~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday, 9 May 2014

Bab 29 Tidak ku tahu kasih bermula







“Haah..”Jawab Sofian pendek. Melihat abang terkebil-kebil Sofian menerang betapa perlunya ayah mereka berteman..

“Macam ni ngah..Adik terfikir lepas SPM tentu adik akan keluar belajar, nanti ayah tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Masa kat sekolah..memanglah ayah ramai kawan, tapi sampai pukul berapa ayah nak duduk kat sekolah. Kawan-kawan  dia yang lain mesti nak balik cepat nak layan anak isteri kat rumah masing-masing. Walau macam mana pun ayah kena juga balik..tapi bila kat rumah ayah akan sorang-sorang..tak ada siapa dia nak lawan bercakap, adik kesiankan ayah. Mama Uwais pun macam tu. Jadi kami dah bincang nak temukan mama dia dengan ayah kita. Uwais pun macam adik juga, dia risaukan mamanya kalau dia pergi belajar jauh nanti. Kami ni kalau ada tempat belajar kat sini, kami tak nak keluar dari Pengkalan Hulu ni ngah.”

“Dik kenapa mama dan papa Uwais tu bercerai… mereka bercerai hidup kan?”

“Mengikut cerita Uwais, papa dia kahwin dengan perempuan lain. Mama dia tak sanggup hidup bermadu..tu yang dia minta cerai. Kesian Uwais tu dah lah anak tunggal, mama dan papa dia bercerai pula.Dulu masa mula-mula dia dapat tahu mama dan papa bercerai dia nak jumpa adik pun malu tau ngah. Sekarang pun sama dia jadi pendiam sikit bila dengan kawan-kawan lain”.

“Ialah nasib orang mana kita nak jangka, kadang-kadang Allah bagi dugaan pada hambanya, kerana Dia sayang kan kita. Jangan dengan dugaan, kita jadi lemah. Jadikan dugaan tu sebagai perangsang untuk kita maju. Adik cakap macam tu dengan Uwais dek, supaya dia tak putus asa. Kita sebagai kawan dia, bagi sokongan. supaya dia tak tenggelam punca bila ditimpa dugaan. Bagi semangat pada dia supaya dia kuat dan bersemagat. Tapi Uwais tu pandai juga kan dek”.

“Alahamdullilah pandai ngah..mama dia bagi semangat dia belajar rajin-rajin..sebab kata mamanya dia nak tumpag hidup dengan Uwais bila dah tua nanti Dia kan anak tunggal cikgu Emil tu.”

“Ohh untung Uwais ada mama yang macam tu. Secara tak sedar  kata-katanya membuatkan anaknya  rajin belajar kan. Rasanya susah nak dapat orang yang macam tu, biasanya kalau dah berlaku peceraian anak-anak akan terbiar.”.

“Kenapa jadi macam tu ngah?”

“Bila dah bercerai tentu kita rasa sedeh..asyik melayan sedeh kita sahaja mulalah kita terlupa pada anak-anak yang perlu perhatian. Atau pun kalau dah bercerai timbul pula perasaan benci pada pasangan kita mulalah kita tak pedulikan anak-anak yang lahir dari pasangan kita tadi..macam-macam boleh jadi dek. Tapi untunglah Uwais walau pun mama dan papanya bercerai  mama dia masih ambil berat pada dia juga.”.

“Memang pun,  adik tenguk mama Uwais tu baik orangnya. Angah rasa macam mana, ok tak kalau ayah kita kahwin dengan mama Uwais tu?”

“Pada ngah ok sahaja.. Ialah sampai bila ayah kena duduk sendiri, ayah pun muda lagi. Lagi pun orang kata bila kita dah tua hidup kita perlukan teman.Masa kita banyak terluang bila kita dah pencen nanti.Angah pun kesian kan ayah.”

“Adik pun. Tapi ngah cuba angah tenguk ayah kita di duga dengan kematian isteri,  mama Uwais diduga bila suaminya kahwin lain, arwah ibu kita pula diduga dengan penyakit  tapi ialah Allah tak mahu ibu kita lama menderita dengan sakit yang dia tanggung, kita yang pandang pun tahu betapa deritanya  ibu menangung penyakitnya kan ngah. Kesian ibu..”

“Angah sebenarnya redha ibu pergi..Allah lebih sayangkan dia kan dek.” Lama mereka mendiamkan diri bila megenangkan arwah ibu mereka yang sangat penyayang dengan mereka semua.

“Ehm..ehmm jangan kita kenang ibu yang dah aman kat sana dek. Sekarang kita fikirkan hal ayah pula. Betul kata adik kita makin dewasa untuk duduk temankan ayah. Macam angah sekarang hanya bila cuti sahaja boleh balik temankan ayah.Makin bertambah umur kita makin perlu kita mencari kehidupan sendiri. Angah boleh bayangkan nanti kalau ayah dah pencen dia akan duduk sorang-sorang dari pagi sampai kepagi esoknya, sementara tunggu kita balik cuti. Bukan sekejap masa tu dek, lepas habis belajar kita kena cari kerja pula. Angah ada dengar orang cakap, kalau kita dah pencen kalau hidup kita tak berteman  kita jadi tak bersemangat, kalau hidup tak ada semangat penyakit cepat hinggap. Umur pun pendek”.Ceramah Ahmad Salman kepada adik bungsunya.

“Nauzubillah min zalik..janganlah angah akap macam tu. Adik harapkan adalah joidoh ayah ye ngah. Ngah..kiranya  angah oklah ye kalau ayah kahwin lagi.”

“Untuk kebaikan ayah angah ok aje”.

“Macam mana agaknya penerimaan along dengan alang, ok tak diorang tu. Biasanya perempun ni emo sikit bab ayah atau ibu nak kahwin lagi”.

“Esok pagi kita tanya mereka..”

“Esok pagi adik dah nak tanya ayah. Apa kata malam ni juga kita call suruh diaorang datang bilik kita, kita bincang sama-sama. Adik suka cepat..lagi cepat ayah berteman lagi senang hati kita kan.”

“kenapa yang tergesa-gesa ni dek..mama Uwais nak jawapan segera ke?”

“Hysss tak adalah, dia pun tak tahu. Uwais kata dia nak kata putus dari ayah kita dulu, kalau ayah kita kata ok barulah dia tanya mama dia. Adik nak jawapan dari ayah kita cepat supaya cepat adik cakap dengan Uwais. Adik takut jawapan dari mama Uwais memakan masa. Yang sebetulnya adik nak benda ni cepat selesai. Kalau ayah ada jodoh lagi, biarlah mereka ‘jadi’ sebelum adik periksa. Adik dah rancang kalau mama Uwais setuju jadi mama tiri kita nanti boleh adik mengulang kaji pelajaran sama-sama dengan Uwais”.

