~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 27 August 2012

Bab 11. Tidak terkikis kesal dihati



Orang Daik mencari remis,
Membawa bubu bersama tangguk;
Disangka baik mulut yang manis,
Rupanya tipu didalam pujuk.


              Tengahari tadi, tergerak hati Puan Sharifah untuk menghubungi anaknya Loqman, kerana sudah agak lama mereka tidak pulang kePort Dikson. Pada perkiraannya kandungan Amirah sudah masuk 9 bulan. Mereka harus diingatkan supaya bersiap sedia, kalau-kalau bayi terawal keluar. Tetapi Loqman tidak dapat menjawab panggilanya. Dia sedang sibuk katanya dan berjanji akan menghubungi mamanya kemudian. Puan Sharifah menunggu sehingga hamper Magrib Loqman tidak juga menghubunginya lagi. Dengan hati yang marah Puan Sharifah menghubungi Loqman sekali lagi. Walau pun hari itu hari Sabtu untuk menghubungi Amirah ditakuti Amirah sedang bekerja waktu itu, maklumlah pekerja syif akan bekerja tidak kira hari.

“Assalamualaikum.. apa yang sibuk sangat Man, sampai tak boleh nak cakap dengan mama sekejap, tadi janji nak call balik, ni dah nak Magrib..kalau mama tak call Man terus lupa kat mama ni kan.”
“Tadi Man betul-betul sibuk mama.”

“Man kerja ke hari ini?…mama nak tanya khabar Mirah.. ni.”

“Tak.. Man tak kerja …tapi Man kat luar ni .” Terkedu Loqman bila nama Amirah di sebut oleh mamanya.

              Lama Loqman diam memikir. Memang sudah lama dia tidak teringat dengan Amirah kerana dirinya sibuk kesana sini menghiburkan hatinya. Jiwa dan perasaannya juga begitu asyik diuliti dengan sifat kemanjaan Liza. Pantang sahaja ada hari cuti, mereka akan pergi bersukaria atau melancung. Seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Shah Alam telah mereka dijelajahi. Itu adalah alasan Loqman untuk menghiburkan hatinya yang kesedehan akibat perceraiannya. Liza pula sebut sahaja kemana dia sudi menjadi penemannya.

              Percutian mereka pada minggu itu Liza mencadangkan agar mereka ke Danga Bay diJohor. Pada mulanya Loqman agak keberatan untuk pergi.Tetapi ‘keberatanya’ tidak mampu bertahan lama akhirnya dia cair dengan rengekkan dan pujukkan manja Liza.

“Apa kata minggu ni kita pergi mandi laut kat Danga Bay Johor, pantainya cantik…kalau kita tunggu sampai petang kita boleh tenguk matahari tenggelam, cantik tau, I suka tenguk warnanya. Masa tu kita akan rasa keheningan yang mendamaikan. Kita juga dapat menyaksikan Kebesaran Allah..kalau you tak percaya cubalah nanti.”

“Bab mandi pantai ni I dah biasa..I kan orang Port Dickson..memang selalu I mandi laut. I rasa malaslah.”

“Alahh Port Dickson dengan tempat I tu lain…lagi pun tempat ni baru buka.. semuanya masih baru, tempatnya pun bersih ..hanya pantainya saja yang lama tapi dah dicantikkan dengan berbagai kemudahan..jomlah kita pergi.. I teringin nak kesana dah lama betul I tak pergi pantai, lagi pun mana pernah kita bercuti pergi pantai..kita pergi ye..”

Bersungguh-sungguh benar Liza memujuk Loqman agar setuju.

“You kan dah pernah pergi pantai.. I pun dah pernah pergi juga kat kampung I.”

“Itu lain..kita pergi sendiri-sendiri lain rasanya kalau kita pergi berdua..kita pergi ye. You temankanlah I.” Sungguh manja perlakuan Liza memujuk Loqman. Melintuk-lintuk kepalanya dibahu Loqman memujuk. Loqman jadi cair. Akhirnya Loqman bersetuju. Tetapi Loqman mungkin terlupa pada peribahasa ‘Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah’. Kerana dia terlupa dia tidak berjaga-jaga dan berwaspada, dia tidak tahu apa yang ada dihadapanya. Dia juga tidak meyedari perlakuan Liza umpama Di dalam kilat ada kilau, rupanya awan mengandung hujan.

              Pagi itu Loqman dan Liza dengan gembira bertolak dari Petaling Jaya keJohor untuk berkelah di pantai Danga Bay yang dikatakan sangat cantik oleh Liza. Sambil itu Liza mengajak Loqman singgah kerumahnya yang satu jalan kepantai itu katanya.

“I rasa kita singgah kat kampung I dululah Loqman ..sebab kalau dah tengahari macam ni ditepi pantai agak panas..nanti dah redup sikit bolehlah kita pergi. Sempat juga I nak masak untuk kita makan kat tepi pantai tu…macam mana.” dengan gaya manja Liza memberi cadangan.

“Ok juga, I setuju..rumah you kat mana? Dekat ke dengan pantai tu?”.

“Family I duduk Simpang Renggam..rumah I tu nak kata jauh taklah jauh sangat..nak kata dekat taklah dekat sangat”. Rupanya Liza orang Johor..orang Simpang Renggam.

              Masuk sahaja di sempadan negeri Johor Lizalah yang menjadi penunjuk arah..Loqman tidak mahir dengan jalan dan selok belok negeri Johor. Sebenarnya Loqman suka berbual-bual dengan Liza..kerana suka mendengar suaranya yang lembut dan manja. Sampai sahaja di halaman rumah Liza kelihatan orang ramai seakan ada khenduri pula.

“Ini rumah you ke Liza..macam ada khenduri pula.”

“Haah..ini rumah I tapi tak tahu pula ada apa..emak I tak cakap apa-apa pun.” Liza nampak terpinga-pinga..seperti terkejut.

              Sedang mereka terpinga-pinga didalam kereta.. Loqman melihat kedatangan beberapa orang lelaki dewasa menuju kekeretanya. Ohh..rupanya mereka menyambut ketibaan mereka. Loqman keluar dari keretanya..perbuatanya dituruti oleh Liza. Mereka dihampiri oleh seorang lelaki separuh baya, berwajah garang diikuti oleh tiga orang pemuda ada yang iras-iras wajah Liza mungkin itu adik-beradik Liza. Loqman dipersilakan dan diiringi masuk kerumah. Loqman memalingkan mukanya kekikri dan kekanan ada lima orang lelaki seakan pengawal mengiringinya hingga keruang tamu. Dia seakan dikawal ketat dari melarikan diri. Liza mengekori mereka di belakang.

Setelah sampai dirunag tamu Loqman dipersilakan duduk, lelaki berwajah garang tadi duduk dihadapan Loqman dengan matanya tepat memandang Loqman dan berkata.
.
“Hari ni kamu mesti nikah dengan Liza..kamu dah bawa anak dara orang kehulu kehilir lepas tu kau nak lepas tangan ya..mana boleh.” Tepinga-pinga Loqman memandang orang yang menuturkan perkataan itu kepadanya, kemudian dia menoleh memandang Liza yang berdiri tidak jauh darinya dengan pandangan hairan.

“Liza kenapa ni..apa salah I..you perangkap I ke?” Liza rasa terpukul dan malu dengan ayat yang terkeluar dari mulut Loqman. Liza memandangnya sayu. Matanya berkaca-kaca seakan mahu menangis.

“Pakcik saya tak ada apa-apa hubungan dengan Liza, dia hanya kawan saya..dia yang ajak saya berkelah ke Danga Bay. Kami ni kawan satu office saja.” Loqman menerangkan mungkin ada salah faham antara mereka.

“Kau jangan nak banyak dalih..ikut saja apa yang kami dah buat..kalau tak mahu kami apa-apakan kau. Aku ni ketua kamapung kat sini..Ingat kat sini semuanya anak buah aku.” Ayah Liza bangun menghampiri Loqman lalu mencekak leher baju Loqman. Melihat keadaan yang agak tegang antara ayahnya dan Loqman Liza menghampiri.

“Ayah sabar ayah, biar Liza cakap dengan Loqman sekejap.” rayu Liza kepada ayahnya.

“Kau jangan nak malukan ayah bawa kawan lelaki balik rumah…apa?? ingat ayah boleh nak berlembut”. Ayah Liza melepaskan pegangan tangannya di leher baju Loqman tadi dan Liza membawanya kesatu sudut jauh sedikit dari kelompok mereka.

“ Sampai hati you perangkap I Liza. I tak sangka.”

“Man ..I memang dah lama suka kan you..sejak I masuk kerja lagi, I memang suka kan you…tapi kalau you memang tak suka kan I tak apa. Hanya untuk masa ini sahaja I minta tolong sangat-sangat.. tolong ikut sahaja apa yang ayah I cakap..tolong jangan malukan kami..lepas tu kalau you tak suka I.. you boleh ceraikan I.” dengan suara sayu dan air mata yang mula mengalir dipipinya pancing Liza memohon simpati.
“Tapi I tak ada duit nak buat hantaran untuk you.”

“Tak payah hantaran. Cukup kalau you sediakan mas kahwin, disini maskahwin hanya 22.50 sahaja..tapi kalau you tak ada juga I boleh tolong bayarkan… Janji you setuju sahaja nikah dengan I, I tak mahu keluarga I malu itu sahaja.” begitu terdesakkah Liza pada pernikahan ini. Loqman bersimpati.. akhirnya dia setuju.

              Loqman dibawa kesebuah bilik untuk bertukar pakaiannya. Dia dipakaikan dengan sepasang baju Melayu Johor berwarna biru lembut, siap dengan songkok yang telah siap berhias, terdetik juga dihati Loqman ‘nampaknya mereka memang sudah bersiap sedia dengan pernikahan ini, memang aku diperangkap ke??’ soal hatinya seperti tidak percaya apa yang sedang dilalui. Keluar sahaja dari bilik persalinan, dilihatnya tok kahdi masuk diiringi oleh ayah Liza keruang tamu, ketika itu pula telefon bimbit Loqman berbunyi..semua mata tertumpu kearahnya…rupanya mama Loqman menghubunginya. Mereka membiarkan Loqman menjawab panggilan talefonnya.

              Petang itu ketika dia didalam bilik seorang diri. Setelah upecara pernikahanya dan jamuan makan sempena pernikahan mereka selesai, sekali lagi telefon bimbitnya berdering..rupaya mamanya yang tidak puas hati menghubunginya sekali lagi…

”Man..Man sibuk apa ni Man, cuba cakap dengan mama..Man kat mana ni. Man tinggalkan Mirah sorang-sorang..mama rasa dia dah sampai bulan jangan tiggalkan dia sorang. Mana tahu kalau dia sakit nak bersalin nanti…siapa pulak yang nak hantar dia pergi hospital. Kalau tak kerja baik cepat balik..tunggu isteri kamu tu.” Panjang lebar dia dileteri oleh mamanya dihujung talian.

