~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 19 January 2015

Nur Hidayah 2





Ohh peritnya hati bila dihati isteri sendiri sudah terisi dengan nama lelaki lain. Sakitnya hati bila isterinya sendiri membayangkan bahagia nya juga dengan lelaki lain..lelaki yang bergelar kekasih. Tengku Faris boleh membayangkan kegiatan isteri bersama keksihnya walaupun mereka belum disahkan menjadi suami isteri. Kerana dia juga begitu jika bersama wanitak yang disukainya, biar pun wanita itu bukan wanita yang sah disisnya. Mereka mendiamkan diri beberapa ketika. Akhirnya Tengku Faris bersuara mencari kepastian mengapa kasih dan cinta isteri nya beralih arah..

“Apa yang menyebabkan kan you nak balik semula pada George Kat..tak kan sebab I tengur sikit ni you dah nak tinggalkan I”.

“Bila I merasakan kita tak sesuai menjadi suami isteri. Faris! Yang sebetulnya I dah fikir banyak kali dan I dah kira baik buruknya..rasanya  perkhwinan  kita mesti diberhentikan hanya setakat ini sahaja. I tak sanggup untuk hidup disisi you lagi.”

“Tapi kenapa? apa yang menyebabkan you tak sanggup, dulu you sanggup dan sesuai sahaja hidup dengan I..ceritalah pada I supaya I tahu apa salah I”. Suaranya sudah kendur, dia merasakan bayangan perpisahan akan menjadi kenyataan. Isteri didepan mata bersungguh-sungguh meminta. Sebagai lelaki waras dia tidak mahu dirinya menjadi suami yang dayus, bila isterinya hidup sebumbung dengan lelaki lain. Dia sudah tidak ada pilihan selain dari bercerai. Itu yang menyebabkan suaranya menjadi datar tanda pasrahnya.

Untuk kebaikkan bersama akhirnya Katerina meluahkan apa yang tersimpan dihatinya. Walau sesosial mana sekali pun wanita itu, mana ada seorang isteri rela berkongsi suaminya dengan wanita lain.Tidak kiralah wanita itu sah disisi suaminya atau pun tidak..hakikatnya mereka tidak mampu untuk melihat suaminyan memeluk wanita lain.

 “I tak tahan dengan you, I tak tahan dengan sikap you yang sentiasa berselera dengan wanita lain. You anggap I ni macam tunggul yang tak ada perasaan. Tak kira depan I atau dibelakang I..you bebas dengan wanita yang entah siapa-siapa, you tidur dengan wanita tu. You nak tahu apa perasaan I..TERLUKA  Faris.. sangat sakit rasa hati ni. I tak kisah kalau setakat you menari dengan dia, bergelak ketawa dengan dia… nakkan happy, tapi kalau sampai angkut keatas katil I rasa tercabar sangat. Selama ni I tak memberi makna pada you ke?.”

“Masa tu I tak sedar, I tak tahu apa yang apa yang I lakukan..I mabuk”.

“You tahu tak betapa sakit hati I, bila lihat keadaan you yang tergolek diatas katil yang dah berserabut. Yang I heran pandai pula perempuan tu call I suruh ambil you kat bilik hotel..ertinya dia tu tahulah you tu suami orang tapi apa pasal dia nakkan you juga..ni mesti you yang menggoda cukup-cukup. Selama I berkasih dengan Gorge dulu, dia tak pernah buat apa yang you buat didepan I. Walaupun I tahu banyak juga wanita yang minat pada dia.”.  Sudah acap kali Katerina  mengambil suaminya di bilik hotel dengan keadaan yang memalukan setelah berzina dengan entah siapa. Mana tak dipanggilnya isterinya  sebab semua duit dan barangan berharga  Tengku Faris habis disapunya..nanti tak pasal-pasal Tengku Faris terpaksa mengadai baju dan seluarnya pula untuk melunaskan bayaran sewa hotel. Sipenyapu pun masih ada rasa baik hati juga rupanya.

“ Kat..I tak sedar apa yang I lakukan masa tu. I buat di luar kawalan. Betul Kat. Tapi kalau dengan you I melakukan dengan segala rasa  cinta dan sayang I pada you..you jangan bimbang  cinta I hanya untuk you seorang sahaja”. Memang benar apa yang terjadi luar sedar Tengku Faris. Itulah bahana air syaitan..orang waras akan jadi tidak betul bila sudah meneguknya. Dan setiap kali perkara itu terjadi, duit didalam poketnya termasuk  jam tanganya akan hilang. Nasib baik hanya beberapa puluh dollar saja duit yang ada.Tengku Faris sememangnya tidak membawa wang yang banyak  ketika berhibur ..kad kreditnya juga akan ditinggalkan dipejabat untuk keselamatan sebab dia kalau sudah berhibur tidak ingat dunia dah.

“I tak mampu mengikut cara hidup you Faris, biar pun you kata cinta you hanya untuk I..tapi pada haklikatnya bukan begitu. Kata manis you hanya dibibir sahaja. I percaya selangkah I pergi sudah berderet nama yang timbul dalam kepala you untuk you gantikan diri I ni. Dah lah Faris terimalah hakikatnya, cinta kita sudah menemui titik akhir.”.

