~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday, 11 May 2014

Bab 31 Tidak ku tahu kasih bermula






Cikgu Nassir cuba menyelami masa silam cikgu Emil, supaya dia memahami hati seorang wanita yang bercerai hidup.

 “Ohh masa dia nikah satu lagi tu awak tak tahu ke?”

 “Tak.. dah tiga tahun dia kahwin barulah saya terjumpa. Kalau tak terjumpa mungkin sampai sekarang saya tak tahu saya bermadu.”.

“Cukuplah saya tak mahu membuka sejarah awak. Tak mahu luka awak tu berdarah lagi. Saya tak kisah sejarah lama awak..kalau awak sudi terima saya, saya pun terima awak seadanya”.


“Saya pun macam tu, kita menerima hanya kerana anak sahaja”.


“Kalau  cikgu tak kisah ke kerana itu. Saya pun tak kisah juga. Sebetulnya kita ni saling memerlukan. Hendak menutupi kekurangan kita”.


“Jadi apa keputusan cik gu sebenarnya. Saya nak jawapan terus ternag jangan biarkan hati saya yang meneka takut tersalah teka”.
“Jawapan dari hati saya..saya setuju terima Emil jadi isteri saya.” tegas jawapan cikgu Nassir.

“Kalau macam tu saya pun setuju. Tapi kalau boleh cikgu datanglah jumpa ayah saya dulu untuk berbincang. Walau pun saya ni dah janda tapi saya tak mahu membelakangkan ayah saya, kerana dia masih ada lagi”.

“Bila saya boleh jumpa dengn ayah cikgu?”.

“Tak kisahlah bila..bila cikgu  senang lah”.

“Anak-anak saya kata kalau boleh mereka nak selesaikan hal kita ni sebelum adik dia duduk SPM, boleh ke macam tu, tak rasa tergesa sangat ke?”.

 “Ok saja.. bukan nak siapkan apa pun. Untuk menyenangkan hati anak-anak yang nak nak periksa supaya fikiranya lapang hanya fikir belajar dan tak fikirkan hal kita, kita turukan sahajalah apa yang mereka cadangkan. Tapi cikgu nak buat persiapan lain ke?”.

“Nak buat persiapan apalah kita dah tua-tua ni. Ada orang sudi ni pun Alhamdullilah sangat. Kita ni dahlah tak hensem anak yatim piatu pula tu”.Sekali lagi kenyataan dia tak hensem dan anak yatim piatu diulang.  Ada senyum di hujung kata cikgu Nassir. Hati jadi teruja pula bila menginagtkan dirinya akan beristeri lagi. Benar juga kata-anak-anaknya dia perlukan teman sementara dia masih lagi bernyawa. Dia merasa gembira pula ada teman berbual yang berlainan gender dan seusia dengannya.Yang di sayang tetap tersemat dihatinya.
 “Nak buat apa yang hensem sangat, kalau hati kita sakit. Pada saya biar sakit dimata tapi senang dihati.”

 “Bekas suami cikgu dulu tu hensem ke?”.

“Hensemlah juga..itu yang ada peminat, kalau tak.. tak lah perempuan tu nikah dengan dia walaupun tahu bakal suaminya tu dah ada isteri. Perempuan tu sanggup jadi isteri nombor dua,  janji dapat pandang muka hensemnya tu.  Sebab kalau kata dia terima kerana dia tu kaya..dia hanya seorang guru, gaji dia banyak manalah,  gaji cikgu macam kita ni ha. Nak kata mak bapak dia orang kaya pun tak juga, hanya anak bekas ketua kampong, ayah dia pun dah meninggal. Jadi kenapa dia sanggup jadi bini nombor dua, tentulah sebab nak pandang muka hensem dia tu hari-hari”.

 “Cik gu tak kisah ke kita cerita tentang bekas suami. Nampak cikgu emo sikit ni,  takut pula pinggan nasi tu melayang kat saya kerana marahkan bekas suami”. Jelas kelihatan wajah Emil yang agak tegang masa dia bercerita, mungkin terasa geram bila melepas kan apa yang ada dihatinya.

Tadi tidak lama mereka duduk berbincang, datang pula pelayan untuk mengambil pesanan makan untuk mereka. Tidak lama lepas tu makanan  dihidangkan. Mungkin malam itu tidak ramai pelanggan untuk dilayani, jadi mereka sempat melayan pelanggan dari meja ke meja.

 “Saya dah tak rasa apa. Sebab saya dah tak ada ikatan lagi dengan dia. Dia dan saya dah jadi orang lain. Saya doa kan dia bahagia dengan pilihan emaknya”.

“Oh perempuan tu pilihan emaknya. Yang sebenar cikgu kenal bekas madu cikgu tu”.

“Kenal..perempuan tu dulu duduk sekali dengan keluarga bekas suami saya. Dialah yang temankan bekas mertua saya duduk dikampong. Saya difahamkan mereka masih bau-bau bacang.”. Mereka menjamu selera sambil berbual-bual, tidak sedar nasi dipinggan sudah habis masuk ke perut. Mungkin mereka sudah berusia atau pun mereka memamang sudah ada keserasian cepat sahaja mereka menjadi selesa berbual bersama. Diakhir pertemuan, sebelum mereka berpisah Emil bertanya untuk merungkai pertanyaan yang sedari tadi bergayut dihatinya..

“Cikgu!! Cikgu ke yang mengatur pertemuan kita ni dan nak cepat kerana nak sama berbincang dengan anak-anak yang sedang bercuti sekarang ni.” Kelihatanya cikgu Nassir terpinga-pinga dengan soalan Emil, dia seakan tidak faham akan kata-kata Emil.

“Tadi Sofian kata cikgu yang nak jumpa, sebab nak kepastian dari saya. Betul ke macam tu?.” Soalan Emil berjawab dengan soalan juga. Kini fahamlah Emil siapa yang merancang semuanyai untuk mengatur jodoh mereka.