              Dengan rasa bersalah Loqman akhirnya berterus terang dengan mamanya Walau pun ada rasa kesal dihati ‘mengapalah mamanya tidak menghubunginya pagi tadi, jika pagi tadi lagi mamanya menghubungi tentu dia tidak akan menerima cadangan Liza dan sudah tentu dia tidak akan terperangkap dengan rancangan keluarga Liza..’ kesalnya menerpa hati tapi apalah hendak dikata nasi sudah menjadi bubur. Lama dia memikirkan kesilapan dirinya akhirnya dia bersuara juga, mengenangkan mamanya sedang menanti dihujung talian. Dia berterus terang kepada mamanya..inilah jalan terbaik supaya dia tidak disalahkan kerana mengabaikan Amirah.

ahh mungkin sudah ditakdirkan dia menjadi suami Liza tapi tak apalah Liza tak kurang cantiknya dan lemah lembut orangnya. Ini terjadi kerana kesalahnya juga, dia yang selalu mengajak Liza menemaninya.’ Loqman memujuk hatinya.

“Mama … sebetulnya Man dah tak serumah dengan Mirah lagi..dah tiga bulan kami bercerai..sekarang ni Man dah nikah dengan kawan satu office dengan Man..itu yang tak boleh jawab panggilan mama tadi.” Tiada jawapan dari hujung talian..Loqman tahu mamanya terkejut mendengar jawapan darinya…tidak lama lepasa itu kedengaran tanda talian diputuskan…

              Bagai sebuah bom meledak ditelinga Puan Sharifah mendengar apa yang diperkatakan oleh anak lelaki bungsunya. Menggigil kaki tanganya. Lalu dia memutuskan talianya, suami yang dihadapanya terpinga-pinga bila melihat isterinya hamper pengsan ketika berbicara dengan anak bungsu mereka.






       
        

Saturday, 25 August 2012

Bab 30. Jangan ada rahsia


                

Tuah lima sekawan pahlawan Melayu sejati,
Mereka saling bantu membantu ,
Tuah ayam nampak dikaki,
Tuah orang siapa tahu.


Sesampai depan pintu dirumahnya, Tengku Farid memberi salam. Amalan memberi salam tidak pernah dilupakan, sejak datuk memeberi tahu dengan salam menghalang segala kejahatan dan hantu syaitan dari mengikuti kita masuk kedalam rumah dan salam juga membawa rezeki dan kebaikan masuk kerumahnya. Dengan melangkah dua anak tangga terus sahaja Tengku Farid naik menuju biliknya. Hatinya sudah tidak sabar hendak memandang dan meliahat keadaan isterinya yang sudah lama tidak dapat mendapat perhatian darinya. Dari pintu bilik yang sememangnya terbuka dia nampak nenek sedang duduk birai katil membelakang pintu dan Nur Jannah terbaring. Terdenar esakkan isterinya, bila nenek bertanya itu dan ini. Tengku Farid cepat-cepat menghampiri, memegang dan mengelus-gelus kepala isterinya dengan penuh kasih dan simpati.  Dia bertanya.

“Jannah sakit ke, sakit kat mana?” Soalanya tidak dijawab oleh isterinya mungkin kesakitan menyebabkan isterinya tidak dapat menjawab pertanyaan nenek atau suaminya. Neneknya bersuara..

“Cuba Farid pegang ni …macam budak mengeras kat dalam..kalau ikut pengalaman nenek, Jannah ni macam nak bersalin”. Tangan nenek di perut cucunya merasa keadaan bayi didalam. Tengku Farid menghampiri nenek isterinya dan cuba memegang perut isterinya seperti disarankan oleh nenek .. tapi nampak seperti takut-takut, matanya pula terkebil-kebil..mungkin berfikir.

“Ehh..Jannah dah sembilan bulan ke??,tapi rasanya baru tujuh bulan kan Jannah.” Tengku Farid bertanya lagi sambil memikir-mikir dan mengira-gira. Betul kiraannya sejak dia demam dulu dikiranya baru tujuh bualan. Tiba-tiba isterinya memegang tanganya meminta bantuan untuk dia bangun.

“Ehh..tak payahlah Jannah bangun..Jannah nak pergi mana.”

“Jannah nak masuk bilik air.” Dia menarik tangan suaminya meminta bantuan untuknya berdiri.

“Jannah boleh jalan ke?“soal suaminya bimbang.

”Boleh.”jawab Nur Jannah sepatah sambil memegang pinggangnya dia berjalan terkedek-kedek menuju kebilik air. Kerana rasa bimbang suaminya mengekori dari belakang.

“Tak payah ikut ..Jannah boleh jalan abang duduk dulu”. Ketika Tengku Farid mencecahkan punggungnya dibirai katil Puan Zubaidah meyambung ceritanya...

“Nenek dulu masa bersalinkan arwah ayah Jannah juga tujuh bulan..rasnya macam nilah. Budak mengeras dalam perut...” Belum habis neneknya bercerita, tiba-tiba kedengaran NurJannah menjerit di dalam bilik air. Nenek dan Tengku Farid serentak bangun bergegeas menuju ke bilik air.

“Nenek..” Jeritan NurJannag disulami esakkan.

”Jannah buka pintu ni, kenapa kunci pintu..buka pintu Jannah.”pintu bilik air di ketuk bertalu-talu.. dari luar. Hati Tengku Farid dan nenek Zubaidah menjadi cemas mendengar jeritan dan esakkan NurJannah didalam bilik air yang berkunci. Berbagai bayangan menabiri ditubir mata... bertambah cemas bila membayangkan isterinya rebah didalam.

“Jannah buka pintu.. Jannah” Rayu suaminya yang sudah tidak tentu arah...Bila pintu terbuka Jannah yang menangis terus  menerpa kearahnya.

“Nenek.. Jannah keluar darah banyak nenek…Jannah keguguran ke nek, kesianya baby kita bang”. Tangan yang sebelah memegang erat lengan suaminya mencari sokongan dan yang sebelah lagi memegang kain batik yang dipakainya..Melihat darah sudah menitik-nitik kelantai Tengku Farid jadi bertambah cemas.

“Jannah...Jannah sakit ke..meh abang dukung”.

“Tak payah...tak payah, tapi abang tolong ambilkan tuala wanita dan seluar kecik Jannah dalam laci..” Tengku Farid mengambilkan apa yang diberitahu oleh isterinya. Kemudian isterinya masuk kebilik air semula. Ketika isterinya mahu menutup punti dia dihalang oleh suaminya..

“Jangan tutup pintu tak ada siapa yang pandang”. Suaminya berdiri diambang pintu bilik air...

“Farid kita kena cepat pergi hospital Jannah bertahan dulu.” kata nenek, Jannah dipapah duduk dikatil oleh suaminya. Datuk yang terjengul dimuka pintu, dia bergegas naik bila mendengar jeritan cucunya tadi dia panik juga. Dia teringat kejadian berpuluh tahun dulu ketika isterinya hendak melahirkan satu-satu anaknya yaitu arwah ayah NurJannah, lalu dia bersuara dimuka pintu bilik cucunya.

“Farid cepat siapkan kain baju Jannah, kad klinik, kad yang buat pemerikasaan tiap-tiap bulan dan sehelai dua baju bayi..cepat Farid cepat”.

“Bang Jannah dah siapkan.. ada dalam almari,  Jannah letak beg tu sudut sebelah dalam, tapi kad mengandung dalam laci meja solek tu”.

“Jannah tukar kain batik tu dah kena darah.. ni nenek dah ambilkan kain batik..kemudian pakai  baju yang ada butang depan, nanti senang nak buka ..Farid kamu angkat beg  masuk dalam kereta.”arah nenek. Apabila Tengku Farid sampai dimuka pintu utama untuk menuju kekeretanya datuk Ibrahim menegurnya pula...

“Farid kad mengandung  dan kad pengenalan Jannah dah bawa sekali.”peringat datuk pula..

“Allah...lupa pulak.” Tengku Farid berpatah balik kebiliknya untuk mengambil kad pengenalan isterinya, kelam-kabut betul pagi itu. Sampai didalam bilik dia memandang NurJannah hendak keluar dari bilik sementara nenek sudah menuruni anak tangga.

“Jannah boleh jalan lagi ke ..kalau tak boleh abang dukung.” simpati Tengku Farid pada isterinya.

“Boleh..boleh Jannah jalan perlahan-lahan ni.” sambil terus berjalan menuju ketangga, tetapi suaminya cepat-cepat memimpin tangan isterinya sambil perlahan menuruni anak tangga.


==================================================
                Sesampai dihospital Tengku Farid memakir didepan pintu hospital dia membuat  pendaftaran di kaunter.. kemudian NurJannah segera disorong masuk dengan sebuah kerusi roda oleh seorang petugas diikuti oleh suaminya kebilik pemeriksaan doktor, sementara datuk dan nenek menunggu dibilik yang disediakan.

Setelah selesai pemeriksaan.. seorang doktor wanita keluar dari balik kain skrin

 “Encik….”

“Farid” Tengku Farid memperkenalkan diri.

“Encik Farid kalau ikutkan pemerikasaan saya, isteri encik Farid memang nak bersalin. Bukaan pintu rahimnya telah mencapai 4cm, tapi anak encik kecil sedikit.” Kemudian doktor tersebut meneliti kad pemeriksaan mengandung NurJannah.

“Kalau ikut kad pemerikasaan ni, kandungan isteri encik baru masuk 32 minggu, tapi tak apa nanti saya bagi satu suntikkan untuk menguatkan paru-paru bayi. Saya akan pasangkan alat mengesan denyutan jantung bayi diperut isteri encik,encik boleh tenguk sekejap, kemudian encik tunggu diluar ya”.

Bila alat siap dipasang di perut NurJannah, Tengku Farid nampak ada geraf-geraf yang turun naik diikuti dengan bunyi, lalu doktor itu menerangkan lagi.

“Jatung bayi encik ok tak ada masaalah, kita tunggulah kelahirannya secara normal, encik boleh tunggu dibilik yang disediakan dulu ya.” sebelum keluar Tengku Farid menggenggam tangan isterinya memberi semangat.

Tengku Farid keluar mendapatkan datuk dan nenek isterinya yang menunggu dibilik menuggu. Melihat sahaja kelibat Tengku Farid keluar seorang diri, nenek melambai supaya suami cucunya duduk disebelahnya.

“Doktor kata apa Farid?.”

“Doktor kata Jannah memang nak bersalin..pintu rahim sudah terbuka 4cm..datuk dan nenek dah sarapan ke pagi tadi?” dia bertanya kerana dirasakannya lututnya terasa lemah, mungkin kerana lapar, sebab dari pagi tadi dia belum makan atau minum sedikit pun.