“Bukan kita dah berjanji dulu..kita memeberi kebesasan pada diri dan pasangan walau pun kita dah kahwin. “

“Memang betul, tapi hati manusia ni cepat berubah. Maafkan I hati I yang terlupa pada janji kita. Sekarang ni I tak mampu nak pandang lagi, setiap kali I nampak you bersama dengan perempuan lain, hati ni sakit sangat..I cemburu. Hidup kita pun tak seaman dulu lagi, pantang kita berjumpa ada sahaja yang boleh buatkan kita bergaduh. Jadi lebih baik kita bawa haluan kita masing-masing. Kita bercerai. Ini keputusan muktamat I..Yang sebenarnya bab bercerai ni dah lama I fikirkan. Sebelum I jumpa Gorge lagi.Sekarang  Gorge dah muncul semula dalam hidup I. Jadi you tak payah bimbang tentang I lagi, Gorge akan jaga I pula lepas ni. ”.

“I akan cuba mengubah cara hidup I..walau pun I mengaku agak susah tapi I akan cuba. Boleh tak you tarik balik keputusan you tu”.

“Tak mungkin Faris..Hati yang sakit ni tak mampu nak dipujuk lagi Faris. Itu sebabnya I rasa nak marah sahaja dengan you. Kadang-kadang baru nak reda marah I ni..I akan ternampak lagi perbuatan you. Sakit hati I yang bertindan-tindan ni, tak tahu kat mana I nak lepaskan..itu sebabnya hati I tak pernah sejuk. Nampak sahaja muka you I terbayang perbuatan you. Lagi lama kita macam ni.. I rasa I akan dapat sakit tekanan darah tinggi.  You tak pernah nak ambil tahu rasa sakit hati seorang isteri bila melihat suaminya berpeluk dengan perempuan lain, bertambah hancur bila membayangkan apa yang you buat dalam bilik dia atas katil dengan mereka Faris.”.

“Kat bukan kah itu sememangnya kehidupan kita. Sebelum kita nikah lagi kita dah buat juga macam tu. Kenapa you nak mempertikainya sekarang”.

“Memang betul..Tapi sekarang I dah tak mampu..kalau you nak teruskan dengan cara kehidupan you, you teruskanlah..sorang. Kalau kita dah bercerai I dah tak kisah apa yang you buat. You nak peluk berapa ramai wanita dalam satu malam pun I tak kisah”.

“Tapi I kisah, I risau kehuidpan you tampa I”.

“Itu semua tak perlu lagi Faris.Lagi pun sekarang I dah jumpa balik kekasih I yang dulu..yang sehati sejiwa dengan I. Sekarang baru I tahu cinta I hanya untuk Gorge dan kami serasi bersama. Dia lebih memahami hati I. Hati wanita mana suka lelaki kesayanganya dikongsi dengan wanita lain. Tak macam you,  ugama you pun memang mengalakkan lelaki memiliki wanita lebih dari seorang betul tak.Ugama you tak menghormati perasan seorang isteri itu pasal poligami dibolehkan.”

            Kerana sikap Tengku Faris Katerina sudah tersilap tafsir mengapa poligami dibolehkan dalam Isalam. Tengku Faris tidak dapat memberi gambaran yang baik mengapa Allah menganugerahkan POLIGAMI  kepada seorang suami. Bukan sewenang-wenagnya seorang suami boleh mengamalkan poligami. Jika seorang suami mampu dari segi zahir dan batin. Mampu berlaku adil mereka ini dibolehkan. Tetapi jika kita tidak boleh atau tidak yakin boleh berlaku adil maka memadailah hanya seorang isteri kamu.

“Bila you jumpa dia”. Bila bab ugama dipertikaikan Tengku Faris tidak dapat menerangkan dengan jelas, sebab dia juga jahil dalam berugama mulalah dia menukar topic perbincangan.

“Tiga bulan lepas, dia yang cari I. Dia yang nak kami bersama semula. Dia kata dia tak rasa bahagia kalau I tak ada dengan dia”.

“Bukan kah dia yang tinggalkan you dulu..you tak rasa serik ke dengan apa yang telah dia buat pada you”. Sudah tiga bulan isterinya berhubungan dengan kekasih lama namun dia baru menyedari . Tiga bulan dia ditipu oleh sang isteri mengingtkan itu darah lelakinya mengelegak.

“Tak Faris yang dulu tu I yang salah faham dengan dia. Rupa nya selama ini dia mengukuhkan ekonomi dia untuk kami hidup bersama. Faris terus terang I kata, I rasa  lebih selesa dengan dia..tapi yang sebetulnya cinta I pada dia memang masih seperti dulu. I mohon pada you lepaskan lah I, you boleh terus kan kehidupan you tampa memikirkan I lagi.”

“Begitu mudah you melupakan apa yang dia buat pada you entah-entah dia tipu you sahaja. I cakap macam ni bukanya apa sebab susah I nak lepaskan you, I masih sayangkan you.Fikir dulu sebelum bertindak I takut dia hanya  nak balas dendam dengan you sahaja.” Tengku Faris masih berusha menghalang isterinya pergi kepangkuan kekasihnya.