“Kita dah kena main dengan anak-anak kita. Tadi Uwais kata cikgu yang nak jumpa sebab lepas ni cikgu nak bincng dengan anak-anak cikgu yang sedang bercuti sekarang ni. Saya rasa semuanya di atur oleh anak-anak kita..Tak sangka betul anak-anak zaman sekarang kan cikgu pandai pula dia mengatur kehidupan emak ayah dia. Sekarang kita dah tahu..macam mana penerimaan cikgu pada saya, saya takut cikgu terpaksa sahaja”.

“Taklah keputusan saya tetap sama, saya terima Emil seadanya, keputusan saya tak dipengaruhi oleh anak-anak. Pada pendapat saya anak-anak hanya mengatur pertemuan kita supaya kita dapat menilai atau mencari keserasian antara kita.  Anak-anak buat  untuk kebaikkan kita. Mencarikan teman sebelum kita mereka tinggalkan kerana tuntutan hidup. Saya bangga dengan anak-anak saya. Ada anak-anak tak suka emak ayah mereka kahwin lain walaupun emak ayah mereka tak hidup sebumbung lagi. Mereka tak suka tempat emak atau ayah mereka diganti dengan orang lain betul tak. Tapi anak-anak kita lain pula. Emil macam mana? Masih dengan jawapan yang sama macam tadi?”.

“Kalau dah cik gu muktamat dengan jawapan tadi saya pun samalah. Betul kata cikgu anak-anak merancang untuk kebaikkan kita.”.

“Kalau macam tu hari Ahad ni saya jumpa ayah cikgu Emil, minta restu dia untuk pernikahan kita ni”.


Selepas pertemuanya direstoran Tasik keesokkan harinya selepas waktu bersekolah, Emil bertemu dengan ayahnya. Tujuannya untuk ayahnya bersiap sedia dan tahu tujuan orang yang datang untuk bertanyakan dirinya hari Ahad nanti.

“Ayah hari Ahad ni ada orang nak jumpa ayah”. Uwais yang turut sama cepat memintas kata-kata mamanya.

“Ma! Kenapa hari Ahad ma..suruahlah ayah Pian datang hari Sabtu”.

“Abang! tak baik menyampuk bila mama dan atuk bercakap”.

“Abang bukan menyampuk tapi sebelum mama cakap dengan atuk abang nak cakap  dulu. Abang dah ada rancangan hari Ahad tu, jadi macam mana abang nak sama-sama dengan mama nanti.”.

“Ok Kenapa abang nak cepat sangat ni..abang ni pandai pandai sajakan. Ini semua rancangan abang dengan Pian kan, kalau ikutkan mama malas tau”. Haji Mohd Noh terpinga-pinga mendenar apa yang diperkatakan oleh anak dan cucu nya yang didepan mata. Seperti bertengkar pun ada.

“Mel apa ni Mel, kalau Emil nak cakap dengan ayah cakaplah dulu, ni dia bertekak anak beranak depan ayah. Kata ada hal nak cakap dengan ayah”.

“Nilah Uwais ni yah..pandai-pandai dia kenenkan Emil dengan ayah kawan dia. Lepas tu dia suruh kita jumpa dia. Tapi tulah lepas kami  bincang malam semalam dia kata nak datang jumpa ayah hari Ahad ni. Nak minta restu kami nak nikah”.  Muka Emil memuncung bila mengenagkan semuanya adalah gara-gara Uwais. Dia tidak suka jalan hidupnya ditentukan orang, walaupun oleh anaknya sendiri. Tetapi bila melihat sikap periang cikgu Nassir terasa ada keserasian disitu hatinya jadi menerima.

“Ohh Emil dah nak nikah Alhamdullilah..Kiranya dia  datang nak meminag lah ni”.Terkejut juga Haji Mohd menerima berita yang diucapkan oleh anak sulongnya, tetapi dia gembira kerana anak sulong yang sudah menjanda  lima tahun akan bernikah semula.

“Meminang ke yah..Entahlah tapi dia nak jumpa ayah”.

“Yang Emil marah sangat kenapa?”. Haji Mohd Noh hairan dengan memek muka anaknya yang memuncung marah. Adakah kerana dia hendak menikah hatinya jadi marah.

“Bukan apa yah..Uwais ni pandai-pandai dia saja. Nanti cikgu Nassir tu kata Emil yang beria sangat nak nikah. Nasib baik tanya semalam. Dia pun tak tahu semuanya yah. Ni rancangan Uwais dengan anak dia Sofian.”.

“Ohh ayah budak yang selalu datang belajar sama-sama dengan Uwais tu ke yang nak jadi dengan kamu ni Mel?”

“Ialah”..

“Tak apalah budak tu pun Nampak baik, cerdik nampaknya. Kenapa pula ayahnya dikenekan dengan kamu, emaknya mana”.

“Isteri cikgu Nassir tu dah meninggal katanya dah hapir tiga tahun istrinya meninggal kerana barah usus”.

“Oklah tu mereka buat semua tu untuk kebaikkan Emil dan cikgu Nassir juga. Emil bertuah dapat anak macam Uwais ni, dia selalu bimbangkan Emil. Dia selalu cakap dengan ayah, Emil masih muda dan masih cantik, dia nak tinggalkan Emil kat ruamh sorang dia bimbang sangat”. Memang ada kebenarnya, sejak dia menjadi janda Uwais sudah tidak selalu keluar lagi. Selalunya dia akan mengulang kaji pelajaran dirumah. Sering kali Sofian yang datang kerumah mereka untuk berbincang tentang pelajaran. Uwais sudah tidak seperti dulu yang keluar mencari kawan.

“Ia ma, pada abang ayah dah ada isteri lain dan mereka gembira dengan kehidupanya, jadi buat apa mama nak sedih duduk sorang-sorang. Kalau mama dah ada teman abang tak risau lagi nak tinggalkan mama pergi belajar. Kalau abang ok saja abang duduk kat kampong ni. Tapi mamalah yang beria nak suruh abang keluar dari kampong ni. Cuba mama tenguk  pak Long Muaz tu, boleh pun hidup senang jadi makanik kereta sahaja. Duduk kampong ni banyak kelebihan ma barang murah, udara bersih hidup pun tak berebut, makan pakai pun senang”.