“Waaah mantap perancangan adik kan bijak adik angah ni. Nah callah along dengan alang suruh datang sini tapi 'make sure' ayah tak nampak diorang tu masuk bilik kita, nanti syak wasangka pula ayah pada kita”. Angah menghulur telefon bimbitnya kepada adik bungsunya.

Malam itu empat berdik berbincang tentang jodoh ayah mereka.Dan diakhir perbincangan mereka bersetuju untuk menerima cadangan adik bungsu mereka untuk menjadikan Emil Atilia sebagai ibu tiri mereka. Kini tinggal satu lagi tugas Ahmad Sofian..dia sendiri yang akan mengutarakan persoalan ini kepada ayahnya esok pagi.

Seperti yang telah dirancang oleh mereka adik beradik malam tadi, Ahmad Sofian meneruskan misinya.Pagi itu minum pagi mereka disediakan oleh dua orang anak perempuan cikgu Mohd Nassir. Seperti biasa selepas minum pagi ayah mereka akan bersantai diruang tamu sambil membaca surat khabar. Ahmad Sofian yang diberi tugas menghampiri ayahnya, duduk perlahan disisi ayanhnya sementara dua orang kakak dan abangnya bantu membatu berkemas didapur….

“Yah..boleh adik tanya ayah”.

“Ehh kenapa pula tak boleh...adik nak tanya apa?”. Cikgu Nassir menjawab tetapi wajahnya tetap dilindungi oleh suratkhabar yang sedang dibacanya. Adik merupakan panggilan manja untuk Ahmad Sofian dikalangan keluarganya sahaja.Bila merasakan anaknya sudah duduk disisnya Cikgu Nassir memandang wajah anak bungsu nya sambil mengalihkan sedikit surat khabar dari wajahnya. Dia mengalihkan pandang untuk menatap wajah anak yang sudah duduk disisinya.

“Adik nak tanya apa..macam serius sahaja ni”. Setelah dia duduk disisi ayahnya terus sahaja Ahmad Sofian kepada soalan utama. Dia tidak mahu membuang masa.

“Yah! apa pendapat ayah tentang mama Uwais tu”.

“Hissy sampai kesitu adik tanya..macam orang dah berkenan sahaja lagak adik ni. Ayah jadi takut pula kalau adik minta izin ayah adik nak kahwin”.Memang itulah sikap cikgu Nassir kepada anak-anaknya, dia menjadikan anak-anaknya seperti kawan bergurau senda dan bergelak ketawa. Tetapi jika perkara itu serius dia akan tegas. Itulah ciri seorang pemimpin mesra dan tegas pada perkara yang perlu dia bertegas.Itulah sebabnya anaknya tidak takut kepadanya tetapi menghormatinya kerana ketegasan dirinya.

“Memang bab nikah kahwin yang adik nak tanya dan memang adik dah berkenan..  Sudah lama adik pandang dia dan adik rasa suka, sejak dia jadi janda adik berkenan sangat dengan dia, yah. Yang sebenarnya adik selalu pandang dia masa adik pergi rumah dia. Adik tenguk dia sangat sayang pada Uwais.. penyayang seperti ibu.”.

“Haaa!!.apa adik cakap?adik berkenan kat mama Uwais tu?? Ya Allah...betul ke  dek???.Bulat mata cikgu Nassir mendengar jawapan anak bungsu yan belum lagi menduduki peperiksaan SPMnya sudah berkenan dengan janda pula tu.

“Apa salahnya, dia kan janda bukanya adik suka pada isteri orang..tapi kalau kita suka isteri orang kita akan berdosa kan yah.” Bila melihat wajah ayahnya yang berkerut-kerut bila mendengar kenyataanya Sofian bersuara lagi…

“Alah yah relaxlah yah”.

“Jangan buat main dek dengan janda ni. Nanti adik kena cekup jabatan agama Islam nanti. Kalau betul terJADI..adik nak melangkah berapa bendul ni..mana adik nak cekau duit nak bayar bakal isteri dan bendul-bendul yang adik dah langkah ni”. Cikgu Nassir tidak dapat meneka apa yang ada didalam fikiran anak bungsunya, bila dilihat anaknya seperti bersungguh-sungguh.

“Apa ayah ni..yang kena bayar bendul ni kalau bendul sebelah pihak isterilah ayah. Dari pihak kita mana adik kena bayar..mereka lah yang kena tolong adik kecik dia ni nak kahwin”.

“Ehh betul ke ni dek???”Makin  terkejut cikgu Nassir mendengar jawapan anak bungsunya, rasa tidak percaya pun ada  anak yang hingus pun belum kering lagi sudah ada keinginan berumah tangga ..sedang SPMnya pun belum lepas lagi. Makin tegak duduk cikgu Nassir matanya tertumpu pada wajah anak bungsunya yang kelihatan ceria. Sofian hanya ketawa kecil melihat wajah cuak ayahnya..

“Cuba cakap  betul-betul dek..apa yang adik fikirkan ni sampai melalut yang bukan-bukan. macam mana adek boleh terjebak dengan perasaan cinta ni.Teruk sangat ke adik belajar?.”. Cikgu Nassir terus  melipat suratkhabarnya, dia memberi tumpuan kepada wajah anak bungsunya.

“Macam ni yah..apa pandagan  ayah tentang cikgu Emil tu. Baik tak dia sebagai seorang wanita atau cantik ke pada mata seorang lelaki”.

“Sebelum ayah jawab soalan adik, ayah nak tanya kenapa sampai kesitu adik tanya tentang mama Uwais tu. Cuba cakapbetul-betul dek..”.

“Saje aje nak tahu pendapat ayah.Pendapat seorang lelaki dewasa sebagai panduan adik. Ayah jangan bimbang, adik masih waras lagi yah”.

“Oklah…Pada mata ayah dia tu sempurna, cantik pada usianya dan baik..kenapa?”.

“Jadi dimata ayah dia tu cantik dan baiklah”.

“Haah cantik dan baik”.

“Macam ni yah..tak lama lagi ayah akan duduk sorang..”

“Kenapa pula ayah kena duduk sorang?..adik nak pergi mana?”.

“Ialah yah..lepas keputusan SPM nanti adik kena pergi belajar..ayah akan tinggal sorang kat rumah ni..”

“Ia yah kami pula bila dah habis belajar akan cari kerja pula..rasanya dah tiba masanya ayah cari teman untuk temankan ayah kat rumah ni”. Entah bila anak-anak cikgu Nassir yang lain sudah duduk dibelakang cik gu Nassir. Mereka turut menyokong apa yang diperkatakan oleh adik bungsu mereka.