“Balas dendam apanya, I tak pernah buat salah pada dia. Dia pergi dulu pun kami tak bertengkar apa pun. Dahlah Faris..tak guna kalau pun you tak lepaskan I, I tetap akan pergi pada dia. I tetap akan ikut dia. You nak tahu sebabnya sebab cinta..I masih cintakan dia dan begitu juga dia.”. Begitu nekad Katerina mahukan dirinya dilepaskan untuk pergi kepangkuan kekasih lamanya.

“Kat! yang  you selalu tak balik ni sebab  you duduk dengan dia ke? You sedar tak you masih isteri I, mengapa you dah duduk dengan lelaki lain”. Berang Tengku Faris menerima kenyataan isteri bersama lelaki lain.

“Betul kata-kata you..I tak nak tipu you. I memang bersama dengan dia. Itulah, I balik ni nak beri tahu you. Baik kita akhiri ikatan perkahwinan kita. Kita berCERAI itulah jalan terbaik  untuk kita Faris”. Tengku Faris jadi terkedu mendengar jawapan isteri yang didepan mata..begitu berterus terang tampa berselindung lagi. Sememang kelihatanya Katerina nekad mahukan perpisahan. Menyedari permintaan sang isteri yang bukan main-main. Dihatinya berdetik..dia tidak boleh berkasar dengan sang isterinya jika keras layananya mungkin isteri nya akan terus meninggalkan dirinya.

“Tak kan semudah itu Kat.. I masih sayang dan cinta kan you juga.” Biar pun sudah berkali-kali Tengku Faris mengatakan cinta dan sayangnya masih utuh untuk sang isteri namun semuanya bagai tidak bermakna untuk Katerina yang sudah merasa betapa manisnya cinta kekasih lama.

“Tak guna kita bersama lagi Faris, bila  dalam hati I memang dah penuh dengan bayangan  Gorge.  Lagi pun you sanggup ke melihat I intim dengan dia. I takut you yang hilang sabar nanti. Sebelum terjadi perkara buruk baik kita berpisah. Bila kita dah tak ada ikatan you tak sakit hati bila nampak I dengan Gorge..you tak jadi lelaki dayus. Perceraian adalah jalan yang paling tepat Faris . Lagi pun tak lama lagi Gorge  akan balik ke Kanada,  I nak ikut dia. Kami akan menetap kat sana. Kami nak mulakan hidup baru.I bercadang nak membina keluarga dengan dia.” Tengku Faris hanya dapat memerhati wajah isterinya yang rancak menceritakan impian masa depanya bersama lelaki lain.  Impian bahagia sorang isteri, tetapi impiannya bukan dengan dia sebagai suami. Dia memandang juga wajah isteri yang kelihatan bahagia bila nama Gorge  disebut. Apakah yang dia rasa..PEDIH..hatinya terhiris pedih dengan kata-kata yang terluah dari bibir isterinya.

“Tiga tahun kita bersama tak pernah you berbincang pasal anak dengan  I”.

“Kan masa awal pernikahan kita, you yang kata tak nak ada anak..you yang nak kita enjoy. You yang nak kita happy tampa ada gangguan”.

“Memang benar I yang minta, tapi semua itu demi untuk membahagiakan you, supaya you tak sibuk hendak menjaga anak.Dan kita boleh mengecapai masa bersama tampa gangguan”.

“Faris I rasa gembira hidup dengan you..tapi dengan Gorge I  gembira dan rasa bahagia sebab dia lelaki yang I cinta. You mesti faham rasa cinta ni tak boleh dipaksa. Yang sebenarnya selama kita bersama,I memaksa hati I mencintai you tapi tak berjaya..Cinta I untuk you tak pernah hadir walaupun sudah lima tahun I berusha”.

“Habis selama kita bersama  ni, tak bermakna apa punlah pada you”.

“Entah lah Faris..I tak boleh nak paksa hati I lagi, lepaskan lah I. You carilah wanita yang lebih sesuai untuk you. I jujur macam ni sebab tak nak menipu you. I rasa bersalah setiap kali I bersama Gorge..kemudian bila balik sini I terpaksa juga memenuhi permintaan you sebab you masih suami  I.”

Rupa perkahwinan yang sudah menjangkau usia tiga tahun tidak memberi erti kepada seorang KaterinaTeoh Abdullah.  Wanita yang mengejar cintanya dulu. Sanggup dia memeluk Islam demi mahu bernikah dengannya.Terbayang lagi tingkah Katerina ketika dia mahu bersama denganya dulu, nampak bersungguh-sungguh dengan cinta untuk dirinya.Tetapi dia sendiri yang mengakhiri sebuah pernikahan yang banyak meminta pengorbanan.Korban pertama dia sendiri melerai ikatan perkahwinan bersama Najlah dan korban kedua Katerina mengorbankan ugamanya dan memeluk Islam sebagai syarat untuk bernikah denganya.

Tengku Faris termenung sendiri mengimbau kenangan lalu.  Rumahnya terasa kosong  kekosong hatinya walaupun perabut dirumah nya masih utuh seperti biasa, tidak sebiji pun terluak.Makin dikenang makin terasa perit hatinya. Dia rasa ingin menjerit meluahkan apa yang tersepit dalam  ruanghatinya yang terasa sesak dek kesedehan. Mungkin factor usia menyebabkan dia sangat terkesan dengan perpisahan yang entah kali keberapa. Dulu dia tidak pernah merasa sedeh bila meninggalkan, tetapi kali ini sedeh itu yang mendakap dirinya. Baru lah dia tahu rasa pedih akibat ditinggalkan.

