawa lebih dalam
handbag Dayah ni. Alang-alang handbag ni besar Dayah sumbat semua barang. Kalau
bawa Ikran dan Ikhsan Dayah sumbat pempes dan botol susu”. Mereka bersiap-siap
sambil berbual-bual.
“Mommy! Abang
kata imam kat sini nak solatkan jenazah sekali lagi. Kalau disolatkan sekali lagi nanti, kita ikut solat
ye mommy.”.
“Ehh boleh ke kita yang perempuan ni solatkan jenazah
Dayah, yang mommy nampak solat jenazah ni orang lelaki sahaja yang buat”.
“Boleh mommy, dulu masa Dayah kat Mekah, Dayah tenguk
orang perempuan pun buat solat jenazah..jadi Dayah tanya pada paman Dayah yang
duduk kat sana. Dia kata, kalau kita ada peluang solatkan jenazah buat lah.
Sebab Allah janjikan pahala yang banyak
tak kira siapa yang buat mommy…..” Nor Hidayah mula menceritakan kelebihan
solat jenazah dan mengajari cara-cara melakukan solat jenazah pada ibu
mertuanya.
“Tapi mommy tak pandai macam mana nak solat jenazah
Dayah”.
“Senang sahaja mommy. Kita niat dalam hati dalam bahasa
Melayu atau bahasa apa pun tak apa tapi dengan erti Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan
empat takbir, fardhu kifayah kerana Allah taala. http://www.ustaznoramin.com/2011/01/solat-jenazah.html
Baca niat
kemudian dengar imam, bila imam takbir kita ikut, lepas takbir pertama baca
surah Alfatihah. Takbir kedua baca selawat keatas nabi.
Takbir ketiga baca
Allahummaghfirlahuwarhamhu”
ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke
atasnya.” tapi kalau kita tak tahu, dengar sahaja imam baca, lepas tu bila imam
bagi salam kita pun bagi salam.
Ingat ye mommy solat jenazah ni kita berdiri
sahaja..tak ada ruku’ atau pun sujud.”
(Tak termasuk dalam cerita, mak teh masukkan cara solat
jenazah supaya kita tahu Untuk lebih sempurna solat kita bukalah google
cara-cara solat jenazah..sebab takut mak teh tak betul pula.. Kebiasaan
diMalaysia orang perempuan tidak digalak kan solat jenazah, (termasukkalah
suami mak teh dia tak bagi mak teh nak solatkan arwah ibu mertua mak the tapi
masa tu solat jkenazah dibuat dirumah. Sekarang ni kalau pergi masjid
kadang-kadang terjumpa solat jenazah dan mak the tidak akan melepaskan
peluang.) Sedang kan sangat besar pahala bila kita menuaikan solat
jenazah..jadi jangan kita melepaskan peluang pahala dan keredaan Allah selagi kita mampu dan boleh
mendapatkannya.)
Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah
berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas
jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.
Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul,
rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri
sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan
sujud.
1. Niat: Niat
solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati
2. Lepas Takbir Pertama Baca Surah Al-Fatihah
3. Lepas Takbir
Kedua. Membaca Selawat;
4. Salam
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud : "Sesiapa mengurus jenazah orang Muslim atas rasa
iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan
pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua
qirat; satu qirat kira-kira sebesar bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat
jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu pulang
membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari, jil. 1, no.0039)
Tunai sudah solat jenazah untuk Diana Natasya binti
Sufian..
Ketika ditanah perkuburan sedang talkin dibacakan barulah tiba dua
orang anak-anak puan Syakila yaitu abang
dan adik Diana Natasya. Dengan suara yang garang mereka bertanya pada orang
yang ada disitu.
“Siapa encik Johari”. Tadi ketika mereka tiba dirumah
mommynya dia bertanya pada jiran disebelah rumah mommynya. Jiran itu mengatakan
jenazah adiknya sudah dibawa ketanah perkuburuan dan segala urusan diuruskan
oleh encik Johari. Setahunya Johari adalah sahabat arwah ayahnya, tetapi dia
sudah ingat-ingat lupa wajahnya.
“Saya!..encik hormatlah sikit imam tengah baca talkin
tu”.
“Macam mana I
nak hormat, kalau hak I you langar macam
tu sahaja”.
“Hak you apa..ni datang terus nak menyerang ni kenapa?
Nanti dah habis baca talkin kita bincang..elok-elok.” Mereka menyisih jauh
sedikit dari kedudukan imam.
“Nak bincang apanya. You tahu tak I ni abang Didi dan
yang ni adik adik Didi..kenapa uncle pandai-pandai terus nak tanam mayat Didi
tampa tunggu kitorang balik dulu. Dia masih ada adik beradik yang boleh uruskan
mayat dia”.