“Wahh anak-anak ayah dah mula nak carikan jodoh ayah pula ni..dah lah jangan bimbangkan ayah. .kalau dah sampai masanya anak-anak ayah mencari hidup sendiri pergilah, ayah pandai-lah jaga diri ayah sendiri.Lagi pun ayah dah tua dan ayah nilelaki tak ada apa yang perlu dibimbangkan.”Ingatkan tadi dia hendak mengenakan anak bungsunya tetapi dia pula yang terkena.

 “Jangan macam tu, bukan sekejap ayah nak tinggal sorang. Kalau ayah kat rumah nanti ayah tak ada kawan.Tulah adik cadangkan mama Uwais”. Sambung anak sulong cik gu Nassir secara tak langsung mengutarakan rancangan mereka malam tadi.

“Ialah nanti ayah fikirkan, yang sebenarnya ayah masih ingah arwah ibu kamu lagi. Ayah rasa tak terfikir nak cari isteri untuk gantikan  tempat ibu kamu”.

“Jangan macam tu yah, ibu yang pergi biarlah dia pergi ayah kahwin lain bukan maksudnya ayah lupakan ibu, hanya ayah mencari teman sementara kita masih hidup kat duania ni lagi. Kalau ayah ada masa lepas solat sedekahkanlah ibu Al-Fatihah atau pun Yassin. Lagi pun kalau ayah dah ada teman senang hati kami mencari kehidupan kami sendiri”.

“Ia yah kami pula bila dah habis belajar akan cari kerja pula..rasanya dah tiba masanya ayah cari teman untuk temankan ayah kat rumah ni”.

 “Ialah nanti ayah fikirkan”.

“Kalau ayah fikir sorang-sorang memang tak terfikir yah..kami kan anak-anak ayah mehlah kita fikir sama-sama. Biarlah kita susah sama susah senang sama senang kita fikirkan baik buruknya sama-sama..perkara macam ni kena juga kira baik dan buruknya.”

“Kenapa nak cepat sangat long..nanti ayah fikir sendiri..perlu ke ayah berteman”.

“Yah!kami kesian ayah. Ayah akan sorang kat rumah ni nanti kalau kami semua pergi belajar, lagi pun habis belajar kami nak kena cari kerja.Waktu kami duduk dengan ayah dah menghampiri tarikh luput yah, kami hanya boleh datang jenguk ayah kalau ada cuti sahaja.Yang kami risaukan adik ni, dia kata, dia tak nak pergi jauh kalau ayah duduk sorang, dia lebih rela masuk tingkatan 6 sahaja, dia nak teman kan ayah”.

“Betul ke dek?janganlah pasal ayah adik abaikan masa depan adik. Ayah ni dah tua..bukannya lama lagi hidup kat dunia ni”.

“Yah!! Cuba jangan cakap macam tu, kami dah lah tak ada ibu, ni ayah cakap macam ni pulak, sedeh kami ni yah. Kami masih perlukan ayah dan ibu untuk membimbing kami cara hidup..walaupun sekarang ibu tak ada sekurang-kurangnya kami masih ada ayah yang jadi pendoman kami  sebelum kami teguh berdiri dan boleh hidup sendiri” .Tersentuh hati cikgu Nassir anak-anaknya mengasihi dan memerlukan dirinya. Mendengar cara mereka menyatakan isi hati mereka, cikgu Nassir  sedar anak-anak makin dewasa. Dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang bertimbang rasa dan berfikiran terbuka.

“Yah!ayah fikir sebab dah tua ke ayah tak nak kahwin lagi?” Soalan anaknya yang tidak puas hati kerana jawapanya tadi.

“Macam tulah..siapa yang nak ayah ni dah lah tak hensem, tua pulak tu..emm kenapa ibu cepat sangat tinggalkan ayah…daah ayah tak ada teman nak menyampaikan hujung usia ayah ni”.Ada nada kesal dihujung kata-kata cikgu Nassir.

“Yah!Ibu yang dah pergi redhakan saja yah..Allah sayang ibu, Dia tak nak ibu menderita sakit lama sangat..Yah!kalau ada orang yang nak kan ayah..ayah nak ke?..Lagi pun sementara kita ada peluang tolong orang..kita  tolong lah”.

“Ada orang nak minta tolong ke dek?Siapa yang nak minta tolong? Hai anak-anak ayah ni ada-ada sahaja…”

“Yang sebenarnya adik kesiankan Uwais. Mama dia tak ada teman dia akan duduk sorang-sorang  kalau Uwais  pergi belajar nanti, dia tukan anak tunggal”.

“Bukan ke adik kata …atuk Uwais duduk diPengkalan Hulu  ni juga,  kenapa mamanya tak duduk dengan ayah dia”.

 “Atuk Uwais dah kahwin lain setelah isterinya meninggal kat Mekkah dulu,  jadi mama dia tak selesa duduk sekali. Itu sebabnya Uwais tak minta sekolah lepas PMR dulu.Tapi kalau lepas SPM rasanya terpaksa juga dia tinggalkan mama dia. Kalau mama dia tak ada teman juga, dia kata nak masuk tingjatan 6 sahaja..tapi lepas tingkatan enam dia pun terpaksa juga tinggalkan mama dia, dah tak boleh nak buat macam mana, tarikh dia duduk dengan mama nya dah menghampiri tarikh luput..” Pandai pula Ahmad Sofian mereka cerita bagi pihak sahabat baiknya untuk memancing persetujuan ayahnya.

“Itu sebabnya adik tak minta MRSM  juga dulu tu ye adik ikut Uwais”. Tanya cikgu Mohd Nassir merungkai persoalannya dulu. Dulu semasa arwah isterinya masih ada,beria anak bungsunya mahu masuk keMRSM selepas keputusan PMRnya, tetapi setelah keputusan keluar dia mendapat gred yang sangat baik namun dia bersungguh menolak bila disuruh mengisi borang untuk ke MRSM.

“Ialah  yah..adik ambil contoh Uwais yang mendahulukan kebajikan mamanya dari dirinya sendiri. Kan uataz cakap kalau kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita Allah akan bagi ganjaran pahala”.

“Uwais memang patut pun dia buat macam tu, sebab mama dia perempuan tapi ayah ni lelaki apa nak digaduhkan”.

“Tapi adik takut ayah menghidap kemurungan, masa tu kan arwah ibu baru sahaja meninggal, adik takut kalau ayah tinggal sorang ayah asyik fikir ibu sahaja nanti ayah kena kemurungan pula.”.

Diakhir perbincangan  ayah mereka setuju untuk menerima cadangan anak-anaknya. Hari itu juga persetujuan ayahnya diberi tahu kepada sahabatnya.

“Asalammualikum, abang adik ni”. Waah Sofian sudah tidak sabar hendak menjadi adik diatas kertas pada Uwais.

“Walaikum salam bila pulak kau jadi adik aku”.

