~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday, 18 August 2013

Bab 40 Tidak terkikis kesal dihati




Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenag-senag kemudian

            Tiada lagi masaalah besar yang melanda keluarga Loqman dan Amirah, mereka  sekeluarga bahagia. Loqman dan Amirah gigih membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sabar dan bersungguh-sungguh. Kini sudah menampakan kejayaan hasil penat lelah mereka mendidik anak-anak. AinNur Syifa  sudah mendapat keputusan SPMnya, dia mendapat 10 A dalam pepereksaan besar itu. Nazrul Halim pula sudah ditingkatan empat sewaktu keputusan SRPnya dulu dia mendapat7A 1B. AinNur Syifa dan Nazrul Halim bersekolah di sebuah sekolah menengah Agama yang berasrama di Seremban. Anak mereka yang kecil-kecil seramai empat orang masih lagi disekolah rendah. Ahmad Fairdaus darjah lima, Abdullah Hakim darjah empat, Ahmad Hazril darjah dua hanya  Ahmad Fudhail masih disekolah tadika. Loqman dan Amirah bersyukur kerana kesemua mereka tiada masaalah dari segi pelajaran  mahu dalam kehidupan harian mereka. Mereka juga tergolong dalam anak-anak yang bijak. Sedang mereka duduk berehat diruang tamu sambil menonton telivesyen, Amirah menerima panggilan telefon dari seseorang, lama dia berbual. Loqman hanya memerhati, dia sudah tahu siapa pemanggilnya.

“Ada apa angah telefon Mirah.” Loqman bertanya ingin tahu.

“Nak ingatkan kita supaya datang esok.”

“Hai..Takkan lupa pulak..kak long pun nak ambil hadiah jugakan.”  kebetulan Syifa baru keluar dari dapur membawa seteko air teh o panas untuk mereka sekeluarga.


            Ayah mereka akan memintanya menyediakan seteko air teh o panas apabila mereka berehat-rehat sambil menonton televisyen di ruang tamu. Itulah kebiasaan ayahnya. Syifa tidak kekok melakukan kerja-kerja rumah tangga, walaupun dia merupakan anak perempuan tunggal Amirah dan Loqman. Bagi mereka suami isteri, tiada istilah manja untuk mendidik anak. Tiada istilah pilih kasih jika membuat kerja-kerja rumahtangga. Mereka dimestikan saling membantu antara satu sama lain. Memandangkan ibu mereka seorang pekerja, dia harus dibantu membuat kerja-kerja rumah tangga terang Loqman kepada semua anak-anaknya. Dari tingkatan satu lagi Syifa sudah tinggal diasrama.  Tetapi bila cuti persekolahan  dia dan adik-adik lelakinya yang lain diwajibkan memasak, memabasuh kain baju dan juga mengemas rumahtangga. Menolong atau menggantikan tempat ibu sekiranya ibunya bekerja ketika itu. Itu adalah arahan dari ayah mereka. Dia juga anak yang bertimbangrasa dan tidak merungut ketika melakukan sesuatu.

“Ia ayah, kak long pun akan ambil hadiah juga esok, mungkin adalah pesannya dengan ibu tu.” Syifa cuba meneka permintaan adiknya kepada ibu mereka. Ketika ini Syifa masih lagi bercuti, walaupun keputusan SPMnya telah diketahui. Tetapi tidak lama lagi dia akan berpisah jauh dari keluarganya. Dia akan ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Walau pun sedeh hatinya meninggalkan keluarga tercinta tetapi demi cita-citanya dia rela. Keluarganya juga menggalakkan dan bangga diatas pemergianya.
“Dia nak kita bawakan pau goreng.. lama tak makan katanya.” Amirah berterusterang.


            Itulah kueh kegemaran Nazrul Halim dan juga anak-anak mereka yang lain.Halim suka pau goreng yang berinti sambal tumis ikan bilis dan hirisan timun ditengahnya. Syifa suka pau goreng yang berintikan kacang merah ..lalu diistilahkan kueh pau gorengnya dengan panggilan kueh ‘DORAYAKI’, kueh kegemaran Doremon. Doremon merupakan siri kanak-kanak dari Jepun yang bersiaran TV3. Hakim pula sukakan pau goreng yang berinti sosej dan dicicah dengan sos cili buatan ibunya. Ahmad Firdaus pula sukakan donnat bersalut coklat pula..walau pun namanya berlainan tetapi dari bahan yang sama juga hanya jika untuk Firdaus, ibunya akan memanaskan (double boiler) coklat untuk disalut pada kueh dounatnya. Pau goreng akan lebih sedap jika dimakan ketika masih panas lagi kerana akan terasa akan kerangupan kulit luarnya jika  digoreng dengan api yang perlahan.

Cara untuk membuat cili sos Amirah: 10 tangkai cili kering bersama seulas bawang putih dibland sehingga hancur, dicampur dengan sedikit perahan air asam jawa, dua sudu gula pasir, sedikit garam dan dua sudu kicap pekat manis cap kipas udang. Kemudian renehlah bahan-bahan tadi diatas dapur sehingga pekat.
“Ok juga lah tu, dah lama ibu tak buat pau goreng kan, ayah pun dah teringin nak makan.” Loqman pula menyambung. Dia juga sukakan kueh itu sebenarnya, tetapi tidak mahu menyusahkan isterinya yang sentiasa sibuk dengan urusan anak-anak, rumahtanggan dan juga sebagai seorang pekerja.

“Ok esok kita buat. Esok kita nak bertolak pukul berapa ayahnya.” Balas Amirah, pertanyaan itu ditujukan kepada suaminya.

“Tanya kak long majlis mula pukul berapa.” Syifa sudah kedapur semula, untuk mengambil cawan dibantu oleh adiknya Firdaus. Malam itu Syifa mengoreng keropok Kelantan pula sebagai tambahan mereka makan sekeluarga.


            AinNur Syifa diberi penghargaan oleh pihak sekolahnya kerana keputusan SPMnya. Dia mendapat 10A dan merupakan antara sepuluh orang murid cemerlang. Dia kini di sedang menunggu hari untuk melanjutkan pelajaranya ke Mesir dalam bidang kedoktoran.Pemergiannya ditaja oleh  Majlis  Agama Islam Negeri Sembilan, surat tawaranya juga telah diterima. Halim juga mendapat penghargaan dari pihak sekolah kerana mendapat 7A 1B dalam pepereiksaan PMRnya yang lepas.Bangga sungguh hati Loqman anak-anaknya menunjukkan kecemerlanganya dalam pelajaran. Tetapi yang paling dia tidak disangka adalah anaknya Halim, yang tidak tahu membaca sewaktu darjah empat dulu mendapat 4A dalam pepereiksaan UPSRnya dan kini mendapat 7A dalam PMRnya. Dia teramat bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Amirah yang dapat mendidik  anak-anaknya  menjadi insan cemerlang dalam pelajaran. Dia masih ingat lagi betapa berushanya Amirah mengajar Halim untuk melayakkan Halim kesekolah menengah agama bersama kak Long Syifanya.

“Nampaknya angah tak dapatlah masuk sekolah dengan kak Long bu..angah hanya dapat 4A saja ni.” terdengar suara kecewa Halim dengan keputusan UPSRnya.