“Selama ni mama gembiralah bang, walaupun mama duduk sorang. Bab pak long tu takkan semuanya nak jadi makanik macam dia juga.”.

“Dahlah Mel kalau dah ada orang yang suka terima sajalah, suruhlah dia datang ayah tunggu..bila? hari ahad ni? jadi ye”.

“Tuk janganlah hari Ahad suruhlah dia datang hari Sabtu. Abang ada hal hari Ahad tu..hari Sabtu ye tuk”.

“Atuk tak kira hari apa pun boleh”.

“Ok abang call Pian suruh ayah dia datang hari Sabtu”. Sekejapan itu juga Uwais menghubungi sahabatnya. Setelah menyampaikan apa yang dihajatinya. Dia berpaling memandang wajah mamanya yang masam mencuka.

“Ma ayah Pian datang hari Sabtu belah pagi dalam lengkungan pukul 10 pagi gitu.”

“Dah lah Mel terima sahajalah cadangan anak kamu tu..dia buat pun untuk kebahagian kamu juga. Tenguk lengkap dengan waktu lagi dia rancangkan,senang tidaklah kita tertunggu-tunggu. (Haji Mohd Noh memandang isterinya yang baru keluar dari dapur) Nor kita masaklah sikit untuk hari Sabtu ni. Kita akan ada tetamu istimewa Nor”..

“Siapa yang nak datang De?”

“Ada orang nak tanyakan Emil”.

“Yah tak payahlah yah.. susah-susahkan mak ngah nanti”.

“Tak apa Mel menjamu tetamu akan murah rezeki kita nanti Mel. Agaknya ramai tak yang datang nanti Mel”. Hajjah NorIza mencari kepastian untuk memudahkan dia memasak juadah.

“Entahlah mak ngah..kata dia semalam mak ayah dia dah tak ada tapi tak tahulah kalau mak cik-mak cik dia”. Mendengar perbincangan mama,  datuk dan nenek ngahnya Uwis menyisih. Dia menghubungi sahabatnya lagi. Setelah mendapat jawapan apa yang dikendaki dia meghampiri ahli keluarganya yang masih berbincang diruang tamu.

“Tuk!  ayah Pian tanya kalau dia datang anak beranak saja boleh tak. Sebab nak panggil keluarga nya yang lain macam tak sempat.”

“Ok saja”.

“Bang!! cakap dengan Pian adik beradik dia saja..jiran pun tak payah. Mama tak suka ramai-ramai.”

“Mel apa cakap macam tu Mel”. Tegur Haji Mohd Noh dengan sikap anaknya yang mula dengan perangai lamanya.

“Ia Mel jangan ditahan kalau orang nak datang bertandang rumah kita. Jangan Emil tak tahu tetamu yang datang ni membawa rezeki pada tun rumah”

“Bukan apa mak ngah..Emil tak suka kecoh-kecoh belum jadi pun. Dia datang nak tanya ayah dulu..kalau ayah tak setuju nanti buat malu sahaja”. Cepat sahaja Haji Mohd Noh mencantas kata-kata anaknya.

“Apa pulak ayah tak setuju. Ayah setuju. Ayah suka kalau Emil ada teman. Yang sebentulnya ayah pun risau Emil duduk sorang”.

“Ialah..ialah ..tapi memang Emil tak suka ramai-ramai, cukup kita-kita sahaja. Dah bang cakap dengan Pian macam tu jangan bawa orang lain mama tak suka”. Sudah keluar sikap Emil yang mahu kata-katanya diikuti. Mereka akur. Emil tetap Emil Atilia rupanya. Sesekali akan keluar sikap Emil yang dulu.

Cik gu Mohd Nassir datang menemui Haji Mohd Noh untuk bertanyakan anaknya.  Itulah adat Melayu yang dijunjung, meminta restu emak ayah jika mahu ‘mendirikan masjid’, tidak kiralah kita muda atau pun tua, teruna dara atau duda  janda. Cikgu Mohd Nassir hanya ditemani oleh empat orang anak-anaknya, tiada wakil dan tiada orang lain turut serta dalam pertemuannya dengan Haji Mohd Noh bapa janda yang bakal menjadi isterinya. Diatas permintaan Emil, Haji Mohd Noh juga tidak mewakilkan sesiapa untuk menyambut tetamu istimewanya, hanya dia suami isteri, Emil dan anaknya Uwais bak kata Emil, dia tidak mahu ‘kecoh-kecoh  benda belum jadi’. Tetapi Hajah NorIza tetap menyediakan  sedikit juadah untuk menjamu para  tetamunya.

Seperti yang dijanjikan cikgu Mohd Nassir berlima beranak sampai dirumah Hajjah NorIza hamper pukul 10m pagi. Mereka disambut oleh Cikgu Mohd Noh di muka pintu...tertegak pegun cikgu Nassir memandang orang yang menghulur salam  yang menyambutnya dimuka pintu rupanya orang yang dikenali.

“Asalamualaikum”. Bisu sesaat cikgu Nassir kerana terkejut. Itulah sebabnya Haji Mohd Noh berdahuluan memberi salam kepada tetamu yang datang.

“Walaikumsalam. Dah terbalik kita ni cikgu. Ini ayah cik gu Emil ke?”

“Ialah saya Mohd Noh”.

“Tak sangka saya cik gu Emil ni anak cikgu rupanya.”

“Cikgu kenal saya ke?”.

“Kenal.. rasanya ini cikgu Mohd Noh yang pernah mengajar di Kota Kinabalu dulukan?”.

“Memang saya pernah mengajar disana . Saya dah tak ingat maklumlah dah tua. Lama dah saya mengajar kat sana  masa tu anak-anak kecil-kecil lagi. Pernah mengajar kat sana juga ke?  atau pun  ini anak murid saya”.

“Saya tak mengajar kat sana tapi pernah buat Praktikum kat sana kat sekolah cikgu mengajar”.
 (Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah).

“Ohh dah lama lah tu.. minta maaflah ingatan dah tak kuat lagi”.