Sedeh hatinya bila isteri tercinta meninggalkan dirinya. Sedeh hatinya menerima hakikat isterinya meminta perpisahan kerana mahu bersama lelaki lain yang dicinta. Sungguh dia berterus terang tampa berselindung yang dirinya sudah menemui cinta sejati dan perkahwinan mereka selama ini satu kesilapan.Rupanya cinta sejatinya bukan untuk dirinya selama ini..cinta sejatinya diuntukkan pada kekasih lama yang meninggalkan dirinya dulu. Dirinya hanya dijadikan tempat persinggahan sementara.‘Cinta I memang untuk dia Faris. I tak pernah terfikir nak beri pada  you walaupun you suami I dan tidak juga pada orang lain’ ..Itulah kata yang terluah dari dua ulas bibir isteri yang selalu dikucup bila mereka berdekatan. Biar pun lembut sahaja nada yang beralun ketika menuturkan kata-kata itu, namun bagi Tengku Faris kata-kata itu seperti letupan  peluru mesin gun yang menyerang  bertubi-tubi mengenai jantung hatinya, tampa sempat dia mengelak. Hatinya hancur tak berupa lagi.

Yang sebetulnya Tengku Faris rasa terkilan dengan pengakuan isterinya.Padanya, dia mahu isterinya menipunya sedikit, supaya hatinya tidak sesakit sekarang.Keluh yang keluar diri bibirnya entah yang kalikeberapa.Keluahan kesal dan keluahan kecewa. Dulu Katerina yang bersungguh menyakinkan cintanya, hingga sanggup menukar agama.Tapi apalah sangat memeluk ugama Islam kalau sekadar diatas kertas sahaja.

Sejak dia memeluk Islam lalu bernikah denganya tidak pernah sekali pun Katerina  solat lima waktu. Puasa dibulan Ramadan jauh sekali. Baginya untuk apa berlapar dahaga sepanjang hari seperti mahu menyiksa diri sahaja. Jika dia sang suami  yang mengajak memeluk Islam tidak melakukan segala perintah ugama anda fikir boleh ke yang menjadi pengikut pula yang berdahuluan melaksanakan. Dia juga tidak pernah mahu membimbing sang isteri menjadi Islam yang sebenarnya.Tujuan memeluk Islam hanya kerana dia mahu bernikah bukan kerana Allah dan bukan kerana Islam itu ugama yang benar.

Tapi apa yang mahu di herankan dia juga pun sama, Islamnya juga diatas dasar keturunan. Kerana  ayah dan ibunya Islam..secara langsung menjadikan dia juga penganut ugama Islam. Tetapi hukum hakam Islam sudah lama dilupakan. Sejak umurnya 19 tahun dan duduk diluar Negara, solat lima waktu dan puasanya sudah tidak pernah dilakukan lagi. Ketika di Malaysia lagi, dia akan bersolat dan berpuasa ketika dihadapan daddy dan mummynya sahaja. Tambah menjadi..bila dia sampai dibumi Qeen Elezebeth. Sememangnya dia sudah terlalu jauh dari mengamalkan Islam. Sudah berbelas tahun dia menjalani kehidupan yang sebegitu. Dari umurnya 19 tahun hingga kini umurnya sudah menginjak keumur lima puluh satu.

Sudah sebulan Katerina pergi dari dirinya. Untuk mengubati hatinya yang kecewa dia kekelab malam seperti biasa. Mencari ramai lagi Katerina disana. Namun semuanya tidak berhasil. Hatinya masih sedeh bila dia berpijak semula dibumi nyata bila kesan iar mabuk sudah hilang dari menguasai dirinya. Dan sampai bila dia mahu bergantung dengan hayalan bila meneguk air syaitan. Dia tidak mahu menjadi penagih alcohol..itu akan merosakkan dirinya sendiri.

Tadi terbuka sahaja matanya dia memandang keadaan sekelilingnya mengenal pasti dimana dirinya. Ohh… Dia tidur diruag tamu rumahnya, entah siapa yang menghantarnya pulang malam tadi. Mungkinkah dia memandu pulang sendiri kerumah dalam keadaan mabuk entahlah. Duduk seorang diri dia memikirkan apakah caranya dia mahu menghapus rasa kecewa. Dia tidak mahu terus merosakkan dirinya sendiri dengan perlakuan meneguk alcohol untuk menghilangkan resah. Dicarinya telefon tangan di poket seluar. Jarinya menekan nombor daddy di Malaysia, menyalur masaalah yang menekan fikiranya.

 “Hello daddy, mommy apakhabar..lama Ris tak call..”

“Orang sibuk mana nak ingat daddy dan mommy kat sini..Ris apa khabar”. Seperti orangh merajuk sahaja Tengku Faizal melayani panggilan anaknya. Pada Tengku Faizal walaupun anaknya jauh diperantauan dia tidak pernah lupa pada anaknya. Itulah seorang anaknya yang dihgarap menggantikan dirinya kelak..tetapi masih adakah harapan itu..anaknya masih belum puas hidup merantau..walaupun usianya sudah menjangkau angka lima puluh.

“Khabar tak baik lah daddy”.