“Salah aku ke..kata mommy you dia call you tapi tak
angakt, SMS pun tak balas..cuba you tenguk berapa miss call dan berapa SMS dari
mommy you. Dia kata sebelum Didi mati lagi dia dah call you berdua, tapi you
tak angkat. Itu sebabnya dia panggil aku
minta tolong”.
“Ialah tapi tunggulah sekejap, ni sampai sahaja terus
tanam”.
“Rumah mommy you berkunci jadi jenazah nak letak mana?
takkan nak letak tepi jalan..ni kami letak kat surau nak menantikan selesai
solat zohor tau. Kami terus kebumi, sebab jenazah dah dikapan disolatkan di
hospital lagi, dan satu lagi sebab kami takut
you berdua tak balik”.
“Ahh alasan”.
“Itu terserah..segala tanggung jawab I sebagai umat
sesama Islam dah I tunaikan.. kalau you
tak puas hati terserah pada you. Nak korek lubang kubur yang dah kambus pun itu
terserah”.
Akhirnya diam juga dua anak-anak puan Syakila.
Mereka menghampiri mommyanya yang lemah.
Dia dipapah oleh puan Maria dan Hidayah duduk berhampiran lubang kubur yang sudah ditimbus sambil
mendengar bacaan talkin. Encik Johari juga menghampiri isteri dan menantunya
untuk mengajaknya pulang.
“Yah jomlah kita
balik semuanya pun dah selamat. Jo, Dayah jom kita balik”.
Hampir seminggu selepas kematian Diana Natasya binti
Suffian, puan Maria mengajak suaminya berziarah kerumah sahabatnya.
“Bang jomlah kita jenguk Kila..tanya khabar dia”
“Bila ingatkan perangai anak lelaki dia tu malas abang
nak jenguk..sakit hati abang ni. Penat kita uruskan semuanya bukan nak cakap
terima kasih ni diherdeknya kita kat tengah orang ramai. Abang ni dah tua Yah
bukan budak-budak yang nak dimarah. Dia tak tenguk salah dia, asyik nak
menyalahkan orang pula”.Yang sebenarnya ayat itu sudah diulang beberapa kali
bila isterinya mengajak mahu menjenguk sahabat mereka yang ditimpa musibah.
“Ni dah nak dekat seminggu tentu mereka dah balik rumah
mereka. Kita jenguk sekejap sahaja tanya khabar Kila tu, kesian pula dia kalau
tak ada siapa yang ambil berat. Tentu dia sedeh sangat Didi meninggal”. Dengan
pujukkan isteri akhirnya Encik Johari mengalah, mereka kerumah puan Syakila.
Sampai dihadapan pagar rumah Encik Johari memberi salam
namun salamnya tidak berjawab. Setelah tiga kali salam muncul jiran sebelah
rumah keluar bertanya.
“Encik cari siapa?”
“Kami ni kawan Syakila..datang saja nak tanya khabar, dia kan baru kematian anak perempuan dia”.
“yang sebetulnya mak cik Kila pun dah meninggal dua
hari lepas”.
“Haa ye ke??..tapi tak ada orang pun yang bagi tahu
kami”. Terkejut besar Encik Johari suami isteri mendengar cerita jiran puan Syakila.
“Ohh ye pak cik ni yang uruskan jenazah kak Didi hari tu ye baru cam muka..Macam ni dua
hari selepas kak Didi meninggal..aunte Kila jatuh. Masa tu dia duduk sorang kat
rumah. Mungkin dah satu hari suntuk dia jatuh baru lah anak nya yang tua tu
tahu. Itu pun kebetulan dia balik. Mereka bawa mak cik Kila pergi hospital. Masa kat
hospital mak cik Kila kena pula serangan jantung, itu yang membawa kematiannya. Lepas tu
jenazahnya di bawa kekampung emak dia tak salah kat Durian Daun rasanya..itu
kata anak yang bungsu. Dia datang berkemas rumah ni semalam”.
“Kenapanyalah yang anak-anaknya tinggalkan dia duduk
sorang sorang kat rumah bukan mereka tak nampak keadaan emak dia selepas Didi
meninggal hari tu”.
“Kata anaknya yang tua dia balik nak ambil kain
baju..jadi ditugaskan adiknya yang bungsu
jaga makcik Kila sekejap..tapi anak bungsunya nya tu bosan bila makcik
Kila asyik menangis dan meratap kematian kakaknya. Dia kata keluar sekejap
jumpa kawan-kawannya..tak sangka makcik Kila boleh jatuh pula”.
“ohh jadi jenazahnya memang tak diuruskan kat sinilah
ye”.
“Ye pakcik”.
“Terimakasih ye sebab bagi tahu”. Ketika didalam
kereta..mereka berbual dan menjadikan kisah sahabat mereka satu pengajaran.
“Kesian Kila tak mampu dia menerima kematian Didi..tak
sangka ye bang Kila dah meninggal”.
