Setelah siap menyalin lauk pauk kedalam manggkuk, Puan
Rubiah menyuruh tiga orang cucunya makan. Dua tiga hari ini cucunya sudah
menyungut kerana masakannya tidak menepati pawai selera mereka. Puan Rubiah keruang tamu. Dari jauh dia
melihat anaknya larut dalam menungnya dengan wajah yang sedeh. Lama dia
memerhati dengan langkah perlahan dia menghampiri anaknya namun tidak disedari. Kemudian dia berhenti,
lama dia berdiri tidak jauh dari anaknya, namun tidak juga anaknya menoleh ke
arahnya, menandakan kehadirianya sememangnya tidak disedari. Akhirnya dia
memilih untuk duduk dihadapan anaknya. Dia meninggalkan tiga orang cucucnya
didapur yang sedang mengadap hidangan
dengan berselera sekali maklumlah nasi kenduri yang dibawa oleh Uwais tadi.
Cecah sahaja punggungnya kesofa terus sahaja dia bersuara.
Yang sebenarnya hati Latif menjadi hiba, mengenangkan
Emil sudah menjadi hak orang, jika dia masih janda dia masih ada peluang
memiliki Emil, dia hanya perlu perkataan 'ya' dari Emil sahaja, tetapi kini
harapanya tinggal hanya harapan sahaja, itu yang disedehkan. Berita itu Muaz
sendiri yang memberitahunya tadi, itu yang membuatkan dia termenung, cinta dan
deritanya bergelut didalam hatinya. Dia tersedar dari menungnya bila melihat
emaknya duduk disofa dihadapanya.
“Dah 4 hari kamu
kemalangan, baru Uwais nak datang jenuk kamu Tif. Inilah anak ajaran Emil,
bagus betul Emil ajar anak kan Tif. Tak kan dia tak tahu kamu kemalangan, takan
sepupu dia tu tak bagi tahu dia hari tu. Itulah, emak ni.. kalau perangai Emil memang
mak tak setuju dari dulu lagi.”
Berapi-rapi Puan Rabiah memburukkan dan
mencari salah bekas menantu yang tidak disukainya dulu. Tapi puan Rubiah
mungkin terlupa, seseorang itu akan berubah mengikut masa dan keadaan. Kalau
tidak tak kan ada orang yang terlebih dahulu makan garam, memadahkan: Anak
punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, inikan
pula hati orang.
“Mak jangan buruk sangka kat orang mak, berdosa.Yang
sebetul nya itulah yang saya pesan pada Muaz hari tu, masa dia tolong saya
kemalangan hari tu”. Kerana hatinya yang hangat, cepat sahaja kata-kata anaknya
dipintas..rasa tidak puas hatinya mahu diluahkan dengan segera.
“Kamu pesan pada sepupu dia tu, bagi tahu Emil, supaya
Emil jenguk kamu sakit kemalangan.Tapi tenguklah anaknya sahaja yang datang,
itu pun dah dekat nak baik sakit kamu, baru datang dijenguknya kamu”.Yang
sebenarnya Puan Rubiah sengaja mencari keburukan bekas menantunya, supaya
anaknya sedar dan supaya anaknya tidak mengharap lagi pada wanita yang buruk perangainya. Secara halus dia menyampaikan
isi hatinya ‘tidak guna kalau memiliki
isteri yang seperti Emil.’
“Bukan pesan suruh jenguk mak, tapi saya pesan jangan bagi tahu diaorang.
Saya tak mahu dengan berita kemalangan saya yang tak seberapa, menghilangkan
rasa gembira diorang nak menerima orang baru.”
“siapa yang nak terima orang baru..Emil..Emil nak kahwin
ke Tif?”.
“Pandai mak teka. Uwais cakap dengan emak tadi ke?”.
“Emil nak nikah Tif..bila???”Tidak dihiraukan soalan
anaknya, Puan Rabiah bertanya mencari kepastian.