“Alaah tak lama lagi lah kau dah Tanya mama tentang rancangan kita tu..ayah dah setuju dah. Sekarang turn kau pula lah..harap segala berjalan lancer. Is sebelum kau Tanya mama kau bacalah alfatihah dan alikhlas dulu semoga lembut hati mama nak terima ayah ye..aku memang mengharap sangat-sangat rancangan kita Berjaya”. Terdengar keikhlasan hati Sofian hendakkan mamanya menjadi iateri ayahnya.

“In Syaa Allah kalau dah jodoh tak kemana”.

“Ehh Is cepatlah Tanya  mama. Cepat kita buat kerja cepatlah dapat kita belajar sama-sama”.

“Ok dik ok..I’ll  try my best…pray for us”.

“Terasa aku dah jadi adik kaulah Is..semoga kita Berjaya”.

Selepas menerima panggilan dari sahabatnya Uwais termenung di runag tamu. Dek larut dalam menung nya Uwais tidak menyedari mamanya yang menghampiri. Hairan Emil melihat tingkah anak tunggalnya seperti memikir masaalah negara sahaja. Lama dia memandang belakang anaknya namun kehadiran dirinya bagai tidak disedari.

“Kenapa bang mama nampak abang macam susah hati..abang ada masaalah ke?. Atau abang gaduh dengan Pian”.

“Tak ada apa ma..abang hanya fikir macam mana mama nanti kalau abang dapat belajar jauh selepas SPM nanti”.

“Jangan bimbangkan mama. Atuk kan ada, kalau abang risau mama duduk sorang kat rumah ni malamnya mama tidurlah rumah nenek ngah. Dahl ah jangan bimbangkan mama. Abang tumpukan fikiran abang pada pelajaran  abang. SPM ni  penting bang”.

“Ia ma abang tahu. Maa! Boleh tak kalau abang nak cakap sesuatu tentang mama”.

“Kenapa tentang mama?”

“Maa kalau ada yang nak minta mama jadi isteri dia mama sudi tak”.

“Ehh siapa yang nak mama jadi isteri dia bang??”.

“Ayah Pian ma..dia pun duda”.

“Tak naklah bang, mama dah senang hidup macam ni..kita berdua saja mama dengan abang..tak serabut kepala nak fikir apa lagi”.

“Kenapa mama tak nak..sebab ayah Pian tu tak hensem ke?”

“Bukan macam tu..tapi mama dah selesa hidup macam ni, mama tak perlu fikir apa-apa lagi. Kalau mama ada suami mama kena fikir pasal tanggung jawab mama. Kena fikir tentang masak, kena fikir pasal nak balik kampong. Kena fikir tentang anak-anak lagi. Serabut lah bang”.

“Jangan macam tulah ma..atau mama masih harapkan papa lagi”.

“Tak bang.., sejak papa nikah satu lagi mama tak pernah harapkan papa. Sebab mama memang tak mampu nak kongsi suami. Mama juga tak mahu jadi wanita kejam  kalau nak minta papa ceraikan isterinya sekarang. Abang mesti ingat adik-adik abang yang kat sana tu semuanya masih kecil lagi. Mereka semua perlukan  papa. Mama minta maaf dengan abang sebab tak boleh nak buat papa duduk dengan kita macam dulu. Mama minta maaf sangat-sangat.”

“Abang faham ma..abang pun dah tak kisah papa duduk dengan kita ke tak..tapi abang risau kalau mama duduk sorang. Abang tak harapkan atuk jaga mama sebab atuk pun dah tua. Jadi kalau boleh mama terimalah ayah Pian. Walau pun ayah Pian tu tak kacak tapi dia baik ma. Dia pun akan duduk sorang kalau semua anak-anaknya pergi belajar ma”.

“Mama tak pilih kacak ke tak kacak..abang pandai-pandai kata ayah Pian suka mama mana abang tahu. Baru sekali dia jumpa mama takanlah.”

“Ia ma! Tadi tu Pian yang call abang dia cakap ayah dia sudi nak jadikan mama isteri dia”.

“Ehh apa cerita ni bang..mama macam pelik dengar abang cakap ni”.

“Macam ni yang sebenarnya..abang dah bincang dengan Pian….”.Belum sempat anaknya berkata lebih lanjut Emil sudah memintas kata-kata anaknya….

“Nak jodohkan mama  dengan ayah dia? Macam tu??” Emil kelihatanya naik angin dengan rancangan anaknya.

“Kenapa abang pandai-pandai buat rancangan”.Suara Emil sudah tinggi kerana dia marah.

“Mama!! tak apa  ma kalau mama tak setuju..tak apa janganlah mama marah”. Ini satu sifat Uwais tidak suka dirinya dimarahi sama seperti  papanya dia tidak suka pada bebelan. Emil memandang pada anaknya.Mereka berdua mendiamkan diri.

Wednesday, 7 May 2014

Bab 28 Tidak ku tahu kasih bermula




Baru dapat 2 bab tapi post juga sbab nak cari semangat..



Ahmad Sofian dan Uwais mula berbincang bagai mana mahu mempertemukan ayah dan mama mereka.

“Aku harap kalau rancangan kita berjalan lancar dan mereka ada jodoh,  sebelum SPM semuanya dah selesai Is”.

“Selesai yang macam mana tu Pian”.

“Selesai kita dah duduk serumahlah. Nanti senanglah kita study sama-sama”.

“Hyss mana sempat, ingat kau hal nikah kahwin ni macam beli baju kat supermarket ke. Kata nak sahaja dah boleh terus beli. Ini hal nikah kahwin tentu nak adakan perbincagan dan perancangan. Mama aku pun masih ada ayah, ayah kau kena pergi berjumpa atuk aku dulu, jangan main redah sahaja. Kita nikan orang Melayu yang banyak adat..Ikut adatlah”.

“Ye ke kena buat macam tu Is”.

“Ialah..kalau kau nak berdezup terus pergi nikah, senang sahaja  pergi nikah kat Sempadan bukan jauh pun dari tempat kita..tak payah wali tak payah sijil tamat kursus nikah dah boleh nikah..tapi keberkatanya kita tak tahu, jangan bulan ni kita nikah bulan depan dah bercerai. Aku ni bab mak bapak bercerai serik rasanya..aku yang  merasa Pian.(Sofian memandang wajah sayu sahabatnya disisi dia kasihan) Pian!!kita nikan Melayu yang ada adat … kan kita selalu tenguk ada adat merisik bertunang barulah nikah dan bersanding”. Datar sahaja suara Uwais berbicara mungkin masih didalam mood sedehnya walaupun cuba diceriakan wajahnya. Untuk menceriakan Uwais.. Sofian bersuara ceria…

“Ye ke kena buat macam tu. Kan mereka tu dah tua nama pun duda dan janda takkan nak beradat bagai…kalau sampai  nak bersanding pulak..aku takut mereka tak mahu sahaja, langsung gagal rancangan kita.Lainlah kalau kita nanti memang orang tunggu nak tenguk kita bersanding, sebab kita nikan  masih teruna bertemu pula dara..memang wajiblah”.