“Ialah cikgu dah berpuluh tahun”.

Setelah berbasa basi lebih kurang terus sahaja cikgu Mohd Nassir ketujuan dia bertandang kerumah Haji Mohd Noh.

“Sebenarnya kamu berdua dah berbincanglah ni”.

“Bincang gitu-gitu saja lah cikgu. Kami nak nikah ni pun sebab anak-anak. Mereka semua ni bimbang nak tinggal kami tinggal sorang kalau mereka pergi belajar nanti, tak gitu Mel.” Cikgu Mohd Nassir memandang kearah Emil yang turut serta diruang tamu rumah mak ngahnya. Emil hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda membenarkan kata-kata cikgu Nassir. Dia disuruh oleh mak ngahnya turut mendengar perbincangan ayahnya dan bakal suaminya ketika itu. Manakala Uwais dan nenek ngahnya didapur menyiapkan hidangan.

“Saya bukan apa, kalau nak ikutkan usia saya ni, rasanya macam dah sesuai  saya ni nikah sekali lagi”. Cikgu Nassir melanujtkan lagi kata-katanya untuk menerangkan keradaan dirinya.

“Eh  apa pulak tak sesuainya, umur berapa pun tak kiralah. Yang penting kita berkemampuan zahir dan batin. Jangan dipertikaikan bab nikah kahwin sebab ini adalah Sunnah Nabi, kalau kita ikut dengan cara yang bertul mengikut yang disyariatkan kita dapat pahala. Jangan nak dinafikan dan jangan pula malu, kalau kita nak nikah takut orang mengata kita gatal atau kuat nafsu. Sedangkan nafsu tukan anugerah Allah untuk semua hambaNya. Tapi kita harus pandai menangani nafsu ni.  Ikut  cara yang diredhai Allah. Kita nikah supaya halal apa yang kita lakukan.  Kalau dah halal, apa yang kita kerjakan akan menjadi ibadah. Kan Allah dah janjikan setiap hambanya jika melakukan ibadah kepadanya  akan  mendapat ganjaran pahala”. Bila melihat semua orang diam membisu mendengar dia berbicara Haji Mohd Noh meneruskan lagi kata-kata sebagai nasihat pada yang mendengar diruang tamunya.
..Walaupun nafsu Allah yang kurniakan kepada kita, dan nikah tu cara menghalalkan segala perbuatan juga kurniaan dari Allah, tapi janganlah disalah gunakan pula..terdetik hati  nak nikah kita nikah sampai cukup quato.. nikah dua tiga empat, tapi anak isteri tak terjaga..  Atau nikah cerai, nikah cerai anak bersepah-sepah dan akhirnya anak-anak jadi kacang hantu atau kutu rayau. Semua dosa yang mereka lakukan para ayah dan para suami lah yang tanggung tau. Bila  seorang lelaki yang sudah mengucapkan ''aku terima nikahnya nama isteri binti ayah isteri dengan Mas Kawinnya…..''Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna "perjanjian atau ikrar'' tersebut ?
''maka aku tanggung dosa2nya siisteri dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yg telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan siisteri, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak2ku''.
Jika aku GAGAL?
''maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku''.(HR. Muslim)
Ertinya kalau masuk kubur bergegar kubur kita bila kita dipalu oleh Malaikat Mungkar Nangir.
..Lagi satu, saya nak cakap ni betulkanlah niat kita nak nikah..Jangan diniatkan kita nikah kerana kehendak anak-anak, tak jadi apa nikah kita. Nikah hanya dapat memuaskan nafsu sahaja kita tak akan keberkatan Allah. Cuba kita niatkan, kita nikah kerana Allah itu terlebih baik sebenarnya. Sebab kalau kita niat kerana Allah segala apa yang kita lakukan jadi ibadat dan mendapat pahala dan kita mendapat keberkatanya. In Syaa Allah jika niat kita betul Rahmat Allah akan melimpah pada keluarga kita, kita pun bahagia. Ini tak orang sekarang ni kata nak nikah kerana cinta, itulah banya pasangan yang bernikah tak sampai beberapa tahun kahwin daaah bercerai berai, sebab apa bercerai? sebab tak bahagialah, dah jauh dari Rahmat Allah mana nak bahagia. Jadi betulkanlah niat tu..Emil pun sama niatkan kita nikah ni kerana Allah.” Cikgu Mohd Nassir menunduk mendengar ceramah dari Haji Mohd Noh memang benar apa yang diperkatakan olehnya. Dihatinya sudah memperbetulkan niatnya dia menikahi Emil Atilia kerana Allah.

“Jadi macam mana Nassir, jadilah Nassir nak ambil anak saya ni sebagai isteri”.

“Memang itulah niat saya.Saya mengambilnya kerana Allah.Saya nak persetujuan cik gu sahaja”.

“Alahamdullilah, dah betul niat Nassir tu. Saya tak ada halangan, lagi pun kamu berdua dah bertaraf balu dan janda tak perlu persetujuan saya, walau pun saya ayahnya. Tetapi saya sebenarnya sangat berterima kasih kerana Nassir masih memandang saya sebagai ayah Emil dan meminta restu saya. Kamu berdua dah bincang ke bila tarikh nikahnya?”.

Diakhir perbincangan mereka akan bernikah semasa cuti penggal pertengahan sekolah tahun itu. Masa cuti sekolah di minggu kedua ertinya hanya tinggal dua minggu sahaja tarikh nikah mereka. Itulah ketentuan Allah kalau dah jodoh bertemu juga walaupun pada mulanya tidak terbayang pun itu adalah jodohnya. 

Saturday, 10 May 2014

Bab 30 Tidak ku tahu kasih bermula






          Bila Uwais diam, Emil juga diam menyebabkan sunyi beberapa saat diruang tamu rumah mereka. Bak kata orang malaikat lalu. Tiba-tiba Uwais dahulu memecah kebisuan mereka. Suaranya sengaja di ceriakan..