“Dia dah nikah lepas Jumaat tadi mak, yang Uwais bawa
tadi nasi kenduri dialah tu mak”. Latif menuturkan dengan suara yang sebak
bersama tangan menyapu tubir matanya. Terkedu Puan Rubiah melihat kesedehan
anaknya, terdetik hatinya mengakui kata-kata Zila sememangnya anaknya masih
menyimpan rasa kasih untuk bekas isterinya. Anak lelakinya menangis kerana
bekas isterinya kahwin lagi. Tetapi
hatinya merasa sedeh melihat kesedehan yang ditanggung oleh anaknya kerana
tidakkanya dulu. Dia kasihan melihat anak yang tidak banyak cakap meluahkan apa
yang terkandung dihatinya dengan air matanya.
Dia datang memeluk anaknya yang sudah mengalirkan air
mata. Tadi dia mahu memburuk-buruk Emil supaya anaknya dapat merelakan
percerian yang sudah terjadi. Tetapi dia
tersalah kata pula. Rupanya masih begitu kuat sayang anaknya kepada bekas
isterinya. Bukankah lelaki dan air mata itu luar biasa.
“Dahlah Tif..jangan menangis. Emak yang bersalah dengan
kamu Tif, mak minta maaf sangat-sangat.”
“mak tak salah, sayalah yang salah, saya tak pandai nak
didik isteri supaya sayangkan emak juga”. Latif berkata dengan tangis yang
tertahan. Walau pun ditahan namun tangisan tetap tidak mahu berhenti. Dia tetap
menangis dan teresak dibahu emaknya, dia merasakan pedih hatinya bila harapanya
berderai.
“Kalau kamu menangis macam ni mak rasa bersalah sangat
pada kamu. Dahlah jangan diingat lagi Emil tu ye, dia dah jadi hak orang, nanti
kita dapat dosa.” Datar sahaja suara Puan Rubiah menasihati anaknya. Makin
disuruh jangan menangis makin kuat pula esak anaknya, bergegar badannya dengan
esakkan anaknya yang tidak dapat ditahan lagi.
“Ia mak saya tahu, saya tengah pujuk hati saya lah ni
mak.” Latif cuba menahan tangis namun
dia tidak mampu.Tangis anaknya menyiat hati puan Rubiah. Bahagiakah dirinya
dengan esakkan anaknya sekarang ini. Jawabnya..kalau masa boleh diundur dia
lebih rela dirinya yang menangis. Tapi apakan daya segalanya sudah terjadi,
kemenanganya dulu sudah tidak bererti.
Kemenangannya dulu bila berjaya memaksa anaknya bernikah
dengan NorFazilah, itu kejayaan pertama. Kejayaan kedua bila menantu pilihanya
mengandung, kejayaan ketiga bila anaknya menceraikan isteri pertamanya dan
kejayaan keempat anaknya berpindah dan duduk bersamanya dikampung mereka.
Tetapi sekarang adakah dengan kejayaan-kejayaan itu dia gembira dan bahagia
hingga keakhirnya.
Sudah 8
hari Zila meninggalkan rumahtangganya. Tanggungjawabnya kepada anak-anak
tertanggung di atas bahu emak mertuanya, tetapi tanggungjawap dia kepada
suaminya tak tahu nak jawab macam mana. Sementa lah suaminya sedang sakit
kerana kemalangan tempuhhari.Tetapi ‘sebab’ kemalangan itu lah dia mengeraskan
hati membawa diri ke Tanjung Rambutan Ipoh rumah abangnya. Suaminya kemalangan
kerana ‘asyik terkenangkan jandanya’ itu yang menjadikan hatinya tersangat
sakit.
Di Ipoh
dia gembira dan seronok, seronok kerana dia bekerja dan bakal ada duitnya
sendiri, duit dari titik peluhnya.