“Kami dah makan nasi goreng pagi tadi. Malam tadi tu Jannah cakap dengan nenek dia cuti sampai Helmi balik dari luar negeri..itu yang nenek biarkan dia kat atas. Bila kami selesai makan Jannah tak turun-turun itu yang nenek jenguk dia kat atas. Baru nenek nak ketuk pintu..nenek dengar Jannah menangis, bila nenek buka pintu Jannah kata dia tak boleh bergerak kalau dia bergerak perutnya terasa sakit sangat dan dia kata perutnya terasa keras”.

“Kenapa Jannah tak telefon Farid saja malam tadi, atuk kata dia sakit dari malam tadi lagi?”

“Entahlah Farid, dia yang cakap dia sakit dari malam tadi lagi. Mungkin telefon dia jauh kot itu yang dia tak dapat nak ambil. Kami tahu pun bila nenek jenguk dia kat atas, yang kami kesalkan dia tak jerit panggil kami..rasanya kalau dia menjerit pun kami boleh dengar.” Setelah lama mereka mendiamkan diri....

 “Farid pukul berapa sekarang, dah masuk zohor ni kita nak solat kat mana?” datuk memecah kebisuan bila mendengar suara azan zohor dari kaca tv yang disediakan dibilik menunggu.

“Jomlah kita pergi surau hospital ni, kita solat dulu.” kata Tengku Farid mereka beriringan jalan menuju kesurau untuk solat zohor.

“Atuknya jangan lama-lama sangat ya, nanti Jannah tak siapa tunggu.” Pesan nenek kepada suaminya.
“Ialah.. kalau kamu sudah nanti, tunggu kami kat sini ya, jangan jalan sorang-sorang nanti sesat, susah nak cari.” ingat datuk kepada isterinya. Sungguh serasi pasangan datuk dan nenek NurJannah saling mengingat antara satu sama lain.

Selesai solat mereka pergi kebilik menunggu sekali lagi, baru duduk tidak sampai lima minit doktor yang memeriksa NurJannah tadi muncul dihadapan pintu bilik mereka. Tengku Farid bangun mendapatkan doktor tersebut, jika dilihat dari kad namanya doktor itu bernama Nur Fatimah.

“Bagaimana isteri saya doktor.”

“Ya encik Farid isteri encik dah bersalin,  anak dan isteri encik selamat, encik dapat anak perempuan tetapi anak encik kecil sikit hanya 1.85kg sahaja, jadi kami masukkan dulu kedalam inkuabator. Ikut nurse ni dia akan tunjukkan pada encik nanti.” terang doktor wanita itu dan pergi meninggalkan mereka.

            Tengku Farid, datuk dan nenek dibawa kebilik yang menempatkan bayi NurJannah, kemudian nurse tadi mengeluarkan dan memberinya kepada Tengku Farid, Tengku Farid pula menyerahkan anaknya kepada datuk untuk diperdengarkan azan ditelinga kanannya dan dibisikkan iqamat ditelinga kirinya. Setelah selesai mereka meletakkan semula bayinya kedalam inkuabator. Mereka sama-sama masuk kebilik yang menempatkan Nur Jannah pula. Berlinang air mata NurJannah bila dia dihampiri oleh mereka bertiga, NurJannah menghulur tangan pula mencapai tangan suaminya dia menangis teresak-esak.

“Kenapa Jannah sakit lagi ke...abang panggilkan nurse..tunggu kejap.”

“Tak bang, Jannah dah tak rasa sakit..tapi Jannah nak minta maaf pada abang ..abang dah tenguk anak kita... macam mana dengan anak kita bang. Jannah rasa bersalah sangat anak kita lahir cepat.” esak NurJannah, dia rasa terkilan dengan kelahiran ‘tercepat’ anak mereka, mungkin disebabkan dia tidak menjaga diri dengan baik.

“Jangan cakap macam tu nenek kata ayah Jannah pun lahir tak cukup bulan juga. Jannah jangan bimbang anak kita selamat cukup sifat hanya kecil sedikit.” Tengku Farid menenangkan isterinya sambil mengelus-gelus rambut isterinya NurJannah.

“Mungkin keturunan kita dia lahir tak cukup bulan.”sambung datuk lagi, menenangkan hati cucunya. Lama mereka berbual-bual dan Nur Jannah juga sudah tenang, dia ceria semula.

“Jannah rasa dah ok ni. Tentu abang, atuk dan nenek belum makan lagi, pergilah abang balik  dulu hantar nenek dengan atuk. Mandi ,solat, makan dan rehat petang nanti abang boleh datang lagi, tapi atuk dan nenek tak payah datang lagi ya, Jannah dah selamat ni.” pesan Nur Jannah.


==========================================


 Setelah memastikan Nur Jannah benar-benar selamat dan riaknya juga sudah stabil seperti biasa mereka pulang untuk berehat sekejap..dalam perjalanan pulang...

“Nek kita singgah sekejap beli makanan dulu nek...kita ni belum makan tengahari lagi ni. Dah pukul tiga lebih ni nek.”

“Tak payahlah Farid atuk kamu tak suka makanan kat kedai, biar nenek masak..kalau nak cepat, nanti nenek masak nasi guna air panas..setengah jam nasi dah boleh dimakan.. goreng telur mata kerbau makan dengan kicap pun boleh kan.” nenek bertanya pada kedua lelaki yang ada dalam kereta itu.

“Boleh.” serentak mereka menjawab.

Sampai dirumah nenek mengambil bungkusan yang berisi uri bayi NurJannah tadi dan dia kepili  air yang ada dihadapan rumah. Pili itu digunakan oleh datuk untuk menyirm tanaman mereka dan memanggil Tenku Farid.

“Farid kesini kejap.” Tengku Farid menghampiri nenek diikuti oleh datuk dibelakangnya.

“Ini uri anak kamu, kena cuci dulu sebelum ditanam nanti nenek buatkan air asam jawa..atuknya tolong ajar Farid ni.” Arah nenek kepada dua orang lelaki dihadapanya..macam pegawai perisik wajah nenek serius memberi arahan...nenek berlalu kedapur.

“Farid ambil sapu tangan renjiskan sedikit bedak ke.. minyak wangi ke kat sapu tangan tu.” datuk Ibrahim pula memeberi arahan. Tengku Farid akur menerima arahan kedua..dia  naik kebiliknya mencari sehelai tuala kecil dan menyemburnya dengan sedikit wangian yang selalu digunakan. Dia mengikuti sahaja segala arahan datuknya. Dalam hatinya tertanya-tanya untuk tujuan apakah semua itu, tetapi pertanyaan itu tidak terkeluar dari mulutnya. Dia mendapatkan datuk Ibrahimnya semula.

“Ikat tuala tutup hidung kamu, macam Zorro tu.”datuk tergelak dengan kelakarnya, Tengku Farid juga tersenyum, dalam hatinya berkata..‘datuk ni masa kritikal macam ni pun boleh bergurau lagi’, dia teringat kata-kata NurJannah malam tadi.

“Buka air paip tu besar-besar dan cuci ni.” apa bila dibuka bungkusan tadi terbaulah hanyir darah, macam nak termuntah Tengku Farid dibuatnya.

“Dah atuknya, ni air asam jawa.” nenek menghulurkan semanggkuk air asam jawa yang pekat dan sehelai kain kepada datuk.

 “Lepas tu basuh dengan air asam ni.” datuk menghulurkan manggkuk yang mengandungi air asam kepada Tengku Farid.

“Ini kepercayaan orang tua-tua..diaorang kata sebelum uri ni tanam cuci bersih-bersih nanti taklah mudah anak kita kena sakit kulit” terang datuk diluar pintu bilik air setelah menyerahkan air asam jawa kepada suami cucunya. ...setelah selesai

“Dah bersih kita bungkus dengan kain ini.” datuk menghulurkan sehelai kain sebesar 2x kertas A4 untuk membungkus uri tadi.

“Masukkan dalam mangkuk tadi, jom kita keluar cari tempat nak tanam pulak.”datuk membawa cangkul mencari tempat untuk menanam uri tadi.

“Kat sini pun bolehlah Farid.” datuk Ibrahim mula menggali tanah ditepi pagar. Sedari tadi hanya datuk Ibrahim yang berkata-kata itu dan ini..Tengku Farid diam membisu tetapi mengikuti segala arahan datuk isterinya.

“Ini kepercayaan orang kita Farid, katanya uri ni teman anak kita masa dalam perut ibunya, itulah sebabnya harus dibersihkan dan ditanam di tempat yang selamat. Jangan ditanam ditempat yang terpencil, ditepi hutan ke..nanti anak kita kuat menangis, sebab uri tadi diganggu oleh mahluk halus. Jadi bayi kita tadi takut dan dia pun menangis, itu kepercayaan saja...tapi sebelum kita susah baik kita berjaga-jaga, betul tak Farid”.

“Betul tu tuk.” barulah Tengku Farid bersuara sejak dari tadi terdiam terkedu mendapat pengalaman yang tidak pernah terfikir  olehnya. Waktu Diana bersalin hari itu entah dimana uri tersebut.. dia pun tak tahu. Datuk dan Tengku Farid sudah selesai menanam uri tadi dan beriringan masuk kedapur.

“Tak bercakap Farid ni sampai habis tanam tadi neneknya.” usik datuk kepada Tengku Farid, tetapi Tengku Farid hanya tersengih sahaja, itulah juga pengalaman datuk ketika isterinya melahirkan arwah ayah Nur Jannah dulu.

Datuk terus kebilik air, mandi dan berwuduk untuk menyambung zikirnya yang tidak dapat dilakukan ketika dihospital tadi. Tengku Farid pula kebiliknya di atas sementara nenek pula  didapur tadi sedang mengoreng ikan bilis. Tidak lama kemudian Tengku Farid muncul semula didapur dia ingin membantu nenek memasak.

“Tak payahlah Farid, Farid pergi rehat, sekejap saja masak ni, nenek boleh buat sendiri, nanti siap nenek panggil.”

“Tak apalah nek, Farid selalu tolong Jannah. Farid tolong kopek bawang saja, lagi pun kalau dua orang cepat sikit, Farid dah lapar ni nek dari pagi tadi Farid tak makan apa-apa. Makan kat sini saja malam tadi yang Farid balik sekejap tu. Pagi tadi Farid lambat pergi kerja, itu yang tak sempat minum itu, lepas tu atuk telefon langsung terlupa nak sarapan.” Tengku Farid bercerita berkenaan dirinya dengan nenek Zubaidahnya didapur sambil tangannya mengopek bawang.

“Lepas ni nak buat apa nek?”Tengku Farid bertanya bila selesai mengopek bawang.