 ‘Ini mesti kisah rumahtangganya yang bermasaalah’ detik hati Tengju Faizal.

“Apa yang tak baiknya Ris..cuba cerita dengan daddy”.

“Ris dah bercerai dengan Katerina..dia pergi pada bekas kekasih dia di Kanada..Dia tinggal kan Ris daddy.” sayu sahaja suara anaknya dihujung talian menceritakan hal dirinya.

“Entahlah Ris... daddy tak tahu macam mana nak tolong Ris, rasanya masaalah Ris, Ris yang buat sendiri....dulu dah elok dengan Najla...Ris tinggalkan dia. Daddy tak tahu wanita yang macam mana yang Ris nak. Daddy tenguk Najla tu dulu baik, cantik.. sempurna sebangai wanita... tapi Ris pergi pada Katerina..ni sekarang dia pula yang tinggal Ris”. Tengku Faizal sering bertanya didalam benaknya..anaknya yang seorang itu berganti isteri seperti menukar baju..walaupun sudah ada isteri dirumah masih ada lagi kawan wanita yang rapat dan mesra..hendak dinasihati ..aduhai dia lebih bijak menjawab...dan yang paling ditakuti terlalu sangat dinasihati takut dia tidak mahu pulang terus keMalaysia.

“Dulu Ris rasa nak hidup dengan wanita Asia yang sama adat resam dan cara hidup...Najla berbeza dari kita cara makan lain.. Ingat Ris dulu Ris nak serumah dengan orang Asia..budaya sama masakan pun hampir sama..tapi entahlah dah nasib Ris agaknya.. Ris ni asyik tersalah pilih saja. Ris sedeh sangat ni daddy. Ris sedeh sorang.” Keluh Tengku Faris Ikhwan dihujung talian.

“Kalau nak daddy tolong baliklah.. duduk sini, kahwin sahaja dengan orang Malaysia. Kita anak beranak sama-sama menyelesaikan masaalah. Ni Ris kat sana beribu batu, naik kapalterbang pun mahu 10 jam baru sampai, jadi macam mana daddy dan mummy nak tolong. Balik ye sebelum terlambat. Daddy dan mummy sentiasa menunggu Faris balik.” Mendengar kata-kata daddynya melintas juga keinginannya untuk pulang ketanah tumpah darahnya.

Sebenarnya Tengku Faizal, sangat bersimpati dengan nasib anaknya..Sudah masuk ke angka lima puluh usia anaknya.. tetapi masih tercari-cari suri yang sudi menemani diwaktu susah dan senang. Bila melihat kebahagian Tengku Raihana dan Doktor Muhammad Razlan hatinya jadi cemburu. Tetapi apalah yang hendak dikata anaknya sememangnya tidak pandai menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca.



Saturday, 17 January 2015

Nur Hidayah 1



Cerita mungkin tersangkut-sangkut..belum habis lagi tapi mak teh dah teruja nak post. Ceritanya rasa macam keterlaluan. Mak teh rasa kehidupan yang mak teh cerita kat bawah ni tak ada dialam reality kan..harap sudi baca  sebagai satu cerita sahaja.


           Dengan keyataan itu menjadikan hati Tengku Faris hangat. Bila hati dah panas suaranya menjadi tinggi. Api perbalahan sudah memercik ke pasangan suami isteri yang dulunya sehati sejiwa sama haluan.  Rasa sungguh tercabar bila kenyataan terbentang didepan mata. Dan akhirnya  pertengkaran yang membawa natijah perpisahan. Pada mulanya dia hanya ingin merungkai persoalan dan tanda tanya yang berkampung didalam hatinya sahaja.  Tidak terfikir hingga menjadi perpisahan pula. Rupanya kasih sayang  yang disulam selama lima tahun tidak cukup kuat untuk menyimpul hati mereka hingga kehujung nyawa, buktinya  kini mereka sudah menjadi orang lain selepas talak dijatuhkan………..

          Malam itu sengaja dia tidak keluar berhibur. Habis waktu bekerja dia menunggu isterinya dirumah. Hatinya bagai digaru mahu tahu apakah yang menyebabkan tingkah isterinya berubah. Masuk sahaja isterinya keruang tamu, itu yang ditanya oleh suaminya. Katerina terkejut dengan sergahan dan  pertanyaan yang bertubi-tubi dari suaminya. Suaminya yang duduk disofa yang agak terlindung dari padangan matanya. Dia hairan mengapa suaminya dirumah waktu itu, selalunya selepas waktu bekerja suaminya akan terus bertemu kawan-kawan minum atau makan-makan kemudian mereka akan terus kekelab malam.. Soalan suaminya tidak dijawab dia pula yang bertanya kembali. Hasratnya tadi dia hanya pulang untuk mengambil barangan peribadi. Maklumlah kononnya dia sedang merajuk kepada sang suami itulah sebab nya dia tidak pulang kerumah tiga empat hari..

“Ehh you tak keluar malam ni?”

            Sudah dua bulan Tengku Faris menyedari tingkah isterinya bagai mahu melarikan diri darinya. Mengapa agaknya. Sudah lama dia mahu bertanya tetapi dia juga sibuk..sibuk dengan ajenda menghiburkan dirinya sendiri.   Pertanyaan di hatinya menggasak ingin tahu namun tiada siapa yang mampu memberi tahu. Akhirnya dia mengambil keputusan. Dia sendiri mahu menjalankan siasatan dari hati kehati dengan isterinya,  mengapa dan kenapa tingkah isterinya berubah.  Habis waktu bekerja, dia menunggu isterinya dirumah.Malam itu sengaja dia tidak keluar berhibur.