Gembira kerana dikelilingi oleh pelanggan dan kawan-kawan. Tetapi
walaupun hatinya seronok dapat mengumpul duit, namun tanggungjawabnya tidak membenarkan
dia terus tinggal di Tanjung Rambutan Ipoh. Hari Ahad hari tidak berjualan,
selepas minum pagi dia mula mengorak langkah pulang semula kePengkalan Hulu.
Harapanya dia akan datang lagi itulah janjinya didalam hati.
“Makcik! rasanya Isnin ni Zila dah balik”.
“Kenapa tak terus duduk sini sahaja. Kalau rumah Miza tu
sempit mehlah duduk rumah makcik.”
“Tak apalah makcik, Zila tak mahu susahkan mak cik”
“Tak susah pun, makcik pun duduk sorang sahaja selama ni.
Kalau ada orang temankan, mak cik suka juga. Yang sebetulnya mak cik berniaga ni,
hanya nak cari kawan berbual sahaja, sambil-sambil tu cari duit belanja”.
Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.
Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.
Zila sudah sampai dirumah keluarga suaminya. Dirinya
terasa kekok dengan sambutan dingin emak mertua dan suaminya sekembalinya dia
dari Ipoh. Namun digagahi nya juga menyapa dan menyalami suami dan emak
merutanya. Bermula dari saat itu Zila merasakan emak mertuanya sudah tidak
ramah dan mesra lagi seperti selalu. Kini suaminya juga sudah mulakan tungas
sebagai pendidik walaupun tanganya masih dikendung, mungkin belum pulih
sepenuhnya.
Dalam keadaan kekok dan dingin kini sudah sebulan
berlalu. Sejak dia pulang dari Ipoh dia sudah mula melakukan rawatan muka
dirumah. Semua prudak kecantikan yang dibelinya tempoh hari digunakan setiap
hari kini sudah mendapat melihat hasilnya. Hasilnya: Kulit mukanya sudah
menjadi putih mulus dan cantik. Zila gembira dengan perubahan pada wajahnya.
Tidak rugi dia bekerja dan ditabur duitnya untuk produk kecantikkan bila
melihat hasilnya. Dia berazam akan
menambah koleksi barangan kecantikan untuk
dirinya. Jika itu niatnya dia harus keIpoh lagi utnuk mengumpul duit.
Bukan dia tidak mahu meminta duit dari suaminya, tetapi
dia harus faham dengan sara hidup yang tinggi sedangkan suaminya bekerja
sendirian untuk menangung emak dan mereka sekeluarga. Suaminya juga harus
memberi sedikit sara hidup untuk anak tirinya juga. Dia akur dengan tanggung
jawab suaminya. Pernah dulu dia mengambil sedikit duit belanja dapur. Dia ditegur oleh emak
mertuanya bila menyedari makan untuk mereka BERCATU.
“Zila! kenapa sekarang ni mak rasa macam sikit sangat
kamu masak lauk, Latif kurangkan bagi duit belanja dapur ke?”.
“Tak mak, abang bagi macam biasa sahaja.”
“Habis tu harga barang naik sangat ke, sampai kita tak
cukup belanja. Kalau tak cukup kamu minta tambahlah dengan suami kamu tu”.
“Mak tak payah mak, yang sebenarnya memang Zila yang
berjimat nak ajar anak-anak makan apa yang ada mak. Zila ingat nak tolong abang
berjimat. Kan tak lama lagi Umar pun dah nak masuk tingkatan satu..takut kalau
sekolah menengah banyak nak pakai duit”. Umar merupakan anak Latif yang tua
bersama Zila. Anak keduanya diberi nama Umairah dan yang ketiga Uqasha. Bagi Abdul Latif dia tidak mahu membezakan anak-anaknya biar pun mereka berlainan ibu yang melahirkan. Dia mahu anak-anaknya merasakan ikatan darah mereka, benih mereka adalah dari papa yang sama. Dia juga bersyukur Uwais tidak mejauhklan diri dan membenci dirinya. Sememangnya Uwais anak yang baik tidak mencampurkan hal dirinya dengan pertelingkahan mama dan papanya.