“Ialah..tak kiralah mereka tu dah tua ke apa tapi adat tetap adat..adat merisik bertunang barulah nikah dan bersanding, itu kan adat Melayu sebelum seseorang tu masuk kealam rumah tangga.Adat tetap adat Pian.”.

Sambil memengang dagu dia memandang kearah sisi sahabatnya. Sofian seakan berfikir akan kata-kata sahabatnya tiba –tiba dia tersedar…

   “Ehh Is!! apa yang kita melalut sampai jauh sangat ni, diorang  tu berkenalan pun belum, kita dah bayangkan sampai mereka nak bersanding pula, Uwais..oh Uwais. Cerita bersanding tu K.I.V dulu..kita cari jalan macam mana nak jumpakan mereka ni dulu.”.

“Haah lah kita dah melalut sampai ke adat merisik bertunang dan bersanding sedangkan kita tak tahu lagi penerimaan mereka”.

“Kau tulah..fikiran mengalahkan penjunjung warisan Melayu tulin..nak merisik, bertunang  dan bersanding segala. Dah jangan buang masa, waktu kita terhad ni SPM tak kurang dari 6 bulan sahaja lagi..meh kita fikirkan satu pertemuan yang boleh melahirkan cinta..kalau holeh cinta yang sehebat Romeo dan Julet atau Laila dan Qais kalau nak yang Melayu Uda dan Dara tapi tak tak mahu lah cinta Ujang dan Milah itu banyak cabaran, kesian ayah aku yang dah tua tu..”.

“Kau ni Pian banyak pula koleksi cerita cinta kaukan”.

“Aku baca buku cinta kakak aku yang dua orang tu..kita ni tak bolehlah asyik baca buku perlajaran saja sesekali bacalah buku yang luar alam sikit, baru lah hidup bererti…”

“Haaa kalau macam tu bab ni aku serahkan pada kau..bab-bab jumpa dan jatuh cinta ni kau fikirkan lah. Aku ni bab macam ni tak pandai,jiwa aku bukan jiwa romantic yang boleh membayangkan pertemuan yang boleh melahirkan cinta. Kau kan dah baca novel cinta kakak kau yang dua orang tu..cubalahlahirkan apa yang dalam buku tu, supaya boleh kita merelisasikannya pada ayah dan mama kita…waah dasyatnya aku kan, boleh pulak aku membayangkan percintaan mereka.”. Kahh..kahh..ketawa mereka berderai sehingga kawan-kawan lain tertoleh-toleh melihat kegembiraan mereka.

Dua remaja yang baru terlepas dari menghadapai peperiksaan pertengahan tahun ketawa riang di belakang kelas kerana hati LAPANG.Lapang… Periksa pertengahan tahun sudah selesai mereka duduki tinggal menunggu keputusanya sahaja. Tetapi apa nak dibimbangkan mereka sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi peperiksaan itu. Jika sudah berusha dan bersungguh sekarang tinggal berserah dan bertawakal sahaja kepada Allah  semoga berbaloi dengan apa yang telah diushakan.

“Memang dasyat kau ni Is..membayangkan percintaan bagai..seram aku dengar. Emm aku tenguk kau ni macam tengah diserang dengan penyakit itulah  Is”. Kha..kha..kha mereka ketawa lagi..terasa perbincangan mereka sangat lucu..Ialah mana tak lucu membincangkan percintaan ayah dan mama mereka.Di luar dari silibus mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka.

“Ellaah seramlah konon..Kau cadangkan lah.Aku bab macam ni memang tak termasuk dalam fikiran aku”.

“Ok..emmm  apa kata kita sekeluarga bercuti sama-sama”.

“Bila?”.

“Kan tak lama lagi kita nak cuti penggal Is..masa tu ..kita gunakanlah dengan pertemuaan lepas tu bolehlah kita menguatkan lagi hubungan silaturahim kita ”. Minggu itu merupakan minggu akhir mereka bersekolah mulai hari Isnin minggu hadapan mereka akan memulakan cuti pertengahan tahun untuk sesi persekolahan mereka tahun itu.

“Kau ni Pian, orang kalau nak pergi bercuti mesti ada perancangan.Ni mana sempat nak merancang. Kau tau tak kat Malaysia ni musim cuti sekolah nilaaah kebayakkan tempat percutiaan penuh dengan orang, masa nilkah mereka nak bercuti bawa keluarga. Lagi pun kau tak ingat ke latihan tubi yang cikgu bagi tu bila masa pula nak buat kalau kita pergi bercuti. Bukan sikit tu Piah dengan Add math, Fizik, Kimia Bio tu tak kira karangan yang tiga tajuk tu berasap kepalan Pian oii cuti pulak bukannya lama dua minggu sahaja..aku ni kalau ingatkan latihan tubi tu nak makan pun rasa tak sempat tau.”
“Kau ni Is jangan kau ingat kan aku tentang latihan tubi tu baru nak happy ingat cuti kau spoilkan mood aku sahaja”.

“Tak adalah aku ingatkan sahaja kalau kau terlupa. Aku takut beria kita fikirkan rancagan utnuk mereka tiba-tiba rancagan kita gagal  pula”.

“Kau ni belum apa-apa lagi dah sebut pasal gagal”.

 “Ialah Pian..kalau kita beria-ia nak bercuti, nanti mereka syak pula rancangan kita ni… Pian, aku nak kau rancangkan supaya pertemuan ni macam pertemuan kebetulan. Aku takut nanti kalau mama aku tahu  kita yang merancang pertemuan mereka, mama aku akan marah,  kalau dia tak setuju lagilah parah. Aku nak pertemuan mereka  macam tak sengaja boleh tak macam tu”. Wahh Uwais mula merancangkan plot pertemuan mama dan ayah mereka nanti.

“Is kenapa pula kau fikir macam tu..mama kau serik nak kahwin lagi ke?”.

“Tak lah macam tu. Perempuan dengan lelaki ni lain..Perempuan ni sangat menjaga air muka mereka, tambah lagi kalau perempuan yang dah  berumur macam mama aku, dia rasa orang akan mengata atau mengupat dirinya, bila saja-saja menjari jodohnya setelah mereka jadi janda”.

“Ohh macam tu. Kalau macam tu apa kata kita ajak mereka makan malam sahaja..”.