               Tercongol sahaja dirinya diruang tamu itu yang keluar dari bibir suaminya. Yang sebenarnya cara khidupan mereka sama, ajenda menghibur diri satu kemestian. Dia akan mengikuti kemana sahaja suaminya pergi. Hanya sekarang, sejak dia bertemu semula kekasih lamanya dia sudah membawa haluanya sendiri.  Baginya perkahwinan mereka sudah mahu mencecah usia lima tahu sudah terasa kehambaranya. Kehidupan mereka sama sahaja setiap hari. Perasaan jemu sudah mula bertandang  dalam diri bila setiap hari hanya memendang wajah yang sama dan aktiviti yang sama. Adakah semua orang  begitu. Tetapi hairanya ada pula orang berkata.. makin lama usia perkhawinan rasa sayang makin kukuh didalam hati??. Itu sebabnya ada orang bermadah aku kutunggu dipintu syurga. Ialah rasa tak puas hidup bersama didunia, diakhirt  pun mereka nak bersama- sama juga.

              Sudah dua bulan haluan hidup Katerina berbeza dengan Tengku Faris dan dia sangat bahagia. Malamnya sentiasa penuh dengan keterujaan. Layanan istimewa kekasih lama yang membuat dirinya bersemangat dan mahu sentiasa bersama lelaki yang bernama Gorge. Dia pulang kerumah selain mahu mengambil barangan peribadinya, dia juga mahu menguji rasa bahagianya dimana. Nyatalah hatinya sudah memutuskan bahagianya hanya bila dia bersama Gorge sang kekasih  dan bukanya Tengku Faris suaminya yang sah. Bila dia disapa begitu terus sahaja dia meluahkan apa yang ada terkandung dihatinya.  Dia tidak boleh bertangguh jika dia bertangguh mungkin bahagia yang mahu digapai akan pergi menjauh dari dirinya.



“Kat! kenapa sejak akhir-akir ni perangai you dah berubah. Kalau kita bertengkar sikit ..you akan tinggalkan I.. Kenapa??  Ni dah nak masuk hari keenam you menghilang..you pergi mana?.. you tidur kat mana?”.

“I rasa.. I biasa sahaja. I ada kat tempat biasa kita lepak. I suka lepak sorang-sorang sambil nak sejukkan hati.”

“Apa yang nak dipanaskan..kita bukan tak pernah bertengkar. Bertengkar sikit-sikit adatlah..itu semua untuk mematangkan sebuah rumah tangga”.

“You memang macam tu..pertengkaran pada you satu kebiasaan.  Jadi biarkanlah I sendiri. You pun bukan kisah I ada ke, I  tak ada ke."

“Siapa kata I tak kisah. You sangat bermakna dalam hidup I”..

“Elleh..you kalau sebulan pun I tinggalkan you, you tak rasa apa pun kan, ramai lagi perempuan yang boleh hiburkan hati you. I rasa..  you tak pernah merasa kehilangan I, kalau I tinggalkan you hanya setakat empat lima hari  macam ni”. Entahlah cara kehidupan yang  sebebasnya memilih pasangan menari atau bertepuk tampar..walaupun mereka ditempat yang sama. ‘Jangan ada rasa cemburu  itulah perjanjian mereka sebelum mereka mengikat diri mereka dengan ikatan perkahwinan.

“Siapa kata..you isteri I, wanita yang sebebasnya kalau I nak bersama you bila-bila masa pun..tak seperti mereka, kalau mereka rela baru boleh, itu bezanya antara mereka dengan you”.

“Apa tujuan you nikah dengan I..adakah hanya untuk seronok sahaja….”

“Kat I kahwin dengan you supaya kita boleh berkongsi suka duka, kongsi rasa bahagia..kongsi rasa seronok sama. You pula apa tujuan you terima dan bersetuju nikah dengan I, sampai you sanggup tukar ugama.”.

“Sama macam you berkongsi rasa”.

”Tapi kenapa sekarang you berubah..kenapa?”.

“I macam biasa sahaja lah Faris…” Tidak sempat ayatnya dihabiskan, suaminya sudah memintas kaka-katanya.

“You jangan nak bohong, you bukan seperti biasa.. I sangat merasa perubahan pada diri you.You seakan menjarakkan diri you pada I, sejak dua bulan ni.   Dulu masa kita baru kahwin you tak macam ni..bertengkar macam mana pun you tak pernah tinggalkan I. Ni hanya sedikit kesalahan I, you tinggalkan I berhari-hari.You kata you lepak tempat biasa kita lepak,  I kesana cari you tapi you tak ada. I tanya semua kawan-kawan kita, mereka pun tak tahu you kat mana. You memang tak pergi sana kan,  sebab mereka semua tak nampak kelibat you sudah lama. Cuba terus terang pada I, you kemana..” Memang benar Katerina tidak ketempat biasa mereka melepak. Sehabis waktu bekerja dia akan kekediaman sang kekasih dan berkubang didalam bilik, mengulangi zaman manisnya cinta mereka. Pada Katerina jika Tengku Faris boleh buat mengapa pula dia tidak boleh. Suara Tengku Faris sudah mula tinggi..amarahnya dalam hati sudah menyerbu kekepala bila merasakan isteri mahu menyorok isi hatinya.