“Pasal duit simpan pandailah Latif yang uruskan, pasal
makan ni kamu kena bijak, jangan dicatu makan anak-anak. Anak-anak tara nak
besar ni perlukan zat makanan yang cukup supaya otak dia bijak.”
“Mak! kan saya dah masak sedap tu mak, ayam sup memang
yang diaorang suka mak”.
“Kamu ni Zila, kamu tak perasan ke yang kamu masak tu kaki
ayam, dengan leher ayam sahaja. Semuanya tulang, nak makan apa. Cuba kamu fikir
macam mana nak makan kalau tak ada dagingnya, kalau dah kaki dengan leher sahaja.”. Bebel emak mertuanya
melihat masakkanya tengahhari itu.
“Ok apa mak tu, pandailah dia orang nak makan, gigit sikit-sikit kemudian isap, kan dah rasa
ayamnya.”
“Zila!..kamu ni, makan budak-budak bukan sekadar nak
dirasa, tapi nakkan zat nya. Kalau hanya tulang mana nak datang zat protinnya,
setahu emak daging yang ada zat protin. Protin bagus untuk otak. Supaya anak
kita mudah belajar nanti. Kalau makan rasa sahaja, nanti makan nasi sahaja yang
banyak, silap-silap budak-budak jadi gemuk. Kalau dah gemuk budak malas nak
bergerak”. Pandai juga Puan Rubih berceramah tentang pemakanan, ialah bukan dia
buta ilmu dia juga bersekolah dulu hanya tiada rezeki keluar bekerja sahaja.
“Alah protin bukan dari daging ayam sahaja dari sayur pun
ada protin. Zila kan dah masakkan masak lemak pucuk ubi. Mak pucuk ubi ni
banyak hasiatnya mak”. Bangkang Zila mahu menegakkan pendirianya tentang
masakkanya tengahari itu.
(Tak masuk dalam cerita saja mak teh nak tulis untuk
pengetahuan pemabaca, mak teh terjumpa dalam MR.GOOGLE: Khasiat daun pucuk ubi
kayu. Mengenyangkan bila dimakan, dapat menghilangkan pening atau sakit kepala
selain dapat menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Pucuk ubi
kayu banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C. Serta mengandungi bahan meniral
seperti Kalsium,posforan, zat besi dan serat. Protin dan kabohidrat serta
tenaga yang diwujudkan dalam pucuk ubi kayu menyihatkan kita. Jika sebagai
rawatan pula pucuk ubi boleh menyembuhkan penyakit cirit birit dengan meminum
air rebusan pucuk ubi. Caranya pucuk ubi direbus dengan 900 cc air didihkan
hingga menjadi 450cc sahaja, minum setelah air menjadi suam. In Syaa Allah,
kita mencuba, Allah yang memberi kesembuhan. Petikan ini diambil dari ANIM AGRO
TECHNOLOGY by Anim Pct 11, Putrajaya.)
“Kamu ni Zila banyak pula jawapan kamu nikan, pucuk ubi
tu untuk emak dengan kamu memanglah
sedap, budak-budak mana makan sangat pucuk ubi tu”.
“Mak! sebetulnya, bukan Zila tak nak masak daging ayamnya
mak, tapi Zila akan goreng petang nanti kita makanlah sama-sama dengan abang
sekali.Tengahhari ni kita makan lah dulu apa yang ada”. Sudah menjadi kebiasaan
cikgu Latif makan tengahari disekolah,
hanya makan malamnya sahaja dia
makan dirumah bersama anak, isteri dan emaknya.
“Latif tu tak payah kamu risaukan makan dia, dia dah tua
tak perlukan banyak protin lagi, ni anak-anak yang baru nak besar dulukan
keperluan mereka dulu”.