“Bila? Kat mana?..jangan kat tempat yang tak pernah kita pergi atau kat tempat yang mahal…”

“Dekat-dekat sini sahaja..Aku pun tahu nak bajet perbelanjaan ayah aku Is..ayah aku tu banyak juga nak fikirkan dengan duit dia tu..ialah yang bekerja hanya dia seorang. Anak-anaknya sorang pun belam ada yang kerja lagi. Nak tanggung makan pakai kita orang dan belanja kitaorang belajar lagi kesian ayah aku.. Is mana restoran yang makanannya sedap tetapi murah Is. ”

“Aku.. semua restoran sedap makanannya”.

“Ok Kalau macam tu apa kata malam ni kita makan kat restoren Tasik. Ajak semua keluarga kita.”

“Aku mana ada siapa lagi..mama aku dengan akulah tak kan nak ajak atuk aku sekali..nanti lagi panjang ceritanya. Lagi pun atuk aku jarang makan kat luar. Kaulah yang tengah ramai kat rumah kau tu..Semua abang dan kakak kau balik kan?”.

“Haah..nantilah aku cakap dengan ayah aku. Diaorang mesti nak, dah lama kami tak makan luar Is. Sejak  arwah ibu aku sakit dulu kami dah tak makan luar lagi. Kami kesian tenguk ibu, dia tak boleh nak makan walau pun dia teringan nak makan ketika itu.” 

Uwais memandang sahabatnya yang kelihatan sedeh bila terkenag awrah ibunya. Oh dugaan ..’Allah menduga hambaNya kerana dia sayang’  itulah kata-kata atuk Nohnya bila dia menangis kesedehan dengan berita perceraian papa dan mamanya dulu. Ketika itu atuk Mohd Nohnya yang mengambil dirinya pulang dari sekolah mamanya menghadiri mesyuarat guru-guru disekolah hingga lewat petang.

“Tuk! atuk tahu kan papa dengan mama dah bercerai”.

“Tahu..mama kamu cakap dengan atuk minggu lepas”.

“Atuk pun tahu kan sebab papa kahwin lain sebab itulah mama minta cerai”.

“Tahu..baang anggap ini dugaan untuk abang. Abang jangan jadi lemah dan merosakkan diri sendiri dengan perpisahan papa dan mama, jadikan ianya dugaan.. dugaan yang jadi pemangkin abang berusha dan belajar bersungguh-sungguh semoga suatu hari nanti nanti abang boleh membela nasib mama. Kesian mama abang suami dah tak ada anak pula abang sorang sahaja, kalau abang pun tak jadi orang.. kat mana mama nak menyandarkan hidupnya dihari tua nanti. Atuk harap tanamkan dalam hati abang Allah duga abang dengan perpisahan papa dan mama kerana Allah sayang abang. Kadang-kadang dengan dugaan seseorang itu akan mejadi lebih kuat dan lebih matang.” Itulah kata-kata datuknya yang berdengung setiap kali dia rasa sedeh dengan perpisahan papa dan mamanya. Lamunannya yang melencong sebentar tadi berderai bila mendengar suara sahabatnya disisi.

“Kita nak makan pukul berapa, aku suka pergi selepas solat Isyak senang balik kita terus tidur.

Ok boleh juga..apa kata kalau kau sampai dulu kau call aku, kalau aku sampai dulu aku call kau.”.

“ok set”.

Ketika pulang dari sekolah, tengahari itu... dia memberi tahu mamanya akan hasrat hatinya.

“Ma..abang dah habis periksa hari ni. Malam ni rasanya nak makan kat luar lah ma..boleh ma”. Manja sahaja Uwais merengek pada mamanya.

“Ok boleh aje, abang nak makan dengan siapa dengan Pian?” Setahu Emil hanyaAhmad Sofian rakan karib anaknya. Dia juga selalu kerumahnya kerana mengulangkaji pelajaran. Dan kadang-kadang anaknya pula akan bertandang kerumah Ahmad Sofian. Keakrapan  mereka terjalin sejak mereka ditingkan satu lagi.

“Tak lah abang makan dengan mama lah.Pian kata dia nak berkumpul dengan keluarga dia abang dan kakaknya yang tengah cutinya tadi..Boleh ke ma kita makan kat luar malam ni?..mama ada hal dengan atuk”.

“Ok Boleh aje.Mama free malam.Macam mana kertas tadi senang tak? Boleh jawap …ada harapan A tak?”.

“In Syaa Allah.”

“Mama doakan abang  Berjaya ..sebab periksa pertengahan tahun ni kadang-kadang bayangan periksa percubaan atau pun peperiksaan SPM nanti.”

“Terima kasih ma.Ma!!!kita makan lepas Isyak ye ma”.

“Hssy kenapa malam sangat”.

“Tak apa lah ma, nanti boleh jalan-jalan sikit tenguk lampu..lepas tu balik kita terus tidur”.

“Oklah..untuk anak mama yang dah memerah otak jawab periksa boleh saja.”

Masuk sahaja waktu Isyak cepat sahaja Uwais mengajak mamanya solat dia yang menjadi imam mamanya. Usai solat mereka bersiap untuk keluar makan. Sampai direstoran yang dijanjikan Uwais memilih tempat dihujung restoran. Dia suka dia kawasan itu makan sambil memerhati air tasik, rasa sejuk dan tenang hatinya.

“Abang nak makan apa malam ni?”

“Abang nak makan telur bungkus.Tapi abang nak dua”.Emil memesan makan yang dihajati oleh anaknya, manakala Uwais tetap dimeja.Dia sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Hello!aku dah sampai ni…kawasan tasik dekat hujung …. Mama aku tengah oder tu..ok..ok.” Ketika mamanya sampai Uwais memasukkan telefonnya kedalam poket seluarnya.Sambil menanti makan sampai..dia berbual dengan mamanya.

“Ma!!.

“Emmm” jawab Emil sambil memang sekelilingnya.Ramai orang malam itu yang berkunjug kerestoran itu.Mungkin  mereka juga seperti dirinya datang  untuk menjamu selera setelah seminggu bekerja dihujung minggu membawa keluarga bersantai sambil menikmati makanan yang  dimasak oleh orang lain.

“Kenapa sekarang papa dah jarang nak ajak abang pergi rumah dia ma..”

“Kan waktu periksa dah hamper, jadi dia tak mahu ganggu masa abang belajar..esok-esok masa abang dah habis periksa bolehlah duduk dengan papa lama sikit. Kenapa abang tanya. Abang rindukan papa ke?”. Emil rasa terkilan mendengar pertanyaan anaknya. Ada rasa bersalah menyelinap dihatinya kerana dia tidak dapat memujuk hatinya supaya bersabar bila diri di madu, kini anaknya menerima padah akibat perbuatannya.Dia merasa kasihan melihat anaknya yang terasa kehilangan insan yang bergelar papa dalam hidup harianya. Sepatutnya anak seusia Uwais masih bergelumang dengan kasih sayang ibu dan ayah sepanjang hari.