“Tak apalah, angah sekolah kat sini pun bagus juga..anak kawan ibu tu dapat 8A dalam PMRnya tahun lepas, dia sekolah kat sini saja.” Amirah memujuk Halim yang kecewa untuk mendapatkan 5A.

“Angah nak sekolah Menengah Agama dengan kak long bu.. sebab angah nak cemerlang dalam pelajaran dan juga agama.” ‘Oh itu niat Halim..dia ingin cemerlang dalam ugama juga rupanya’ detik hati Amirah.

“Oh kalau macam tu angah  cubalah isi borang permohonan, lepas tu kita belajarlah sungguh-sungguh baca dan tulis jawi..sebab kak long kata untuk masuk sekolah kak long tu, mesti lulus temuduga yang akan dia bagi nanti, tentang keputusan UPSRnya pula, kalau perempuan mesti 5A tetapi untuk pelajar lelaki sekurang-kurangnya 4A pun boleh.” Akhirnya dengan usha yang bersungguh-sungguh dan doa kepada Allah meminta bantuan, Halim berjaya kesekolah Menengah Agama. Tercapailah cita-citanya mahu bersekolah diSekolah Menengah Ugama bersama kak longnya.


            Ketika Loqman sekeluarga sampai disekolah anak-anak  mereka, tetamu sudah ramai. Semua para ibu bapa murid-murid seperti mereka juga, ingin sama-sama meraikan kejayaan anak-anak mereka. Mereka di sambut oleh Halim dengan gembira. Halim datang menyalami dan memeluk ibu, ayah dan adik-adiknya, rindu dia kepada seluruh keluarganya. Dia juga gembira semua ahli keluarga datang untuk menyaksikan dia dan kak longnya menerima hadiah. ‘PERMATA HATI SEKOLAH’ itulah gelaran anugerah yang akan mereka terima nanti. Menitis air mata Loqamn ketika nama Ain Nur Syifa dan Nazrul Halim disebut dan menerima hadiah atas pentas.Tidak pernah tergambar difikiranya yang anaknya Halim yang akan menerima anugerah itu. Sedang dia mengesat air matanya dengan lengan baju t-shirtnya..anaknya yang bungsu bertanya..

“Kenapa ayah menangis?”

“Ayah gembira sangat anak-anak ayah pandai..ayah harap semua anak-anak ayah jadi macam kak long dan abang ngah ye.” Tanganya meraih tangan isterinya disebelah dan mengenggam kemas, dia membisikkan sesuatu ditelinga isterinya. Kedengaran Loqman teresak lagi.

“Mirah terima kasih kerana dapat mendidik anak-anak abang menjadi orang yang cemerlang.”

“Kan kita ajar sama-sama ..nah tisu takkan nak lap kat lengan baju abang tu pulak, nanti diikuti pula oleh Fudhail”. Sambil mengelap matanya Loqman ketawa juga..tangisnya adalah tangisan gembira. Tangisan bangga dengan pencapaian anak-anaknya. Terasa ingin saja dia mencium isterinya tanda terima kasihya tidak terhingga. Tetapi di tahannya demi menjaga adap-sopan dikhalayak ramai.
Usai majlis mereka di jamu dengan nasi minyak berlaukkan kari daging, goreng belada ayam dan sayur acar timun.

“Angah balik dengan kita ke ayah.” tanya Ahmad Fudhail.

“Kenapa acu dah rindu nak main dengan angah.” Halim bersuara bila mendengar solan adik bungsunya.

“Ialah angah, dah lama kita tak main sama, sejak sekolah dibuka dulu angah tak balik lagi.” begitulah adik-adik disebelah ayahnya menerima kehadirannya. Tidak seperti adik-adik disebelah mamanya bagaikan tidak wujud abang mereka. Halim sangat bahagia dikalangan keluarga ayahnya.


            Waktu sebelum peperiksaan PMR bermula, ada sekali ayahnya menghantar dia pulang kerumah mamanya. Mamanya sekeluarga tinggal di sebuah apartment diKuala Lumpur.  Ketika itu sudah hampir waktu dia hendak menduduki pepereksaan PMR nya. Selepas itu ayahnya menghantar dia kerumah neneknya di Johor pula. Pada Loqman sebelum anaknya Halim menduduki peperiksaan besar itu, ada baiknya dia menghantar anaknya menemui mamanya untuk meminta restu. Supaya tenang hati anaknya menghadapi peperiksaan yang akan menentukan masa depannya. 

“Angah ... pergilah balik rumah mama angah kat Kuala Lumpur, tak lama lagi angah nak periksa PMR.Semoga dengan berkat doa mama yang melahirkan angah ..angah  akan berjaya dengan cemerlang. Kemudian balik jenguk nenek yang kat Johor sebab dia yang jaga angah, masa angah kecik dulu”. Loqman tidak mahu memutuskan ikatan kasih ibu dan anak, itulah sebabnya dia meminta Halim menziarahi mamanya. Dengan hati yang berat Halim menuruti kata-kata ayahnya. Sebenarnya dia masih terbayang segala tindak tanduk mama dan papa Roslinya ketika mereka duduk sebumbung dahulu. Apa yang ada di mindanya sememang tidak jauh berubah, terbukti sambutan keluarga mamanya sungguh dingin.


            Ketika dia sampai dirumah mamanya, mamanya terkejut dengan kemunculannya. Bukan nada gembira yang diterima tapi nada ragu...bagai dirinya datang menyusahkan dan mengganggu  kehidupan mamanya sekeluarga.

“Ehh Halim.. ..kenapa datang sini? dengan siapa kau datang??” Liza terkejut dengan kedatangan anaknya sendiri. Tidak lama kemudian ayah tirinya yang dipanggil papa Rosli oleh Halim muncul dari bilik tidur mereka. Mungkin terdengar suara isterinya menyebut namanya dia menjenguk keruang tamu. Dia merenung tajam kearah isterinya, kemudian dia menggamit isterinya lalu mereka berdua masuk kedalam bilik. Tidak lama kemudian mamanya keluar semula keruang tamu dan papa Roslinya keluar entah kemana tampa menegurnya walau sepatah pun. Huluran tangan Halim juga sambut bagai endah tidak endah. Setelah papa Roslinya keluar mamanya merapati dirinya.

“Kenapa kau datang sini..siapa yang hantar?” Itulah soalan mamanya. Seperti seorang pegawai penyiasat mamanya bertanya dengan garang. Ingin tahu. Pada sangkaannya tentu bekas suaminya tidak tahan lagi dengan kenakalan anaknya, lalu menghantar kerumahnya untuk dia pula yang menjaganya. Semenjak dia menghantar Halim kerumah keluarga Loqman dahulu, Liza tidak pernah mengambil tahu tentang anaknya lagi. Bagaikan tidak wujud anaknya yang bersama Loqman. Mungkin dia sudah melupakan anak yang seorang itu.

“Ayah yang hantar Halim tadi. Ayah suruh Halim duduk rumah mama..kan masa ni sekolah tengah cuti dua minggu (cuti pertengahan tahun).”

‘Dah sah lah ni dia nak suruh aku yang jaga pula’ bisik hati Liza bila mendengar jawapan anaknya.
“Mana dia?” Dengan muka bengisnya dia menjengah keluar rumah. Liza ingin bersemuka dengan bekas suaminya. Dia ingin menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menjaga Halim jika itu yang maksudkan oleh Loqman menghantar anaknya kerumahnya.