“Kan I dah cakap I nak menyejukkan hati I ni. Hati I yang berbahang bila melihat keintiman you dengan Amanda. Bukan setakat peluk di kelab..you angkut dia masuk bilik”.

“Bukan tak pernah I buat macam tu. Bukan pada Amanda sahaja yang pernah I bawa dia kebilik..Sofi, Ane, Marsha mereka semua pernah jadi teman tidur I, bukan you tak tahu. I tak pernah nak sorok dari you mereka semua. Lagi pun apa yang you nak kisah kan walaupun apa yang I buat pada mereka..cinta I hanya pada you seorang. Kat! I hairan sangat kenapa baru sekarang you nak cemburu, you sekarang memang dah berubah..you sekarang bagai mahu menyekat kebebasan I. I rasa you macam nak jadi ‘queen control ‘..Kenapa??, you bukan tak tahu I tak suka di queen control”.

“Perempuan mana yang tak cemburu bila nampak boyfrend dia dengan wanita lain..berseronok dengan wanita lain. Itu baru boyfrend..Apatah lagi suami..you tu suami I.”.

“Tapi I tak halang kalau you nak mencari keseronokkan dengan orang lain juga. Kan kita dah janji.. I boleh menari dan minum dengan sesiapa sahaja yang I suka dan you juga. I merasa ada perkara lain yang you sorok dari I. You sorok perasaaan you dari I. You berubah bukan sebab I bersama Amanda..Cakaplah terus terang Kat. You jangan nak mendera perasaan I, tercari-cari salah I  yang menyebabkan you berubah”.
“Janji kita dulu hanya you boleh menari, minum dan bergelak ketawa sahaja dengan mereka ..bukan ketempat tidur.”

“Ialah..tapi kalau I dah mabuk I tak sedar Kat..mungkin bukan I yang tarik masuk bilik..diaorang yang tarik I, I memang tak sedar masa tu..masa I mabuk I tak tahu apa yang I buat Kat”.

 “Emm entahlah Faris..tapi I dah mula jemu hidup dengan you.. Sekarang  I nak cakap, ini pun sebab you dah tanya I..jadi lebih baik I berterus terang dengan you”. Katerina takut-takut duduk disofa dihadapan suaminya yang berwajah agak tegang. Tetapi dia nekad kalau dia dipukul atau diapa-apakan oleh suaminya lagi senang kerjanya, perbuatan suaminya akan dapat dijadikan alasan untuk meleraikan ikatan perkahwinan mereka tapi kena tahan sakitlah sikit. Jika di bawa ke pengadilan tentu sahaja apa yang dihajatinya berpihak kepadanya.

         Janji mereka ..mereka bebas memilih teman berbual, teman menari dan teman terbahak-bahak. Kerana mereka tahu cinta sejati mereka adalah milik mereka berdua. Balik nanti mereka bersama semula sebagai suamiiasteri. Hanya sekarang sejak dia bertemu semula kekasih lamanya, dia sudah membawa haluanya sendiri. Dan kini dia pasti suaminya sudah tidak memberi sebarang rasa pada dirinya. Debaran rasa cinta sudah tiada. Rasa teruja dan rasa gembira bila mereka berjumpa sudah tiada. Jadi untuk apa mereka bersama lagi jika semuanya sudah tidak berasa.

“Faris!! Memang I bercadang nak minta cerai dari you…kita harus menamatkan perkahwinan kita. I tak sanggup untuk hidup disisi you lagi. You perasan tak makin lama kita bersama..kita makin tak memahami antara satu sama lain. Hidup kita pun tak seaman dulu lagi, pantang jumpa ada sahaja yang boleh buatkan kita bertekak macam ni. Hampir seminggu kita tak jumpa macam inikah cara kita berkominikasi.”.

“You yang cari gaduh dengan I”

“Memang I yang cari gaduh tapi tahu tak kenapa sikap I jadi  macam ni.  I dah tak dapat membendung rasa sakit hati I ni. Faris! I nak terus terang dengan you, sekarang I tak mampu nak ‘share’ you dengan wanita lain..semua wanita yang you jumpa, bebas you peluk..walaupun I ada kat sebelah you..I rasa macam I tak bermakna pada you. Itu yang I rasa sekarang”.

“Kat  bukan kah itu sememangnya kehidupan kita dari dulu.. dari kita mula berkenalan dan berjodoh. Kita bertemu pun  dikelab malam. Memang sejak dulu perangai I macam ni. I hairan lah,  dulu you tak pula cemburu kalau nampak I peluk wanita lain. Kenapa you nak mempertikainya sekarang..kenapa you nak cemburu pula sekarang”.

“Mungkin sebab usia I yang dah meningkat, I rasa tergugat bila disisi you.Untuk pengetahuann you  sekarang I dah tak mampu melihat tingkah laku you.. Kalau you nak teruskan cara kehidupan you, you teruskanlah..SEORANG. I minta dengan baik LEPASKAN  I. Lagi pun sekarang I dah jumpa balik kekasih I yang dulu… Gorge… you ingatkan Gorge. Sebelum kita nikah dulu I ada ceritakan tentang dia pada you.”. Bila tersebut sahaja nama kekasih lamanya wajah dan suara Katerina bertukar ceria. Lain pula keadaan Faris melihat keceriaan diwajah isterinya..