Tengahhari itu Zila masak masak lemak pucuk ubi bersama
ikan kering gelama dan sup ayam untuk anak-anaknya. Tetapi diwaktu petang
barulah Zila akan mengoreng ketulan dada dan peha ayam untuk mereka sekeluaga,
itulah perancanganya. Sudah dua bulan perancangan itu berjalan dan dia sudah
dapat menyimpan sedikit duit untuk kegunanan dirinya sendiri. Sebenarnya dengan
duit itu dia ingi membeli crem pencerah untuk mencerahkan sedikit kulit
mukanya.
Yang sebenarnya Zila teringin menjadi cerah seperti Emil.
Pada Zila yang memandang, kerana
kecerahan wajah Emil membuatkan dia nampak cantik, mungkin itu yang
menyebabkan suaminya susah mahu melupakan bekas isterinya. Emil bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk menjadi putih, dia
tidak perlu produk kecantikan untuk memutihkan kulitnya, seluruh kulit dibadan putih, dia memang
semula jadi putih. Yang susahnya hanya dia, dia yang perlu produk kecantikan untuk memutihkan
wajahnya. Dia berkulit hitam manis.
Tetapi kini dia tidak perlu bimbang lagi, dia sudah tahu
dimana mahu mendapatkan duit untuk membeli produk pemutihan. Dia akan keIpoh
rumah abangnya untuk menjadi pembantu gerai makan, bekerja seminggu dia sudah
boleh mengumpul RM 200.00 lagi. Satu lagi perkara yang masuk dalam perancangan
dirinya, dia mahu meluruskan rambutnya,
kerana Emil berambut lurus, lurusnya juga lurus semula jadi, sedangkan dia
berambut keriting kasar semula jadi. Oh..oh banyaknya kelabihan yang diberi oleh Allah pada Emil itu yang selalu melintas dibenak NorFazilajh bila membanbdingkan dirinya dengan bekas madunya.
Manusia memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang
dikurniakan kepadanya. Ada orang suka berambut ikal hingga sanggup membuang
duit ke salun untuk menjadikan rambutnya ikal mayang cantik beralun. Begitu juga yang suka berambut lurus juga sanggup membuang
duit ke salun untuk meluruskan rambutnya hingga kelihatan rumbutnya seperti lidi penyapu. Tetapi yang untung siapa agaknya. Manusia memang begitukan tidak
mensyukuri apa yang diberikan kepadanya.
Hari berganti,
bulan berlalu tahun pula menghampiri. Kehidupan rumah tangga Emil Atilia dan
Mohd Nassir serta anak-anak mereka gembira dan bahagia. Begitu juga kehidupan
keluarga Abdul Latif dan Nor Fazila walaupun kadang-kadang bergoncang namun
sesekali ada juga gembira dan bahagianya. Walau apapun cabaranya kehidupan
wajib diteruskan. Anak-anak mesti diberi perhatian kerana merekalah bakal
peneraju negara ataupun dunia dimasa akan datang.
Ahmad Uwais dan Ahmad Sofian sudah mendapat keputusan
SPMnya. Ahmad Sofian mendapat 8 A+ (Straight A) dan Uwais mendapat 7A 1B. Biar
pun dia hanya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan itu, dia masih dapat
membanggakan dan menggembirakan mama dan papanya. Bagi Abdul Latif dan Emil
biar pun sudah berlainan rumah dan berlainan pasangan namun kegembiraan mereka
adalah kegembiraan yang sama. Gembira kerana kejayaan anak mereka dalam
pelajaran.
Cerita ni mungkin tamat hingga disini sahaja. Entahlah
sekarang rasanya mak teh dah tak ada cerita. Mak teh hanya suka baca cerita
orang sahaja.
Satu lagi mak teh nak tanya ok ke mak teh cerita bab
rumah tangga yang bermasaalah bercerai atau berpoligami. Pada mak teh sudah
ramai penulis yang bercerita tentang percintaan agung para remaja hingga
kejinjang pelamin bahagia hingga keakhirnya. Coretan ini hanya mahu
mengingatkan dalam bahagia kadang2 ada dugaan. Harus diingat juga jangan sampai
anak2 terbiar kerana masaalah rumahtangga yang kita hadapai.