“Ayah dah balik. Ayah kerja kat Putra Jaya hari ini, tadi dia tumpangkan Halim datang sini. Ayah tak naik pun.” 

“Halim sini mama nak cakap..mama tak sanggup nak jaga kau..mama sibuk. Mama kerja, lebih elok kau duduk dengan ayah kau saja.” Terguris naluri lembut anaknya apabila mendengar kata-kata mamanya sendiri.. mama yang melahirkannya. Sungguh kasar dipendengaran ditelingnya.

“Mama...ayah tak suruh Halim duduk sini..ayah hanya suruh Halim jumpa mama sebab tak lama lagi Halim nak peperiksaan PMR. Awal  bulan sepuluh nanti, Halim dah mula periksa.”

“Nak periksa,periksalah.. tak payah jumpa mama..bukan boleh pandai pun kalau jumpa mama, lagipun bukan mama boleh tolong.” mendengar jawapan mamanya, Halim tidak berkeinginan untuk melanjutkan ceritanya..dia berkecil hati dalam diam. Liza tidak tahu keputusan UPSR Halim yang lalu. Jika dia tahu mungkin dia tidak akan berkata begitu. Tengahari itu juga Halim menghubungi ayahnya minta dirinya diambil sebelum ayahnya pulang semula ke Nilai Negeri Sembilan.

“Kenapa angah nak balik cepat sangat. Duduklah situ dulu, mungkin mama nak cerita-cerita sikit dengan angah. Hari Jumaat nanti ayah ambil angah.”

“Tak apalah ayah, angah lupa bawa buku nak baca, periksa dah dekat ni..takut angah tak sempat, banyak lagi yang angah nak baca tu.”

“Oklah petang nanti ayah ambil angah.. tapi bagi tahu mama dulu angah nak balik hari ni.” Sejak anaknya sampai tadi, hinggalah menjelang tengahhari Liza tidak menghiraukan lagi Halim yang duduk sendirian diruang tamu. Adik-adiknya yang seramai tiga orang, memerap didalam bilik mungkin mamanya tidak mengizinkan mereka berjumpa dengannya. Adik-adik disebelah mamanya dua orang perempuan dan seorang lelaki. Halim bagai cacing kepanasan diruang tamu sendirian. Dia mencapai semula telefon yang ada diruang tamu mamanya. Dia menghubungi ayahnya sekali lagi.

“Assalamualaikum ..ayah boleh tak angah nak balik sekarang?..Angah ada duit..angah nak balik naik train. Ayah jangan bimbang angah tahu macam mana nak naik train.” Halim sudah tidak dapat mengawal dirinya .Dia sudah kebosanan sendirian diruang tamu. Hatinya terasa sungguh kecewa dengan sambutan mamanya sekeluarga.

“Kenapa angah tak sabar ni, tunggulah petang, nanti ayah datang..ayah janji, ayah mesti datang ambil angah, angah jangan bimbang.” pujuk Loqman lembut.

“Tak mahulah ayah .. angah terasa nak balik sangat ni..angah pandai naik train, dulu angah pernah naik train dengan kawan. Ayah jangan takut angah takkan sesat, lagi pun angah nikan lelaki.” Loqman mendengar suara anaknya seperti orang yang hendak menangis..mungkin dia kebosanan detik hati Loqman.

“Jangan!!... dengar cakap ayah, tunggu situ ayah datang..sejam lagi ayah datang jangan pergi mana-mana..dengar cakap ayah.”  Loqman berkata tegas. Kebetulah segala urusan yang perlu ditangani cepat selesai. Loqman meminta diri dan bergegas untuk mengambil anaknya Halim. Ketika dia sampai dikawasan perumahan bekas isterinya, dilihat anaknya Halim sudah menunggunya disimpang jalan masuk kawasan itu.

“Kenapa angah tak sabar tunggu ayah ni? ..tunggu kat sini kan bahaya kalau di tangkap dek orangkan susah.” Halim melihat kebimbangan ayahnya, jelas tergambar diraut mukanya.

“Tak ada siapa yang nak culik angah ni ayah..lagipun angahkan lelaki tentulah angah melawan kalau ada yang nak buat dajal kat angah.” Loqman hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya. Betul juga begitu. Dari segi fizikal..Halim sudah hampir menyamai ketinggiannya, hanya badannya sahaja yang kurus berbanding dirinya yang sudah agak berisi.

“Kenapa angah tak nak duduk rumah mama angah lama sikit, Jumaat nanti ayah janji ayah akan ambil.”
“Mama yang suruh angah balik cepat supaya angah dapat baca buku.” Halim ingin melindungi perbuatan mamanya, tetapi hatinya memberontak ingin meluahkan apa yang ada didalam hatinya. Akhirnya dalam perjalanan mereka, Halim meluahkan juga apa yang ada didalam hatinya.

“Lepas ni ayah jangan suruh lagi angah balik rumah mama.. angah tak suka.”

“Kenapa pulak, diakan mama angah..orang yang mengandungkan dan melahirkah angah.”

“Kenapalah bukan Amirah ibu angah yang sebenar.” terkedu Loqman mendengar apa yang keluar dari mulut anaknya. Dari ekor matanya dilihat anaknya Halim menyapu matanya yang berair.

“Oklah, ayah tak akan suruh angah jumpa mama angah lagi. Nanti kalau angah dah besar, angah fikirlah sendiri sama ada nak jumpa atau pun tidak, tapi ayah bagi nasihat ni, kita tidak harus melupakan orang yang telah melahirkan kita, kerana dengan dia melahirkan kita.. kita berpeluang hidup dan melihat dunia ini.”

“Angah tahu..angah belajar di sekolah dan uztazah ada cerita..tentang  Alqmah betapa perlunya seorang anak menjaga perasaan ibunya..tapi dalam kes angah ni, mama angah sendiri yang tak mahu angah datang mengacau kehidupan dia. Angah rasa kalau boleh dia tak mahu mengaku angah ni anak dia. Kalau angah tak ada  dia lagi suka. Sejak mama hantar angah  rumah nenek kat PD dulu, mana ada mama ambil tahu hal angah. Angah rasa mungkin dia pun dah lupa pada angah..jadi angah minta sangat pada ayah, jangan suruh angah pergi rumah mama lagi. Angah tak mahu mengganggu  kebahagian mama dan papa Rosli.” Seperti keretapi ekpress Halim meluahkan isi hatinya. Dia mahu ayahnya faham kedudukan dirinya.

Dihari minggunya pula, Loqman menghantar anaknya ke Simpang Rengam Johor, untuk bertemu nenek Johornya pula.

“Yah..angah malaslah nak pergi rumah nenek kat Johor tu.”

“Kenapa pulak..diakan nenek angah..dia yang jaga angah masa angah kecik..dia sayang sangat kat angah, nama angah tu arwah atuk dan nenek Johor yang bagi tau. Mereka memang sayang sangat kat angah. Dulu dia bimbang sangat kalau ayah jumpa angah, takut kasih sayang angah beralih pada ayah, itu sebabnya dia tak berapa suka kalau ayah jumpa angah..ni dah lama sangat angah tak jumpa mereka, tentu mereka rindukan angah.” Mendengar kata-kata ayahnya, Halim mengikut sahaja arahan dari ayahnya.

            Bila sampai sahaja mereka dirumah bekas ibu mertuanya,bekas ibu mertuanya hairan melihat kedatangan bekas menantu bersama cucunya Nazrul Halim.