“Potong kobis pulak, kita rebus saja kobis ni, airnya boleh dibuat kuah. Kalau Jannah masak macam ni dia kata sup kobis sedap sikit bunyinya, padahal bukan dibubuh apa-apa pun hanya ikan bilis dengan bawang merah dihiris kemudian direbus, setelah mengelegak airnya masukkan kobis.. jadilah sup kobis ahh apa-apa lah Jannah tu.” Tengku Farid tergelak mendengar nenek bercerita.

“Dah siap pun masakkan kita tengahari ni Farid, telur dadar,  sayur kobis rebus dan goreng belada ikan bilis” kata nenek sambil menagmbil pinggan lalu menghulurkan pinggan kepada Tengku Farid.

“Ambil ni letak atas meja nenek nak panggil atuk kamu dalam bilik”.

Tengku Farid terdengar nenek memberi salam kepada suaminya, lepas itu terdengar suara nenek lagi menjemput suaminya makan. Sungguh tertip kehidupan keluarga datuk dan nenek Nur Jannah. Tengku Farid mengambil periuk nasi dan meletakkannya diatas meja terus menyenduk nasi supaya sejuk sedikit, supaya senang dimakan. Semenjak dia menjadi suami Nur Jannah kerja-kerja seperti itu tidak kekok lagi dilakukan. Dia tidak hanya tahu duduk sahaja semua siap terhidang. Kini dia sudah terbiasa melakukan kerja-kerja dapur membasuh pinggan dan cawan membantu isterinya didapur. Berselera betul mereka makan terutama Tengku Farid, walaupun begitu ringkas masakkan tengahari itu, tapi dia makan sampai bertambah-tambah. Dia juga menyudu dan menghirup kuah sup kobis berulang kali. Memang lapar sungguh dia hari ini. Sambil makan mereka berbual-bual.

“Kalau orang kampong membasuh uri ni emak suami kita pun boleh tolong cucikan, tapi yang seeloknya biarlah suami sendiri yang cuci. Dari situ timbul rasa insaf dihati dan lebih menyayangi isteri kita. Kita boleh bayangkan berapa banyak darah yang tumpah bila isteri kita melahirkan zuriat kita, disitulah timbulnya rasa kasih kita Farid.” datuk becerita.

“Tapi yang Farid tak tahan tu.. bau hanyir darah tuk, Alhamdulilah atuk suruh Farid tutup hidung dengan tuala yang dah disembur minyak wangi, kalau tak.. mahu termuntah tadi, itulah sebabnya Farid tak bercakap.” berderai ketawa datuk dan nenek  dibuatnya.

“Dulu atuk pun sama..tak ada orang yang bagi tahu pun supaya tutup hidung dengan kain.. Farid. Masa tu arwah ayah atuk sedang hisap rokok daun, terus saja atuk sambar rokok dia nak hilangkan bau darah tu. Lepas tu setengah hari atuk peningkan tembakau jawa yang atuk hisap tu.” datuk Ibrahim pula menceritakan pengalamanya mereka bertiga ketawa lagi. Datuk Ibrahim tidak merokok orangnya.

“Petang nanti Farid nak jenguk Jannah lagi..atuk dengan nenek nak ikut tak?”Tengku Farid bertanya datuk dan neneknya.

“Tak payahlah Farid nanti kalau dibenarkan kamu tidur kat hospital, taklah susah nak hantar kami balik pulak. Kalau Farid pergi tenguk Jannah nanti jangan lupa bawa sekurang-kurangnya baju sejuk dan stokin tebal, kalau bawa selimut tebal sikit lagi bagus, iyalah tadi nenek rasa sejuk betulah. Ini lepas makan ni pergi baring sekejap nanti  selepas solat asar baru jenguk Jannah ya.”  keluarga Jannah ni prihatin orang nya dari cucu(NurJannahlah),datuk dan neneknya prihatin  sungguh orangnya  detik hatinya.  Dia merasa sungguh bertuah..kerana dirinya menjadi sebahagian dari keluarga Nur Jannah.








Bab 9. Jangan ada rahsia



Gaya tak berpaling,
 Tapi mata menjeling.

               Menu makan malam NurJannah pada malam itu cukup mudah, ikan sardin tin ditumis bersama cili api dan bayam masak rebus. Sebelum memulakan kerja memasaknya NurJannah membaca Bismillah dan Umul Kitab yaitu surah Al-Fatihah. Itu adalah ajaran neneknya dikampung dulu agar kita mendapat ganjaran pahala apa yang kita lakukan dengan nama Allah. Dia mula megeluarkan bahan-bahan untuk dimasak hari itu ‘Janji kenyang dan boleh tarik selimut malam ini. Oklah tu…’ fikir mudah Nur Jannah.

Bagi Nur Jannah, memasak bukan perkara yang rumit. Sejak di tingkatan satu lagi, dia sudah mula memasak untuk datuk dan neneknya. Waktu itu dia bersekolah pada sesi petang. sementara datuk dan neneknya pergi menoreh getah, Nur Jannah akan mengemas rumah, membasuh pakaian dan menyediakan makanan tengahari untuk mereka bertiga supaya ringan beban neneknya selepas membantu datuknya di kebun.

Itulah cara Nur Jannah meringankan kerja-kerja neneknya. Walaupun Nur Jannah adalah cucu tunggal yang manja, tapi manjanya bertempat. Ini kerana, dia tetap membantu datuk dan neneknya membuat kerja-kerja rumah tanpa mengeluh. Bagi datuk dan neneknya walaupun NurJannah cucu tunggal mereka, dia diwajibkan juga memebuat kerja-kerja rumah dan memasak bukan untuk diri mereka sahaja malah untuk kepentingan diri cucunyaitu sendiri. Cara itu merupakan latihan untuk dirinya, agar boleh berdikari bila mereka berdua sudah tiada nanti. Kalaupun Nur Jannah sudah berumah tangga ilmu itu juga berguna untuk dirinya. Dengan kata lain cucunya yang manja itu terpaksa diajar dengan ilmu rumahtangga. Nur Jannah sering diingatkan oleh datuk dan juga neneknya.. Kata mereka setiap kali seorang isteri membuat sesuatu kebajikkan untuk suaminya dengan niat kerana Allah dia akan mendapat pahala, itu adalah janji Allah kepada umat manusia, janji Allah kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

Istilah ‘manja’ pada Nur Jannah adalah berbaring di ribaan neneknya, atau sesekali kalau dia tidak sihat dia akan tidur di bilik datuk dan neneknya, atau mengikuti kedua datuk dan neneknya pergi ke mana sahaja, itulah istilah manja bagi Nur Jannah. Tetapi membantu neneknya di dapur dan memebuat kerja rumah itu merupakan tanggungjawab yang mesti di lakukan untuk menunjukan yang dia kasih dan sayang kepada mereka selain untuk meringankan kerja-kerja nenek dan datuknya.

Sejak masuk ke dapur lagi Nur Jannah sudah berkira-kira dalam hati dia ingin masak lempeng cicah sambal sadin untuk sarapannya esok pagi. Dia mengikuti kebiasaan neneknya dikampung akan memasakkan lempeng untuk sarapan pagi bila ada kuah kari atau masak lemak ataupun sambal semalam yang tidak habis. Ahh..sedapnya hingga menjilat jari NurJannah membayangkan kelazatan masakkan neneknya. Kenangan NurJannah kezaman silam bersama nenek dan datuknya dikampung Kuala Selangor terbayang-bayang dirunag mata. Dia tersenyum sendirian.

Walaupun dikepalanya sibuk memikir menunya untuk esok pagi bibirnya pula terkumat-kamit perlahan seolah-olah dia sedang bercerita ketika dia memasak. Apakah yang di bicarakan oleh Nur Jannah seorang diri di dapur. Ini ada satu kebiasaan yang baik untuk di contohi dari Nur Jannah. Sepanjang waktu memasak Nur Jannah memastikan dirinya berwuduk. Ketika membasuh apa sahaja yang hendak dimasak dia akan berselawat keatas nabi dan ketika memasak pula dia akan membaca surah TOHA.. ayat satu hingga ayat lapan diulang-ulang sehingga dia habis memasak. Ilmu itu dipelajari dari neneknya. Kata neneknya amalan elok diamalkan supaya masakkan yang dimasak mendapat keberkatan dari Ilahi. Orang yang memakan juga mendapat keredaan Allah. Begitulah datuk dan neneknya memberi tunjuk ajar kepadanya agar hidup kita sentiasa dalam keredhaan dan lindungan Ilahi dan Nur Illahi mendakapnya walau dimana dia berada.

Nur Jannah sudah terlupa suaminya diruang tamu. Didalam hatinya mengatakan tentulah suaminya telah pergi. Pada kebiasanya suaminya itu akan keluar semula selepas selesai mandi dan bertukar pakaian. Dia tidak menghiraukanya apa yang berlaku diruang tamu. Perutnya sudah lapar kerana seharian tadi dia tidak menjamah makanan. Dia hanya meminum air kosong sahaja sepanjang hari itu. Setelah kerja-kerja di dapur sudah selesai. Dia mula menghidang makananya diatas meja makan dan mula mengambil pinggan.

“Hmm.. Nasi, lauk dan sayur pun dah masak …apalagi makanlah, perut pun dah berdendang minta diis.i”  tutur Nur Jannah perlahan untuk dirinya. Dia tersenyum sendirian memandang rezekinya petang itu. ‘Alhamdulliah’. Bisik hatinya bersyukur diatas rezeki yang telah diuntukkan kepadanya malam itu. Sememangnya hari ini dia lapar kerana tidak membawa bekalan pagi tadi. Nasi goreng untuk bekalnya pagi tadi telah di makan oleh suaminya yang tidak di sangka-sangka bersarapan bersamanya. Entah apalah mimpinya malam tadi tiba-tiba minum pagi di rumah bersamanya pula.

Nur Jannah mengangkat tangan memebaca doa makan, Bismillahirahmannirohim Allahuma bariklana Fimarazaktana Wakina Azabanar. Ertinya Ya Allah berilah keberkatan kepada kami diatas rezeki yang telah engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azaapi neraka. Lalu dia meraup kedua belah tanganya kemuka.

Ketika dia memulakan suapan pertamanya bila ditegur oleh suaminya yang sedang berdiri di ambang pintu bilik utama mereka. Alangkah terkejutnya Nur Jannah hingga tersedak dan terbatuk-batuk di buatnya. Pedih sungguh anak tekaknya almaklumlah tersedak sambal sardi cili api.…Nur Jannah menepuk-nepuk dadanya…sambil tangan kanannya mencapai gelas air suam yang ada dihadapanya lalu meminumnya.
“sorry..sorry abang terkejutkan Jannah.” Kata suaminya dengan rasa bersalah sambil berjalan menghampiri meja makan.