“Ohh mugkin juga..Kut lah dia dah lupa pada abang sebab asyik sibuk dengan adik-adik yang kat  sana”.

“Taak papa buat macam tu untuk kebaikan abang..untuk masa depan abang. Papa takkan lupa kan abang..abangkan anak sulong papa. Papa nak abang tumpukan pada pelajaran masa ni. Dia tak mahu abang pandang ringan pada peperiksaan SPM , sebab SPM ni menentukan apa jurusan kita nak ambil nanti, abang kena bersedia dari awal lagi. Abang jangan risau ye papa takkan lupa kan abang..abang kan anak sulong papa. Biasanya anak sulong ni istemewa dimata emak ayahnya bang.”.

“Emmm”. Hanya itu yang keluar dari celahan bibir Uwais, namun dihatinya ada bisikan lain. Dia menyedari padangan emak tirinya bila dia berada bersama-sama papanya. Dari apa yang dilihat perasaannya  sendiri yang menelah pandangan emaktirinya kepadanya adalah pandangan yang mengandung curiga.. Dikali terakhir dia kerumah keluarga papanya, dia hanya sempat bermalam semalam sahaja, keesokkan hari nya dia sudah dihantar pulang oleh papanya. Ketika itu papanya memberi alasan menyuruh dirinya mengulagankaji pelajaran, kerana waktu peperiksaan semakin hampir. Sedangkan waktu itu baru sahaja mahu memulakan sesi persekolahan dipenggal kedua.

Yang sebenarnya hatinya rasa terkilan dengan sikap papanya yang seakan tidak teruja dengan kehadirian dirinya, papanya melebihkan kasih sayang kepada adik-adik disebelah isterinya yang seorang lagi. Hatinya sedeh kini dia sudah tidak mendapat perhatian dari papanya dan terasa papanya sudah tidak merindui dirinya lagi. Yang paling ditakuti dia akan dilupakan oleh papanya sendiri. Kadang-kadang timbul rasa cemburu bila papanya memberi lebih kasih sayang dan masa kepada adik-adiknya yang disana. Sering dia memujuk hatinya yang disana juga adik-adiknya dan mereka masih kecil, mereka lebih memerlukan  perhatian yang lebih dari papanya, tetapi perkataan MENGAPA   sering menerpa dalam mindanya… mengapa perpisahan papa dan mamanya terjadi. Mengapa kedua papa dan mamanya berpisah ketika dia masih memerlukan kasih sayang mereka...Lagi menyedihkan papa dan mamanya juga sudah tiada ikatan yang membolehkan mereka bersama-sama seperti dulu. Pedih hatinya terkesan di air muka yang kelihatan terkilan..

Bila hanya  'emmm'  sahaja  yang keluar dari mulut anaknya, Emil faham jawapanya  tadi tidak cukup mantap untuk memujuk hati anaknya yang kecewa dengan tingkah papanya.Dia harus meniupkan kata-kata semangat. Jiwa anak tunggalnya harus disokong supaya menjadi kuat untuk menerima kenyataan dengan redha. Uwais tidak harus lemah dan mengalah bila rumah tangga papa dan mamanya kecundang dan tumbang  dipertengahan jalan.

“Abang!! abang mesti bersungguh ye. Pada mama..mama tak ada anak lain yang boleh mama harap kan, hanya abang anak mama. Janji dengan mama.. abang belajar sungguh-sungguh ye..Papa tak kan lupa kan abang..abangkan anak sulong papa.” Pujuk Emil bila melihat riaksi anaknya yang bagai tidak bersemangat..Dari raut wajah anaknya Emil tahu anaknya sedeh bila rasa disisih kan oleh papanya sendiri.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini bekas suaminya sudah agak jarang datang mengambil anaknya untuk mereka bersama dihujung minggu. Janjinya dulu ..hujung minggu anaknya  akan digilir antara dirinya dan bekas suaminya, tetapi setelah hamper lima tahun perceraian mereka, bekas suami seakan terlupa pada perjanjian mereka dahulu. Tidak guna dia mahu mempertikaikan tingkah bekas suaminya, kerana dia sedar dialah yang bersalah kerana meminta perpisahan. Tetapi padanya sampai bila pun untuk meneruskan hidup bermadu dia tak mampu. Dia tidak mempunyai kekuatan mahupun kesabaran menahan hati yang sakit kerana cemburu dan dia juga tidak mampu ditinggalkan walau hanya sehari kerana suaminya kerumah isterinya yang lain.

“In Syaa Allah ma, abang akan bersedia dan bersungguh-sungguh untuk menentukan masa depan abang, abang akan bersungguh-sungguh ma, janganlah mama bimbang..abang belajar kerana Allah ma”. Emil merenung mata anaknya yang sedang berjanji.Kemudian mereka mendiamkan diri.

“Bang!!Abang balik  rumah papa dulu tu, nampak tak papa nak tambah anak lagi?”

“Entahlah ma..tapi nampak perut mak cik Zila tu besar macam tu dari dulu lagi. Mungkin sebab dia dah bertambah gemuk”.

“Mak cik Zila gemuk sangat  ke bang”.

“Gemuklah..gemuk macam dia mengandung, tapi kalau dia mengandung tentu dah bersalin sebab dari dulu lagi perut dia besar macam tu”…

“Papa gemuk tak bang”.

“Tak lah papa macam dulu juga”.Soalan itu pula yang terpacul dari bibir Emil.. menyiasat rumah tangga bekas suaminya.Tetapi yang sebenarnya dia mahu memesongkan pemikiran anaknya, supaya anak tidak terlalu memikirkan tingkah papanya sejak akhir-akhir ini.Tetapi entahlah rasanya tersalah soalan pula.

Emil mendiamkan diri tetapi didalam kepalanya berkira kira, anak bekas suaminya bersama isteri barunya sudah tiga orang. Yang tua 9 tahun yang kedua 7 rahun yang kecil sekali sudah berumur 4 tahun.Semua kisah suaminya dikorek dari anaknya bila dia balik dari berkunjung rumah papanya.Emil membayangkan bekas suaminya sudah bahagia dengan perkahwinan barunya. Biarlah..dia akan mencari bahagianya sendiri, tidak bermakna jika kita tidak bersuami kita tak bahagia. Dia akan memastikan kejayaan anaknya dalam pelajaran dan akan memastikan juga anaknya taat pada ajaran ugama.Itulah bahagianya sekarang ini. Mereka tersentak bila mendengar nama Uwais diseru oleh seseorang…

“Uwais!...” Cepat sahaja kepalanya menoleh memandang kearah suara yang dikenali, kelihatan sahabatnya datang menuju kearahnya sambil tersenyum-senyum.