“Ohh..Loqman, Halim kenapa datang?” soal ibu mertuanya hairan. Didalam hati Halim, mengapakah hanya soalan itu sahaja yang didengar dari mulut mama dan nenek Johornya. Tidak seperti nenek atau atuknya di PD ataupun di Kuala Pilah, mereka akan megalu-ngalukan kedatangan mereka dengan senyuman tidak putus dibibir, seakan gembira sangat dengan kedatangan mereka.

“Saja datang ..ni Halim nak jumpa nenek dia.” cerita Loqman meramahkan diri.

“Loqman, kalau kamu nak aku  jaga Halim ni balik, aku tak sanggup rasanya. Sekarang ni aku jaga  cucu aku yang lain, ada lima orang semuanya kecik-kecik lagi. Aku suka cakap terus terang..kalau nak tambah sorang lagi rasanya aku tak sanggup”.

“Bukan macam tu mak ..tak lama lagi Halim ni nak perikasa, jadi dia nak minta halal dan minta ampun kalau dia ada buat salah kat mak dan minta halal kan makan minumnya dulu masa emak jaga dia..supaya lapang hatinya bila menjawab kertas periksa tu nanti.”

“Ohh kalau macam tu, nenek halalkan semua makan minum Halim dulu dan nenek maafkan segala salah silap Halim. Nak duduk berapa hari kat sini?” Barulah lembut sedikit suara neneknya bila mendengar penerangan dari ayahnya.

“Kalau mak tak keberatan, biarlah dia habiskan cuti sekolahnya disini..biar dia jumpa kawan-kawan dia nanti masa nak buka sekolah baru saya datang ambil.”

“Ahh..lama tu..rasanya mak tak sempat nak siapkan makan dia.” Walaupun Halim masih muda usianya, namun dia tahu neneknya keberatan untuk dia tinggal walaupun sehari dirumah neneknya.

“Tak apalah ayah..angah rasa angah nak balik ikut ayah sajalah, angah nak baca buku ni..tak lama lagi sekolah nak buka angah tak siap lagi kerja sekolah.” Loqman tahu itu hanya alasan anaknya sahaja. Loqman tahu anaknya mungkin berkecil hati dengan jawapan yang keluar dari mulut neneknya tadi. Diatas gesaan Amirah sebelum dia kerumah neneknya dia sudahpun menyiapkan semua kerja sekolah, supaya hatinya tidak gundah memikirkan kerja sekolah ketika dia dirumah neneknya nanti.


            Setelah menghabiskan secawan teh Loqman dan Halim pulang semula ke kuarters kediaman mereka dia Nilai Negeri Sembilan.  Ketika dalam perjalanan pulang, Halim hanya mendiamkan diri. Wajahnya nampak sedeh. Dia tahu, dia tidak diterima dalam keluarga sebelah mamanya. Loqman menepuk perlahan belakang anaknya.

“Dahlah, angah jangan fikir lagi. Pada ayah kalau kita pandai siapa-siapa pun akan suka pada kita, jadi sekarang angah belajar sungguh-sungguh tunjukkan pada mereka,  Halim sekarang ni bukan Halim yang dulu. Halim yang  tak tahu baca. Halim sekarang dah pandai dan dapat 8 ke 9 A dalam PMRnya.”  Loqman meniupkan semagat kedalam jiwa anaknya dengan bersungguh-sungguh. Halim memandang ayahnya dan mengapai tangan ayahnya lalu digengamnya erat seperti mencari semangat. Untuk sekolah aliran agama ada 9 mata pelajaran yang wajib diambil, termasuklah Bahasa Arab.  

“Ayah, angah berterimakasih pada ayah kerana menyedarkan angah dari kesalahan. Berterima kasih kerana memberi angah ibu, kakak dan adik-adik yang baik, mengasihi dan menyayangi angah tidak berbelah bagi. Kalau dulu ayah tak rotan angah, entah apa akan jadi pada  angah sekarang ni. Tentu saja angah rasa angah seorang diri saja didunia ini. Sekarang angah rasa bertuah dapat hidup bersama ayah dan dapat beribukan Amirah, walaupun bukan dia yang lahirkan angah. Yah.. sebenarnya dulu angah selalu fikir kenapa bukan Amirah ibu yang melahirkan angah, tapi sekarang ni tak lagi. Biar pun bukan dia yang melahirkan angah, tapi angah dah anggap dia ibu kandung angah dunia dan akhirat. Angah tak nak fikir lagi pasal mama.” Loqman sungguh terharu mendengar kata-kata dari anaknya. Kesalnya membelit tangkai hatinya. Ini adalah kesilapan dirinya. Anak yang lahir dari kesilapan itu yang menanggungnya kini. Loqman ingin sekali mengetahui apakah yang berlaku ketika Halim dirumah mamanya tempuh hari, sehingga dia begitu berkecil hati dengan keluarga mamanya.

 “Mama angah buat apa kat angah hari tu.”

“Mama macam tak kasi angah nak duduk dengan dia dua tiga hari. Dia macam tak selesa angah datang rumah dia. Papa Rosli pun benci nak pandang muka angah. Bila papa Rosli nampak angah saja dia keluar dengan muka yang masam. Dia tak tegur angah pun. Adik-adik angah pun tak keluar dari bilik, mungkin mama tak kasi jumpa angah.”  Berkaca-kaca mata Halim menceritakan sambutan keluarga mamanya terhadap dirinya.

“Angah...ayah minta maaf banyak-banyak dengan angah, kerana perbuatan ayah membuatkan angah menanggung akibat kesilapan ayah. Kalau angah dah besar nanti angah akan faham apa yang ayah maksudkan. Tapi ayah nasihatkan angah belajarlah rajin-rajin semoga menjadi insan yang berjaya. Balas budi ibu yang bersusah payah mengajar angah”.

“InsyaAllah yah, angah janji akan belajar rajin-rajin, angah akan tunjukkan kepada adik-adik, angah akan menjadi insan yang berjaya dan berjasa pada ibu dan ayah. Pada angah sekarang, hanya ada satu ibu angah..Amirahlah ibu angah.”  Itulah janji Nazrul Halim kepada ayahnya.


            Halim terbayang betapa bersungguh-sungguhnya Amirah mengajarnya sehingga dia pandai membaca dan mengira. Tidak habis disitu, ketika dia medapat keputusan UPSRnya. Dia hanya mendapat 4A sahaja.
“Alhamdullilah angah dapat 4A ibu dan ayah bangga ngah.” Amirah tersenyum bila melihat keputusan UPSR Halim tetapi wajah Halim kelihatan sedeh pula. Lalu dia ditegur oleh ibunya.

“Kenapa ibu nampak angah sedeh pulak ni.”

“Dengan keputusan macam ni  tak dapat lah angah nak sekolah dengan kak long, sekolah tu nakkan 5A.”

“Tak apa, sekolah kat sini pun ok. Ramai juga yang dapat 8A masa peperiksaan PMR. Ada dua tiga orang kawan ibu yang anaknya sekolah kat sini saja mereka dapat 8A.” Halim hanya menundukkan wajahnya sahaja, dihati membuak-buak ingin bersekolah bersama kak long disebuah sekolah berasrama dalam aliran agama. 

“Angah nak sekalah dengan kak long sebab angah nak belajar ugama.”