“Daah nak cuti pertengahan tahun kan ma ertinya  6 bulan lagi daah nak SPM, kalau nak dikira umur abang dah 17  tahun, dah besar abang kan ma. Ma! Mama perasan tak abang dah besar ma”. Uwais ceria memulakan cerita memancing mood mamanya.

“Mahu tak besar dah lebih tinggi dari mama. Dulu kita kongsi pakai selipar  sekarang dah tak boleh dah, selipar abang dah lagi besar dengan seliper mama.”. Keh..keh dua beranak bercerita santai diruang tamu..mengimbau masa lalu.

“Bang.. mama masih ingat  lagi masa abang masuk darjah satu, ni dah tingkatan lima, dah dipertengahan tingkatan lima pun..abang dah cukup bersedia ke dengan SPM ni”.

“Dahlah sikit-sikit ma”.

“Abang rasa abang nak pergi mana lepas SPM nanti”. Soal Emil ingin tahu perancangan anak tunggalnya yang sudah panjang mengalah. ‘Haa Dah masuk ‘line’’ detik hati Uwais SUKA.  Namun sukanya  hanya didalam hatinya sahaja tak boleh tunjuk. Jika sampai terkesan dek mamanya mahu dia melenting sekali lagi. Itu umpan yang sebenarnya tadi. Mula-mula dia mahu mamanya ceria dulu..kemudian barulah dia meneruskan misi memujuk hati mamanya supaya dapat menerima cadanganya. Dia mesti bijak menghulur umpan,  dia mahu mamanya bertanya tentang arah tujunya selepas SPM, itu  umpan paling berkesan untuk memerangkap mamanya.

“Abang rasa nak masuk tingkatan 6 sahaja lah ma. Pada abang selagi abang boleh jaga mama, abang akan jaga lah”.

“Apa abang ni..kenapa nak masuk tingkata 6 sahaja”.

“Tak apa lah ma, masuk tinggkatan 6 dapat sijil STPM dikira abang dah ada diploma apa. Kalau abang minta kerja dengan sijil STPM takan tak dapat kut”.

“Baang apa tujuan abang ugut mama macam ni..abang suruh mama terima ayah Pian tu ke?”.

“Mana ada abang ugut..abang cakap betul apa, STPM tu setaraf dengan diploma ma. Sijil tu susah nak dapat,  orang kata sjil STPM ni di ikhtiraf diluar negara”.

“Bang jangan lah buat mama macam ni. Kalau abang masuk tingkatan 6 sahaja, papa akan salahkan mama nanti. Abang tahu tak abang tak minta MRSM pun papa salah kan mama tau”.

“Apa pulak nak salahkan mama, memang abang yang tak mahu keluar dari Pengkalan Hulu ni ma. Pada abang, kat sini pun kita boleh hidup dengan selesa. Barang murah pun banyak. Nak makan buah, buah-buahan pun banyak kat sini, nak yang murah beli saja buah dari Siam, beras Siam, baju Siam semuanya dari Siamlah. Semuanya tu pun murah. Tak ada apa yang nak digaduhkan semua nya ada kat tempat kita ni ma”. Emil tahu anak sudah nekad jika dia tiada suami maka anaknya tidak akan keluar dari kampong mereka. Akhirnya dia mengalah.

“Bang sebenarnya mama bukan tak mahu terima ayah Pian tu, tapi mama takut dia tak mahu kat mama kalau dia tahu siapa mama. Sesiapaun kalau mereka tahu siapa mama orang tak nak mama ni bang. Abang tahu tak apa tanggapan orang terhadap seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya..lagilah kalau orang kenal siapa papa, tenguk fizikalnya sahaja orang pun tahu papa tu. Lembut, bersopan, cakap pun tak pernah tinggikan suara. Papa abang buka jenis pemarah orangnya. Tapi kalau orang jumpa mama mesti orang akan kata mama ni garang, cerewet , qeen control, sifat-sifat ni memang seorang suami tak tahan. Orang akan kata kalau mama ni seorang isteri yang baik tentu dia tidak diceraikan  oleh suami sebaik papa”.

“Tapi yang minta cerai dulu kan mama. Mama minta cerai kerana tak sanggup dimadu”.

“Itu kita sahaja yang tahu..orang lain tak tahu”.

“Oklah!  apa kata mama jumpa dulu ayah Pian terangkan siapa diri mama, kalau ayah Pian memang tolak mama, abang puas hati dan memang muktamad  abang akan tunggu mama. Abang tak akan keluar dari Pengkalan Hulu ni, abang akan cari kerja disini ma”.

“Abang ugut mama ke? Kalau ayah Pian tak suka, takkan mama nak paksa”.

“Mana ada abang tak ugut mama. Jaga mama tanggung jawab abang ma. Tanggug jawab seorang anak lelaki yang akan melindungi mamanya. Mama mana ada lagi anak selain abang ma”.

“Tapi mama tak boleh paksa  ayah Pian untuk terima mama kalau dia tak suka kat mama”.

“Itulah abang kata, mama jumpa dia dulu bincang dan terangkan siapa mama. Kalau mama dah buat macam tu dan dia tak terima abang puas hati. Bab belajar kat mana kita bincang kemudian..ok ma, mama jumpa ye”. Sungguh licik Uwais dengan rancanganya. Emil tidak dapat mengelakkan diri lagi dari mengikuti sahaja kehenadak anak tunggalnya.

“Oklah.. Jadi bila mama boleh jumpa dia ni.” Malas sahaja suara Emil menyetujui rancagan anaknya. Uwais mengeluarkan telefon bimbitnya dia mula menghubungi Sofian untuk melangkah kemisi seterusnya. Emil hanya memerhati dan mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya.

“Assalamulaiakum…ok, bila..kat mana..ok. Nanti aku cakap dengan mama aku. Rasanya free”. Apa saja yang diperkatakan oleh Uwais, Emil tidak memahami, dia hanya menunggu sehingga Uwais habis berbual dengan Sofian.

“Mama!! kata Sofian ayahnya ajak mama jumpa malam ni. Kat restoran semalam. Lepas Isyak”.

“Kenapa cepat sangat bang”.