“Ehh kau pun makan kat sini..kau sorang ke?”. Sedikit kuat Sofian bertanya kerana kedudukan Sofian masih jauh lagi dari Uwais yang sedang duduk dimeja bersama mamanya.Wahh pandainya Sofian berlakon detik hati Uwais tapi bukan ke tadi dia yang menyuruh bahawa pertemuan mereka direstoren itu seperti kebetulan. Dia yang mengarahkan begitu. Ohh dia juga sudah menjadi pengarah drama rupanya.Senyum Uwais tersunggung dibibir yang sudah mula dihiasi dengan misai nipis yang sudah agak jelas dipandangan mata. Dia tersenyum kerana melihat lakonan sahabatnya menjadi.

“Aku dengan mama aku..kau sorang saja ke Pian?” Dua anak remaja menjayakan lakonan masing-masing.

“Ehh mana pulak sorang nuun ha ayah dengan abang dan kakak aku tengah oder tu..Asalamualaikum  auntie Emil  teman Uwais makan..”Bila sudah sampai dimeja Sofian berbasa basi menegur mama sahabatnya. Kena tunjuk berbudi bahasa supaya hati orang diharapkan dapat menerima ayahnya nanti.Emil hanya melemparkan seyuman ramah kepada rakan sekelas merangkap sahabat baik anaknya yang sudah tercegat di tepi mejanya.Uwais pula memusingkan kepala mengikuti arah mucung sahabatnya.Kelihatan ayah Sofian bersama dua orang kakak dan abangnya sedang bercakap-cakap, mungkin sedang berbincang tentang makanan mereka malam itu.

“Ramai pulak malam ni kan Is..meja kosong dah tak ada.. tingggal tu satu Is…” Sofian tertoleh-toleh memandang keliling untuk mencari tempat duduk untuk mereka makan sekeluarga. Emil juga turut tertoleh memerhati sekeliling. Memang benar hanya tinggal sebuah meja berkerusi empat yang berhampiran dengan temapatnya duduk.

“Kau dating berapa orang Pian?”

“Lima campur aku”
“Kalau kau tak kisah kau boleh duduk sini, kita tarik meja tu..jadi cukuplah kerusi tu campur aku punya ni dua haa. ..bolehkan  ma mereka duduk dengan kita” Uwais mencari persetujuan mamanya.

“Boleh ke auntie..kami tumpang kat sini saya datang dengan abang kakak dan ayah sekali ni auntie ”.

“Boleh saja Pian..lebih ramai kat meja kita ni kan lagi meriah”. Mendengar jawapan Emil cepat sahaja Sofian dan Uwais mencantumkan meja untuk mereka menjamu selera malam itu. Sambil mereka menarik meja sambil mereka menguntum senyum ditambah dengan kenyitan mata pula. Doa dihati mereka sama.. supaya ada kimia yang tercetus dihati ayah dan mama mereka.

“Kau dah lama sampai Is”. Setelah selesai mereka mencantumkan meja mereka meneruskan bualan.

“Tak lama sangat..makanan yang kami ‘oder’ pun belum sampai lagi..perut dah lapar ni. Malam ramai pulak kan, agaknya itu yang membuatkan lambat diaorang buat makanan agaknya.” Bila melihat ayahnya yang seperti tercari-cari dari kaunter pesanan, cepat sahaja Sofian melaung memanggil ayahnya sambil melambai-lambaikan tanganya..

“Yah!!sini yah!”.Sofian melambai ayahnya dari meja Uwais dan mamanya.

“Entah apa yang ayah aku oder ni…Kau oder apa Is..yang lama sangat diorang masak ni”.

“ Mama oderkan telur bungkus untuk abangkan ma.”

“Ialah.. kan abang yang nak makan sampai dua pulak tu”.

“Wahh kau betul-betul nak makan ni”. Ketika itu rombongan ayah dan tiga lagi adik berdik Sofian sampai ke meja mereka. Cepat sahaja Uwais bangun menghulur tangan untuk bersalaman dengan cikgu Mohd Nassir dan abang Ahmad Sofian yang bernama Ahmad Salman.

“Yah kita duduk sini ye yah..Ini mama Uwais.”Sofian memperkenalkan mama sahabatnya kepada ayahnya.

“Boleh ke kami duduk sini..er..er..”. Tanya cikgu Nassir berbahasa.Takkan nak redah duduk semeja dengan seorang wanita yang baru pertama kali bersua muka, walau pun mereka dikelilingi oleh orang ramai serta empat orang anak-anaknya.

“Boleh sahaja ..lagi pun dah tak ada tempat kosong lagi..saya Emil..mama Uwais”.

“Ohh ini mama Uwais..selalu juga Uwais datang belajar dengan Sofian”. Banyak juga mereka berbual disulami bualan anak-anak mereka. Rupanya anak-anak cikgu Nassir seperti ayahnya juga suka bercerita. Meriah makan malam mereka malam itu. Ialah sambil menjamu selera disulami dengan bualan dan gelak ketawa. Makan malam mereka kali itu dibayar oleh cikgu Nassir keseluruahannya. Usai makan malam mereka berpisah.


Kisah pertemuan mama dan ayah mereka sudah pun selesai, hanya menanti waktu yang sesuai untuk tindakkan lanjutnya.Dia mahu tahu pandangan dan penerimaan ayah dan mama mererka. Sufian dan Uwais berazam akan meneruskan misinya hingga berjaya. Mereka akan menyiasat pandagan ayah dan mama mereka dan isi hati mereka sekali. Tetapi sebelum itu Ahmad Sofian perlukan pendapat, pandangan dan sokongan dari abang dan dua ornag kakaknya untuk cikgu Emil Atilia menjadi ahli keluarga mereka..

“Ngah!! apa pandangan angah tentang emak Uwais tadi”.

“Kenapa??”.Terkejut Ahmad Salman mendengar soalan adik bungsunya tentang seorang janda yang makan bersama mereka tadi.

“Saja nak tahu pandagan angah tentag cikgu Emil tu”.

“Emmm..Nama dia sedap kan Emil Atilia. Dia orang apa dek..putih melepak orangnya, tapi cakapnya macam orang Melayu kita. Kalau tanya angah yang sememangnya minat dengan orang berkulit putih cantiklah. Kenapa dek ..adik tanya tentang seorang perempuan..janda pula tu”.

“Taak adek nak tahu pandangan angah..kalau dia jadi peneman ayah sesuai tak angah tenguk”.

“Maksud adik..dia jadi isteri baru ayah ke?”


Mak teh yang sebetulnya tengah mengikuti blog http://roseezadora.blogspot.com suka cerita mengharap di tanjung harapan. sekarang ni mak teh macam tak ada idea nak bercerita..tapi suka baca blog orang lain tu yg lama tak bercerita..