“Kalau macam tu belajarlah sungguh-sungguh rasanya dengan keputusan 4A ini boleh. Kita lancarkan baca dan tulis jawi kemudian mengaji ikut semua tajjud yang betul. Angah boleh sekolah kat sekolah kak long tu. Kalau angah lulus temuduga yang nak masuk sekolah tu.”

“Bukan ke sekolah tu memerlukan 5A baru boleh masuk." Harapanya kembali berbuga bila ibunya berjanji membantu dirinya belajar supaya dia lancar membaca dan mahir menulis dalam tulisan  jawi, bagi membolehkan dia lulus ujian untuk melayakkan dirinya belajar dikesekolah kak long Syifanya.

“Untuk pelajar perempuan memanglah 5A tapi untuk pelajar lelaki minimumnya 4A dan lulus temuduga yang diberi, tapi mesti pandai mengaji, tulis dan baca jawi. Nanti ibu tolong ajarkan.” Ketika itu ibunya bersungguh mengajar dirinya membaca dan menulis  jawi. Diwaktu malam pula ayahnya akan mengajar dia mengaji pula.


            Dia sebenarnya bahagia bersama keluarga ayahnya. Dengan penerangan begitu dia mengharapkan pengertian ayahnya supaya dia tidak digesa lagi untuk berjumpa mamanya suatu hari nanti.


            Didalam hati Loqman sungguh insaf, inilah akibat perceraian, anak-anak yang akan menanggung derita perasaan. InsyaAllah jika ada kesempatan dia akan membimbing semua anak-anaknya membina rumahtangga, jangan sampai kecundang dipertengahan jalan. Dia tidak mahu anak-anaknya tewas dalam cabaran berumahtangga seperti dirinya dulu. Dia tidak mahu lagi ada keturunanya yang menderita seperti anaknya Halim.


Friday, 16 August 2013

Bab 39 Tidak terkikis kesal dihati




Pulang peladang meligan ayam,
Kerbau resah melilau di bendang,
Belakang parang lagikan tajam,
Kalau diasah kemilaunya garang.  

            Sepeninggalan Loqman, Amirah bertiga beranak bertangis-tangisan, menahan kesakitan akibat pukulan tadi dan juga kerana kesalan-kesalan dihati. Amirah bangun, dia kebilik tidurnya mengambil minyak gamat untuk mengubati kesan pukulan suaminya dibadan anak-anaknya. Ketika sedang dia menyapu minyak gamat di punggung Halim yang masih teresak. Halim bertanya..

“Kenapa ibu lindungi angah dengan tangan ibu tadi?”

“Kerana angah anak ibu..ibu tak mahu angah sakit ayah rotan.” jawapan Amirah menyentuh naluri halus anak suaminya kerana dikasihi.

“Kan ibu pun dapat sakit kerana angah jahat.”

“Kalau angah kesiankan ibu dan tak mahu ibu pun kena rotan ayah angah jangan buat jahat lagi ye.”
“Ibu pun malu ke angah bodoh.” Halim bertanya lagi.ahh mencabar pulak pertanyaan Halim ni detik hati Amirah.

“Kalau angah tak mahu ibu malu…angah belajarlah rajin-rajin ibu boleh tolong ajarkan.. InsyaAllah angah akan pandai macam orang lain juga.”

“Maafkan angah bu..angah ingat ibu tak sayang angah kerana angah bukan anak ibu.”

“Bukankah nama angah Nazrul Halim bin Loqman, dan Loqman tu kan suami ibu jadi angah ni muhrim ibu. Muhrim tu adalah keluarga yang paling hampir dengan kita. Kalau ibu ada air sembahyang bila ibu sentuh angah, air sembahyang ibu tak batal. Lagi satu kalau ibu nak ke Mekah, ibu diwajibkan ditemani oleh muhrimnya dan angah boleh menjadi muhrim ibu..bukan ke angah orang yang paling hampir dengan ibu, ini bermakna angah anak ibu juga.” Halim diam mendengar penerangan dari Amirah. Walaupun dia bukan ibu yang melahirkan dirinya tapi kini dia faham Amirah adalah ibunya Ibu yang bersedia mempertahankan dan melindungi dirinya. Dia bangun lalu memeluk Amirah dan teresak sedeh di pelukkan Amirah, kali ini dia menangis bukan kerana sakit tetapi dia menangis kerana menerima kasih seorang ibu. Kemudian dia melonggarkan pelukkannya sambil berkata..

“Angah janji tak  akan jahat lagi…” bila  dia terpegang tangan Amirah yang terkena pukulan ayahnya tadi, Amirah menyeringai sakit, dia melihat tangan ibunya bergalur merah dan membengkak.

“Kesian bengkak tangan ibu ni... angah sapukan minyak gamat kat tangan ibu.”  setelah selesai Halim menyapukan minyak gamat ke tangan ibunya kemudian Amirah bersuara.

“Kak long meh masuk bilik, ibu sapukan minyak gamat kat badan kak long pulak”. Selepas anak-anaknya solat Zohor, Amirah menyuruh mereka makan pula. Dimeja makan mendengar perbualan empat orang anaknya.

“Angah sakit tak ayah rotan.” adiknya Ahmad Firdaus  yang berumur enam tahun bertanya. Sementara adiknya Abdullah Hakim hanya mendengar dan memandag sahaja. Mereka semua menyaksikan apa yang berlaku tadi. Hakim berperangai seperti ibunya sedikit, dia agak pendiam berbanding adik-adiknya yang lain.
“Tanya kak long sakit tak..” angahnya tidak mahu menjawab..diserahkan soalan tadi kepada kak longnya.
“Sakiit, kak long yang kena sekali ni rasa tak sanggup nak kena lagi ..tulah angah kak long minta sungguh-sungguh dengan angah, jangan buat macam tu lagi..jangan kawan dengan Pian tu, dia memang nakal dari dulu lagi. Kak long ingat masa dia darjah tiga pun perangai dia macam tu..kak long bukan apa, kak long ni perempuan tak tahan dengan rembatan rotan ayah..kak long kena sekali dah tak tahan..tapi angah kena tiga kali sakit tak?.”

“Sakit..kesian kak long..sebab angah kak long kena rotan juga.”

“Itulah jangan buat lagi tau, kalau angah buat lagi ayah tentu rotan kak long lagi..dengar tak kata ayah tadi kalau angah jahat angah kena rotan kak long pun kena rotan juga.”

“Dengar.. angah tak buat lagi..angah janji. Tapi angah ni dah bodoh macam mana nak pandai macam kak long.” Amirah bangun setelah nasi untuk menyuap anaknya yang berumur tiga tahun habis. Dia kemeja makan dimana anak-anaknya yang empat orang tadi sedang makan, untuk mengambil sedikit lagi nasi dia menyampuk apa yang mereka bualkan.

“Angah ..ibu dulu pun bodoh..lagi tak ada siapa nak ajar, sebab ibu anak yang tua, anak sulong… harapkan atuk saja diwaktu malam. Tapi ada seorang cikgu ibu, nasihatkan ibu, kalau kita tak tahu atau susah nak ingat, bacalah berkali-kali, umpamanya..baca sekali tak faham baca sekali lagi, kalau tak faham baca lagi kalau dah baca sampai sepuluh kali tak kan tak faham tentu faham dan ingat..macam sekarang ni angah tak berapa lancar membaca..cuba angah baca banyak-banyak kali kalau dah jumpa perkataan itu saja tentu dah boleh baca, tak payah nak eja lagi. Sebetulnya ngah kalau kita baca buku kita akan jumpa perkataan yang sama setiap kali baca. Angah kalau angah tak tahu, angah boleh tanya kak long, tanya ibu atau tanya ayah pun boleh.” bila  Amirah menyebut nama ayanya terus Halim berkata..