“Ayah Sofian kata sementara abang dan kakak-kakak dia masih bercuti.. mereka nak berbincang sama-sama ma..Jadi ye ma malam ni, nak abang teman kan ke, atau mama pergi sorang”. Lembut sahaja Uwais berkata. Tetapi Uwais sememangnya berjenis lelaki yang sentiasa ‘cool’. Dia kelihatan seorang yang sabar dan tenang seperti papanya.

“Abang rasa macam mana..mama nak pergi sorang ke atau abang ikut sekali”

“Rasanya elok mama pergi sorang, abang nak pergi rumah atuk baca Yassin”.

“Habis kalau atuk tanya nanti abang nak jawap apa”.

“Kan mama uzur abang akan cakaplah mama uzur”. Sememangnya dia sedang uzur ketika itu. Emil menyedari sememangnya anak sudah cukup dewasa untuk berfikir, mungkin ada baiknya dia menerima cadangan anak tunggalnya yang kelihatan sudah berfikiran matang malah terlebih matang jika diukur dengan usianya.


Seperti yang dijanjikan Cikgu Emil Atilia dan cikgu Mohd Nassir bertemu diRestoran Tasik untuk membincangkan hal yang diminta oleh anak-anak mereka.
Mereka hanya bertemu berdua sahaja.Tujuan utama hanya untuk berbincang dari hati kehati. Dan pertemuan itu juga di adakan di hujung restoran dikawasan tasik tempat mereka makan semalam. Hanya semalam mereka makan sekeluarga  tetapi malam itu hanya merke berdua sahaja. Ketika itu cikgu Nassir yang tiba dulu. Ketika cikgu Nassir melihat kelibat Emil yang seperti tercari-cari dia mengangkat tangan sambil melambai. Kedatanganya diiringi dengan pandangan mata cikgu Nassir dengan detik... ‘Ahh cantik sangat mama Uwais ni mahu ke dengan aku ni yang dah lah gemuk pendek pula’. Semalam dia tidak bersungguh memerhati Emil kerana dia malu dihadapan anak-anaknya.


“Assalamualaikum”..sapa Emil sambil menarik kerusi untuk duduk dihadapan cikgu Mohd Nassir.


“Walaikumsalam”.Cikgu Nassir menghulur senyum ikhlas. Bertemu kali pertama dulu dia pandai beramah. Pertanyaan kelur dari bibirnya lancar bila diketahui itu adalah mama pada kawan baik anaknya merangkap anak murid disekolahnya juga.Tapi ketika itu dimatanya, Emil juga ramah kerana dia juga bertanya itu ini kepada dua ornag anak daranya. Kelihatanya  Emil kemaruk mahu bercerita dengan kamu sejenisnya. Mungkin Emil tidak mempunyai anak perempuan itu yang segala tajuk berkenaan wanita keluar dari mulutnya.


“Kita datang sini dengan tujuan kan cikgu..jadi kita teruslah kepada tujuan kita lah”. ‘ Waah Nampak garanglah pula cikgu Emil ni’ detik cikgu Nassir. Dia pula sudah lupa mahu memperatikkan kata-kata lembut memikat dengan seorang wanita. Entahlah skill untuk mengurat dah berkarat dan tidak pernah terfikir mahu mencari pasagan walaupun sudah dua tahunlebih arwah isterinya pergi meninggalkan dirinya.

“Ok boleh juga, cepat kita menemui kata sepakat cepatlah kita balik..tapi kita oderlah dulu sambil makan sambil kita berbincang”.

“Hssy mana boleh makan sambil bercakap cikgu”. Bantah Emil. ‘Makan sambil bercakap, nanti menyembur-nyembur makan yang sedang dikunyah buat malu sahaja detik hati Emil pula.


“Hssy cikgu..cikgu awak panggil saya..awak tu cikgu juga”..


“Tak apalah sementara kita nak berbincang ni..saya panggil cikgulah, awak pun kalau nak panggil saya cikgu pun tak apa juga”. Waah dah ada selesa mendengar bicara cikgu Emil detik hati cikgu Nassir.

“Ok..saya pergi buat order dulu ye..cikgu nak makan apa”.


“Saya rasa kita bincang dululah..” Bantah Emil lagi. Dia sebenarnya mahu cepat pulang malu berkampung dihatinya.


“Saya takut kalau kita bincang dulu, kata sepakat tidak menyebelahi apa yang ada di hati kita, mahu kita tak lalu nak makan. Nanti kita balik dengan perut yang kosong, mahu satu malam tak boleh tidur kerana perut berbunyi sepanjang malam”. Meletus tawa Emil, namun cepat ditahan dengan menutup mulutnya. Hanya badanya sahaja bergoyang sedikit kerana tawa yang tertahan. Dia merasa sangat lucu dengan kenyataan cikgu Nassir..memang lawak lah cikgu Nassir ni.


“Yang sebenarnya apa yang cikgu harapkan,  ikut cakap anak-anak atau ikut kata hati kita sendiri”. Emil memulakan perbincangan secara tak sedar. Cikgu Nasir tidak jadi membuat tempahan makanan, dia menyelesakan duduknya mengadap Emil sambil memandang tepat kewajah putih bersih milik Emil Atilia. Emil tidak bersolek. Hanya kelihatan sedikit lipstick yang terolis dibibirnya menampakkan bibirnya berwarna merah jambu. Tudungnya pula hanya tudung sarung yang ringkas.


“Sebelum saya memperkatakan apa yang saya harapkan, saya nak bagi tahu diri saya dulu, untuk cik gu menilai saya beberap minit ni. Mugkin setelah mengetahui siapa saya, cikgu  boleh memberi jawapan ye atau pun tidak. Jawapan yang akan menentukan kita jadi siapa di masa hadapan ”.


“Kalau macam tu oklah, lepas cikgu cerita tentang diri cikgu nanti saya pula beri tahu diri saya pula”.