“Abang nak makan ke?, tapi Jannah hanya masak sambal sardin dan bayam merah masak rebus saja ni.” Nur Jannah bertanya setelah batuknya reda. Tetapi dahinya masih berkerut menahan kepedihan tekakanya.

“Boleh juga nampak macam sedap saja lauk Jannah malam ni” Tengku Farid sudah duduk di kerusi di hadapan isterinya sambil pandanganya memandang lauk di atas meja. Sambal sardin yang dihiasi dengan bawang besar dihiris bulat dan sayur bayam yang berwarna merah airnya. Kelihatanya sungguh menyelerakan. Hidangan Jannah malam itu lain dari hari-hari kebiasaanya jika dia makan bersama-sama kawan-kawanya dihotel atau direstoren. Hatinya ingin mencuba masakkan makan malam isterinya. Nur Jannah bingkas bangun menuju ke dapur sambil berkata…

“Tunggu sekejap Jannah buat telur dadar…kejaaap saja.” Nur Jannah memanaskan kuali dan menuang sedikit minyak masak ke dalamnya, memecah dua biji telur yang telah di basuhnya terlebih dahulu kedalam mangkuk dan menghiris sebiji bawang besar lalu dimasukkan kedalam telur tadi, dikacau dengan sedikit garam, apabila minyak di kuali panas dia memasukkan bahan tadi, sudah siap pun telur dadarnya. Sungguh cekap dia membuat kerja-kerja itu. NurJannah meletakkan sepinggan nasi yang masih berasap nipis di hadapan suaminya dan sepiring telur dadar yang di goreng bersama hirisan bawang besar diatas meja sungguh harum baunya membangkitkan selera.

“Cepatnya Jannah masak tak sampai 15 minit omelet dah siap.”

“Bukannya susah pecahkan telur kacau lepas tuang dalam kuali, lainlah kalau masak daging nak kena rebus sampai lembut.” jawab isterinya selamba. Tidak membayangkan sedikit kesusahan pun. Petang itu mereka makan sambil berbual-bual.

“Jannah memang selalu makan malam cepat macam ni ke… ni baru pukul 6.30 dah dinner, tengah malam nanti tak lapar ke?” bicara Tengku Farid beramah mesra sambil menyuap nasi ke mulutnya.

“Kalau lapar nanti Jannah buatlah air milo makan dengan biskut kering cukuplah, tapi biasanya Jannah jarang lapar sebab Jannah dah terbiasa makan waktu begini sejak dari kampung lagi. Nenek dan datuk Jannah jarang makan selepas Magrib. Jadi macam dah terbiasa. Lagipun bila duduk sorang macam ni Jannah jadi pemalas, bila dah malam tu ingat nak golek-golek saja atas katil.” jawab Nur Jannah bersahaja.

“Penat sangat kerja kat office ke?”

“Taklah penat sangat..Jannah ni tolong-tolong nenda saja..tapi tak tahulah..agaknya dah tak ada aktiviti-aktiviti lain..itu yang jadikan badan kita malas.” Dia memandang wajah suaminya lalu menyambung bicaranya…

“Kesian abang.. sesekali abang makan kat sini lauk sadin saja, kenapa tak cakap nak makan sini tadi, kalau tidak boleh Jannah beli lauk kat restoran seberang jalan ni saja.” Nur Jannah menyambung bualnya. Sesuap demi sesuap nasi masuk kemulut Tengku Farid tak sedar sudah satu pinggan habis, tapi selera masih mahu dilayani lagi. Tengku Farid menghulurkan pinggan yang telah kosong kepada isterinya lalu…

“Abang rasa macam nak tambahlah Jannah.. ada nasi lagi tak?.. rasa sedap pula sambal sardin ni,”

“Nasi kosong satu ” Nur Jannah memandang ke sisi seolah-olah ada pelayan yang akan melayan mereka, berguraulah tu. Dia ke dapur mengambil nasi untuk suaminya. Tengku Farid tergelak kecil.Lucu juga isteri aku ni desis hatinya.

“Nasi kosong satu siap” Nur Jannah menghulurkan pinggan yang telah di isi nasi kepada suaminya.

“Luculah Jannah ni..sup bayam ni pun sedap tapi rasa macam berbahang sikit..tapi Jannah kenapa warnanya merah?.. Jannah bubuh sirap ke.” Sewaktu isterinya mengambilkan nasi untuknya tadi, dia menyudu dan menghirup kuah bayam yang berwarna merah..terasa sedap pula dilidahnya. Tengku Farid meletakkan sudu ditangannya dan menyambut pinggan yang di hulurkan oleh isterinya yang telah diisi dengan nasi.

“Nanti masuk buku tiga lima ye bayar hujung tahun.” balas Tengku Farid sambil tergelak menyambung gurauan isterinya tadi.

“Takadanya bubuh sirap.. bayam merah ni kalau dimasak memang macam ni, warna dari daunnya yang keluar. Tu air nya jadi merah.”

“Kalau bayam hijau airnya jadi hijau ke Jannah.”

“Kalau bayam hijau tidak pula..airnya tetap jernih..mungkin ada keistimewaan bayam merah ni..Jannah pernah baca dalam satu artikal dulu. Sayur bayam ni banyak khasiatnya. Dia megandungi kalsiam. Sesuai untuk orang orang yang ada sakit kurang darah atau animea tapi yang paling bagus untuk orang mengandung adalah bayam merah kerana bayam ni boleh meningkatkan kandungan Hemoglobin dalam darah.”

Seronok makan malam hari itu, kerana ada teman berbual, itulah yang di rasakan Nur Jannah petang itu. Bagi Tengku Farid juga rasa seronok juga, sesekali lari dari topik-topik serius bila berbual dan dapat juga mendengar ceramah kesihatan walau pun tidak pasti akan kebenaran akan kata-kata isterinya tadi.

Selesai makan Nur Jannah sibuk mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di dapur, sementara suaminya duduk kekenyangan berehat di atas sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen. Selesai mengemas Nur Jannah ke ruang tamu mendekati suaminya.
“Kalau abang nak keluar nanti tolong kunci pintu ye” Tengku Farid hanya memandang tanpa reaksi.

Nur Jannah masuk ke bilik mengambil pakaianya serta tuala mandi untuk mandi di bilik air dapur. Untuk mandi di bilik air di dalam biliknya di takuti Tengku Farid ingin menggunakan bilik air tersebut sebab di lihatnya Tengku Farid masih belum mandi dan belum juga menukar baju kerjanya lagi. Selesai mandi dan berwuduk Nur Jannah menjenguk ke ruang tamu namun dilihat suaminya masih lagi duduk disofa leka menonton televisyen pula.
‘Kena sembayang di bilik sebelah nampaknya’ gumam Nur Jannah perlahan. Tengku Farid pura-pura leka menonton tv tetapi sebenarnya ekor matanya memerhatikan pergerakkan isterinya. Bakat orang ‘gaya tak berpaling tapi mata menjeling’.


Bab 8. Jangan ada rahsia




Anyam sarung ketupat pulut,     
 Ketupat hendak direbus juga,
Tidak sudahnya seluang melaut,  
Akhirnya kembali ke pantai juga. Maksud: Orang yang merantau jauh sampai masa pulang ke tempat asalnya
(Tetapi pada cerita ini saya mentafsirkan bahawa duduk suami adalah disisi isterinya atau duduk isteri disisi suaminya)


Sudah seminggu NurJannah duduk bersendirian di pangsapuri yang disediakan oleh suaminya. Seperti biasa Tengku Farid akan hanya menjemputnya di waktu pagi untuk ke tempat kerja dan menghantarnya pulang di waktu petang. Kini mereka sudah mula mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya melalui perbualan-perbualan antara mereka berdua di dalam kereta sahaja. Itu sudah memadai sebagai permulaan.

Hubungan mereka berdua juga semakin mesra kadang-kadang mereka ketawa bersama, bila ada yang mencuit hati ketika mereka berbual. Bagi Nur Jannah pula rasa segan dengan suaminya sudah berkurangan. Dia sudah pandai bertanya itu dan ini, untuk memecah kebiasuan jika mereka didalam kereta. Bertanya tentang kerja dipejabat dan tentang diri mereka sendiri. Apabila selalu mendengar suara isterinya yang lembut, tingkahnya yang sopan, sifat yang menghormati timbul keinginan di hati Tengku Farid untuk mengenali Nur Jannah dengan lebih dekat lagi. Bagi Tengku Farid, walaupun Nur Jannah pemalu namun dia mudah mesra dan senang di ajak berbicara. Dia pandai juga mencari cerita untuk menceriakan keadaan. Mesra diantara mereka sudah mula menjengah hati.

Masa berjalan tidak berhenti matahari yang terbit ditimur dan tenggelam dibarat menjanjikan hari berganti tidak terasa. Kini sudah menjangkau sebulan Nur Jannah tingal bersedirian di pangsapurinya. Pagi itu dia dikejutkan dengan kedatangan suaminya lebih awal dari pagi-pagi biasa. Ketika itu, Nur Jannah sedang menikmati nasi goreng yang menjadi sarapannya pagi itu, tiba-tiba dia mendengar orang membuka pintu pangsapurinya dari luar dan terpancul wajah suaminya di muka pintu.

“Assalamualaikum..Cepatnya abang sampai. Ada mesyuarat ke pagi ni?, Jannah tak siap lagi ni.” tanya Nur Jannah kehairanan. Walaupun dia sudah memakai baju kerja tapi belum siap bertudung lagi.

NurJannah memberi salam..walaupun sepatutnya suaminya yang memberi salam ketika didepan pintu tadi. Ini terbalik pula. Bagi NurJannah tidak mengapa dia yang mendahului.. secara tidak langsung ingin memeberitahu suaminya agar mendahului salam kalau berjumpa walau dimana kita berada. Sebab setiap kali berjumpa atau masuk kerumah Tengku Farid tidak diiringi dengan apa yang diucapkanya tadi.
“Tak ada mesyuarat pun, saja je nak minum dengan Jannah… boleh?” balas suaminya dengan senyuman lawanya. Sudah sebulan mereka berdua menaiki kereta bersama untuk pergi ke tempat kerja, sudah ada rasa biasa di hati masing-masing.

“Boleh je, tapi Jannah hanya masak nasi goreng dengan telur dadar saja ni. Hmm.. abang nak air apa? Milo ke Nescafe?” pelawa Nur Jannah ‘ajak-ajak ayam’. Tadi tu mungkin gurauan suaminya sahaja hendak bersarapan bersamanya. Pada Nur Jannah mana mungkin suaminya mahu minum bersamanya di rumah..lagipun tiada apa-apa yang istimewa di rumahnya. Bukankah suaminya selalu minum di restoran yang lebih eksklusif layanan dan hidangannya.