“Tak mahu lah tanya ayah..angah tak suka.”

“Kenapa angah tak suka ayah..sebab ayah pukul angah tadi.Angah..ayah pukul tadi sebab dia sayang angah. Kalau angah tidak diberi peringatan macam tadi, angah tak akan sedar kesalahan angah. Kalau sampai dah besar angah meminta duit dari orang macam mana. Kemudian kalau orang tak beri angah curi..bila kena tangkap masuk penjara. Dipenjara bukan sahaja dikurung tapi kena rotan juga lagi besar rotanya. Ibu ada tenguk dalam majalah Tiga TV3 dulu..dia orang kena rotan, rotannya besar..orang yang merotan juga besar dan gagah. Sampai berdarah-darah orang yang kena rotan, ada yang sampai pengsan menahan sakitnya, kemudian kalau dia dah sedar akan dirotan lagi sampai cukup berapa kali mahkamah jatuhkan hukuman sebat itu, kalau lima kali, lima kalilah kena rotan. Kalau sampai dua puluh kali, dua puluh kali lah dia kena rotan tiada maaf dan tidak ada orang boleh tolong, jadi sebelum sampai jadi macam tu, ayah rotan angah supaya angah sedar. Supaya angah menjadi orang yang baik dan pandai...jangan ambil orang punya.” panjang lebar Amirah menerangkan sebab apa ayahnya merotan dirinya tadi.


            Selepas makan tengahari mereka dinasihatkan tidur sahaja oleh ibu mereka. Memandangkan kejadian tadi Amirah tidak menggalakkan mereka kesekolah ugama petang itu. Biarlah mereka berihat. Sedang dia hendak terlena sambil menyusukan anaknya yang kini telah pun berusia empat bulan telefon bimbitnya berdering, tertera discreen nama suaminya. Rupanya suaminya ingin memberitahu mungkin petang nanti dia pulang lewat sedikit kerana ingin menangani satu kes di Putra Jaya. Setelah talian di putuskan Amirah terus memejamkan matanya. Dia sungguh mengantuk kerana baru pulang dari bertugas malam. Waktu inilah kesempatannya yang ada memandangkan kesemua anak-anaknya tidur, dia juga mengambil peluang memejamkan mata sekejap.


            Petang itu setelah semua anaknya siap mandi, disuruh nya semua anaknya makan malam. Bagi keluarga Amirah makan malam mereka diantara pukul enam petang hingga pukul tujuh malam. Kerana disebelah malam masa mereka menghabiskan kerja-kerja sekolah, atau mengulang kaji pelajaran dan mengaji pula. Setelah selesai makan malam Amirah menasihatkan kak long dan angah menghabiskan kerja sekolah mereka.

“Kak long, angah buat kerja sekolah kalau ada..lepas tu baca buku, rasanya tak lama lagi perikasa penggal pertamakan kak long.” Amirah sangat prihatin tentang pelajaran anak-anaknya.

“Ia bu..lagi dua minggu perikasa kata cikgu…angah ..angah perikasa bila? cikgu dah bagitahu?.” kak long Syifanya  bertanya adiknya Halim.

“Entahlah angah tak tahu.”

“Tapi perikasa penggal ni rasanya semuanya sama hari kan kak long..mungkin lebih kurang saja tarikhnya..dah cepat baca nanti ibu ajar angah..mana kerja sekolah angah ibu tenguk.. sebelum adik bangun ni.” Amirah menghulur bantuan tampa diminta oleh anak-anaknya.


            Mereka belajar di bantu oleh ibu mereka, dua orang anak mereka yang bersekolah tadika juga megeluarkan buku mereka dan yang berusia tiga tahun sudah diberi sebuah buku dan sebatang pencil oleh Amirah supaya dia tidak menggangu abang-abang dan kakaknya belajar. Ketika mereka sedang belajar didalam bilik terdengar suara memberi salam dan pintu sudah dibuka dari luar walau pun pintu utama berkunci. Amirah sudah tahu siapa yang pulang ..kalau bukan suaminya siapa lagi. Loqman mengunakan kunci yang ada padanya untuk membuka pintu rumah mereka. Sebelum masuk kerumah sekali lagi dia memberi salam, Amirah bangun menyambut kepulangan suaminya.

“Assalammualaikum….sayang ok ?”

“Waalaikumsalam.. abang ok?” Amirah mencapai tangan suami dan menciumnyanya 

“Ok..budak-budak mana Mirah.. sunyi saja.”

“Dia orang dalam bilik buat kerja sekolah…abang dah solat?”

“Belum Mirah..tadi nak solat kat Putra Jaya..tapi baju ni rasa macam dah kotor pulak… lupa tadi nak bawa baju bersih. Yang sebetulnya baju bersih abang ada dalam kereta tapi tadi naik keenderaan jabatan.”


“Kalau macam tu pergilah abang mandi, Mirah siapkan makanan abang.” Amirah berlalu kedapur, sambil memberi senyuman manis kepada suaminya. Sejuk hati Loqman memandang isterinya kemudian dia juga masuk kebiliknya mengambil tuala dan mandi didalam bilik mandi yang ada di bilik mereka. Setelah selesai bersolat Asar, dia menjenguk disebelah katil bahagian bawah anaknya yang masih bayi lena tidurnya. Dia kedapur dilihat isterinya sedang mengambil pinggan.

“Abang makan kat mana tengahari tadi?” Amirah bertanya suaminya.

“Abang tak makan pun..tak ada selera..tapi ni nampak masakkan Mirah terasa lapar sungguh perut abang ni.”

“Kesihan abang dari makan pagi tadi, sampai ni baru nak makan.” petang itu Loqman makan penuh berselera. Apalagi dengan lauk kegemaranya, masak lemak cili api daging salai, memang telah lama Amirah tidak memasak masakkan tersebut. Sejak dia sibuk dengan anak kecilnya. Tetapi tidak pula Loqman marah kerana tahu kesibukkan isterinya, kini Loqman amat prihatin, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Dia akan makan apa yang disediakan oleh isterinya, dia tidak akan meminta-minta itu dan ini, dia kasihan melihat kesibukkan isterinya sebenarnya.


            Malam itu selepas solat Magrib berjemaah dirumah, sudah menjadi kebiasaan Loqman akan mengajar anak-anaknya mengaji, tetapi Halim tidak mahu belajar bersama ayahnya, dia ingin belajar bersama ibunya. Pada mulanya Loqman ingin menggunakan kekerasan memaksa Halim belajar bersamanya tapi Amirah melarang biarlah dia yang mengajar.
“Biarlah bang..biar Mirah yang ajar..kalau dia belajar dalam keadaan takut pun tak guna juga..  abang ajar lah Firdaus, Hakim dan Hazril” Anaknya yang tiga tahun juga sudah mula sedikit-sedikit disuruh belajar mengenal huruf oleh Loqman dan Amirah.

“Masa Mirah kerja malam macam mana?”