“Cikgu Emil tahukan saya ni balu beranak empat, umur pun dah nak sampai angaka 50 tahun depan. Dari segi fizikal pula entahlah sedap kemata yang memandang, kalau perut pun dah terlebih kedepan macam ni. Lebih dari orang perempuan mengadung sembilan bulan..” Ada gelak lucu antara keduanya mendengar kenyataan cikgu Nassir. Walau pun kenyataan cikgu Nassir mengatakan perutnya seperti perempuan mengadung Sembilan tetapi tidaklah hingga begitu hanya besarlah sedikit dari perut lelaki yang masih muda. Itu sudah menjadi kebiasaan bila umur sudah bertambah badan pula berisi sedikit..tetapi yang heran perut tulah yang kelihatan dulu.


“Ada ke cikgu cakap macam tu, itu satu kebiasaan kalau umur dah meningkat. Kalau boleh saya tahu isteri cikgu meninggal kerana apa.” Emil menjadi faham bila cikgu Mohd Nassir mengatakan dia balu ertinya dia kematian isterinya.


“Kena barah usus. Tak lama kami mengetahui dia ada kaser ususnya, rasanya tak sampai setahun. Rupanya kaser tu dah ditahap 4. Pada awalnya dia sihat sahaja tak menunjukkan pun dia ada penyakit.  Tapi bila suatu masa  dia tak boleh makan dan tak boleh nak buang air besar. Saya bawa dia ke klinik biasa sahaja. Sebab bab buang air besar ni dia dah biasa tidak ‘membuang’ tiap-tiap hari. Kadang-kadang tu sampai hampir lima hari dia tak buang air besar.”


“Ohh. Memang dari muda lah dia macam tu”.


“Saya bawa di ke klinik sebab dia tak boleh nak makan saya ingatkan dia mengadung. Di klinik kami ceritakanlah masaalah dia, masa tu  doctor beri ubat nak lawaskan buang besar sahaja. Bila ubat dah habis penyakitnya masih tak berubah macam tu juga, saya keklinik lagi nak sambung ubat, tapi doktor kata ubat nak lawaskan buang air tu tak boleh nak makan selalu, nanti perut kita jadi malas. Kami dinasihatkan pergi hospital, saya kehospital untuk rawatan biasa, tapi tak ada perubahan juga. Akhirnya arwah dirujuk kehospital pakar. Barulah dapat tahu dia mengidap barah usus. Berusha kami mengubat barahnya. Makan ubat hospital dan makan juga ubat-ubatan lain, tapi barahnya makin merebak dari barah usus merebak ke rahim kemudian keparu-paru pula. Masa doctor kata kemungkinan hidupnya hanya tinggal 6 bulan rasa gelap dunia ni”.


“Ohh doctor kata macam tu”.


“Tapi sempat juga arwah buat dua kali rawatan  kimoterapi. Rupanya kimoterapi ni siksa sungguh. Saya yang menyaksikan sendiri betapa dia menderita selepas selesai rawatan kimo dia. Pada rawatan  kimo yang  kedua dia sudah tidak mampu menanggungnya. Saya masih ingat lagi kata-katanya balik dari kimo keduanya. Dia kata dia dah sihat dan tidak akan ada lagi rawatan kimo yang seterusnya tetapi suaranya bagaikan tidak keluar dari kerongkong. Masa tu saya gembira, sebab dia sendiri merasakan dia dah sihat. Ialah pada saya tentulah dia tahu keadaan dirinya sendiri, dia merasakan dirinya bertambah baik.Tetapi rupanya kimo itu kimo terakhirnya kerana keesokkan harinya dia kembali kepada Rahmatullah”. Ketika cikgu Mohd Nassir menceritakan pengalaman bersama arwah isterinya matanya berkaca-kaca dengan suara sebak.


“Sedeh juga kehidupan yang cikgu lalui ye, ditinggalkan orang yang paling rapat dengan kita. Saya bayangkan kalau cikgu rindu tak tahu nak pergi mana nak melepaskan rindu kita, sebab orang yang kita sayang dah tak boleh kita jumpa didunia ni lagi”.


“Betul cikgu kata, masa mula-mula dulu kalau saya rindukan dia, saya pergi pusara dia, pujuk hati sedekahkan dia Yassin atau pun sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah. Tujuan saya ke pusara dia hanya  nak tunjuk pada mata ni, biar mata ni nampak yang dia tu dah tak ada kat dunia ni. Yang sebetulnya susah betul hati ni nak menerima kenyataan..”. Cikgu Nassir menekapkan tanganya kedada menunjukkan tempat hatinya.


“Ohh macam tu cara cikgu pujuk hati cikgu, sekarang ni ke cikgu masih rindukan arwah lagi..”


“Rindu juga tapi tidak sekuat masa di mula-mula dia pergi dulu. Ialah sambil kita duduk kita terbayang apa yang dilaluinya sebelum dia meninggal dulu,  saya melihat sendiri betapa dia menderita menanggung lapar kerana tak boleh nak masuk makanan dalam perut dia. Kalau dia makan dia kan muntah kembali. Kemudian setelah disahkan mengidap kanser arwah  dikehendaki menjalani rawatan  kimoterapi, lepas rawatan kimo tu dekat seminggu dia lemah tak berdaya, sampai kadang-kadang nak angkat tangan dia sendiri pun tak berdaya. Dua kali dia buat kimo saya nampak dia serik sangat. Hati suami mana tak sedeh bila melihat isteri macam tu.. saya kesihan melihat dia menderita macam tu. Untuk apa dia panjang umur kalau dia menanggung derita. Saya relakan dia pergi itu lebih baik. Dia akan hidup dalam kenangan saya.. Dia diambil mengadap Nya ketika umurnya 45 tahun.  Sesungguhnya kematian  adalah yang terbaik untuk dia. Saya jadi redha”.


“Ohh muda lagi arwah isteri cikgu tu”.


“Dia muda 3 tahun dari saya”.


“Tapi kalau awak kahwin lain sudah pasti cikgu akan terlupa pada dia”.