“Ajal maut ditanga tuhan Yah..kita yang hidup ni
bersiap sedialah, menanti kematian. Tapi yang abang takut bila mati kita
sorang-sorang tak ada siapa yang membimbing ditepi telinga. Sakit sakaratul
maut adalah sakit yang paling sakit..bila tak ada yang membimbing takut
tergelincir iman kita”..
“Bang! Dayah ada ajar Yah solat sunat untuk memelihara
Iman bang. Supaya Allah boleh jagakan iman kita waktu kita hidup, bila hendak
mati dan selepas kita mati bang”. Solat yang dimaksudkan oleh Puan Maria adala
solat sunat AWWABIN 6 rakaat dilakukan dengan tiga kali salam.
“Dari mana yang Dayah tahu bab-bab solat ni Yah..semalam
Yah cerita dia ajar Yah solat jenazah.. Hari tu dia cakap solat lima waktu
untuk kita didalam kubur. Banyak betul yang dia tahu”.
“Dia kata dulu dia
selalu pergi masjid..kan kat masjid selalu ada ceramah itu yang dia
dengar tu. Lepas tu dia selalu tanya pada atuk kakak iparnya..apa namanya orang
tua tu Atuk Ib ke..masa dia duduk dengan Yah dulu kalau Jo tak kerja hari
Khamis malam Jumaat, kami pergi rumah Abang Dayah baca Yassin ramai ramai.
Abang nak tahu Dayah ni tak payah tenguk buku kalau dia baca Yassin pun boleh.
Kemudian dia baca pun sedap..”.
“Ohh jadinya dia lancar surah Yassin”. Banyaknya
kelebihan menantu yang dipandang rendah kerana statusnya bisik hati encik
Johari.
Sudah sebulan kematian bekas isterinya. Minggu itu
semua isi Tengku Faizal kerumah Tengku
Farid untuk membaca Yassin. Sebelum bacaan Yassin dimulakan Johan Hamdi
menghampiri atuk Ibrahin dengan permintaanya.
“Tuk malam ni boleh tak kalau saya nak masukkan
tiga nama”.
“Boleh tulislah namanya supaya atuk senang nak sebut
nanti”. Nama yang ditulis Diana Natasya binti Sufian, Nur Syakila binti Ahmad
Syahir dan Sufian bin Sharifudin. Bila Tengku Farid terpandang pada nama yang
pertama hatinya bertanya-tanya. Diakhir bacaan Yassin dia menarik Johan Hamdi..
“Siapa Diana Natasya binti Sufian pada you”.
“Dia bekas isteri saya. Dah sebulan rasanya dia dan
mommynya meninggal. Malam ni tergerak hati nak sedekahkan Yassin pada mereka
dua beranak.
“You masih baik dengan bekas isteri you”.
“Alah baik gitu-gitu sahaja. Emak ayah saya kawan baik
emak ayah dia dan kami dulu pun kawan
sepermainan.. Masa saya kecil dulu dia selalu tolong kami sekeluarga. Kenapa
abang kenal ke dengan Diana Natasya ni”.
“Entahlah rasa macam kenal sahaja namanya ni..Diana
Natasya ni nama manja dia Didi ke”.
“betullah siapa yang kenal rapat dengan dia panggil dia
Didi”.
“I rasa dia ni bekas isteri I dulu. Emak pada Arief
anak I yang tua tu. Kecilnya dunia ni kan Jo. Dulu teringin sangat I nak jumpa
lelaki yang sangat setia mencintai Diana. ”
“Siapa yang cakap I sangat mencintai Didi ni. Dia ke
yang cakap”.
“Tak mommy dia. Malam yang I ucapkan perkataan cerai
untuk dia, I terdengar mereka berdua
bercerita didalam bilik. Mommynya kata Jo anak aunte Maria masih tak kahwin
lagi kerana tunggu dia..jadi youlah anak aunte Maria tu. I tak sangka yang jadi
adik ipar I adalah bekas suami kepada bekas isteri I sendiri. Kita dah jadi
adik dan abang ipar Jo.”.
“Saya nak tanya..sebab saya ke abang ceraikan Didi”.
“tak bukan sebab you. Dia yang minta. Malam tu
terjerit-jerit dia minta I ceraikan dia, tambah berani dia meminta bila
mommynya sokong dia”. Malam itu dua lelaki yang pernah menjadi suami Diana
Natasya binti Sufian membuka kisah lama. Tamat.
P/s: cerita Nur Hidayah hanya sampai disini sahaja.
Harap maaf jika ada perkataan yang menyinggung. Cerita ni tak bersangkutan
dengan yang hidup mahu yang sudah meninggal dunia. Mak teh hanya mahu
mengingatkan diri dan keturunan mak teh agar jangan sampai tersalah laku kerana
kesan disebut-sebut orang mungkin sampai jenerasi kita pupus dari dunia ini.
Yang baik datangnya dari Allah dan segala keburukan adalah dari salah laku
manusia itu sendiri. Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi komen.