“Biar kak long yang ajar…tapi abang pastikan juga dia belajar..buat masa ni mungkin dia takut lagi .. lama-kelamaan hilanglah rasa takut dia pada abang”.


            Malam itu seperti biasa Loqman  akan menidurkan anaknya yang berumur tiga tahun  dibilik kak longnya. Kemudian dia kebilik anak lelakinya pula, dimana Halim tidur bersama, Firdaus dan Hakim. Dia akan memastikan anak-anak berselimut kemudian dia akan mencium anak-anaknya satu persatu. Ketika itu Halim masih belum tidur lagi tetapi dia pura-pura tidur bila terlihat ayahnya masuk kebilik mereka. Loqman merapati Halim lalu tunduk mencium dahi anaknya dengan penuh kasihsayang, dia berkata dengan perlahan ...
“Angah..ayah sayang  angah macam anak-anak ayah yang lain, ayah terpaksa keras sedikit dengan angah supaya angah tidak lalai..maafkan ayah ngah.” kemudian Loqaman tunduk mencium dahi anaknya Halim sekali lagi. Kata-kata ayahnya tersemat didada Halim dengan janji dia akan menjadi anak yang baik dan akan berusha belajar hingga berjaya itulah janjinya kepada dirinya sendiri.


            Ketika di biliknya Loqman melihat isterinya baring membelakangkan pintu, isterinya menyusui anak kecilnya.Dia baring merapatkan diri pada isterinya, lalu dipeluk isterinya dari belakang sebuah ciuman singgah di leher isterinya, kemudian dipipinya pula.

“Emm..Fudhail dah tidur..Mirah.”

“Syyy..baru nak lena..belum lepas puting susu kat mulut dia.” isterinya menjawab perlahan. Dengan perlahan Loqman berkata-kata dengan Amirah..supaya anaknya terlena dulu.

“Sayang abang minta maaf sebab terotan sayang siang tadi.” Loqman bangun kembali. Dia duduk dia membelek tangan isterinya yang dengan tidak sengaja dipukulnya siang tadi, masih bengkak sedikit, kesan rotan berbalar merah..rasa kesal timbul dihatinya kerana menyakiti isterinya secara tidak sengaja.

“Tak apa bang... abang bukannya sengaja..Mirah tak kisah kalau dengan cara itu angah berubah menjadi anak yang baik dan mendengar kata.” suaminya ingin bangun.

“Abang nak kemana?”

“Abang nak ambil air panas nak tuam tangan Mirah yang bengkak tu.”

“Tak payahlah bang tadi dah tuam.. angah dan kak long yang tolong tuamkan dah sapu minyak gamat pun.” Amirah sudah bangun kerana dia ingin meletakkan beberapa biji bantal disekeliling anak kecilnya yang sudah kenyang dan terlena. Bantal-bantal itu bertujuan supaya anaknya tidak tertindih olehnya nanti. Amirah dan Loqman tidak meletakkan anak kecilnya didalam katil bayi kerana bagi mudah untuk dia menyusukan anaknya ditengah malam jika anaknya bangun hendakkan susu.

“Kak long dan angah pun dah tuam juga ke Mirah?”

“Dah kita orang berganti-ganti menuam tadi dengan botol susu Hazril.” supaya mudah menuam Amirah memasukkan air panas kedalam botol susu kemudian dibalut dengan lampin basah, sebelum menuam anak-anak dan dirinya yang kena rotan tadi.

“Tadi abang memang hilang sabar ...dalam bilik guru lagi dah mendidih darah abang ni. Tadi bila guru disiplin terpandangkan abang dia terkejut, ada polis datang kesekolah. Tambah terkejut bila abang cakap, abang ayah angah. Dia kata tak sangka ayah angah seorang anggota polis. Abang rasa sungguh malu Mirah. Nampak sangat abang tak pandai nak didik anak...kemudian dia ceritalah angah ni agak ganas sedikit disekolah, berkawan pulak dengan budak darjah lima dan enam. Cikgu kelas dia sudah dua tiga kali membuat aduan yang angah ni selalu ponteng kelas. Dia keluar kelas waktu dalam pembelajaran tampa izin cikgu kelas. Tadi ni dia memeras ugut budak perempuan darjah tiga minta duit pulak. Sebab apa dia mintak duit kat orang, Mirah nak tahu.... katanya..kerana ibu tirinya tak bagi dia duit..ibu tirinya pilih kasih antara dia dengan adik-adiknya yang lain..abang minta maaf Mirah anak abang dah cemarkan nama Mirah.”
“tak apa lah bang.. dia kecil lagi dia tak tahu membezakan mana baik mana buruk kalau kita ajar dia dengan baik InsyaAllah...dia akan jadi budak yang baik juga nanti.” Tiada sedikit rasa terkilan  terpamir diwajah Amirah, malah Amirah tidak menyalahkan sesiapa, diatas tindaktanduk anak suaminya.
“Terima kasih Mirah..” belum habis lagi Loqman ingin berkata-kata Amirah sudah menyampuk sambil menyentuh bibir suaminya dengan jari telunjuk.
“Bang jangan cakap macam tu, jangan cakap terima kasih pada Mirah. Itukan tanggung jawab kita bagi tunjuk ajar pada anak-anak. Pada Mirah setiap anak yang lahir kedunia ni harus diberi peluang untuk hidup berjaya dan berbakti...apatah lagi anak yang  ada bersangkutan dengan abang. Abang ..Mirah sayang abang..jadi anak abang pun Mirah sayang. Mirah tak pernah fikir apa-apa bang. Janganlah abang fikir yang tidak-tidak. Sekarang ni kita sama-sama didik anak-anak kita supaya menjadi manusia yang berjaya dan berbakti. Berjaya dia dunia dan berjaya diakhirat. Berbakti pada bangsa, masyarakat dan berbakti pada kita juga nanti.” Loqman menarik isterinya dalam pelukkanya. Dia memeluk isterinya dengan erat dan kemas kemudian dia mengucup dahi isterinya lama tanda terima kasihnya yang tidak terucap. Terima kasih kerana menyayangi anaknya seperti anaknya sendiri. Bagai tiada istilah anak tiri disanubari Amirah rasanya. Pada Amirah untuk apa dia membenci Halim, anak itu tidak bersalah. Dia mangsa keadaan...mangsa perpisahan ibu dan bapanya. Amirah bersimpati.


            Sudah dua bulan kejadian itu berlalu,  pada pandangan mata kasarnya Halim sudah banyak berubah, sudah tidak degil dan seliar dulu. Dia tidak lagi sewanang-wanangnya keluar rumah tampa meminta izin dari ibu atau ayahnya. Kini dia sudah mula bertangungjawab pada pelajaranya. Peperiksaan penggal pertamanya juga sudah menampakkan perubahan sedikit, walaupu tidak semua mata pelajarannya lulus tapi ada menampakkan peningkatan dari segi peratus markahnya. Kata-kata semangat sering ditiupkankan oleh ibu mahu pun kak longnya. Dia juga sudah nampak mesra sedikit dengan ayahnya. Bila melihat kakak dan adik-adik lelakinya bergurau dengan ayahnya dia akan duduk bersama-sama ketawa dan mengusik-ngusik. Diatas nasihat Amirah, Loqman juga sudah menampakkan sedikit kelembutan menangani kesalahan anaknya Halim.
“Bang.. kalau tegur angah tu, biarlah lembut sikit...jangan nanti dia kata abang tak sayang dia.” Ketika itu mereka didalam bilik tidur mereka, Amirah menegur suaminya, kerana memarahi anaknya yang mendapat markah rendah.
 “Abang geramlah Mirah..bilalah agaknya angah tu nak pandai..dah diajar bukan tak ajar.”
“Perlahan-lahanlah bang. Kita kena sabar..kita kena fikir juga, dia nak mengutip semua pelajaran dari darjah satu hingga darjah empat yang tertinggal. Dia membaca pun masih  lagi mengeja. Dia nak mengeja lagi nak memaham lagi..takut kalau kita terlalu bagi tekanan dia akan bosan belajar nanti. Kalau dah macam tu lagi susah kita nak ajar dia.”