“In Syaa Allah tidak. Kami ada anak. Anak-anak kami  mengingatkan saya akan kehadiran dia dalam hidup saya suatu masa dulu. Itulah yang saya nak sampaikan pada awak Emil.  Kalau awak setuju jadi isteri saya, saya masih ada kenangan bersama arwah isteri saya.Terus terang saya katakan,  saya tak mampu memadam kenangan bersama arwah isteri saya. Awak sanggup ke?”.

“Saya fahan keadaan cikgu, kenangan pada insan yang mula-mula kita memulakan hidup memang susah nak dilupakan apatah lagi bercerai mati. Bercerai ketika hati masih sayang ialah bercerai tak bergaduh.  Bab sanggup tu nanti kita bincangkan.  Sekarang ni saya pula nak cerita kisah saya dan lepas tu cikgu boleh letakkan saya dimana dalam hidup cikgu.  Saya ni janda anak satu. Janda ertinya suami saya masih ada lagi dan masih diPengkalan Hulu ni. Saya masih bertemu dengan bekas suami bila dia ambil Uwais. Pertemuan ni tak boleh nak dielak bila kami berjanji akan mengilirkan cuti Uwais sekejap dengan saya dan sekejap lagi dengan dia. Cik gu tahu tak kenapa saya bercerai?..”

“Ceritalah kenapa sampai bercerai”.

“Sebab saya tak mampu hidup bermadu. Tak mampu bila memikirkan suami saya memeluk perempuan lain selain saya dan tak mampu memikirkan kasih suami saya berbahagi-bahagi dengan wanita lain”. Cikgu Nassir memandang Emil yang kelihatan garang bila bercerita bab bermadu dan bekas suaminya.

“Cik gu nak tahu kenapa saya dimadu”…

“Boleh juga, kenapa?..” ada rasa lucu dihati cikgu Nassir dengan tingkah Emil yang menyuruh dirinya bertanya..kalau nak cerita ceritalah tak payah nak bertanya bagai gerutu hati cik gu Nassir.

“…sebab saya tak pandai mengambil hati mak mertua, dengan kata lain saya sombong dengan mak mertua saya dan yang kedua saya tak mampu memberi anak lebih dari Uwais kepada keturunan bekas suami saya. Jadi cikgu mampu ke menerima saya sebagai isteri kalau itu yang menyebabkan saya berpisah.”

“Untuk yang pertama bab tambah isteri memanglah tidak. Kalau tak menjadi kesalahan apa yang  saya nak katakana ni, saya menerima cikgu Emil kerana anak-anak saya nakkan  saya berteman. Selama ni Sofian ada teman kan saya kat rumah. Bila mengenang tidak lama lagi Sofian juga akan keluar belajar dan anak-anak lain bekerja mereka meminta saya mencari teman dulu, sebolehnya sebelum Sofian menduduki SPMnya nanti. Walaumacam mana pun saya bersyukur sangat dapat anak-anak yang memikirkan kebajikan saya.  Untuk bab yang kedua emak  dan ayah saya dah tak ada lagi, kiranya saya ni anak yatim piatulah, tapi saya masih berhubungan dengan bekas emak mertua saya. Dan yang ketiga saya tak mengharapkan sangat anak kerana tara-tara umur saya ni, rasa dah tak sanggup bangun malam nak buat susu anak. Awak masih nak anak lagi ke?”.


“Tak lah nak anak, kalau ada rezeki terima, kalau tak ada cukuplah Uwais sorang. Lagi pun betul kata cik gu tara-tara umur saya ni, saya dah malas nak melayan  anak kecil”. Setelah selesai cerita mereka mereka mendiamkan diri beberapa minit, mungkin memikirkan apa yang patut mereka ambil setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak..


“Jadi apa keputusan perbincagan kita, sudi ke awak terima saya jadi suami, dah lah tak hensem anak yatim piatu pula tu”. Mereka sama-sama ketawa mendengar kata-kata cikgu Nassir. Cik gu Nassir berkata lucu untuk menghapus kekok antara mereka. Pada Emil dia terhibur dengan kata-kata cikgu duda dihadapanya.


“Yang sebetulnya saya yang  tanya  macam tu, sebab saya ni perempuan, lelaki sepatutnya lebih bebas memilih yang terbaik untuk dirinya..”


“Saya sudi saja, cikgu macam mana?”


“Saya sebenarnya dah malas hidup berdua..tapi bila mengenangkan Uwais saya jadi serba salah. Yang sebenarnya macam ni, dulu selepas keputusan PMRnya dia tak minta sekolah lain kerana dia bimbangkan saya tinggal sorang. Bekas suami saya salahkan saya. Dan sekarang kerana bimbangkan anaknya yang mungkin tak nak pergi belajar kerana bimbangkan saya, dia ajak saya rujuk pada dia. Saya serba salah..Tapi untuk saya kembali pada dia itu tidak mungkin sebab saya tak mampu”.


“Tak mampu apa? Cik gu terpaksa tanggung…” perkataan cikgu Nassir tidak sampai kepenghujungnya. Dia tidak mahu meneka..


“Saya tak mampu bermadu”. Cikgu Nassir memandang kewajah sayu Emil dan ketika itu juga Emil memandang kearahnya.


“Tapi kalau memang bekas suami masih sayangkan cikgu dan dia lepaskan isterinya yang sekarang ni, cikgu nak lagi pada dia?”.


“Saya tak kejam  cikgu,  isteri dia dah lahirkan tiga anak untuk dia dan isterinya tu tak kerja. Saya memang tak galakkan dia menceraikan isterinya kerana saya. Kalau dia buat juga macam tu, saya tak akan terima dia langsung. Sebab apa saya cakap macam ni sebab kalau dia boleh buat isterinya macam tu, dengan saya lagilah.. saya ni hanya lahirkan sorang sahaja anak untuk dia. Bila-bila masa dia boleh buat macam tu dengan saya. Entahlah yang sebetulnya hati saya dah tertutup untuk dia. Saya baik dengan dia kerana anak sahaja. Kalau nak ingat kisah lama, sebut nama pun saya malas. Malas nak mengingat apa yang dia buat dibelakang saya. Sakit hati bila di tipu macam tu”.