“Apa-apa pun boleh…Jannah minum apa pagi ni?”

“Pagi ni Jannah minum neslo”

“Ehh air apa tu? Buatkanlah abang secawan nak rasa macam air dari angkasa saja bunyinya.” (merujuk kepada ufo).

Tanpa di sangka Tengku Farid menerima pelawaan tersebut lalu duduk di kerusi dihadapanya. Terpaksalah Nur Jannah bangun untuk membuatkannya secawan milo dicampur dengan sedikit necafe kerana pagi itu dia minum, minumanya seperti itu…MILO dicampur sedikit NESCAFE jadilah air NESLO.
Sejak akhir-akhir ini pun, bicara Tengku Farid dengan isterinya semakin mesra dan ada unsur jenaka sedikit. Tengku Farid sudah tidak menggunakan ganti nama “kau dan aku” lagi, dia sudah memanggil nama isterinya ‘Jannah’ dan ‘abang’ untuk ganti namanya. Ini semua atas nasihat sahabat baik Tengku Farid, Halim. Semalam Halim menasihatinya lagi, dan pagi ini dia memulakan langkahnya yang pertama.

“Farid cubalah kau beri peluang pada Nur Jannah itu. Diakan isteri kau. Cuba kau fahami cara hidup sehariannya, cara pemikiran dan perwatakanya. Walaupun nampak jauh berbeza dengan kita, mana tahu sesuai pulak dengan kau nanti. Lagipun, dia tu dah ada ikatan yang sah dengan kau. Buat apalah kau kejar Diana tu? Dia bukannya tunang kau. Tiada apa-apa ikatan kau dengan dia untuk dijadikan sandaran.. setakat kekasih, bila-bila masa boleh terlerai gelaran tu… nanti kalau kena tangkap, siapa susah?. Lagi pun dia bukan nak nikah dengan kau..dia jadikan kau hanya sebangai teman untuk berhibur saja”

“Mana kau tahu dia tak nak kahwin dengan aku..Lim?”

“Kau yang cakap dulu bila kau ajak dia jumpa grandpa kau, dia kata dia tak bersedia lagi..kau yang cakap kau tak ingat.”

Itulah kebenaranya..ketika datuknya sibuk-sibuk mahu menjodohkan dirinya dengan NurJannah dahulu Tengku Farid cuba untuk membawa Diana untuk di tunjukkan kepada datuk bahawa dia sudah ada calon isteri pilihanya sendiri..tetapi Diana tidak mahu..dan megatakan dia belum bersedia untuk terikat dengan ikatan perkahwinan lagi. Dirasakan usianya masih muda dan mahu megecapi kebebasan sepuasnya dahulu. Jadi terpaksalah Tengku Farid mengikuti apa yang telah dirancangkan oleh datuknya.

“Farid.. kau tu asyik berkepit ke hulu ke hilir dengan Diana, kalau ada orang yang mengadu, kau kena tangkap dek pencegah maksiat kan susah. Sekarang ni mungkin nasib kau baik…tak tertangkap lagi, tapi manalah tahu dilain masa, nasib tak menyebelai kau dan kau terangkap pulak tak ke nayaaa… nanti kau dan keluarga kau juga yang malu, aku ni hanya dapat bagi nasihat saja supaya kau sedar. Kata orang tu ingat mengingat. Lagi pun Farid aku tenguk Diana ni lain lah..dia dengan Bella Sharon dan Anita ni macam pasangan kekasih pula entah-entah meraka ni lesbian tak.” panjang lebar nasihat Halim kepada sahabat baiknya.

“Hissyy kau ni Lim mulut tak jaga langsung.. kau kan tahu mereka tukan serumah.” Dalam hati Farid juga mengakui..keakrapan persahabatan antara keempat orang wanita itu amat mencurigakan, dia berkata begitu hanya mahu menyedapkan hatinya sahaja.

“Ialah serumah..memanglah serumah tapi sampai berkucupan tu….macam dah lain macam saja.”

“Alah mungkin dia orang taksedar masa tu” Halim hanya mendiamkan dirinya sahaja, bila kata-katanya disanggah oleh sahabatnya. Tapi pada pandagan matanya. Keakrapan mereka berempat amat luar biasa bukan sebagai kawan lagi tetapi seperti pasangan kekasih pula. Itu pun salah satu sebab mengapa Diana tidak terdesak untuk bernikah dengan Tengku Farid, sebenarnya dia leka diuliti kasih Bella selama ini.


              Sebenarnya Bella sudah serik bercinta dengan lelaki. Sudah tiga kali kasihnya putus ditengah jalan. Kini dia mencari kasih dari kaum sejenisnya untuk mengisi kesunyian hatinya. Kalau dikira dirinya juga cantik, menarik dan bekerjaya. Tetapi bila sampai kepada soal hati selalu sahaja dia kecundang. Yang pertama dahulu cintanya dikhianati bila kekasihnya bermain kayu tiga. Cinta kekasihnya yang bersegi-segi. Yang kedua suami orang yang kesunyian katanya. Setelah hatinya benar-benar menyintai tiba-tiba terbongkar dia adalah suami orang dan telah pun mempunyai beberapa orang cahaya mata. Bila di tanya mengapa dia menduakan isterinya..dia berkata dirinya tidak dihiraukan oleh isterinya yang sibuk dengan anak-anak dan kerjayanya sahaja. Bella sendiri memutuskan hubungan itu dia tidak mahu menganggu atau meruntuhkan rumah tangga wanita lain. Kemudian dia bercinta lagi. Entah apa malang nasibnya dengan cinta kali ini, kekasih lama kekasihnya merayu ingin pulang semula kepangkuan kekasihnya. Delima itu dibincangkan bersama Bella.. mengatakan dia berbelah-bagi antara dirinya dan kekasih lamanya. Akhirnya Bella sendiri yang beralah dan megundur diri. Dia sungguh kecewa. Akhirnya dia putus asa bercinta dengan kaum lelaki yang tidak menghargai cinta dan kasihnya. Dia mula memanjakan Diana dengan wang ringgit dan kasih sayang, untuk megisi kekosongan hari-harinya.

            Diana sungguh leka diuliti kasih dan kemanjaan Bella, tetapi dia sedar kemewahan Bella tidak sampai kemana..walaupun Bella mempunyai kerjaya yang mantap. Tetapi pada Diana itu tidak mencukupi. Dia makan gaji dan kerjayanya tidak menjamin kemewahan hingga sepanjang hayat. Itulah sebabnya dia masih memerlukan Tengku Farid sebagai kekasih. Sharon pula pansagan Anita. Keempat wanita itu berperangai sama. Sementalah pula mereka tinggal serumah. Segala-galanya mereka kongsi bersama.

Pada Halim, setelah terpandangkan Nur Jannah yang litup bertudung, berbaju kurung dan tidak tercalit sebarang solekan di wajahnya, dia kelihatan suci dan menjaga kehormatan. Wajahnya yang bersih dan nampak sungguh tulus. Timbul rasa kasihan di hati Halim. Dia merasa bertanggung jawab memberi teguran dan memberi peringatan kepada sahabatnya Tengku Farid. Halim juga merasa tidak sepatutnya Tengku Farid mempersia-siakannya ikatan yang telah di bina… dia harus menasihati sahabatnya agar tersedar dari kealpaanya. Lagipun susah untuk mencari wanita seperti NurJannah zaman sekarang ini. Dia berusha menasihati sahabat baiknya sebelum terlambat, moga-moga tidak menjadi ’Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi’ semoga segala kata-katanya dapat difikirkan oleh sahabatnya, itu doa Halim didalam hati.

‘Sedap pula nasi goreng yang dia di masak ni, telur dadar ni lagi sedap macam dia bubuh daging saja dalam telur ni…’ puji Tengku Farid di dalam hatinya. Sempat juga Tengku Farid memasang angan-angan untuk mencuba masakan isterinya untuk makan malam, malam nanti.

Sepanjang perjalanan ke pejabatnya, Tengku Farid tersenyum lebar sambil membayang kan nasi goreng yang di makannya sebentar tadi. Dengan hirisan timun dan dua tiga ekor udang sederhana besar serta kepedasan yang boleh membuatkan telinga berasap. Namun, baginya lagi pedas lagi sedap …hmmm. Jika makan nasi goreng seperti itu berserta telur dadar dengan hirisan bawang besar dan sedikit daging cincang sudah semestinya harganya tidak kurang dari RM 10, terutamanya di hotel-hotel yang biasa di kunjunginya. Dia tersenyum lagi… Hari ini hati Tengku Farid berbunga riang dan dia tak sabar untuk menunggu pulang dari pejabat petang nanti.

Hari itu hari Tengku Farid berjalan dirasakan sangat perlahan. Sekejapan dia akan melihat jam dipergelangan tanganya. Dia merasa tidak sabar untuk menunggu petang menjelma.

‘Ahhh kenapalah lambat sangat waktu balik ni’hingga terkeluar juga apa yang berserabut didalam kepala. Halim yang disebelah menoleh bila mendengar rungutan sahabatnya.

“Kenapa Farid aku tenguk kau dari macam gelisah saja?”

“Ia ke..tak lah aku biasa saja” Halim mendiamkan dirinya sahaja bila sahabatnya menidakkan apa yang dikatakanya.

Sebaik sahaja tamat waktu bekerja, Tengku Farid rasa mahu bersorak dan terloncat-loncat kegembiraan. ‘Akhirnya petang tiba juga’ itulah kata-kata di dalam hatinya. Mana tidaknya, dia merasakan waktu berjalan dengan perlahan hari itu. ‘Tak sabar pula nak rasa masakan makan malam Jannah malam ini…’, harap Tengku Farid dalam hatinya. Dia cepat-cepat berkemas dan menghubungi isterinyanya mengatakan dia dalam perjalanan untuk mengambilnya. Dia takut lambat sedikit nanti datuknya pula mengarahkan dia melakukan itu dan ini. Jadi sebelum datuknya muncul dibiliknya dia akan melarikkan diri terlebih dahulu.

Seperti biasa sesampai sahaja di pangsapuri isterinya, sebelum turun dari kereta Nur Jannah akan menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya. Tetapi suaminya tidak pula menyambut tangannya..

“Abang nak naik dulu ke?”

“Emmm” hanya itu jawapannya. Lalu NurJannah naik ke rumahnya di tingkat tiga di ikuti oleh Tengku Farid di belakangnya. Bagi Nur Jannah ia tidak menjadi sesuatu perkara yang pelik, kerana sesekali ada juga suaminya akan menemaninya hingga ke pintu pangsapurinya.