            Terasa ada kebenaran kata-kata isterinya. Sejak itu Loqman cuba menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya Halim. Amirah pula dia sentiasa meniupkan semangat supaya anaknya angah lebih berusha.
“Angah semua orang yang nak pandai mesti belajar. Macam kak long, angah tengok diapandai sebab kak long dari dulu lagi dia dah belajar, jadi sekarang ni dia tak lah susah sangat nak belajar. Sekarang ni angah kenalah belajar bersungguh-sungguh gantikan yang dulu angah tak belajar tu. Kalau angah tak tahu tanya, tak kiralah tanya ibu ke, tanya ayah ke, tanya kak long atau pun kalau angah tak keberatan tanyalah cikgu lagi bagu. kkalau kita belajar dan belajar  kemudian berdoa pada Allah minta diterangkan hati kita ni, InsyaAllah pandailah. Jangan lah kita belajar sikit kemudian dah berdoa minta pandai tentulah Allah tak kabulkan doa kita. Dalam semua hal kita mesti bersungguh-sungguh baru Allah kabulkan doa kita…Macam sekarang ni ibu tenguk angah bersungguh-sungguh menjauhi perkara-perkara yang jahat, sekarang perkara-perkara yang jahat tu tak datang lagi pada angah kan. Budak yang selalu mengajak angah buat jahat pun dah tak datang lagi kacau angah. Itu menandakan Allah dah menjadikan hatinya tak mahu lagi berkawan dengan angah, ibu nak tanya ni.. angah mesti jawab dengan jujur..angah susah hati ke budak tu tak nak kawan dengan angah lag?” 
“Tak lah... angah ada banyak kawan lain selain dia, yang nak kawan dengan angah.”
 “Kalau macam tu bagus lah, ibu bersyukur kepada Allah ...sekarang angah dah jadi budak pandai..pandai memilih kawan yang mana baik dan yang mana tak berapa elok, untuk kita nak jadikan kawan. Hanya sekarang angah kena belajarlah sungguh-sungguh. Kan ada peribahasa melayu kata ‘Belakang parang tu kalau diasah lama-lama akan tajam juga’ ertinya ….kita ni kalau tak pandai tapi kita belajar dan belajar InsyaAllah akan pandai juga. Ialah angah baca sekali tak ingat kemudian angah baca lagi kalau dah sampai tiga empat kali baca tentu dah ingatkan”. Halim hanya diam dia memahatkan kata-kata ibunya dalam hatinya. Kemudian Halim menganguk-anguk kepalanya tanda setuju pandangan ibunya. 
Cara Amirah memberi semangat untuk Halim terus belajar juga unik..kerana setiap kali ujian, jika ada peningkatan Amirah akan berkata.
“Haa..kan ibu dah kata kalau angah belajar tentu pandai, ni markah angah dah naik..bukan sikit, banyak ni, belajar sikit lagi tentu angah akan mendapat A...” dengan kata-kata sedemikian semakin bersemangat Halim belajar..untuk anaknya Syifa yang sememangnya sudah pandai pula dia akan berkata...
“Kak long walau pun kita dah pandai tapi teruskan belajar supaya kita tidak lalai, jangan kita dah rasa kita pandai kita tak nak belajar...itu bongkak namanya. Allah tak suka kalau kita rasa bongkak dan bangga diri sifat-sifat macam tu sifat iblis atau syaitan tau. Lagi pun setiap hari lain pelajaran yang kita dapat.” AinNur Syifa memang anak yang bijak, dari darjah satu lagi dia sudah menguasai semua mata pelajaran. Ketika umurnya lapan tahun dia sudah Khatam AL-Quran, Loqman dan Amirah amat bersyukur dikurniakan anak sulong yang menjadi contoh adik-adiknya, dalam semua perkara.

p/s: inilah cerita anak tiri yang mak the nak kongsi….Anak buah mak teh perempuan baru berumur 23 tahun masa dia kahwin. Dia kahwin dengan duda beranak lima (empat orang lelaki dan seorang perempuan). Kerja  silelaki  sebagai pemandu lori. Jika difikirkan apalah yang boleh dilakukan oleh seorang wanita yang baru melepasi alam remaja(makteh kata dia wanita sebab dia dah jadi isteri orang walaupun umurnya muda lagi).Tapi memanglah dia seorang wanita yang tak ada pengalaman dan tak ada rasa kasih sayang..kalau buat kerja ikut rasa hati saja. Mak the yang sekali terserempak pun dah nampak dia pandang anak-anak tirinya dengan pandangan dan teguran garang (masa tu mereka kat rumah ayahnya)..mak the terfikir  kalau dah kat rumah orang dan dengan orang luar pun dia buat macam tu.. kat rumah apatah lagi.  Jadi bagai manakah kehidupan harian anak yang baru nak mencari hidup.Yang mak the hairan tidak terpandangkah oleh suaminya akan perbuatan isteri terhadap anak-anaknya.
 Tidak terfikirkah nasib anak-anak yang kerana dia mereka lahir dan bagai manakah kehidupan akan datangnya. Tidak terfikir langsung mencari suri yang boleh dijadikan isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya (maksud mak the carilah orang yang dah berpengalaman dan ada sifat-sifat keibuan)…tidak difikirkan kah anak-anak yang selalu ditinggalkan kerana dia seorang pemandu lori kerjanya banyak  dijalan (dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja dirumah)  Apakah setiap lelaki ni hanya fikir kebahagian dia sahaja...bak kata Asraf Muslim dia terdetik nak kahwin dia kahwin…begitu kah??. tampa memikirkan perasaan orang yang paling hampir dengan kita.

Yang anak sedara mak teh ni pun satu kalau kita tak bersedia menjadi ibu jaganlah terima lamaran silelaki tu...nak ayahnya saja anak-anak terpaksa terima itulah  jadinya rasa nak marah saja bila nampak anak-anak tiri (terpaksa dengan rela ni lain tau) tapi ialah dah yang menggayat lelaki berpengalaman sekali terucap ayat-ayat cinta tentulah cair sampai meleleh-leleh anak sedara mak teh ni...jadi nak salahkan siapa??. Sekarang ni tak payah cari salah siapa tapi yang tetap menjadi mangsa adalah anak-anak yang baru nak mencari hidup. Lupa pula anak-anak tadi tu berusia dari 14-7 tahun.


Marilah kita bincangkan maaf makteh tak cukup masa suami mak the bagi masa 5-10 minit saja lepas solat Isyak lepas tu nak jalan raya rumah jiran sebelah…post dulu tak sempat nak semak nanti balik jalan raya baru semak…