“Bila you jumpa dia”.Wajah Faris yang tadinya tegang menjadi bertambah tegang dan suaranya menjadi garang.

“Tiga bulan lepas tapi baru dua bulan ni kami mula intim. Dia yang cari I. Dia yang nak kami bersama semula. Dia kata dia tak rasa bahagia dengan perempuan lain, bahagia dia hanya ada pada I katanya. Jadi kami nak bersama semula membina hidup baru. I pun sebenarnya rasa bahagia bila bersama dengan dia..” Tampa rasa bersalah Katerina membuat pengakuan bahagianya bersama lelaki lain.

“Bukan kah dia yang tinggalkan you dulu. You tak rasa serik ke dengan apa yang telah dia buat pada you”.

“Tak Faris..yang dulu tu I yang salah faham dengan dia. Di tak bermaksud tinggalkan I..tapi I tak faham masa tu, I ingatkan dia tak nak dengan I lagi”.Bersungguh-sungguh Katerina membela kesalahan kekasihnya.

“Begitu senang you melupakan apa yang dia dah buat pada you. Dah lima tahun dia tinggalkan you ..you kata dia tak bermaksud tinggalkan you? Mudahnya you memaafkan dia”.

“Terus terang I kata..I rasa lebih selesa dengan dia, tapi yang sebetulnya cinta I pada dia memang masih seperti dulu. Ni baru sehari I tak nampak muka dia I rasa rindu sangat. I mohon pada you lepaskan lah I.  You boleh terus kan kehidupan you tampa memikirkan I lagi dan I boleh dengan kehidupan I tampa memikirkan rasa bersalah pada you kerana menduakan you.”

“Mudahnya you buang I selepas you jumpa dia. You buat I ni macam kain buruk sahaja, dah tak nak guna campak dalam tong sampah macam tu ke?. Dulu you juga yang merayu minta I nikah dengan you..hingga sanggup I ceraikan Najlah kerana nak bersama dengan you. Ini kah balasan apa yang I korbankan kerana nak bersama dengan you.”

“Dulu I keliru, I tak faham perasaan I.  Bila hati dah kecewa ada pula orang menghulur kasih, I rasa itu adalah cinta sejati, rupanya I yang tersilap”. Memang betul kalau bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi..Dulu Tengku Faris tertarik dengan kecantikan Katerina yang berwajah Cina campur Amereka.

“sejak bila you tersedar you tersilap..dengan kata lain you tersilap menikah dengan I”.

“I cakap terus terang..sejak I jumpa dia balik debaran cintanya tak mampu nak I bendung. I sentiasa bersemangat sekarang bila membayangkan I akan pergi pada dia. Rasa nak bersama dia berkobar-kobar.. I tak mampu nak kawal persaan I yang sentiasa nak kan dia. I memang bersama dengan dia sekarang ni. Itulah I balik ni nak beri tahu you..Baik kita cari titik penyelesaian perkahwinan kita. Kita berCERAI itulah jalan terbaik  antara kita..I tak mahu jadikan you dayus bila I bersama lelaki lain. I nak berlaku jujur dengan you. I tak nak curang dibelakang you. I rasa tak boleh lagi nak berpisah dengan dia lagi Faris.”. Tengku Faris jadi terkedu mendengar jawapan isteri yang didepan mata. Begitu berterus terang tampa berselindung lagi. Sememang kelihatanya Katerina nekad mahukan perpisahan.

“Sanggup you duduk dengan dia sedangkan you  masih isteri I”.

“I tahu I salah, tapi I tak mampu nak menidakkan perasaan I pada dia Faris.. Fahamilah I. Kalau pun kita masih suami isteri tapi hati I pada dia,  tak guna juga. I derita you pun derita..perkahwinan kita tak bermakna..”. Tidak disangka kata-kata yang diluahkan oleh Katerina sama seperti kata-katanya semasa dia mahu menceraikan isterinya yang bernama Najlah dulu.


“Tak kan semudah itu Kat.. I masih sayang dan cinta kan you.” Itulah kata-kata Najlah yang mahu perkahwinan mereka diteruskan dulu. Tidak disangka dia pula yang mengucapkan untuk menghalang permintaan isterinya yang mahukan perpisahan.

“Tak guna kita bersama lagi Faris..bila  dalam hati I memang dah penuh dengan bayangan George.  Lagi pun you sanggup ke melihat  I intim dengan dia. I takut you yang hilang sabar nanti. Sebelum terjadi perkara buruk baik kita berpisah..jadi you tak sakit hati bila nampak I dengan George. Kalau you lepaskan I, you tak jadi lelaki dayus. Perceraian adalah jalan yang paling tepat untuk kita Faris . Lagi pun tak lama lagi George  akan balik Kanada,  I nak ikut dia. Kami akan menetap kat sana”.Tengku Faris hanya dapat memerhati wajah isteri yang rancak menceritakan impian masa depanya yang bahagia, tetapi yang nyata impian bahagianya bukan dengan dirinya.