Sesekali suaminya akan mandi dahulu sebelum keluar semula. Selepas membuka pintu rumah dengan kunci yang ada padanya.. NurJannah memberi salam sebelum masuk kedalam rumahnya. Diekori oleh suaminya sehingga kedalam rumah, kemudian suaminya duduk disofa ruang tamu lalu menyandarkan dirinya. NurJannah masuk kedalam bilik untuk menyimpan beg sandangnya..tetapi setelah keluar dari bilik di lihat suaminya masih duduk disofa dengan mata terpejam. Timbul juga hairan di hatinya apabila dia dilihatnya Tengku Farid duduk bersandar keletihan denagan mata terpejam di sofa ruang tamu rumahnya. Selalunya selepas dia membuka pintu pangsapurinya, suaminya akan turun semula. Kadang-kadang pula suaminya akan segera mandi dan menukar pakaiannya, lantas dia keluar semula. Dia hanya akan datang pada keesokan harinya untuk menghantarnya ke pejabat. Nur Jannah menghampirinya lalu bertanya…

“Abang nak minum ke?”.

“Boleh juga…” kata suaminya terdengar suaranya kelesuan.

“Air kosong pun jadilah…” sambung suaminya dengan mata yang masih terpejam. Nur Jannah ke dapur mengambilkan segelas air kosong dan meletakkannya di atas meja kopi. ’Ahh biarlah mungkin dia penat hari ini..kejap lagi keluarlah dia tu’ bisik hati Nur Jannah.

Setelah itu, Nur Jannah berlalu ke bilik semula untuk menyalin pakaianya pula. Dia memakai sehelai t-shirt dan berkain batik sahaja. Rambutnya yang melepasi bahu pula diikat ekor kuda kelihatannya seperti budak sekolah lagaknya. Dia sudah tidak memakai tudung lagi ketika di rumah walaupun di hadapan suaminya, kerana mereka adalah suami isteri yang sah Nur Jannah sudah tahu hukumnya. Kemudian dia masuk ke bilik air untuk bewuduk. Selepas itu, barulah dia ke dapur untuk menyediakan makan malam. Sudah menjadi kebiasaannya sebelum pulang ke rumah Nur Jannah sudah menunaikan solat Asar di pejabat. Pada pandangan Nur Jannah, jika ada apa-apa yang berlaku dalam perjalanan pulang, dia tidak perlu gusar lagi kerana telah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba-Nya. Itulah ingatan datuk dan neneknya agar dia tidak melewat-lewatkan waktu solat.

Bab 7. Jangan ada rahsia



Sungguh enak kek lapis,
Kek Lapis Sarawak yang istimewa,
Sudah kueberi betis,

Tak cukup lagi nakkan peha.


Bagi Nur Jannah, dia tidak mahu sesiapa pun tahu apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Biarpun dia terpaksa membohongi keluarga kedua-dua belah pihak untuk menutupi rahsianya. Dia hanya mengadukan nasibnya kepada Allah yang Esa, agar dia diBerkati dan diKasihani. Saban hari dia berdoa agar disabarkan hatinya dan ditenangkan kehidupannya dalam menempuh segala ujian. Masa dirasakan begitu cepat berlalu. Baru sebentar tadi suaminya menghubunginya supaya dia pulang esok. Tidak sedar waktu dua minggu yang diuntukkan kepadanya akan berakhir.

“Hallo aku Farid ni…Engkau balik esok ya… Aku dah sampai di KLIA ni. Agak-agaknya kau sampai pukul berapa esok? Aku tunggu di bus stand Klang.”

“Assalamualaikum..” NurJannah memulakan bicaranya.Lembut suara isteri yang menjawab panggilan meresap masuk kekalbunya. Entah kenapa dia jadi terpegun. Diana disisi masih kejap memegang erat lenganya tidak dipedulikkan. Tengku Farid seakan leka mendengar suara lembut dihujung talian…

 “Biasanya kalau bertolak dari kampung memakan masa lebih kurang tiga atau empat jam. Saya bertolak pukul 10 pagi. Kalau macam tu, bila sampai nanti saya akan call abang.” Mendengar bicara lembut isterinya hati Tengku Farid sekali lagi dipalu rasa bersalah. Apatah lagi ucapan salam yang dituturkan terasa sejuk menjentik tangkai hatinya.

“Oklah kalau macam tu Assalamualaikum”…. Tengku Farid memutuskan talian dengan cuba belajar memberi ucapan salam yang tidak pernah diucapkan ketika berjumpa atau berpisah dengan kawan-kawanya.

“Waalaikumsalam”.. Hati NurJannah sayu memikirkan masa yang mendatang. Apakah yang akan terjadi seterusnya. Apakah yang boleh dilakukan? dia hanya boleh tunggu dan lihat sahaja selainnya diserahkan kepada yang Maha Mengetahui…

Setelah menghantar Diana ke rumah sewanya, Tengku Farid terus pulang ke kondonya. Tengku Farid terpaksa memberi pelbagai alasan apabila Diana merengek-rengek hendak singgah kekondonya pula. Sedangkan semasa didalam kapal terbang lagi Tengku Farid telah memberi amaran. Perlakuan mereka harus terkawal sedikit ditakuti akan dihidu oleh kedua belah keluarga, nanti dia yang menerima padahnya. Inilah Diana ‘dah diberi betis nakkan peha pula’ hati Tengku Farid berkata-kata.

Dikondonya Tengku Farid menghubungi sahabatnya Halim. Sebelum Tengku Farid pergi bercuti dia telah meminta pertolongan agar Halim dapat mencarikan sebuah pangsapuri untuk isterinya. Jika boleh dia mahu pangsapuri yang boleh di sewa dengan perabotnya sekali dan berdekatan dengan kondo yang di dudukinya sekarang. Ini bertujuan memudahkan dia untuk menjemput dan menghantar Nur Jannah ke tempat kerja.

 Dia menyediakan kediaman untuk isterinyah ala kadar sahaja. Baginya NurJannah tidak akan lama menjadi isterinya. Dia akan mencari alasan yang sesuai untuk meleraikan ikatan pernikahan itu. Dia juga keberatan untuk NurJannah berpindah kekondonya. Tengku Farid tidak mahu kebebasannya tersekat, dia tidak mahu rasa terkongkong. Jika Nur Jannah pindah kekondonya tentu dia tidak dapat membawa Diana atau kawan-kawanya yang lain kekondonya. Tidak mustahil segala pergerakkan akan terbatas nanti. Dia takut Nur Jannah akan mengadu kepada nenda segala perbuatannya. Jadi sebelum semuanya terbongkar dia mengambil langkah menyewakan rumah lain untuk isterinya. Dengan cara itu kedua belah keluarga tidak tahu apa yang berlaku diantara mereka berdua. Sungguh rapi perancangan Tengku Farid untuk keseronok dirinya.

Tentang pangsapuri, dia tak mempunyai masalah kerana tadi Halim telah mengesahkan dia sudah mendapatkan sebuah pangsapuri seperti yang di hajatinya. Pangsapuri itu lengkap dengan perabot sekali dan berhampiran dengan kondo yang didiami oleh Tengku Farid. Halim adalah sahabat dan penasihat peribadinya yang tidak bergaji tetapi memang boleh di harap dari segala sudut. Selepas waktu kerja Tengku Farid berjumpa Halim disebuah restoran untuk mengambil kunci dan mendengar segala penerangan tentang rumah yang bakal disewanya. Malam itu dia lena sendirian dikondominiumnya. Esok dia akan meneruskan lakonannya di hadapan kedua-dua belah keluarga, iaitu keluarganya sendiri dan keluarga Nur Jannah. Semoga segala rancangannya berjalan dengan lancar.

Seperti yang dirancang Nur Jannah sampai di bus stand Klang hampir pukul tiga petang. Ini bermakna masih ada masa dua jam lagi untuk mengatur segala rancangannya. Dari bas Stand Klang Tengku Farid terus membawa Nur Jannah ke pangsapuri yang bakal di dudukinya nanti. Tengku Farid mahu mereka sama-sama memeriksa dan mencari apa juga kerosakkan dan kekuranganya rumah itu nanti. Dia juga mahu menjelaskan segala rancanganya yang telah ada didalam kepalanya kepada isterinya. Pangsapuri yang disewa oleh Tengku Farid merupakan sebuah rumah yang agak kecil sedikit walaupun mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Mungkin tuan punya pangsapuri itu sudah mengubahsuai sedikit kediaman mereka. Pangsapuri tu jauh berbeza keadaannya dengan kediaman nenek NurJannah yang besar mewah dan indah luar dan dalamnya.Tengku Farid memandang isterinya untuk mendengar apakah pendapat tentang kediaman yang bakal didudukinya nanti. Didalam hatinya juga berdebar jika terkeluar sebarang bantahan.. Maklumlah cucu orang kaya tentulah mempunyai citarasa yang tinggi. Bila isterinya tidak bertanya apa-apa dia pula yang bersuara..

“Kau akan tinggal di rumah ni, supaya senang aku ambil dan hantar kau pergi kerja.” Nur Jannah hanya mengangguk sahaja. ‘Kenapalah dia ni tak pernah bertanya atau membantah apa yang aku suruh?’, timbul kehairanan di hati Tengku Farid. Bagi NurJannah pula dia tidak kisah kediaman yang bagaimana disediakan oleh suaminya..asalkan ianya selamat itupun sudah mencukupi baginya.

“Pukul 5 petang nanti, kita pergi ke rumah grandpa. Tapi sebelum tu, kau kena tukar baju, pakai baju dan seluar ni…”. sambung Tengku Farid sambil menunjukkan sehelai t-shirt, sehelai seluar jean dan sehelai tudung buatan Turki yang sememangnya di beli ketika percutianya tempuh hari.

NurJannah mengambil pakaian pemberian suaminya. Dia berjalan menuju kebilik utama dan masuk kebilik air..dia ingin menukar baju didalam bilik air. Sementara Nur Jannah bersiap, Tengku Farid keluar merebahkan badannya disofa yang terdapat diruang tamu. Apabila sudah siap berpakaian Nur Jannah menjenguk keluar memastikan dimana suaminya berada. Apabila pasti suaminya tidak ada didalam bilik mahupun diruang tamu, dia keluar dari bilik air. Dia sudah siap berpakaian dengan pakaian pemberian suaminya tadi hanya belum memakai tudung sahaja.

Dia membelek dirinya dihadapan cermin. Dia bercakap perlahan dengan dirinya sendiri..’Seluar jean dan tudung ini boleh lah aku pakai, tapi baju ni… tak dapat aku nak pakai. Seksa mata memandang… macam sarung nangka’ dia ketawa kecil terasa kelakar pula melihat dirinya dalam keadaan begitu. Apa tidaknya baju yang agak ketat menampakkan sedikit susuk tubuhnya tetapi seluarnya besar dan panjang pula. Dilipatnya sedikit hujung kaki seluar jean pemberian suaminya tadi. Dia keluar dari bilik untuk mencari beg pakaiannya yang masih di letakkan di ruang tamu. Seingatnya, dia ada memasukan sehelai t-shirt muslimah ke dalam begnya, sebelum ‘percutian’ mereka tempoh hari. T-shirt itu di belinya sewaktu dia dan nendanya pergi ke Bali Indonesia satu waktu dulu. T-shirt itu longgar dan panjangnya menutupi punggung. Ketika dia tercari-cari t-shirtnya didalam beg yang masih di ruang tamu, suaminya datang menghampiri dari arah belakang. Rupanya Tengku Farid yang masih keletihan akibat perjalannya semalam sengaja membaringkan dirinya di sofa ruang tamu, berihat sambil menunggu isterinya bersiap. Oleh kerana kedudukan sofa itu membelakangkan pintu bilik jadi Nur Jannah tidak menyedari suaminya ada disitu. Apabila dia terdengar langkah kaki isterinya keluar dari bilik dia bangun perlahan dia merapati isterinya dari belakang.

“Dah siap ke jomlah kita minum dulu…”

Alangkah terkejutnya Nur Jannah. Secara spontan Nur Jannah berdiri lalu beristighfar berulang kali memandang suaminya sambil mengurut dadanya. Dia benar-benar terkejut.

“Maaf, terkejut ya?…” ujar Tengku Farid terkedu melihat reaksi spontan isterinya. Inilah pertama kali dia dapat melihat wajah isterinya yang tepat memandang wajahnya, tampa tudung dengan rambut lepas tidak berikat..

‘Comelnya dia ni. Dengan rambut melepasi bahu, lebat hitam beralun, lehernya jinjang, alis mata yang tebal, matanya seperti buah kana tetapi tidak pula sepet dan hidungnya pula walaupun tidak mancung tercacak tetapi kecil dan comel, bibirnya kemerahan walaupun tanpa calitan lipstik. Kulitnya kuning langsat dan tubuhnya langsing, terlihat bila dia memakai baju t-shirt agak ketat, selama ini aku tak tahu bentuk badan dia sebab dia berpakaian longgar, Tengku Farid memandang isterinya terpegun, tidak berkelip.

“Be…belum lagi. Sekejap ya, saya nak tukar baju ni” tergagap Nur Jannah menjawab soalan suaminya yang berdiri disisinya, ditangannya sudah memegang sehelai baju. Tanpa berlengah lagi dia terus ke bilik air sekali lagi untuk menukar bajunya. Beberapa minit lepas itu, Nur Jannah keluar dari bilik air sudah lengkap bertudung.

“Kenapa tak pakai t-shirt tadi? Kan cantik t-shirt tu? Ermm… seluar tu longgar ke? Maaf la, aku tak tahu saiz seluar kau..,” Tengku Farid menegur apabila melihat t-shrit tadi telah bertukar kepada yang longgar dan panjang melepasi bahagian punggung isterinya.

“Longgar sikit tapi boleh lah ni.” merujuk pada seluar jean pemberian suaminya tadi. Nur Jannah tidak mahu mengecilkan hati suaminya jika dia tidak langsung mengenakan pakaian pemberian suaminya. Walaupun tidak berapa padan pada dirinya sekuarang-kurangnya dia memakai juga seluar jean dan tudung pemberian suaminya.

“Berapa ukuran pinggang engkau?” tanya Tengku Farid ingin tahu.

“Dulu ukuran pinggang saya 24 inci. Mungkin sekarang dah naik kot. Kalau punggung pula, lebih-kurang 33 inci,” jawab Nur Jannah jujur.

“Tinggi pula 156 cm, entah-entah sekarang dah mengecut kot… rasa macam rendah saja ni,” Nur Jannah membuat lelucon tetapi hanya untuk dirinya sendiri kerana itu dia berkata dengan perlahan. Rupa-rupanya kata-katanya masih di dengari oleh Tengku Farid. Tengku Farid ketawa lepas dengan kuat, kerana dia merasa sungguh geli hati mendengar kata-kata isterinya tadi. Nur Jannah menoleh ke arah suaminya dengan pandangan hairan.’Dia dengar ke apa yang aku cakap’ detik hatinya.

Tengku Farid mengerti maksud pandangan mata isterinya, lalu dia menjelaskan mengapa dia ketawanya.
“Apa maksud kau, bila kau kata kau mengecut?”

“Yalah… kalau dengan nenda, Jannah rasa Jannah sama tinggi. Kalau dengan nenek kat kampung Jannah rasa Jannah lagi tinggi, tapi kalau dengan abang Jannah rasa Jannah rendah sangat. Itulah yang Jannah rasa mungkin Jannah dah jadi kecut” jawab Nur Jannah dengan laju, Dia sedar tadi apabila suaminya berdiri hampir dengannya ketingginya hanya separas dagu suaminya sahaja.

“Oklah… oklah. Tukar saja lah seluar tu, nampak longgar sangat, kakinya pula nampak labuh sangat dah naik tebal kau lipat tu.” Tengku Farid dengan ketawa yang masih bersisa.

“Ok ke kalau Jannah tukar? Tapi kalau baju tu minta maaflah, Jannah akan pakai esok-esok saja ye… Ohh ye, nak minum di mana? Minum kat rumah atau kat luar?” soal Nur Jannah sambil menuju ke bilik air lagi untuk menukar seluarnya pula. ‘Inilah kali pertama aku tengok dia tak mematuhi arahan aku’ detik hati Tengku Farid.

Sambil memandang Nur Jannah, Tengku Farid mengingat kembali ketika dia membeli pakaian tersebut.Dia menggunakan saiz badan Diana. Jadi tidak hairanlah jika Nur Jannah longgar memakainya kerana saiz badan Diana lebih besar sedikit daripada Nur Jannah. Sedangkan tinggi Diana hampir menyamai ketinggianya, kalau dikira-kira tinggi dirinya 175 cm mungkin tinggi Diana lebih kurang 172 cm. Mungkin paling rendah pun 170cm. Tengku Farid berkira-kira didalam hatinya. Ketika itu isterinya muncul semula dari bilik air. Tengku Farid melihat jam di pergelangan tangannya.

“Tak apalah, kita minum di rumah grandma saja… Tapi sebelum tu pakai ni…” kata Tengku Farid sambil menghulur seutas jam tangan yang di beli khas untuk Nur Jannah ketika dia berada di sana. Nur Jannah sedang melangkah keluar ketika Tengku Farid menghulurkannya seutas jam. Ketika itu, Nur Jannah sudah siap berpakaian dan bertudung terdetik dihati Tengku Farid ‘tidak lama rupanya tunggu dia ni bersiap..tak sempat nak berangan pun, emm..dia ni lain dari yang lain lah’ sambil tersenyum memandang isterinya dengan kelakarnya didalam hati sendiri.

“Ingat, berlakon seperti Jannah pergi ke sama juga ye.” ujar Tengku Farid dengan suara lembut mengulangi permintaannya tentang apa yang harus di lakukan nanti di depan keluarga mereka. Nur Jannah hanya mengangguk mengiakan kata-kata suaminya. Dalam hatinya berkata… ’Dah dirasuahnya aku dengan jam dia ni, disuruhnya kita mengikut apa yang dirancangannya, itu yang senyum dari tadi, suaranya pun mengalahkan tuan puteri lembutnya’ marah hatinya. Walau bagaimanapun, dia tetap membuat muka yang selamba, tiada riak marah atau sedih apatah lagi untuk membantah… seperti orang yang tidak berperasaaan sahaja.

Sepanjang perjalanan Tengku Farid tersenyum lebar. Dia membayangkan kembali kegugupan Nur Jannah ketika ter’kantoi’ tidak memakai tudung dan memakai t-shrit yang agak ketat dihadapanya tadi. Dia kelihatan sungguh comel dan cantik. Terdetik di hatinya ingin mengenali Nur Jannah dengan lebih dekat lagi. Tetapi bagi Nur Jannah, senyuman suaminya bagai mentertawakan kebodohan dirinya. Walaupun ditipu, Nur Jannah masih lagi mahu bekerjasama bagi menjaya kan lakonan mereka. Semoga kemenangan di pihakmu suamiku.

         Sesampainya dirumah datuk Tengku Farid, mereka di sambut dengan senyuman manis oleh kedua-dua datuk dan nenek mereka. Sibuk nenek Tengku Farid bertanyakan itu dan ini, tentang percutian mereka berdua. Nur Jannah hanya mempamerkan senyuman bahagianya sahaja. Selebihnya hanya Tengku Farid menceritakan pengalamannya di sana. Kedua-dua datuk dan nenek Tengku Farid tidak ragu, kerana sememangnya mereka tahu bahawa Nur Jannah seorang yang pendiam. Bagi Nur Jannah pula, sememangnya dia merasa gembira dan bahagia bertemu kedua datuk dan neneknya yang telah lama mereka tidak berkumpul. Dapat mengulangi zaman remajanya. Dapat jugalah dia melalui kembali zaman kanak-kanaknya di kebun getah bersama mereka yang di sayangi sekali lagi.

“Grandpa… rasanya kami ingin mencari sebuah apartmen untuk kami tinggal berdua. Lagi pun, kami ingin berdikari dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Kalau boleh kami ingin berpindah dalam waktu terdekat ni” Tengku Farid membuka bicara tentang rancanganya.

 Tengku Faizal dan Tengku Faridah bersetuju sahaja apa yang di suarakan oleh cucunya itu dengan alasan-alasan yang kukuh tanpa di ragu. Pada pandangan mereka pasangan pegantin baru itu sangat secocok dan serasi, mereka merasakan ini adalah satu cadangan yang baik dan mereka tidak akan mencampuri hal rumah tangga mereka berdua.

“Tapi… kenapa tak tinggal di kondo Farid saja?” tanya grandmanya sedikit ragu.

“Selama ni kan.. Halim kawan Farid tu duduk di kondo bersama Farid, takan nak suruh dia keluar cari rumah lain kesian pula. Lagi pun tak lama lagi nak pindah kat rumah yang grandpa hadiahkan tu. Nak duduk sekejap saja,tak apalah kami sewa apartmen ataupun pangsapuri buat sementara, lagi pun kondo tu tinggi sangat nanti susah Jannah kalau lift rosak” Tengku Farid memberi alasan. Tetapi yang sebetulnya dia sudah ada rancangan lain yang telah siap di atur. Dia tersenyum dengan alasan yang di berinya. Seingatnya sepanjang dia duduk di kondo itu tidak pernah sekali pun lift rosak.

Selesai makan malam di rumah datuk dan nenek Tengku Farid, mereka menuju ke rumah nenda Nur Jannah pula untuk mengutarakan cadangan yang sama. Mujur tiada bantahan dari nenda Nur Jannah mengenai rancangan mereka. Tengku Farid gembira segala apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar.